2022-02-09

Never stop learning because life never stops teaching.


Banyak rupanya benda yang aku nak tulis tapi tak berkesempatan.
Tidaklah busy sangat, cuma kena bagi priority kat perkara lain.
Bak kata omputih, no one is too busy, it's just a matter of priority.
  
Ramai yang minta aku blog pasal trip sehari semalam ke Langkawi baru-baru ni.
Ya, boleh insyallah.
Tapi aku nak tunaikan dulu hutang post yang lebih awal, permintaan orang juga.
Tentang Professional Certificate aku baru-baru ni.

Journey 1 tahun 8 bulan akhirnya tamat minggu lepas. Alhamdulillah.
En Wan paling lega kot.
Selama ni bertahan mengadap karenah aku yang lagi banyak mengadap laptop dari mengadap muka dia.
Kebetulan pulak dalam tempoh setahun lapan bulan tu juga aku menyusun syllabus Program Diploma UPSI.
Dan dalam masa yang sama start RnD 2 produk - one is Delicate Fine Wash (dah released) dan another produk usahasama dengan seorang pengusaha makanan yang join program retort aku tahun 2020 lepas.
Hat ni insyallah minggu depan aku release.
Nanti aku cerita kendian.

Boleh dikatakan setahun lapan bulan yang lepas agak hectic.
Aku tak jangka akan berlaku banyak perkara serentak.
Masa mendaftar course dengan WUR bulan May 2020, ingatkan dapat belajar dengan tenang-tenang.
Maklumlah masa kita baru start PKP1.0.
Aku membayangkan just nice lah waktu-waktu 'senyap' macam ni untuk belajar.
Sekali, proposal diploma UPSI lulus senat.
Maknanya aku dah kena start susun syllabus dan prepare modul.

Imagine, aku perlu study, buat case study dan hadap exam, at the same time aku kena prepare notes dan soalan exam untuk program di UPSI.
Mengah juga nak mendapatkan rentak tu.
Mujur jugalah program di UPSI tu Food Biotech, memang background aku.
Takdelah menggagau sangat.
Cuma, tak bolehlah buat cincai sebab semua modul and exam questions kena capai standard diploma.

But Allah is Great.
Tak sangka journey dengan WUR sangat membantu aku menyusun syllabus UPSI dengan lebih baik.
Course yang aku ambil di Wageningen University and Research (WUR) tajuknya Food and Nutrition.
Course yang aku buat dengan UPSI pula Food Biotech.
Tak jauh beza, malah, apa yang aku belajar di WUR, aku dapat share terus dalam program diploma. Fresh knowledge!

Case study yang aku buat dengan peers di WUR juga sangat membantu aku perbaiki modul and soalan exam program UPSI.
Aku rasa memang Allah nak bagi program diploma UPSI ni jadi.
Sebab setiap kali prepare notes, setiap kali itulah ada saja topik-topik yang kebetulan dibincangkan oleh lecturer WUR.
Sambil belajar, sambil aku mencatat nota untuk tambah dalam modul UPSI.
Berdesup-desup idea masuk.
Macam Allah nak bagi program UPSI tu jadi jugak.
Boleh jadi juga Allah nak aku kekal termotivasi untuk siapkan modul.
Yelah, kalau takde idea memang jem aku.
Silap-silap stress terus tarik diri 😭.
Alhamdulillah program diploma UPSI dah nak mula intake bulan depan.
Registration pun dah dibuka.

Staff grafik aku pula bantu menterjemahkan semua assignment aku dalam persentation slide yang menarik.
Rasanya kalau semua benda aku nak buat sendiri, lembik.
Sebab course WUR ni full time. XZIZ Biotech pula aku takleh tinggal.
Program UPSI pun nak kena disiapkan.
Kalau semua benda aku nak cover, jadi Kak Limah aku.

Everytime buat presentation case study (dalam bentuk video atau slide), aku siapkan notes kemudian pass kat staff. Nanti dia siapkan slides.
Begitu juga dengan program UPSI.
Setiap modul ada chart, grafik dan videos.
Semua tu aku prepare notes and pass kat staff.
Nanti dah ready dia pass kat aku.
Eloklah pass kat budak grafik, dorang lebih pakar bab-bab ni.
Buat presentation slide tak sampai sehari siap dah.  
Kalau aku buat karang, jangankan masak, silap-silap mandi pun aku postpone.

