2022-02-13

Movie review


Ok dah lama tak review cerita, kan? Sebenarnya aku ada tengok macam-macam cerita (India) dah sepanjang PKP3.0 yang lepas.
Guys, aku berjaya MENAMILKAN minat En Wan.
Dia sekarang yang lebih-lebih layan segala macam movie India.
Now, dia tengok cerita omputih semua dia kata tak best.
Haaa, baru kau tau penangan cerita India, kan. Especially South India movies.
 

1. Jai Bhim (2021) | Tamil | Rating IMDB 9.5/10


True story, based on a true incident in 1993.
Kisah tentang Hakim Mahkamah Tinggi Madras dan bekas peguam bernama K. Chandru, yang berdepan dengan legal battle untuk bring justice seorang wanita puak Irular.
Filem ini berkisarkan tentang berat sebelah polis terhadap komuniti minority.

Punca kepada the whole kes ni remeh je.
Seorang lelaki ni bekerja di ladang seorang family kasta atasan, sebagai pest controller (tukang tangkap tikus and ular di ladang).
Lelaki ni dari puak minoriti kasta rendah iaitu puak Irular.
One day, rumah tokey ladang dimasuk ular.
Ular masuk menyelinap dalam bilik tokey tu.
So this guy dipanggil untuk tolong tangkap ular.
Sekali, esoknya rumah tokey ni kena rompak.
Barang kemas bini dalam almari hilang.
Jadi, the guy yang tangkap ular tu dituduh sebab masa dia check ular dalam bilik, dah tentu almari semua dia yang bukak.
Jadi, dia ditangkap.

Biasalahkan, polis nak kerja senang, dia bukannya pi selidik tentang barang yang hilang tapi pi belasah that guy untuk mengaku salah.
One day, lelaki yang ditangkap tu dikatakan dah lari dari lokap.
Bini laki ni tak sedap hati. Macam fishy.

Dalam scene yang lain, ada seorang guru yang mengajar puak Irular membaca dan menulis.
Guru ni kerja kat kampung tu. Jadi dia kenallah keluarga lelaki yang kena tangkap ni.
So dia bawa keluarga tu pi jumpa seorang lawyer yang terkenal memperjuangkan kes untuk komuniti terpinggir.
Lawyer ni nama Chandru (lakonan Surya yang hensem).
Chandru berminat ambil kes ni.

Masa soal jawab dalam mahkamah, majikan lelaki tu kata that lelaki ada call dia bagitau dia lari dari lokap nak menuju ke Kerala.
Tapi, guru yang mengajar puak Irular tu cakap tak lojik lelaki tu pandai buat call sebab lelaki tu buta huruf.
Selidik punya selidik rupanya polis yang terlibat membantai lelaki tu masa kat lokap, tiru suara dan buat panggilan palsu kat majikan lelaki tu.
Lepas buat siatan berminggu-minggu (yang ni nanti korang tengok sendiri jalan cerita siasatanya), dorang dapati dikatakan ada satu mayat tersadai tepi jalan, tidak ada identiti.
Dikatakan kes langgar lari.
Mayat tu dijumpai sehari selepas lelaki tu dikatakan lari dari lokap.
Chandru minta patologist buat post-mortem kat mayat.
Punca kematian adalah kerana patah tulang rusuk, boleh jadi sebab kena langgar kereta.

Terlampau banyak sangat penipuan polis dalam cerita ni.
Yang aku pelik tu kan, gigih pulak kau merancang plot untuk buktikan lelaki tu bersalah.
Padahal kalau kegigihan tu kau channel pada mencari bukti dah tentu kes ni selesai dengan baik.
Tapi sebab kau malas, nak kerja senang, makan suap, kan. Masaklah jawabnya.
Silap langkah kena pulak dengan peguam yang power, jenis bijak.
Memang dia korek sampai ke lubang cacing cari bukti.

Takkan aku nak cerita sampai habis, kan.
Rugilah kalau tak tengok rating 9.5 ni oii.
Pegi tengok sendiri. Best! Yang penting, hero hensem.
Filem Jai Bhim ni bukan filem India yang paling tinggi rating tau.
Ada satu filem tinggi dari ni, namanya Peranbu. Tentang anak OKU.
Tapi cerita dia heavy dan slow.
Walau ratingnya tinggi sekali, aku malas nak review sebab lemah gemalai sangat kisahnya.


