2023-03-13

Kerjaya sales tu adalah kerjaya yang tak susah, tapi memenatkan.


En Wan cerita Sabtu lepas ada sorang lady nak jadi agen takaful.
Dia ada update gambar orangnya di FB.
Aku tak surelah apa benda yang dorang discuss Sabtu lepas, maybe get to know how to be agen and how to do sales agaknya.
Aku tanya En Wan, ramai tak yang jadi agen?
En Wan tak berapa fokus kat merecruit agen sebenarnya.
Dia prefer cari orang yang nak buat takaful, berbanding cari orang yang nak jadi agen.
Tapi dia kata, kalau tengok pada growth of the company, ramai agen-agen baru.
Cuma, sejauh mana bertahan tu yang tak dapat dipastikan.
Aku cakap samalah dengan sales dalam bidang aku dulu.
Bila dengar kerjaya sales ni boleh makan komisyen sampai RM3K sebulan, ramai yang apply.
Tapi bila dah ada dalam kerjaya tu, tak buat sale pun.
Seronok makan basic je bulan-bulan.
3 bulan tak hit target, memang kena tendanglah.

Mengikut pengalaman aku, buat sales ni tak susah mana, tapi kena berpenat.
Bab berpenat tu yang ramai takleh cope.
Dulu masa buat biotech, aku kena berpenat memahamkan produk.
Kena berpenat belajar teknologi. Kena berpenat baca jurnal.
Berpenat jumpa customer. Berpenat buat marketing.
Berpenat buat presentation and demos.
Berpenat buat workshop.
Dah buat semua ni, result tak dapat dalam masa terdekat.
Mungkin sale masuk bulan depan, atau bulan lagi satu.
Jadi, bolehlah disimpulkan kerjaya sales tu adalah kerjaya yang memenatkan.
Ia tak susah, tapi penat.

Di antara sebab utama kenapa orang yang buat sales cepat give up adalah apabila hasil yang didapatkan tak sepadan dengan usaha yang dah dibuat.
Biasalah kan, bila kita buat too much tapi tak dapat result yang kita nak, jadi demotivated.
Mulalah rasa malas nak buat kerja, nak MC, nak EL, nak tido je kerjanya.
Macam aku cakap tadi, penat buat macam-macam tapi hasilnya lambat.
Dahlah lambat, sikit pulak tu.
Tapi apa yang orang tak tahu, kejayaan bukan terletak pada "hasil", tetapi pada "usaha".
"Menjadi" yang terbaik is nice, however "melakukan" yang terbaik is all that matters.
Always remember that results never come at once.
Dia datang sedikit demi sedikit, sebab tu jangan give up awal sangat.
It is true that every effort is not converted into success, tetapi kalau takde effort, langsung takde success!

Kerja sales memang penat. En Wan dah merasai.
Letih, sebab continously belajar.
Dahlah kena buat sales, kena buat marketing juga, at the same time kena belajar lagi - belajar tentang produk, belajar tentang skill.
Tu belum lagi bos minta buat sales report, padahal esok kau ada presentation dengan customer.
Memang time management kena susun cantik-cantik sebab banyak nau kerja nak dibuat.
Sebab tu budak-budak muda paling sesuai jump into sales kerana energy banyak.
Bila energy banyak, banyak benda boleh buat.
Lagipun usia muda, kita tengah hungry nak mencapai banyak benda.
Semangat tengah kuat, idea pun banyak, serta lebih berani redah dan belasah.
Tu yang dulu aku boleh day trip je drive KL-Penang-KL.
Esoknya ke Melaka sehari suntuk. Lusa fly ke UMT (Tganu).
Aku pernah 5 hari KL-Kuching-Bintulu-Kota Kinabalu-Tawau-KL.
Hari ni sampai KL, esok Ima kawen.
Lusa, aku fly ke Brunei pula dengan bos.
Balik dari Brunei masuk ofis pagi, petang dah jumpa customer sana sini pulak.
Tu belum lagi dalam tempoh outstation tu quoatation kena buat, emails kena respond, report kena prepare.
Umur 45 nak buat macam ni, energy dah lain dah.
Sekarang aku duduk depan laptop prepare marketing notes, buat teaching, buat marketing untuk brand lain - basically semuanya di ofis saja.
Dah jarang nak merayap macam dulu.

Sebab tu bila ada readers minta aku ajar cara buat sales, aku tak reti.
Sales ni bukan macam kelas teori.
Kau kena buat baru jalan.
Duduk belajar tips memanjang tapi sales tak buat, mana mau datang sale-nya.
Cuma kalau boleh dipakai, tips-nya satu aku nak bagi, iaitu jual produk yang dah ada crowd DAN buat kerana passion.
Itu bukan 2 tips tau. Satu tips je tu.

Jual produk yang dah ada crowd DAN buat dengan passion.

DAN.
Bukan ATAU.

Masa aku mula-mula jual biotek, aku jual brand yang dah memang ada crowd di Malaysia.
Aku masuk kerja tahun 2003. Company tu bermula tahun 2000.
Dah 3 tahun dia carry brand tu dan dah ada repeat customer.
Jadi bila aku masuk kerja, senang aku nak promote brand tu kepada new customer sebab dah ada banyak reference.
Dalam jurnal pun dah ada orang guna the same brand.

Berbeza dengan tahun 2008. Tahun ni aku setup own company.
Walaupun existing customer dah ada, tetapi aku tak ada produk.
Aku cari new brand untuk dibawa masuk ke Malaysia, untuk aku promote kepada customer.
Lebih susah, sebab kat Malaysia belum ada sesiapa guna that brand.
Nak convertkan existing customer dari guna brand A ke brand B, bertambahhhh susah.
Sebab bukan senang customer yang dah biasa guna brand A dalam researchnya nak bertukar ke brand baru.
Kalau researchnya tak jadi dan sangkut disebabkan kit aku, camana?
Aku perlu buktikan this new brand memang bagus, supaya friendship dengan existing customer tak rosak.
Tak bestlah kan, kita dah build the friendship punya lama, sekali produk kita buat hal pulak.
Dah tak best dah nak berdepan dengan customer.
Jadi apa aku buat? Aku BELI sample.
Beli sample banyak-banyak, lepas tu bagi customer cuba.

Ini contoh sample yang aku beli.
Beli banyak-banyak lepas tu aku dilute dalam microtube macam ni, and jumpa customer untuk promote.
Sebelum hantar kat customer, aku test dulu kit ni dalam lab.
Uji pada beberapa sample - sample darah, sample tissue, sample daging.
Kalau result tak memuaskan, aku alter protokol sampai aku puas hati dengan result, barulah aku type balik protokol step by step, print cantik-cantik and kepilkan dengan sample.
Bawak pi jumpa customer minta dia cuba dulu.
Seminggu dua lepas tu aku follow up ok ke tak kit aku.
Kalau dia kata ok, haaaa baru kita talk price.
Dan most of my existing customer bila dah try sample, memang convert terus ke brand aku sebab aku dah build trust sejak lama.
Dorang dah selesa dengan cara kerja aku.
Takde reason untuk dorang tak convert bila brand aku gives good result.
Customer suka agen/sales yang memudahkan kerja mereka.
Jadi, kalau friendship dah bagus, produk pun bagus, apa lagi yang dorang mahukan? Takde.
Kau dah ada complete pakej untuk win their business.

Aku tanya En Wan, apa agaknya yang buatkan client pilih seseorang agen?
En Wan kata - TRUST.
Dalam his kes, dia cakap maybe his client dah lama follow aku.
Dan aku pula cerita pasal dia dan anak-anak.
Mereka seolah-olah dah kenal En Wan dari cerita-cerita aku di blog.
Dari situ timbulnya trust.
En Wan kata his persistency adalah 98% - ini sangat tinggi, ya.
Persistency ni adalah pembayaran caruman setiap bulan.
Maknanya, setiap bulan client En Wan memang tak culas bayar caruman on time!
Ada la 1-2 yang slow sikut katanya, tapi En Wan rajin follow up.
In other words, client En Wan adalah GENUINE.
Dorang ambil polisi dengan him dalam keadaan sudah bersedia untuk ambil polisi, bukan kerana dipaksa ambil.
Dan mereka adalah orang-orang yang memang dah prepare budget untuk takaful. 
Boleh dikatakan client yang sign up dengan En Wan dah tahu kepentingan takaful/hibah, cuma belum jumpa agen yang mereka trust sebelum ni.

Masa dapat proofkan brand aku bagus, berjujuk-jujuk customer convert ke brand aku.
Because dorang dah trust dan selesa dengan seorang Diana Ishak, tinggal nak buktikan produk aku sama bagus dengan produk yang dorang guna.
So kepada yang nak buat sales, kalau belum boleh gain trust dengan customer, cari produk yang dah ada reference dulu.
Jangan jual produk sendiri. Payah.
Jual dulu produk orang lain, build customer database, slow-slow carry produk sendiri.
Melainkan, korang boleh keluarkan modal yang besar untuk bayar orang itu ini jadi endorser produk korang.

Kalau ada duit lebih, lantik someone untuk jadi endorser.
Jangan bayar untuk ramai orang promotekan produk.
Teknik tu lapuk dah. Orang payah nak build trust.
Kau hanya pilih SEORANG dulu yang kau yakin boleh promote dengan KONSISTEN dan orang ini ada crowd.
Bayar orang ni jadi ENDORSER.
Orang ni akan buat kerja-kerja marketing produk kau secara berterusan.
Kau bayarlah dia ikut kontrak.

Aku dulu start ginilah dengan Ephyra.
Dia bayar aku komisyen.
Tapi bila order dari blog aku dah terlampau banyak, dorang mintak aku handle sendiri sebab masa tu their manpower belum ramai.
Now aku jadi Product Specialist untuk 2 jenis brand.
Asalnya dorang nak aku jadi endorser, tapi aku tolak sebab aku pun ada produk sendiri.
Jadi, aku offer untuk jadi Product Specialist for their brand.
Kerja aku - baca dan fahamkan produk, come out with marketing notes, study the science behind the product, explain to them and do class untuk their staff fahamkan the product.
Tapi perjanjiannya, aku tidak mahu promote the brand.
So they pay me untuk buat kerja belakang tabir.
Kiranya aku jadi staff yang buat kerja for their company secara tetap, tapi dibayar secara kontrak.
Too much on my plate sampaikan nak create formula untuk produk sendiri tak buat-buat πŸ˜†.
Doakan aku sempat ya, dari tahun lepas aku dah start mengira formula untuk buat product to reduce blood sugar. Belum boleh finalizekan lagi.

En Wan minta sampaikan pesan, sebab ramai yang tanya pasal Hibah Lestari (hibah untuk orang sakit).
Katanya, ramai yang minta nak maksimum hibah, iaitu RM250K.
Untuk orang sakit hanya boleh buat maksimum RM250K saja.
Maka ramailah yang nak buat sampai maksimum.
Tetapi bila tengok nilai caruman yang kena bayar, senyap.
Jadi En Wan minta sampaikan - untuk Hibah Lestari memanglah nilai carumannya tinggi dari hibah biasa sebab untuk orang sakit.
Banyak yang Prudential kena lihat sebelum dia luluskan hibah untuk orang sakit.
Kita semua tahu orang sakit lebih depat dengan risiko kematian.
Kalau kematian berlaku selepas 3 tahun mencarum, Prudential tak untung, ya.
Mereka rugi sebab bayar baru berapa ringgit tapi pampasan yang diberi adalah RM250K.
Sebab itu, nilai caruman untuk hibah orang sakit ni tinggi.
Tapi idoklah sampai beribu sebulan.
Jadi, En Wan pesan, kalau nak buat hibah, ambil minimum saja dah memadai.
Misinya bukan berapa banyak yang ditinggalkan, tetapi ada atau tidak meninggalkan sesuatu untuk waris.
Ambik RM50k pun cukup dah dia kata.
Yang penting, tak membebankan bila bayar bulan-bulan.


2023-03-11

Even the strongest feeling can fade kalau kurang bagi perhatian.


Kesian aku tengok video si anu bila suaminya tak nak ceraikan dia.
Hmm, entahlah, kan. Kadang aku rasa seronoknya la haiii jadi lelaki.
Dah terang-terang tak ambil peduli, masih lagi nak simpan.
Simpan untuk apa ntah. Pakkal ada ikatan.
Kalau takde ikatan sah, senang je nak ajar lelaki jenis ni. Angkat kaki, jalan.
Buat apa stay kalau takde benefit dari relation macam ni.
Nak kata tak ada relation, macam ada.
Tapi takde attention diberi, serupa macam takde relation.
Tapi bila kau angkat kaki, nanti dia start main tarik tali.
Masa tu dia tiba-tiba jadi sangat caring.
Sekali dua bolehlah hati tu cair, dan kembali semula.
Kalau dah berkali-kali, naik bosan.
Cakap je beria-ia, action takde.
Action speaks louder than words, ya.
Setakat cakap masih sayang, masih cinta, miss you, masih ada sinar whatsoever - kalau action takde, kem salam dengan kau punya sinar.

Bila tengok kisah-kisah cinta/perkahwinan separuh jalan, orang-orang yang belum berkahwin mesti akan relate-kan perpisahan dengan sebuah kerugian.

