2023-03-09

Muskil dengan pesan orang-orang tua.


Semalam aku google-google internet nak kena buat assigment tentang food for pregant mothers, lantas teringat masa aku pregnant Redza dulu.
Murah je cravings aku dulu - hanya mahu roti telur dan teh tarik kat Sri Melur.
That was tahun 2004. Menyewa kat USJ21.
Area tu kedai mamak paling happening adalah Sri Melur.
Hujung minggu je, cari roti telur.
Dia punya sedap, sampaikan jadi mengidam.
Hari-hari nak makan yang sama!
Kalau tak dapat, dia punya kecewa tu rasa nak tendang je En Wan.
Pernah satu malam dah pukul 12 lebih, aku dah tido padahal, boleh terbangun menangis nak makan roti telur. 
Nasib baiklah mamak bukak 24 jam, zassss laki aku bawa pi makan.
Dulu aku rasa menyampah dengar perempuan mengidam, macamkan takleh tunggu besok-besok aku kata.
Sekali kena kat diri sendiri baru tahu.
Susah nak cakap, tapi dia punya nak tu memang takleh tunggu besok.
  
Lagi satu, makan nasi mesti nak letak kicap sikit.
Padahal aku bukan a kicap person, tau.
Kat rumah, aku hanya makan kicap untuk buat masak kicap je.
Kalau nak saja-saja makan nasi tuang kicap tu tersangatlah jarang, kecuali makan nasi dengan telur mata.
Tapi masa mengandung Redza, padahal dah tuang kuah asam pedas, tetap letak kicap.
Syukurlah aku tak mengidam yang mahal-mahal time ni.
Dah lah masa tu tak berduit sangat.
Dibuatnya mengidam pizza hut hari-hari, agaknya sorang je anak aku sekarang.

Ada satu kali tu balik Bangi, aku merengek mintak En Wan bawa pi mamak sebab nak pekena roti telur. Mak Aji bising.

"Kau ni asyik ke mamak je. Kenan anak dengan rupa mamak, baru tau".

"Teringin, Ma. Bukan Diana nak makan, baby ni yang nak" (tiba-tiba aku buat dialog Dang Anum).

"Jangan ikutkan tekak sangat, jaga sikit makan tu. Ni tak, semua kau belasah. Roti telurlah, kicaplah. Esok anak kau keluar-keluar, hitam!"

"Yeah rite! Habis aku ni putih sangat la? Siapa yang menyebabkan aku jadi hitam camni, cakap!" (tapi ni aku cakap dalam hati je lah).

Sekali betul, Redza keluar-keluar tidaklah cerah mana. Tapi idoklah malap sangat.
Tapi biasalah, bila bawa balik kampung tu khennnn.
Makcik-makcik kampung kan very concern dengan warna kulit baby.
Pekakkan telinga je lah.
Nak buat macamana dah memang level-level IQ makcik-makcik ni tahap tu je.
Takkan kau nak ajak dia sembang melanocytes, carotene, oxygenated hemoglobin bagai.
Bertahun jugaklah menahan telinga.
Takpe, sabar, sabar. Kasi dorang menang mudah.

Cuma aku muskil dengan pesan orang-orang tua.
Makan kicap, minum kopi nanti anak jadi hitam.
Masak nasi sambil menyanyi nanti kahwin orang tua.
Potong kuku malam-malam nanti mak mati.
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng.
Makan pindah-randah nanti kawen banyak kali.
Yang paling tak masuk akal, main hujan nanti kena tangkap polis.

Syukurlah aku tak menurunkan pesanan-pesanan merepek macam ni kat anak-anak aku.
Bukan apa, it has to stop.
Kena ada orang yang stopkan benda-benda macam ni diperturunkan.
Kesian wei. Aku ni blur dan bendulnya boleh tahan.
Dulu masa kecil kalau nak makan ikan lebih sikit, Mak Aji cakap "Jangan makan banyak sangat ikan nanti dalam perut ada cacing".
Aku percaya tau. Sampai ke besar aku percaya.
Rupanya itu excuse Mak Aji nak jimatkan lauk, tak nak anak-anak meratah lauk.

Lagi satu, duduk atas bantal nanti bontot tumbuh bisul.
Kau tau, sampai dah kawen aku masih percaya.
Puncanya, masa nak nikah, kan ada kusyen untuk pengantin lelaki duduk tu.
Masa pakcik tu pasang pelamin dia bawa sekali kusyen tu.
Hari-hari aku pijak kusyen.
Mak Aji marahlah, "Kau ni kenapa pijak-pijak bantal tu?"

Dengan sardinnya aku jawab "Wan tu baru baik bisul kat bontot. Nanti dia duduk sini bisul tumbuh balik".

Mak Aji pandangggggg je muka aku. Speechless.
Mesti dia konfius anak aku ni berlawak ke, memang bangang?
Sumpah aku memang percaya bisul tumbuh kat bontot kalau duduk atas bantal.
Sebab tu aku menyampah dengar pesanan turun-temurun yang maha merepek ni.
Dapat kat orang bijak dia akan kaji balik.
Dapat kat aku yang bendul ni, memang percaya bulat-bulat.
Aku bukan apa tau, bila pesanan tu dari orang tua-tua, aku percaya.
Bagi aku, siapa lagi kita nak percaya kalau bukan kat orang tua, kan.
Tapi tu lah, orang-orang tua pun rajin membongak. 

Yang paling tak boleh blah bila Mak Aji cakap "Cuba kau check telor laki kau. Kalau ada taik lalat lebih dari satu maknanya nanti kahwin dua".

Ntah siapalah yang cipta pesanan ni.
Mesti moyang aku la ni takde apa nak sembang petang-petang, bagi pesanan pelik-pelik kat mak aku.
Tapi aku dah check, memang takde. Eh.