2009-01-14

Lagu



Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Ni antara lagu yang aku selalu dengar masa kecik sebab Pak Aji ada kaset dia.
Kumpulan Ottawan.

Aku tak tau kumpulan ni ada lagi ke tak. Rasanya adik-beradik. Sepesen je kaler dia aku tengok. Adik beradik la tu.

Dulu kalau boring-boring balik dari skolah takde keje nak buat, nak study kem salam la, mesti aku geledah laci Pak Aji and carik kaset-kaset dia yang ala-ala disco sket kasik aku feeling-feeling gi clubbing. Masa ni memang aku je ada kat rumah, Ima skolah asrama. Dia kebal terhadap segala bentuk torture dari senior sebab tu dia bertahan kat boarding school. Ibal skolah petang. So rumah Mak Aji free dari sebarang gangguan. Jiran pun takde. Kira baikkk punya timing aku nak clubbing kat hall. Tolak sofa ke tepi, tutup sliding door, tutup tingkap, tarik langsir kasi rumah gelap, baru macam Twelve S.I.




Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Aku dah lupa sebenarnya lagu ni until aku tengok Mamma-Mia baru-baru ni.
Dah la tengok ngan mak mertua. Amat jelas kegedikkan menantunya. Tengok VCD pirate pun nak henjut-henjut badan siap head banging bagai.

Pak Aji ada denim jumper macam lam gamba tu (jumpers kan nama dia? ah, belasah). Aku boleh bayangkan camne bapak-bapak kita punya rugged la melepak kat shopping kompleks pakai jumper camtu dengan rambut panjang tutup telinga, pewit pewit kat awek.

Pehhh, lelehhhhh.

Kalau nak suruh aku bayangkan En Wan pakai camni siap kemeje lengan puff bagai, tak dapat la. Elok-elok aku subur terus mati pucuk tengok dia pakai camni.

Tolong ye bang, jangan nak buang tebiat.




Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Ni antara penyebab kenapa aku nak quit dari Maahad Hamidiah masa Form 1 dulu.
Tak dapat tengok JUARA LAGU okkkkkkkkkkkkk!!!!

Ye la, aku jahil.
Asik nak dengar muzik, nyanyi, muzik, nyanyi.

Tapi time kuliah Subuh aku bangun gak, tadarus pun aku pegi jugak, ko suruh gi berzanji pun aku masuk.

Tapi kenapa aku takleh tengok JUARA LAGU?????????

Ini tidak adilllllll!!.
(bantahan dari bekas pelajar sekolah agama yang masih lagi jahil)

Aku takde la minat si Ah Wie, aku minat Joe. Tapi aku suka gila ngan lagu ni.
Masa tu aku jeles ngan sesaper nama Rashidah.
Nama sikit punya koman tapi boleh jadi lagu.

Panggggggggg!!

Ada sesaper nama Rashidah kat sini?
Hampunnnnnnn.




Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Lagu ni kenangan antara aku and arwah atuk aku yang kat Tampin.
Masa kecik-kecik aku ngan Ima, atuk and nenek yang bela. So bila dah skolah, everytime cuti je mesti kitorang balik kampung. So boleh bayangkan la apa karangan aku buat everytime skolah bukak balik. Nak lagi bila cikgu tu balik-balik tajuk dia 'Apa yang saya buat semasa cuti sekolah'. Kalau dapat cuti yang macam aku manjang je lepak kampung, apa benda yang aku nak cerita sangat. Tu yang ada sekali aku wat karangan 'Percutian ke alam Alice in the Wonderland'.

Aku tengok muka cikgu BM aku memang khusyuk lagi kagum ngan cerita percutian aku. Ni konfem dapat A and tiga bijik bintang.

Hujung-hujung karangan tu '...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga saya berasa lemas. Oh, rupanya ibu meyiramkan air sebaldi ke muka saya kerana saya mengigau. Rupanya saya bermimpi.'

Standard la kan karangan dulu-dulu.
Konon nak wat suspen.
Kalau betul cerita suspen takpe, ini kalau cikgu tu berbulu je kena tipu hidup-hidup mau ko dapat C tolak. Dah la member khusyuk membaca, lam hati dah nak bagi A dah ni.

So lagu ni aku main dengan recorder (yang macam flute tu, bukan tape recorder bang). Gila terer aku dulu main recorder ni, tak main la lagu Pengakap Muda Bab 1 buku teks muzik tu. Aku main lagu-lagu artis je okkkkkk. Siap buat note sendiri lagi. Menangis Meet Uncle Hussin kalau tau kehebatan aku.