2. Soorarai Pottru (2020) | Tamil | Rating IMDB 9.0/10


Another movie lakonan Surya yang hensem.
Dalam Jai Bhim takdelah hensem mana, tapi dalam Soorarai Pottru agak terserlah kehenseman beliau sebab dalam cerita ni dia macho.
Filem ini sebahagiannya diilhamkan dari kisah pengasas Simplifly Deccan, iaitu G. R. Gopinath.
Deccan adalah syarikat penerbangan tambah murah ala-ala Air Asia.
Tapi dalam cerita ni namanya diubah kepada Maara.

Maara ni bekas kapten Tentera Udara India yang bercita-cita nak buka syarikat penerbangan tambang rendah.
Ada kisah kenapa dia nak buka airlines ni.
Puncanya, masa dia join tentera dulu, bapak dia sakit.
Waktu tu dia cuba nak book flight ticket tapi takde duit.
Kat airport dia minta bantuan orang ramai untuk belikan dia tiket tapi takde siapa layan.
Ye lah, dulu tahun 90an mana ada tiket flight yang murah.
Part ni merembes aku. Sedih dia ke sana sini minta orang belikan dia tiket.
Tak sempat juga dia tengok bapak dia meninggal.
Sampai rumah, funeral dah selesai pun.
Inilah reason kenapa dia nak buka airlines tu.

Masalahnya sekarang, duit.
Mana nak cekau duit pinjaman bukak business mega macam ni.
Mohon pinjaman tak lepas.
One day dia naik kapal terbang kat business class sebab owner sebuah syarikat penerbangan ada dalam tu, namanya Paresh. Dia ambik peluang nak bincang dengan Paresh supaya JV dengan dia bukak low-cost carrier. Mana maunyaaaaa. Orang dah kaya, mana nak JV dengan orang biasa-biasa. Dalam flight tu ada sorang ketua firma kapitalis. Dia dengar perbualan Maara and Paresh, so dia minta Maara datang opis buat proposal and present kat board members. First plane dia dapat beli dengan cara pajakan. Tapi lesen tak lulus pulak. Jenuhlah dia jumpa sana sini nak bagi lulus lesen. Maara ada sorang kawan kat kampung yang sangat percaya pada usaha dia.
Kawan dia kumpulkan orang kampung untuk derma sebanyak yang boleh supaya syarikat low-csot carrier ni dapat jadi juga.

Bijak juga Maara ni.
Dia tahu yang nak naik low-cost ni mestilah orang-orang yang susah.
Orang susah mana pernah atau tak berani nak pi beli kat airport (tahun 90an tiket beli kat kaunter ya, anak-anak. Takde jual kat internet lagi).
Jadi, Maara jual tiket flight kat stesen kereta api dan petrol station.
Maara kan ex-tentera udara, jadi pilot syarikat dia semua dia ambil dari bekas tentera udara yang dah bersara.
Bini dia pulak ada food business, jadi bini dia sebagai orang yang uruskan katering dalam flight.

Masa hari first day operation, sorang pun takde naik flight. Takde siapa beli.
Masa ni dia sedih sangat.
Rupanya, bukan takde orang beli, tapi ada technical glitch.
Komputer tak dapat sahkan pembelian. Padahal tiket sold out!
Tapi, ada a few flights dari tempat lain semua fully booked.

Sedih gila cerita ni.
Menangis aku tengok ending dia bila dia tunggu flight dari daerah kampung dia sampai airport.
Dalam tu semua orang kampung, termasuk mak dia naik.
Mak dia turun flight dengan bawak gambar ayah dia.
Merembes-rembes aku dengan En Wan tengok part ni.
Sumpah best! Korang tengoklah.


3. Drishyam 2 (2021) | Malayalam | Rating IMDB: 8.9/10


Siapa pernah tengok Drishyam 1, silakan tengok yang 2 ni.
Tapi aku rasa mesti kebanyakan korang tengok Hindi version, kan? Yang Ajay Devgan version.
Sebab kat Netflix version Hindi je ada.
Cerita ni asalnya adalah Malayalam version. Pelakon utamannya Mohanlal.
Untuk yang Drishyam 2 belum ada versi Ajay Devgan lagi, maybe in the making kot.
Tapi kalau tengok version Mohanlal pun ok.

