2022-02-13

Movie review


Ok dah lama tak review cerita, kan? Sebenarnya aku ada tengok macam-macam cerita (India) dah sepanjang PKP3.0 yang lepas.
Guys, aku berjaya MENAMILKAN minat En Wan.
Dia sekarang yang lebih-lebih layan segala macam movie India.
Now, dia tengok cerita omputih semua dia kata tak best.
Haaa, baru kau tau penangan cerita India, kan. Especially South India movies.
 

1. Jai Bhim (2021) | Tamil | Rating IMDB 9.5/10


True story, based on a true incident in 1993.
Kisah tentang Hakim Mahkamah Tinggi Madras dan bekas peguam bernama K. Chandru, yang berdepan dengan legal battle untuk bring justice seorang wanita puak Irular.
Filem ini berkisarkan tentang berat sebelah polis terhadap komuniti minority.

Punca kepada the whole kes ni remeh je.
Seorang lelaki ni bekerja di ladang seorang family kasta atasan, sebagai pest controller (tukang tangkap tikus and ular di ladang).
Lelaki ni dari puak minoriti kasta rendah iaitu puak Irular.
One day, rumah tokey ladang dimasuk ular.
Ular masuk menyelinap dalam bilik tokey tu.
So this guy dipanggil untuk tolong tangkap ular.
Sekali, esoknya rumah tokey ni kena rompak.
Barang kemas bini dalam almari hilang.
Jadi, the guy yang tangkap ular tu dituduh sebab masa dia check ular dalam bilik, dah tentu almari semua dia yang bukak.
Jadi, dia ditangkap.

Biasalahkan, polis nak kerja senang, dia bukannya pi selidik tentang barang yang hilang tapi pi belasah that guy untuk mengaku salah.
One day, lelaki yang ditangkap tu dikatakan dah lari dari lokap.
Bini laki ni tak sedap hati. Macam fishy.

Dalam scene yang lain, ada seorang guru yang mengajar puak Irular membaca dan menulis.
Guru ni kerja kat kampung tu. Jadi dia kenallah keluarga lelaki yang kena tangkap ni.
So dia bawa keluarga tu pi jumpa seorang lawyer yang terkenal memperjuangkan kes untuk komuniti terpinggir.
Lawyer ni nama Chandru (lakonan Surya yang hensem).
Chandru berminat ambil kes ni.

Masa soal jawab dalam mahkamah, majikan lelaki tu kata that lelaki ada call dia bagitau dia lari dari lokap nak menuju ke Kerala.
Tapi, guru yang mengajar puak Irular tu cakap tak lojik lelaki tu pandai buat call sebab lelaki tu buta huruf.
Selidik punya selidik rupanya polis yang terlibat membantai lelaki tu masa kat lokap, tiru suara dan buat panggilan palsu kat majikan lelaki tu.
Lepas buat siatan berminggu-minggu (yang ni nanti korang tengok sendiri jalan cerita siasatanya), dorang dapati dikatakan ada satu mayat tersadai tepi jalan, tidak ada identiti.
Dikatakan kes langgar lari.
Mayat tu dijumpai sehari selepas lelaki tu dikatakan lari dari lokap.
Chandru minta patologist buat post-mortem kat mayat.
Punca kematian adalah kerana patah tulang rusuk, boleh jadi sebab kena langgar kereta.

Terlampau banyak sangat penipuan polis dalam cerita ni.
Yang aku pelik tu kan, gigih pulak kau merancang plot untuk buktikan lelaki tu bersalah.
Padahal kalau kegigihan tu kau channel pada mencari bukti dah tentu kes ni selesai dengan baik.
Tapi sebab kau malas, nak kerja senang, makan suap, kan. Masaklah jawabnya.
Silap langkah kena pulak dengan peguam yang power, jenis bijak.
Memang dia korek sampai ke lubang cacing cari bukti.

Takkan aku nak cerita sampai habis, kan.
Rugilah kalau tak tengok rating 9.5 ni oii.
Pegi tengok sendiri. Best! Yang penting, hero hensem.
Filem Jai Bhim ni bukan filem India yang paling tinggi rating tau.
Ada satu filem tinggi dari ni, namanya Peranbu. Tentang anak OKU.
Tapi cerita dia heavy dan slow.
Walau ratingnya tinggi sekali, aku malas nak review sebab lemah gemalai sangat kisahnya.


2. Soorarai Pottru (2020) | Tamil | Rating IMDB 9.0/10


Another movie lakonan Surya yang hensem.
Dalam Jai Bhim takdelah hensem mana, tapi dalam Soorarai Pottru agak terserlah kehenseman beliau sebab dalam cerita ni dia macho.
Filem ini sebahagiannya diilhamkan dari kisah pengasas Simplifly Deccan, iaitu G. R. Gopinath.
Deccan adalah syarikat penerbangan tambah murah ala-ala Air Asia.
Tapi dalam cerita ni namanya diubah kepada Maara.

Maara ni bekas kapten Tentera Udara India yang bercita-cita nak buka syarikat penerbangan tambang rendah.
Ada kisah kenapa dia nak buka airlines ni.
Puncanya, masa dia join tentera dulu, bapak dia sakit.
Waktu tu dia cuba nak book flight ticket tapi takde duit.
Kat airport dia minta bantuan orang ramai untuk belikan dia tiket tapi takde siapa layan.
Ye lah, dulu tahun 90an mana ada tiket flight yang murah.
Part ni merembes aku. Sedih dia ke sana sini minta orang belikan dia tiket.
Tak sempat juga dia tengok bapak dia meninggal.
Sampai rumah, funeral dah selesai pun.
Inilah reason kenapa dia nak buka airlines tu.

Masalahnya sekarang, duit.
Mana nak cekau duit pinjaman bukak business mega macam ni.
Mohon pinjaman tak lepas.
One day dia naik kapal terbang kat business class sebab owner sebuah syarikat penerbangan ada dalam tu, namanya Paresh. Dia ambik peluang nak bincang dengan Paresh supaya JV dengan dia bukak low-cost carrier. Mana maunyaaaaa. Orang dah kaya, mana nak JV dengan orang biasa-biasa. Dalam flight tu ada sorang ketua firma kapitalis. Dia dengar perbualan Maara and Paresh, so dia minta Maara datang opis buat proposal and present kat board members. First plane dia dapat beli dengan cara pajakan. Tapi lesen tak lulus pulak. Jenuhlah dia jumpa sana sini nak bagi lulus lesen. Maara ada sorang kawan kat kampung yang sangat percaya pada usaha dia.
Kawan dia kumpulkan orang kampung untuk derma sebanyak yang boleh supaya syarikat low-csot carrier ni dapat jadi juga.

Bijak juga Maara ni.
Dia tahu yang nak naik low-cost ni mestilah orang-orang yang susah.
Orang susah mana pernah atau tak berani nak pi beli kat airport (tahun 90an tiket beli kat kaunter ya, anak-anak. Takde jual kat internet lagi).
Jadi, Maara jual tiket flight kat stesen kereta api dan petrol station.
Maara kan ex-tentera udara, jadi pilot syarikat dia semua dia ambil dari bekas tentera udara yang dah bersara.
Bini dia pulak ada food business, jadi bini dia sebagai orang yang uruskan katering dalam flight.

Masa hari first day operation, sorang pun takde naik flight. Takde siapa beli.
Masa ni dia sedih sangat.
Rupanya, bukan takde orang beli, tapi ada technical glitch.
Komputer tak dapat sahkan pembelian. Padahal tiket sold out!
Tapi, ada a few flights dari tempat lain semua fully booked.

Sedih gila cerita ni.
Menangis aku tengok ending dia bila dia tunggu flight dari daerah kampung dia sampai airport.
Dalam tu semua orang kampung, termasuk mak dia naik.
Mak dia turun flight dengan bawak gambar ayah dia.
Merembes-rembes aku dengan En Wan tengok part ni.
Sumpah best! Korang tengoklah.


3. Drishyam 2 (2021) | Malayalam | Rating IMDB: 8.9/10


Siapa pernah tengok Drishyam 1, silakan tengok yang 2 ni.
Tapi aku rasa mesti kebanyakan korang tengok Hindi version, kan? Yang Ajay Devgan version.
Sebab kat Netflix version Hindi je ada.
Cerita ni asalnya adalah Malayalam version. Pelakon utamannya Mohanlal.
Untuk yang Drishyam 2 belum ada versi Ajay Devgan lagi, maybe in the making kot.
Tapi kalau tengok version Mohanlal pun ok.

Dalam part 2 ni, rupanya pada malam Mohanlal tanam mayat budak laki tu kat tapak balai polis, ada sorang banduan tengah larikan diri dari pihak polis selepas bunuh abang iparnya.
This banduan menyorok berhampiran tapak balai tu, jadi dia nampak Mohanlal usung mayat.
Kisah ni habis kat situ sebab lepas tu lelaki yang menyorok tu kena tangkap and dipenjarakan 6 tahun.
Dalam tempoh 6 tahun, Mohanlal and famili dapat hidup macam biasa. Dah takde rasa takut-takut lagi.
Mohanlal pun dah ada cinema sendiri (dia kan suka tengok movie dulu).
Dalam tempoh 6 tahun tu, dia sentiasa berhubung dengan sorang penulis skrip terkenal, untuk develop the screenplay.
At the same time, sepanjang tempoh 6 tahun ni, polis dimalukan sebab masih tak dapat decipher the truth di sebalik pembunuhan budak laki tu (yang mayatnya Mohanlal tanam).

Keluarga Mohanlal berjiran dengan sorang couple.
Isteri Mohanlal baik dengan isteri jiran ni. Tapi suaminya pemabuk.
Jadi, selalulah isterinya kena pukul.
Dalam pada luah-meluahkan cerita, isteri Mohanlal tercerita tentang kes kematian budak laki tu.
Rupanya jiran dorang ni polis yang menyamar.
Selama 6 tahun tu dorang menyamar sebab nak cari bukti keluarga Mohanlal terlibat dalam pembunuhan tu.

Tak lama lepas tu, banduan yang nampak Mohanlal usung mayat tu dibebaskankan.
Bila balik ke kampung, dia terperasankan Mohanlal and teringatkan kes malam tu.
Jadi, dia cerita kat polis.
Berbekalkan maklumat tu, polis mula gali balai, pecahkan lantai and jumpa rangka manusia.
Rupanya masa proses menggali tu, Mohanlal nampak dari CCTV yang dipasang kat opisnya.
Memang dia well-prepared.
Dia tau one day orang akan jumpa rangka tu jadi dia dah pasang siap-siap CCTV supaya dia boleh monitor apa jadi dalam bilik yang ada mayat tu.
Polis terus tangkap Mohanlal untuk soal siasat dan dibicarakan.

Ingat tak awal tadi aku cakap sepanjang 6 tahun tu Mohanlal selalu berjumpa dengan seseorang untuk uruskan screenplat cinema dia?
This guy bila tahu Mohanlal kena tangkap (sebab kes kena tangkap ni masuk berita), terus gi jumpa polis and lawyer yang mendakwa Mohanlal.
Dalam perjumpaan tu, dia bagitau dorang telahpun siapkan skrip untuk satu filem jenayah berasarkan kes pembunuhan budak laki tu (yang Mohanlal tanam).
Dan sebuah novel tentang kisah tu pun dah dijual, bertajuk Drishyam.
So, kat sini ada satu kepelikkan.
Sebab, jalan cerita skrip filem dan novel tu adalah SEBIJIK dengan kisah penangkapan Mohanlal.
Bijak kan Mohanlal? Dia dah plan apa yang dia bakal buat in the next 6 years dalam bentuk novel.
Jadi, orang yang pernah baca novel tu akan tuduh polis tiru plot novel untuk frame dia!

Dalam masa yang sama, DNA rangka yang dijumpai dalam balai polis berbeza dengan DNA budak laki yang mati 6 tahun lepas.
Jadi, rangka siapa tu? Mana mayat yang Mohanlal tanam?
Silakan tengok sendiri. Belum ada di Netflix. Pandai-pandailah cari.


