2009-01-07

Korang memang saje dengki kat aku nak melepak-lepak kat rumah takyah update blog kan?

Memang la aku busy yang melampau-lampau AI.
Kalau tak melampau nescaya berderet entry aku sehari 3 kali.

Aku main approve je comments dari Yahoo mail, blog aku pun aku tak bukak sejak the latest entry. And sorry to those yang meng-YM aku pastu aku hilang, sorry. Bukan taknak layan tapi tak sompek nak melayan, aku bukan purposely log in YM, bukak email je chat pun start loading.

Nanti-nanti ye.
Banyak benda yang berlaku sejak aku tak update blog ni.

Pertamanya I am happier.
Sebab tak payah update blog.
Legaaaaaaaaaaaa.

Hehehe.

Keduanya, takyah YM.
Pun legaaaaaaaaaaa.

Wah, macamkan ramai nau nak chatting ngan aku kan.

Ketiganya....SHOPPING!!!!
En Wan telah bermurah hati MEMBENARKAN aku bershopping.

I repeat, MEMBENARKAN, bukan MEMBELIKAN.
Jauh sekali ada cita-cita nak MENGHADIAHKAN.

Aku dah lama tak shopping.
Asal dah try-try baju je, letakkkk balik
Pegang-pegang novel, pastu letakkkkk balik.
Semua benda tak mampu memuaskan nafsu shoppingku. Asik la aku menemankan En Wan shopping, and tebiat bershopping dia makin pelik aku tengok. Kejap-kejap dia beli barang, kejap-kejap beli barang. Dah la bonus masuk wat dekkkkkkkkkkk je ngan aku.
Beli berhelai-helai. Pinjam kad PADINI aku. Tapi tak offer aku lansung.

Saje je dia sengih-sengih menyeringai kat muka aku. One of the way to be sarcastic la kan like 'See, aku leh soppingggggggggg, ko tak lehhhhhhh. Pegangkan beg plastik abang, nak pilih spender jap'.

Tak pernah-pernah dia wat keje beli baju and suar berhelai-helai.
Siap beli spender berkotak-kotak.
Tengok la sok kalau aku dapat bonus pulak, aku beli spender 30 helai pakai sekali harung semua serentak.

Minggu terakhir 2008 tu aku ngan En Wan banyak mencutikan diri, lalu apa salahnya kita bersiar-siar di Sunway Piramid dan Jusco Bukit Tinggi.
Memang ni favourite spot aku sebab ia murah saje.
Nak pi KLCC, Pavillion, apa menatang haram depan Bukit Bintang tu aku lupa lak nama dia, kem salam la kan nak masuk tempat-tempat camni.
Series orang kat Pavillion leh spot kekampungan aku.

Selama ni kalau nak beli barang walaupun bra Scarlet yang berharga RM10 tu (ko jangan beli bra ni, lepas dua kali masuk mesin je, dawai bra konfem tanggal, melainkan ko memang nak wat Scarlet ni bra pakai buang) aku akan tanya En Wan. See dia approve ke tak.

Oh yes, selama ni aku memang pakai bra Scarlet tu, sebab dia murah dan cantik. Kaler striking-striking.

Tapi after a few years pakai, aku rasa tetek aku dah labuh sikit.

Adekah kerana dah tua jadik kolagen pun berkurang?

Adekah kerana lepas mandi petang je aku dah tak pakai bra lansung so tetek aku tend untuk menjurus ke lantai akibat daya graviti yang kuat?

Adekah kerana aku asik terlompat-lompat ikut exercise Jane Fonda menyebabkan tetek aku kurang daya elastiknya? Tapi apesal Jane Fonda punya tetek melekat je aku tengok???

Adekah sebab tetek aku besar so dia berat maka dia jatuh sikit?
(alasan tak lojik tapi sebenarnya aku saje je nak bagi orang tetek kecik jeles ngan aku)

So, aku buat kesimpulan one of the factor adelah bra murah.

Jadi, aku pun mengutarakan permasalah bra murah ni kat En Wan.

Bila aku kata bak masuk La Senza je, dan-dan 'Abang dah tak kisah sangat tetek awak jatuh ke tak, janji bertetek. At least I have something to grab at'.

Series aku geli dengar.

En Wan, stop grabbing or I won't give you any.
Hahahah.

Geli, geliiiiiiii.

Jauh lak menyimpang tajuk aku ni.
Tetiba je masuk bab tetek.

But, the best thing of all adelah, saya telah mendapat surprise dari En Wan untuk 10th anniversary yang lepas. Walaupun dia postpone tak bagi on the day itself, tapi lagi baik la dari aku yang tak bagi apa-apa kat dia kan.
Saper suruh pegang semua duit aku.
Kan ko dah tak dapat hadiah.


Green apple Cybershot!!

Muahhhhhhhhh!!!!!

Takyah la aku snap menatang ni beria-ia, orang lain ada kamera lagi la besar cam serombong kapal lense dia, sikit tak tunjuk.
Aku nak tunjuk kaler je.

Sebab aku selalu melenjan camera dia, so dia belikan new camera untuk aku.
Green apple lagi.

Tapi tau kah kamu En Wan bahawa Green Apple tu ID aku saje, favourite kaler tetap pink okkk.
Tapi takpela, dah orang bagi tu jangan la banyak cengkadak pulak kan.

Cerita pasal busy.
Memang sekarang busy.
Tapi takde la sampai takleh update blog lansung.
Che Det yang jadi pengerusi sana sini pun ada masa nak update blog.
Setakat company aku baru 4 bulan set up jangan la nak ngada-ngada sangat tak update blog bagai kan.

Cuma aku dilanda ke-tak-kuasa-an nak mengupdate blog sebab aku mempunya minat yang baru skarang.

Iaitu...............



SUPERRRRRRRRRRRRRRR!
COOL!
LAKALAKALAKALAKALAKALAKALAKA.

Ni la keje aku lately ni, kalau dah habis waktu kerja, terus bukak YouTube layan movie. Nak download movie malas, adik aku kata makan berjam.
Baik aku tengok kat YouTube je.

Sebabkan busy, Sivaji The Boss ni makan 3 hari jugak la aku nak tamatkan.
Dan tengah-tengah malam baru nak start tengok mana tak 3 hari baru nak abis.

Takkan Sivaji je kot Dianaaaaa.


PADAIYAPA!!!!!!!
pa..pa..pa..pa..

Kalau aku jadi Menteri Penerangan, ni cerita wajib tayang setiap kali Deepavali mahupun Thaipusam. Dan juga menjadi tayangan pembukaan sebelum Warta Tamil.

First time aku tengok cerita ni, ada la lam seminggu aku dok terbayang je muka Rajini ni.
Gila bayang kejap.
Betul la kata pepatah, 'apa ada pada rupa, hati mau baik'
Tapi kalau ko letak Leslie ngan Rajini sebelah-menyebelah pedulik apa aku ngan hati baik.
Hensem jugakkkkkk yang aku pilih.