2023-03-08
Mana pergi hantu dulu-dulu?
Apesal aku rasa zaman skarang dah tak ada hantu like dulu-dulu?
Dulu zaman sekolah, banyak betul cerita hantu.
Kejap-kejap orang jumpa hantu kat sana, kejap-kejap hantu mumcul kat sini.
Sampaikan merebak-rebak.
Hari ni hantu tu dah sampai Serdang.
Lusa hantu tu dah sampai Kajang sebab orang Kajang dah kena.
Aku yang kat Bandar Baru Bangi ni dah seram dah sebab dekat dah ni.
Zaman sekolah dulu, tahun 90-an kecoh pasal hantu kom-kom, hantu tetek dan hantu yang ketuk pintu rumah sambil bawak batu nisan.
Korang pernah dengar tak hantu-hantu ni?
Balik-balik 3 ekor hantu ni je yang budak-budak dok jaja cerita.
Petang-petang berkumpul dah tak ada mood nak main getah.
Semua pakat bercerita pasal hantu ni sambil duduk-duduk tepi longkang.
Dek kerana hantu batu nisan ni la, pernah Mak Aji balik surau ketuk pintu sampai nak tertanggal tombol pintu, tapi pintu tak bukak-bukak.
Bila dah bukak, pelepappppppp sedas kat kepala aku dia bagi.
Aku takut nak bukak masa tu, karang bukak sekali hantu yang pegang batu nisan tu berdiri kat luar. Acaner?
Malam tu mendapat aku sedas pelepap dari Mak Aji.
Menyesal pulak buka pintu tu.
Kalau aku tau begini balasannya, aku kurung dia kat luar sampai esok pagi. Kahkahkah.
Lagi satu hantu tetek.
Ni pun famous gak dulu.
Zaman sekarang dah takde dengar nama hantu ni.
Anak-anak aku tak pernah dengar hantu tetek.
Orang kata hantu tetek ni lelaki boleh, perempuan pun boleh.
Kalau lelaki, tetek dia kat belakang, bukan kat depan.
Pelik gila. Kau lelaki sibuk nak jadi hantu tetek juga.
Jadilah hantu buah pelir patutnya.
Aku syak lelaki yang jadi hantu tetek ni dulu pernah jadi bapok Thailand.
Punyalah famousnya hantu tetek ni, sampaikan aku potong kuku malam-malam pun Mak Aji ugut "Kau potonglah kuku malam-malam, mati esok jadi hantu tetek".
Dah kenapalah potong kuku malam pun jadi hantu bila matiiiii.
Hantu polong pun famous.
Aku rasa polong ni wujud, cuma aku tak pernah nampak lagilah.
Mak-mak gunakan modal ni untuk takutkan anak-anak yang suka tido lambat.
Katanya hantu ni keluar malam.
Dia terbang bercahaya, ada api kat ekor.
Kalau malam-malam nampak macam bola berapi lalu kat atas rumah, jaga-jagalah.
Maka takutlah masing-masing. Tutup lampu awal, tido.
Sekali ujung-ujung baru tahu polong tak ambil darah budak-budak, dia nak ambil darah ibu bersalin je.
Terus jadi tak seram.
Benda ni jadi seram balik bila aku bersalin Redza.
Teringat-ingat hantu ni.
Berkali-kali aku tanya En Wan tanam uri kat mana.
Tanam dalam ke tak. Berbau darah ke tak.
Sampai ke tua impak cerita hantu ni menghantui pikiran aku.
Tapi cerita hantu yang tak pernah habis adalah hantu hisap pad.
Aku pertama kali dengar cerita hantu ni kat TKC.
Ada satu hari tu gempar bilik store ada pad berdarah ditinggalkan.
Waktu tu aku masih belum period, jadi aku tak tahu impak meninggalkan pad berdarah merata-rata.
Bilik store tu pulak sebelah je dengan dorm aku.
Dan katil aku paling dekatttt dengah pintu keluar nak ke bilik store.
Pagi tu kecoh akak-akak senior marah sebab ada pad berdarah kat store.
Store tu tempat simpan baldi and bakul toiletries.
Masa tu kakak-kakak senior suruh kitorang the juniors beratur kat balkoni - dari dorm sampailah ke bilik air - sorang-sorang kena jinjit the pad.
Tapi akhirnya our dorm captain yang jinjit sorang and pi buang.
Masa tu lah baru aku tahu pad berdarah kena basuh sampai hilang kesan darah, kemudian bungkus dengan kertas surat khabar kemas-kemas, dan buang.
Katanya, pernah terjadi di situ student terdahulu tak bungkus pad dengan kemas, malam-malam dengar macam ada orang punggah tong sampah.