4. Take Off (2017 | Malayalam | IMDB Rating 8.4/10


Ini based on true event nurse seorang nurse India nama Sameera yang bekerja di Tikrit, Iraq, tahun 2014.
Dia seorang janda anak sorang.
Sebelum pindah, dia berkahwin lagi dengan kawan sekerja.
Dorang kemudian pindah Iraq sama-sama dengan 19 nurse yang lain.
Anak dia tinggalkan dengan ex-husband sebab awal-awalnya keluarga ex-husband yang rebut anak tu dari dia.

Sampai kat Iraq dorang macam pelik apesal ke mana-mana ada tentera.
Lepas tu dorang diescort dengan tentera bersejata bagai.
Barulah dorang realized Iraq tak se-aman seperti yang dikatakan during interview sebelum pergi.
Doctors kat hospital sana dah over-strained dengan kematian yang ramai.
Sameera ni pandai cakap Arab, jadia dia always lead nurses yang lain semasa kerja.
Dalam masa yang sama, dia pregnant.

One day, ex-husband dia ke Iraq untuk bawa anak jumpa dia (sebab cuti skolah).
Tapi rupanya ex dia nak bagi terus anak tu dia jaga.
Masalahlahnya, Iraq kawasan bergolak.
Anak pulak tak tahu yang mak dah kawen lain, ingatkan mak pergi untuk bekerja je.
Bila anak tinggal sekali, husband Sameera ni kenalah keluar dari rumah tu.
Takkan nak tinggal sekali sebab anak dia blom tahu mak dah kawen lain.
Jadi, husband dia offer assistance kat team perubatan tentera yang nak berpindah ke Mosul.
Plannya cuma 2 minggu je dia kat sana.

Nak dijadikan cerita, dalam masa sehari, Mosul jatuh ke tangan ISIS.
Team perubatan husband Sameera ditawan.
Tentera Iraq pulak buat decision berundur dari Mosul.
Jadi, kerajaan Iraq tak berada dalam kedudukan boleh membantu tawanan.
Sameera terpaksa minta bantuan kedutaan India kat sana tapi kerajaan India ada limitations dalam campur tangan.
Tapi bila Tikrit (tempat Sameera bekerja) jatuh ke tangan ISIS, Kedutaan India dah risau sebab semua nurse yang kerja kat situ asal dari India.

In the meantime, team perubatan yang kena tawan kat Mosul ramai kena bunuh.
Suami Sameera masih terselamat.
Untuk selamatkan nyawanya, dia offer diri untuk rawat pasukan ISIS yang tercedera.
Disebabkan Sameera fasih Arab, jadi dia jadi orang perantara untuk Kerajaan India usahakan nak bawak keluar rakyat India dari situ.
Cara dorang bawak keluar ni memang agak berani mati sebab melibatkan penyamaran.
Korang tengoklah cerita ni sampai habis. Tak rugi.


5. Nayattu (2021) | Malayalam | IMDB 8.2/10



Ini kisah tentang polis-polis kena frame.
Ada sorang polis ni nama Praveen. Dia baru berpindah ke satu balai.
Ada satu hari penjahat (Biju) buat hal, kena panggil ke balai.
Bergaduhlah di Biju dengan Praveen.
Tapi tak lama lepas tu Biju dibebaskan dari lokap sebab dia ada pengaruh kat situ.

Satu malam, Praveen and 2 orang polis (Maniyan dan Sunitha) attend wedding.
Dorang agak mabuk (kecuali Sunitha), jadi yang memandu is orang lain.
On the way balik, kenderaan dorang bertembung dengan basikal. Mati penunggang basikal tu.
Pemandu kenderaan takut, larikan diri.
Jadi semua orang ingat polis 3 orang ni memandu dalam keadaan mabuk sampai langgar orang.
Biju and the gang mengamuk sebab yang mati tu kebetulan kasta yang sama dengan dia.
Tiga-tiga polis ni terpaksa larikan diri sebab gengster ni semua dah mengamuk kat balai.

Kebetulan dah nak pilihanraya, jadi isu ni berbangkitlah.
Wakil rakyat nak jadi menteri, terpaksa la sokong Biju and the gang sebab nakkan undian sebab dalam kampung tu Biju banyak pengaruh.
Polis kat balai tu pun dah jadi geng si Biju dek kerana takut dengan Biju.
Jadi, wakil rakyat kerah semua polis cari 3 orang yang lari ni. Tapi tak jumpa.
Polis terdesak dengan desakan wakil rakyat, dorang buat satu rakaman yang mana kononnya 3 orang ni dah berjaya ditangkap dan diarak masuk ke balai.

Dalam masa yang sama, polis 3 orang yang jadi pelarian tu dah dalam keadaan yang sangat stress sebab terpaksa jadi pelarian sedangkan dorang tak bersalah.
Salah sorangnya bunuh diri secara menggantung diri.
Sebelum dia mati, dia buat video pengakuan tentang apa yang terjadi.
Video tu somehow tersebar (aku pun dah lupa part ni).
Disebabkan polis dah buat rakaman palsu konon-konon 3 polis tu dah kena tangkap, wakil rakyat benganglah sebab tarnish nama dia sebab dia dah beria berucap bagitau 3 polis dah kena tangkap sebelum tu.
Akhirnya 2 orang polis yang larikan diri tu berjaya ditangkap dan dibawa ke balai bersama-sama mayat kawan dia yang gantung diri tu.

Bijaknya polis-polis kat balai tu memutar-belit cerita, dorang buat kenyataan yang tiga-tiga tu memang dah ditangkap awal.
Tapi, salah sorang menggantung diri dalam tahanan katanya.
Polis yang 2 orang tu dipaksa untuk bersetuju dengan kenyataan tadi.
Sebagai upahnya, dorang akan terselamat dari didakwa atas kes langgar lari.

Cerita ni sebenarnya takde kesudahan yang pasti sebab last-last dua polis ni dibawa dalam van untuk ke mahkamah.
Jadi tak pasti samada di mahkamah tu dorang mengaku salah atau tak.
Dorang berbelah-bagi nak buat decision sebab terasa betray kawan sendiri.


6. Bhaag Milkha Bhaag (2013) | Hindi | IMDB Rating 8.2/10



Kenal Farhan Akhtar? Tak kenal? LEMAHHHH.
Farhan Akhtar adalah hero dalam cerita ni.
Cerita ni aku tengok sebelum Covid wujud, tapi aku belum buat review lagi.
Aku baru teringat nak buat review selepas the legendary Milka Singh mati last year due to Covid-19.
  
Ini movie biographical sports.
Kisah berdasarkan kehidupan Milkha Singh, atlet India dan Olympian yang jadi juara Sukan Komanwel dan dua kali juara Sukan Asia.
Plot movie ni dimulakan dengan Milka tengah berlari kat sukam Olimpik Rome tahun 1960.
Tengah-tengah berlari tu dia teringat memori masa kecik, yang menyebabkan larian dia terganggu.
Dan disebabkan itu dia tak menang medal di sukan Olimpik tu hingga menyebabkan dia bersara.

Memori yang dia terbayang tu masa dia berlari selamatkan diri masa India berpecah dua India-Pakistan.
Masa ni berlaku keganasan agama yang mana parents dia dibunuh secara beramai-ramai.
Milka terselamat dan membesar dalam keadaan sangat miskin.
Disebabkan kemiskinan, dia join tentera.
Dalam tentera, setiap kali training, 10 pelari terbaik akan dapat makan susu and 2 biji telur.
Milka selalu menang berlari. Akhirnya dia dipilih untuk join atlet sukan tentera.

Dalam tempoh dia jadi atlet tu, banyak competition yang dia menang.
Walau macamana pun, ketika tu dia belum lagi jadi pelari terpantas sebab ada sorang pelari terpantas Asia yang berasal dari Pakistan, namanya Abdul Khaliq.
Dia tak berpeluang nak lawan Abdul Khaliq sebab dia bersara awal bila kecewa kalah di Rome.
Tapi satu hari sempena apa ntah, sempena hari Pakistan kot, Perdana Menteri Pakistan ajak India buat friendly race, and he purposely nak tengok Milka bertanding depan mata.
Milka kan ada bad memories dengan Pakistan, dia refuse untuk join race tu.
Trauma semasa kecik terpaksa tinggalkan rumah kat Pakistan (ketika itu India) sebab perang agama (dia kan Sikh), membuatkan dia tak nak jejak Pakistan lagi.
Tapi lepas dipujuk, dia join.

Di Pakistan, dia cari balik tapak rumah dia dulu.
Rupanya kampung dia masih wujud dan salah sorang kawan masa kecil, still hidup.
Di kampung tu, rupanya semua bercakap tentang Milka sejak dia famous di India.
Happylah dia kampung tu wujud lagi.
Akhirnya dia bersedia untuk race dengan Pakistan.
Dipendekkan cerita, Milka menang dan Perdana Mentari Pakistan bagi gelaran "The Flying Sikh".
Gelaran tu kekal sampai dia mati. Dia baru je mati last year due to Covid.
Mati selang 2-3 hari selepas isterinya mati, also due to Covid-19.
Covid is real guys [sempat iklan khidmat masyarakat].


7. Shyam Singha Roy (2021) | Telugu | IMDB Rating 8.0/10



Cerita ni ada kat Netflix, baru release.
Memandangkan aku follow IG Nani (hero), dari tahun lepas dah membuak-buak nak tengok cerita ni.
Banyak juga filem Nani yang aku dah layan, antaranya:

HIT (tengok kat Netflix, belum review)
V (tengok kat Astro 201, belum review)
Gentleman (tengok kat Astro 201, belum review)
Jersey (kawan bagi file, dah review)
Gang Leader (kawan bagi file, dah review)
Ninnu Kori (kawan bagi file, belum review)
Devada (kawan bagi file, belum review)

Banyak lagi filem Nani, tapi aku tengok yang rating at least 7.0 dan ke atas.
Mana-mana movie yang rating bawah dari tu aku malas layan, buang masa.
Melainkan ada faktor lain seperti hero hensem, atau pelakonnya Prabhas. Gitu.

Shyam Singha Roy adalah filem ketiga dari Nani yang aku nak review.
Cerita tentang Vasu (Nani), seorang filem director.
Untuk menarik perhatian film producer, Vasu mula buat filem pendek bajet murah.
Dia invite seorang graduan psikologi nama Keerthi untuk berlakon short movie dia.
One day, masa shooting, ada a few budak-budak jahat harass Keerthi.
Vasu bergaduh dengan budak-budak jahat ni.
Dalam pergaduhan tu, salah sorang pukul kepala Vasu, darah pun keluar kat telinga.
Serentak tu, Vasu dapat gangguan psikologi yang menampakkannya dia dalam personaliti yang berbeza.
Selepas hari tu, setiap kali telinga dia keluar darah, dia akan dapat gangguan psikologi dengan penampakkan personalitinya yang berbeza.

Setahun selepas tu, Vasu release satu filem yang box-office.
Vasu di-offer untuk buat remake cerita tu dalam Hindi.
Semasa press conference, dia ditahan atas tuduhan langgar hak cipta novel.
Cerita yang box-office tu dikatakan hasil plagiat sebuah buku yang released 50 tahun lepas.
Dia dikatakan plagiat novel tulisan Shyam Singha Roy.

Kat mahkamah, Vasu tak mengaku salah walaupun ada bukti skrip yang ditulis sebijik-sebijik dari novel.
Peguam dia minta buat polygraph test dan dia lulus ujian tu.
Maknanya dia tak menipu tapi polygraph test tak diterima di mahkamah.
Tapi memandangkan test tu lulus, hakim ada budi bicara lepaskan dia tanpa jaminan tapi dalam masa 3 hari kena bagi bukti yang dia tak salah.

Atas cadangan Keerthi, Vasu buat clinical hypnosis with the help of pensyarah psikologi Keerthi.
Dalam clinical hypnosis tu, ternyata dia adalah kelahiram semula Shyam Singha Roy.
Ok aku nak cerita sampai sini je. Sebab sebahagian besar cerita ni adalah kisah Shyam Singha Roy semasa Vasu di-hipnosis.
Tak mau cerita sebab nanti hilang thrill.
Aku cuma boleh cakap aku tengok cerita ni 2 kali 2 hari berturut-turut dan setiap kali tengok, aku menangis.
Best gila weiii! En Wan pun kata cerita ni best gila.
Merembes weiii, merembessss!!! Tengok kat Netflix now!


