Kisahnya, hari ni dia kena bagi ucapan kat skolah Rayyan sempena Hari Kanak-Kanak.
Dia punya gelabah kena baca teks, dah 2 hari aku tengok dia bercakap sorang-sorang 😆.
Tak, masalahnya bukan suruh kau berpidato atau berdebat kat depan tu.
Suruh baca teks je kot.
Baca je lah, yang nak prektis beria-ia dah kenapa.
Ini sebenarnya ada kaitan dengan percaya diri.
En Wan ni kalau tengokkan academic achievement dia, memang boleh pergi jauh.
Tapi dia banyak menolak peluang sebenarnya.
Salah satu penyebab terbesar adalah kerana dia segan dengan bunyi Tganu yang pekat takleh ubah tu.
Aku pun pelik apesal dia kalau bercakap bunyi Tganu pekat betul.
Ameng Spring tu helok je aku tengok bercakap takde bunyi Tganu.
En Wan ni kalau takde nama WAN kat pangkal tu pun orang boleh tahu dia orang Tganu.
Pekat gila tak campur air. Hahahaha.
Disebabkan 'kekurangan' tu, dia banyak tolak peluang.
Ini pun ntah macamana dia boleh terpilih jadi NYDP.
Sesi 2022/23 depan ni, dah ada ura-ura nak pilih dia sebagai YDP pulak (sebab anak YDP sekarang akan tamat Darjah 6 tak lama lagi).
Dia dah risau. Siang-siang nak tolak offer.
Aku cakap kat dia, dia perlu yakin diri.
Kalau orang yakin dengan dia, kenapa dia tak yakin dengan diri dia sendiri?
Dalam banyak keadaan, kita jadi kurang konfiden kerana kurang menguasai sesuatu.
Contoh, kalau sesekali bercakap depan orang ramai, mesti gelabah.
Padahal ada point nak cakap, tapi dek kerana benda jarang buat, terus jadi tak konfiden.
Jadi, nak datang konfiden kena kuasai apa yang patut kita kuasai terlebih dulu.
Masa aku Form 1 dulu, ada sorang cikgu melayu mengajar bahasa inggeris.
Cikgu tu bila masuk kelas, muka cuak. Bercakap pun gugup.
Memang ketara sangat.
Rupanya cikgu tu pun baru jadi cikgu.
Walaupun dia ada ilmu, ada ijazah, tetapi kerana belum biasa menguasai position sebagai cikgu, dia agak kurang konfiden.
Alhamdulillah cikgu tu kekal di skolah aku sampai aku Form 5.
Helok je aku tengok konfiden je dia mengajar lepas tu.
Salah satu punca orang hilang konfiden adalah kerana terlalu memperbesarkan kekurangan diri sendiri.
Memang kita kena sedar diri, kena tahu di mana kekurangan kita.
Tetapi at the same time, kita kena tahu di mana kelebihan kita.
Kalau kelebihan yang kita ada lebih besar dari kekurangan, fokuslah pada kelebihan.
Macam En Wan ni, dia segan bila bercakap ada bunyi Tganu.
Tak, sekarang ni berapa kali setahun kau kena berucap depan orang? Hari-hari ke? Tak, kan?
Habis kuat setahun 2 kali je.
Selebihnya, orang nak melihat idea kita dan cara kita berkerja.
Itu strength yang kita ada.
Ada orang cakap je lebih, bila buat kerja terkibai-kibai.
Orang macam ni nak lead PIBG? Tak function lah jawabnya.
Minta maaf kalau aku tulis ni.
Selalunya, orang yang kurang konfiden ni, dia ada unhappy childhood memories.
Sebahagian besarnya kerana parents yang bersifat kritikal.
Parents yang selalu membandingkan anaknya dengan anak orang lain.
"Cuba tengok anak Cik Yah tu, rajin tolong mak, belajar pun pandai".
Parents yang nak dia jadi someone yang dia tak mahu.
"Esok besar mummy nak Kak Long jadi doktor macam anak kawan mummy. Besar gajinya".