"Ruginya tinggalkan dia, hensem tuuuu"

"Kaya pun kena tinggal"


Hanya yang ada dalam relationship itu saja tahu to make a good relation, cantik dan kaya is not always the "thing".
Nak bercinta tu senang.
Tapi nak mempertahankan cinta perlu kerjasama dua belah pihak.
Sorang je yang beria, tak jalan.
Kadang relation tu dah berbelas tahun, hujung-hujung pisah.
One thing people may not understand, when someone decides to give up after years of being in a relationship, he/she already takes everything he/she has left in them to leave that person.
Orang kata dah habis bersabar.

Dalam statistik perkahwinan, ramai berpisah sebab masalah kewangan.
Tapi ramai juga yang berpisah due to emotional neglect.
Be it dalam perkahwinan, atau percintaan, women often try their hardest to save a relationship.
Sehabis mungkin dia akan stay to repair relation tu.
Tapi kalau dah sampai limit, and relationship tu is beyond repair, they will leave.
Itulah perempuan.
Bukan sebab aku perempuan maka aku bercakap macam ni.
Ini adalah pengalaman sendiri sebab aku pernah berada dalam relation yang teruk dan aku cuba bertahan, but I failed miserably.
So when a woman decides to leave, she may have already tried to do everything possible to save the relationship.
Bila dia dah keluar dari relation tu, it's no turning back.
Hati kalau dah hancur sehancur-hancurnya, takde apa dah yang kau boleh buat untuk hancurkannya lagi.
Kau berubah jadi baik serta-merta pun, hatinya dah hancur. Tak jadi apa.
Tak payahlah kau simpan, lepaskan saja.

Bukan semua perempuan hadap duit lelaki, especially someone yang biasa cari duit sendiri.
Perempuan yang macam ni hanya mahukan kasih sayang and attention.
Dia tak heran dengan kau punya duit, title, jawatan dan kemasyhuran.
Kalau kau tak jaga hati dia, dia angkat kaki, jalan.
Emotional satisfaction lebih penting dari title dan kekayaan kau.
This is a common reason perempuan leave a relationship.
Dah habis semua harapan untuk teruskan hubungan dan dia nak start fresh.
Biasanya, sebelum perempuan jenis ni buat keputusan untuk tinggalkan relationship, dia dah habis inspect and calculate each possible outcome.
Dia dah prepare for her future.
Sebab tu kau tengok selepas berpisah perempuan macam ni jadi semakin berjaya, semakin cantik, dan semakin terurus.
Because this woman has finally found peace to maintain her own emotional and personal well-being dari bazirkan masa dan tenaga maintain relationship yang tak ke mana.

In relationship, BERCINTA mesti hari-hari.
Bukanlah maksudnya berkepit melekat 24 jam.
Aura percintaan tu yang kena diteruskan.
Kebanyakan lelaki anggap bila aku dah kawen dengan kau, maknanya kau aku sayang.
Tak payah tanya-tanya lagi katanya.
Tak payah nak suruh dibukti-buktikan lagi.
Salah, ya. You may have fallen in love with her in, tapi spark tu makin lama makin takde.
Benda ni mungkin pengaruhnya dari culture juga.
Culture kita orang melayu ni kalau dah kawen tu, dah lah.
Dah duduk serumah, tido sekatil, nak apa lagi katanya.
Dah takde surprises, takde flower delivery, takde celebrations, takde sweet and noty texts. Takde.

"Malu kat oranglah"

Masalahnya, bukan nak tunjuk kat orang. Kau sama kau je. Itupun tak nak buat.
Yang benarnya spark tu dah slowly hilang.
Spark ni kalau kita yang tak buat effort untuk men-spark-kannya kembali, sampai bila-bila dia tak spark.
Keluar modal besar ke setakat nak call 5 minits setiap hari?
Ambil masa lama mana setakat hantar whatsapp setiap hari?
Yang dah kawen tu, payah sangat ke nak stop kat Select beli coklat Snickers sebatang hulur kat bini?
Bak kata Ustaz Kazem, isteri ni kalau dapat surprises suami bawa balik makanan pasar malam pun happy dah.
Especially yang long distance relationship.
Busy sangat ke sampai call tak, hantar whatsapp pun tak.
Jumpa jangan cakaplah, dah tentu tak.
Apa yang boleh diharapkan dari sebuah relation yang takde attention macam ni? Takde.
Sila angkat kaki, jalan.

Aku taknak cerita bab husband abusive ke, in-laws toksik ke, narcissist ke -- ini semua punca-punca yang jelas kenapa relationship boleh berakhir.
Tapi bila seorang lelaki membiarkan perempuan melayan emosi sendiri -- THIS! This should not be the cause.
Nanti bila perempuan minta pisah, kau cakap perempuan demanding.
Tapi kau tak faham yang emotional neglect juga merosakkan hubungan.
Hari tu bila tengok video Puteri Sarah kata "Dah setahun saya tak jumpa dia", aku macam "Oh ok, she has a reason to argue".
Ye lah, buat apa teruskan kalau setahun tak jumpa laki, betul tak.
Setahun tu lama tau.
Dalam tempoh setahun tu kalau ada effort untuk menjernihkan kembali hubungan, insyallah ada peluang.
Tapi bila Samsol tak nak lepaskan dan kata "Masih ada sinar", blank kejap aku.
Gak nyambung orang Indonesia kata.
Kau tak balik jumpa isteri setahun, dah tu celah mana datang sinarnya?

Again, from my experience.
Aku bertunang dengan En Wan setahun lapan bulan.
Sepanjang tempoh itu dia tak balik Malaysia sebab nak simpan duit untuk kawen.
Tapi disebabkan he was too extreme untuk menyimpan duit, dia neglect emosi aku.
Dahlah tak balik, email pun tak hantar sebab busy sangat katanya.
Tulis surat dah memang takde dah masa ni.
Seminggu hanya call sekali. 3 minit je pulak tu.
Apa yang kau nak bersembang dalam 3 minit?
Nak merajuk-rajuk pun tak dapat.
Tak sempat pujuk, dah habis 3 minit. Buat sakit hati je.
Makanya, segala ketidakpuasan hati aku simpan dan pendam.
Marah, pujuk diri sendiri.
Merajuk, pujuk diri sendiri.
Rindu, pujuk diri sendiri.
Last-last aku mengamuk dalam email, minta putus. Barulah nak menggelabah.



Tak, bukan tak memahami keadaan dia.
Aku tahu dia kerja keras kat sana untuk habiskan belajar, at the same time kerja malam untuk cari duit nak kawen.
Tapi kita kan long distance relationship.
Apa yang boleh aku harapkan dari someone yang tak balik-balik setahun lebih?
Of course la aku harap at least dapat email.
Zaman tu nak hantar gambar tak semudah sekarang.
Kau nak kena scan dulu gambar, then attach kat email.
Tak payah hantar gambar pun takpe, aku tak mintak, but at least hantarlah short email.
Seminggu 3 kali, if not every day. Tak boleh ke?
Jangan kata aku demandlah. Ini semua effort.
Kau dah tahu bercinta jarak jauh, pandai-pandailah jaga.
Ini tak, nak perempuan stay tunggu kau, tapi kau buat dia macam invisible.

Macamana kuatnya rasa cinta tu, even the strongest feeling can fade kalau kurang bagi perhatian.
Dia umpama buat sales.
Kau hantar proposal kat client, drive jauh-jauh buat presentation segala, tapi lepas habis presentation kau senyap. Takde follow up dengan client.
Kau rasa possibility untuk deal tu menjadi, tinggi tak?
Sebab tu follow up penting, to keep the conversation warm.
Samalah dalam hubungan cinta.
Keep the communication warm. Maintain the spark between the two of you.
Give surprise every now and then. Take time to send a text.
Tak susah kot.
Kita tak pernah busy.
Kita cuma memilih-milih kepada siapa untuk diberikan priority.


2023-03-10

Sebenarnya zaman kita dulu bagus juga, walau takde teknologi.


Semalam makcik En Wan datang ke rumah, bawak cucu-cucu sekali.
Cucu dia gi main kat playground area rumah aku ni.
Aku cakaplah, playgorund tu takde orang main dah sekarang, sejak dah takde budak-budak kat area ni.
10 tahun dulu memang nampak anak-anak kecil ke playground and lalu-lalang dengan basikal depan rumah. Now, takde dah.
Rumah-rumah yang ada anak kecil dulu now depan rumah berderet kereta park.
Tu maknanya anak-anak dah besar dah ada kereta sendiri.
Nak tengok budak-budak, tunggu lagi 10 tahun.
Itu semua nanti cucu-cucu pula memenuhi kawasan sini.

Pak Aji kalau datang rumah aku mesti cakap "Rumah kau ni senyap sangatlah. Macam takde orang duduk".

Ya, kawasan rumah aku peaceful.
One thing yang buatkan dia 'aman' sebab dia terasing dari business centre Putra Heights.
Kawasan aku dipisahkan oleh hiway Elite.
Kalau dari Shah Alam nak ke selatan lalu ELITE hiway, akan nampak exit Putra Heights belah kiri.
Putra Heights sebenarnya belah kanan. Yang belah kiri adalah Putra Avenue.
Putra Avenue ni betul-betul ada rumah je. Kedai takde.
Siapa masuk kawasan ni maknanya dia nak balik rumah.
That's why kawasan rumah aku senyap dan tenang.
Siang ke, malam ke, boleh tido dengan tenang.
Takde dengar bunyi kereta motor merempit.

Now dah takde budak-budak kecil, lagilah senyap. Playgorund pun berabuk.
Anak-anak aku masa kecik dulu ada gak main kat playground, now main game kat rumah je.
Tapi belakang rumah aku ni ada je court futsall and basket ball court.
Entah siapa main tak tahulah.
Beria developer buat court bagai.

Sebenarnya zaman kita dulu bagus juga, walau takde teknologi.
Zaman belum ada media sosial orang kata.
Nak pulak dulu rumah Mak Aji takde video player.
Mengadaplah kau chanel TV yang tak banyak tu.
Maka nak menghilangkan boring, budak-budak dulu jadi kreatif.
Mainan zaman dulu secara tak lansung membantu anak-anak dari banyak segi.
Ada ilmu yang tersirat. Contohnya main polis sentri.

Kalau yang dapat jadi polis tu memang bersungguh-sungguh jadi polis.
Polis betul pun tak segigih macam ni sampai orang dah azan Maghrib dia gigih masuk longkang cari pencuri lagi.
Dalam erti kata tersirat, game polis sentri memupuk rasa tanggungjawab and amanah pada tugasan yang diberi (gitu ayat macam motivator).
Yang dapat jadi penyangak tu pulak kalau tak percaya kau tengok dia punya skill menyorok dan mengelat tu tinggi mana.
Berpeluh kau nak mencari!

Aku dulu kalau main polis sentri memang tak hadap la nak jadi polis.
Tak kuasa nak keluar masuk longkang cari pencuri.
Karang tak memasal balik rumah aku kena belasah dengan Ketua Polis Negara yang memang tunggu masa je nak sesah aku dengan hanger dia.
Nak sangat jadik polis, ha meh sini aku bagi pangkat sarjan.
Zas Zas Zasssssssss ambik kau tiga calit kat betis. Selesai.
Esok pegi sekolah pakai pinafore pulak tu. Get ready la nak kena gelak.

Selalunya aku volunteer jadi pencuri.
Tapi aku pencuri yang bijaksanaaaaaa.
Polis-polis semua sibuk masuk longkang keluar longkang ntah apa yang dia carik dalam longkang tu ntah.
Yang lelaki masuk longkang cari pencuri tumpang kencing sekali.
Yang perempuan kalau jadi polis balik-balik cari kat pokok serai.
Lojik ke aku nak menyorok dalam pokok serai?
Nak pulak pokok serai tu Mak Aji punya. Nak cari nahas?

Kau tau aku menyorok kat mana?

Kat kedai Kak Milah, makan Nutella. Kahkahkah.
Kau cari la aku sampai muntah, memang takkan jumpa punya.
Agak-agak boring lepak lama sangat kat Kedai Kak Milah, aku singgah rumah makcik aku kat sebelah kedai tu pulak.
Agak-agak lambat balik, makcik aku call Mak Aji "Kak Yah, Diana ada kat rumah Noi".
Mak aku kalau aku gi rumah makcik aku, dia ok je.
Kalau nasib aku baik, makcik aku siap gorengkan keropok lagi.
Bahagia betul jadi pencuri. Mbhahahaha.

Jadik pencuri mengajar kita buat keputusan cepat dan bijak dalam keadaan terdesak.
Pikir kat mana nak bersembunyi dengan selamat.
Tapi aku berhati-hati gak. Kena tengok juga siapa yang polis.
Kalau yang jadi polis tu muka-muka yang balik-balik cari bawah longkang, atas pokok, dalam pokok serai, memang aku volunter jadi pencuri.
Tapi kalau yang jadi polis tu adik aku, terus aku tak jadik main.
Sebab adik aku bijak. Like sister la bak kata omputih.
Dia ni kalau dapat jadi polis memang habis satu taman dia pusing dengan basikal.
Berpeluh aku nak menyorok. Bladihel.
Jadi moralnya kat sini, banyakkanlah bermain polis sentri.
Badan cergas, minda cerdas.