8. Operation Java (2021) | Malayalam | IMDB Rating 8.2/10



Pelakon semua muka macam penebar roti canai kat Berkath Maju.
Takde sorang wajah seorang hero, tetapiiiii cerita best!
Kisah penyiasatan yang dijalankan oleh polis tentang jenayah cyber.
Ini based on real-life cases, siasatan dari balai polis Cochin dalam tempoh setahun setengah menangani jenayah cyber dengan bantuan 2 orang graduan computer engineering sebagai intern di balai polis.

Kes-kes yang dorang berjaya selesaikan antaranya cetak rompak filem, job fraud, dan kes bunuh.
Yang menyampah tu, graduan ni tak dibayar upah pun.
Tapi kerja dorang tip top.
Malaysia kena tengok cerita ni sebab cerita ni tunjuk sisi gelap teknologi maklumat.
At the same time cerita ni tunjuk the struggles budak-buda intern and pekerja sementara yang work hard tapi tak dapat proper recognition atau gaji.
Cerita ni gabungan beberapa kes jenayah cyber jadi korang tengoklah sendiri.
Tak banyak aku boleh ceritakan sebab cerita dia dari satu kes ke satu kes yang lain.
Dan semua kes-kes tu adalah kes cyber yang biasa di Malaysia juga.
Yang best kat movie ni adalah cara 2 student engineering tu bantu settlekan kes, mengikut kepakaran dorang.
Aku boleh kata cerita ni macam takde orang war-warkan sangat.
Maybe sebab hero tak terkenal lansung.


p/s : aku review 8 dulu ya. Ada kali 48 filem bakal direview. Gituuu.

2022-02-12

The Delicious Project


Ingat tak 2-3 hari lepas aku ada tulis kat sini yang aku ada buat projek dengan salah sorang peserta Retort Technology Training tahun 2020 yang lepas? 
Kami come out with first product iaitu Rempah Ayam Perap 👩🏻‍🍳. 

Bab manufacturing, partner aku yang handle because dah tentu-tentu dia ada kelengkapan yang cukup.
Orang dah biasa buat food pruduction, kan.
Aku ni apa je la yang ada, kuali pun tak cukup.
Aku membagi input bab food processing saja macam method yang sesuai supaya peppery flavor tu kekal, and how to control moisture supaya shelf life lebih panjang and pre-treatment of raw material. Alhamdulillah, it’s a good collaboration.

So the good news is, The Delicious Project bukan under GreenAard mahupun XZIZ. 
It’s a totally a different project kerana melibatkan kerjasama dengan orang lain. 
Tetapi, commercial-wise aku handle. 

Untuk permulaan ni ada 300 pek.
Yang ni memang sengaja buat 300 untuk orang beli direct.
Sebab selepas ini, semua pembelian diharap dapat dibeli dari agen saja.
Aku takkan menang tangan untuk ambil order sorang.
Dan memandangkan ini project yang berbeza dengan apa yang aku buat sekarang, aku tak boleh bagi staff aku handle this.
Menjeling En Wan karang.

Jadi, untuk permulaan, boleh beli direct dengan aku. 
Sila cuba rempah ni. Ada sentuhan aku dalam rempah ini. Gitewww.
Kemudian, dah habis 300 pek ni, insyallah semua pembelian seterusnya melalui agen.
Maka, sesiapa yang dah beli rempah ni (aku dah start jual di IGS semalam), dialu-alukan jadi agen terus.
Kami memang tidak merancang untuk jual secara direct.

Macamana nak guna rempah ni? 
Sangat senang. Ambil 1 sudu, gaul pada ayam.
Ikan pun aku belasah. Sedap je. 
Dah gaul dan perap seketika, kemudian goreng. Done. 
Tak perlu garam apa semua. Dah sedap.

Ini contoh aku guna dengan ikan. 
Rempah ni once dah bukak, masukkan dalam bekas kedap udara.
Memang apa-apa rempah pun macam tu, kena simpan dalam kedap udara sebab kena maintain water activity below than 0.87 (Aw).

Kenapa kena below 0.87 Aw?

Kebanyakan makanan ada water activity melebihi 0.95 Aw.
Ini dah consider lembab and bakteria and yis boleh tumbuh.
Memandangkan produk ni in powder form, kita tak boleh retort dia.
Jadi, kena kawal the water activity.
So rempah kitorang ni lebih rendah dari 0.87 Aw, membuatkan ia boleh tahan sampai setahun.
Dengan syarat, once dah bukak, simpan dalam balang kedap udara.

Kalau dengan ayam pun sama, kau gaul je macam ni. 
Pastu biarkan kejap. Aku tak biarkan lama sangat, sebab rempah aku kan, so aku tau la performancenya [wah eksyen kau ya!]. 15 minit dah ok just nice. Nak perap lama pun boleh.
Aku buat hari tu, sambil panas minyak, sambil aku gaul. 
Minyak dalam kuali dah panas, terus leburkan. Sejenis malas nak tunggu. 



See? Kemain gojes lagi ikan aku. 
Ni baru ikan, kalau ayam lagiiiii sedap. 
Harga pengenalan RM10 saja untuk 1 pek (200g). 
Korang beli pastu cuba. Pastu boleh terus jadi agen kalau nak.
Nanti aku tepek nama-nama korang sebagai agen di blog and IGS aku,

Rempah ni senang jual sebab tak perlu techical explanation pun.
Cuma kena pesan dah bukak, simpan dalam balang kedap udara.
Partner aku geleng-geleng kepala tengok aku RnD-kan produk ni.
Selain dari mengetest water activity, aku siap buat bug-test.
Sebab dalam ni ada banyak ingredients.
Some spices can attract bugs.
That's why pastikan simpan dalam balang yang ketat, ok?

Senang sangat guna rempah ni.
Tak payah kalut nak tambah itu ini.
Dah habis lengkap dalam ni rempahnya. Kau tuang, gaul and goreng saja.
Puasa esok benda ni paling senang nak pakai, rempah ni lah.
Try dulu. Tak try tak tau. 

Semalam ada a few yang dari Sabah and Sarawak start beli.
Tapi beli untuk try. Kebanyakkannya terpaksa beli at least 2 packet sebab harga rempah ni murah je, RM10 (harga pengenalan). Harga pos jauh lebih tinggi.
Jadi, kalau yang dari Sabah & Sarawak, ini advantage kalau nak jadi agen.
Sebab kalau sesiapa nak beli 1 paket tak kalut nak pikir harga pos, boleh beli dari korang je.
Lagi satu semalam ada sorang dari Singapore beli.
Yang ni pun aku mintak lepas ni kalau suka, jadi agen terus, senang aku nak direct orang sana beli.
Kesian weh, harga produk lagi murah dari pos.

Aku dah minta izin kat En Wan pinjam staff dia kejap utk accept order rempah ni. 
Ala 300 pek je. Takkan itu nak berkira dengan aku kan 😆. 
Lepas settle 300 ni, kita open untuk agen terus.
Hat agen tu nanti deal direct dengan aku.
Boleh whatsapp 012-7728976 (Intan). KLIK SINI


2022-02-11

Gathering dengan niat berlumba-lumba untuk menonjol.

Ok, ini pendapat peribadi aku, melalui pengalaman.
Memang ada spesis member macam ni.
Tapi selalunya member macam ni takkan jadi kawan rapat akulah.
Kalau buat open house pun aku tak jemput.
Bukan nak cari gaduh tapi malas nak buat baik.
Berselisih, aku tegur. Kalau tak, aku tak cari.

Mengikut pengalaman aku dengan 2-3 orang spesis macam ni, dorang ni jenis yang insecure dan tak konfiden dengan diri sendiri.
Dorang men-value diri dengan net worth, bukan self worth.
Dorang menilai sukses berdasarkan material posessions, financial situation and money.
Kalau mampu pakai kereta mewah, baru sukses.
Beli banglo di kawasan elite, baru sukses.
Kerja di company besar, baru sukses.
Spouse hensem atau cantik, baru sukses.
Spouse engineer atau doktor, baru sukses.
Pakai branded stuff from top to toe, baru sukses.
Bawah dari tu, not my levelllll katanya.

Spesis macam ni cenderung memilih kawan.
Dia nak orang nampak dia berada dalam satu level yang berbeza dari orang lain.
Kalau boleh biar dia paling level tinggi antara kawan-kawan skolah/uni.

Ada beza tau orang yang memang biasa duduk level have-have dengan orang yang culture shock.
Orang yang dah biasa atau membesar dengan persekitaran kayangan, pakai T Shirt plain putih and jeans pun kita boleh nampak the karisma and aura.
Beza dengan orang yang kejutan budaya ni.
Dia punya try hard nak bagi orang nampak dia adalah have-have, sangat obvious.
Sebab tu topik “Kau pakai kereta apa sekarang?” suka ditanya oleh spesis-spesis ni.
Dia bukan kisah pun kau pakai kereta apa sebenarnya.
Dia nak kau tanya balik soalan tu, supaya dia boleh bagitau dia pakai Jaguar. Contohhhhh.

Aku setuju post tu kata spesis macam ni berkawan bersyarat.
Orang macam ni dia tak kisah pun dengan kewujudan kau, nak-nak lagi bila kau nampak biasa-biasa je.
Tapi once dia realize kau memiliki sesuatu, atau kau ada apa yang dia rasa benefit kepada dia, barulah dia mengendeng.
Selama ni 2-3 kali terserempak kat gathering, jangan kata nak sembang, nak angkat tangan say Hi pun tak.
Tup tup dia tahu kau adalah somebody, dan-dan tu semua pasal kau dia ambik tahu.
Concern benarlah dia perihal anak kau, laki kau, kerjaya kau.
Tapi ujung-ujung bincang bisnes.
Orang datang gathering nak lepak-lepak, dia sibuk nak promote itu ini.

Ini salah satu contoh orang yang tak konfiden dengan diri sendiri.
Dia rasa macam dah beat achievment kawan-kawan, tapi masih lagi insecure sampai kena tanya “Kau pakai kereta apa?”, “Kau dah sampai US?”, “Rumah kau sekarang rumah ke berapa?”.

Macam tak percaya kan ada orang tanya soalan macam tu?
YES, ADA! Jenis insecure.
Dah ada segalanya pun masih lagi tak tenang.
Masih lagi takut kalau-kalau ada member yang lebih better dari dia.

Sebab apa insecure?
Sebab orang macam ni menilai diri dengan material and possession, bukan self-worth.
Jenis macam ni sampai bila-bila pun tak content.
Tak pernah rasa cukup.
Sibuk nak bersaing dengan orang supaya dia kekal di level yang lebih tinggi.
Masalahnya, ntah sape compete dengan dia ntah.
Kita rilek je jalani hidup.
Dia yang sibuk nak compete dengan kita.
So siapa yang success sekarang ni?
Run your own race la derrr!

Orang yang compete dengan material and belongings, yang compete siapa dah sampai UK dulu, siapa lagi banyak travel overseas tetiap tahun, siapa dapat birthday presents lebih grand dari spouse, siapa yang banyak kali beli new car, siapa yang lebih banyak spend branded stuffs —— one word, KESIAN.
Orang macam ni shallow.
Dia menyangkakan kalau tak ada this and that, maknanya kau tak mampu.
KAYA DAN BERJAYA dalam pemahaman dia adalah bila memiliki sesuatu yang berharga dan benda tu orang boleh nampak.
Kalau benda tu public tak nampak, consider kau takde. Haa gitu.

Selalunya orang yang feeling ni, hidupnya semasa kecil biasa-biasa je.
Mak bapaknya pun kerja biasa-biasa je.
Tiba dah besar ni dapat merasa mewah terus feeling kayangan.
Tu yang tak tentu arah nak compete dengan kawan-kawan tu.
Eh hello! Orang kalau memang keturunan have-have, kawan-kawan skolahnya, kawan-kawannya Uni semua jenis have-have juga tau. Selalunya gitulah.
Kalau kawan-kawan kau sekarang je yang have-have, manakala kawan sekolah kau biasa-biasa, kawan Uni pun biasa-biasa, chances are kau pun asalnya biasa-biasa je.
Cuma kau sorang je yang lupa diri sekarang.

Dia pikir dia mampu beli gelang RM8k.
Dia tak pikir Hamba Allah tu beli goldbar 30g sebab tak suka pakai barang kemas.