Dalam part 2 ni, rupanya pada malam Mohanlal tanam mayat budak laki tu kat tapak balai polis, ada sorang banduan tengah larikan diri dari pihak polis selepas bunuh abang iparnya.
This banduan menyorok berhampiran tapak balai tu, jadi dia nampak Mohanlal usung mayat.
Kisah ni habis kat situ sebab lepas tu lelaki yang menyorok tu kena tangkap and dipenjarakan 6 tahun.
Dalam tempoh 6 tahun, Mohanlal and famili dapat hidup macam biasa. Dah takde rasa takut-takut lagi.
Mohanlal pun dah ada cinema sendiri (dia kan suka tengok movie dulu).
Dalam tempoh 6 tahun tu, dia sentiasa berhubung dengan sorang penulis skrip terkenal, untuk develop the screenplay.
At the same time, sepanjang tempoh 6 tahun ni, polis dimalukan sebab masih tak dapat decipher the truth di sebalik pembunuhan budak laki tu (yang mayatnya Mohanlal tanam).

Keluarga Mohanlal berjiran dengan sorang couple.
Isteri Mohanlal baik dengan isteri jiran ni. Tapi suaminya pemabuk.
Jadi, selalulah isterinya kena pukul.
Dalam pada luah-meluahkan cerita, isteri Mohanlal tercerita tentang kes kematian budak laki tu.
Rupanya jiran dorang ni polis yang menyamar.
Selama 6 tahun tu dorang menyamar sebab nak cari bukti keluarga Mohanlal terlibat dalam pembunuhan tu.

Tak lama lepas tu, banduan yang nampak Mohanlal usung mayat tu dibebaskankan.
Bila balik ke kampung, dia terperasankan Mohanlal and teringatkan kes malam tu.
Jadi, dia cerita kat polis.
Berbekalkan maklumat tu, polis mula gali balai, pecahkan lantai and jumpa rangka manusia.
Rupanya masa proses menggali tu, Mohanlal nampak dari CCTV yang dipasang kat opisnya.
Memang dia well-prepared.
Dia tau one day orang akan jumpa rangka tu jadi dia dah pasang siap-siap CCTV supaya dia boleh monitor apa jadi dalam bilik yang ada mayat tu.
Polis terus tangkap Mohanlal untuk soal siasat dan dibicarakan.

Ingat tak awal tadi aku cakap sepanjang 6 tahun tu Mohanlal selalu berjumpa dengan seseorang untuk uruskan screenplat cinema dia?
This guy bila tahu Mohanlal kena tangkap (sebab kes kena tangkap ni masuk berita), terus gi jumpa polis and lawyer yang mendakwa Mohanlal.
Dalam perjumpaan tu, dia bagitau dorang telahpun siapkan skrip untuk satu filem jenayah berasarkan kes pembunuhan budak laki tu (yang Mohanlal tanam).
Dan sebuah novel tentang kisah tu pun dah dijual, bertajuk Drishyam.
So, kat sini ada satu kepelikkan.
Sebab, jalan cerita skrip filem dan novel tu adalah SEBIJIK dengan kisah penangkapan Mohanlal.
Bijak kan Mohanlal? Dia dah plan apa yang dia bakal buat in the next 6 years dalam bentuk novel.
Jadi, orang yang pernah baca novel tu akan tuduh polis tiru plot novel untuk frame dia!

Dalam masa yang sama, DNA rangka yang dijumpai dalam balai polis berbeza dengan DNA budak laki yang mati 6 tahun lepas.
Jadi, rangka siapa tu? Mana mayat yang Mohanlal tanam?
Silakan tengok sendiri. Belum ada di Netflix. Pandai-pandailah cari.


4. Take Off (2017 | Malayalam | IMDB Rating 8.4/10


Ini based on true event nurse seorang nurse India nama Sameera yang bekerja di Tikrit, Iraq, tahun 2014.
Dia seorang janda anak sorang.
Sebelum pindah, dia berkahwin lagi dengan kawan sekerja.
Dorang kemudian pindah Iraq sama-sama dengan 19 nurse yang lain.
Anak dia tinggalkan dengan ex-husband sebab awal-awalnya keluarga ex-husband yang rebut anak tu dari dia.

Sampai kat Iraq dorang macam pelik apesal ke mana-mana ada tentera.
Lepas tu dorang diescort dengan tentera bersejata bagai.
Barulah dorang realized Iraq tak se-aman seperti yang dikatakan during interview sebelum pergi.
Doctors kat hospital sana dah over-strained dengan kematian yang ramai.
Sameera ni pandai cakap Arab, jadia dia always lead nurses yang lain semasa kerja.
Dalam masa yang sama, dia pregnant.

