2021-06-06

Apakah nilai sebuah hantaran perkahwinan.

Semalam nampak satu post IG gambar seorang lelaki cium emaknya with caption “Diminta hantaran RM30k, lelaki ini nekad tinggalkan kekasih”.
Lebih kurang macam tu captionnya.
Dan macam biasalah, dah tentu kebanyakkan komen bersetuju lelaki tu tinggalkan awek dia.

Ok, cukup sampai situ.

Aku tak tahu samada perlu bersetuju atau tak.
Bila aku meletakkan diri aku dalam situasi parents yang ada anak perempuan, aku tak sure if RM30k tu patut dianggap sebagai ‘menjual anak’ atau sebaliknya.
I mean kalau aku ada anak, yang aku besarkan, yang aku jaga, yang aku provide dengan kehidupan yang baik sehingga dia membesar menjadi sangat sempurna di mata kamu, apakah tak boleh aku letak harga RM30k sebagai syarat bukti kamu serius untuk jadikannya sebagai isteri?

Ok, itu satu.

Yang kedua, RM30k dikatakan umpama menjual anak.

Ok look. Nama pun ‘menjual’.
Orang yang menjual dah tentu nak untung, betul?
Katakanlah untung menjual anak hanya RM3k, bermakna modal membesarkan anak tu hanya RM27k.
Cuba fikir, dengan modal RM27k, apa je yang kita boleh provide pada anak?
Dengan pakaiannya, dengan makan minumnya, dengan sekolahnya, dengan kelengkapannya, dengan pendidikan tingginya, dari lahir sampai ke besar, agak-agak cukup RM27k?
Dah tentu tak.
Jadi, kalau betullah nilai RM30k tu umpama menjual anak, bermakna parents tersebut telah rugi dalam urusan jual beli ni.
Tak untung apa-apa di pihaknya.
Modal membesarkan anak jauh lebih besar.
Dia 'jual' kat kau dengan harga kesian saja.

Anak perempuan dia membesar dengan sangat sempurna di mata kau sampai kau terpikat pada dia, alih-alih nak mintak murah?
Cuba tengok esok dapat anak pompuan nak tak kau bagi murah-murah kat orang.

Yang ketiga, parents sekarang katanya minta tinggi-tinggi sebab nak buat majlis besar-besaran tapi nak suruh pengantin lelaki tanggung.
Ok jom kita buat calculation kejap.

Tahun 2011 aku buat majlis akikah Rayyan.
3 biji khemah, 2 ekor kambing, mini pelamin, catering, goodie bags - habis around RM12k.

Gini je pelaminnya Rayyan. Mini pelamin.
Kita anggaplah gini juga pelamin pengantin.
Pengantin duduk bersila je atas tu sebab tak muat letak kerusi 😆.

Dengan jemputan 300 orang (tak termasuk 80 orang anak tahfiz), RM12k dah sekecil-kecil bajet aku siapkan untuk majlis ni.
Ini jemputan akikah tak sampai 400 orang tau.
Harga 11 tahun lepas.
Kalau nikah lagi lah besar majlisnya.
Dah tentu budget jauh lebih besar.
Jadi, kalau esok bakal pak mertua mintak RM15K, jangan konfiden cakap "Dia letak tinggi sebab nak pihak laki tanggung kenduri belah dia".
Kalau aku malulah nak cakap gitu.
RM15K tu tak banyak mana untuk majlis kawen.
Janganlah yakin sangat RM15K kau tu besar.
Entah-entah pihak perempuan top up 2 kali ganda dari nilai hantaran tu.
Hantaran RM15K tu nilai kesungguhan kau je, dik!

But I can see your point.
“Kalau takde budget buat kenduri, buatlah kecik-kecik. Yang penting nikah”.

Good point. Benda yang wajib kita didahulukan.
Resepsi ni tak penting mana.  
Tetapi, ada point lain yang kita terlepas pandang, iaitu ANAK ORANG.
Yang kita nak ambil tu anak orang.
Nak hak orang, ikutlah syarat orang. Jangan ikut kepala sendiri.
 
However, dalam masa yang sama kalau aku ada anak perempuan, aku juga akan berfikir balik, tergamak ke aku nak menyusahkan menantu sediakan duit hantaran yang tinggi sedangkan dia akan jadi sebahagian dari anak aku juga nanti?
So kat sini ada 2 point:

1. Aku membesarkan anak perempuan aku dengan cukup baik sehingga kau nampak dia cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Adakah RM30k terlalu mahal untuk membayar balik 'modal' aku membesarkannya?

2. Patut ke aku bebankan bakal menantu dengan nilai RM30k sedangkan dia bakal jadi anak aku juga nanti?

Aku selalu terfikir 2 point ni.
Takde jawapan yang menang.
Bagi aku, kedua-duanya betul jika dipandang dari perspektif yang berbeza.
Bila aku bincang-bincang dengan En Wan, En Wan kata “Kita nak bagi anak kita free kat orang, kita buat. Tapi tak boleh expect orang lepaskan anak dia free-free kat kita. Kalau nak, usahalah cari duit”.

Aku sependapat dengan En Wan.
Bukan apa, lumrah manusia nak untung pada dia je.
Selagi boleh memudahkan dia, dia nak buat mudah.
Anak orang pun dia nak minta murah.
Kalau dapat free lagi bagus.
Nescaya akan dipuji-pujinya orang yang letak hantaran murah-murah.
Yang dia esok belum tahu lagi gamak ke bagi anak perempuan dia murah-murah.

Jadi dalam isu hantaran mahal-mahal ni, pihak perempuan ada reasonnya, dan mereka betul.
Pihak lelaki ada reasonnya, dan mereka juga betul.
Yang tak betulnya korang-korang yang menghasut “Tinggalkan je lahhh. Cari lain!”.
Kau nak cari sorang pun payah, sesuka hati suruh orang tu cari lain.

Benda melibatkan hati dan perasaan tak semudah buang hari ni, esok dapat baru.
Apetah lagi melibatkan pasangan hidup.
Benda ni kalau boleh nak dipakai hingga akhir hayat, tak semudah itu nak cari.
Jadi jangan seronok bersorak bila seorang lelaki tu sanggup tinggalkan kekasih kerana hantaran yang tinggi.
Belum tentu lagi dia seronok dengan keputusan yang dia buat, entah-entah makan tahun nak pujuk diri sendiri.  
Yang kau pulak bersorak suka dah kenapa? Jenis busuk hati.

Kalaulah itu terjadi, anggap saja memang bukan jodoh.
Masing-masing sebenarnya akan jumpa yang lebih baik, yang sekufu, yang sepadan dan yang sehaluan.
 
Dulu aku punya dream husband, yang pertama, taraf ekonomi keluarganya mesti setaraf dengan keluarga aku.
Kalau keluarganya lebih susah dari aku, takpe.
Jangan lebih kaya sebab aku taknak mak bapak aku segan dengan besan.

Yang kedua, taraf pendidikannya mestilah lebih kurang aku.
Aku study local, dia juga mesti study local.
Tak payah overseas, sebab aku taknak one day dia jadikan perbezaan itu sebagai modal memperlekehkan aku.

Yang ketiga, dia mesti kulit sawo matang.
Asal jangan putih.
Aku ada satu perasaan kalau lelaki tu putih, dia macam lembik dan metrosexual serta cerewet.

Ex aku menepati tiga-tiga ciri tu.
Aku happy berjaya jumpa apa yang aku imagine.
Tapi takde jodoh. 
Rupanya jodoh aku lansung tak memenuhi ciri yang aku nak.

En Wan obviously orang senang. Aku tak.
Tapi rupanya di sinilah aku belajar menambahkan keyakinan diri aku. 
Maka kami sepadan.

Dia bijak akademik. Tapi dia tak sebijak aku (kahkahkah).
Oklah, aku tak sebijak dia. Ada balance di situ. 
Maka kami sepadan.

Aku dapat jodoh yang berkulit putih, teliti dan cerewet.
Tapi rupanya aku yang tak kisah dan boleh bertolak-ansur dengan his cerewet-ness. 
Walaupun sometimes aku bengkek, tapi most of the time aku buat dek je.
Maka kami sepadan.

Dia suka kondem apa yang aku buat.
Dan aku jenis tahan dikondem. 
Maka kami sepadan.

Maksudnya, SEPADAN ni tak semestinya kau ada apa dia ada.
Kadangkala kita ukur keserasian dan kesepadanan ikut selera mata.
Sama-sama cantik, sama-sama bijak, sama-sama kaya - maka sepadan.
Sedangkan sepadan itu umpama puzzle.
Setiap sisi ada bentuk yang berbeza tapi bila dicantumkan, melekat elok.

Nak mencari keserasian tu yang susah.
Jadi, kalau dah jumpa keserasian dan sanggup pula bayar hantaran tinggi, teruskan sajalah.
Berusahalah memenuhi apa yang disyaratkan.  
Jangan pula dek kerana tak puas hati dengan hantaran tinggi maka kita sengaja mencari-mencari silap dan kekurangan pasangan semata-mata nak justify keputusan kita.
Kalau betul-betul tak sanggup dan boleh move on, silakan.
Cuma kena ingat, kalau kita jumpa next girl, boleh jadi maknya pun akan letak hantaran tinggi.
Takkan selamanya kita nak mereject?
Kadangkala kita kena belajar untuk bersedia dan menerima.

Redza, kumpul duit dari sekarang.
Tiberr…


2021-06-05

Pengalaman accident

40 jahitan melintang depan muka!
OMG, kesiannya. 40 jahitan tu.
Dahlah troma accident, nak kena carry pula beban kecacatan wajah akibat the accident.
Perempuan pula.
Kalau dia mintak pampasan pun memang patut dah ni.

