2022-02-03

Pondan pukul perempuan.


Semalam aku share satu video lelaki tumbuk perempuan semata-mata nak perempuan (bekas isteri) kembali pada dia.
Mujurlah video tu diblurkan.
Kalau tak, memang dah ke dalam mamat tu.
Netizen sure cari sampai dapat punya.
Sesungguhnya kau terselamat, wahai pondan!

Apesal aku panggil Pondan?

Sebab hakikatnya begitulah.
Lelaki yang berani pukul perempuan adalah lelaki yang jadi pondan bila berada di kalangan kawan-kawan lelakinya.
Percayalah cakap aku.
Jantan macam tu hanya berlagak powerful depan perempuan je.
Cuba kau letakkan dia di antara kumpulan lelaki.
Tak payah suruh bergasak dengan lelaki, kau suruh another lelaki tinggikan suara je kat dia, dan-dan tu telur dia tersumbat.
Sumpah tak tipu!

Lelaki jenis macam ni, kalau dengan perempuan wahhh bukan main lagi berlagak gengster.
Sikit-sikit tengking. Sikit-sikit nak bagi penampar.
Cuba kalau dengan lelaki.
Jangankan kata nak tengking, suara pun tersekat kat anak tekak.
Dan-dan tu dia jadi penyabar.
Nampak macam dia mengalah sebab taknak keruhkan keadaan, padahal bacul.

Ada ya jenis lelaki yang kalau perempuan cakap A, dia taknak terima.
Tapi kalau kawan-kawan lelaki dia cakap benda yang sama macam perempuan tu cakap, baru dia terima.
Kalau dengan perempuan, taknak kalah.
Perempuan tak boleh lebih pandai dari dia, let alone nak mengajar dia.
Sentap sangat jadinya.
Tapi, benda yang sama kalau dicakap oleh orang lelaki yang lain, dan-dan "Oh ye ke? Ok terima kasih".
Terus dapat terima kasih kau!

Sorrylah ya, aku memang tak boleh nak bertolak-ansur dengan lelaki macam ni.
Jenis bodoh.
Dahlah bodoh, sombong pulak tu.
Melayan lelaki macam ni sangat penat.
Bukan penat sebab kena bersabar tau, tapi penat sebab dia punya bodoh sombong tu takde kesudahan.
Kau sentiasa kena hadap benda yang sama.
Lama-lama kau realized dengan kau-kau sekali jadi bodoh.

Aku emosi betul tengok video tu.
Nak-nak lagi bila dia dah habis akal nak paksa bekas isteri kembali pada dia, dia tarik anak pulak.
Ini lagi satu perangai musibat.
Ciri-ciri saiko gitulah.
Dia tak dapat apa dia nak, dia akan gunakan apa saja yang ada kaitan dengan hak perempuan tu untuk raih perhatian, supaya perempuan tu nanti takde pilihan lain lalu kembali kepada dia.
Kalau ada anak, dia rampas anak.
Kalau takde anak, dia akan kacau ayah, mak atau adik-beradik si perempuan.
Atau dia akan ganggu kawan-kawan baik si perempuan.
Atau, ganggu kerja perempuan tu.
Semua yang ada kaitan dengan si perempuan dia akan ganggu. Biar semua huru-hara.
Lepas tu nanti dia cakaplah "Biar semua rasa apa yang aku rasa!"
Drama gila.

Ramai yang komen kat video tu, antaranya cakap "Kau buat macam ni, lagilah perempuan tu taknak kat kau!"

Orang-orang yang waras dan akal panjang macam kita memang boleh pikir lojik.
Terang-terang dah tunjuk perangai gengster kampung, mana ada perempuan nak hidup dengan lelaki macam ni?
Tetapi lelaki saiko akalnya pendek, ya adik-adik sekalian.

Yang kelakar tu, lelaki saiko macam ni selalunya dia yang over canang sana sini kisah sedih dia ditinggalkan perempuan.
Konon dia dah buat yang terbaik, dialah yang banyak berkorban, dialah terpaling itu, terpaling ini.
Tup-tup terang-terangan tunjuk kat semua orang dia berkasar, dia pukul, dia tengking perempuan.
Konon nak tunjuk dia kuat, biar semua orang puji "Wow! Untungnya si perempuan. Lelaki tu serious nak kat dia".

Serious tengkorak kau.
Mula-mula canang kisah sedih ditinggalkan, mencanang dia buat segala-galanya, last-last terang-terangan tunjuk gengster depan ex.
Semua orang boleh nampak kau punya drama.
Kalau dah biasa pukul isteri/gf, takkan boleh nak cover dengan mulut manis dan cerita sedih.
Ujung-ujung sendiri yang terbukak pekong sendiri.
Akhirnya terbukti memang kau kaki pukul perempuan.
Dah kalau kaki pukul, lojiklah kena tinnggal.
Nak stay apa lagi.

Semalam aku naikkan gambar ni di FB and IG.
Saja nak tengok pilihan masing-masing.
Ramai yang pilih option 1. Ada juga yang pilih option 2.
Aku berpendapat yang pilih option 2 ni, ex dorang tak sehazab mana.
Yang pilih option 1 tu, haaaaa.
Hanya yang pernah merasa je tahu kenapa rela pilih option 1.

Ada sorang follower ni cakap "Saya pilih je nombor 2. Bukannya saya nak balik kat dia. Nak selamatkan diri je".

Bagus juga idea tu.
Tapi kalau ex sejenis yang tak banyak drama, bolehlah.
Dapat yang drama king, masakkk.

Jenis ex yang drama ni, dia tuntut budi baik dia.
Tak pasal-pasal nanti kau ter-trap balik dalam game dia.
Kalau ex kau sejenis saiko, janganlah buat baik sampai bila-bila.
Maksud aku, jangan buat jahat kat dia, just berhenti buat baik.
Berhenti senyum kalau berselisih, berhenti bertanya khabar dia, berhenti minta tolong, berhenti berkirim salam, just stop.
Unless dia tanya, kau jawablah.
Tapi kalau dia senyap, kau senyap.
Orang macam ni jangan buat peramah sangat.
Kalau dia tanya sepatah dan kau jawab sedepa, otomatik dia anggap dirinya ahli keluarga kau, tak pun BFF.
Dan from that moment dia akan sentiasa cari jalan untuk get in touch dengan kau.
Dan selepas itu, kau pun ter-trap balik dengan dia.

Dengan orang saiko ni, kau tak perlu kembali jadi gf atau bf dia.
Cukuplah bila kau dah boleh bersembang dengan dia, kau tengoklah nanti.
Dia akan trap kau.
Mulalah nanti, mintak tolong jemput dia kat stesen bas.
Atau mintak tolong hantarkan dia kejap kat airport.
Kau pun serba-salah sebab dah berbaik, kan. Maka, kau pun tolonglah.
Kau rasa benda tu settle kat situ? Tak, ya. Tak.
Dia akan tarikkkk kau dalam game dia, lama-lama nanti tau-tau je dia jadi victim dan kaulah pemangsa.