One day, ex-husband dia ke Iraq untuk bawa anak jumpa dia (sebab cuti skolah).
Tapi rupanya ex dia nak bagi terus anak tu dia jaga.
Masalahlahnya, Iraq kawasan bergolak.
Anak pulak tak tahu yang mak dah kawen lain, ingatkan mak pergi untuk bekerja je.
Bila anak tinggal sekali, husband Sameera ni kenalah keluar dari rumah tu.
Takkan nak tinggal sekali sebab anak dia blom tahu mak dah kawen lain.
Jadi, husband dia offer assistance kat team perubatan tentera yang nak berpindah ke Mosul.
Plannya cuma 2 minggu je dia kat sana.

Nak dijadikan cerita, dalam masa sehari, Mosul jatuh ke tangan ISIS.
Team perubatan husband Sameera ditawan.
Tentera Iraq pulak buat decision berundur dari Mosul.
Jadi, kerajaan Iraq tak berada dalam kedudukan boleh membantu tawanan.
Sameera terpaksa minta bantuan kedutaan India kat sana tapi kerajaan India ada limitations dalam campur tangan.
Tapi bila Tikrit (tempat Sameera bekerja) jatuh ke tangan ISIS, Kedutaan India dah risau sebab semua nurse yang kerja kat situ asal dari India.

In the meantime, team perubatan yang kena tawan kat Mosul ramai kena bunuh.
Suami Sameera masih terselamat.
Untuk selamatkan nyawanya, dia offer diri untuk rawat pasukan ISIS yang tercedera.
Disebabkan Sameera fasih Arab, jadi dia jadi orang perantara untuk Kerajaan India usahakan nak bawak keluar rakyat India dari situ.
Cara dorang bawak keluar ni memang agak berani mati sebab melibatkan penyamaran.
Korang tengoklah cerita ni sampai habis. Tak rugi.


5. Nayattu (2021) | Malayalam | IMDB 8.2/10



Ini kisah tentang polis-polis kena frame.
Ada sorang polis ni nama Praveen. Dia baru berpindah ke satu balai.
Ada satu hari penjahat (Biju) buat hal, kena panggil ke balai.
Bergaduhlah di Biju dengan Praveen.
Tapi tak lama lepas tu Biju dibebaskan dari lokap sebab dia ada pengaruh kat situ.

Satu malam, Praveen and 2 orang polis (Maniyan dan Sunitha) attend wedding.
Dorang agak mabuk (kecuali Sunitha), jadi yang memandu is orang lain.
On the way balik, kenderaan dorang bertembung dengan basikal. Mati penunggang basikal tu.
Pemandu kenderaan takut, larikan diri.
Jadi semua orang ingat polis 3 orang ni memandu dalam keadaan mabuk sampai langgar orang.
Biju and the gang mengamuk sebab yang mati tu kebetulan kasta yang sama dengan dia.
Tiga-tiga polis ni terpaksa larikan diri sebab gengster ni semua dah mengamuk kat balai.

Kebetulan dah nak pilihanraya, jadi isu ni berbangkitlah.
Wakil rakyat nak jadi menteri, terpaksa la sokong Biju and the gang sebab nakkan undian sebab dalam kampung tu Biju banyak pengaruh.
Polis kat balai tu pun dah jadi geng si Biju dek kerana takut dengan Biju.
Jadi, wakil rakyat kerah semua polis cari 3 orang yang lari ni. Tapi tak jumpa.
Polis terdesak dengan desakan wakil rakyat, dorang buat satu rakaman yang mana kononnya 3 orang ni dah berjaya ditangkap dan diarak masuk ke balai.

Dalam masa yang sama, polis 3 orang yang jadi pelarian tu dah dalam keadaan yang sangat stress sebab terpaksa jadi pelarian sedangkan dorang tak bersalah.
Salah sorangnya bunuh diri secara menggantung diri.
Sebelum dia mati, dia buat video pengakuan tentang apa yang terjadi.
Video tu somehow tersebar (aku pun dah lupa part ni).
Disebabkan polis dah buat rakaman palsu konon-konon 3 polis tu dah kena tangkap, wakil rakyat benganglah sebab tarnish nama dia sebab dia dah beria berucap bagitau 3 polis dah kena tangkap sebelum tu.
Akhirnya 2 orang polis yang larikan diri tu berjaya ditangkap dan dibawa ke balai bersama-sama mayat kawan dia yang gantung diri tu.