Lagi satu, dulu aku suka main ofis-ofis dengan adik aku.
Selalunya main time hujan sebab masing-masing tak boleh main kat luar rumah.
Nak main masak-masak karang kena keluakan tupperware Mak Aji segala, malas pulak nak kemaskan balik.
Jadi kita pilih game yang selamat, iaitu main ofis-ofis saja.
Props semua sendiri punya, tak kacau orang lain.
Buku teks sendiri punya.
Pensil nak sign-sign check sendiri punya.
Kertas tak jadi masalah, koyakkan je buku sekolah. Hahaha.
Nak nampak lagi macam best, angkut typewriter Pak Aji bawak masuk bilik.
Terus bilik tu jadi pejabat.

Selalunya aku jadi bos sebab adik aku suka sangat jadi sekretari.
So tugasan aku adalah membagi dia kerja.
Entah apa la yang aku suruh tapi gila serious masing-masing berlakon.
Yang si Ima ni pun beria-ia siapkan kertas kerja.
Dah siap, submit kat aku.
Yang aku pulak beria-ia semak kerja dia.
Ima duduk hall. Aku of course la duduk kat dalam bilik, aku kan bos.
Bos ada bilik sendiri. Hahahah.
Kalau tiba-tiba datang mood aku nak mengamuk (bos kan suka marah-marah orang), aku jerit "Ima, masuk bilik saya!". Gituuuuu.
Yang si Ima sanggup pulak tadah muka kena marah dengan aku.
Bodo jugak dia ni kadang-kadang 🀣.

Main ofis-ofis ni dalam tak sedar sebenarnya menjadikan kita orang yang bercita-cita tinggi.
Cita-cita nak jadi bos. Cita-cita nak berjawatan tinggi.
And secara tak lansung bila berlakon jadi bos, kita membimbing orang bawahan untuk berkerja dengan betul.

Macam Ima, suka jadik sekretari.
Sekretari kan rajin dan teratur kerjanya. Meja pun cantik je.
Walaupun dia bukan seorang sekretari sekarang tapi sifat suka pada kekemasan dan kebersihan tu, antara aku and Ima, dia lagi kemas.
Kalau mengemas rumah, dia jauh lebih teliti.
Lagipun, Ima suka jadi sekretari sebab dia memang suka sangat buat kerja menulis-nulis ni.
Tulisan tangan dia cantik. Dia lukis kartun pun sangat comel.
Aku pulak tulisan tangan macam jahanam.
Sendiri tulis sendiri tak boleh baca.
Jenis otak lagi laju dari tangan.
Tapi tu dulu la. Sekretari sekarang semua dah pakai komputer.

Yang paling aku tak berkenan is main kahwin-kahwin.
Cukup aku menyampah sebab segalanya kena slow dan lemah gemalai.
Tapi aku takde choice sebab geng-geng aku dulu suka nak main kawen-kawen.
Dorang kalau main kahwin-kahwin ni, bukan stop kat bersanding tau.
Sambung sampai dah anak-anak bagai.
Siap lepas tu kes laki kahwin lain la apa la.
Gila real ni siap menangis mengongoi-ngongoi bila laki masing-masing kawen lain.
Pastu gaduh-gaduh dengan si mistress.
Yang aku bengang tu boleh dia boleh bergaduh sampai seminggu dek kerana menghayati watak.
Seminggu aku tak cukup geng nak main.

Tapi tu lah, zaman dah berubah.
Zaman sekarang ke depan banyak guna teknologi, jadi game-game sekarang pun pakai teknologi moden.
Rayyan tu cuti-cuti sekolah gini boleh sehari suntuk duduk depan desktop.
Habis kat desktop sambung pulak kat henfon.
Pastu sambung balik depan dekstop.
Ntah hape dia main aku tak tahulah, tapi ada je aku dengar suara orang lain dalam komputer dia tu terjerit-pekik sama.
Kadang-kadang dengar suara Jannah.

"Adik main dengan Kak Jannah ke?"

"Ya"


Game dorang main tu agaknya macam zaman chatting kita dulu lah.
Boleh berkomunikasi dengan orang jauh.
Cuma dulu takde suara. Kamera pun takde nak tengok orangnya.
Tau-tau je bercinta dalam chat. Bila ajak jumpa, menggelabah.
Tapi bagus main chat ni, mendidik diri untuk belajar menyayangi tanpa melihat rupa. 
Mengajar diri untuk tawakal pun ye gak.
Esok orang tu ajak jumpa, kau berserah je lah pada Allah apa rupanya. Hahaha.


2023-03-09

Muskil dengan pesan orang-orang tua.


Semalam aku google-google internet nak kena buat assigment tentang food for pregant mothers, lantas teringat masa aku pregnant Redza dulu.
Murah je cravings aku dulu - hanya mahu roti telur dan teh tarik kat Sri Melur.
That was tahun 2004. Menyewa kat USJ21.
Area tu kedai mamak paling happening adalah Sri Melur.
Hujung minggu je, cari roti telur.
Dia punya sedap, sampaikan jadi mengidam.
Hari-hari nak makan yang sama!
Kalau tak dapat, dia punya kecewa tu rasa nak tendang je En Wan.
Pernah satu malam dah pukul 12 lebih, aku dah tido padahal, boleh terbangun menangis nak makan roti telur. 
Nasib baiklah mamak bukak 24 jam, zassss laki aku bawa pi makan.
Dulu aku rasa menyampah dengar perempuan mengidam, macamkan takleh tunggu besok-besok aku kata.
Sekali kena kat diri sendiri baru tahu.
Susah nak cakap, tapi dia punya nak tu memang takleh tunggu besok.
  
Lagi satu, makan nasi mesti nak letak kicap sikit.
Padahal aku bukan a kicap person, tau.
Kat rumah, aku hanya makan kicap untuk buat masak kicap je.
Kalau nak saja-saja makan nasi tuang kicap tu tersangatlah jarang, kecuali makan nasi dengan telur mata.
Tapi masa mengandung Redza, padahal dah tuang kuah asam pedas, tetap letak kicap.
Syukurlah aku tak mengidam yang mahal-mahal time ni.
Dah lah masa tu tak berduit sangat.
Dibuatnya mengidam pizza hut hari-hari, agaknya sorang je anak aku sekarang.

Ada satu kali tu balik Bangi, aku merengek mintak En Wan bawa pi mamak sebab nak pekena roti telur. Mak Aji bising.

"Kau ni asyik ke mamak je. Kenan anak dengan rupa mamak, baru tau".

"Teringin, Ma. Bukan Diana nak makan, baby ni yang nak" (tiba-tiba aku buat dialog Dang Anum).

"Jangan ikutkan tekak sangat, jaga sikit makan tu. Ni tak, semua kau belasah. Roti telurlah, kicaplah. Esok anak kau keluar-keluar, hitam!"

"Yeah rite! Habis aku ni putih sangat la? Siapa yang menyebabkan aku jadi hitam camni, cakap!" (tapi ni aku cakap dalam hati je lah).

Sekali betul, Redza keluar-keluar tidaklah cerah mana. Tapi idoklah malap sangat.
Tapi biasalah, bila bawa balik kampung tu khennnn.
Makcik-makcik kampung kan very concern dengan warna kulit baby.
Pekakkan telinga je lah.
Nak buat macamana dah memang level-level IQ makcik-makcik ni tahap tu je.
Takkan kau nak ajak dia sembang melanocytes, carotene, oxygenated hemoglobin bagai.
Bertahun jugaklah menahan telinga.
Takpe, sabar, sabar. Kasi dorang menang mudah.

Cuma aku muskil dengan pesan orang-orang tua.
Makan kicap, minum kopi nanti anak jadi hitam.
Masak nasi sambil menyanyi nanti kahwin orang tua.
Potong kuku malam-malam nanti mak mati.
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng.
Makan pindah-randah nanti kawen banyak kali.
Yang paling tak masuk akal, main hujan nanti kena tangkap polis.

Syukurlah aku tak menurunkan pesanan-pesanan merepek macam ni kat anak-anak aku.
Bukan apa, it has to stop.
Kena ada orang yang stopkan benda-benda macam ni diperturunkan.
Kesian wei. Aku ni blur dan bendulnya boleh tahan.
Dulu masa kecil kalau nak makan ikan lebih sikit, Mak Aji cakap "Jangan makan banyak sangat ikan nanti dalam perut ada cacing".
Aku percaya tau. Sampai ke besar aku percaya.
Rupanya itu excuse Mak Aji nak jimatkan lauk, tak nak anak-anak meratah lauk.

Lagi satu, duduk atas bantal nanti bontot tumbuh bisul.
Kau tau, sampai dah kawen aku masih percaya.
Puncanya, masa nak nikah, kan ada kusyen untuk pengantin lelaki duduk tu.
Masa pakcik tu pasang pelamin dia bawa sekali kusyen tu.
Hari-hari aku pijak kusyen.
Mak Aji marahlah, "Kau ni kenapa pijak-pijak bantal tu?"

Dengan sardinnya aku jawab "Wan tu baru baik bisul kat bontot. Nanti dia duduk sini bisul tumbuh balik".

Mak Aji pandangggggg je muka aku. Speechless.
Mesti dia konfius anak aku ni berlawak ke, memang bangang?
Sumpah aku memang percaya bisul tumbuh kat bontot kalau duduk atas bantal.
Sebab tu aku menyampah dengar pesanan turun-temurun yang maha merepek ni.
Dapat kat orang bijak dia akan kaji balik.
Dapat kat aku yang bendul ni, memang percaya bulat-bulat.
Aku bukan apa tau, bila pesanan tu dari orang tua-tua, aku percaya.
Bagi aku, siapa lagi kita nak percaya kalau bukan kat orang tua, kan.
Tapi tu lah, orang-orang tua pun rajin membongak. 

Yang paling tak boleh blah bila Mak Aji cakap "Cuba kau check telor laki kau. Kalau ada taik lalat lebih dari satu maknanya nanti kahwin dua".

Ntah siapalah yang cipta pesanan ni.
Mesti moyang aku la ni takde apa nak sembang petang-petang, bagi pesanan pelik-pelik kat mak aku.
Tapi aku dah check, memang takde. Eh.


2023-03-08

Mana pergi hantu dulu-dulu?


Apesal aku rasa zaman skarang dah tak ada hantu like dulu-dulu?
Dulu zaman sekolah, banyak betul cerita hantu.
Kejap-kejap orang jumpa hantu kat sana, kejap-kejap hantu mumcul kat sini.
Sampaikan merebak-rebak.
Hari ni hantu tu dah sampai Serdang.
Lusa hantu tu dah sampai Kajang sebab orang Kajang dah kena.
Aku yang kat Bandar Baru Bangi ni dah seram dah sebab dekat dah ni.

Zaman sekolah dulu, tahun 90-an kecoh pasal hantu kom-kom, hantu tetek dan hantu yang ketuk pintu rumah sambil bawak batu nisan.
Korang pernah dengar tak hantu-hantu ni?
Balik-balik 3 ekor hantu ni je yang budak-budak dok jaja cerita.
Petang-petang berkumpul dah tak ada mood nak main getah.
Semua pakat bercerita pasal hantu ni sambil duduk-duduk tepi longkang.
Dek kerana hantu batu nisan ni la, pernah Mak Aji balik surau ketuk pintu sampai nak tertanggal tombol pintu, tapi pintu tak bukak-bukak.
Bila dah bukak, pelepappppppp sedas kat kepala aku dia bagi.
Aku takut nak bukak masa tu, karang bukak sekali hantu yang pegang batu nisan tu berdiri kat luar. Acaner?
Malam tu mendapat aku sedas pelepap dari Mak Aji.
Menyesal pulak buka pintu tu.
Kalau aku tau begini balasannya, aku kurung dia kat luar sampai esok pagi. Kahkahkah.

Lagi satu hantu tetek.
Ni pun famous gak dulu.
Zaman sekarang dah takde dengar nama hantu ni.
Anak-anak aku tak pernah dengar hantu tetek.
Orang kata hantu tetek ni lelaki boleh, perempuan pun boleh.
Kalau lelaki, tetek dia kat belakang, bukan kat depan.
Pelik gila. Kau lelaki sibuk nak jadi hantu tetek juga.
Jadilah hantu buah pelir patutnya.
Aku syak lelaki yang jadi hantu tetek ni dulu pernah jadi bapok Thailand.

Punyalah famousnya hantu tetek ni, sampaikan aku potong kuku malam-malam pun Mak Aji ugut "Kau potonglah kuku malam-malam, mati esok jadi hantu tetek".
Dah kenapalah potong kuku malam pun jadi hantu bila matiiiii.

Hantu polong pun famous.
Aku rasa polong ni wujud, cuma aku tak pernah nampak lagilah.
Mak-mak gunakan modal ni untuk takutkan anak-anak yang suka tido lambat.
Katanya hantu ni keluar malam.
Dia terbang bercahaya, ada api kat ekor.
Kalau malam-malam nampak macam bola berapi lalu kat atas rumah, jaga-jagalah.
Maka takutlah masing-masing. Tutup lampu awal, tido.
Sekali ujung-ujung baru tahu polong tak ambil darah budak-budak, dia nak ambil darah ibu bersalin je.
Terus jadi tak seram.
Benda ni jadi seram balik bila aku bersalin Redza.
Teringat-ingat hantu ni.
Berkali-kali aku tanya En Wan tanam uri kat mana.
Tanam dalam ke tak. Berbau darah ke tak.
Sampai ke tua impak cerita hantu ni menghantui pikiran aku.