Siapa pernah accident sampai berjahit?
Me was masa umur 11 tahun.
Kereta Pak Aji accident kat Nilai.
Kitorang dari Tampin nak baik ke Bangi, hari Ahad.
Aku tido sepanjang jalan.
Tau-tau dengar bunyi bising (maybe suara Mak Aji menjerit).
Aku tersedar sayup-sayup suara Mak Aji “Ya Allah! Anak akuuu”.
Buka mata, gelap. Gosok mata, gelap lagi.
Rupanya muka aku dah basah dengan darah.
Aku sedar dalam keadaan terduduk atas lantai kereta, kepala landing kat ruang tengah antara seat pemandu and kelindan.
Tengah-tengah tu tempat letak kaset.
Maknanya kepala aku terhentak kat bucu kaset!
Kau boleh bayangkan tak bucu kaset tu terbenam kat kulit kepala aku?
Tu yang terus bijaksana jadinya 😆.

Aku tak tau apa yang jadi selepas tu, tau-tau aku ada kat klinik Dr Sockalingam kat Kajang.
Ni satu-satunya klinik kat Kajang waktu tu.
Bandar Baru Bangi memang takde apa lagi waktu ni, jangan tanyalah apesal tak bawak ke klinik Bangi.
Dr kata kepala mesti dijahit.
Nak meraung dengar perkataan jahit tapi terpandangkan Mak Aji ada sama kat dalam tu, terus tersangkut suara kat tekak.
Tak berani nak meraung, mampuih kena toreh.
Takde bius u olsss. Dia jahit kepala aku selamba je.

“Jangan takut. Sikitttt saja”

“Sikittttt saja”

“Sikitttt lagi”


Berapa banyak sikitlah? Tau-tau 6 jahitan.
Besar gak belah kalau sampai 6 jahitan.
Dah la kat bahagian depan kepala.
4 jahitan di bahagian rambut, lagi 2 jahitan turun ke kawasan dahi.
Rambut kena tokak sikit.
Sampai sekarang jelas parut kat dahi tu.
Walau macamanapun aku kekal konfiden free hair menayangkan kepala yang berparut tu 😆.
Sikatlah side kanan ke, side kiri ke, memang nampak sebab dia betul-betul bahagian depan kepala.
Kalau ikat rambut ke belakang lagiiiiii jelas.

Masa free hair dulu, setiap new customer yang aku jumpa mesti tegur “Kenapa dengan kepala you?”
Kalau orang lain dah pakai concealer dah agaknya.
Aku tak. Konpidennnn. Kisah apa aku. Gasak kau situ.

Dalam accident tu, aku sorang yang parah.
Ima and Ibal ok je.
Maybe aku dalam keadaan tak bersedia (tidur), jadi impaknya lebih besar.
Agaknya budak yang kena 40 jahitan tu pun macam tu juga, sebab dia kata tak sedar lansung waktu collision berlaku.
That’s why aku takut nak tido dalam kereta sekarang, tak kira siapa yang bawak.
Kalau En Wan yang bawak lagiiiilah aku tak berani nak tido.
Cara-cara celik mata pun melambung-lambung pantat aku dalam kereta, kalau tido terus beralih dari seat depan ke belakang agaknya.

Accident kali kedua masa Form 2.
Yang ni kereta Pak Aji total lost.
Terjadi masa kat Tampin.
Kitorang sefamili balik dari rumah orang kawen.
Baru je keluar dari rumah kenduri, kereta baru masuk gear 3, BAMMMMM!
Kena langgar dari tepi driver seat.
Berlaku kat simpang empat. 3 kereta terlibat.
Yang menarik, tiga-tiga kereta baru balik dari wedding - wedding India, Chinese and Melayu (kitorang).

Kereta kitorang di laluan jalan utama.
Kereta yang menghentam kitorang dari arah kanan.
Dia hentam kitorang then hentam pulak kereta yang ada di simpang belah kiri kitorang.
Polis kata simpang empat tu selalu sangat kejdian accident.
Orang yang menghentam selalunya dari arah kanan tu.
Bila ditanya semua cakap nampak jalan lurus takde simpang.
Sesuatu sangat agaknya simpang tu.

Nasib kitorang agak baik, maybe kitorang lambat 1 saat je.
Kalau 1 saat ke depan memang kereta kitorang terbelah dua bak kata pomen.
Arwah dah agaknya sekarang, sebab bahagian depan hancur.
Enjin pun berkecai, kau bayangkan kuat tak kuat dia hentam?
Alhamdulillah kitorang tak apa-apa. Bruises je. Takde darah-darah.

Masa tu aku duduk bahagian tengah memangku Ibal.
Kanan aku, Ima. Kiri aku, arwah nenek.
Aku kan duduk tengah, jadi mata aku memang pandang cermin depan.
Tiba-tiba je pemandangan depan tu bergerak lawan jam. Berpusing.
Aku macam konfius kejap.
Dengar pulak Mak Aji jerit “Eh kenapa kereta ni bang?”.
Semua tak perasan rupanya kereta kena hentam.
Kereta kitorang berpusing balik ke arah kitorang datang tadi (arah ke rumah kenduri).

Bila kereta stop, kitorang masih terpinga-pinga dalam kereta.
Until orang kampung ketuk tingkap suruh keluar takut kereta meletup.
Keluar, duduk tepi.
Aku ingat lagi Pak Aji mencangkung kat tepi muka clueless.
Dia pun bingung mikir apabenda yang jadi ni?

Mak Aji memang ada darah tinggi.
Dia agak teruk, darah naik mencanak. Dah nak pengsan.
Waktu tu dalam keadaan kelam-kabut, kereta yang lalu situ semua dah start slow sebab nak tengok accident, Pak Aji main bukak je pintu kereta ntah sape-sape “Encik tolong hantar keluarga saya ke hospital. Tolong”.
Yang kitorang terus je masuk kereta orang tu.
Orang tu pun terpinga-pinga.
Tapi dia hantar juga kitorang ke hospital.
Aku ingat lagi nama dorang Halim and Wati.
Terima kasih banyak-banyak sebab tolong kami.

Selepas accident tu, keadaan jadi tambah susah.
Kereta total lost. Macamana nak pegi kerja and bergerak kalau emergency.
Aku witnessed kesusahan parents aku waktu ni.
Dah la memang kitorang bukan orang senang, now nak kena spend duit untuk dapatkan new car pulak.
Tahun tu for the first time kitorang adik-beradik takde baju raya.
Aku tak tahulah kenapa everyime mak bapak aku berbincang masalah susah, mesti aku terdengar.
Samalah waktu ni, aku terdengar mak aku cakap “Nak raya lagi berapa hari, budak-budak selai baju raya pun takde”.
Kitorang kan hanya berbaju baru everytime raya.
Kalau tahun tu takde baju raya maknanya tahun tu takde lansung baju baru.

Masa tu aku and Ima bersembang-sembang berdua “Bila papa nak bawak kita beli baju raya eh? Dah nak raya”.

Bila terdengar mak bapak aku takde bajet tahun tu, terus bagitau Ima and Ibal tahun tu kita pakat-pakat pakai baju lama je.
Tak payah beli beli baju raya.
Aku cakap kalau beli baju maknanya kena jual balik kereta.
Oh by the way Pak Aji beli 'new car' kereta Proton Saga edisi 1987.
Second hand dengan harga RM5k.
Tapi RM5k tu besar nilainya dulu.
Bukan senang mak bapak aku nak kumpul 5k.

Malam tu nak balik kampung, siangnya Pak Aji ajak kitorang adik-beradik pi Bata beli kasut raya.
Pak Aji cakap “Tahun ni takde baju raya, ya. Tahun ni kita beli kasut je”.
Aku memang ingat ayat ni.
Rasa tak sampai hati nak beli tapi sebab Pak Aji dah bawa kitorang keluar, pilihlah jugak.
Sepakat pulak tu masing-masing pilih yang murah walaupun tak cantik.
Aku pilih kasut warna kelabu taik anjing (betapa tak lawanya kasut tu sampai warna pun macam taik).
Tapi sebab murah, aku pilih.

Malam tu kitorang tetap balik kampung.
Imagine, dalam keadaan susah mak bapak aku tetap balik beraya sebab taknak susahkan hati mak bapak.
Maybe juga taknak anak-anak rasa akward berhari raya di rumah.
Dah lah takde baju raya, tak balik kampung jumpa cousin pulak.
Maybe juga menjaga hati keluarga di kampung.
Mak bapak tak perlu tak boleh tahu anak-anak tengah susah.
Hari Raya mak bapak kena happy-happy anak berkumpul.
Kita takde duit biar simpan sendiri kita-kita je tahu.
Nak beraya bukan sikit-sikit duit nak kena spend.
Betapa gigihnya mak bapak aku menjaga semua perkara biar semuanya masih berjalan macam biasa walau yang dalam rumah ni je tahu keadaan sebenar.

By the way Pak Aji pakai kereta Saga second hand tu sampai tahun 2001.
Sampai aku kawen dia masih kekal dengan kereta yang sama.
Biar pakai kereta buruk, asalkan kenduri kawen anak tetap dia tanggung.
Hantaran anak pun tak mintak.

Masa awal-awal bertunang, En Wan tanya “Apesal papa awak pakai kereta lama? Apesal TV rumah awak kecik?”

Kalau orang lain agaknya dah kecik ati dengan soalan ni, kan.
Tapi aku faham, orang yang lahir-lahir atas duit ni dia tak dapat nak menyelami keadaan orang susah.
Bukan kerana kurang empati tapi dia tak pernah terdedah dengan keadaan susah jadi dia tak faham why kita nak pakai kereta buruk?
Why kita nak pakai TV kecik?
Adekah kita susah atau kedekut?
Jadi, aku explain kat En Wan why.
Barulah dia tahu history kereta tu.
Barulah dia tahu dalam sebuah keluarga susah, ada seorang anak perempuan yang gojes dan bijak. Ahgitewwwww.