Atuk aku la yang jadik penonton setia. Nak harap nenek aku malam sket la dia nak layan muzik-muzik ni. Tapi bila cerita Mazuin kawen ngan pengiran Brunei keluar kat paper, aku jugakkk yang dia suruh tolong bacakan.

Sambil dia lepak kat beranda cukur janggut, aku main recorder lagu ni. Kira sepanjang cuti sekolah tu aku dok susun note nak dapatkan melodi lagu ni. Kira ok la kan untuk level budak sekolah rendah yang takde basic knowledge in music, harapkan kelas muzik kat sekolah yang seminggu sekali tu je.

Lepas atuk meninggal masa aku umur 11 tahun, aku dah tak minat susun note ni semua. Aku main recorder sebab nak lulus exam je. Kalau tak konfem aku juara One in a Million (aku tau takde kaitan).



Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Tak dapat carik gamba Roy and Fran.

Lagu ni aku penah nyanyi dengan one of my good friend dulu.
Dua-dua dalam kereta masing-masing. Sekali ERA ke SINAR ntah pasang lagu ni, terus aku call dia suruh pasang radio and kitorang sama-sama nyanyi on the phone. Dah la suara yours truly sengau-sengau sendut, tapi ok la dari suara member aku tu.

Kejian ikhlas tanpa cakap-cakap belakang.
Dekat situ jugak aku sound 'Your voice is horrible'.

Memang la dia gelak-gelak tapi aku tau kalau aku kat depan dia time tu mau penampar dia melekat kat dahi aku.

Kalau tak kerana sessi berduet dalam kereta tu pun, aku memang suka lagu-lagu duet macam ni. Biasala, aku kan kuat berangan. Dan juga agak gatal. Nak tunggu ada laki offer aku nyanyi duet memang tak dapat la kalau nak berbekalkan dengan muka aku yang cantik lagi orang asli ni. So kalau lam keta tetiba kuar lagu-lagu duet nak pulak yang feeling-feeling camni, memang start la aku punya berkhayal. Masa tu kalau tetiba Mak Aji 'Diana, ambikkan tisu kat blakang'.

Pehhh, memang potong okkkkkkkk.

Lagu Fran ni memang dah sebati ngan telinga aku. Pak Aji memang ada complete album Fran. Asal masuk kereta je memang tak reti la nak dengar radio, pasang kaset sokmo. Tak lagu Fran, lagu Kak Melah.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Aku tak jumpa gamba UK's (ke Ukays?).

Lagu ni memang shilaker sket la.
Lagu ni best, bukan tak best.
Yang tak bestnya bila lagu ni Tungau tujukan kat aku.
Biasa la kan, dah tak dapat aku tu ada je la benda dia nak bagi semorang nampak kesalahan tu pada aku.

Piraaahhhh.

Masa bila ko ada kena-mengena ngan kejayaan aku kat menara gading?
(wahh, belagak sial. Tapi mamposla kan, aku tengah marah ni)

Suka-suka ko je kan nak ungkit-ungkit apa yang ko tolong masa blaja dulu.
Setau aku ko tolong aku part Fizik je.
Tu pun bukan sebab ko terer Fizik, tapi sebab Fizik aku lagi bangang dari kau.
Kalau nak ikutkan pandai, baik aku tanya Ijad.
Tapi apa barang tanya Ijad, dah masa tu ko balak aku, haruslah aku carik alasan nak jumpa kau kan. Padahal aku tau kalau aku ambik subjek Fizik saje sepanjang tahun pun aku tetap fail. Aku geli la ngan buku Fizik.

Tak payah la semata-mata kerana ko tolong aku Fizik ko nak ungkit sampai ke sudah.
Padahal subjek Fizik tu masa matrik je.

Dah la dia tujukan lagu ni kat aku secara terang-terangan.
Face to face okk.
'Bila **** dengar lagu ni, mesti terbayang awak'.
What the fakkkkkkk.
Memang cibai.

Cuma masa tu aku biarkan je la apa dia nak cakap kat aku pun.
Kasik chance dia nak menang, janji ko berambus cepat.
Tak selera aku nak study kalau ko lalu-lalang depan muka aku.

And lagi satu, ko tak grad bukan salah aku.
Tapi ko memang bangang.




Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Sangam!!!

Siapa yang tak pernah tengok cerita aku nasihatkan sila lah tengok.
First time aku tengok cerita ni memang aku menagis.
That was bila eh, rasanya tahun 1990 kot, time Deepavali.
Aku ngan Mak Aji tengok kat tv santak sampai kol 3pg.