Dia pikir dia mampu beli iPhone Pro Max sampai RM7k.
Dia tak pikir Hamba Allah tu spend RM9k ambik short course upgrade diri.

Dia pikir dia mampu dinner kat hotel mahal setiap bulan.
Dia tak pikir Hamba Allah tu spend RM800 setiap bulan bagi duit kat mak bapak.

Dia pikir dia mampu pi overseas setiap tahun.
Dia tak pikir Hamba Allah tu punya kenduri open house setiap tahun sama banyak dengan kos holiday dia.

Seriously masih ada mentaliti memandang sukses pada material?
Mentaliti tabur duit baru berjaya.
Mentaliti bergambar dengan Merz baru berjaya.
Mentaliti pakai tudung harga RM800 baru berjaya.
Mentaliti libas henbeg Chanel baru berjaya.
Halah halahhhh. Itu semua material, sayang.
Material ni benda boleh beli. Antara nak dengan taknak je.
Jangan pukul rata yang takde tu tak mampu.
Kau tak tau Hamba Allah yang nampak biasa-biasa tu, akaun ASB 1 and 2 dia dah FULL!

Lagi satu, bangsa pi gathering nak compete siapa paling gorjes.
Pelik. Sumpah pelik.
Look, dulu masa korang sama-sama belajar, sama-sama selekeh, sama-sama harap duit loan masuk baru boleh shopping —— boleh pulak korang ber-sisterhood, kan?
Dulu first outing dengan pakwe, member-member bersatu hati siapkan si makwe biar gojes.
Takde baju, dibagi pinjam baju.
Takde cekak “Ni pakai cekak aku”.
Siap semburkan perfume nak bagi member extra wangi.
Now, jumpa setahun sekali compete siapa paling cantik? Bladihel. Aku bagi kaki baru tau.

Lagi satu jenis yang asal jumpa je “Gemuk kau sekarang eh?”.

Gemuk aku je kau nampak?
Muka kau yang tua tu kau tak nampak?
Kedut 3 lapis kat tepi mata kau tu kau tak nampak?
Seb baik pakai tudung, kalau tak, aku kira uban kau kat situ jugak.


2022-02-10

Konfiden




Kebetulan pulak aku baru lepas membrain-wash En Wan pasal konfiden.
Kisahnya, hari ni dia kena bagi ucapan kat skolah Rayyan sempena Hari Kanak-Kanak.
Dia punya gelabah kena baca teks, dah 2 hari aku tengok dia bercakap sorang-sorang 😆.
Tak, masalahnya bukan suruh kau berpidato atau berdebat kat depan tu.
Suruh baca teks je kot.
Baca je lah, yang nak prektis beria-ia dah kenapa.

Ini sebenarnya ada kaitan dengan percaya diri.
En Wan ni kalau tengokkan academic achievement dia, memang boleh pergi jauh.
Tapi dia banyak menolak peluang sebenarnya.
Salah satu penyebab terbesar adalah kerana dia segan dengan bunyi Tganu yang pekat takleh ubah tu.
Aku pun pelik apesal dia kalau bercakap bunyi Tganu pekat betul.
Ameng Spring tu helok je aku tengok bercakap takde bunyi Tganu.
En Wan ni kalau takde nama WAN kat pangkal tu pun orang boleh tahu dia orang Tganu.
Pekat gila tak campur air. Hahahaha.

Disebabkan 'kekurangan' tu, dia banyak tolak peluang.
Ini pun ntah macamana dia boleh terpilih jadi NYDP.
Sesi 2022/23 depan ni, dah ada ura-ura nak pilih dia sebagai YDP pulak (sebab anak YDP sekarang akan tamat Darjah 6 tak lama lagi).
Dia dah risau. Siang-siang nak tolak offer.
Aku cakap kat dia, dia perlu yakin diri.
Kalau orang yakin dengan dia, kenapa dia tak yakin dengan diri dia sendiri?

Dalam banyak keadaan, kita jadi kurang konfiden kerana kurang menguasai sesuatu.
Contoh, kalau sesekali bercakap depan orang ramai, mesti gelabah. 
Padahal ada point nak cakap, tapi dek kerana benda jarang buat, terus jadi tak konfiden.
Jadi, nak datang konfiden kena kuasai apa yang patut kita kuasai terlebih dulu.
Masa aku Form 1 dulu, ada sorang cikgu melayu mengajar bahasa inggeris.
Cikgu tu bila masuk kelas, muka cuak. Bercakap pun gugup.
Memang ketara sangat.
Rupanya cikgu tu pun baru jadi cikgu.
Walaupun dia ada ilmu, ada ijazah, tetapi kerana belum biasa menguasai position sebagai cikgu, dia agak kurang konfiden.
Alhamdulillah cikgu tu kekal di skolah aku sampai aku Form 5. 
Helok je aku tengok konfiden je dia mengajar lepas tu.

Salah satu punca orang hilang konfiden adalah kerana terlalu memperbesarkan kekurangan diri sendiri.
Memang kita kena sedar diri, kena tahu di mana kekurangan kita.
Tetapi at the same time, kita kena tahu di mana kelebihan kita.
Kalau kelebihan yang kita ada lebih besar dari kekurangan, fokuslah pada kelebihan.
Macam En Wan ni, dia segan bila bercakap ada bunyi Tganu.
Tak, sekarang ni berapa kali setahun kau kena berucap depan orang? Hari-hari ke? Tak, kan?
Habis kuat setahun 2 kali je.
Selebihnya, orang nak melihat idea kita dan cara kita berkerja.
Itu strength yang kita ada.
Ada orang cakap je lebih, bila buat kerja terkibai-kibai.
Orang macam ni nak lead PIBG? Tak function lah jawabnya.

Minta maaf kalau aku tulis ni.
Selalunya, orang yang kurang konfiden ni, dia ada unhappy childhood memories.
Sebahagian besarnya kerana parents yang bersifat kritikal.

Parents yang selalu membandingkan anaknya dengan anak orang lain.
"Cuba tengok anak Cik Yah tu, rajin tolong mak, belajar pun pandai".

Parents yang nak dia jadi someone yang dia tak mahu.
"Esok besar mummy nak Kak Long jadi doktor macam anak kawan mummy. Besar gajinya".

Parents yang tak beri anak membuat pilihan.
"Kasut apa yang kau pilih ni? Tak mau, ibu dah pilih yang ni. Beli ni je".

Jenis parents yang extremely critical boleh mempengaruhi confidence level anak-anak.
Walaupun anak tu nanti dah berjaya achieve banyak achievements, si anak tetap merasa tak cukup kerana dia hanya mahu be THE BEST, bukan second best.
Dah dapat 1st class pun tak puas lagi sebab tak dapat jadi graduan terbaik. Faham tak cakap aku?

Mak bapak jenis ni adalah mak bapak yang impian semasa kecilnya tak terpenuhi, and now dia pengaruh anak supaya memenuhi impian dia.
This is sick.

Tak salah aku, aku pernah tulis hal-hal ni dulu di blog.
Dan banyak dapat respond dari pembaca yang alami childhood trauma macam ni.
Kesannya sampai ke tua.
Semua benda jadi tak berani nak buat sebab terlalu takut terbuat silap.
Lepas tu jadi tak tahu nak buat keputusan.
Akhirnya membontot sampai ke sudah, walaupun terpaksa buat sesuatu yang dia tak suka.
Kena abuse dengan suami pun redha.
Sebab tak reti nak decide apa untuk diri sendiri.
Dan segala-galanya dia menyalahkan diri sendiri.
Suami ada skandal dengan perempuan lain pun, dia salahkan diri sendiri.
Suami jadi biawak kat rumah pun, dia salahkan diri sendiri.
Ipar duai pijak kepala pun dia diam je.
Sebab dia dah jadi tak tahu nak buat decision untuk diri sendiri sebab dah terbiasa hidupnya diatur orang dengan extreme.

Untuk kes sebegini, mangsa kena jadi berani.
Berani buat keputusan untuk ubah diri.
Kalau rasa tak boleh dan pasrah hidup begitu, maka hadap sajalah. Tak payah nak mengeluh.
Tapi kalau tak tahan, takde siapa boleh ubah kita melainkan kita sendiri.

Ada juga penyebabnya akibat dari poor academic performance.
Akibat cikgu buat tak pandang kat dia sebab exam tak excellent, akhirnya dia jadi tersangat rendah diri dan menjauhi semua kawan-kawan yang lain.
Padahal sekarang dah ada PhD.
Walau dah ada PhD, tetap mengelakkan diri dari jumpa kawan-kawan lain.
Dia masih lagi rasa "Ala, aku segan. Korang semua geng pandai-pandai".
Aku macam...kau ni dah kenapa?
Kita semua dah 40an, ada lagi ke yang nak bertanya "Kau SPM dulu dapat berapa?".
That shows how severe impak dikritik dan dikondem.
Bukan semua orang ada semangat yang kuat.
Bukan semua orang ada ketabahan yang tinggi.
Silap kondem orang, merana Hamba Allah tu seumur hidup.

Ingat tak dulu zaman sebelum Covid, kalau hujung tahun je ada Kluster Butthurt Parents yang kondem majlis anugerah kecemerlangan.
Katanya tak perlu raikan mereka yang cemerlang.
Tak patut announce those yang dapat straight As.
Kerana kecik hati mereka yang tak berjaya.
Aku macam...kau ni dulu skolah kat mana?
Dulu masa budak-budak semua enjoy je tengok raptai akhir tahun.
Budak-budak tak pernah bitter pun kawan dapat hadiah.
Sebab dorang pun tahu kawan mana satu yang pandai, mana satu yang tak.
Jadi, kalau ada kawan yang dapat naik pentas, dia tak kisah sebab dia tahu kawan dia tu memang pandai.

Itu adalah salah satu contoh mak bapak yang kurang konfiden.
Mak bapak ni rendah diri kalau anaknya tak berjaya macam anak orang lain.
Bukan apa, takut orang kata dia tak ambik port urusan belajar anak di rumah.
Takut orang kata dia tak pandai sebab tu bakanya tak bijak.
Tu pasal dia pakat bitter sekolah buat anugerah kecemerlangan.
Sekarang bila semua PDPR, masing-masing nampak anak sendiri blaja ke tak blaja, baru senyap.
Helok je pun sekarang skolah buat majlis anugerah kecemerlangan dah takde bunyi dah.
Ada jugalah kebaikan Covid ni.

Anak orang dapat straight As, bitter.
Bila anak orang lain dapat masuk boarding school, bitter.

"Tak dapat masuk asrama takpe, asalkan solat tak tinggal".

Halah halahhh. Ingat yang masuk boarding school tu solat sehari sekali je ke?
Dorang kat asrama tu tiap waktu kena jemaah kat surau.
Tak dibenarkan lansung solat dalam bilik.

Baru-baru ni Redza punya graduation day.
Pagi-pagi maktab dah share buku graduation list pelajar dengan kelas graduation masing-masing.
Ada yang dapat 1st class, 2nd class upper, 2nd class lower.
Siap tulis situ berapa pointer anak masing-masing.
Standardlah kan, zaman kita U pun ada pengkelasan macam ni.
Alhamdulillah, aman-aman je mak bapak congratulate each other.
Takde pun nak bitter bitter, let alone too competitive.
Ni zaman anak-anak. Kita celebrate dorang.
Kalau nak competitive bab academic ni buat time kau sekolah dulu, bukan sekarang baru kau nak compete.
Nak sangat compete, meh sambung blaja dengan course aku kat UPSI tu *tiberrrr*

Lagi satu penyebab hilang rasa yakin pada diri adalah percaya opinion orang lain terhadap diri sendiri.
Jenis yang ambik berat sangat apa orang kata tentang dia.
Samada dia terlalu memikirkan kata-kata orang, atau dia jenis yang tak boleh dikritik lansung.
Look, what do they know about you that you don't know?
Nak pulak dari orang-orang yang kita tak kenal, yang nombor henfon kita pun dia takde.
Orang-orang macam ni dia tak kenal kaulah.
Dia bercakap berdasarkan apa yang dia nampak dari apa yang kau tunjuk saja.