Kali ketiga aku accident, dengan En Wan. Tahun 2001/2002.
Masa tu belum ada Redza.

Accident masa dengan kereta ni.
Kalau ikut pada bentuk kereta macam takkan jadi teruk sebab muncung depan tu panjang, Honda pulak tu.
Hakikatnya, depan tu remuk siap berlipat.
Padahal menghentam Kancil je kau!
Nak tau kenapa?
Sebab kereta sport ni rendah.
Bila rendah, muncung tu menghentam bawah kereta depan.

Area yang aku bulatkan tu keras gila rupanya.
Kereta Prelude tu muncungnya macam tin Milo je jadinya bila langgar bahagian bawah ni.
Padahal tak hentam kuat.
Masa tu hujan. En Wan dah tekan break dah pun.
Maknanya dah tak laju.
Tapi jalan licin, kereta dia masih bergerak lalu BAMMMM kissed car in the front ðŸĪŠ.
En Wan sempat cover aku dengan sebelah tangan dia, punyalah slow motionnya pergerakan kereta kitorang.
Tapi hasilnya Kancil tak apa-apa, Prelude remuk depan.

Kejadian berlaku kat Maran, Pahang.
Kata orang-orang area tu, kawasan tu memang selalu accident.
Samada jalan licin atau orang khianat, wallahualam.
Sebab tak sampai 2 minit berlanggar, dah sampai tow truck.
Tu pasal sampai sekarang aku terjerit-pekik dalam kereta bila En Wan bawak.
Sebab ada pengalaman eksiden dengan dia.
Tiap kali naik kereta dia suruh aku tido.
Maunya? Cara-cara celik mata pun boleh berlanggar, kalau aku tido dah terbang masuk kereta depan agaknya aku.
Alhamdulillah takde apa-apa. Cuma bengkek sampai sekarang jewwww.

Rasanya tu lah 3 kali pengalaman accident.
Ngeri rasanya nak lalui lagi pengalaman ni.
Cukuplah takut naik flight.
Jangan sampai kereta pulak aku takut naik lepas ni.
Memang stay at home forever jawabnya.


2021-06-04

Kalau tak perlu, tak payah guna.


Sikit masa hari tu pernah viral kan sorang lelaki yang katanya Dr, dia suggest buang periuk Teflon and start pakai periuk cast iron ala-ala Le Creuset.
Periuk teflon macam Tefal katanya pencetus kanser.
Maka laku la kejap sale periuk cast iron dek kerana video tu.
Rupanya dokter pelsu. Siap tipu pakai title Prof lagi ðŸĪĶ‍♀‍.
Agaknya kalau dia tak pakai title orang tak yakin dengan dia. 

Ni benda biasa, penyakit zaman moden.
Ramai je gunakan title untuk personal interest.
Belambak founder and motivator ada title Dr sekarang.
Ntah ye ntah tak.
Kalau tengok dari cara dan gaya pun takde rupa orang yang tinggi ilmu sampai tahap PhD.
Kadang terpikir apelah perlunya beli fake cert? Nak buktikan apa?
Tapi tu lah, manusia memang mudah percaya pada orang yang banyak gelaran, banyak harta, banyak pengaruh - kerana ini lambang sukses.
Bak kata ustaz aku dulu, kalaulah kita hidup zaman Nabi Musa agak-agaknya kita ni pengikut Musa atau Firaun?

Satu kelas jawab “Musa!”

Ustaz kata "Yakin ke dengan Musa? Musa tu tak sekaya Firaun. Pengikutnya tak seramai Firaun. Sedangkan Firaun kaya, pengaruh besar, followers ramai dan kerajaannya kuat".

Terdiam semua, termasuklah aku.
Betul juga.
Kita kan senang terpengaruh dengan lambang-lambang sukses macam tu.
Mujurlah kita tak lahir di zaman Nabi Musa, kalau tak tak tau la kita jadi pengikut siapa.

Aku syak walau 100 tahun lagi, orang tetap menilai sukses atau tidak seseorang berdasarkan nilai-nilai material tadi.
Jawatan, pangkat and gelaran memang dikejar orang.
Dianggap sebagai kayu ukur success seseorang.
Maka tak heranlah ramai sanggup beli title Dr and Dato’.
Nak buat macamana, orang memang memandang pada title.
Beli fake PhD berapa sen baru.
Dah dapat title Dr esok, macam-macam kau dapat.
Dapat gain trust in business.
Dapat pengaruh.
Kau mengencing pun orang sanjung.
Bak kata kawan aku yang also a PhD holder (real PhD), dia kata bila ada title Dr, cakap benda merepek pun orang kagum.
Dulu sebelum ada title Dr, cakap dengan fakta pun masih orang argue.

Kadang tak boleh nak salahkan jugak orang-orang yang beli fake PhD and title ni.
Dah kalau ramai yang memuja orang bertitle, sape yang tak tercenderung nak apply satu, kan.
Aku bukan against pangkat dan gelaran.
Pangkat and gelaran ni habuan dunia.
Kalau dapat, ambil.
Gunakan dengan baik kerana itu adalah amanah sekaligus ujian.
Tapi bila salah guna, jadi gitulah.
Yang aku pelik, dah pakai title Dr, masih tak cukup. Nak bubuh Prof pulekkk.
Penyakit apekah ini?

Ada juga doktor perubatan tapi menyalahgunakan title untuk personal interest.
Contohnya, menyebarkan dakyah-dakyah merepek pasal sesuatu yang bukan bidangnya.
Mentang-mentang ada title Dr, otomatik merasa diri serba tahu.
Tak pernah eksktrak DNA, tak pernah buat cloning, tau-tau nak sembang pasal vaksin production.
Kau masuk lab pun tidak.
Hanya kerana ada title Dr, maka rasa diri ada kelayakan nak bercakap pasal benda yang kau sebenarnya tak pakar pun.
Tak malu ke dengan saintist-saintist yang lebih layak bercakap pasal ni?

To me, orang yang beli fake title ni payah nak dipercayai.
Especially yang beli fake title untuk tujuan gain trust in business.
Kalau nak mula berniaga pun start dengan cara yang salah, apa jaminannya segala urusan selepas tu dijalankan dengan betul?

Memiliki title memang mampu mengubah pandangan seseorang pada diri.
Jangankan gelaran profesor yang memang dianggap sangat terhormat, yang ada ijazah pertama je pun sangat terasa berbeza especially bila dibandingkan dengan orang kampung yang belajar sampai menengah je.
Sekarang ni first degree dah melambak.
Having a first degree dah tak istimewa mana.
Maybe itulah salah satu punca ramai berlumba-lumba menambahkan title dengan macam-macam cara.
Dari yang guna saluran betul dan formal sampailah ke fake certificafe.

Orang yang terlalu menyandarkan nilai diri pada gelaran, kesombongan sebenarnya tak pernah lepas dari dirinya. 
Nak-nak lagi yang pakai title fake. 
Nampak macam tak sombong, tapi bila dia tau dia takde benda tu but still nak pertahankan juga, itukan sombong namanya?
 
Ada juga yang dah lah takde title, takde kepakaran dan knowledge pulak dalam sesuatu, tapi taknak kalah.
Last year, masa mula-mula kita berdepan dengan Covid.
Ada yang dan-dan tukar nama company - tambah perkataan ‘Biotech’, ‘Diagnostic’ and ‘Scientific’.
Kau tau sebab apa? Sebab nak jual hand sanitizer. Boleh?
 
Kan waktu tu hand sanitizer susah nak cari.
Benda tengah demand katakan.
Maka beruk-beruk ambil kesempatan.
Nak apply fake PhD suntuk sangat agaknya.
Paling senang tukar je nama company dari Hasnah Beauty ke Hasnah Biotech.
Kan terus nampak macam orang sains tu?
Barulah netizen percaya nak beli hand sanitizer kau.
Pastu claim hand sanitizer dia ada 99% alkohol. Tepuk dahi ðŸĪĶ‍♀‍.
Aku yang guna sanitizer berpuluh tahun tak penah lagi nampak orang guna sampai 99% alkohol as sanitizer.
Lepas tu buat iklan recruit agen.
Orang lain sibuk educate people tentang which hand sanitizer to choose, how to use, when to use, yang dia sepanjang masa sibuk cari agen untuk jual sanitizer.
Boleh nampak la perangai orang opportunist ni macamana.

Bab sombong ni memang sifat manusia.
Baru dapat harta yang berlebih sikit dah berlagak jadi orang paling kaya di dunia.
Sama lah ketika memiliki title akademik paling tinggi.
Sembang pun dah lain. Cara pandang orang pun lain.
Tak semua, tapi ada. Aku jumpa dah orang jenis ni.
Nak lagi kalau dia berurusan dengan orang yang takde title akademik.
Dia punya air muka dan gesture tak boleh blah. Rasa dah habis hebat.

Look. Bak kata kawan aku yang also an academician.
Dia cakap “PhD bukan untuk orang pandai tapi untuk orang yang nak buat”.
Ada keperluan untuk orang-orang ini ada PhD for career enhancement.

Aku agree dengan dia.
Ramai je yang tak sambung belajar bukan kerana tak pandai atau tak layak tapi TAK MAHU kerana TIADA KEPERLUAN.
Mostly yang ambik PhD ni pensyarah.
Mereka ada keperluan untuk memiliki that certificate.
Orang macam aku ni, yang run own company, kami ada misi berbeza.
Tak nampak apa keperluannya untuk dapatkan akademik title.
Tapi kalau ambik shirt course 6 bulan atau 1 tahun, memang aku ada ambil.
Tujuannya sebab nak belajar dan memahami sesuatu for the benefit of my business. 

