Balik dari opis petang tadi this marketing girl from **** bank called offer life insurans. So, aku layan je la. Balik-balik dengar mp3 pun muak. Meh kita dengar orang bercakap pulak.
Aku tak kisah la ko nak promote produk kau.
Yang aku bengang tu bila dia dah explain-explain pastu nak suruh aku sign up dan-dan tu gak. Pehalllll?
She : Puan Diana berminat dengan plan ni? Dah ramai dah yang ambik polisi ni and mereka kagum sebab tak kira lah if u sign up polisi ni today and next month u di-diagnose cancer, you terus boleh dapat duit.
(tang 'dah ramai' tu yang mahal tu. Bunyik pun tak mengagumkan lansung.)
Me : Looks interesting tapi I don't have the final say. Sebab anything yang melibatkan big decision especially yang involve money, I have to discuss dengan my husband.
She : Ye, saya faham tu. Tapi, Puan Diana berminat tak? Kami cuma perlu tau if Puan Diana berminat sebab offer ni untuk pemegang kad kredit ^*&^%%%%^ yang terpilih sahaja.
Me : Look. You explain produk you pun dalam phone aje. And I am driving now. I can't really concentrate dengan apa yang you cakap tadi and now you nak I sign up terus? You kena bagi I masa.
She : Takpe, saya boleh explain lagi sekali untuk Puan Diana.
(sangat persistent which is ciri yang bagus untuk menjadi seorang sales tapi sangat tak peka dengan situasi dan juga bodoh dalam membaca maksud tersirat)
Me : Macam ni la, actually walaupun saya pemegang kad kredit ni, tapi yang tukang bayar is my husband. Berapa kredit limit I pun I tak penah tau. And I pun dah ada 2 insurans. Itupun I tak bayar, semua my husband uruskan.
She : So, Puan Diana tak sure apa yang dicover dalam insurans tu la?
Me : Saya tau apa yang dicover sebab saya yang sign the polisi, so saya dah baca semua dalam tu
(bodoh punya sales tanya soklan macam ni)
She : Puan Diana pasti ke polisi Puan Diana tu masih aktif?
Me : Yes. Every month I dapat surat untuk bayar premium.
She : No, I mean Puan Diana pasti ke husband Puan Diana pilihkan polisi yang terbaik untuk Puan Diana?
Me : Excuse me..?? Is this how your supervisor ajar on how to close a deal? Making assumptions? Macam ni la, like I said, I tak boleh nak bagi you answer. Kalau you desperate sangat nak close the deal, call back tomorrow, I will discuss with my husband malam nanti. If dia kata NO, I'm sorry. Or you can call dia now and explain kat dia.
Tapi laki aku cakap takde pulak budak ni call.
Tau pulak ko takut nak cakap ngan laki aku.
Yang aku kagum tu boleh dia berani buat assumption pasal laki aku ni.
Bahabi bangkaiii.
Ok lah niat dia murni nak bagi aku wake up call untuk jangan percaya 100% kat husband. Tima kasih banyak-banyak. Aku rasa aku takde masa nak pikir yang bukan-bukan pasal laki aku, nak check betul ke dia bayarkan insurans, betul ke dia pegi keje, betul ke dia dinner ngan supplier ke ngan janda anak 3 yang ngorat dia tu...eh plis la, benda-benda macam ni menyemakkan otak.
Tapi aku rasa setakat ni bank belum kejar aku lagi tak bayar kad kredit which means kad aku berbayar. And tang insurans tu sampai 2 dia ambikkan and bayarkan, so apa hak aku nak persoalkan if polisi tu yang terbaik or not??? Nak terbaik sangat gi bayar sendiri la.
Orang dah bayarkan dah cukup baik. Kang soal dia banyak-banyak dia bayar ngan penampar kang, ada yang makan ketupat kat spital.
Pastu sepatutnya ada delivery barang-barang ke rumah baru sebab aku ada order some perabot.
Mula-mula dia kata 5 August.
Tapi tak jadik sebab dia kata kerusi yang aku tempah kat warehouse ada kaler lain. Kalau kaler yang macam aku nak kena tunggu shipment sampai sini on 29 August.
Ok takpe. Aku tunggu.
28 August aku call nak confirmkan delivery (ada ke patut aku yang kena call ingatkan dia pasal delivery???), dia kata ETA document dari manufacturer cakap shipment sampai kat Port Klang on the 1st of Sept. So dia cakap delivery is on 2nd.
Ok takpe.
Lagipun aku nak pi JB time tu.
So, aku ngan En Wan dah bajet masing-masing ambilk half day off petang Rabu sebab nak monitor diorang hantar barang. Kul 1pm aku call nak confirmkan pukul berapa dia sampai, sales dia kata tak boleh hantar today sebab masih memunggah barang kat kontena.
Eh, cilanat.
She : Oh I forgot to inform you, today we can't deliver. They are still unloading the goods.
Me : But yesterday you said that you gonna deliver them today? I've taken half day off just to monitor you guys.
She : Oh really uh? So sorry la then. Tomorrow can uh?
Me : You guys keep on delaying the delivery. I have been waiting for my goods since early of August, now it's September. Stilllll, you are moving it from one date to another. And you don't have the effort to call me and inform that the delivery has been postponed. What if I didn't call you?
(masa ni pahala puasa aku tinggal separuh dah)
She : Sorry ah Ms, I forgot to call you.
Me : Please be certain of what you are doing before you make appointment with customer. I am also working and I have rules to adhere to. So please show some respect.
The moment aku letak tepon, aku bajet hari tu aku puasa dapat lapar ngan dahaga je la. Tapi kira ok la kan, aku lom mencarut lagi kat dorang ni semua. Cuma lepas aku letak tepon je aku jerit 'FUCK!'.
Terus call En Wan.
Me : Abang, dorang tak jadi hantar today. Postpon lagi. Esok.
En Wan : Ye ke? Takpela, nanti abang beli nasik kerabu.
Sampai skang aku cuba kaitkan apa kena-mengena delivery tadi ngan nasik kerabu?