Bukan aku yang beromen di siang hari di bulan puasa.
Aku nak abiskan sehari puasa pun nazak, inikan dua bulan??
Boleh mati hidup balik empatblas kali okkkkk.
Saje je tanya soklan tu, mana la tau kot-kot tak batal.
Eh, jahilnya.
Haha. Takpe, tak tau kita bertanya kan.
Ni kes 31 Ogos la ni.
Aku dah kata, aku ngan En Wan kalau cuti memang tak boleh dok umah, memang kena keluar. Kalau dok rumah, aku ngadap kau, kau ngadap aku. Panjang cerita dia kanggg.
Takkan nak mengadap-ngadap je. Dah la boring takleh makan.
Maka satu perbincangan telah diadakan di atas katil pada pukul 3 petang.
En Wan : Kalau kiss boleh tak Di?
Aku : Boleh. Tapi touch lips aje, takleh over-over.
En Wan : Baik takyah. Hmmm...kalau raba-raba?
Aku : Boleh. Tapi jangan sampai stim.
En Wan : Hmmm...kalau stim?
Aku : Entah...batal kot. Yang seboleh-boleh nak bagi stim tu kenapa?
En Wan : Cuba check internet. Batal ke tak kalau stim.
Bangang gila okkk aku boleh google-google under words "stim di bulan puasa".
Tu la kan, dulu elok-elok dapat Maahad kau quit. Kan dah bodoh skarang.
Ni kalau Pak Aji tau aku bodoh macam ni, skarang gak dia hantar aku masuk skolah pondok.
Hasil google..
SATU HARI DI BULAN PUASA... - Alhamdulillah, berlalunya hari pertama puasa di bumi Saudi ini. ... Patin Stim 3 Rasa - Resipi asal adalah Ikan Siakap Stim 3 ...
salam2benua.blogspot.com/2009/08/lepas-sahur-tadi-pergi-m... - 314k - Cached
Ni kang elok-elok aku nak batalkan puasa dengan stim, ada yang terus aku gi masak nasik kat dapur.
En Wan tak puas hati.
En Wan : Tukar ayat la. Search word lain pulak.
Aku : Abang buat la.
En Wan : Ala, Di la typekan. Abang malu.
(pastu gelak-gelak)
Motif nak malu??????
Last-last google je lebih tau -tau dah pukul 5pm.
Takyah la bang, jom kita gi pasar ramadhan je la.
Alhamdulilah, selamat puasa aku.