Parents yang tak beri anak membuat pilihan.
"Kasut apa yang kau pilih ni? Tak mau, ibu dah pilih yang ni. Beli ni je".
Jenis parents yang extremely critical boleh mempengaruhi confidence level anak-anak.
Walaupun anak tu nanti dah berjaya achieve banyak achievements, si anak tetap merasa tak cukup kerana dia hanya mahu be THE BEST, bukan second best.
Dah dapat 1st class pun tak puas lagi sebab tak dapat jadi graduan terbaik. Faham tak cakap aku?
Mak bapak jenis ni adalah mak bapak yang impian semasa kecilnya tak terpenuhi, and now dia pengaruh anak supaya memenuhi impian dia.
This is sick.
Tak salah aku, aku pernah tulis hal-hal ni dulu di blog.
Dan banyak dapat respond dari pembaca yang alami childhood trauma macam ni.
Kesannya sampai ke tua.
Semua benda jadi tak berani nak buat sebab terlalu takut terbuat silap.
Lepas tu jadi tak tahu nak buat keputusan.
Akhirnya membontot sampai ke sudah, walaupun terpaksa buat sesuatu yang dia tak suka.
Kena abuse dengan suami pun redha.
Sebab tak reti nak decide apa untuk diri sendiri.
Dan segala-galanya dia menyalahkan diri sendiri.
Suami ada skandal dengan perempuan lain pun, dia salahkan diri sendiri.
Suami jadi biawak kat rumah pun, dia salahkan diri sendiri.
Ipar duai pijak kepala pun dia diam je.
Sebab dia dah jadi tak tahu nak buat decision untuk diri sendiri sebab dah terbiasa hidupnya diatur orang dengan extreme.
Untuk kes sebegini, mangsa kena jadi berani.
Berani buat keputusan untuk ubah diri.
Kalau rasa tak boleh dan pasrah hidup begitu, maka hadap sajalah. Tak payah nak mengeluh.
Tapi kalau tak tahan, takde siapa boleh ubah kita melainkan kita sendiri.
Ada juga penyebabnya akibat dari poor academic performance.
Akibat cikgu buat tak pandang kat dia sebab exam tak excellent, akhirnya dia jadi tersangat rendah diri dan menjauhi semua kawan-kawan yang lain.
Padahal sekarang dah ada PhD.
Walau dah ada PhD, tetap mengelakkan diri dari jumpa kawan-kawan lain.
Dia masih lagi rasa "Ala, aku segan. Korang semua geng pandai-pandai".
Aku macam...kau ni dah kenapa?
Kita semua dah 40an, ada lagi ke yang nak bertanya "Kau SPM dulu dapat berapa?".
That shows how severe impak dikritik dan dikondem.
Bukan semua orang ada semangat yang kuat.
Bukan semua orang ada ketabahan yang tinggi.
Silap kondem orang, merana Hamba Allah tu seumur hidup.
Ingat tak dulu zaman sebelum Covid, kalau hujung tahun je ada Kluster Butthurt Parents yang kondem majlis anugerah kecemerlangan.
Katanya tak perlu raikan mereka yang cemerlang.
Tak patut announce those yang dapat straight As.
Kerana kecik hati mereka yang tak berjaya.
Aku macam...kau ni dulu skolah kat mana?
Dulu masa budak-budak semua enjoy je tengok raptai akhir tahun.
Budak-budak tak pernah bitter pun kawan dapat hadiah.
Sebab dorang pun tahu kawan mana satu yang pandai, mana satu yang tak.
Jadi, kalau ada kawan yang dapat naik pentas, dia tak kisah sebab dia tahu kawan dia tu memang pandai.
Itu adalah salah satu contoh mak bapak yang kurang konfiden.
Mak bapak ni rendah diri kalau anaknya tak berjaya macam anak orang lain.
Bukan apa, takut orang kata dia tak ambik port urusan belajar anak di rumah.
Takut orang kata dia tak pandai sebab tu bakanya tak bijak.
Tu pasal dia pakat bitter sekolah buat anugerah kecemerlangan.