Kalau aku perlukan more input untuk topic yang aku nak masukkan dalam program UPSI tapi takde masa yang banyak untuk baca jurnal, aku buat satu discussion group dengan peers.
Aku create topic yang relevan, nanti peers akan provide input dalam bentuk essay, siap dengan scientific studies.
Aku scan and extract mana yang penting, masukkan dalam modul diploma.
Fuh, terasa macam bijak betul aku menyusun strategi 😆.

Tak, yang sebenarnya Allah dah susun cantik dah.
Dia bagi semua ni berjalan serentak sebab nak memudahkan kerja.
Mula-mula tu nampak macam "Mampus aku kena buat semua serentak".
Bila dah laluinya, rupanya semua ni saling berkait.
Aku boleh tarik sini masuk situ, tarik situ masuk sini.

"Apa sebabnya awak nak sambung study ni?"

En Wan tanya masa aku nak enroll course ni.

Reason utama adalah kerana aku produce own product yang melibatkan benda makan.
Maka aku perlu update knowledge tentang nutrition studies.
Tak cukup kalau setakat nak membaca je. Mesti nak kena ada cikgunya.
Dan aku nak diuji dengan knowledge assessment (KA) dan performance assessment (PA) oleh pakar.

Reason kedua, aku nak GreenArd produce more product in future.
Oleh sebab itu, aku must learn more about genetic and epigenetic practices in relation to nutrition and cardiometabolic diseases including diet-gene interactions.

Oh sebut pasal diet-gene interaction studies ni, again aku nampak jalan yang Allah atur.
Tak sangka pula dalam course yang aku ambil ni, akan ada topic tentang weight management and penyakit yang melibatkan berat badan.
Banyak pulak case study yang kitorang kena buat untuk topic ni.
Kebetulan aku dah ada produk melibatkan weight, at the same time dah banyak buat notes tentang produk (yang aku selalu tepek kat IGS).
Aku juga ada banyakkkkk testimoni pengguna GC Plus and Nutrijuice.
Agak lancar juga la bab ni, especially buat case study dengan semua information yang sedia ada.
Tinggal nak edit sikit-sikit je.
Alhamdulillah, alhamdulillah.

Personally, kat sini aku nak THANK YOU kepada korang yang sudi share testimoni.
Tak sangka testimoni tu membantu aku dalam course ni.

Reason ketiga, sebab aku nak gain more knowledge supaya aku boleh topup dalam program diploma UPSI.
Ya lah, kita nak produce program untuk budak belajar, tak boleh nak cincai-cincai.
Sekali harung kita nak ajar student, kita belajarlah sekali.
Nak buat program diploma, kena buat betul-betul.
Biar puas student belajar.   
Ini pun CEO MJA kata modil aku buat agak tinggi untuk diploma standard.
'Tinggi' bukan bermaksud susah, tapi banyak knowledge dalam tu.
Takpelah, biar student faham yang faham betul.

Ini screenshot dari Learning Management System untuk program diploma. 
Nota dan assessment semua akan dijalankan di sini.
Yang gambar ni contoh soalan yang aku prepare.
You will not only learn tentang what is food, what is bacteria, what is food diseases, what is food safety, tetapi juga menganalisa kes yang melibatkan makanan.
[Memandangkan soalan ini aku dah bocorkan, kejap lagi aku tukar ke soalan lain].

Dalam program diploma ni aku tak touch banyak dalam food processing.
Hat tu nanti masa Bachelor program, insyallah.
Diploma ni kita bagi topik yang ringan-ringan dulu, tapi padat.

Bagi aku, belajar ni jangan berhentilah.
Ambiklah course apa-apa pun, jangan sampai stop belajar.
Especially founder-founder produk.
Ilmu tentang produk yang kita jual tu kena ambil tahu.
Bila kita tahu apa yang kita jual, lebih banyak manfaat kita boleh bagi dan semakin luas cabang kita boleh pergi.
Aku sendiri tak sangka aku akan jump ke bidang education pula.
Tak rugi invest kat diri sendiri.
 


Boleh register sini: Program Diploma