Zaman media sosial ramai orang jadi hilang konfiden sebab inilah.
Terlampau ambil pusing apa orang lain kata.
Jenis yang lagi banyak habiskan masa kat dunia maya berbanding dunia realiti ginilah.
Hidupnya banyak berkisarkan tentang media sosial.
Berkawan pun lagi banyak kat media sosial.
Bersembang pun lagi banyak dengan 'friends' kat media sosial.
Padahal tak pernah berjumpa in realiti.
Bila dorang cakap buruk pasal kau, kau nak depress.
Dah kenapa? Bukan kau kenal dorang pun.

Look, be it online or offline, those people tak hidup dengan kita 24/7.
Dia hanya tahu apa yang kita allow them to know saja.
Kalau kita tak bagitau apa-apa, they don't know what to attack pun.
So whatever you hear about yourself from others, tak perlulah sampai sakit-sakit kepala memikirkan.
Apa yang dorang cakap tentang kita belum tentu lagi fakta.
Maybe they're just expressing their opinions.
Kita lebih kenal diri sendiri.
Apa juga orang kata tentang kita, nilaikan.
Kalau betul, ubah. Kalau tak betul, abaikan. Simple.

Kadang-kadang, kita kena tengok sama ada kita berada di lingkungan yang betul atau tak.
Berada dalam lingkungan yang salah pun boleh buatkan kita hilang konfiden.
Because some people, hanya kerana dia tak boleh buat, dia akan buat kita percaya yang kita juga tak boleh buat.
Hanya kerana dia gagal, dia tanamkan satu kepercayaan yang semua orang juga pasti gagal.
Check your lingkungan.
Kalau lingkungan kita tak mendorong kita jadi lebih baik, tinggalkan.
Bukan suruh putuskan silaturrahim, tapi carilah lingkungan yang baru.

"Kalau keluarga sendiri yang toksik?"

Carilah jalan untuk duduk asing jika itu lebih baik.
MOVE, YOU ARE NOT A TREE.


2022-02-09

Never stop learning because life never stops teaching.


Banyak rupanya benda yang aku nak tulis tapi tak berkesempatan.
Tidaklah busy sangat, cuma kena bagi priority kat perkara lain.
Bak kata omputih, no one is too busy, it's just a matter of priority.
  
Ramai yang minta aku blog pasal trip sehari semalam ke Langkawi baru-baru ni.
Ya, boleh insyallah.
Tapi aku nak tunaikan dulu hutang post yang lebih awal, permintaan orang juga.
Tentang Professional Certificate aku baru-baru ni.

Journey 1 tahun 8 bulan akhirnya tamat minggu lepas. Alhamdulillah.
En Wan paling lega kot.
Selama ni bertahan mengadap karenah aku yang lagi banyak mengadap laptop dari mengadap muka dia.
Kebetulan pulak dalam tempoh setahun lapan bulan tu juga aku menyusun syllabus Program Diploma UPSI.
Dan dalam masa yang sama start RnD 2 produk - one is Delicate Fine Wash (dah released) dan another produk usahasama dengan seorang pengusaha makanan yang join program retort aku tahun 2020 lepas.
Hat ni insyallah minggu depan aku release.
Nanti aku cerita kendian.

Boleh dikatakan setahun lapan bulan yang lepas agak hectic.
Aku tak jangka akan berlaku banyak perkara serentak.
Masa mendaftar course dengan WUR bulan May 2020, ingatkan dapat belajar dengan tenang-tenang.
Maklumlah masa kita baru start PKP1.0.
Aku membayangkan just nice lah waktu-waktu 'senyap' macam ni untuk belajar.
Sekali, proposal diploma UPSI lulus senat.
Maknanya aku dah kena start susun syllabus dan prepare modul.

Imagine, aku perlu study, buat case study dan hadap exam, at the same time aku kena prepare notes dan soalan exam untuk program di UPSI.
Mengah juga nak mendapatkan rentak tu.
Mujur jugalah program di UPSI tu Food Biotech, memang background aku.
Takdelah menggagau sangat.
Cuma, tak bolehlah buat cincai sebab semua modul and exam questions kena capai standard diploma.

But Allah is Great.
Tak sangka journey dengan WUR sangat membantu aku menyusun syllabus UPSI dengan lebih baik.
Course yang aku ambil di Wageningen University and Research (WUR) tajuknya Food and Nutrition.
Course yang aku buat dengan UPSI pula Food Biotech.
Tak jauh beza, malah, apa yang aku belajar di WUR, aku dapat share terus dalam program diploma. Fresh knowledge!

Case study yang aku buat dengan peers di WUR juga sangat membantu aku perbaiki modul and soalan exam program UPSI.
Aku rasa memang Allah nak bagi program diploma UPSI ni jadi.
Sebab setiap kali prepare notes, setiap kali itulah ada saja topik-topik yang kebetulan dibincangkan oleh lecturer WUR.
Sambil belajar, sambil aku mencatat nota untuk tambah dalam modul UPSI.
Berdesup-desup idea masuk.
Macam Allah nak bagi program UPSI tu jadi jugak.
Boleh jadi juga Allah nak aku kekal termotivasi untuk siapkan modul.
Yelah, kalau takde idea memang jem aku.
Silap-silap stress terus tarik diri 😭.
Alhamdulillah program diploma UPSI dah nak mula intake bulan depan.
Registration pun dah dibuka.

Staff grafik aku pula bantu menterjemahkan semua assignment aku dalam persentation slide yang menarik.
Rasanya kalau semua benda aku nak buat sendiri, lembik.
Sebab course WUR ni full time. XZIZ Biotech pula aku takleh tinggal.
Program UPSI pun nak kena disiapkan.
Kalau semua benda aku nak cover, jadi Kak Limah aku.

Everytime buat presentation case study (dalam bentuk video atau slide), aku siapkan notes kemudian pass kat staff. Nanti dia siapkan slides.
Begitu juga dengan program UPSI.
Setiap modul ada chart, grafik dan videos.
Semua tu aku prepare notes and pass kat staff.
Nanti dah ready dia pass kat aku.
Eloklah pass kat budak grafik, dorang lebih pakar bab-bab ni.
Buat presentation slide tak sampai sehari siap dah.  
Kalau aku buat karang, jangankan masak, silap-silap mandi pun aku postpone.

Kalau aku perlukan more input untuk topic yang aku nak masukkan dalam program UPSI tapi takde masa yang banyak untuk baca jurnal, aku buat satu discussion group dengan peers.
Aku create topic yang relevan, nanti peers akan provide input dalam bentuk essay, siap dengan scientific studies.
Aku scan and extract mana yang penting, masukkan dalam modul diploma.
Fuh, terasa macam bijak betul aku menyusun strategi 😆.

Tak, yang sebenarnya Allah dah susun cantik dah.
Dia bagi semua ni berjalan serentak sebab nak memudahkan kerja.
Mula-mula tu nampak macam "Mampus aku kena buat semua serentak".
Bila dah laluinya, rupanya semua ni saling berkait.
Aku boleh tarik sini masuk situ, tarik situ masuk sini.

"Apa sebabnya awak nak sambung study ni?"

En Wan tanya masa aku nak enroll course ni.

Reason utama adalah kerana aku produce own product yang melibatkan benda makan.
Maka aku perlu update knowledge tentang nutrition studies.
Tak cukup kalau setakat nak membaca je. Mesti nak kena ada cikgunya.
Dan aku nak diuji dengan knowledge assessment (KA) dan performance assessment (PA) oleh pakar.

Reason kedua, aku nak GreenArd produce more product in future.
Oleh sebab itu, aku must learn more about genetic and epigenetic practices in relation to nutrition and cardiometabolic diseases including diet-gene interactions.

Oh sebut pasal diet-gene interaction studies ni, again aku nampak jalan yang Allah atur.
Tak sangka pula dalam course yang aku ambil ni, akan ada topic tentang weight management and penyakit yang melibatkan berat badan.
Banyak pulak case study yang kitorang kena buat untuk topic ni.
Kebetulan aku dah ada produk melibatkan weight, at the same time dah banyak buat notes tentang produk (yang aku selalu tepek kat IGS).
Aku juga ada banyakkkkk testimoni pengguna GC Plus and Nutrijuice.
Agak lancar juga la bab ni, especially buat case study dengan semua information yang sedia ada.
Tinggal nak edit sikit-sikit je.
Alhamdulillah, alhamdulillah.

Personally, kat sini aku nak THANK YOU kepada korang yang sudi share testimoni.
Tak sangka testimoni tu membantu aku dalam course ni.

Reason ketiga, sebab aku nak gain more knowledge supaya aku boleh topup dalam program diploma UPSI.
Ya lah, kita nak produce program untuk budak belajar, tak boleh nak cincai-cincai.
Sekali harung kita nak ajar student, kita belajarlah sekali.
Nak buat program diploma, kena buat betul-betul.
Biar puas student belajar.   
Ini pun CEO MJA kata modil aku buat agak tinggi untuk diploma standard.
'Tinggi' bukan bermaksud susah, tapi banyak knowledge dalam tu.
Takpelah, biar student faham yang faham betul.

Ini screenshot dari Learning Management System untuk program diploma. 
Nota dan assessment semua akan dijalankan di sini.
Yang gambar ni contoh soalan yang aku prepare.
You will not only learn tentang what is food, what is bacteria, what is food diseases, what is food safety, tetapi juga menganalisa kes yang melibatkan makanan.
[Memandangkan soalan ini aku dah bocorkan, kejap lagi aku tukar ke soalan lain].

Dalam program diploma ni aku tak touch banyak dalam food processing.
Hat tu nanti masa Bachelor program, insyallah.
Diploma ni kita bagi topik yang ringan-ringan dulu, tapi padat.

Bagi aku, belajar ni jangan berhentilah.
Ambiklah course apa-apa pun, jangan sampai stop belajar.
Especially founder-founder produk.
Ilmu tentang produk yang kita jual tu kena ambil tahu.
Bila kita tahu apa yang kita jual, lebih banyak manfaat kita boleh bagi dan semakin luas cabang kita boleh pergi.
Aku sendiri tak sangka aku akan jump ke bidang education pula.
Tak rugi invest kat diri sendiri.
 


Boleh register sini: Program Diploma


2022-02-03

Pondan pukul perempuan.


Semalam aku share satu video lelaki tumbuk perempuan semata-mata nak perempuan (bekas isteri) kembali pada dia.
Mujurlah video tu diblurkan.
Kalau tak, memang dah ke dalam mamat tu.
Netizen sure cari sampai dapat punya.
Sesungguhnya kau terselamat, wahai pondan!

Apesal aku panggil Pondan?

Sebab hakikatnya begitulah.
Lelaki yang berani pukul perempuan adalah lelaki yang jadi pondan bila berada di kalangan kawan-kawan lelakinya.
Percayalah cakap aku.
Jantan macam tu hanya berlagak powerful depan perempuan je.
Cuba kau letakkan dia di antara kumpulan lelaki.
Tak payah suruh bergasak dengan lelaki, kau suruh another lelaki tinggikan suara je kat dia, dan-dan tu telur dia tersumbat.
Sumpah tak tipu!

Lelaki jenis macam ni, kalau dengan perempuan wahhh bukan main lagi berlagak gengster.
Sikit-sikit tengking. Sikit-sikit nak bagi penampar.
Cuba kalau dengan lelaki.
Jangankan kata nak tengking, suara pun tersekat kat anak tekak.
Dan-dan tu dia jadi penyabar.
Nampak macam dia mengalah sebab taknak keruhkan keadaan, padahal bacul.

Ada ya jenis lelaki yang kalau perempuan cakap A, dia taknak terima.
Tapi kalau kawan-kawan lelaki dia cakap benda yang sama macam perempuan tu cakap, baru dia terima.
Kalau dengan perempuan, taknak kalah.
Perempuan tak boleh lebih pandai dari dia, let alone nak mengajar dia.
Sentap sangat jadinya.
Tapi, benda yang sama kalau dicakap oleh orang lelaki yang lain, dan-dan "Oh ye ke? Ok terima kasih".
Terus dapat terima kasih kau!

Sorrylah ya, aku memang tak boleh nak bertolak-ansur dengan lelaki macam ni.
Jenis bodoh.
Dahlah bodoh, sombong pulak tu.
Melayan lelaki macam ni sangat penat.
Bukan penat sebab kena bersabar tau, tapi penat sebab dia punya bodoh sombong tu takde kesudahan.
Kau sentiasa kena hadap benda yang sama.
Lama-lama kau realized dengan kau-kau sekali jadi bodoh.