Dari sudut pandang seorang majikan, aku tak perlukan someone yang ada Masters atau PhD untuk bekerja dengan aku. Takde keperluan.
Kalau kau ada itu, that's good for you.
Tapi gaji anda tidak dibayar berdasarkan berapa banyak certificate anda ada.
Anda akan dibayar berdasarkan skill dan what can you do for my company.

Aku interview food technologist, cukup dia memenuhi syarat yang aku nak, you are in the payroll.
Tak perlu ada Masters pun.
Tapi kalau satu hari nanti aku nak hantar dia sambung belajar, that's another story.
Kerana memang ada plan one day aku akan pass-kan this business pada mana-mana staff yang perform, yang tahu buat bisness at the same time ada background biotech atau food science.
Biarlah orang-orang begini yang run the company, dia layak.
Aku jadi managing director duduk rumah sebulan sekali masuk meeting, cukuplah.

Oh aku ada satu cerita.
Ceritanya dulu masa makan gaji, aku pi outstation ke selatan, singgah satu institusi kerajaan.
Jumpa Ketua Unit.
Dia punya kerek Tuhan je tahu.

“We all nak cari collaborators dari orang industri. Tapi orang industri tak talk the same language (yang faham biotech). Nak explain our project pun susah. You all semua ada tak pergi training pegang pipet ke, apa ke sebelum promote kat customer?”

Aku terkesima.
Dia tanya aku reti pegang pipet ke tak??
Rendahnya pandangan dia kat aku.
Aku tak banyak cerita.
Aku invite the whole team datang office. Bawak pi lab tour.
Kenalkan dengan semua lab people dalam tu.
Lepas tu barulah nak bertatasusila dengan aku “Kenapa tak bagitau you all ada lab?”
Dah tu kau kerek sangat, celah mana aku nak bagitau.

Puas hati aku dapat kerek balik kat dia.
Walaupun tu bukan ofis aku tapi aku nak dia tahu, ofis tu dimiliki oleh someone yang takde PhD macam dia.
Tapi pemilik ofis tu adalah orang yang sama background macam dia cuma pemiliknya TAK MAHU sambung belajar sebab misinya berbeza, bukan kerana tak pandai. 
Inilah yang aku cakap tadi tentang TIADA KEPERLUAN.  
Jangan pandang rendah kemampuan seseorang hanya kerana dia takde apa yang kau ada.
Boleh jadi kau yang takde apa yang dia ada.


2021-06-02

New program at UPSI

Semalam 1 Jun 2021.
Sepatutnya semalam satu hari bersejarah untuk aku simpan sebagai kenangan.
1 Jun adalah hari yang aku tunggu-tunggu sangat (selain berpeluang merentas negeri. Hahaha). 
After all the hardwork, sleepless nights, meeting back to back and countless paperworks, sepatutnya semalam akan ada satu signing caremony program diploma baru sebuah universiti. 

It all started in 2019, bila idea untuk mewujudkan satu program akademik ni muncul masa bersembang dengan CEO Mega Jati Academy.
Dia nak aku produce satu program berkaitan food untuk di-propose ke universiti.
Apa yang menarik, syllabus program ini ada sentuhan orang dalam industri.
Maksudnya, ia bukan saja bersifat akademik tapi ada ciri-ciri apa yang seorang majikan perlukan dari seorang pekerja.

On the way balik Tganu, dalam kereta sambil-sambil buat kerja tiba-tiba tergerak nak approach customer lama aku di UPSI.
4 tahun lamanya aku tinggalkan customer-customer ni after aku decided nak concentrate dengan GreenAard.

Pitching for 10 minits pada hari pertama jumpa, explain tentang cadangan mewujudkan satu program baru membuahkan satu course baru iaitu Profesional Diploma in Halal Food and Biotechnology.
Ini adalah real program, bukan sijil biasa yang kau dapat lepas join training. No.
Pelajar-pelajar yang ambil course ini akan bergraduasi dan berkonvo bersama-sama pelajar dari course lain di UPSI.
Kau akan pakai jubah konvo, naik pentas ambik ijazah dari Canselor Uni.
Bukan acah-acah ambik gambar konvo berlatar-belakangkan pentas dihias belon. Eh.

Dalam plan, semalam adalah hari signing MOU between Mega Jati Academy & UPSI.
Sebagai Program Manager course ni, aku juga akan berada di sana to witness the signing caremony.
Tapi lockdown lah pulekkk.
Takpe, walaupun caremony tak jadi buat sebab lockdown, actually the paperwork dah di-signed.
Nanti keadaan dah clear insyallah signing caremony akan dibuat.

Masa dapat call dari UPSI “Diana, program diploma dah diluluskan oleh senat”, aku tak tau nak peluk sape nak nangis.
Masa tu kat rumah, depan laptop tengah buat soalan exam.
Happy, syukur, lega, bila semuanya selesai.
Last-last masuk bilik air nangis sorang-sorang 😭.
Melepaskan kelegaan bila akhirnya program diploma ni diiktiraf oleh universiti.

Bukan sesuatu yang mudah untuk meyakinkan those yang "bertitle" untuk terima proposal ni.
Hanya orang yang kenal kita saja yang berani.
Kebetulan customer yang aku approach ni kenal aku bagaimana.
Walaupun aku takde title Dr, dia tahu aku ada ilmu dalam bidang ni, ada pengalaman, pernah help her student dalam research.
Berbekalkan modal itu, dia willing untuk dengar our proposal.

Bukan nak cakap apa la, program ni pernah dibawa ke universiti lain.
Diperlekehkannya kita macam kita ni lulusan SRP saja.
Mentang-mentang takde title akademik.
Sorry to say la, I have been in biotech line bertahun-tahun - dari belajar, bekerja, doing analysis, produce own product, entrepreneurship - silap-silap skill aku sama je atau lebih dari puak-puak yang taksub dengan title sendiri ni.

Orang-orang macam ni memang wujud, ya.
Jenis yang bangga dengan title. Rasa macam dah tinggi sangat achievement tu.
Kelompok yang proud tak bertempat ni, percayalah cakap aku, dia takkan grow.
Orang yang bila merasa dirinya hebat, automatically stop learning and improving.
Pendapat orang lain pun dia taknak terima.
Selalu merasa diri betul sampai rasa tak perlu dah grow lagi.
Nak pulak bila program ini ada nilai-nilai industri.
Dia rasa macam academician saja yang the best.
Padahal bila student nak keluar cari kerja nanti, industri mahukan graduan yang industry-ready.
That's why ramai susah dapat kerja dalam bidang yang relevan dengan study, because tak semuanya industry-ready.
Bila orang industri sendiri terlibat dalam preparing syllabus, mereka tahu apa yang mereka mahu dari bakal graduan.

Contohnya, dulu aku buat retort training and halal executive training.
Aku encourage ramai bakal graduan join because kat uni kau tak dapat pendedahan begini dari orang-orang dalam industry sendiri.
Bila kau bergraduat nanti dengan ada tambahan sijil dari training-training sebegini,kau nampak lebih outstanding di mata majikan kerana kau ada skill yang orang lain takde.

Aku pernah ambil profesional course di IPTA, subjek food safety.
Ingatkan yang mengajar lecturer universiti, rupanya semua orang industri.
Dari kilang Nestle, dari kilang itulah, kilang inilah.
Kenapa? 
Because hanya orang industri saja yang mahir dan really practice food safety.
It's like their everyday routine.
That's why mereka yang paling layak mengajar walaupun takde title akademik.
Their skill and experience counts.

Itulah antara cabaran masa propose this program.
Imagine, aku dah umur 40 lebih, tapi masa lagi ada kelompok yang menilai prestasi seseorang berdasarkan title.
Rupanya skill and pengalaman aku bertahun-tahun dalam bidang ni tak valid ya kalau takde title "Dr".
OMG, kenapalah this kind of mentality masih wujud?
Ah sukatilah. Aku jalan dulu.

Dia punya workload nak menyiapkan syllabus and kurikulum program ni...erghhhhh.
Tak taulah macamana aku boleh juggle time buat benda ni dengan full time handle XZIZ Biotech, at the same time masa tu aku ambil Nutrition course dengan Wageningen University, dan dalam masa yang sama prepare syllabus untuk program diploma ni. 
To be honest, dalam tempoh nak menyiapkan syllabus program ni, banyak kali bertegang urat dengan En Wan.
Nampak macam aman-aman je, padahallll.

En Wan sebenarnya stress bila aku kelihatan terlalu sibuk menyiapkan something yang 'tak nampak hasil'.
Sebab kerja ni aku buat setahun lebih dah, berjaga malam, tido 3-4 hours setiap hari, keluar sana sini untuk meeting benda ni lagi.
Maybe dia kesian kat aku atau dia takut aku buat kerja sia-sia.
Ye lah, setahun lebih buat sesuatu tanpa ada benefit dan takde duit masuk, kau rasa?
It’s like buat kerja for free yang tak tahu samada ada hasil atau tak.
Tapi aku cakap kat dia, dulu masa aku run XZIZ Biotech, aku ke sana sini tanpa ada duit masuk.
Berbulan-bulan duit keluar macam hape je outstation sana sini.
Tapi aku kena buat juga because that is how things work.
Kena buat sampai jadi baru nampak hasil.

Samalah juga masa aku nak start dengan GreenAard.
Tu pun mujur awal-awal dulu aku tak share dengan dia plan nak produce GreenAard.
Malas nak dengar dia bising-bising.
Setahun lebih RnD GC Plus, ke sana sini buat testing, duit keluar macam air.
Waktu tu tak nampak ada future pun.
Tapi kena buat sampai jadi baru nampak hasil.
Bila dah nampak bendanya, barulah dia tahu rupanya selama ni bini dia RnD new product.

Bila aku start preparing syllabus ni, this is not new to me.
Aku dah lalui stage macam ni berkali-kali.
Memang awal-awal nampak macam buat kerja sia-sia.
Duit keluar macam apa je travel sana sini. Kejap-kejap meeting.
Tapi nak buat syllabus perlukan komitmen yang bukan calang-calang.
Ini program university.
Nak lahirkan pelajar yang berkualiti yang bakal grad dengan diploma.
Nak tak nak kena bagi komitmen. Buat kasi jadi.

Alhamdulillah, bila dapat kelulusan senat, syukur sangat.
Syllabus dalam program ni disusun sesuai kehendak industri.
Dalam program ni selain student belajar tentang food safety, student juga belajar tentang biotech and halal entrepreneurship juga.
Aku kalau nak cari protege untuk ambil alih management XZIZ Biotech maybe dari bakal-bakal graduan course ni sebab topik dalam course ni dah disusun biar student belajar tentang basic biotech, food microb, food safety, and halal entrepreneurship.
Dalam pada belajar food safety, student juga belajar tentang pengurusan halal dan food biotech.
Complete elemen yang perlu ada untuk seseorang run food business.
Founder-founder yang produce food product atau supplement yang tapi tak tahu hujung pangkal tentang what is safe and what is not, why must this, why must that - aku encourage ambik program ni.
Boleh terus grad with diploma dalam bidang yang relevan.
Biar gain trust.

Oh yes, ni kena bagitau jugak ni.
Tentang ekspresi En Wan bila aku cakap "Bang, program saya lulus senat".
Macam biasa la, dia akan buat muka as if dia memberikan sokongan yang tak berbelah-bagi. Hahahah.
Siap bangga aku berjaya asbab dia mengondem.
"Awak ni hanya berjaya bila dikondem. Sebab tu saya kondem".
Ya ampunnn, tolonglah! Nak jugak kredit.

Lega satu program dah selesai.
Now sedang menunggu kelulusan program yang sama tapi Masters degree di universiti yang lain pula.
Doakan segalanya lancar.
Lepas ni aku kena kembali concentrate ke RnD yang tertangguh lama.
Insyallah new produk GreenAard akan release.

Kalau cikgu-cikgu proud melihat student masing-masing berjaya dalam SPM, the feeling melihat program kau menghasilkan graduan I guess the same. 
Semoga umur aku panjang untuk melihat student-student first batch program ni naik pentas konvokesyen.
Insyallah iklan tentang intake ini akan dikeluarkan oleh pihak universiti.
Aku akan share juga di platform media sosial aku.

Oh by the way, siapa yang berminat untuk join Halal Executive, belajar tentang pengurusan halal dalam food business, cosmetic business, hotel business dan logistik business, masih sempat nak join training Halal Executive 5 JUN ni. 
Module ini juga ada dalam program Diploma tadi.
Bermakna, student yang graduate nanti bukan saja dalam diploma tapi certified Halal Executive sekaligus.
Bayangkan student ini datang ofis korang mohon kerja dengan strong certificate macam ni?
Terus hire guys, hire them! They are ready for industy.




2021-05-31

Beban kenduri kawen.


Every year mesti ada yang minta tulis topik ni.
Ini pun semalam ada yang minta aku cakap pasal ni.
I guess ini masalah yang valid sepanjang zaman.  
Siap tanya "Esok kalau Redza kawen Kak Di suruh dia simpan duit atau Kak Di cover semua?"

Eh, dah kenapa pulak aku nak kena cover, dia yang nak kawen?

Tapi dalam plan aku and En Wan, kalau anak kawen esok, belanja kenduri duit kitoranglah, sebab dah tentu-tentu yang ramai jemputan dari kalangan kawan-kawan mak bapak.
Selalunya mana-mana majlis kawen yang ramai memang jemputan mak bapak, secara lojiknya mak bapaklah yang patut keluar duit untuk kenduri.
Dari pemerhatian and pengalaman aku melalui kenduri-kendara dari kalangan orang-orang yang aku kenal, bila mak bapak tak keluar duit tapi jemputan dia paling ramai, selepas majlis akan muncullah keluhan-keluhan macam dalam screen shot tu.

Some parents over bab kenduri kawen.
Seluruh pelusuk kampung nak dijemputnya, tapi duit dia tak keluar pun.
Lepas tu demand macam-macam.
Ini aku cakap sebab aku pernah berdepan dengan pengantin yang alami situasi macam ni, ya.
Bukan reka cerita.
Budak tu bekerja tak sampai berapa tahun, dah dimintaknya buat majlis itu ini.
Siap dia pulak yang mengatur goodies apa nak bagi kat tetamu.
Tapi dia keluar air liur je lah, anak dia yang tertonggeng-tiarap nak sediakan semua demi nak jaga ego parents.

Alhamdulillah, kenduri kawen aku dan adik-beradik lain, duit kenduri semua duit Pak Aji and Mak Aji.
Memang dorang dah cakap "Duit kenduri mama tanggung tapi duit kau nak mekap, duit hantaran, tu semua atas kau".
Memang lega banyak.
Paling lega En Wan lah, duit hantaran pun tak bawak.
Actually dia bawak duit hantaran tu.
Dari majlis bertunang Pak Aji dah bagitau taknak duit hantaran.
Tapi pakcik aku yang jadi wakil keluarga rasa macam tak sedap pula kalau kata tak mahu hantaran, jadi dia kata "Terpulanglah pada Diana and Wan untuk decide".
So we both decide ikut tarikh bersanding 5 May 2001 = RM5520.01 (memang satu sen ni ada dalam hantaran yang dia bawak tu).
Tapi Mak Aji pulangkan balik kat En Wan. Dia tak mau.

Kenduri aku masih style rewang.
Seminggu sebelum majlis dah bersoseh jiran-jiran datang rumah siapkan itu ini.
Anak sulung selalunya jemputan yang datang memang ramai.
Orang kat situ naik takut tengok jemputan yang datang punyalah ramai.
Dah pukul 3pm masih menderu.
Nasi kawah masak sampai 3 kali (termasuk yang pertama kali masa).
Maunya tak ramai, Mak Aji punya nombor pekerja 506 kot.
Maknanya dia orang yang ke-506 bekerja di UKM. Kira otai ni.
Dah tentu jemputan dia ramai.
Pak Aji pulak Pegawai Pendidikan Selangor Bahagian Disiplin dan Kaunseling.
Sekolah mana yang takde unit kaunseling kau bagitau aku?
Cikgu sekolah punyalah ramai yang datang.
Kebanyakkannya cikgu kaunseling sekolah-sekolah Selangor.

Bayangkan kalau aku yang kena keluar duit kenduri?
Berapa banyak aku nak spend untuk kenduri kalau gitu punya ramai?
Jemputan aku ada la 50 orang. Tu pun tak sampai kot.
Geng Dusty Pink berapa kerat je.
Semua masih single waktu tu, aku yang pertama sekali kawen.
Kawan sekolah aku berapa kerat je. Memang tak sampai 50 orang.
Kawan-kawan En Wan (geng study Jepun) semuanya datang ke jemputan belah aku tapi tak ramai mana.
Geng-geng En Wan sporting, dari majlis bertunang lagi dorang datang beramai-ramai bagi support kat En Wan.
Dah macam majlis nikah time bertunang dulu.

Mujurlah mak bapak aku faham dan sedar tak sepatutnya anak dia dibebankan dengan duit kenduri.
Memang tak adil pun kalau aku yang kena keluar duit kenduri sedangkan jemputan aku tak sampai 50 orang.
Baik aku celebrate kat cafe je.
Duit pelamin, duit bilik pengantin, kenduri, goodies, kad kawen --- semuanya free.
Kitorang keluar duit untuk persalinan pengantin, baju nikah, duit tempah baju, duit mak andam, duit urusan nikah, barang-barang hantaran and 100 keping kad kawen.
100 keping kad kawen ni kitorang bagi kat jemputan kitorang je (kawan and ofismate). Itu pun berlebih.
Itu bukti bahawa jemputan pengantin tak ramai mana.
Oh, lagi satu aku ada cover 50 batang bunga pahar yang dibuat sendiri.
Padahal Mak Aji dah tempah 100 bunga telur dah atas pelamin tapi aku nak merasa jugaklah menggentel bunga telur sendiri.

Itu je belanja kawen kitorang dari duit sendiri.
That's why masa kenduri takde kek kawen sebab tak cukup bajet.
Mak aku cakap nak potong kek pakai duit sendiri. Hahahaha.
Alhamdulillah, walaupun Mak Aji tu kadang macam naga jadian bila naik hantu, tapi dia ada common sense.
Dia tau tak patut nak bebankan anak menantu untuk kenduri.
Memang kitorang takde hutang mana-mana lansung demi nak kawen.
Takde buat personal loan, takde apa.
Masa tu kredit kad pun takde.
Konsepnya, takde buat cara takde.

En Wan lagilah, gaji pertama pun tak masuk lagi.
Masing-masing guna duit simpanan sendiri untuk cover apa yang patut kitorang cover.
Nampak macam tak banyak kan, tapi kena ingat, waktu tu gaji aku sebagai Research Asisstant hanya RM1400 je.
Tolak itu ini, RM1200+ je dapat.
Dengan duit tu la bulan-bulan aku kena simpan.

Memang aku duduk dengan mak bapak, tak payah bayar sewa.
Tapi aku sewa kereta (upah orang) untuk hantar and kutip aku dari/ke stesen komuter, RM50/sebulan.
Tiket komuter and LRT pergi balik kerja lagi.
Makan minum di tempat kerja lagi.
Tak masuk lagi keperluan peribadi yang mesti beli tetiap bulan.
Allowance untuk Ibal RM50 every month (yang ni tak perlu pun tapi Mak Aji kata takyah bagi duit kat dia, kalau nak bagi duit sangat bagi kat adik aku yang itam tu).
Masa ni aku rela tak pakai henfon dan jarang (i mean sangatttttt jarang) beli baju.
Nasib baik baju kurung Mak Aji banyak.
Dapatlah bertukar-tukar baju kurung pi kerja, macam-macam pesen. Kahkahkah.

