walk on wings, tread in air: Selamat Hari Raya, Aku balik kampung esok. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Selamat Hari Raya, Aku balik kampung esok.
2009-09-15


Ni adelah gamba kaki saya pada hari ni.
Pada yang saje je click kat gamba tu semata-mata nak check if kaki aku cantik ke tak, meh sini aku bagitau aku memang tak kuasa nak jaga kaki. Shave pun tak penah, apa lagi la nak letak mopiko kat bintat-bintat. Sebab aku amat yakin warna kulit aku nescaya mampu menenggelamkan apa jua parut dan bekas chicken pox. Kalau nampak sikit-sikit tu biasa la kan...kata gengster.

Ni kira ok sket dari Sabtu lepas.
Sabtu hari tu lagiiiiii biru okkkk.
Puncanya, aku pitam kat tangga.
Kebetulan masa tu mak aji and co datang rumah berbuka, so ramai lah saksi kejadian yang semuanya tergamam tengok aku slowly condong ke depan lalu gedepekkkkk atas tangga. Seb baik tak terhentak kat kepala, kalau tak orang lain gi semayang raya pakai telekung, aku sama naik ngan Pak Imam pakai serban.

Punca pitam macam biasa la..low blood.
Orang lain kalau dah period tu makan aje la kan. Aku tak. Period, tapi puasa cam biasa, cuma takde niat.
Ni semua sebab hari tu timbang berat aku 44.8kg.
So macam poyo sket konon nak look good balik kampung sok, ntah saper nak toleh kat aku ntah, tapi the feeling of mendapati berat badan kembali jejak ke nombor 44 adelah sangat menakjubkan, so aku tahan diri dari makan. Walaupun perut aku lapar and kepala pening macam nak mati tahan period pain, aku tetapppppp taknak makan. Dah hasilnya tumbang kat tangga.

Ala, kejap je ni. Raya kedua sok, konfem naik 5 kilo. Dah paham sangat.



Aku dah bajet kalau hari tu bengkak kat kepala, memang ini la last resort aku. Vogue eh? Kulit dah sama dah.


Skang still berdenyut-denyut lagi tapi jalan tetappppp jalan.
Ni pun dah plan nak berjalan raya segala. Antara larat ngan tak larat nak sarung high heels je. Tapi pakai selipar pun bolehhhhh. Belasah aje. Takde saper nak kelebet kaki aku.

And, insyallah aku pindah rumah next week.
Ni pun 50% barang aku dah angkut ke rumah baru.
Tapi, open housenya tak sempat lah kot. To Mizzy yang mencadangkan agar aku buat open house the soonest possible sebab Lady Kupu-Kupu nak balik Australia dah, (wahh kemain lagi korang punya planning ye??), mintak maaf banyak-banyak. Memang tahun ni takde open house. Kalau kenduri sok insyallah aku jemput tapi tak semua la. Mana-mana yang mempunyai susuk tubuh gagah perkosa dan layak untuk basuh periuk kat blakang umah, itulah yang aku bagi priority.

Esok aku dah start cuti. Malam esok gerak balik Trengganu.
Gila sakan laki aku ni nak beraya kat kampung dia.
Cuba suruh balik kampung aku, kalau boleh lagi setengah jam before semayang raya baru dia nak gerak balik Bangi.
Tapi takpe. Sebab tetiap minggu pun boleh balik rumah mak aji.
Lagipun Hari Raya, Raya Cina, Raya Hindu semua kat Bangi.

Tapi cam tak best pulak bila hujung-hujung nak raya ni aku takleh puasa.
Masa ni la best kalau puasa, eh?
Terawikh pun macam syahdu je.
Pastu malam-malam buat Qiamullail.
Tapi macam la aku buattttt.

Dulu masa kat Uni aku penah layan Qiamullail. Masa first year. Masa tu iman masih kukuh lagi. So aku cam budak baik jugak la. Roommate pun alim. Beria-ia member suruh aku tido siang, tak kasik aku bertenet siap kena pakej tarbiyah sekali sebab siang-siang pun aku still nak jumpa boifren padahal aku berselisih je ngan bf aku kat tengah jalan. Punya nak suruh aku rest sebab malam kang nak Qiamulail.
Ok la, aku join.

Sekaliiii yang si tukang ajak ni jugak la sujud terus tak bangun-bangun. Aku jentik bontot dia sikit terussss kona ke tepi. Elokkk je dia tido atas sejadah.
Banyakkkkk ko punya Qiamulail.

Tapi takpe, at least niat dia baik nak ajak aku buat pahala.
Tapi aku tak pasti aku lagi banyak buat pahala ke dosa malam tu, sebab on the way balik bilik, aku tarbiyahkan dia cukup-cukup pulak.

Ok geng, blog ni akan bercuti raya sehingga raya ketiga sok, insyallah.


Aku minta maaf kat semua yang baca blog aku kalau korang lagi banyak buat dosa dari pahala sebab baca tulisan aku ni. And aku minta maaf kalau kata-kata aku ada yang mengguris hati. Have a safe journey guys.

Selamat Hari Raya!
 
posted by aveo757 @ 10:47 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER