2023-03-03

Yang bercakap buruk pasal kau adalah kawan kau juga, bukan orang lain.


Semalam aku nampak gambar ni lalu kat IG explore.
Aku kenal Tangmo je.
Yang dua orang Laura dan Vanissa tu aku check semalam, mati sebab accident and sakit.
Tak pastilah apa jalan cerita sebenar yang orang kata disakiti keluarga dan dikhianati pacar.
Ada la tu kisahnya agaknya. Aku malas nak gugel.
Tapi semalam aku start baca pasal Abby Choi.

OMG, kes Abby Choi ni lagi teruk dari Tangmo!
Gila betul, dahlah dikerat-kerat, siap dibuat sup daging letak carrot bagai dalam tu. Musibat betul.
Aku syak dia nak bagi makan anjing kot.
Punyalah nak lupuskan bukti, sanggup dia memasak bagai.
Ya Allah mentalnya manusia zaman sekarang.
Tak boleh brain aku sampai jauh macam tu sekali manusia sanggup buat.
Yang lagi sedih tu, yang buat bukan orang lain, bekas suami dan keluarga mertua!
Kes masih dalam siasatan tapi katanya bekas keluarga mertua dan bekas suami nakkan harta si Abby ni.
Abby ni dah kawen baru tapi keluarga mertua dapat tahu yang Abby tak pernah daftarkan perkahwinan baru, hanya buat majlis saja.
Jadi, kalau Abby mati, harta semua akan dapat kat bekas suami.
Tu yang menggelupur agaknya masing-masing nakkan harta perempuan ni.
Kaya gila Abby ni, net worth dia menjangkau HK500 juta. Mau tak menggelupur?

Gitulah dunia, kan.
Kita yang tak berapa nak kaya ni kalau tengok life orang kaya kat tepi bibir ni asyik lah berzikir "Bestnya life dia".
Dek kerana best sangat life tu lah yang buatkan dorang banyak musuh dalam diam.
Dan selalunya musuh-musuh ni bukannya orang jauh.
Yang dekat-dekat ni juga.
Sama ada, keluarga atau kawan.
Tu pasal kes-kes bunuh, polis cari orang rapat dulu.
Kes-kes santau tu semua bukannya anonymous buat, yang dekat-dekat ni juga. 
Percayalah cakap aku.

Kadang macam tak percaya orang yang kita kenal tergamak nak tikam belakang.
Masa aku berkawan rapat dengan si anu tu dulu, 3 kali purse aku hilang.
Dan setiap kali purse aku hilang mesti dia tengah banyak duit.
I mean selepas purse aku hilang, dia jadi kaya seketika.

Kali pertama hilang, di airport Kuching.
Masa tu ramai-ramai nak beratur check in nak balik KL.
Dia suruh aku pi check in sementara dia jagakan troli kitorang.
Aku keluarkan IC dari purse dan terus pi check in.
Purse tinggalkan dalam beg di troli. Dia jagakan troli.
Pi check in je kot.
Balik je dari check in, aku nak masukkan balik IC dalam purse, tengok purse dah takde dalam bag.
Padahal dia yang jaga troli, kan?
Tapi tu lah, aku ni bendul ke apa ntah, lansung tak syak apa-apa kat dia.
Memang percaya habis.
Tak terfikir lansung mungkin dia yang ambil. Sumpah tak terfikir lansung.
Balik cuti, dia bukan main mewah.
Ajak aku keluar makan shopping sana sini.
Mau tak mewah, dalam purse aku masa tu ada RM600 kot. Bladihel.

Kali kedua purse hilang, esoknya kitorang nak balik KL juga.
Masa ni masih berkawan dengan dia lagi.
Aku lepak dengan dia kat depan rumah. Malam.
Depan rumah kitorang ada lampu jalan.
Kitorang lepak berdua bawah lampu tu.
Kalau pikir lojik, purse jatuh mesti aku boleh nampak sebab kawasan tu berlampu.
Dan kitorang melepak duduk bersila kat bahu jalan.
Aku punya habit, purse aku selitkan celah kaki masa bersila.
Kalau aku bangun tanpa teringat purse ada di celah kaki, pasti aku dengar bunyi dan nampak purse tu jatuh bila berdiri.
Aku tak tahu masa bila hilang, yang aku sedar bila dah masuk rumah.
Bila masuk rumah, sedar purse aku takde.
Terus keluar balik ke depan jalan, takde!
Padahal kejapppppp je aku masuk dalam rumah.
Masa bila hilangnya aku tak tahu. Tak lojik sekejapan boleh hilang.
Kelam-kabut Mak Aji tempah another tiket flight.
Again, balik KL dia jadi mewah. Belanja aku makan sana sini.
Tapi aku masih tak terfikir mungkin dia yang ambik.
Tak tahulah aku ni buta dek kerana cinta atau sememangnya aku bendul.