Dengan duit gaji itulah aku menyimpan ikat perut macam nak rak demi nak cover kos-kos kawen.
Kalaulah aku yang kena cover segala urusan kenduri, agaknya tahun lepas baru aku kawen.
Aku bersyukur Mak Aji and Pak Aji sanggup tanggung sebahagian besar kos kawen aku.
Tapi aku taklehlah demand macam-macam - nak dulang girls pakai sedondon, nak khemah scallop, nak chiavari chair, nak pelamin 6 tingkat, nak buat kat dewan, nak ada rombongan penari zapin, yada yada yada.
Apa yang dia sediakan, aku syukur dah.
Takde lah koman sangat pun majlis aku.
Biasa-biasa je tapi meriah sebab semua keluarga dari Singapore and Johor turun Bangi.
Rombongan dari Tganu nak dekat 10 biji kereta.

Aku syukur sangat-sangat Mak Aji and Pak Aji tak membebankan kitorang dengan kos-kos yang tak perlu.
Hasilnya selepas 3 bulan kawen, kitorang dah dapat menyewa rumah sendiri di USJ Subang Jaya.
3 tahun selepas tu dapat pindah masuk rumah sendiri, dapat ambil maid untuk Redza, dapat beli new car.
Tapi masa ni holiday-holiday memang takde.
Our first holiday masa umur Redza 3 tahun.
Maknanya 6 tahun selepas kawen baru merasa nak pi bercuti.
Ini pun aku bersyukur sebab aku and En Wan diberikan kesedaran untuk sama-sama tahu apa yang perlu diprioritizekan.
Vacation can wait. Necessity comes first.

Aku cakap kat Redza, duit hantaran segala itu kau sediakan.
Sendiri nak anak orang, sendiri simpan duit dari sekarang.
Jangan nak tawar-menawar harga anak orang, buat malu. Agak-agak mahal, cari lain. Kalau nak kawen tema itu tema ini, bak sini duit top up.
Kalau tak, apa yang aku buatkan, terima saja.

Redza pulak cakap "Redza taknak naik pelamin, Ma".
Wahhhh ini sudah bagus. Jimat banyak ni. Hahahaha.
Ye sangatlahhh taknak naik pelamin.
Apak kau dulu pun beria taknak naik pelamin.
Aku jegil biji mata sekali terus ai followwwww.

Pasangan yang baru nak berkahwin kat luar tu, janganlah ikutkan hati bila buat majlis kawen.
Jangan terlalu nak follow trend.
Kalau ada budget, why not?
Tapi kalau takde, toksahlah sampai buat personal loan bagai.
Esok anak dah 2-3 orang, loan tak habis lagi.
Tambah pulak dengan hutang kredit kad, bila mau settlelah?
Kalau mak bapak yang beria nak buat majlis besar, cuba bincang kot-kot dorang boleh top up.

Kenduri aku kat Tganu, 100% duit En Wan.
Dari kenduri, persalinan dan kad kawen jemputan di sana segalanya duit En Wan.
Tapi khemah 2 je lah.
Masak pun gotong-royong.
Tetamu tak seramai Bangi.
Goodies biasa-biasa - telur, kerepek, manisan.
Takde bekas kristal atau bekas kaca. Bunga telur saja.
Orang kata "Takkanlah balik blaja overseas kerja engineer kenduri takat 2 khemah?".
Luckily, he doesn't care. Aku pun tak kisah.
Janji lauk pengantin tu mau sedap.

Selalunya gitulah. Bila terbawa-bawa dengan status, akhirnya menjerat diri.
Majlis kawen ni kejap je. Habis kuat 3 hari.
Lepas tu orang tak ingat dah majlis kau.
Yang menanggung beban hutang sampai RM80K ni kita suami isteri saja.
Jangan nanti dah 5-6 tahun kawen masih tak habis-habis mengungkit bab duit kenduri.
Dalam statistik rumah tangga, tempoh 5 tahun pertama paling banyak penceraian berlaku yang disebabkan oleh kewangan.
Tahun-tahun pertama ni banyak pakai duit.
Waktu ni dah ada anak, waktu ni nak beli rumah, waktu ni dah beli kereta, waktu ni anak dah mula nak bersekolah tadika.
Waktu-waktu ni banyak nak pakai duit.
Kalau beban kenduri masih tak settle lagi, boleh imagine tak stressnya besar mana? Ha, jawab.

By the way, majlis kawen time PKP ni jugak yang untung. 
Jimat satu hal.
Satu hal lagi orang pun tak kondem majlis kau simple.
Ini kesempatan yang Allah bagi, sape nak nikah time ni, silakan.
Habis PKP esok terus boleh bayar downpayment rumah baru.




2021-05-30

Upah orang alim.

Za'ba yang dimaksudkan dalam screenshot di atas adalah Pendeta Za'ba.
Aku tertarik dengan ayat "memohon doa dari golongan alim".
Dulu, aku tak pernah terfikir bidaah ini wujud.
Dalam keluarga aku, tak ada istilah minta orang alim doakan bagi pihak kita.
Sendiri nak, sendiri doa.
Sendiri nak, sendiri buat solat hajat.
Kalau buat kenduri, sesekali je imam surau/masjid lead bacaan doa kalau kebetulan jemput orang surau.
Kalau tak, ahli keluarga sendiri lead, selalunya Pak Aji.

Sehinggalah aku berkahwin, baru aku nampak memang ada orang yang mengamalkan "minta orang alim doakan".
Mok aku cakap "Kat Tganu biasa buat gini".
Aku tak sure la "Tganu" tu seluruh Tganu atau kampung dia je yang buat gitu.

Kejadian pertama, that was lama dulu di zaman aku masih free hair.
Kak Long nak bukak cafe dalam UMT.
So there's one night kitorang semua ke cafe tu sebab nak buat solat hajat and jamu sekali student.
Kira macam free tasting la.
Sesiapa yang datang cafe tu akan dapat sepinggan nasi beriyani.
Aku remember bawa telekung untuk join the solat hajat.
Lama tunggu, tapi tak start-start pun solat hajatnya.
Masing-masing masih sibuk menyusun pinggan and makanan.
Tiba-tiba aku terperasankan sorang pakcik tengah solat dalam kawasan cafe.

Aku tanya mok "Mok, sape tu?".

Mok kata itu orang yang buat solat hajat.
Aku macam, "Huh? Kenapa dia solat sorang-sorang tak panggil kita semua?".

Mok cakap "Eh tak payah. Dia je solatkan. Sini biasa gitu. Upah orang solat hajat".

Terus berderau darah aku.
Dek kerana terkejut, sampai sekarang aku masih ingat clearly every single word yang keluar dari mulut mok tu.
Dan sepanjang majlis tu aku macam terpempan. Don't know what to react.

Look, aku ni memang tak macam orang yang tahu sembahyang ketika tu.
Dengan free hair kaler mahogany, memang sajak sangat kalau dituduh jahil.
But, tak pernah lagi aku tengok orang lain buat solat hajat untuk kita.
Kalau mintak ustaz sama-sama buatkan solat hajat, yes. Pernah dengar.
Tapi kalau upah orang buat solat hajat tatkala kita bersoseh-soseh di luar, sedangkan kita berhajat untuk diri kita tapi kita tak sama-sama jemaah solat hajat - this is weird.

Aku sampaikan kekeliruan aku pada En Wan.
En Wan pada waktu tu dah berpengalaman tengok cara keluarga aku berurusan bab-bab kenduri and solat, jadi his reply was "Biarlah Di, kita buat cara kita".
Aku syak En Wan segan bila aku nampak situasi tu.
Entah, I don't know.

Yang kedua, upah orang mengaji kat kubur.
Masa arwah ayah meninggal, mok upah orang mengaji kat kubur arwah selama 3 hari.
Aku tanya "Kenapa kena upah, mok? Kita kan boleh mengaji dari rumah ramai-ramai?".
Yang ni pun mok cakap "Orang Tganu biasa buat gini".
Again, aku rasa orang area-area tu je kot.
Not sure if seluruh Tganu practice benda yang sama.
Dan selepas tu setiap kali bulan Ramadhan, akan ada orang diupah mengaji kat kubur arwah ayah.

Mengaji kat kubur is not the issue.
Siapa yang mengaji juga, not an issue to me.
But upah orang mengaji bagi pihak keluarga is something yang aku rasa not right.
That's why bila aku terbaca artikel tentang ni (gambar screenshot) aku lega rupanya apa yang aku andaikan, benar.
Bergantung pada orang alim untuk mendoakan, adalah satu yang tak patut diteruskan.
Ini samalah ceritanya dengan upah berdoa depan Kaabah.
Dulu ada company buat servis ni, kan?
Patutlah servis macam ni wujud.
Sebab ada orang yang percaya benda-benda macam ni.

Apa yang "biasa berlaku di Tganu", akan habis di sana.
Aku tak mahu kebiasaan tu turun kepada anak-anak aku pula.
Biarlah ia ditamatkan oleh En Wan.
Biar kebiasaan tu stop sampai En Wan.
Tak akan diperturunkan ke generasi yang seterusnya. Biar lenyap.

Kebiasaan keluarga aku pula, segalanya kita sendiri yang buat.
Berdoa, kita sendiri minta untuk diri kita.
Kita sendiri solat hajat ramai-ramai untuk kita.
Mohon orang lain sama-sama mendoakan, sama-sama buatkan solat hajat ketika kita juga melaksanakannya, boleh. Tapi upah, never.
Yang terbaik, kita sama-sama buat, bukan orang luar buat untuk kita.

“Jika anak Adam meninggal dunia maka amalnya terputus, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”(Muslim).

