2023-03-10

Sebenarnya zaman kita dulu bagus juga, walau takde teknologi.


Semalam makcik En Wan datang ke rumah, bawak cucu-cucu sekali.
Cucu dia gi main kat playground area rumah aku ni.
Aku cakaplah, playgorund tu takde orang main dah sekarang, sejak dah takde budak-budak kat area ni.
10 tahun dulu memang nampak anak-anak kecil ke playground and lalu-lalang dengan basikal depan rumah. Now, takde dah.
Rumah-rumah yang ada anak kecil dulu now depan rumah berderet kereta park.
Tu maknanya anak-anak dah besar dah ada kereta sendiri.
Nak tengok budak-budak, tunggu lagi 10 tahun.
Itu semua nanti cucu-cucu pula memenuhi kawasan sini.

Pak Aji kalau datang rumah aku mesti cakap "Rumah kau ni senyap sangatlah. Macam takde orang duduk".

Ya, kawasan rumah aku peaceful.
One thing yang buatkan dia 'aman' sebab dia terasing dari business centre Putra Heights.
Kawasan aku dipisahkan oleh hiway Elite.
Kalau dari Shah Alam nak ke selatan lalu ELITE hiway, akan nampak exit Putra Heights belah kiri.
Putra Heights sebenarnya belah kanan. Yang belah kiri adalah Putra Avenue.
Putra Avenue ni betul-betul ada rumah je. Kedai takde.
Siapa masuk kawasan ni maknanya dia nak balik rumah.
That's why kawasan rumah aku senyap dan tenang.
Siang ke, malam ke, boleh tido dengan tenang.
Takde dengar bunyi kereta motor merempit.

Now dah takde budak-budak kecil, lagilah senyap. Playgorund pun berabuk.
Anak-anak aku masa kecik dulu ada gak main kat playground, now main game kat rumah je.
Tapi belakang rumah aku ni ada je court futsall and basket ball court.
Entah siapa main tak tahulah.
Beria developer buat court bagai.

Sebenarnya zaman kita dulu bagus juga, walau takde teknologi.
Zaman belum ada media sosial orang kata.
Nak pulak dulu rumah Mak Aji takde video player.
Mengadaplah kau chanel TV yang tak banyak tu.
Maka nak menghilangkan boring, budak-budak dulu jadi kreatif.
Mainan zaman dulu secara tak lansung membantu anak-anak dari banyak segi.
Ada ilmu yang tersirat. Contohnya main polis sentri.

Kalau yang dapat jadi polis tu memang bersungguh-sungguh jadi polis.
Polis betul pun tak segigih macam ni sampai orang dah azan Maghrib dia gigih masuk longkang cari pencuri lagi.
Dalam erti kata tersirat, game polis sentri memupuk rasa tanggungjawab and amanah pada tugasan yang diberi (gitu ayat macam motivator).
Yang dapat jadi penyangak tu pulak kalau tak percaya kau tengok dia punya skill menyorok dan mengelat tu tinggi mana.
Berpeluh kau nak mencari!

Aku dulu kalau main polis sentri memang tak hadap la nak jadi polis.
Tak kuasa nak keluar masuk longkang cari pencuri.
Karang tak memasal balik rumah aku kena belasah dengan Ketua Polis Negara yang memang tunggu masa je nak sesah aku dengan hanger dia.
Nak sangat jadik polis, ha meh sini aku bagi pangkat sarjan.
Zas Zas Zasssssssss ambik kau tiga calit kat betis. Selesai.
Esok pegi sekolah pakai pinafore pulak tu. Get ready la nak kena gelak.

Selalunya aku volunteer jadi pencuri.
Tapi aku pencuri yang bijaksanaaaaaa.
Polis-polis semua sibuk masuk longkang keluar longkang ntah apa yang dia carik dalam longkang tu ntah.
Yang lelaki masuk longkang cari pencuri tumpang kencing sekali.
Yang perempuan kalau jadi polis balik-balik cari kat pokok serai.
Lojik ke aku nak menyorok dalam pokok serai?
Nak pulak pokok serai tu Mak Aji punya. Nak cari nahas?

Kau tau aku menyorok kat mana?

Kat kedai Kak Milah, makan Nutella. Kahkahkah.
Kau cari la aku sampai muntah, memang takkan jumpa punya.
Agak-agak boring lepak lama sangat kat Kedai Kak Milah, aku singgah rumah makcik aku kat sebelah kedai tu pulak.
Agak-agak lambat balik, makcik aku call Mak Aji "Kak Yah, Diana ada kat rumah Noi".
Mak aku kalau aku gi rumah makcik aku, dia ok je.
Kalau nasib aku baik, makcik aku siap gorengkan keropok lagi.
Bahagia betul jadi pencuri. Mbhahahaha.