Bijaknya polis-polis kat balai tu memutar-belit cerita, dorang buat kenyataan yang tiga-tiga tu memang dah ditangkap awal.
Tapi, salah sorang menggantung diri dalam tahanan katanya.
Polis yang 2 orang tu dipaksa untuk bersetuju dengan kenyataan tadi.
Sebagai upahnya, dorang akan terselamat dari didakwa atas kes langgar lari.

Cerita ni sebenarnya takde kesudahan yang pasti sebab last-last dua polis ni dibawa dalam van untuk ke mahkamah.
Jadi tak pasti samada di mahkamah tu dorang mengaku salah atau tak.
Dorang berbelah-bagi nak buat decision sebab terasa betray kawan sendiri.


6. Bhaag Milkha Bhaag (2013) | Hindi | IMDB Rating 8.2/10



Kenal Farhan Akhtar? Tak kenal? LEMAHHHH.
Farhan Akhtar adalah hero dalam cerita ni.
Cerita ni aku tengok sebelum Covid wujud, tapi aku belum buat review lagi.
Aku baru teringat nak buat review selepas the legendary Milka Singh mati last year due to Covid-19.
  
Ini movie biographical sports.
Kisah berdasarkan kehidupan Milkha Singh, atlet India dan Olympian yang jadi juara Sukan Komanwel dan dua kali juara Sukan Asia.
Plot movie ni dimulakan dengan Milka tengah berlari kat sukam Olimpik Rome tahun 1960.
Tengah-tengah berlari tu dia teringat memori masa kecik, yang menyebabkan larian dia terganggu.
Dan disebabkan itu dia tak menang medal di sukan Olimpik tu hingga menyebabkan dia bersara.

Memori yang dia terbayang tu masa dia berlari selamatkan diri masa India berpecah dua India-Pakistan.
Masa ni berlaku keganasan agama yang mana parents dia dibunuh secara beramai-ramai.
Milka terselamat dan membesar dalam keadaan sangat miskin.
Disebabkan kemiskinan, dia join tentera.
Dalam tentera, setiap kali training, 10 pelari terbaik akan dapat makan susu and 2 biji telur.
Milka selalu menang berlari. Akhirnya dia dipilih untuk join atlet sukan tentera.

Dalam tempoh dia jadi atlet tu, banyak competition yang dia menang.
Walau macamana pun, ketika tu dia belum lagi jadi pelari terpantas sebab ada sorang pelari terpantas Asia yang berasal dari Pakistan, namanya Abdul Khaliq.
Dia tak berpeluang nak lawan Abdul Khaliq sebab dia bersara awal bila kecewa kalah di Rome.
Tapi satu hari sempena apa ntah, sempena hari Pakistan kot, Perdana Menteri Pakistan ajak India buat friendly race, and he purposely nak tengok Milka bertanding depan mata.
Milka kan ada bad memories dengan Pakistan, dia refuse untuk join race tu.
Trauma semasa kecik terpaksa tinggalkan rumah kat Pakistan (ketika itu India) sebab perang agama (dia kan Sikh), membuatkan dia tak nak jejak Pakistan lagi.
Tapi lepas dipujuk, dia join.

Di Pakistan, dia cari balik tapak rumah dia dulu.
Rupanya kampung dia masih wujud dan salah sorang kawan masa kecil, still hidup.
Di kampung tu, rupanya semua bercakap tentang Milka sejak dia famous di India.
Happylah dia kampung tu wujud lagi.
Akhirnya dia bersedia untuk race dengan Pakistan.
Dipendekkan cerita, Milka menang dan Perdana Mentari Pakistan bagi gelaran "The Flying Sikh".
Gelaran tu kekal sampai dia mati. Dia baru je mati last year due to Covid.
Mati selang 2-3 hari selepas isterinya mati, also due to Covid-19.
Covid is real guys [sempat iklan khidmat masyarakat].


7. Shyam Singha Roy (2021) | Telugu | IMDB Rating 8.0/10



Cerita ni ada kat Netflix, baru release.
Memandangkan aku follow IG Nani (hero), dari tahun lepas dah membuak-buak nak tengok cerita ni.
Banyak juga filem Nani yang aku dah layan, antaranya:

HIT (tengok kat Netflix, belum review)
V (tengok kat Astro 201, belum review)
Gentleman (tengok kat Astro 201, belum review)
Jersey (kawan bagi file, dah review)
Gang Leader (kawan bagi file, dah review)
Ninnu Kori (kawan bagi file, belum review)
Devada (kawan bagi file, belum review)

Banyak lagi filem Nani, tapi aku tengok yang rating at least 7.0 dan ke atas.
Mana-mana movie yang rating bawah dari tu aku malas layan, buang masa.
Melainkan ada faktor lain seperti hero hensem, atau pelakonnya Prabhas. Gitu.