Skang ni channel 808 tetiap hari kuarkan cerita Sangam ni, sila tengok.
Semalam pun aku tengok gak, and aku dah hafal lagu ni.

Antara penyebab aku suka tengok Sangam sebab muka Raj Kapoor (atas) tu iras-iras muka arwak atuk aku. Tak caya tanya Ima. Kira ni hero paling hensem la waktu tu. Antara suku-sakat Kapoor ni aku rasa yang hensem cuma dia ngan Shaheed je.

Si Rishi Kapoor tu aku tak paham apesal ramai nau yang kata hensem. Dah la bibir merah basah-basah macam pakai lipgloss, geli aku.




Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Lagu yang masih kekal ada dalam mp3 aku, tak kira dalam laptop or dalam kereta.

Kadang-kadang kalau susah nak terima nasihat orang, kena la nasihatkan diri sendiri.
So aku pun dengar la lagu ni hari-hari.

Tapi kalau Pak Aji naik keta aku, aku takkan pasang mp3 ni, aku pasang mp3 lagu omputih. Dibuatnya tetiba kuar lagu Fatamorgana ni, dia punya tazkirah konfem panjang silap-silap satu kaset Hijjaz dah habis pusing, khutbah dia tak abis lagi.

Dia memang ambik peluang je, contohnya tengah drive tetiba ada accident kan, mula la dia bukak topik 'Mati tu bila-bila je, macam accident ni orang tu tak terfikir pun dia nak kena accident jap lagi, tau-tau meninggal...bla bla bla'. Kang kalau masuk lagu nasyid lagi la timing baik nak berdakwah kat anak dia ni kan. Anak kalau dapat yang jenis dengar dan tobat nasuha tak buat lagi takpe gak, ni jenis orang nasihat memang ko dengar, tapi takat dengar je la.

Tapi at least aku dengar dan diam. (credit untuk diri sendiri)




Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Series aku bagitau, suara Pak Aji macam Broery.

Tak salah aku Ima and Ibal pernah ikut Pak Aji gi conference apa ntah, tempat keje dia buat masa lom pencen dulu.

So budak bertuah dua ekor ni kan mana reti dok diam, malam-malam merayap pi lounge hotel. Dari lam bilik lagi diorang dengar sape la pasang kaset kuat sangat (sorry ye aku memang peghak, lagi suka sebut kaset dari CD). Sekali kat lounge Pak Aji tengah goreng lagu Widuri daaaaa.

Aku memang dah tau lama suara Pak Aji macam Broery sebab masa skolah dulu, Pak Aji selalu main organ petang-petang lagu Broery. Aku yang tengah lipat kain ni terpaksa la tadah telinga dengar. Sampai naik muak dah takde lagu lain ke apa nak main. Tapi sebab suara dia lagi best dari aku, layan kan je la. Kang aku komplen apa ni asik lagu Broery je, dia buat statement 'Ko nyanyi aku nak tengok pulak'. Haaa, baru dia terkencet aku.

Tapi kengkadang ada gak dia bawak lagu Black Dog Bone, D'Lloyd, Sharifah Aini...Kak Pah pun jadik. Sebab tu sampai skang lagu-lagu aku semua 70-80s. Aku membesar dengan lagu-lagu macam ni.

Tapi dalam suara kitorang adik-beradik, Ibal jugak yang paling best. Dia penah menang best vocalist dalam Battle of The Band. Apa nama glemer dia ntah, bukan Ibal. Itam kot.


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Tak jumpa gamba Ria Resty Fauzi.

Ni kalau bibik aku tau aku simpan lagu ni konfem dia seronok tinggal Mesia tak nak balik Indon dah.

'Kok majikan aku suka lagu Indonnnnnnn'

Aku rasa time kecik-kecik dulu bersepah kaset-kaset lagu-lagu compilation Indon kat pasar malam. Antara yang beli adelah Pak Aji. Saper kata lagu Indon menguasai market Malaysia skarang? Dulu lagi dah ada okkkkkk.

Tapi, tak dinafikan, lagu-lagu dorang memang best.

Tak salah aku, dulu kalau tak lagu ni, lagu Madu dan Racun or lagu Singkong dan Keju tu yang balik-balik kuar kat radio.

Aku dambakan seorang gadis yang sederhana
Aku ini hanya anak singkong....anak apaa????
Aku hanya anak singkong....yeahhhh anak apa?????

Oi anak singkong.



Eh dah la, aku nak buar keje.