Tapi cerita hantu yang tak pernah habis adalah hantu hisap pad.
Aku pertama kali dengar cerita hantu ni kat TKC.
Ada satu hari tu gempar bilik store ada pad berdarah ditinggalkan.
Waktu tu aku masih belum period, jadi aku tak tahu impak meninggalkan pad berdarah merata-rata.
Bilik store tu pulak sebelah je dengan dorm aku.
Dan katil aku paling dekatttt dengah pintu keluar nak ke bilik store.
Pagi tu kecoh akak-akak senior marah sebab ada pad berdarah kat store.
Store tu tempat simpan baldi and bakul toiletries.
Masa tu kakak-kakak senior suruh kitorang the juniors beratur kat balkoni - dari dorm sampailah ke bilik air - sorang-sorang kena jinjit the pad.
Tapi akhirnya our dorm captain yang jinjit sorang and pi buang.

Masa tu lah baru aku tahu pad berdarah kena basuh sampai hilang kesan darah, kemudian bungkus dengan kertas surat khabar kemas-kemas, dan buang.
Katanya, pernah terjadi di situ student terdahulu tak bungkus pad dengan kemas, malam-malam dengar macam ada orang punggah tong sampah.
Sekali tengok hantu tengah mencangkung sambil jilat pad berdarah tu.
Katanya lagiiiii, once hantu dah hisap darah pad, dia akan sedut darah tuan punya pad sekali.
Tak takut kau dengar?

Tapi masa Form 3, ustazah aku cakap tak perlu basuh pun, sebab benda kotor.
Just lipat pad kemas-kemas dan buang dalam tong.
Aku ikut nasihat ustazah. Senang, tak leceh.

Hantu kom-kom pulak adalah hantu yang pakai telekung and bagi salam tapi dia bagi salam like this, "Assalamualaikom kom". Katanyaaaaa.
Dulu cukup takut dengar orang bagi salam malam-malam.
Nak kena tunggu dulu biar orang tu repeat salam, bagi dengar betul-betul.
Nak pulak kat Bangi dulu tengah ramai set-set yang join Al-Arqam pakai niqab.
Rajin pulak mintak derma dari rumah ke rumah.
Mau tak bertebarai aku adik-beradik lari kalau set-set ni bagi salam depan rumah?
Walaupun tengahari buta dia bagi salam, lantak kau situ.
Kau bagilah salam sampai terkeluar anak tekak pun, kem salam aku takkan bukak pintu. Takutttt.

Ingat-ingat balik, kesian pula akak-akak ni mintak derma tapi aku tak bukak pintu.
Takpela kak, biasalah, nak berdakwah ni memang banyak dugaannya. Sabar, ya?
Tapi kalau aku bukak pun, aku takde duit nak bagi masa tu.
Kira halal lah tak bukak pintu.
Tak tahulah kenapa aku takut sangat dengan hantu kom-kom ni dulu.
Kalau pontianak tu kita taulah dia nak gigit leher kita.
Kalau polong tu nak hisap darah orang bersalin/mengandung.
Tapi hantu kom-kom ni apa kerjanya?
Bagi salam pastu blah ke camana. Bodo pulak terasa.

Tapi hantu kom-kom ni ada preference.
Dia suka kat budak-budak je.
Pastu dia suka datang waktu senja.
Jadi kesimpulannya kat sini, hantu kom-kom ni tak wujud.
Ni semua modus operandi mak bapak kita dulu nak suruh balik rumah before senja.
Tapi, yang aku pelik tu ada orang pernah jumpa hantu-hantu ni semua.
I mean hantu yang viral macam hantu bawak batu nisan minta susu kat rumah orang.
Sampai masuk paper tau. Tu yang aku seram tu.

Pembantu rumah aku dulu kalau mintak aku ambikkan barang dalam bilik (masa tu dia kat bawah), aku takut nak naik sorang, bukan main marah dia.

"Mana ada hantu kat dunia ni!".

Tapi kalau aku main getah sampai senja tak balik-balik, nanti dia ugut "Biar dia. Nanti hantu datang ambik dia bawak tempat lain".
Eh wujud pulak hantu, eh?
Tadi kata takde hantu dalam dunia.

Hantu yang bawa batu nisan dari rumah ke rumah, aku tak sure adakah ini se-spesis hantu kom-kom?
Dulu aku hafal tau kronologi hantu batu nisan ni.
Something related dengan menuntut ilmu salah.
Katanya disebabkan pantang-larang tu dia langgar, maka dia kena hisap darah budak-budak 44 orang dalam masa 44 hari.
Dia tak dapat fulfill syarat tu, maka dia menjadi hantu batu nisan.
Aku pun tak paham apa kaitannya nak bawa batu nisan.

Hantu ni kononnya masa tu dah sampai kat kawasan flat Fasa 4 kat Bandar Baru Bangi.
Aku kat Fasa 3 nokkk. Mau tak seram?
Konon hantu ni kendong baby berjalan dari satu rumah ke satu rumah.
Dia mengadu susah takde duit nak beli susu.
Ayat dia, "Saya susah, encik. Anak saya dah 5 hari tak minum susu. Dah kurus keras badannya. Tengoklah kalau encik tak percaya".
Bila bukak kain tutup, rupanya batu nisan.

Masa dulu cerita ni menakutkanlah bila dengar.
Nak-nak lagi bila dia kata dah sampai Fasa 4 tu, kan.
Tapi bila pikir-pikir balik, apesal tak sumbat je anak tu dengan susu tetek kau?
Yang nak mintak susu kat rumah orang dah kenapa.
Lain la kalau kau cakap "Kesiankanlah anak saya dah 5 hari tak minum Milo".
Haaa, itu baru lojik ketuk pintu rumah orang [wahhh kemain eksyen Diana bercakap sekarang. Kalau kena kat kau dulu, patblas kali bangun pitam bangun pitam].


2023-03-07

Relationship abuse is a choice.


Entah siapalah Hafiz Rosli ni.
Semalam nampak ramai FB friend post artikel yang sama, pasal muka isteri kena tumbuk.
Artikelnya panjang, aku tak baca habis.
Bukan sebab malas baca, tapi subjeknya aku tak kenal.
Kalau Ziana Zain punya kes tu gigih jugak aku baca sebab kenal, baru best layan.
Maaflah nak, acik tak berapa familiar dengan artis-artis baru.
Bila tak familiar, nak baca sampai habis pun malas.
Tapi scan-scan juga gambar pada artikel, jangankan tidak kena ambil tahu sikit.
Apa ke gila, sampai berjahit muka Hamba Allah tu kena tumbuk.
Tumbuk dengan apa sampai pecah muka isteri tu?

Ada follower minta aku bagi pandangan kat kes tu memandangkan aku ada pengalaman jadi mangsa keganasan katanya.
Boleh, cuma aku takut lari topik je karang sebab aku tak tahu sangat kisah si Hafiz ni.
Tahulah dia tumbuk isteri, tapi puncanya aku tak tahu.
Maybe tak sama dengan kes aku, tapi takpelah, aku cerita bab keganasan je lah, ya.

Frust betul rasanya bila hidup dengan lelaki yang ringan tangan kat perempuan.
Sikit-sikit tangan naik.
Lelaki yang suka pukul perempuan ni sebenarnya dia ada child trauma.
Mesti masa kecil dia biasa tengok ayah atau abang pukul perempuan.
Perkara tu dah jadi satu kebiasaan dalam environment dia.
Bila besar, dia pun buat benda yang sama kerana bagi dia, it is normal lelaki pukul perempuan, atau suami tengking isteri.
Dan selalunya, lelaki yang suka pukul ni, wajahnya jenis yang manis dan nampak baik di luar.
Sebab tu bila si perempuan mengadu dipukul, selalunya kita dengar orang cakap "Ei, tak sangka dia buat macam tu!".
Memanglah tak sangka, sebab jenis ni selalu tunjuk yang dia baik, loving, romantik, pencinta wanita dan seangkatan dengannya.
Yang hidup bersama je tahu perangai sebenar.
Tak percaya cuba tengok kes-kes keganasan rumah tangga.
Bukan main lagi nampak baik nau.
Tup-tup keluar cerita kena bini kena hentak.
Konfius netizen, macam tak percaya.

Kalau kat TV dulu-dulu, lelaki-lelaki jahat atau berperangai macam psychopath ni digambarkan dengan muka jahat dan perangai jahat.
Contrary to what most people think, most psychopaths tak macam tu.
Dia adalah jelmaan lelaki bermuka baik, manis, dan loving.
Bila sebut psychopath, kita terfikirkan someone yang sikapnya bertukar-tukar - kejap macam ni, kejap macam tu. Kan?
Betullah tu. Personaliti dorang berubah-ubah ikut mission dorang ketika tu.
Kalau loving, they can be so loving.
Kalau romantik, they can be so romantic.
Kalau tiba-tiba dia nak bertukar jadi alim-alim kucing, memang menjadi betullah!
Disebabkan keupayaan dorang mengubah personaliti ni lah they often go undetected.
Kalau kau mengadu hal kat orang lain tentang dia, orang takkan percaya.
In the end kau yang nampak jahat dan buruk.
Bila yang orang percaya kat kau?
Bila jadi kes macam ni lah - dah kena hentak, dah pecah muka, dah leba, sana sini - barulah orang percaya aduan-aduan kau selama ni.
Tapi dah lambat lah. Kau pun dah hampir lunyai, emosi kau dah rabak teruk.

Aku tak pernah kena hentak sampai pecah muka, tapi kena hentak, pernah.
Lepas kena hentak tu yang aku jadi bijak sikit.
Senyap-senyap kenal dengan orang lain.
Kalau tak, bak kata kawan aku, "Kau kan dulu bodoh. Macam kau sorang je bercinta kat situ, siang malam bertenet berdua".
Ya, betul. Aku kalau sayang orang, memang sungguh-sungguh sayang.
Mata dah tak nampak lain.
Jauh tak berjumpa setahun lapan bulan pun aku setia tunggu, lagikan yang pagi petang siang malam berjumpa, dah tentulah aku setia.
Itu cerita kalau aku dah sayanglah.
Kau tunggu bila aku dah menyampah.
Memang aku buang kau terus.
Kau punya baik pun aku malas nak kenang.

Ada beza tau antara psychopath dan narcissists.
Orang yang narcissists, bila dia kena reject, atau bila dia kena tinggal, dia jadi down akibat tak boleh accept kekalahan.
Tapi psychopath, kalau dia kena reject, dia akan jadi membahayakan.
"Membahayakan" ni tak hanya terhad kepada menyakitkan fizikal, tetapi all sorts of bahaya.
Kadang-kadang ia datang dalam bentuk "menakutkan".
They will do whatever it takes to get it.

Contoh, ada satu kali tu aku balik bercuti.
Masa ni aku dah ada En Wan.
Maknanya, aku dah takde apa-apa dengan si anu.
Hari ni aku sampai, esoknya dia pulak balik.
Aku tak tahu menahu pun dia pun balik.
Aku hanya tahu dia pun balik bila kawan dia (kawan aku juga) call aku dari Kuching mintak aku fetch si anu di airport KLIA.
Aku benganglah, apehal aku kena fetch pulak.
Mak bapak dia ada, baliklah rumah mak bapak dia.

Kawan aku cakap "Dia balik tu takde duit. Dia ada duit buat beli tiket flight je".

Tak, dah kenapa balik juga bila tahu kau takde duit?
Yang nak balik juga sedangkan diri tu tak berduit, agak-agak motifnya apa. Plannya apa?
Dan kenapa pulak aku yang kena fetch?
Abang dan akak dia ada je kat sini, pergilah suruh akak and abang ambik.
Takkkk. Nak juga suruh aku (mak bapak) aku fetch. Kau rasa?

Aku buat gila, aku tak bagitau mak bapak aku pasal ni. Aku buat diam.
Seharian dia kat KLIA. Seharian!
Kawan aku call lagi pujuk aku ambil dia.
Ya Allah, sakitnya hati akuuuu.
Sumpah aku sakit hati sampai sekarang bila ingat-ingat balik.
Tu pasal aku cakap psychopath ni bukan sekadar membahayakan fizikal kau.
Dia tapau semua dari fizikal, emosi, fikiran - semua.
Ikut hati aku malas aku nak cerita kat Mak Aji and Pak Aji.
Tapi aku pikir balik, sangat menakutkan kalau tiba-tiba dia terpacul depan rumah gegar gate rumah terpekik-pekik kat depan tu, lagi naya.

Mak Aji pun ambiklah dia kat airport.
Muka dia bila sampai rumah aku tu memang macam sial.
Dia buat muka konon macam bengang, macam kecewa, macam dendam dengan aku sebab aniaya tinggalkan dia seharian kat airport.

Korang mesti tertanya-tanya apesal dia pelik balik KL walaupun takde duit dan apa motif nak lepak rumah aku?
Motifnyaaaaaa, dia ingat aku balik sebab nak jumpa En Wan.
Padahal aku balik sebab nak balik jumpa mak bapak aku.
Dia rasa macam antara dia and En Wan, parents aku lagi rapat dengan dia jadi he wanted to influence my parents at the last minit.
Sebab tu aku cakap these people will do whatever it takes to get apa yang dorang nak.
Dan jenis ni tak merasa bersalah dengan tindakan dorang.
Semalam dia hentak kau, esok dia boleh datang kat kau dengan gurau-gurau.
Aku rasa semua psycopath takde DNA rasa bersalah.
Tapi kalau pretend diri tersakiti, memang cukup pandai.