Bukan bermaksud doa dari orang alim tak sampai kepada si mati.
Rasulullah saw pun pernah berdoa untuk orang yang bukan dari keluarganya.
Cuma bila UPAH orang mengaji, UPAH orang buat solat hajat, UPAH orang berdoa - entahlah, aku rasa macam pelik.
This is not right.
Kalau dibiasakan tidak ada penglibatan ahli keluarga bila terbiasa mengupah sana sini, entah-entah satu hari nanti puasa pun boleh diupah.
Nauzubillah!

Sejak mok duduk dengan kitorang, dah takde aku dengar benda-benda macam ni jadi.
Habis kuat pun, upah orang bersihkan kubur.
Maybe orang-orang yang biasa diupah untuk mengaji ni pun dah takde.
11 tahun mok duduk sini, dia pun dah tak berapa kenal orang-orang di kampung.
Eloklah juga begitu.
Terbukti bahawa lingkungan kita sangat memainkan peranan.
Bila kita berpindah ke lingkungan yang baru, kebiasaan kita juga turut berubah.
  
Don't worry mok, menantu hantu mok ni every Subuh baca Yassin untuk arwah ayah.
Semoga sedekah menantu ni sampai.
Tak wajib mengaji di kubur pun, apetah lagi upah orang luar mengaji.
Kita boleh buat dari rumah.
Kubur tu untuk kita yang masih hidup ambil tauladan dan mengingati mati.
Yang dalam kubur tu tak perlukan kita datang ziarah, hanya perlukan doa dan sedekah anak-anak.

Setakat ni, apa-apa Pak Aji yang lead.
Dari zaman dia muda sampai ke tua, bab-bab doa, and solat jemaah, Pak Aji lead.
One day bila dia dah takde, akan ada orang dalam keluarga yang menggantikan Pak Aji.
Ibal is the man of the house, of course dialah lead the family.
Tapi aku always membayangkan En Wan boleh menggantikan tempat tu.
To see someone dari kebiasaan yang 'berbeza' mengubah kebiasaan keturunannya.


2021-05-29

Harga member tu yang macamana?

Teringin sangat nak makan roti jala.
Nak buat, tak reti. Kalau reti pun, malas.
Lagipun alang-alang ada member duduk dekat, masak pun sedap.
Nikmat mana lagi yang kau dustakan? Ahgitewww.
Order je kat Aisyah. Settle.

Talking about food, tak kisahlah apa pun pandangan orang lain, aku tetap dengan pendirian aku bahawa mintak resepi pada orang yang berniaga adalah biadap.
Kalau dia memang share, takpe.
Tapi kalau kita dah tau orang tu berniaga makanan, dan kita minta resepi, aku rasa itu sangat biadap.
Dah la kawan kau berniaga kau tak support, mintak pulak resepi.
Bukan nak kata lah ya, time aku kerja makan gaji dulu, budak-budak ofis (chinese) pakat-pakat makan kat cafe salah seorang ex-colleague.
Dah makan, siap tapau lagi.
Bukan tapau sikit-sikit, jenis yang sorang tapau sampai 4-5 set.
Siapa nak makan?
Dia kata, member bukak bisnes, kalau kita bagi duit dah tentu dia taknak ambil, jadi kita support beli banyak.

Orang kita?
Tak semualah, tapi ramai perangai gini.
Jenis yang dengan member lah dia mintak free.
Dengan memberlah dia minta diskaun.
Dengan member lah dia berhutang.
Dengan member lah dia dengan muka tak malu minta resepi.
Alasannya - MEMBER.
Patutnya kau bangga ada kawan yang bukak bisnes.
Lebih senang urusan kau bila berurus-niaga dengan member.
Bukannya ambil kesempatan!

Aku tak pernah lagi minta diskaun kat member-member, let alone nak minta free gift.
Rasa tak sampai hati.
Walau aku tahu member aku ada kerja tetap tapi at the same time buat part time. 
Ada yang jadi agen Young n Living, jadi agen Norwex, jadi personal shopper.
Walaupun aku tahu dorang dengan gaji tetap tu pun dah senang, tapi aku beli dengan dorang.
Contoh, macam Norwex, aku tak pakai.
Tapi aku beli untuk adik aku.
Young n Living aku beli 3 set, bukan aku pakai semua.
Aku bagi adik aku satu.
Beli EO bagi mak aku. Tapi EO yang aku bagi tu aku sendiri takde.
Objektifnya, nak support member.
Selain support member, aku juga nak memudahkan urusan.
Beli dengan member atau orang yang kita kenal lebih senang nak tanya pasal produk, senang nak track parcel, senang nak dapat refund kalau barang defect.
Ini tak, some people (ramai ya), bila kawan jadi agen produk X, tahan dia beli dari orang lain.
Saja dengki taknak kawan dapat komisyen.

Macamana sedap pun Aisyah masak (semua makanan dia sedap), aku tak pernah minta free. Taknak.
Dia tak perlu buat part time jual makanan pun, sebab dia Chemist.
Ntah dah jadi Senior Chemist ke Manager ntah now.
Gaji dah besar (ye lah, umur 44 dah kot, of cos pangkat dah tinggi).
Still, aku tak terfikir “Alah Aisyah tak hadap bisnes makanan ni, dia ada kerja tetap. Tak herannya dia kalau aku minta resepi”.
No.
Walaupun dia geng Dusty Pink Tits, konfem dia bagi resepi kalau aku mintak, but pendirian aku - jangan jadi biadap.

Kalau aku teringin sangat nak belajar salah satu makanan yang dia buat, aku gugel resepi.
Kita kalau beli kek kat Secret Recipe atau Gula Cakery, pernah ke tanya dia resepi? Tak, kan?
Tapi dengan member kenapa mintak?
Ni tengah-tengah PKP ni lagilah jangan biadap mintak resepi kat orang berniaga.
Supportlah. Jangan pikir kita je nak untung.
Dia pun ada bill nak kena settle, ada anak nak disuap, ada loan nak dibayar.
Kemon, you are better than this.

Patutnya “harga member” kena jauh lebih tinggi dari selling price, bukannya makin rendah.
Bila ramai expect “harga member” lebih murah, itulah yang buatkan persahabatan berpuluh tahun lebur macam tu je.
Kawan kita tu entah berapa banyak diskaun dia terpaksa bagi kat customer lain.
Kita as kawan jangan bebankan dia dengan minta diskaun juga.
Bagilah dia merasa untung yang selesa from our purchase.
Bila dia happy, doa dia akan bersama kita. Percayalah.
Aku orang berniaga so aku can relate how panjangnya doa aku untuk customer-customer aku.

Ada sorang customer GreenAard yang juga pembaca blog. Namanya Adi.
Setiap kali ada promotion, staff aku akan blasting kat relevant customer.
Adi ni pengguna tegar Nutrijuice.
Sebab dia and kawan dia sama-sama dapat turunkan kolesterol dari 6 to 4 something.
Sampai sekarang dia masih ambik Nutrijuice.
Setiap kali dia dapat whatsapp promo Nutrijuice, dia marah staff aku 😆.
“Jangan malukan I beli harga diskaun. Macamana Diana nak spend untuk buat RnD kalau u bagi i diskaun?”
Aku macam...wow! Camni punya customer pun ada rupanya.

The point aku nak cakap sini bukan tentang diskaun.
Diskaun tu boleh, asal tak rugi.
Aku pun selalu bagi diskaun contohnya untuk bulk purchase, ok boleh.
Atau pakej deal, ada diskaun.
Diskaun hanya mengurangkan untung, tapi tak rugi.
Kalau bagi diskaun sampai rugi baik toksah berniaga.
Cuma the point is, kita as pembeli yang bergelar kawan ni biar ada common sense sikit.
Kawan berniaga, janganlah minta diskaun.
Time hulur duit tu, minta dia doakan kau. Itu lebih baik.
Tau kenapa?
Kerana orang yang berniaga ni kebergantungan pada Allah sangat tinggi.
Dia takde gaji tetap untuk disandarkan maka Allah yang jadi sandaran.
Especially menuju lock down ni, please jangan buat perangai Tel Aviv ok?

By the way, kalau sesiapa nak pakej GreenAard with diskaun, whatsapp 012-7728976.
Aku rasa ada a few pakej deal dorang create. Tanyalah.


2021-05-28

Taik terapung.


Jumpa gamba ni.
Awal-awal run own company back in year 2008, ke hulu-hilir aku bawak sample DNA Extraction kit.
Ketuk dari satu pintu makmal ke satu pintu makmal untuk pass this sample and ajar cara nak guna.
Dah macam direct selling 😆.
Dalam tube tu ada solution untuk extract DNA.
Tak kisahlah sample haiwan, darah, mucus (kahak) - semua boleh ekstrak tapi ada teknik tertentu.

Dulu aku pernah cerita kat blog how kat mall beratur panjang dalam toilet.
Pelik apesal semua tumpu pada 1-2 toilet sedangkan ada a few lagi.
Rupanya, ada yang rosak and ada yang taik terapung.
Aku masuk dalam toilet taik terapung tu, flush dan guna.
Bila keluar, terkebil-lebil umat dalam tu tengok aku boleh lalu nak kencing dalam toilet tu.
Masalahnya, taik terapung je kot, bukan dia menjejes atas lantai.
Flush je la sudeyyy.
Sanggup korang berkepit menahan kencing beratur panjang dari masuk bilik air tu? Alahaii...

Inilah impaknya, bila dalam lab kau kena ekstrak sample kahak, hingus, feces (taik) - setakat nak flush taik terapung dalam toilet awam tu aku dah boleh pejam-pejam mata je 😆😆.
Tapi kalau aku jumpa ada taik terapung dalam toilet rumah aku, memang aku cari pemiliknya sampai dapat, pastu aku bagi dia jinjit taik dia dengan tangan, lari keliling taman 2 round.
Kau beranilah berak tak flush.
Aku siat-siat kulit pantat sorang-sorang.