Sekali tengok hantu tengah mencangkung sambil jilat pad berdarah tu.
Katanya lagiiiii, once hantu dah hisap darah pad, dia akan sedut darah tuan punya pad sekali.
Tak takut kau dengar?
Tapi masa Form 3, ustazah aku cakap tak perlu basuh pun, sebab benda kotor.
Just lipat pad kemas-kemas dan buang dalam tong.
Aku ikut nasihat ustazah. Senang, tak leceh.
Hantu kom-kom pulak adalah hantu yang pakai telekung and bagi salam tapi dia bagi salam like this, "Assalamualaikom kom". Katanyaaaaa.
Dulu cukup takut dengar orang bagi salam malam-malam.
Nak kena tunggu dulu biar orang tu repeat salam, bagi dengar betul-betul.
Nak pulak kat Bangi dulu tengah ramai set-set yang join Al-Arqam pakai niqab.
Rajin pulak mintak derma dari rumah ke rumah.
Mau tak bertebarai aku adik-beradik lari kalau set-set ni bagi salam depan rumah?
Walaupun tengahari buta dia bagi salam, lantak kau situ.
Kau bagilah salam sampai terkeluar anak tekak pun, kem salam aku takkan bukak pintu. Takutttt.
Ingat-ingat balik, kesian pula akak-akak ni mintak derma tapi aku tak bukak pintu.
Takpela kak, biasalah, nak berdakwah ni memang banyak dugaannya. Sabar, ya?
Tapi kalau aku bukak pun, aku takde duit nak bagi masa tu.
Kira halal lah tak bukak pintu.
Tak tahulah kenapa aku takut sangat dengan hantu kom-kom ni dulu.
Kalau pontianak tu kita taulah dia nak gigit leher kita.
Kalau polong tu nak hisap darah orang bersalin/mengandung.
Tapi hantu kom-kom ni apa kerjanya?
Bagi salam pastu blah ke camana. Bodo pulak terasa.
Tapi hantu kom-kom ni ada preference.
Dia suka kat budak-budak je.
Pastu dia suka datang waktu senja.
Jadi kesimpulannya kat sini, hantu kom-kom ni tak wujud.
Ni semua modus operandi mak bapak kita dulu nak suruh balik rumah before senja.
Tapi, yang aku pelik tu ada orang pernah jumpa hantu-hantu ni semua.
I mean hantu yang viral macam hantu bawak batu nisan minta susu kat rumah orang.
Sampai masuk paper tau. Tu yang aku seram tu.
Pembantu rumah aku dulu kalau mintak aku ambikkan barang dalam bilik (masa tu dia kat bawah), aku takut nak naik sorang, bukan main marah dia.
"Mana ada hantu kat dunia ni!".
Tapi kalau aku main getah sampai senja tak balik-balik, nanti dia ugut "Biar dia. Nanti hantu datang ambik dia bawak tempat lain".
Eh wujud pulak hantu, eh?
Tadi kata takde hantu dalam dunia.
Hantu yang bawa batu nisan dari rumah ke rumah, aku tak sure adakah ini se-spesis hantu kom-kom?
Dulu aku hafal tau kronologi hantu batu nisan ni.
Something related dengan menuntut ilmu salah.
Katanya disebabkan pantang-larang tu dia langgar, maka dia kena hisap darah budak-budak 44 orang dalam masa 44 hari.
Dia tak dapat fulfill syarat tu, maka dia menjadi hantu batu nisan.
Aku pun tak paham apa kaitannya nak bawa batu nisan.
Hantu ni kononnya masa tu dah sampai kat kawasan flat Fasa 4 kat Bandar Baru Bangi.
Aku kat Fasa 3 nokkk. Mau tak seram?
Konon hantu ni kendong baby berjalan dari satu rumah ke satu rumah.
Dia mengadu susah takde duit nak beli susu.
Ayat dia, "Saya susah, encik. Anak saya dah 5 hari tak minum susu. Dah kurus keras badannya. Tengoklah kalau encik tak percaya".
Bila bukak kain tutup, rupanya batu nisan.
Masa dulu cerita ni menakutkanlah bila dengar.
Nak-nak lagi bila dia kata dah sampai Fasa 4 tu, kan.
Tapi bila pikir-pikir balik, apesal tak sumbat je anak tu dengan susu tetek kau?
Yang nak mintak susu kat rumah orang dah kenapa.
Lain la kalau kau cakap "Kesiankanlah anak saya dah 5 hari tak minum Milo".
Haaa, itu baru lojik ketuk pintu rumah orang [wahhh kemain eksyen Diana bercakap sekarang. Kalau kena kat kau dulu, patblas kali bangun pitam bangun pitam].