Lelaki yang mengasari perempuan - tak kiralah, pukul, atau memberi ancaman, atau merabakkan emosi - adalah lelaki yang merasa dirinya berhak untuk mengasari.
They believe they should have power and control over their partner.
Macam aku cakap awal-awal tadi, dorang berkasar because from learned experience, they believe only by being abusive gives them what they want.
Tak caya, kau tengok keluarga dorang macamana.
Mesti ayahnya atau abangnya bossy, atau garang tak bertempat, atau mungkin kaki pukul juga.
Maybe kau tak nampak sekarang tapi dulu perkara-perkara ni pernah berlaku.
Benda-benda macam ni menjadi satu message to them that man should have the power in relationship.

Jangan cakap lelaki tu pukul sebab stress, atau hilang kawalan, atau masalah kewangan, masalah komunikasi. BULLSHIT.
Ramai orang ada masalah-masalah ni but they do not abuse.
Ni semua alasan je to justify their behavior.
Relationship abuse is a choice! Saitan.


2023-03-06

Domestic Manager tu buat apa eh?


Hari tu aku nampak satu post kat IG explore.
Orang ni ajar untuk housewife, kalau orang tanya awak kerja apa, jangan sebut housewife.
Sebutlah DOMESTIC MANAGER.
Siap suruh explain "Saya adalah Domestic Manager yang menguruskan suami dan anak-anak serta rumahtangga (lebih kurang macam ni lah jawapannya)".

Look. In real life, I mean REAL LIFE, kau rasa ada ke mana-mana housewife akan cakap "I am a DOMESTIC MANAGER"?
Aku tahu dia nak change other people's perception terhadap karier housewife, but tak ke kau rasa benda ni akan menjadikan that housewife lebih dipandang like "Pebenda kau ni? Cakap je la homemaker". Betul, tak?

Kau just imagine kalau aku yang blur ni.

Aku: You kerja apa?

Dia: Saya Domestic Manager.

Aku: Oh, kat mana tu?

Dia: Kat rumah.


Dalam pikirkan aku akan ingat dia work from home.
Lalu, aku bertanya lagi.

Aku: Domestic Manager tu buat apa eh?

Dia: Oh, saya manage anak-anak and suami serta uruskan semua hal dalam rumah.


Dan aku pun terbangang-bangang kat depan dia, masih cuba mendigest apa benda yang perempuan ni cakap.

Tak, aku cakap ni serious.
Kalau kau cakap berbelit-belit macam ni, bertambah-tambah blur aku.
Kan ke senang cakap "Saya housewife". Simple dan orang faham.
Yang nak kona lipat domestic engineer domestic manager segala dah kenapa.
The way kita nak mengubah persepsi orang, ujung-ujung terserlah kita sebenarnya yang insecure dengan diri sendiri.

Daripada cuba mengubah persepsi orang lain terhadap kerjaya kita dengan cara menukar nama "jawatan", adalah lebih baik proofkan pada diri sendiri yang kita happy dengan apa yang kita lakukan.
Enjoying your career is more important than earning flashy title.
Zaman sekarang ni ada lagi ke yang ingat semua surirumah belajar setakat Tingkatan 5? Hahahaha.

Aku pernah jadi surirumah kejap lepas belajar menunggu tawaran kerja.
Tak lama, dalam 2 bulan gitu.
Masa tu belum ada Redza lagi.
Duduk rumah, mengemas, membasuh, memasak, menggosok baju, tengok TV tunggu laki balik kerja.
Sesekali keluar join En Wan lepak dengan kawan-kawan, orang bertanya kerja kat mana?

"Tak kerja lagi. Tengah cari kerja la ni"

Boleh je aku nak cakap "Dulu saya kerja, tapi saya stop sebab sambung belajar. Ni baru habis belajar. Nak bertenang-tenang dulu sebelum cari kerja lain".

Eh panjang pulakkkk nak kena explain. Tak kuasa aku.
Jawab je "Tak kerja lagi", apa susah.
Perlu ke dapat approval orang lain yang kau sebenarnya belajar tinggi, bukan budak bodoh?  
Habis kuat pun orang hanya bersangka-sangka tapi tak lansung menjejaskan nilai diri aku.
Dia nak sangka aku belajar tak tinggi? Go ahead.
Dia nak sangka result aku tak bagus sebab tu tak dapat kerja lagi? Go ahead.
Yang aku tahu, lepas melepak, aku balik ke rumah aku, kau balik rumah kau. Done.

Adik aku, Ima, was an engineer.
Dia pilih untuk jadi homemaker sebab nak jaga Mirza yang autism.
Dia pernah jadi YDP di sekolah anak dia dulu.
Dan baru-baru ni di sekolah Jannah, dia antara yang lead parents untuk online kelas anak-anak di asrama.
Kau nampak tak, kalau kau carry diri so well, ada karisma, berkaliber, dan kau ada point bila berbicara - people don't really care kau surirumah ke tak.
Kau tetap akan dipandang. Suara kau tetap didengari.

Masa Redza ni Langkawi, dan now di Banting, ramai je mommies yang surirumah.
Tapi kita boleh tahu dorang bukan surirumah yang fail SRP.
Dia tak perlu bagitau education background pun kita boleh tahu they are educated parents from they way dia bercakap, dan make contributions dalam hal ehwal anak-anak di kolej.
Takde pun yang perkenalkan diri as Domestic Manager. Poyo ahhh.
Orang yang kononnya tak nak orang lain pandang dia rendah, lalu dia perkenalkan dirinya as Domestic Manager, inilah sebenarnya ciri-ciri orang yang mengejar title dan bergantung pada nama jawatan untuk dilihat hebat.
I am a big proponent of finding what you want to do and what makes you happy.
We are all doing the best we can.
Buatlah sesuatu yang buatkan kita seronok dan tenang apabila melakukannya.

Lepas resign dari company aku, En Wan dapat 3 offer dari kilang Jepun.
Semuanya referral dari kawan-kawan. Jawatan Factory Manager.
All three offer dapat jawatan yang sama.
Sedap kan dengar nama Factory Manager berbanding Agen Takaful? πŸ˜†
Tapi dia dah penat kerja suasana kilang. 15 tahun kerja kilang.
Now mahu beralih bidang.
Nak cuba-cuba jadi sales pula.
Ada beza sales yang belajar tinggi dengan yang tak.
Ada beza sales yang faham produk dengan yang tak.
Ada beza sales yang seronok dengan kerjayanya, dengan yang tak.
Apa pun kerja kita yang katanya orang tak mandang - be it surirumah, agen takaful, sales person - kalau carry diri dengan baik, kerjaya hanyalah added value sahaja.
Value sebenar adalah apa yang kita bawa dalam diri.


2023-03-05

Besar sungguh rahsia Allah. Tak terjangkau dek pikiran kita.


Kalau tak kawen dengan En Wan, aku juga no idea tentang keperluan ada medical card.
Maknanya betullah, kata pepatah - Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan.
Tahun 2001, perjalanan aku hanyalah sejauh dalam Malaysia saja.
Tinggal di Malaysia, belajar di Malaysia, bekerja di Malaysia.
Aku jamin pada tahun tu, orang-orang yang seumur dengan aku pun takde awareness tentang medical card.
Nak pulak parents aku orang kerajaan yang tak terdedah dengan medical card.
Aku bekerja ketika tu di Kementerian Sains, also kerajaan.
Takde lansung dengar orang bersembang pasal medical card.
Tak tahu menahu pun bisnes macam ni wujud.

En Wan beruntung.
Duduk di Jepun buat dia terdedah dengan macam-macam perkara yang aku tak tahu.
Di sana dia kata memang ada kad untuk medical treatment.
Semacam medical card juga.
Jadi, dari sana lagi dia dah tahu kepentingan untuk ada medical card ni.
That's why awal-awal kerja lagi dia dah apply.
Yang jadi agen dia waktu tu adalah senior dia yang sama-sama belajar di Jepun.
Maknanya budak-budak Jepun yang balik Malaysia buat part time jadi agen takaful mesti senang buat sale.
Jual kat kawan-kawan satu batch je dah cukup, because dorang memang tahu kepentingan medical card sebab masing-masing ada pengalaman pegang medical card kat sana.
Agen insurans pertama En Wan adalah bos dia sekarang.

Masa tu aku belum kerja, masih belajar, jadi En Wan buat dulu untuk diri dia.
Premium agak tinggi masa tu walaupun masih muda sebab dia handle machine besar.
Tapi pejam mata, bayar je lah. 
Aku pula buat lambat setahun, semasa kerja kat Prudential.
Dah ada duit sendiri masa tu, bolehlah bayar untuk diri sendiri.
Aku punya murah sikit sebab kerja aku duduk depan PC je.

Bila pikir-pikir balik, rezekilah agaknya kesedaran dan pendedahan kepada medical card ni mula-mula datang dari suami.
Kemudian aku kerja kat Prudential, jadi medical underwriter pulak tu.
Kau meluluskan polisi orang tapi kau takde polisi, acaner?
Maka, itulah antara punca-punca aku ada medical card pada usia muda. Alhamdulillah.
Hidup ni takde yang kebetulan, kan?
Apa yang kita lalui sebenarnya memberi petunjuk sesuatu, antara kita nak ambil pelajaran darinya atau tak.

Dulu masa nak cari kerja dalam bidang biotech, tak dapat-dapat sebab industri biotek di Malaysia 23 tahun lepas tak besar.
Tak nampak kat mana hala tuju aku waktu tu.
Aku cuba sambung belajar dengan harapan kalau susah sangat, jadi je lecturer.
Lepas tu aku dah hilang minat nak buat kerja-kerja lab.
Lalu, aku cari kerja bidang lain tapi masih nak ada kaitan dengan biotek atau sains.
Dapatlah Prudential jadi underwriter.
As an underwriter, pengetahuan dalam biomedic tu tak hilang, malah bertambah sebab hari-hari handle macam-macam kes dari orang yang memohon insurans.

Tapi bidang tu  tak guna ilmu food dan biotech aku.
Aku nak juga kerja biotek, at least.
Aku quit Prudential and jump ke biotek line, jadi sales.
Aku namakan company ni, Biotek A.

Sebelum dapat offer di Biotek A, aku pernah dapat offer dari beberapa company biotech lain tapi semuanya buat solid sale.
Biotek A ni lain sebab ada lab sekali.
Walaupun as sales person, aku boleh masuk lab join buat small project.
Jadi, skill lab aku takkan hilang.
Lama aku kerja di sini, 4 tahun, sampai dah naik manager.
Kalau management tak buat hal, agaknya aku masih di sana.
Entah-entah dah jadi COO kot aku kat situ (wahhhh berangan).

Aku jump pula ke company biotek lain, iaitu Biotek B.
Kat sini takde lab, tapi aku kena develop new department from scratch.
Aku terima the offer kerana nak mencabar diri.
Memang tercabar rupanya. Hampir-hampir givap tapi ku tahan Jebat.
Kat Biotek B memang aku kena drill kaw-kaw buat segalanya dari awal, macam buka new company!

5 tahun kerja jadi sales, ex-bos aku ajak buka company sendiri.
Ex-bos ni adalah bos aku di Biotek 1.
Dia pun budak biotek, lulusan Manchester.
Masa dengan own company ni lah baru aku sedar betapa pengalaman 4 tahun sebagai sales di Biotek 1 dan experience develop new department di Biotek 2 bukanlah satu KEBETULAN.
Tempoh 5 tahun tu rupanya adalah preparation sebelum aku run own company.
Padahal tak pernah terfikir pun nak run own company.

Run bisnes ni kalau takde foundation yang kuat, agak payah nak bertahan.
Maksudnya kena ada customer base yang strong, product knowledge kena strong, ada experience dalam bidang tu dan of cos ada financial yang strong.
Benda ni semua aku tak pernah terfikir sebab memang tak pernah ada plan nak setup bisnes.
Tapi bila kitorang start the bisnes, semua ni dah ada.
Customer memang dah ada.
Product knowledge ada. Experience ada.
Financial pun dah ada masa ni untuk jadi modal berniaga.
Rupanya Allah letakkan aku dalam sales supaya aku timba pengalaman dulu because takdir aku akan run own company the next 5 years.
Takde yang kebetulan rupanya bila aku kerja di Biotek 1, lalu kenal dengan ex-bos yang akhirnya ajak aku setup new company.
Bukan kebetulan. Memang takdirnya disusun begitu.

Bila sendiri run company, selain meneruskan supply barang-barang makmal, kitorang offer custom biotek projek, iaitu buat training.
Training DNA extration, training PCR, training buat primer design, training buat halal analysis, etc.
Bila network dah besar, kitorang buat pula service Halal Analysis untuk farmers.
Farmers hantar sample ikan and udang untuk kitorang check ada sumber babi ke tak.
Padahal kitorang takde lab tau masa ni.
Kitorang sewa ruang lab di sebuah private lab untuk buat kerja-kerja analisis halal.
Projek analisi halal ni sangat maju sampaikan kitorang dah tak menang tangan buat lab work, akhirnya menggajikan staff di lab tu untuk buatkan kerja-kerja analisis.
Kitorang kembali fokus untuk bring more sales sahaja.
Masa ni puas betul hati aku.
Akhirnya dapat juga bekerja dalam bidang biotek yang sebenar.