Sekarang bila semua PDPR, masing-masing nampak anak sendiri blaja ke tak blaja, baru senyap.
Helok je pun sekarang skolah buat majlis anugerah kecemerlangan dah takde bunyi dah.
Ada jugalah kebaikan Covid ni.
Anak orang dapat straight As, bitter.
Bila anak orang lain dapat masuk boarding school, bitter.
"Tak dapat masuk asrama takpe, asalkan solat tak tinggal".
Halah halahhh. Ingat yang masuk boarding school tu solat sehari sekali je ke?
Dorang kat asrama tu tiap waktu kena jemaah kat surau.
Tak dibenarkan lansung solat dalam bilik.
Baru-baru ni Redza punya graduation day.
Pagi-pagi maktab dah share buku graduation list pelajar dengan kelas graduation masing-masing.
Ada yang dapat 1st class, 2nd class upper, 2nd class lower.
Siap tulis situ berapa pointer anak masing-masing.
Standardlah kan, zaman kita U pun ada pengkelasan macam ni.
Alhamdulillah, aman-aman je mak bapak congratulate each other.
Takde pun nak bitter bitter, let alone too competitive.
Ni zaman anak-anak. Kita celebrate dorang.
Kalau nak competitive bab academic ni buat time kau sekolah dulu, bukan sekarang baru kau nak compete.
Nak sangat compete, meh sambung blaja dengan course aku kat UPSI tu *tiberrrr*
Lagi satu penyebab hilang rasa yakin pada diri adalah percaya opinion orang lain terhadap diri sendiri.
Jenis yang ambik berat sangat apa orang kata tentang dia.
Samada dia terlalu memikirkan kata-kata orang, atau dia jenis yang tak boleh dikritik lansung.
Look, what do they know about you that you don't know?
Nak pulak dari orang-orang yang kita tak kenal, yang nombor henfon kita pun dia takde.
Orang-orang macam ni dia tak kenal kaulah.
Dia bercakap berdasarkan apa yang dia nampak dari apa yang kau tunjuk saja.
Zaman media sosial ramai orang jadi hilang konfiden sebab inilah.
Terlampau ambil pusing apa orang lain kata.
Jenis yang lagi banyak habiskan masa kat dunia maya berbanding dunia realiti ginilah.
Hidupnya banyak berkisarkan tentang media sosial.
Berkawan pun lagi banyak kat media sosial.
Bersembang pun lagi banyak dengan 'friends' kat media sosial.
Padahal tak pernah berjumpa in realiti.
Bila dorang cakap buruk pasal kau, kau nak depress.
Dah kenapa? Bukan kau kenal dorang pun.
Look, be it online or offline, those people tak hidup dengan kita 24/7.
Dia hanya tahu apa yang kita allow them to know saja.
Kalau kita tak bagitau apa-apa, they don't know what to attack pun.
So whatever you hear about yourself from others, tak perlulah sampai sakit-sakit kepala memikirkan.
Apa yang dorang cakap tentang kita belum tentu lagi fakta.
Maybe they're just expressing their opinions.
Kita lebih kenal diri sendiri.
Apa juga orang kata tentang kita, nilaikan.
Kalau betul, ubah. Kalau tak betul, abaikan. Simple.
Kadang-kadang, kita kena tengok sama ada kita berada di lingkungan yang betul atau tak.
Berada dalam lingkungan yang salah pun boleh buatkan kita hilang konfiden.
Because some people, hanya kerana dia tak boleh buat, dia akan buat kita percaya yang kita juga tak boleh buat.
Hanya kerana dia gagal, dia tanamkan satu kepercayaan yang semua orang juga pasti gagal.
Check your lingkungan.
Kalau lingkungan kita tak mendorong kita jadi lebih baik, tinggalkan.
Bukan suruh putuskan silaturrahim, tapi carilah lingkungan yang baru.
"Kalau keluarga sendiri yang toksik?"
Carilah jalan untuk duduk asing jika itu lebih baik.
MOVE, YOU ARE NOT A TREE.