Aku emosi betul tengok video tu.
Nak-nak lagi bila dia dah habis akal nak paksa bekas isteri kembali pada dia, dia tarik anak pulak.
Ini lagi satu perangai musibat.
Ciri-ciri saiko gitulah.
Dia tak dapat apa dia nak, dia akan gunakan apa saja yang ada kaitan dengan hak perempuan tu untuk raih perhatian, supaya perempuan tu nanti takde pilihan lain lalu kembali kepada dia.
Kalau ada anak, dia rampas anak.
Kalau takde anak, dia akan kacau ayah, mak atau adik-beradik si perempuan.
Atau dia akan ganggu kawan-kawan baik si perempuan.
Atau, ganggu kerja perempuan tu.
Semua yang ada kaitan dengan si perempuan dia akan ganggu. Biar semua huru-hara.
Lepas tu nanti dia cakaplah "Biar semua rasa apa yang aku rasa!"
Drama gila.

Ramai yang komen kat video tu, antaranya cakap "Kau buat macam ni, lagilah perempuan tu taknak kat kau!"

Orang-orang yang waras dan akal panjang macam kita memang boleh pikir lojik.
Terang-terang dah tunjuk perangai gengster kampung, mana ada perempuan nak hidup dengan lelaki macam ni?
Tetapi lelaki saiko akalnya pendek, ya adik-adik sekalian.

Yang kelakar tu, lelaki saiko macam ni selalunya dia yang over canang sana sini kisah sedih dia ditinggalkan perempuan.
Konon dia dah buat yang terbaik, dialah yang banyak berkorban, dialah terpaling itu, terpaling ini.
Tup-tup terang-terangan tunjuk kat semua orang dia berkasar, dia pukul, dia tengking perempuan.
Konon nak tunjuk dia kuat, biar semua orang puji "Wow! Untungnya si perempuan. Lelaki tu serious nak kat dia".

Serious tengkorak kau.
Mula-mula canang kisah sedih ditinggalkan, mencanang dia buat segala-galanya, last-last terang-terangan tunjuk gengster depan ex.
Semua orang boleh nampak kau punya drama.
Kalau dah biasa pukul isteri/gf, takkan boleh nak cover dengan mulut manis dan cerita sedih.
Ujung-ujung sendiri yang terbukak pekong sendiri.
Akhirnya terbukti memang kau kaki pukul perempuan.
Dah kalau kaki pukul, lojiklah kena tinnggal.
Nak stay apa lagi.

Semalam aku naikkan gambar ni di FB and IG.
Saja nak tengok pilihan masing-masing.
Ramai yang pilih option 1. Ada juga yang pilih option 2.
Aku berpendapat yang pilih option 2 ni, ex dorang tak sehazab mana.
Yang pilih option 1 tu, haaaaa.
Hanya yang pernah merasa je tahu kenapa rela pilih option 1.

Ada sorang follower ni cakap "Saya pilih je nombor 2. Bukannya saya nak balik kat dia. Nak selamatkan diri je".

Bagus juga idea tu.
Tapi kalau ex sejenis yang tak banyak drama, bolehlah.
Dapat yang drama king, masakkk.

Jenis ex yang drama ni, dia tuntut budi baik dia.
Tak pasal-pasal nanti kau ter-trap balik dalam game dia.
Kalau ex kau sejenis saiko, janganlah buat baik sampai bila-bila.
Maksud aku, jangan buat jahat kat dia, just berhenti buat baik.
Berhenti senyum kalau berselisih, berhenti bertanya khabar dia, berhenti minta tolong, berhenti berkirim salam, just stop.
Unless dia tanya, kau jawablah.
Tapi kalau dia senyap, kau senyap.
Orang macam ni jangan buat peramah sangat.
Kalau dia tanya sepatah dan kau jawab sedepa, otomatik dia anggap dirinya ahli keluarga kau, tak pun BFF.
Dan from that moment dia akan sentiasa cari jalan untuk get in touch dengan kau.
Dan selepas itu, kau pun ter-trap balik dengan dia.

Dengan orang saiko ni, kau tak perlu kembali jadi gf atau bf dia.
Cukuplah bila kau dah boleh bersembang dengan dia, kau tengoklah nanti.
Dia akan trap kau.
Mulalah nanti, mintak tolong jemput dia kat stesen bas.
Atau mintak tolong hantarkan dia kejap kat airport.
Kau pun serba-salah sebab dah berbaik, kan. Maka, kau pun tolonglah.
Kau rasa benda tu settle kat situ? Tak, ya. Tak.
Dia akan tarikkkk kau dalam game dia, lama-lama nanti tau-tau je dia jadi victim dan kaulah pemangsa.



2022-01-31

Tauhu Bergedil Le Nany


First time aku makan tauhu bergedil pada zaman dia tengah viral dulu.
Biasa makan tauhu sumbat je.
Aku kan peminat tauhu.
Barang yang sentiasa ada tak putus stok dalam fridge aku antaranya tauhu.
Sekali beli minimum 8 keping.
Kadang buat lauk, kadang buat ratah-ratah.
Agak-agak boring tak tau nak kunyah apa, aku goreng je tauhu tuang sambal kicap, ratah sambil tengok TV.
Nak lagi best kalau ada tempe.
Potong tempe nipis panjang-panjang, goreng garing-garing.
Dah macam biscotti ala Jawa.
Cecah sambal kicap.
Jadi je aku buat jajan sambil tengok TV.

Tauhu bergedil orang kata senang sangat resepinya.
Tapi kalau ada orang willing nak buatkan, lagi senang.
Nak pulak kalau yang buat tu pandai.
Aku rajin jugak beli tauhu bergedil jual kat pasar malam atau beli dari gerai-gerai jual nasi lemak pagi-pagi.
Ada yang boleh makan, ada yang itulah last aku beli.
Tauhu bergedil ni yang buat sedapnya bergedilnya tu.
Ada orang bergedilnya buta-buta kentang je.
Kata ada daging, celah mana daging dia tak berasa pun.
Maybe too sikit atau dah too blend dengan kentang sampai tak berasa.

Haaa ini dia tower tauhu bergedil.
Tak cukup dengan ribbon, dia bagi love sekali.
Gigih seller ni.

Kalau orang kata "Apa je lah beza tauhu bergedil ni dengan orang lain. Sama je kot".

Tak sama, ya.
Like I said, bezanya adalah pada bergedil.
Kalau selama ni korang makan tauhu bergedil intinya rasa tak berasa daging, meh sini rasa yang aku makan ni.
Aku rasa inilah bergedil pertama isinya banyak daging dan dagingnya berasa dalam mulut.
Dagingnya dicincang agak besar.
Boleh nampak dagingnya dalam bergedil.
Tapi janganlah kau expect daging tu datang besar-besar biji dadu.

Ini maksud aku.
Boleh nampak kan daging kat bergedil tu?
Memang puas hati makan.
Setiap gigitan berasa daging.
Aku tak sure kalau ada orang buat bergedil ayam atau vege bergedil (letak mushroom).
Maybe sedap juga. Tapi aku suka daging.

To be honest, memang aku belum jumpa lagi tauhu bergedil yang intinya nampak jelas cebisan daging, DAN banyak pulak tu! Sumpah tak kedekut ni.
Jarang nak jumpa inti tauhu bergedil meriah dengan daging macam ni.
Nak lagi kalau kat pasar malam. 
Murah memang murah tapi entahlah, aku ni jenis yang enjoy food.
Food kalau mahal sikit tapi sedap takpe. Seronok makan.
Ini kalau murah je lebih tapi rasa cincai-bancai, lagi terasa rugi spend duit kat makanan macam tu.

Aku tahu kebanyakan orang malas beli makanan online sebab tak kuasa nak membayar cost delivery.
Entahlah, masing-masing punya pilihan, kan.
Aku ni pulak kalau dah teringin nak makan, rela berhabis duit delivery.
Pernah order chocolate roll dari Kajang, delivery pakai grab sampai RM40, sedangkan harga roll nya RM48. 
Dah macam order 2 tray roll. 
Tapi takpelah, nak makan sangat, pejamkan mata je.

Insyallah aku dah rasa tauhu bergedil ni.
Korang pun boleh tengok inti penuh daging tu, memang puas hati.
Tong-tong dengan member-member seopis, order sekali banyak, bolehlah jimat duit delivery.  

Setiap tempahan akan disertakan dengan hirisan daung bawang, hirisan cili api and bawang goreng yang dipack asing.
Sambal kicap dah pasti.
Hari tu dia buatkan aku sambal kicap kurang pedas.
Disebabkan kurang pedas, maka aku dapat enjoy makan berketul-ketul.
Lawan pulak dengan teh O panas. Memang cenggini haaa 👍🏻.

Aku tak sure minimum pack berapa biji.
Tapi yang pastinya the seller has been doing this ONLY for years.
Dia hanya jual ini saja.
Dan the business is so good sampai sehari up to 200-300pcs dijual.
Bila aku dah makan the tauhu bergedil, yes, memang nampaklah gaya orang yang "master" in tauhu bergedil.
Ye lah, kalau ini je yang dia fokus mau tak master? Alhamdulillah sedap.

Insterested, boleh terus whatsapp/call Puan Rozana 019-5345689.
Dia based in Mantin Negeri Sembilan tapi delivery ke Klang Valley tetap dibuat.

2022-01-29

En Wan tak kisah ke Kak Di sound dia?



Semalam aku tengok satu video ustaz Don (atas ni)
Dia bercakap tentang ciri-ciri seorang isteri yang solehah versi Bani Melayu (orang kita).
Katanya, gambaran seorang isteri yang solehah yang selalu kita dengar sekarang seperti lembah-lembut, tak meninggi suara, akur perintah suami 24 jam - ini adalah gambaran yang SALAH.
 
Ustaz Don kata Saiditina Aisyah sendiri pernah mengamuk dengan Rasulullah.
Sampaikan Saidina Umar tak percaya isteri-isteri Rasulullah pernah meninggikan suara dengan Baginda, lalu Saidina Umar bertanya pada anaknya Hafsah (Hafsah also isteri Rasulullah saw).
Saidina Umar tanya betul ke korang ni pernah meninggi suara pada Rasulullah.
Hafsah jawab "Ya, biasa".

Ini aku snap dari buku Shahih Muslim.
Kisah tentang bagaimana Rasulullah saw pernah berdepan situasi dimana isteri-isteri baginda minta wang belanja sedangkan Rasulullah tak punya apa-apa waktu tu.
Aisyah [anak Abu Bakar] and Hafsah [anak Umar] kena pukul dek bapak masing-masing depan Rasulullah sebab buat Rasulullah saw macam tu.
Dalam kes Rasulullah saw ni bukannya belanja dapur tak cukup tetapi mereka [isteri] minta Rasulullah beli barang-barang sebab cemburu sesama sendiri.
Bila dah cemburu, mulalah masing-masing buat 'perangai'.

Dalam buku yang sama, ada kisah bagaimana Aisyah menghempaskan pinggan bila nampak Rasulullah balik bawa bekal dari pemberian isteri lain.
Pada waktu itu, dalam rumah ada tetamu (sahabat Rasulullah).
Tapi Rasulullah rilek je, sebab dia tau Aisyah hempaskan pinggan kerana cemburu.

Dalam video di atas Ustaz Don kata Aisyah cakap kat Rasulullah something like this "Cakap betul-betul, jangan tipu".
Kan ke pelik bila Aisyah warning Rasulullah saw "Jangan tipu" sedangkan Rasulullah sifatnya mana pernah menipu?
Itu nak tunjuk bahawa even Ummul Mukminin pun pernah marah suaminya.
Baiknya Rasulullah saw, bila di rumah dia menanggalkan 'nametag' Rasulullah di luar.
Di rumah, dia adalah suami kepada isterinya.

Orang kita?

Oii, lebih dari lebai kalau bab ni.
Pantang isteri tertinggi suara sikit habis segala hadis dia korek bawak keluar.
Tapi yang peliknya, punca isteri tertinggi suara dia taknak kaji pulak.
Dia spin cerita selagi boleh biar nampak dia betul, dan bagi nampak orang perempuan semua salah.