Semakin lama dalam biotek business, kami kenal ramai key customer.
Bila key customer percaya dengan kitorang, dorang always refer kitorang ke macam-macam projek and new customer.
Our halal analysis business become so big sampai pernah menjadi panel mesyuarat dengan JAKIM  semasa ada outbreak kes ikan diberi makan tulang babi di Perak.
Company kitorang yang buat analysis DNA bagi kes tu.
Makin banyaklah orang hantar sample kepada kitorang until kitorang dapat projek untuk collab buat halal detection kit and disease detection kit.

Semasa di Biotek 1, aku kenal dengan seorang customer lelaki.
Aku baik dengan dia.
Dia bagitau  semasa exhibition di universiti.
Dari dialah aku kenal apa itu BLOG.
Lalu aku pun start blogging, that was year 2006.
Bezanya blog dia ilmiah, blog aku merepek.
Tak sangka pulak blog aku ramai pembaca.
Padahal aku blogging takde apa-apa expectation, hanya mahu menulis.
Rupanya ada satu lagi cabang yang dah disusun dalam takdir hidup aku iaitu, online business.

Tahun 2011 (ke 2012?), aku lupa, perniagaan online aku yang pertama adalah menjadi endorser Ephyra.
The response was so overwhelming sampaikan orang ingat aku own that brand.
Masa ni aku masih sibuk dengan biotek busines, tetapi disebabkan masa tu dah ada staff di ofis, akaun pos laju pun ada, urusan jual beli jadi lebih mudah sebab ada yang membantu. 
Walaupun aku outstation, urusan online bisnes ni berjalan seperti biasa.

Kebetulan my second degree adalah Food.
Ingatkan tak guna dah ilmu Food ni bila asyik fokus kat biotek saja.
Rupanya selepas 10 years baru aku dapat guna ilmu food ni.
Ilmu ini banyak membantu aku untuk educate readers tentang the science behind supplement.

Bekerja dalam biotek sales buatkan aku berpeluang follow project customer.
Antara projek yang aku follow adalah projek Garcinia dan kajian tentang saffron.
Tiba-tiba muncul idea untuk buat GreenAard.
Bila aku pikir-pikir balik, panjangnya sebuah "kebetulan" nak sampai ke GreenAard ni 😁.
Kebetulan belajar biotek.
Kebetulan sambung belajar ambil Food.
Kebetulan jadi sales person dalam bidang biotek.
Kebetulan kenal customer yang buat macam-macam projek.
Kebetulan dapat idea dari projek-projek customer.  
Kebetulan ada blog.
Kebetulan boleh jual GreenAard pada reader blog.
Panjang sungguh kebetulan ni, ya.
Yang sebenarnya takde yang kebetulan.
Kita hanya menjalankan apa yang dah disusun dalam takdir kita.
Apa yang dah diberi ni, jalani saja sebaik mungkin. Hasilnya, kerja DIA.

And now, bila En Wan jumpa ke takaful (Prudential pulak tu!), pengalaman aku as underwriter rupanya membantu.
Setiap kali dia ada client with medical history case, kitorang akan sit together and discuss what is the possible outcome, sama ada policy tu bakal direject, lulus atau ada exclusion.

Sungguh, rahsia Allah sangat besar.
20 tahun dulu masa kerja kat Prudential aku tak nampak kat mana kerjaya underwriter tu boleh bawa aku.
Rupanya bukan untuk aku, tapi selepas 20 tahun adalah untuk bantu En Wan.
Dan bila aku educate readers tentang medical card and hibah, ramai yang sign up, percayalah kat aku, itu bukan kebetulan 😊.
It's a preparation. Preparation untuk apa, kita tak tahu.

Bulan lepas, aku tutup polisi conventional aku setelah 20 tahun bayar premium.
Aku memang ada polisi takaful yang dah lebih 15 tahun active.
Selama ni bayar dua polisi.
Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun dengan conventional, tak pernah guna medical card lansung. Syukur.
Aku tutup sebab aku ambil polisi takaful baru.
Agen takaful yang aku tiduri ni explain pasal coverage yang lebih besar.
Maka aku ambillah satu lagi ganti yang conventional dah tutup tu.
Sementara belum ada penyakit ni, ambiklah satu lagi khennn.
Buat tambah-tambah polisi lama tu.
Aku buat coverage RM200K setahun with medic booster RM1 juta, premium sebulan RM350 sebulan.
Kira oklah ni sebab umur pun dah banyak.
Korang yang lagi muda mesti kurang dari harga ni.
Kebetulan (?) suami sendiri agen. Senang nak uruskan, insyallah.

Bila aku tutup polisi conventional, aku dapat surrender value 5 angka 😁.
Tak sangka sebanyak itu.
Memandangkan aku kedekut nak guna, aku letak terus dalam ASB.
Kau duduk dendiam situ. Beranak-pinak pelis.
En Wan kata "Agaknya duit tu petanda awak bakal beli kereta baru untuk Redza kot".
Kuang hasam. Dia dah plan nak kerjakan duit aku, ya. No wayyyyyyyyyy!

Ni aku letakkan perbezaan insurans (conventional) dengan takaful.
Kotlah ada yang tak tahu.
Kalau nak tanya lanjut, contact En Wan DI SINI.




2023-03-03

Yang bercakap buruk pasal kau adalah kawan kau juga, bukan orang lain.


Semalam aku nampak gambar ni lalu kat IG explore.
Aku kenal Tangmo je.
Yang dua orang Laura dan Vanissa tu aku check semalam, mati sebab accident and sakit.
Tak pastilah apa jalan cerita sebenar yang orang kata disakiti keluarga dan dikhianati pacar.
Ada la tu kisahnya agaknya. Aku malas nak gugel.
Tapi semalam aku start baca pasal Abby Choi.

OMG, kes Abby Choi ni lagi teruk dari Tangmo!
Gila betul, dahlah dikerat-kerat, siap dibuat sup daging letak carrot bagai dalam tu. Musibat betul.
Aku syak dia nak bagi makan anjing kot.
Punyalah nak lupuskan bukti, sanggup dia memasak bagai.
Ya Allah mentalnya manusia zaman sekarang.
Tak boleh brain aku sampai jauh macam tu sekali manusia sanggup buat.
Yang lagi sedih tu, yang buat bukan orang lain, bekas suami dan keluarga mertua!
Kes masih dalam siasatan tapi katanya bekas keluarga mertua dan bekas suami nakkan harta si Abby ni.
Abby ni dah kawen baru tapi keluarga mertua dapat tahu yang Abby tak pernah daftarkan perkahwinan baru, hanya buat majlis saja.
Jadi, kalau Abby mati, harta semua akan dapat kat bekas suami.
Tu yang menggelupur agaknya masing-masing nakkan harta perempuan ni.
Kaya gila Abby ni, net worth dia menjangkau HK500 juta. Mau tak menggelupur?

Gitulah dunia, kan.
Kita yang tak berapa nak kaya ni kalau tengok life orang kaya kat tepi bibir ni asyik lah berzikir "Bestnya life dia".
Dek kerana best sangat life tu lah yang buatkan dorang banyak musuh dalam diam.
Dan selalunya musuh-musuh ni bukannya orang jauh.
Yang dekat-dekat ni juga.
Sama ada, keluarga atau kawan.
Tu pasal kes-kes bunuh, polis cari orang rapat dulu.
Kes-kes santau tu semua bukannya anonymous buat, yang dekat-dekat ni juga. 
Percayalah cakap aku.

Kadang macam tak percaya orang yang kita kenal tergamak nak tikam belakang.
Masa aku berkawan rapat dengan si anu tu dulu, 3 kali purse aku hilang.
Dan setiap kali purse aku hilang mesti dia tengah banyak duit.
I mean selepas purse aku hilang, dia jadi kaya seketika.

Kali pertama hilang, di airport Kuching.
Masa tu ramai-ramai nak beratur check in nak balik KL.
Dia suruh aku pi check in sementara dia jagakan troli kitorang.
Aku keluarkan IC dari purse dan terus pi check in.
Purse tinggalkan dalam beg di troli. Dia jagakan troli.
Pi check in je kot.
Balik je dari check in, aku nak masukkan balik IC dalam purse, tengok purse dah takde dalam bag.
Padahal dia yang jaga troli, kan?
Tapi tu lah, aku ni bendul ke apa ntah, lansung tak syak apa-apa kat dia.
Memang percaya habis.
Tak terfikir lansung mungkin dia yang ambil. Sumpah tak terfikir lansung.
Balik cuti, dia bukan main mewah.
Ajak aku keluar makan shopping sana sini.
Mau tak mewah, dalam purse aku masa tu ada RM600 kot. Bladihel.

Kali kedua purse hilang, esoknya kitorang nak balik KL juga.
Masa ni masih berkawan dengan dia lagi.
Aku lepak dengan dia kat depan rumah. Malam.
Depan rumah kitorang ada lampu jalan.
Kitorang lepak berdua bawah lampu tu.
Kalau pikir lojik, purse jatuh mesti aku boleh nampak sebab kawasan tu berlampu.
Dan kitorang melepak duduk bersila kat bahu jalan.
Aku punya habit, purse aku selitkan celah kaki masa bersila.
Kalau aku bangun tanpa teringat purse ada di celah kaki, pasti aku dengar bunyi dan nampak purse tu jatuh bila berdiri.
Aku tak tahu masa bila hilang, yang aku sedar bila dah masuk rumah.
Bila masuk rumah, sedar purse aku takde.
Terus keluar balik ke depan jalan, takde!
Padahal kejapppppp je aku masuk dalam rumah.
Masa bila hilangnya aku tak tahu. Tak lojik sekejapan boleh hilang.
Kelam-kabut Mak Aji tempah another tiket flight.
Again, balik KL dia jadi mewah. Belanja aku makan sana sini.
Tapi aku masih tak terfikir mungkin dia yang ambik.
Tak tahulah aku ni buta dek kerana cinta atau sememangnya aku bendul.

Dulu tahun 90an, barang Garfield memang hot.
Masa tu orang sibuk beli bantal Garfield.
Roommate aku waktu tu ada bantal ni.
Aku pun terjangkit nak beli satu, tapi tak berani.
Kalau Mak Aji tahu duit yang dia bagi tiap-tiap bulan aku buat beli bantal Garfield, mau dia sumbatkan aku dalam bantal tu.
Helok je purse aku hilang, aku dapat macam-macam hadiah dari si anu tu termasuklah bantal Garfield ni.
Manis betul ayat dia.
Belikan aku hadiah sebab nak aku lupakan sedih purse hilang. Binawe betul.
Selalunya gitulah, kita takkan sangka orang yang rapat dengan kita buat taik.

Kali ketiga purse aku hilang, masa ni aku dah kenal En Wan.
En Wan hadiahkan aku purse. Nama purse tu Junko Koshino. Cantik.
Tak lama pun, seminggu je lepas aku dapat purse ni, hilang.
Hilang selepas balik berbuka puasa makan dengan si anu.
Yang aku pun satu hal bangang pi bagitau purse tu En Wan bagi.
Eh tapi dah dia tanya, aku bagitau je lah.
Lagipun masa tu dah break.
Dia yang beria ajak makan kat KFC.
Dia cakap takkan dah break takleh makan sama.
Aku pun keluarlah dengan dia. Naik moto.
Kawan aku kirim KFC.
Lepas balik makan, KFC kawan aku tu aku letakkan dalam bakul motor.
Purse aku masukkan dalam plastik KFC tu.
Mustahil sangatlah purse tu boleh tercampak keluar dari plastik, keluar dari bakul motor.
Boleh hilang kau purse aku!

Aku tersedar masa bila masa tengah packing barang sebab esoknya nak balik KL. Kiranya malam yang sama lepas aku keluar dengan dia tu juga.
Kesian kawan aku punggah balik tong sampah takut dia terbuang purse aku lepas makan KFC.
Memang takde! Kawan aku ajak aku gi jumpa si anu esoknya kat kolej.
Kat kolej aku panggil dia. Melaung dari bawah je.
Dia pun turun tapi dia turun stop kat tangga level 2.
Dia tanya kenapa, aku cakap purse aku hilang. Ada tak dia nampak.
Masa tu muka dia macam menahan senyum.
THATTTTT was the moment aku started to realize dia ada kaitan dengan purse aku yang hilang.
Kebetulan kawan aku ada kat tepi menemankan, jadi ada bukti dia pun nampak si anu menahan senyum.
Aku tak tahu kenapa dia nak senyum bila aku cakap purse aku hilang tapi aku yakin dia ambil.

Atas flight, kawan aku cakap yang boifren dia bagitahu si anu tu ambil purse aku.
Aku tanya mana dia tahu.
Her boifren cakap, semua budak laki kat kolej tahu.
Aku je yang tak tahu dan dorang tak sampai hati nak bagitau. Kau rasa??

3 kali purse aku hilang, ya. 3 kali.
Semua hilang waktu dengan dia. Kau agak-agak?
Kawan setetek aku cakap "Kalau kau tak percaya dia yang ambil, cuba nanti kau keluar dengan Wan. Kau tengok purse kau hilang tak bila keluar dengan Wan".
Tak gaissss. Purse aku tak pernah hilang dengan En Wan.
Allah, sedihnya aku bila ingat-ingat balik.
Orang yang paling aku tak sangka boleh aniaya aku macam ni.