Shyam Singha Roy adalah filem ketiga dari Nani yang aku nak review.
Cerita tentang Vasu (Nani), seorang filem director.
Untuk menarik perhatian film producer, Vasu mula buat filem pendek bajet murah.
Dia invite seorang graduan psikologi nama Keerthi untuk berlakon short movie dia.
One day, masa shooting, ada a few budak-budak jahat harass Keerthi.
Vasu bergaduh dengan budak-budak jahat ni.
Dalam pergaduhan tu, salah sorang pukul kepala Vasu, darah pun keluar kat telinga.
Serentak tu, Vasu dapat gangguan psikologi yang menampakkannya dia dalam personaliti yang berbeza.
Selepas hari tu, setiap kali telinga dia keluar darah, dia akan dapat gangguan psikologi dengan penampakkan personalitinya yang berbeza.

Setahun selepas tu, Vasu release satu filem yang box-office.
Vasu di-offer untuk buat remake cerita tu dalam Hindi.
Semasa press conference, dia ditahan atas tuduhan langgar hak cipta novel.
Cerita yang box-office tu dikatakan hasil plagiat sebuah buku yang released 50 tahun lepas.
Dia dikatakan plagiat novel tulisan Shyam Singha Roy.

Kat mahkamah, Vasu tak mengaku salah walaupun ada bukti skrip yang ditulis sebijik-sebijik dari novel.
Peguam dia minta buat polygraph test dan dia lulus ujian tu.
Maknanya dia tak menipu tapi polygraph test tak diterima di mahkamah.
Tapi memandangkan test tu lulus, hakim ada budi bicara lepaskan dia tanpa jaminan tapi dalam masa 3 hari kena bagi bukti yang dia tak salah.

Atas cadangan Keerthi, Vasu buat clinical hypnosis with the help of pensyarah psikologi Keerthi.
Dalam clinical hypnosis tu, ternyata dia adalah kelahiram semula Shyam Singha Roy.
Ok aku nak cerita sampai sini je. Sebab sebahagian besar cerita ni adalah kisah Shyam Singha Roy semasa Vasu di-hipnosis.
Tak mau cerita sebab nanti hilang thrill.
Aku cuma boleh cakap aku tengok cerita ni 2 kali 2 hari berturut-turut dan setiap kali tengok, aku menangis.
Best gila weiii! En Wan pun kata cerita ni best gila.
Merembes weiii, merembessss!!! Tengok kat Netflix now!


8. Operation Java (2021) | Malayalam | IMDB Rating 8.2/10



Pelakon semua muka macam penebar roti canai kat Berkath Maju.
Takde sorang wajah seorang hero, tetapiiiii cerita best!
Kisah penyiasatan yang dijalankan oleh polis tentang jenayah cyber.
Ini based on real-life cases, siasatan dari balai polis Cochin dalam tempoh setahun setengah menangani jenayah cyber dengan bantuan 2 orang graduan computer engineering sebagai intern di balai polis.

Kes-kes yang dorang berjaya selesaikan antaranya cetak rompak filem, job fraud, dan kes bunuh.
Yang menyampah tu, graduan ni tak dibayar upah pun.
Tapi kerja dorang tip top.
Malaysia kena tengok cerita ni sebab cerita ni tunjuk sisi gelap teknologi maklumat.
At the same time cerita ni tunjuk the struggles budak-buda intern and pekerja sementara yang work hard tapi tak dapat proper recognition atau gaji.
Cerita ni gabungan beberapa kes jenayah cyber jadi korang tengoklah sendiri.
Tak banyak aku boleh ceritakan sebab cerita dia dari satu kes ke satu kes yang lain.
Dan semua kes-kes tu adalah kes cyber yang biasa di Malaysia juga.
Yang best kat movie ni adalah cara 2 student engineering tu bantu settlekan kes, mengikut kepakaran dorang.
Aku boleh kata cerita ni macam takde orang war-warkan sangat.
Maybe sebab hero tak terkenal lansung.


p/s : aku review 8 dulu ya. Ada kali 48 filem bakal direview. Gituuu.