2014-02-17

Jangan selesa lama sangat



Ni highlite untuk minggu ni - CARDIGAN.
Tapi yang ni aku printscreen dari weBsite.
Website ni sebenarnya untuk display stock dengan lebih sistematik and untuk kitorang update inventory. Kalau nak order, sila ke FB Fleur Closet (KLIK)


Ok, now entry ala-ala Kak Sri Siantan.
Tapi aku tak dapat nak publishkan email atas permintaan reader sendiri.
Aku memang tak pandai sangat pun bab-bab rumahtangga, aku kawen pun baru 13 tahun.
Nak bagi nasihat memang tak pandai, nak bagi pandangan pun takut salah.
Yang aku boleh share, apa yang aku praktikkan je.
Walaupun sebenarnya apa yang aku and En Wan praktikkan pun tak 100% ikut apa yang disarankan, tapi kitorang pilih cara kitorang sendiri. Ikut sendiri selesa. Kalau boleh memang nak sangat ikut betul-betul syariat yang Islam dah tetapkan, tapi aku rasa cara yang kitorang pilih pun takde salahnya. Wallahualam.

Kebanyakkan yang email ni semuanya lebih kepada masalah tanggungjawab a.k.a financial issue.
Sebenarnya memang ni je la pun masalah sebenar rumahtangga.
Masalah lain tu semua kecik je. Kalau ada pun, semua tu asal-asalnya dari masalah kewangan jugak.
Masa aku kursus kawen dulu pun, ustaz tu dah kata, masalah kewangan ni kena settlekan dalam masa 5 tahun pertama perkahwinan. Sebab kalau tak settle dalam tempoh 5 tahun tu, akan timbul masalah kendian hari. Dalam kes-kes yang ustaz tu handle, tak sampai 1% marriage yang survive atas sebab kewangan yang melebihi tempoh 5 tahun (tahun 2000). Semuanya samada berkecai atau huru-hara berpanjangan.

True.
Lecturer aku dulu pun penah bagitau, kalau you survive the first 5 years, insyallah, you boleh bertahan tahun-tahun seterusnya sebab selepas 5 tahun selalunya kita lebih bersabar dan dah lebih memahami.



Rumusan bergamba.
Boleh print and tampal depan meja masing-masing.
Ni aku ambik kat newsfeed, ntah sape letak, aku save.

Kalau tengok pembahagian tanggungjawab tu, aku rasa tanggungjawab isteri tu sangatlah berat. Maklumlah, orang pemalas masak and jaga anak macam aku ni memang konfem la terasa berat kan.
Kalau dapat isteri yang jenis rajin tu, alhamdulillah.
Disebabkan aku malas, maka aku pilih untuk ambik pembantu and aku pilih untuk ambik sikit tanggungjawab suami.

Salah ke?
Bagi aku, aku tak salah.

First, aku tau aku tak mampu nak handle hal-hal rumah and dapur sepenuhnya, jadi aku buat mana yang mampu. Yang tak mampu, aku ambik pembantu and mintak dia tolong. Disebabkan tanggungjawab sebagai isteri (seperti dalam gamba), ada yang aku tak dapat buat, jadi aku pilih untuk ambk sikit tanggungjawab suami (seperi dalam gamba), dengan harapan dapat cover tanggungjawab yang lain yang aku tak dapat buat. Moga Allah ampunkan.

Second, En Wan izinkan.
Dia pun tak kisah kalau aku tak sempat nak memasak atau mengemas. Dia sendiri yang suruh aku rehat kalau aku too tired, and leave the rest to bibik buatkan. Mungkin dia pun faham, aku tak perlu keluar bekerja. Tapi disebabkan aku willing to share the expenses burden, dia jadi ada give and take dalam urusan tugas isteri. 
Tak larat masak, jom makan luar. 
Tak larat kemas, kita gajikan maid.
Aku respect wife yang boleh buat semua keje.
Aku, no. Takleh buat semua benda. Banyak masa aku habiskan ngan keje ofis. Jadi, aku kalah kat situ.

Kalau suami kurang contribute sebab punca pendapatan dia pun tak banyak, that is another story. Benda tu tak heavy sebenarnya. Sebab kita boleh rancang perbelanjaan. Tapi kalau suami LANSUNG takde hati perut, aku rasa, jangan rujuk aku. Lebih baik rujuk Pejabat Agama sebab dorang lebih arif kes-kes macam ni.