Jadik pencuri mengajar kita buat keputusan cepat dan bijak dalam keadaan terdesak.
Pikir kat mana nak bersembunyi dengan selamat.
Tapi aku berhati-hati gak. Kena tengok juga siapa yang polis.
Kalau yang jadi polis tu muka-muka yang balik-balik cari bawah longkang, atas pokok, dalam pokok serai, memang aku volunter jadi pencuri.
Tapi kalau yang jadi polis tu adik aku, terus aku tak jadik main.
Sebab adik aku bijak. Like sister la bak kata omputih.
Dia ni kalau dapat jadi polis memang habis satu taman dia pusing dengan basikal.
Berpeluh aku nak menyorok. Bladihel.
Jadi moralnya kat sini, banyakkanlah bermain polis sentri.
Badan cergas, minda cerdas.

Lagi satu, dulu aku suka main ofis-ofis dengan adik aku.
Selalunya main time hujan sebab masing-masing tak boleh main kat luar rumah.
Nak main masak-masak karang kena keluakan tupperware Mak Aji segala, malas pulak nak kemaskan balik.
Jadi kita pilih game yang selamat, iaitu main ofis-ofis saja.
Props semua sendiri punya, tak kacau orang lain.
Buku teks sendiri punya.
Pensil nak sign-sign check sendiri punya.
Kertas tak jadi masalah, koyakkan je buku sekolah. Hahaha.
Nak nampak lagi macam best, angkut typewriter Pak Aji bawak masuk bilik.
Terus bilik tu jadi pejabat.

Selalunya aku jadi bos sebab adik aku suka sangat jadi sekretari.
So tugasan aku adalah membagi dia kerja.
Entah apa la yang aku suruh tapi gila serious masing-masing berlakon.
Yang si Ima ni pun beria-ia siapkan kertas kerja.
Dah siap, submit kat aku.
Yang aku pulak beria-ia semak kerja dia.
Ima duduk hall. Aku of course la duduk kat dalam bilik, aku kan bos.
Bos ada bilik sendiri. Hahahah.
Kalau tiba-tiba datang mood aku nak mengamuk (bos kan suka marah-marah orang), aku jerit "Ima, masuk bilik saya!". Gituuuuu.
Yang si Ima sanggup pulak tadah muka kena marah dengan aku.
Bodo jugak dia ni kadang-kadang 🤣.

Main ofis-ofis ni dalam tak sedar sebenarnya menjadikan kita orang yang bercita-cita tinggi.
Cita-cita nak jadi bos. Cita-cita nak berjawatan tinggi.
And secara tak lansung bila berlakon jadi bos, kita membimbing orang bawahan untuk berkerja dengan betul.

Macam Ima, suka jadik sekretari.
Sekretari kan rajin dan teratur kerjanya. Meja pun cantik je.
Walaupun dia bukan seorang sekretari sekarang tapi sifat suka pada kekemasan dan kebersihan tu, antara aku and Ima, dia lagi kemas.
Kalau mengemas rumah, dia jauh lebih teliti.
Lagipun, Ima suka jadi sekretari sebab dia memang suka sangat buat kerja menulis-nulis ni.
Tulisan tangan dia cantik. Dia lukis kartun pun sangat comel.
Aku pulak tulisan tangan macam jahanam.
Sendiri tulis sendiri tak boleh baca.
Jenis otak lagi laju dari tangan.
Tapi tu dulu la. Sekretari sekarang semua dah pakai komputer.

Yang paling aku tak berkenan is main kahwin-kahwin.
Cukup aku menyampah sebab segalanya kena slow dan lemah gemalai.
Tapi aku takde choice sebab geng-geng aku dulu suka nak main kawen-kawen.
Dorang kalau main kahwin-kahwin ni, bukan stop kat bersanding tau.
Sambung sampai dah anak-anak bagai.
Siap lepas tu kes laki kahwin lain la apa la.
Gila real ni siap menangis mengongoi-ngongoi bila laki masing-masing kawen lain.
Pastu gaduh-gaduh dengan si mistress.
Yang aku bengang tu boleh dia boleh bergaduh sampai seminggu dek kerana menghayati watak.
Seminggu aku tak cukup geng nak main.

Tapi tu lah, zaman dah berubah.
Zaman sekarang ke depan banyak guna teknologi, jadi game-game sekarang pun pakai teknologi moden.
Rayyan tu cuti-cuti sekolah gini boleh sehari suntuk duduk depan desktop.
Habis kat desktop sambung pulak kat henfon.
Pastu sambung balik depan dekstop.
Ntah hape dia main aku tak tahulah, tapi ada je aku dengar suara orang lain dalam komputer dia tu terjerit-pekik sama.
Kadang-kadang dengar suara Jannah.

"Adik main dengan Kak Jannah ke?"

"Ya"


Game dorang main tu agaknya macam zaman chatting kita dulu lah.
Boleh berkomunikasi dengan orang jauh.
Cuma dulu takde suara. Kamera pun takde nak tengok orangnya.
Tau-tau je bercinta dalam chat. Bila ajak jumpa, menggelabah.
Tapi bagus main chat ni, mendidik diri untuk belajar menyayangi tanpa melihat rupa. 
Mengajar diri untuk tawakal pun ye gak.
Esok orang tu ajak jumpa, kau berserah je lah pada Allah apa rupanya. Hahaha.