Sangat tak penat lansung rupanya sesekali naik Penang ngan flight.
Apesalla aku rajin nau drive ke Penang every month selama ni?
Tapi disebabkan gelabah nak kena naik flight, elok je cecah Penang aku lupa semua powerbank yang sepatutnya aku bawak untuk customer USM aku. Patut la aku rasa apesal cam rileks sangat aku melenggang bawak planner and henbeg je ni. Tak memasal kena pos satu-satu powerbank next week. Sangat fail!
Alhamdulillah, semua berlaku just nice and on the right time.
Cecah je airport, kereta sewa aku dah standby. Kereta viva new. Cuma kereta tu ringan, so bila aku tekan minyak dia cam meluncur sangat. Kejap-kejap aku brek. Stress je keta belakang follow aku. Ingat nak pegi breakfast, tapi selama ni aku breakfast kat hotel. So tak tau nak breakfast kat mana pagi semalam, rilek je aku masuk Queensbay kul 9 pagi. Tak terfikir lansung dia bukak pukul 10.30. Vodo gila terasa. Patut la lengang je parking. Last-last aku keluar pi USM Bertam. Dah settle kat lab sana, patah balik masuk USM pulau. Settle tengahari, aku masuk Queensbay balik. Saje nak ringankan kepala, makan KFC sorang-sorang sambil baca buku. Sangat blissful terasa dapat lepak bertenang-tenang baca buku.
Pastu shopping sikit apa-apa yang patut.
Yang best time shopping ni, apa yang aku pegang semua padan ngan size.
Macam tau-tau je aku nak cepat.
Then baru ke Evergreen Laurel Hotel. Ni En Wan yang book. Aku mana penah lepak Gurney. Selalu kalau pi USM aku lepak Vistana je, senang sikit masuk USM. Seb baik waze aku semalam pandai tunjuk jalan, and aku pun tak gabra. Dapat pulak parking cun-cun depan pintu masuk lobby. Pehh. Smooth je perjalanan aku dari pagi sampai tengahari. Terasa dirahmati. Hahahah.
The room.
Pandangan dari tingkap bilik.
Nice view
Rupanya kondo En Wan duduk langkau 2 bangunan je dari hotel ni.
Tapi En Wan pagi-pagi lagi keluar pi keje dah siap pack beg. Dari kilang terus driver dia hantar ke hotel. Gila melampau. Padahal langkau dua bangunan je, apa salahnya ko balik rumah aku dulu baru pack beg kan. Taknakkkkk. Nak jugak berangkut dari pagi.
Konon tunggu En Wan balik nak makan sama-sama.
Lite-lite meal sementara nak tunggu malam.
Dah lambat sangat kau sampai bilik, settle aku bedal semua. Aku tinggalkan 2 keping je club sandwich. Nasib lah. Sape suruh lambat.
Tapi aku suka sangat mushroom soup dia.
Ni la pertama kali aku makan mushroom sup sambil mengunyah.
Sebab mushroom dia tak halus sangat. So macam best sikit.
Budak yang hantar order ni sangatlah polite.
Aku bukak pintu bilik, dia siap bagi salam lagi "Assalamualaikum Cik. Saya mintak izin masuk. Tray ni berat sikit kalau cik nak bawak".
Sila..sila....cik ni pun bukan rajin nau nak ngangkat tray. Masuklah.
En Wan bawak aku pi apa ntah mall tu yang baru. Paragon kot nama dia.
Tapi aku rasa lagi best Queesbay kot. Gurney Mall pun best lagi.
Maybe sebab baru lagi.
Aku ni plan nak makan pasemboq kat depan tu, tapi En Wan ajak masuk TGI. Nak makan lamb sangat. Layankan.
Takde selera nak makan benda lain sebab kepala memang dah tune pasemboq sotong.
So aku ambik lite-lite je - Friday's Shrimp.
Pun tak abis jugak.
Yang nak sangat makan lamb ni pun tak abis jugak.
Dia kata gravy tak sedap.
Lagi sedap Mr Food.
Lepas pekena TGI, masuk balik dalam mall round abis sampai tingkat atas.
Kate Spade akan bukak soon. Sape minat Kate Spade, silakan. Aku belum datang minat lagi.
Tapi MK sangatlah gojessssssss.
Mampu lalu je depan MK sambil melambai-lambaikan tangan.
Dah habis pusing atas bawah atas bawah, agak-agak lauk TGI tadi dah jatuh ke perut, barulah kitorang gi gerai depan. Tapi berlengas okeh. Panas gila cuaca skarang. Dah la dari Paragon nak ke gerai tu boleh tahan jauh. Tapi elokla, biar terbakor sikit lelemak-lelemak tepu aku ni.
Kemain terang lagi shawl aku kan.
Dari jauh dah leh spot aku kat gerai pasemboq.
Aku sebenarnya buykan reti makan sangat benda ni.
Mintak pun kuah asing. Takat celup-celup sipi-sipi je.
Tapi aku suka sebab dia ada sotong and seafood lain.
But semalam, aku cum aambik tauhu and sotong je.
En Wan geleng kepala tengok plate aku. "Sotong je?????"
Eh sukatila, perut aku.
Tapi kitorang sampai sana pun bole kata lambat gak.
Mamak tu dah tak menari dah.Ussually dia naik syeh sikit menari sambil tuang sos.
Lagu gila rancak la semalam jahnam jahnam jahnam jahnam sikit punya bergoyang aku makan pasemboq layan industan, mamak tu kaku je. Penat dah kot dari siang menari.
Padahal kul 6pm makan club sandwish ngan mushroom suop.
Lepas Maghrib bedal TGI.
Pastu kul 10pm sambung pasemboq ngan ABC.
Terer kan aku? Kau mampu?
Terima kasih saya ucapkan kepada suami yang memberi sokongan.
First time aku makan ABC ada letak hirisan mangga.
Macam best la pulak. Rasa masam-masam sikit.
Balik hotel, lepak jap, sembang, pastu tido.
Macam best la pulak. Rasa masam-masam sikit.
Balik hotel, lepak jap, sembang, pastu tido.
Best dapat tido nyenyak.
Selalunya kalau travel sorang ni, mata aku terkebil-kebil sampai pagi. Pastu bilik cerah je semua lampu aku bukak. Semalam, best. Tido dengan tenang.
Breakfast kat airport je sudah.
Flight balik, aku book sendiri.
En Wan punya, kilang dia bookkan.
So tak dapat duduk sebelah-menyebelah. Terpaksa la aku kontrol sawan aku sorang-sorang.
Okeh, mau keluar jalan. Bye.