Lagi satu, kalau kau dengar orang bercakap buruk pasal kau, janganlah ingat orang luar yang rajin korek hal kau. Takde maknanya.
Orang yang rapat dengan kau juga yang menjaja cerita kat orang luar tu.
Dulu masa aku jual Ephyra, semua pembelian melalui form yang aku letak di blog.
That form akan masuk dalam email aku.
Selalunya kat form tu aku letak bahagian "Note/Remark".
Kot la ada yang nak minta selitkan kata-kata ke, kad ke.
Sebab ada je yang beli untuk pos ke orang lain.
Ada sorang pembaca ni tulis kat bahagian tu "Jangan letak sender nama Kak Di tau. Jangan tulis description saya beli Ephyra".
Aku memang tak pernah letak sender nama aku sebab Pos Laju guna akaun company.
Tapi aku tanya la juga kenapa.

"Saya tak nak kawan opis tahu saya beli dari Kak Di. Dia jual juga. Kawan saya yang lain pernah beli dari Kak Di terus jadi musuh dia sekarang".
Aku tanya kenapa tak nak beli je dari kawan ofis tu je. Jimat duit pos.
Dia jawab "Tak berapa suka dengan dia. Dia suka paksa-paksa orang. Lepas tu warning kat semua orang jangan jual sebab dia dah jual".

Panjang la juga dia cerita pasal kawan tu.
Dalam kes ni, maybe betul kawan dia tu ada masalah perangai tu pasal ramai tak suka.
Tapi nampak tak, yang akan bercakap pasal kau pada orang luar adalah kawan kau juga, bukan orang lain.
Dan orang-orang yang cakap behind your back ini masih berkawan dengan kau.
Tapi ni tak terkilan sangat.
Lagi terkilan kalau kau mengumpat si anu kat kawan-kawan kau, lepas tu kawan-kawan kau bagitau si anu kau mengumpat dia.
Yang ni lagi burn.
At least si anu tu dibenci oleh hater dia.
Tapi kau dibenci oleh kawan-kawan kau sendiri. Lagi kesian. Kahkahkah.


2023-03-02

Kurangkan komitmen


Aku rasa macam ramai juga budak-budak muda follow IG aku sebab post aku pasal beli rumah usia muda tu, aku dapat respond 6-7 orang DM tanya tips nak simpan duit buat beli rumah.
Ingatkan takde dah budak-budak muda nak baca blog aku.
Rupanya masih ada budak-budak muda yang suka membaca post panjang-panjang. Terima kasih.

Selalunya orang akan tanya tips nak simpan duit, tips tambah duit, tips nak nak jadi kaya, tips nak beli rumah masa muda.
Kebanyakannya aim untuk himpun duit banyak.
Actually, tak semestinya kena gaji besar, atau jadi kaya baru boleh itu ini.
Dulu, gaji kitorang kecil je.
Masa jadi sales exec aku bergaji RM1600. En Wan RM2500.
Ini starting gaji. Tak besar pun.
Nak pulun komisyen tetiap bulan agak berpeluh juga.
Kalau terlampau kejar duit lama-lama penat, stress dan hidup pun macam takde life.
Jadi, kitorang pilih untuk kurangkan komitmen.
Bila komitmen kurang, maka dapatlah menabung lebih sikit.

Komitment kitorang setiap bulan sebelum beli rumah pertama dulu adalah:

▪️ bayar duit mak aji En Wan pinjam untuk keluarkan kereta dari port. Setahun dah settle (RM980)
▪️ sewa rumah (RM820)
▪️ utilities dan maintenance fee apartment (RM120)
▪️ parents. Ini pun bukan dalam bentuk cash setiap bulan. Ada bulan-bulan yang sesak tu, hanya belanja dorang makan.
▪️ groceries
▪️ medical card

Itu sahaja komiten kitorang yang rutin setiap bulan.
Anak belum ada masa ni.
Hutang pelajaran takde.
Hutang kereta takde.
Personal loan takde.
Yang ada cuma credit card En Wan, itupun RM3000 je limit.
Dan knowing En Wan yang teliti bab duit, tak pernah cecah limit pun card dia.
Aku takde credit card lagi waktu ni.
Minyak and tol ke tempat kerja tak banyak sebab masing-masing tempat kerja 10 minit je dari rumah. Tak lalu tol pun.

Tapi nak kurangkan komitmen tu yang sebenarnya agak "sakit".
Kena hati kering. Betul-betul kena hati kering.
Jangan pergi holiday. Jangan shopping yang tak perlu.
Jangan makan mewah, hanya sekadar nak kenyangkan perut.
"Sakit" ni tak berpanjangan. 2 tahun je.
Lepas misi beli rumah tercapai, sikit-sikit mula tambah komitmen lain.
Ambil bibik untuk Redza dan tukar kereta baru.
Bercuti belum lagi. Redza dah umur 3 tahun baru kitorang start holiday.
Sebelum cecah umur 3 tahun, Redza menumpang tinggal hotel everytime aku outstation je.
Itu lah percutiannya.

Baju-baju Redza dulu aku beli kat Giant dan Tesco je, yang sepasang RM10-RM15 tu.
Ada la 2-3 helai baju cantik dan agak pricey untuk buat jalan pi kenduri rumah orang.
Tapi hari-hari biasa, lenjan baju Tesco je.
Bila komitmen tak besar, bukan sahaja senang nak menyimpan, malah hati lebih tenang.
Sebab tu aku cakap aku tak pandai nak bercakap bab ni sebab aku bukan pakar menambahkan kekayaan.
Aku hanya mengehadkan komitmen saja.
Tak jadi kaya pun, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan beban.

Kawan baik aku setiap kali jumpa tanya "Kau tak nak tukar kereta ke Diana?"

Sebab kereta yang aku pakai now, dah 12 tahun.
Dalam tempoh tu member dah tukar kereta 3 kali, aku masih melenjan kereta yang sama.
Aku just malas nak menambah komitmen.
Kereta aku bukannya jalan jauh. Ofis aku 5 minit je dari rumah.
Habis kuat pun balik Terengganu.
Itupun setahun 2 kali je balik Tganu.
Selebihnya, sekadar ke ofis dan round KL-Selangor.
Janji hutang dua-dua kereta dah settle.
Buat masa sekarang takde keperluan nak tukar baru.
Semoga panjang lagi khidmat kereta-kereta aku ni.

Ada lagi satu benda yang aku dah stop iaitu, credit card.
Technically, aku tak ada credit card untuk personal use.
Yang ada hanya credit card atas nama aku tetapi untuk kegunaan ofis seperti pembelian stok, licencing fee, bayar subscription dan beli barang pantry. 
Tapi yang ni nanti company bayar balik hujung bulan.

▪️ Parents
▪️ Savings
▪️ Bil henfon aku and Redza
▪️ Groceries (duit pasar basah dan barang kering)
▪️ Medical card aku and Rayyan
▪️ Hibah takaful
▪️ Minyak kereta
▪️ Supplement 1 (2 x Gloei, 4 x Nutrijuice, Makeup Remover, Cleansing Gel) - kau ingat aku ambil free dari opis? Aku bayar tau, tapi aku bayar harga kos je lah.
▪️ Supplement 2 (Vitamin D, Vitamin E, Biotin, Berroca)

Itu commitment aku cover setiap bulan . Yang lain-lain, En Wan cover.
Nanti lepas semua komitmen atas ni settle, barulah balance dalam bank tu boleh beli benda lain.
Balance yang tinggal tu je duit aku sampai next gaji.

Medical card jadikan komitmen, ya sayang. 
Bukan sebab laki aku jual takaful, tapi ini langkah penjimatan.
Dari zaman sebelum ada anak lagi, aku and En Wan dah ada medical card.
Padahal waktu tu nak cut belanja sebab nak beli rumah, tapi medical card tetap bayau.
Dari dulu lagi En Wan cakap "Sebab kita nak jimatlah kita kena teruskan bayar medical card".
Betul cakap dia.
Aku dulu pun terasa membazir bayar medical card sebab kita bukan berduit sangat masa tu.
Yang sebenarnya, sebab kita bukan berduitlah maka perlu ada medical card.
Bila sakit nanti, kita tak payah keluar duit selepuk.
Sekarang kau rasa sebulan RM200-300 tu sakit nak bayar, kan.
Kau tunggu bila sakit esok kena bayar selepuk RM30K. Jauh lebih sakit.

Post semalam tu ada juga yang bertanya "Kak Di tak kisah kena sama-sama sekat belanja sebab nak beli rumah?"

Aku tahu soalan ni nak menjurus ke arah mana 😁.

Dia macam ni, ya.
Semua perempuan kalau boleh nak cuci kaki lepas kawen.
Terus masuk rumah yang dah fully furnished.
Tak payah contribute apa-apa, tunggu duit nafkah je setiap bulan.
Of course semua perempuan nak life yang macam ni.
Tapi rezeki setiap orang tak sama.
Dapat husband yang mahu tanggung semua, alhamdulillah.
Dapat suami yang mahu kita sama-sama contribute, alhamdulillah.
At least dia pun menyumbang sama.
Yang kita tak nak adalah dapat suami yang goyang telur 24 jam tak menyumbang apa-apa.
Yang ni kalau dapat, LARI!

Jangan banding-banding rezeki kita dengan orang lain.
Benda nilah yang nanti jadi stress.
Dah kalau rezeki kita perlu sama-sama berkongsi, kita kongsi.
Mintak mahaplah, aku kalau bagi nasihat bab kawen ni tak level-level ustazah.
Nasihat aku, kalau sanggup berkongsi belanja, stay. Kalau tak sanggup, minta cerai. Done.
Jangan stress-stress. 


2023-03-01

Kenapa harga rumah mahal?


Semalam post ni lalu kat newsfeed aku.
Baca. Termenung.
Termenung mikir nasib anak cucu esok, mampu tak beli rumah.
Masalah rumah mahal ni dah lama rasanya, kan?
Tapi tu lah, dalam pada orang merungut rumah makin mahal, aku tengok makin banyak rumah mahal-mahal dibuat.
Kat Putra Heights ni dah takde dah rumah harga macam rumah aku, landed house semua dah RM3-5 juta.
Itupun licin terjual. Entah siapa beli yang ramai-ramai tu tak tahulah.
Yang aku tahu salah sorangnya pakcik aku.
Tau-tahu je habis semua terjual. Siap nak bina kondo pulak kat sini.
Entah siapa nak beli aku tak tahu.
Tapi percayalah cakap aku, habis juga nanti.

Nak buat macamana, tanah mahal agaknya.
Kos pembinaan, kos tenaga kerja dah pastinya meningkat saban tahun.
Nak tak nak, harga rumah pun naik.
Nak duduk di kawasan bandar, terpaksa beli rumah yang mahal.
Kalau nak yang murah sikit, terpaksalah pilih yang jauh sikit dari pusat bandar.
Tapi jadi satu masalah lain pulak - nak pergi kerja jauh.
Nak ke pusat bandar pun jauh.
Bak kata Prof tadi, ujung-ujung menyewa.
Menyewa sampai ke sudah sampai anak dah berderet.
Esok bila anak makin membesar, belanja dah makin besar pulak.
Dengan belanja sekolahnya, kelengkapan pendidikan, medical.
Bil dah tentu makin naik bila rakyat dalam rumah bertambah.
Makan satu hal lagi, dah makin besar perbelanjaannya.
Maka terkuburlah hasrat nak membeli rumah.
Lebih baik tumpu besarkan anak katanya.

Aku tak pasti apa sebenarnya jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki masalah ni.
Adakah dengan menurunkan harga rumah?
Tapi nanti orang kata "Bukannya semua rumah harga 3-5 juta. Masih ada rumah yang harga RM200K".
Bila kita cakap rumah RM200K tu kecil sizenya, nanti dikata kalau nak beli rumah besar dan murah, belilah di luar bandar atau di tempat yang belum membangun.
Eh, betul juga cakap dia.
Tapi tu lah, macam Prof tu cakap - rumah yang murah letaknya jauh-jauh dari bandar besar.
Abis tu camana?



Penjelasan Dr dalam video ni jelas.
Kos rumah dan tanah akan semakin naik saban tahun.
Tak pasti kenapa kita (Malaysia) tak boleh control kenaikan ni.
Adakah semua bahan buat rumah memang kena import?
Entah, bukan bidang aku, tak reti nak kaji. Aku bertanya je ni.
Kesian dengan budak-budak muda.
Umur makin naik. Bila makin naik umur, interest loan pun makin tinggi.
Bila tahun agaknya mampu buat loan besar kalau harga rumah makin lama makin tinggi.

Lepas tengok video tadi aku cakap kat En Wan, syukurnya kita dulu aim untuk beli rumah dulu berbanding benda lain.
Rumah pertama kitorang beli tahun 2003, harganya cuma RM250K.
Sekarang tak jumpa dah rumah harga macam ni di bandar dengan keluasan yang sama.
Masa tu umur aku 25 tahun, En Wan 26 tahun.
Beli di Putra Heights sebab En Wan kerja di Shin Etsu Polymer.
Dia perlu cari rumah yang dekat dengan kilang sebab dia sorang je engineer berkaliber kat kilang tu πŸ™„.
Asal mesin rosak, asal production sangkut, pukul 1 pagi pun dia kena pergi kilang.
Dah macam dia sorang pulak engineer kat situ.
Jadi, Putra Heights adalah paling dekat untuk cari rumah.