Semalam post aku pasal aku sound En Wan bab nak pi ziarah rumah orang tu, ramai betul yang respond kat post ni.
Ramainya menceritakan pengalaman sendiri.
Ada sorang follower tanya "En Wan tak kisah ke Kak Di sound dia?"

Aku rasa maybe bila aku tulis post tu, orang dok imagine hari-hari En Wan kena bancuh dengan aku cukup-cukup as if dia tu betul bendul.
Tak, bukan macam tu ya sayang-sayang sekalian.
Laki aku tu bukannya terencat semua benda dia tak reti.
Kalau dia bodoh sangat, dah lama aku angkat kaki tinggalkan dia.

Aku tak nafikan dulu En Wan memang macam 'takde function'.
Tapi banyak perubahan pada En Wan sekarang, berbanding mula kawen dulu.
Tak tahulah samada berkat kena 'training' dengan aku, atau dia belajar melalui pemerhatian.
Ye lah, sebab dah bertahun-tahun duduk sekali, kan.
Orang kata kita adalah sebagaimana 5 orang yang rapat dengan kita.
Antara orang yang rapat dengan En Wan dah tentulah aku.
Samada aku terpengaruh dengan cara En Wan, atau En Wan akan dipengaruhi oleh cara aku. Antara dua ni je.
Tapi nampaknya perangai aku lebih mendominasi, sebab banyak perubahan pada diri En Wan sekarang.
Aku rasa kalau dibiarkan En Wan tinggal serumah dengan Mak Aji mungkin lagi cepat dia belajar. Hahaha.

Aku suka En Wan yang sekarang [walaupun perangai annoying dia tu masih ada, takpelah kira halal lah].
Dulu, masa awal-awal kawen, terdetik juga rasa menyesal dalam diri sebab terlalu banyak perangai dan tabiat En Wan yang clash dengan aku.
Terasa menyesal kawen cepat sampai tak sempat nak kenal dia betul-betul.
Tapi boleh jadi itu memang cara Allah nak kami belajar antara satu sama lain.
Kalaulah En Wan duduk dekat dan aku berkesempatan dating dengan dia berkali-kali sebelum kawen, agaknya awal-awal aku dah blah.
Semak melayan karenah macam tu.

Lepas makan, pinggan tinggal je dalam sink.
Tak reti basuh bilik air.
Tak reti nak menyapu.
Tak reti nak mengemop.
Tak reti lipat baju.
Tak reti gosok baju!

Aku jadi pelik macamana dia survive kat Jepun bertahun-tahun?
Dia kata kat sana semua tu boleh hire orang buatkan. Tak payah menyusahkan diri.
Dalam hati aku, hmmm untunglahhh lahir atas duit.
Kalau aku nak tunggu semua benda orang buatkan, jangankan toilet, dengan aku-aku sekali berlumut.

En Wan dulu, kalau sesat taknak berhenti tanya orang sebab malu dikata bodoh tak reti tengok map.
Ntah siapa ajelah nak mengata dia.

Kalau bayar parking duit kertas kena reject, malu.
Padahal duit kena reject je kot.

Kalau lalu tol, palang tak angkat, malu.
Hat ni memang aku takleh brain. Nak malu apabenda aku tak tau.

Nak tanya orang kat kaunter (tak kiralah kaunter klinik, kaunter pertanyaan kat mall, kaunter kat telco), tak berani sebab malu.

Makan kat kedai nak mintak extra tissue pun malu!

Kalau beli barang kat kedai, tak jumpa barang yang dicari, dia takkan tanya orang, sebab malu.
Rela dia terpusing-pusing sampai 3 kali dalam kedai tu.
Nama dia nak tanya, tak.

Pegi kenduri kawen malu nak tanya mana satu bapak pengantin keluarga lelaki.
Aku pulak yang dia tolak ke depan suruh tanyakan, boleh?
Padahal itu majlis kawan dia.

Pernah kitorang berada dalam satu majlis wedding kawan dia yang sama-sama blaja kat Jepun.
Wedding kat hotel.
Kitorang duduk semeja dengan guest belah perempuan.
Kawan sekerja bapak kepada pengantin perempuan agaknya.
Ada 2 pairs of Datok and Datin.
The Datok tanya "So, you guys friend of the bride or groom?"

Aku ni mengharapkan dia jawab, sebab ya lah majlis kawan dia kot.
Dia boleh buat senyap tunduk. Hangin betul aku.
Aku pun tolong jawab "Groom. My husband studied with the groom while in Japan".
Penyudahnya aku yang bersembang dengan Dato and Datin tu macam aku pulak se-geng dorang.
Seb baik Datok tu tahu aku datang dengan suami, kalau tak mesti dia berkenan nak kenen aku dengan anak laki dia. *tiberrr*

Mujur masa tu Redza belum ada lagi.
3 tahun pertama kawen aku masih takde anak.
Ada juga hikmahnya belum dapat anak waktu tu.
Dapatlah 3 tahun tu aku membrain wash dia.
Kalaulah masa tu dah ada anak, mesti anak aku konfius apesal bapak dia macam takde function?

Inilah yang buatkan Redza pernah tanya aku "Kenapa mama nampak macam tak power?"
Kerana dia membesar melihat segala-galanya bapak dia uruskan.
Bapak dia yang siapkan dia waktu pagi.
Bapak dia hantar ke sekolah.
Bapak dia ajar buat homework.
Bapak dia ajar dia semua subjek.
Bapak dia ajar main bola.
Bapak dia bercerita itu ini.
Semua bapak dia.
Nampak macam bapak dia yang paling hebat.

Redza pernah tak sangka aku belajar sampai universiti.
Sejak ada anak, aku mengurangkan 'penguasaaan' aku di rumah.
That's why bila Redza tanya kenapa aku nampak macam tak power sedangkan certificate aku power-power, aku jawab "Kalau mama seperti mama yang dulu, orang takkan nampak role papa Redza".

Sebab memang macam tu.
Banyak benda dulu En Wan tak reti dan semua benda malu nak buat.
Aku takde pilihan melainkan train dia untuk jadi orang yang ada function.
En Wan ni bijak, sangat bijak.
Aku boleh kata dia cream student.
Cuma dia terlampau manja [maybe dimanjakan] sampai takde sorang pun dalam keluarga dia izinkan dia keluar dari kampung untuk masuk sekolah berasrama walaupun dia lebih dari layak.
Sampaikan dia jadi takut nak keluar dari comfort zone sebab tak mahu hidup bawah daripada apa yang keluarga dia provide.
Ye lah, duduk asrama semua benda kau kena buat sendiri. Bilik tido pun kongsi.
Dia pulak hidup tak pernah berkongsi.
Di rumah, mok nak masuk bilik dia pun kena ketuk dulu.
Kalau mak aku, gedegangggg. Kalau kunci pintu bilik memang kena sebat.
Itu mak aku lah.

Mujurlah dia jenis cemerlang dalam pelajaran.
Maybe itulah asbab untuk dia kena keluar dari kampung, belajar hidup sendiri.
Bukan kata keluar dari kampung, Allah terus bagi dia keluar dari Malaysia.
Duduk kau sana kat negara orang.
Eh survive pulakkkkk.
Bagus juga dia belajar Jepun, barulah jadi orang sikit.
Kalau tak, lagi teruk aku kena repair dia ni agaknya. 

Maybe inilah kekurangannya bila membesar dalam persekitaran yang sangat mewah, banyak benda dia tak tahu buat.
Actually bukan dia tak tahu buat, tetapi tak biasa buat.
Bila membesar dalam persekitaran keluarganya dikenali, maka dia tak perlu memperkenalkan diri.
Semua orang tahu dia anak siapa.
Nak pulak dulu boleh dikatakan satu kampung tu bekerja di syarikat bapak dia.
Dah tentu bukan saja bapaknya dihormati, malah anaknya juga.
Apa dia nak, belum mintak dah depan mata.
Maka tak hairan dia jadi pemalu tak bertempat, kerana dia tak biasa meminta tolong.
Dia hanya perlu bagitahu nak apa, benda akan ready depan mata.

Dulu En Wan tak suka aku beli-beli tisu dari orang buta yang datang dari meja ke meja.
Kalau aku bagi duit kat orang-orang buta yang main muzik tepi jalan, dia marah.
Kalau dia dah nampak ada orang jual tisu atau main muzik tepi jalan, dia akan tarik aku pi tempat lain atau dia akan pegang tangan aku supaya aku terus jalan tak sempat nak berhenti untuk hulur sedekah.
Kerana dia tak biasa bagi sedekah cara tu sebab keluarga dia dulu kalau bersedekah sekali banyak.
Orang kaya punya style lah. Nah! Sebeban. Nah! Sebeban.

Bila dah hidup sebumbung dengan aku, dapat pulak bini yang jenis takleh tolerate perangai lembik,  memang hilang terus azam aku nak jadi isteri mithali.
Dah tak kuasa aku nak memendam rasa dan berlemah-lembik.
Meluap-luap aku nak membancuh. 
Memang aku tak bagi chan lansung.
Apa yang aku tak puas hati, direct aku tembak.
Tapi sambil-sambil tembak, sambil ajar.

"Boleh tak jangan nak mengamuk palang tol tu tak berangkat. Gostan la kejap. Bukannya takde duit dalam kad tu, dia takleh detect je pun".

"Berentilah kejap kat tepi tanya orang dalam kedai tu mana alamat ni. Tahan dia pusing 40 kali sampai habis minyak. Nak malu apa tanya orang, dah sah-sah kita bukan orang sini".

"Kenalkan sajalah diri tu. Cakap, Pakcik, saya kawan pengantin. Sama-sama blaja kat Jepun dulu. Nak segan apanya. Bukannya tak dapat jemputan".

"Awak tak penat ke tawaf kedai ni dah setengah jam cari barang? Tanya je adik tu. Dia kerja sini, dia tahu mana tempat dia susun barang. Takdenya dia nak gelakkan awak".

Benda simple je. Orang kata benda yang tak pakai pikir hard.
Tapi bagi dia, itu satu beban.
Nak bertanya orang adalah satu benda berat untuk dia buat.

Alhamdulillah, berkat selalu 'meninggikan suara', En Wan banyak perubahan.
Dulu, kalau balik kampung, ke sana sini hanya dengan aku saja.
Macam takde kawan. Macam kena buang negeri.
Rupanya itulah puncanya - sebab berat mulut.
Pemalu tak bertempat sampai takde kawan.
Now, bukan main meriah dengan kawan.
Barulah nampak yang laki aku ni diterima masyarakat kampung rupanya.

Now dah takde dah dia yang dulu.
Now dah pandai mengemas. 
Kain baju dia cuci, dia sidai, dia lipat.
Walaupun sakit mata aku tengok hasil lipatan tu, aku biarkan je.
Masak nasi pun pandai.
Goreng-goreng lauk sikit-sikit pun tau dah.
Menguruskan anak-anak paling dia power. Aku cuci tangan bab ni.
Sekarang dah tak malu-malu lagi. Semua benda dia redah sekarang.
Projek komuniti setempat, sekolah anak-anak, sekolah dia, group bisnes - semua dia join sekarang.

Lega aku bila anak-anak membesar dengan nampak role seorang ayah lebih besar dari maknya.
Sampaikan anak tak percaya maknya blaja sampai universiti.
Berjaya maknya 'membodohkan' diri demi nak menampakkan bapaknya power di mata anak-anak.

Adakalanya bila isteri dapat pasangan yang 'tak berapa function', kita kena bantu suami supaya dia keluar dari comfort zone yang boleh menjahanamkan future dia.
Cukup-cukuplah dia membesar dalam suasana yang dimanjakan dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Masa bujang, mak bapak hidup lagi, bolehlah nak manja-manja gitu.
Dah kawen, dah ada isteri, dah anak anak-anak, takkan nak hidup dalam kebiasaan lama.
Dah satu keje pulak esok bini nak mendidik anak at the same time nak menatang suami yang macam cacat semua benda tak reti buat.
Macamanalah bini tak stress.
Lepas tu harap bini jadi solehah menurut kata 24 jam.

Eh kosser aku.
Biarlah orang kata aku queen control ke apa.
Aku memang pekakkan telinga je.
Aku memang terer bab-bab buat pekak ni. Gasak kau situ.
Yang penting, aku tahu apa kita buat and we both happy dengan cara sendiri.



2022-01-28

Aku queen control?