Tapi kan, some email yang aku dapat, sorry to say la, kebanyakkannya mengharapkan suami tanggung sepenuhnya perbelanjaan rumah. Semuanya seolah-olah nak suami buat 100% seperti dalam gamba. Kiranya, 100% suami bayar, wife tak campur. Duit suami, isteri punya. Duit isteri, isteri punya.
Betul.
Sepatutnya begitulah.
Sape taknak weh. Aku pun kalau dibagi peluang untuk takyah keluarkan sesen duit pun aku tak tolak. Manusia mana yang suka tanggungjawab?
Bak kata En Wan, boleh je kalau nak dia bayar semua benda. 
Nak dia bayar rumah, kereta, insurans, makan minum, barang pasar, skolah anak, medical, bills, nak letak savings tabung haji, asb aku pun boleh. No problem.
TAPIIIIII....
Dia hanya mampu sediakan 1 kereta. 
Dia hanya mampu sediakan rumah yang RM250K ke bawah (ada lagi rumah gini?) .
Dia hanya mampu bawak melancong setahun 2 kali je.
Dia mampu sediakan telefon kat rumah je, no henfon untuk aku.

Aku tanya dia why?
Dia jawab, dia hanya boleh sediakan keperluan setakat yang mampu.

Nak ke sana-sini berjalan, tak perlu naik bas. Dia boleh sediakan kereta, tapi cuma sebijik je untuk kegunaan sekeluarga. Kalau aku nak kereta untuk aku sendiri, dia boleh beli takat kereta 20-30K. Janji kereta.

Nak henfon, dia boleh sediakan henfon. Tapi not smartphone la. Janji henfon kan?

Nak tempat tinggal yang selesa?
Boleh. Aku tak perlu duduk kat setinggan.
Paling selesa dia boleh provide rumah bajet RM250K ke bawah.
Nak atas dari tu, jom sama-sama bayor.

Aku paham.
Semua perempuan ada fairytales dream dia.
Semua bajet esok dah kawen, suami tanggung semua, semua sediakan macam-macam.
Hoihhh...ni la bahananya banyak sangat tengok Ariana Rose okeh.
Kita tend to mengaharapkan tido atas duit.
Memang ada yang diberi rezeki untuk tido atas duit.
Tapi MAJORITI tak dapat keistimewaan tu.
Yang peliknya, kita suka sangat jadi minoriti. Ape daaa...

Sebenarnya, apa yang aku perati melalui email-email yang aku terima, kebanyakkan suami tak mampu nak penuhi kehendak isteri. Keperluan tu insyallah semua suami memang boleh. Setakat makan minum pakai ala kadar tu aku rasa suami masing-masing mampu. Tinggal lagi banyak benda yang dah jadi keperluan like henfon, kereta sebijik lagi....ni semua dah jadi satu keperluan untuk keselesaan. Yang ni mungkin ada suami yang belum mampu. Yang bini pun tak agak-agak, nak mintak semua yang the latest version aje. Agak-agak la...

Benda-benda macam ni dulu pun aku tak paham.
Lama-lama aku dah boleh paham and ikut konsep En Wan.
Dia boleh sediakan, tapi kena kongsi.
Beli satu kereta, aku pakai the kereta. Dia naik van kilang.
Tapi, tak gamak aku nak tengok laki aku kuar awal pagi balik dah nak malam sebab tumpang van kilang.

Dia boleh belikan henfon, tapi beli yang cikai-cikai je.
Tapi ko nak ke Diana pakai henfon buat baling anjing tu?
Kau taknakkkkkkkk. 
Eksennnnn. 
Nak sematfonnnnnn.

  

Pahamkan baik-baik carta kat atas ni.
Mudah-mudahan dapat pencerahan.

Please jangan terlalu harapkan laki masing-masing macam Tengku Adam ya.
Dan lelaki pulak, please jangan terlalu lama di tahap ala kadar. Jangan terlalu selesa bila isteri boleh share perbelanjaan. Kalau isteri nak berkongsi, takpe. Tapi jangan jadikan satu paksaan atau kemestian every month isteri kena cover ni ni ni ni sampai ke mati.

Aku pernah dengan ceramah satu ustaz ni, dia kata, orang kita kebanyakkannya terlalu selesa dengan perkataan "Biarlah bersederhana" sampaikan konsep tu disalah pakai.
Dia cakap ada orang yang bangga bila tak layak bayar zakat.
Sebenarnya tak boleh.
Orang Islam mesti berusaha sampai layak bayar zakat.
Maksudnya, kita kena sentiasa pastikan punca pendapatan kita meningkat setiap tahun.
Cuba aim untuk layak bayar zakat lebih setiap tahun. Something like that.

Konsep ni boleh digunapakai oleh suami isteri sebenarnya.
Takyah drastik sangat. Slow-slow pun boleh.
Masalahnya kebanyakkan kita nak perubahan tu berlaku dengan cepat.



Ni pun lagi satu artikel boleh dijadikan panduan.
Panduan je ya, bukan dijadikan senjata atau alasan untuk fire suami.