Selepas kawen menyewa dulu. Menyewa 2 tahun sebelum beli rumah pertama.
2 tahun tu takde istilah vacation dan shopping.
Syukur masa tu media sosial belum wujud.
Kuranglah sikit stress tengok orang lain bercuti dan bershopping.
Memang kaw-kaw catu perbelanjaan.
En Wan memang sangat determined untuk beli rumah sebelum buat hutang lain.
Nasib baik kereta dia dah beli kat Jepun, bawa balik.
Aku pun ada Kancil, hadiah dari Mak Aji lepas habis belajar.
Dan kitorang sama-sama tak ada hutang pendidikan. Masing-masing dapat scholarship.
Dan kami sama-sama takde buat personal loan di mana-mana.
Aku masa ni belum pandai nak ber-credit card.
Maknanya, komitment belum tinggi. Anak pun takde lagi.
Dah lega dah kat sikit kat situ.

Walaupun nampak macam lega, hakikatnya taklah lega sangat sebab cita-cita tu tinggi, nak masuk rumah baru dalam keadaan semua dah renovate.
Jadi, bertambah-tambahlah kami mencatu perbelanjaan.
Dah gaji pun tetap tak makan mewah-mewah.
Everytime dapat gaji, restoran paling mewah kitorang pergi adalah KHALIFAH Kat USJ7.
Itu adalah sejenis mamak sahaja, ya. Tapi nak masuk situ tunggu gaji.
Kalau tak ke Khalifah, pergi Carlos.
Carlos pun kedai kuayteow sahaja.
Tapi masih tak mampu nak makan sana setiap minggu. Tetap tunggu gaji juga.
Padahal berapalah sangat makan kat mamak and kueyteow.
Tapi tu lah, bila kau dapat laki yang selalu ingatkan kau supaya tahan diri dari berbelanja demi nak kejar rumah pertama, ku tahan Jebat.

Masa bagitau Mak Aji and Pak Aji kitorang dah beli rumah dan harganya RM250K, terbuntang mata mak aku.
Sebab dulu RM250K tu agak tinggi juga harganya. Kita pulak baru nak belajar hidup. 
Mau orang tua tu tak terkejut?
 
"Apa yang mahal sangat ni? Nanti esok duit gaji kau habis kat bayar hutang rumah je!"

Uii, marah betul dia.
 
Perspektif mak bapak aku berbeza.
Dorang masih menyewa rumah ketika aku umur 6 tahun, Ima 4 tahun.
Sedangkan aku and En Wan beli rumah, Redza belum wujud.
Baru 2 tahun kawen pula tu, maka wajar dorang risau.
Dorang risau kalau nanti kitorang tak mampu nak hidup sempurna bila sebahagian besar gaji buat bayar loan rumah saja.
Tapi bak kata En Wan, "sakit" ni tak lama. Kena tahan sikit.
Setiap tahun pasti ada kenaikan gaji. Dan setiap bulan aku ada komisyen.
Insyallah tak terbeban mana. Gitu laki aku explain kat mertua 😁.

Sekarang memanglah tak rasa "sakit" sebab dah lama sakit tu hilang.
Boleh gelak-gelak lagi kalau kenangkan balik.
Tapi masa menganggungnya dulu, boleh tahan peritlah dia punya "sakit".
Selagi boleh catu, catu.
Nak beli baju baru pun pegang lepas pegang lepas. Last-last, lepas πŸ˜†.

Ketepikan dulu hasrat nak beli kereta baru.
Lenjanlah Kancil tu buat sales sana sini.
Walaupun aircondnya waktu tu bak hembusan kentut, tadah je lah.
Kalau panas sangat, turunkan tingkap.

Ketepikan impian nak bercuti macam orang lain.
Dalam tempoh 2 tahun tu, kitorang hanya cuti ke Cameron Highland sekali.
Bila pikir-pikir balik, boleh tahan kering gak hati kitorang tak gi holiday 2 tahun.
Tumpang dengar je member seopis sembang cuti sana sini.
Orang lain sembang pegi Jepun, pergi UK. Yang kau habis jauh pun Cameron πŸ˜†.
Nak cerita pun segan. Kahkahkah.

Masa tu sedih jugalah sebab tak dapat nak enjoy life, tapi idok la sedih sampai bawa bergaduh atau menangis.
Sekadar sedih sebab sedang melalui fasa itu saja.
Aku berterima kasih pada En Wan sebab 'berkeras' untuk prioritizing our needs vs our wants, demi nak bayar downpayment beli rumah.
Kalau dia tak berkeras, entah kat mana aku leburkan duit agaknya.

Aku nak bagi tips macam pakar kewangan tak pandai.
Ni pun sekadar berkongsi pengalaman saja.
Kepada yang baru-baru nak mulakan hidup, try ketepikan dulu kehendak.
Muda-muda ni kumpul duit beli rumah dulu.
Rumah sekarang memang mahal, tapi kalau kau tunggu tahun depan, jauh lebih mahal.
At least umur tengah muda, loan bank senang lulus, interest pun murah.
Dan komitmen korang belum besar lagi.
Esok dah beranak sampai 2-3 orang, lagi rasa payah nak menabung untuk beli rumah.
Usahakan, ya?


2023-02-28

Berlebih kurang dalam pejabat.


Semalam aku post kat video di IGS and Tik Tok, aku bercakap pasal isu "berlebih kurang dalam pejabat".
Saja je nak tengok respond orang ramai.
Sebab apa yang aku cakap tu adalah unpopular opinion.
Biasalah kan, pandangan dari seorang majikan selalunya ramai pekerja tak sokong. 

Jangan risau.
Aku bukan nak mencari siapa betul atau siapa salah.
Ia adalah lebih kepada berkongsi perspektif seorang majikan.
Aku juga pernah jadi pekerja yang makan gaji, jadi aku faham sangat bila certain-certain rules yang syarikat buat, pekerja tak suka.
Yelah, masa tu kita bekerja, jadi kita mahu majikan bertimbang-rasa dengan kita.
Selalunya gitulah. Aku pun tak terkecuali dulu.

Aku realized tentang perkara ni masa di Prudential.
That was in year 2003.
Supervisor aku duduk belakang cubicle aku.
Dia tanya aku mana colleague aku pergi.
Aku cakap maybe dia ke surau.
Dalam pukul 2.45 pm aku dengar supervisor aku tanya colleage aku tu "You pegi mana?"

"Saya pergi solat"

"Pukul 1 hingga 2 you buat apa?"

"Itu waktu rehat saya. Saya pergi makan"

"No. Pukul 1 sampai 2 adalah waktu rehat you untuk makan dan solat. Habis pukul 2, terus masuk kerja semula"


Masa tu aku macam "Wow! Berkiranya bos ni".
Padahal supervisor aku melayu tau, lelaki.
Kalau manager kami masa tu memang cina.
Terpikir gak aku, kau takde tolak-ansur ke?
Bukannya member tu pergi melepak, dia pergi solat kot.

Itu dari sudut pandang seorang pekerja.
Kita selalu mahu timbang-rasa dari majikan.
Padahal, kalau majikan tu takde timbang-rasa, dia lansung tak bagi kita waktu rehat.
But sekarang ni, waktu rehat dah diberi.
Sepatutnya waktu 1 jam itulah kita guna untuk makan dan bersolat.
Tapi tu lah, bila culture solat selepas pukul 2 pm dah menjadi kebiasaan, tu pasal dah tak boleh buat apa dah.

Sebelum aku di Prudential, aku bekerja di agensi kerajaan.
That was year 2000, sebagai pekerja kontrak.
Ada 5-6 Research Assistant di bawah UKM yang dipinjamkan ke agensi tersebut, aku salah seorang darinya.
Bila kami-kami RA masuk ke sana, kami melihat culture yang mana selepas pukul 2 pm, akak-akak baru nak start solat.
Pukul 1-2 pm, mereka makan dan taking nap dalam bilik file.
Yang kami ni ikutlah culture tu.
Dah kalau senior buat, maknanya benda tu tak salahlah, kan?
Tu belum cerita pukul 4 pm pegawai turun minum.
Ada akak-akak yang turun gi beli kuih bagai.

Alih-alih, aku dan some RA lain kena panggil dengan pegawai sebab masalah attitude.
Pukul 2 pm masih takde di cubicle katanya.
Padahal kitorang ada dalam ofis tu, cuma ada dalam bilik file tengah solat.
Aku jawablah, "Kami solat" (ya, aku selalu menjawab bagi pihak semua jadi selalunya akulah yang kelihatan perangai teruk sekali).

Pegawai tu kata, kenapa tak solat waktu rehat?

Aku jawab, "Akak-akak tu pun ada sekali dalam tu solat".

Pegawai tu cakap "Awak kena faham. Dorang tu anak kandung. Awak anak angkat"

Sampai sekarang aku ingat lagi ayat tu.

Kau nampak tak, bila orang lama dah biasa buat benda tak betul, maka takde alasan kukuh untuk menafikan kebiasaan yang sama dilakukan oleh budak baru.
Maka, gunalah ayat "Dorang tu pekerja tetap, kau tu kontrak" untuk menjustify perbuatan mereka tak salah.
Macam alasan budak-budak tadika berebut mainan, kan?

Jadi, apa yang supervisor aku di Prudential tu buat sebenarnya adalah betul.
Aku sebagai pekerja waktu tu rasa teruknya kerja kat sini, takde timbang-rasa lansung, padahal apa yang kawan aku buat memang salah.
Supervisor tu buat perkara yang betul.
Sometimes kita ni tak faham apa sebenarnya maksud timbang-rasa.
Staff aku pernah minta izin bawa anak masuk ofis sebab pengasuh sakit. Aku izinkan.
Itu adalah timbang-rasa.
No, aku bukan cakap pasal aku ada sifat timbang-rasa, cuma nak bagi contoh apa itu timbang-rasa.

Majikan izinkan staff bawa anak ke opis sebab pengasuh sakit - ini adalah timbang-rasa.

Staff mesej majikan bagitau lewat masuk sebab jalan jem - ini adalah timbang- rasa.

Staff ambil half day pagi, patut masuk pukul 1 pm. Tapi dia mesej bagitau akan lambat sikit sampai around 1.30 sampai. Majikan izinkan - ini adalah timbang-rasa.

Pukul 11 pagi staff mintak keluar sekejap dalam 1 jam sebab anak demam, pengasuh suruh ambil. Majikan benarkan - ini adalah timbang-rasa.

Tetapi, kalau TIAP-TIAP hari solat selepas waktu rehat, bila kena tegur dek bos kita sentap dan cakap bos takde timbang-rasa -- rasanya kita yang tak faham konsep "timbang-rasa" ni.
Dalam bahasa mudahnya, kita yang SELFISH.
Asyik nak orang faham kita je, tapi kita tak mahu faham keadaan orang.

Masa aku di company Devil Wears Prada, masa tu bulan puasa.
Tapi kami tengah meeting.
Bos tengah amukan budak-budak sales tak buat kerja.
Waktu buka puasa dah nak dekat.
Aku takut nak minta izin sebab dia tengah berapi-api tu.
Tapi elok je masuk waktu azan, dia bagi aku 10 minits untuk berbuka.
Sekali dengar macam "Huh? 10 minit je?".
Sebab kita dah biasa berbuka santai-santai, lepas makan ini, makan itu, sambung sembang lagi - mana cukup 10 minit, betul tak?
Tapi 10 minit itu adalah bukti dia ada timbang-rasa.
Kalau dia takde timbang-rasa, dia peduli apa aku nak makan nak solat, janji habiskan meeting dulu.

Masa kerja di sana, aku sorang je muslim.
Disebabkan sebelum ni tiada pekerja melayu, tidak ada ruang solat disediakan.
Bila aku masuk, aku solat di store.
Store dia bukan store berabuk.
Store simpan kit-kits biotech, siap ada aircond.
Siap boleh nap kejap aku kat dalam tu.
Kalau tengahari aku ada di ofis, di storelah aku bersolat ketika waktu rehat 1-2 pm.
Dia allow aku bersolat di store adalah bukti dia ada timbang-rasa.
Takkan dia semata-mata aku sorang je islam dia nak sediakan bilik khas pulak, kan.
Maka, bila dia allow aku bersolat di store, itu adalah bukti dia ada timbang-rasa.
Dan sebagai menghargai, aku kenalah solat pada waktu rehat.
Bila dia tengok orang Islam ni rupanya solat tak menganggu waktu kerja, tak mustahil lepas tu ramai pekerja melayu dia bawa masuk.

Dalam sebuah company, kita bukan sahaja ada pekerja tetap, malah kita ada pekerja yang under probation dan interns.
Lainlah kita sorang je pekerja dalam company tu, takde masalah.
Tapi bila ramai, majikan takde pilihan terpaksa jadi strict dalam sesetengah perkara.
Kalau bos buat tak kisah bila seorang pekerja ambil masa yang lama untuk lunch, apa kata staff yang lain?
Kalau sorang asyiklah masuk ofis lambat, lama-lama jadi kebiasaan.
Kalau sorang dah start bersolat selepas waktu rehat, yang lain pasti ikut.
Benda kalau dah jadi kebiasaan, memang payahlah nak ubah.
Bila one day new manager take over, dan manager tu pula strict, mulalah pekerja membawang bos.
Padahal culture yang dulu tu salah.
Tapi ye lah, tak semua orang suka dengan perubahan macam ni.
Takde timbang-rasa katanya.
Maybe kita semua perlu diberi peluang untuk run own business, ada pekerja, masa tu mungkin baru kita nampak perspektif seorang majikan.

Bawah ni video semalam. My unpopular opinion.