2014-02-25

Clear and clean



Oh bukan!
Objek yang dibulatkan itu bukanlah hantu.
Tetapi Mak Lampir yang masuk opis malam-malam nak siapkan keje dengan hanya berbaju tido kaftan. Bebas. Senang nak bersila atas kerusi. Dan berangin.
Motif snap gamba sebab nak tunjuk meja dah clearrrrrrrrr!!!
Gigih aku mengemas and mengclearkan segala backlogs supaya bersemangat la konon nak buat keje tetiap hari. Kita tengok je la berapa hari semangat aku ni boleh bertahan. Yang pastinya, meja kat opis agak clear. Tapi meja kat rumah dah nak rebeh muat-muat letak tangan aku nak menaip keybord je.

Sebenarnya, dari menjak aku mula keje tahun 2000, aku tak berapa suka meja yang clear.
Aku tak berapa gemar letak folder, and tray jauh-jauh dari capaian tangan. Kalau boleh semua benda aku nak kumpul keliling aku. Sebab aku ni pemalas okeh. Malas nak bangun. Contohnya, printer and fax betul-betul depan bilik aku je. Bukak pintu bilik dah ada printer and fax. Tapi dek kerana pemalasnya, aku sanggup beli sebijik lagi printer and fax letak betul-betul tepi meja.
Sape leh celen tahap pemalas aku?
Pastu komplen badan gemuk.
Dah kau yang pemalas nak bangun kan. Jangankan kata nak exercise, nak bangun pi kencing pun malas sebab kena menapak sampai hujung baru jumpa toilet.

Tapi disebabkan En Wan suka nau offer diri jadi interior designer, dan dia jenis kemas, maka dengan opis-opis aku sekali nak kena ikut selera dia. Dia la yang rajin susunkan kotak letak sini, file letak sini, meja susun cenggini....aku konfius kejap.

So today, rasa fresh masuk opis, meja cam bersih je.
Dek kerana terlampau bersih aku jadi bengong kejap tak tau nak start keje apa.
Maka aku rilek-rilekkan diri browse lab-lab convention untuk tahun 2014. Ntah macamana termasuk satu blog cerita pasal ASB. Budak ni kata dia masukkan ASB dari CIMB Clicks 2-3 minggu lepas, pastu bila update buku ASB, duit tu takde masuk dalam rekod. So duit tu pi mana??

Dem!
Aku dah bertahun kot tak update buku ASB. Kalau dapat yearly statement pun aku tak pernah nak check sangat sebab statement pun sampai kat rumah Mak Aji. Kang Mak Aji call "Diana, surat ASB kau sampai". Ye la. Biorkan lah dia sampai.
Tapi lepas terbaca blog tadi aku betul-betul cuak sebab selama ni aku main masukkan duit je kot. Menjak MBB dah boleh buat ASB top up lagila menjadik-jadik perangai malas aku. Segalanya di hujung jari la katakan. Main top up online je. Tak tunggu dah. Terus zassss pi MBB. Sambil berdoa jangan lah duit aku tak dapat dikesan.

Alhamdulillah, duit semua masuk.
Tapi tak best. Sebab bila dah lama tak update buku, dia cuma keluar jumlah simpanan tahunan je. Aku tanya gak kenapa tak nampak detail top up setiap kali aku masukkan duit.
Dia kata leh nampak top up start dari tahun ni je.
Tapi last update aku sebelum ni tahun 2006, elok je nampak rekod transaksi bulan-bulan. Skarang tak eh?

Sesiapa yang masukkan duit ASB secara online, rajin-rajinkan diri mengupdate buku.
Jangan jadik pemalas macam aku. Nanti ujung-ujung gabra.
ASB ni tak macam Tabung Haji. Tabung Haji best, boleh check balance online.


Sekali tokey Aroma Ikan Bakar ada dalam frenlist aku rupanya.
Sangat ignorant betul aku ni.
So pada sesiapa yang nak booking tempat untuk Aroma Ikan Bakar kat Jeram, boleh mesej Ms Ainaa Bella. Aku mosaic nombor phone dia sebab aku tak berani nak publish nombor henfon orang sebarangan. Nak kalu, pi mintak sendiri. Hahaha.



Untuk penrequest-penrequest yang nak gamba the latest Rayyan.
Hambik ni.
Ni petandanya dah sihat sangatlah. Sebab tu terjadinya peristiwa di atas. Memang kalau sihat, macam ni la perangai dia. Dia yang akan buli semua orang dalam rumah tu. Bukan abang dia je, tapi semua orang. But alhamdulillah la, dia dah sihat. Setelah 3 minggu tak skolah, semalam Rayyan start sekolah balik.

Oh yes, banyak email aku dapat berkenaan brand apa aku guna untuk hair.
Aku guna inai saje. Henna. Aku beli sendiri and bawak ke salon untuk dorang pakaikan. Sebab aku tak reti pakai and aku takut bilik air aku berselerak. Cuma kalau pakai inai ni memang limited la sikit colour dia. Takde la sebanyak hair dye yang ada kat Guardian tu. Tak kisah la, janji inai. Boleh pilih di sini : http://hennacolorlab.com ATAU https://www.morroccomethod.com/raw-store/natural-hair-color. Aku punya color aku beli kat http://hennacolorlab.com.