Cantik kan?
Boleh buat button badge sekali kalau nak. Skarang kan pesen orang buat button badge for birthday party and kendarat orang kawen. So boleh la consider untuk tempah ni kat dia. Aku suka pulak tengok dia edit-edit gamba aku ni like yang gamba kat Mekah tu - Together Till Jannah kauuu. Insyallah :)
Bagus la korang ni semua otak kreatif.
Tetiba aku pun rasa macam ada idea apa nak bagi untuk customer-customer Biotech aku. Bagi magnet besar-besar logo company aku untuk ditepek kat freezer lab. Nampak sangat nak melobi lecturer. Gituu.
Tapi nama Ruhil Hayati ni macam hmmm....macam pernah dengar and penah dapat email.
Macam customer kat UMT...ke UMK.
Tembam kan Redza skarang?
Skarang ni dia pemakan. Apa ada je bedal.
Tapi gamba ni bukan nak tunjuk ketembaman dia, tapi nak tunjuk baju yang Ibal and Redza pakai.
Ibal beli kat HRC Penang, Redza beli kat Melaka.
Sebenarnya, design ni memang untuk kids. Takde untuk orang tua. Tapi adik aku tu kan macam tak berapa nak betul sikit kepala otak dia, dia mati-mati nak gak design tu, lalu dia beli size paling besar for kids. Muat! Aku sumpah tak paham apakejenis manusia la dia ni. Rilek je pakai kids design. Tapi memang cantik pun design ni. Masa aku nampak kat HRC Melaka tu, aku memang terus berkenan.
Kalau sesape rasa nak ikut perangai Ibal tu, silakan.
Menjak En Wan ada kat Penang 2 minggu, dah 3 kali aku pitam.
Tau-tau je rebah.
Sekali tu dalam bilik air.
Sekali tu time dalam bilik.
Sekali lagi tu, time drive. Yang time drive ni memang aku rasa aku bawak 40km/h je kot. Berpeluh-peluh nak sampaikan kat depan rumah. Elok je cecah porch, aku hon suruh bibik keluar sebab tak larat dah. Macam nak abis nyawa. Berpapah keluar dari kereta.
Kalau keje rebah-merebah ni memang menjak dulu lagi dah ada.
Tau-tau je tertonggeng. Sebab aku memang ada penyakit pun - minor thalassemia. Alhamdulillah, panjang umur aku sampai skarang. Harap-harap, sempat tengok anak-anak aku kawen. Oh jangan risau, anak-anak aku bebas dari thalassemia. Tima kasih kepada En Wan kerana tak inherit apa-apa penyakit genetik. Hehe...
Selalunya kalau kepenatan sangat baru terjadinya kejadian menonggeng ni. Kalau tak heavy sangat kepenantan tu, insyallah ok je.
Balik dari Penang hari tu tengahari aku dah start nak pitam balik.
Maybe sebab aktiviti aku kat Penang hari tu terlalu pack. Seharian ke sana-sini, pastu besoknya dah berangkat balik. En Wan dah susah hati, lalu semalam dia bawak kitorang pi seafood kat Jeram semata-mata nak kasik aku makan kerang bakar. Buat ubat katanya. Aku ni kalau kata MAKAN, memang hilang pitam aku segala. Nak pulak seafood, insyallah sihat walafiat.
Macam biasa, be it kat Muara Klang, atau Jeram, kalau dah nama seafood tu, mana tempat yang tak penuh. Beratuq gila bapak panjang. Seb baik semua yang aku nak, ada. Kesian aku tengok ikan kembung. Tray dia macam tak bersentuh. Orang datang sini semua bedal kerapu, tilapia ngan siakap. Kembung dipandang sepi...
Servis dia cepat sikit dari Muara.
Muara tu aku consider lembab dah.
Jeram ni ok lagi.
Nak lepak dalam pondok-pondok ni tak dapat. Penuh.
Tapi kerang dia tak besar.
Kecik-kecik je. So tak berapa nak feel makan. Tapi abis gak.
Kailan masak apa tak tau, En Wan yang order sebab masa dia order, aku tolong beratur.
Butter prawn.
Tapi agaknya sebab tak sempat kan, orang ramai nau. Aku syak dia tak kosek udang ni ngan garam, so macam hanyir sikit rasa dia. Tapi kalau ko cecah ngan sambal kicap, baru tak terasa hanyir.
Feveret Redza.
Tapi aku rasa lagi best sotong goreng tepung kat LINDA, Jeti Kuala Perlis.
Ok, this tomyam is super best.
Pedas tapi aku belasah 3 mangkuk. Sebab dia pedas tapi sedap.
Ikan ni winner.
Lembut, manis. Fresh dari laut agaknya.
Tamak okeh, pilih yang paling besar. Pastu sekerat je jalan sebab masing-masing dah kekenyangan. Nak turunkan muak, En Wan pi beli eksrim goreng.
Aku macam...huh??? Seriesly nak turunkan muak gi makan eksrim??
Kalau aku, mau terbelahak terus kat situ.
Tapi dorang semua makan eskrim goreng, lepas tu, semua boleh continue balik makan seafood dengan lancarnya. Aku sangat muskil sampai skarang.
Kalau tanya aku antara Jeram, Muara ngan LINDA, aku pilih LINDA dari segi makanan.
Tapi kalau dari segi persekitaran LINDA lah yang paling fail. Tapi takpe, so far aku makan sana belum penah cirit-birit lagi.
Jeram lebih ok dari Muara. Surau pun besar. Parking pun lebih senang.