Dulu tahun 90an, barang Garfield memang hot.
Masa tu orang sibuk beli bantal Garfield.
Roommate aku waktu tu ada bantal ni.
Aku pun terjangkit nak beli satu, tapi tak berani.
Kalau Mak Aji tahu duit yang dia bagi tiap-tiap bulan aku buat beli bantal Garfield, mau dia sumbatkan aku dalam bantal tu.
Helok je purse aku hilang, aku dapat macam-macam hadiah dari si anu tu termasuklah bantal Garfield ni.
Manis betul ayat dia.
Belikan aku hadiah sebab nak aku lupakan sedih purse hilang. Binawe betul.
Selalunya gitulah, kita takkan sangka orang yang rapat dengan kita buat taik.

Kali ketiga purse aku hilang, masa ni aku dah kenal En Wan.
En Wan hadiahkan aku purse. Nama purse tu Junko Koshino. Cantik.
Tak lama pun, seminggu je lepas aku dapat purse ni, hilang.
Hilang selepas balik berbuka puasa makan dengan si anu.
Yang aku pun satu hal bangang pi bagitau purse tu En Wan bagi.
Eh tapi dah dia tanya, aku bagitau je lah.
Lagipun masa tu dah break.
Dia yang beria ajak makan kat KFC.
Dia cakap takkan dah break takleh makan sama.
Aku pun keluarlah dengan dia. Naik moto.
Kawan aku kirim KFC.
Lepas balik makan, KFC kawan aku tu aku letakkan dalam bakul motor.
Purse aku masukkan dalam plastik KFC tu.
Mustahil sangatlah purse tu boleh tercampak keluar dari plastik, keluar dari bakul motor.
Boleh hilang kau purse aku!

Aku tersedar masa bila masa tengah packing barang sebab esoknya nak balik KL. Kiranya malam yang sama lepas aku keluar dengan dia tu juga.
Kesian kawan aku punggah balik tong sampah takut dia terbuang purse aku lepas makan KFC.
Memang takde! Kawan aku ajak aku gi jumpa si anu esoknya kat kolej.
Kat kolej aku panggil dia. Melaung dari bawah je.
Dia pun turun tapi dia turun stop kat tangga level 2.
Dia tanya kenapa, aku cakap purse aku hilang. Ada tak dia nampak.
Masa tu muka dia macam menahan senyum.
THATTTTT was the moment aku started to realize dia ada kaitan dengan purse aku yang hilang.
Kebetulan kawan aku ada kat tepi menemankan, jadi ada bukti dia pun nampak si anu menahan senyum.
Aku tak tahu kenapa dia nak senyum bila aku cakap purse aku hilang tapi aku yakin dia ambil.

Atas flight, kawan aku cakap yang boifren dia bagitahu si anu tu ambil purse aku.
Aku tanya mana dia tahu.
Her boifren cakap, semua budak laki kat kolej tahu.
Aku je yang tak tahu dan dorang tak sampai hati nak bagitau. Kau rasa??

3 kali purse aku hilang, ya. 3 kali.
Semua hilang waktu dengan dia. Kau agak-agak?
Kawan setetek aku cakap "Kalau kau tak percaya dia yang ambil, cuba nanti kau keluar dengan Wan. Kau tengok purse kau hilang tak bila keluar dengan Wan".
Tak gaissss. Purse aku tak pernah hilang dengan En Wan.
Allah, sedihnya aku bila ingat-ingat balik.
Orang yang paling aku tak sangka boleh aniaya aku macam ni.

Lagi satu, kalau kau dengar orang bercakap buruk pasal kau, janganlah ingat orang luar yang rajin korek hal kau. Takde maknanya.
Orang yang rapat dengan kau juga yang menjaja cerita kat orang luar tu.
Dulu masa aku jual Ephyra, semua pembelian melalui form yang aku letak di blog.
That form akan masuk dalam email aku.
Selalunya kat form tu aku letak bahagian "Note/Remark".
Kot la ada yang nak minta selitkan kata-kata ke, kad ke.
Sebab ada je yang beli untuk pos ke orang lain.
Ada sorang pembaca ni tulis kat bahagian tu "Jangan letak sender nama Kak Di tau. Jangan tulis description saya beli Ephyra".
Aku memang tak pernah letak sender nama aku sebab Pos Laju guna akaun company.
Tapi aku tanya la juga kenapa.

"Saya tak nak kawan opis tahu saya beli dari Kak Di. Dia jual juga. Kawan saya yang lain pernah beli dari Kak Di terus jadi musuh dia sekarang".
Aku tanya kenapa tak nak beli je dari kawan ofis tu je. Jimat duit pos.
Dia jawab "Tak berapa suka dengan dia. Dia suka paksa-paksa orang. Lepas tu warning kat semua orang jangan jual sebab dia dah jual".

Panjang la juga dia cerita pasal kawan tu.
Dalam kes ni, maybe betul kawan dia tu ada masalah perangai tu pasal ramai tak suka.
Tapi nampak tak, yang akan bercakap pasal kau pada orang luar adalah kawan kau juga, bukan orang lain.
Dan orang-orang yang cakap behind your back ini masih berkawan dengan kau.
Tapi ni tak terkilan sangat.
Lagi terkilan kalau kau mengumpat si anu kat kawan-kawan kau, lepas tu kawan-kawan kau bagitau si anu kau mengumpat dia.
Yang ni lagi burn.
At least si anu tu dibenci oleh hater dia.
Tapi kau dibenci oleh kawan-kawan kau sendiri. Lagi kesian. Kahkahkah.