Ini post IG Ahad lepas.
Ramai yang DM cerita tentang 'dominan' dalam rumah tangga.
Ya, aku baca semua tapi tak semua aku dapat reply sebab aku plan nak jawab panjang lebar dalam blog.

Dulu masa Redza sekolah rendah, dia pernah kelebet sijil-sijil aku.
Then dia tanya "Powernya certificate mama. Tapi apesal mama nampak macam tak power?" [ya, dia sembur aku gitu je guys].

Aku jawab "Kalau mama carry exactly macamana mama dulu, mama akan nampak dominan, dan orang takkan nampak role papa Redza".

Atau dalam bahasa paling mudah, kalau aku carry the same Diana yang dulu, nescaya bapak kau tak pandang aku. Hahaha.

Itu yang dulu mak mertua aku pelik apesal yang datang open house rumah aku kebanyakkannya kawan lelaki.
Aku banyak kawan perempuan masa kat U je.
Kawan-kawan sekolah aku yang close kebanyakkannya lelaki.
Jangankan kata sekarang, dari zaman sekolah lagi yang datang beraya kat rumah 95% lelaki.
Sampaikan Mak Aji suspek jodoh anak dia adalah dari kalangan budak-budak yang datang melepak kat rumah.
Dia tak tahu takde orang pun nak kat anak dia kat sekolah tu.
Semua layan aku macam jantan juga sebab aku agak kasar.

Aku pernah terbabas tunjuk perangai gengster masa exbf aku "dituduh" mencuri.
Masa ni aku tak tahu yang dia buat cerita kena tuduh.
Aku benganglah orang tuduh-tuduh pakwe aku, kan [gituuu].
Aku cari budak yang tuduh tu, aku cekang kolar baju dia.
Padahal dia tinggi dari aku ya.
Tak taulah apa ada dalam kepala otak aku masa ni.
Berani buat perangai gitu dalam kawasan hostel lelaki pulak tu!
Nasib baik budak tu lelaki tu gentle, dia tak balas pun aku tengah menyinga masa tu.

Masa awal-awal kawen dulu aku memang berazam untuk jadi isteri mithali yang lemah-lembut.
Memang nak tinggalkan perangai dominan aku ni.
Tapi tak bolehlah.
Sebab En Wan tak dominan lansung. Hahaha.
Maksud aku, banyak benda yang dia tak tahu dan aku kena didik dia.

En Wan ni smart student. Jenis book smart.
Hidupnya membesar dalam keadaan serba ada. Tinggal mintak je.
Jadi, banyak benda yang dia tak tahu.

Masa mula-mula kawen dulu dia ajak pergi wedding keluarga dia tak bawak apa.
Melenggang. Bersiap untuk attend kenduri je.
 
Aku tanya "Mana hadiah?"

Dia jawab "Hadiah apa?"

"Bawaklah hadiah untuk pengantin. Kalau tak, bawak duit. Nanti salam makcik awak bagi duit".

Dia jawab "Nak buat apa bagi duit, kita keluarga, bukannya tetamu".

Hanginlah aku, kan.
Dengan sepantas kilat aku bidas "Kalau dah tau keluarga, patutnya pagi-pagi tadi dah pergi tolong apa yang patut. Bukan dah tengahari baru nak datang macam tetamu lain".

Diam terus member.
Aku paksa dia singgah kedai beli apa-apa yang patut jugak.

Lepas tu pergi rumah orang. Rumah Kak Ngah masa tu.
Selamba ajak aku pergi rumah kakak dia melenggang bawak kote je, tak bawak buah tangan pun.

Aku cakap "Meh singgah gerai cari goreng pisang ke apa".

Again, dia marah aku, "Nak buat apa? Kak Ngah ajak datang rumah dia untuk makanlah".

"Eh hello? Dia nak jamu kita makan itu cerita dia. Kita ni datang rumah orang at least bawak goreng pisang walau seplastik. Ini namanya adab".

Masa tu aku terfikir, orang-orang kaya ni memang datang majlis berlenggang je ke?

Masa awal-awal kawen, aku ni nampak lebih kepada anak daripada menantu, sebab aku yang lebih peramah dari dia.
Dia punya diam and pemalu tu takleh bawak bincang sampai hangin aku.
Kau dah kenapa dengan sedara sendiri pun nak pendiam, kan.

Tengok macam sedara-mara aku.
Dari hujung ke hujung asal berkumpul je walapun setahun time raya aje berjumpa, tetap kecoh dan mesra.
En Wan cakap dia tak dibiasakan.
Dulu masa kecik-kecik, asal ada orang datang, dia disuruh naik atas (bilik).
Kerjanya study 24 jam.

Mak Aji punya style, siapa je yang datang rumah, kau kena turun dulu.
Salam. Jangan sampai tak kenal sedara, bak kata Mak Aji.
Kau esok nak exam ke, apa ke, kalau orang datang kena turun bawah salam pastu gi buat air.
Dah hidang, nak naik atas, naik.
Sebab tu aku kenal ramai sedara, malah kawan-kawan Mak Aji pun.
Tu pasal kalau nak bersembang hal sedara-mara ke, kawan-kawan dorang ke, aku boleh masuk.
Sebab aku kenal.
En Wan, sampai sekarang kalau hari raya, time nak susun duit raya tu aku yang kena aturkan anak cucu Kak Long berapa, anak adik dia berapa, anak orang tu berapa.
Aku pulak yang lagi hafal.

That's why dalam keluarga, orang mudah nak nampak aku macam queen control.
Sebenarnya aku bukan queen control, tetapi terpaksa jadi dominan.

Masa awal-awal kawen dulu everytime nak balik ke KL semula, aku akan tanya En Wan "Ni nak balik esok ni, dah ready duit nak bagi mok? Mok Ndong (mak tiri)?"

Dia diam. Blur.

Maka aku ajar dia duit kena bagi.
Mak-mak tu bukannya berkerja.
Bukan nak suruh bagi banyak, tapi nak berkat dia tu saja.
En Wan bukan tak tahu tau benda ni semua tapi dia macam tak pasti perlu ke buat semua ni. Haa, gitu. Ko faham tak maksud aku?
Dia macam tak sure kena bagi duit ke? Kena bawak buah tangan ke? Kena tolong rewang ke?

Aku ingat lagi first duit yang En Wan hulur kat mak tiri dia adalah RM20.
Masa tu dia salam sambil selit duit.
That was the moment arwah ayah nangis bila akhirnya dia tengok anak lelaki dia berbaik dengan isteri keduanya.
Kak Long kata hanya En Wan sorang saja yang tak pernah tegur mak tirinya dari kecik (umur 7 tahun) sampailah ke hari tu (tahun 2001).
Aku pun sebenarnya tak tahu sekeras itu hati dia dari kecik sampai dah kawen masih tak approve mak tiri.
Mak and adik-adik tiri tak akan masuk rumah mok kalau abangnya ada (En Wan).

Masa Kak Long bawa aku jumpa Mok Ndong selepas kawen, En Wan lansung tak turun dari kereta.
Dia biar aku turun dengan Kak Long.
Kau imagine, aku sebagai orang baru dalam family dia terpaksa kenalkan diri aku sendiri sebagai menantu baru.
Yang dia duduk dalam kereta buat keras dia.
Dia tak tau masa ni yang bini dia lagi keras.
Maklumlah selama bercinta dating baru 3 kali, tak sempat nak tengok perangai sebenar aku.
Lama juga aku brainwash En Wan. Aku bancuh cukup-cukup.
Lepas tu dia cuba berlembut dan akhirnya dia hulur duit RM20 tu sebagai tanda dia accept mak tiri dalam hidup dia.
Happy aku masa tu bila nampak bergenang air mata arwah ayah.
Depan mata aku witnessed moment ni.
Masa tu kat hall, kitorang dah nak balik.
Ada arwah ayah, mok and Mok Ndong.
Tahun depannya, ayah meninggal.

Selama mok duduk sini sepanjang 11 tahun, everytime mok balik ke Tganu naik flight.
Kalau ikut En Wan, dia hantar mak balik dengan bas.
Kemain bangga lagi bagitau aku dia book bas paling selesa untuk mok.
Aku cakap "No, hantar mok naik flight".
Orang tua kot. Aku yang belum tua ni pun sampai lembik bijik aku duduk berjam-jam dalam kereta from KL to Tganu.
Ko expect orang tua naik bas dah cukup selesa?
Kesian orang tua nanti nak benti kencing gerak ke toilet sorang-sorang.

By now aku rasa En Wan dah cukup kenal perangai aku.
Aku memang jenis bising. Mulut aku ni takde filter.
Kalau aku tak puas hati memang aku cakap.
Tapi aku tak cakap benda bodoh yang kosong.
Aku akan cakap benda yang lojik walau bunyinya menyakitkan.

Baru-baru ni ada tahlil kat rumah anak sedara dia kat Shah Alam. Bibik dia meninggal.
Mok and Kak Long datang dari Tganu. Kak Ngah pun.
And semua anak-anak sedara dia di sini berkumpul for tahlil.
Aku tak tahu cerita bibik dia meninggal.

Petang tu En Wan ajak "Jom pegi rumah Afiq. Mok and Kak Long datang. Nak jumpa mok".

Aku balas "Yang awak nak pegi ni rumah orang, tau. Pergi tanya Afiq dulu boleh tak datang rumah dia".

En Wan balas "Alah, anak sedara saya ok".

Ohh hanginnnn aku.
Aku cukup pantang perangai macam ni.

"Ya, saya tahu itu anak sedara. Itu rumah anak sedara awak. Tapi jangan lupa, anak sedara awak tu ada isteri. Itu rumah isteri dia juga. Kena mintak kebenaran dulu nak datang".

Oh member tak nak kalah.

"Takkan nak jumpa mok tak boleh".

"Bukan tak boleh jumpa mok. Tapi mok tu ada di rumah cucu dia. Bukan di rumah dia. Kita ni nak jumpa mak kita yang berada dalam rumah anak sedara. Rumah tu bukan rumah mak yang kita boleh sesuka hati datang. Lagipun dia ada jemput ke kita datang tahlil?"

En Wan balas "Dia sibuk, lupa agaknya. Tapi Kak Long ajak datang".

Aku bagitau selagi dia tak call anak sedara dia tanya boleh datang ke tak, kau pegi sorang. Aku takkan ikut.
Aku paling tak suka perangai sesuka hati singgah masuk rumah orang tanpa tanya tuan rumah.
Walaupun tuan rumah tu pangkat anak atau adik, ia tetap rumah orang!
Jangan ingat kita lebih tua kita anggap kita entitled sangat, ya.

En Wan kata "Takkan abang nak pegi tak bawak awak. Nanti apa orang lain kata".

Oh, kisah pulak apa orang lain kata, ya.
Aku ni lagi kesah masuk rumah orang tanpa dapat jemputan.
Last-last dia call anak sedara dia.
Anak sedara dia pun ajak kitorang join tahlil.
Ok, aku setuju untuk ikut.
Pastu aku pesan "Pegi singgah bakery, beli kek-kek sikit untuk buah tangan. Kita ni datang mengejut, tak sempat nak menolong, jadi biar ada budi bahasa sikit. Bawak buah tangan".

Sekali imbas aku tahu aku kelihatan seperti queen control dan nampak macam En Wan tu takut bini.
Hakikatnya tak begitu.
Ada masa-masanya En Wan menyerlah role sebagai suami and ayah.
Tapi selalunya benda-benda yang melibatkan common sense ni aku kena ke depan.
Bukan nak kata aku lebih bijak, tapi upbringing En Wan tak mendedahkan dia pada perkara-perkara macam ni.

Upbringing aku dah biasa datang rumah makcik-pakcik jangan jadi macam tetamu.
Terus ke dapur tanya apa nak tolong.
Dah habis makan, masuk dapur basuh pinggan mangkuk.
Kalau dalam sink ada pinggan mangkuk tuan rumah belum berbasuh, basuhkan sekali.
Jangan berkira kederat.
Orang dah jemput kita makan takkan tolong basuhkan periuk belanga dia dalam sink pun nak berkira, bak kata Mak Aji.

Dalam rumah tangga kita perlu ada check and balance macam ni.
Orang luar jangan sibuk-sibuk nak labelkan si bini queen control atau si suami takut bini.
Bukan semua benda berlaku seperti yang kita sangka.