Aku sebenarnya seorang penggeli tapi Mak Aji train aku jadi ‘hati kering’.
Rumah kitorang dulu kecik je tapi bersih.
Memang wajib bersih, kalau tak bersedialah kena libasan Mak Aji.
Kitorang adik-beradik dah terbiasa dengan lantai yang bersih, lantai dapur yang tak berminyak and lantai toilet yang tak berlendir.
Tapi biasalah rumah orang tak selalunya macam rumah kita.
Nak pulak bila balik beraya kat Muar, umat punyalah ramai, bangsa yang makan non-stop.
Lepas group orang tua makan, group perempuan pulak makan, lepas tu group budak-budak makan.
By the time group budak habis makan, dah start nak masak untuk next meal pulak.
Biasalah, ramai.

Tu belum lagi bilik air and toilet.
Silih berganti orang keluar masuk dah macam bau apa dah dalam bilik air tu.
Dapat pulak bangsa yang merendam baju-baju sampai sehari semalam, dengan pampers anak berlonggok....Allah, mintak nyawa!
Jamban jangan cakaplah, berkuap!
Mana tak, jambannya 2 je.
Yang nak pakai bukan main ramai.
Kalau pagi-pagi, bersusun lepas kau aku, lepas aku dia, etc.
Macamana tak berkepam?
Dah tak larat nak geli.
Kadang sebelum turn aku masuk jamban, ambik air sebaldi curah sabun.
Sebelum aku memerut, simbah dulu lantai sampai ke dinding.
Then baru masuk toilet. Saja nak bagi wangi.

Dulu aku terjenjet jugak kaki pinjak lantai dapur rumah nenek kat Muar tu. Melekit.
Mak Aji jegilkan bijik mata kat aku, terus rapat tumit aku ke lantai.
Mak aku cakap, jangan buat gitu kat rumah orang. Takde adab.
Abis tu, kalau dah melekit. Takkan nak expect aku catwalk atas lantai melekit kot.
Bertabah je la pijak lantai melekit.
Masa tu baru aku paham kenapa lantai dapur nenek aku ada selipar.
Asal masuk dapur mesti sarung selipar.
Aku macam kejadahnya kat dapur pakai selipar sebab kat kampung Tampin tak pakai pun.
Rupanya sebab lantai melekit.

Itulah satu kekurangannya bila masuk bilik air pakai selipar, masuk jamban pakai selipar, masuk dapur pakai selipar.
Kita jadi ambil mudah kebersihan lantai sebab tak rasa berlendir atau melekit.
Hat ni sama macam dapur and toilet rumah mok kat Tganu.
Aku macam..kenapa pakai selipar masuk dapur?
Rupanya lantai melekit.
Kadang aku cakap kat mok lantai ni kalau dimop tak jalan ke? Memang melekit jugak?
Mok cakap malas nak mop rakyat tengah ramai.
Kejap-kejap tumpah sana, kejap tumpah sini.
Jalan paling senang, pakai selipar.
Bila rakyat semua dah balik baru mop.

"Saya bangkang Yang Arif!"

Bukan apa, ini masalah disiplin.
Benda macam ni tak boleh biar nanti jadi kebiasaan.
Biasa lantai berminyak.
Biasa lantai berlendir.
Biasa lantai berdekir.
Biasa lantai berkerak.
Oh kenot. I kenot this.

Cara orang guna bilik air atau toilet dah boleh membayangkan orang tu jenis macamana.
Pengalaman buat open house berkali-kali dah boleh nampak perangai some people.
Jenis yang keluar-keluar je lantai aku basah berkecah.
Ada yang hose main sangkut juntai gitu je tak sangkut betul-betul kat hook.
Yang buang tisu dalam toilet bowl.
Yang paling siapalis sekali, flush sumbat seluar dalam anak.
Agaknya anak dia berak dalam seluar, dia taknak bawak seluar dalam bertaik tu balik, dia pi flush dalam jamban aku.
Selang beberapa hari tersumbat.
Panggil plumber check, hah kau. Spender budak kecik bunga-bunga ada kat dalam.
Aku takde anak pompuan, ya.
Ni aku syak ada umat yang datang open house buat perangai hutan masuk bandar.

Kalau dalam family aku, manusia yang tak boleh bertolak-ansur dengan sebarang objek yang meloyakan adalah Ima.
Dia can go to an extend tak makan 2 hari sebab tak nak berak.
Punyalah geli nak masuk jamban sampai sanggup kebulur. Kau mampu?
Nenek aku tertanya-tanya kenapa Ima tak makan-makan.
Mak Aji sampai tak larat nak jegil bijik mata kat Ima nak paksa dia makan. Tak dilayannya.
Dia sanggup kena marah dari masuk jamban. Sejenis hati kering ni 😆.
Tapi aku lebih rela tengok dia tak makan dari tengok dia muntah.
Ima kalau muntah sebab geli memang takde ampun.
Sehendak hati dia muntah. Boleh kecik atilah tuan rumah. Kahkahkah.
That’s why antara aku and Ima, Ima lebih pandai mengemas dan lebih detail kalau membersih.
Cara-cara aku mengemas pun mok mertua aku dah seram, kalau Ima mengemas mau migrain mok aku nanti.

Begitulah ceritanya asal-usul kenapa aku boleh selamba tolong flush taik terapung kat mall.
Panjang kan history-nya? Padahal kisah taik terapung je.
Aku ni pasal taik pun boleh exceed 1000 patah perkataan.


2021-05-27

Dah tua tapi rezeki lancar walau tak berkerja.

Semalam letak gambar menu mihun sup kat post IG, ramai betul yang acah-acah aku dengan soklan “Wow! Merah tu cantik!”.
Tak cukup kat post, sambung kat DM.
Yang follow IG aku memang mudah perasan kalau aku beli pinggan mangkuk baru sebab aku kerap post gamba makanan.
Tetapi, kalau nak tahu, periuk Le Creuset tu aku tak beli.
Kawan aku hadiahkan sempena wedding anniversary.
Aku takde de rajin nak beli periuk belanga bagai. Jarang aku beli.
Mostly aku pakai adalah free - dapat dari hadiah kawen 20 tahun lepas.
Ada juga yang cousin aku hadiahkan dari Qatar.
Pyrex aku mostly dari mok mertua aku punya.
Aku punya set Pyrex 6 biji je beli kat Langkawi beberapa tahun lepas.
Yang lain semua PREE.

REZEKI.

Rezeki ni datang dalam macam-macam bentuk, dari segenap arah.
Rezeki tak selalu bermaksud duit.
Dapat kawan yang baik pun rezeki.
Kawan sanggup keluarkan RM2k belikan aku periuk Le Creuset, bermakna aku telah jimat RM2k.
Rezeki tak selalu bermaksud kita dapat duit.
Duit kita tak keluar juga namanya rezeki.

Samalah juga dengan sihat.
Sihat adalah rezeki.
Kalau sakit, duit kita keluar untuk bayar kos perubatan.
Jadi, bila sihat bermakna duit kita tak keluar untuk ke hospital/klinik.
Duit yang tak keluar ini juga dinamakan rezeki.

Aku suka rezeki mak bapak aku.
Rezeki mak bapak aku ni dari segi duit harta tak mewah mana. Tapi cukup.
Memang banyak benda yang dia tak dapat beli dan tak dapat bagi pada anak-anak.
Tapi at the same time takde siapa dalam rumah tu kemurungan tak dapat apa yang dihajatkan.
Semua pun macam terima je keadaan seadanya.

Contohnya, mak bapak aku tak dapat bagi anak-anak ber-holiday.
Tapi at the same time anak-anak tak pernah mintak nak pi holiday pun.
Tak berangan lansung.
Jangankan kata berangan ke Disneyland, berangan nak pi expo konvo UKM pun tak pernah.
Kalau dibawak, happy. Kalau tak, takpe.
Dapat family yang tak meminta-minta adalah rezeki.

Asal dapat gaji, kalau tak balik kampung, pi KL.
Pi KL pun meronda je, bukan shopping.
Direzekikan anak-anak yang tak minta nak beli itu ini, hanya seronok dapat pi meronda.
Jalan dari petang ke malam hanya dapat makan burger kat Jalan TAR pun seronok dah.
Memiliki family yang always berasa content dengan rezeki yang sedikit, itu pun namanya rezeki.
Duit yang masuk memang tak banyak, tetapi duit yang tak banyak tu juga tak keluar untuk perkara yang tak perlu.

Setiap kali dapat keputusan bagus exam, anak-anak tak pernah minta hadiah.
Setiap kali birthday, anak-anak no party, no hadiah.
Happy sekadar dapat makan kek.
Kadang, hadiah exam dapat makan satey pun dah seronok yakmat.
Tu pun rezeki namanya.

Now dah pencen masing-masing.
Mak bapak aku bukan lulusan Uni.
Boleh agak berapa je pencen dorang dapat.
Tapi rezeki dorang lancar.
Di usia pencen, anak-anak berlumba-lumba bagi duit, hantar makanan, belikan itu ini, etc.
Kadang aku tertanya-tanya, apa amalan mak bapak aku sampaikan hari-hari tua dia smooth.
Kalau tengok pada pencen, memang boleh susah hati.
Tapi macam aman-aman je dorang.
Aku sendiri risau dengan hari tua aku apa bakal jadi.
Smooth tak agaknya hari-hari tua aku nanti. Ke merempat?
Maka, menyimpan macam nak rak.
Invest sana sini supaya hidup senang hari tua.

Mok mertua aku lagilah.
Suami dah meninggal. Adik-beradik dah meninggal.
Dia takde pendapatan.
Secara lojiknya dia perlu risau apa jadi dengan hari tua dia.
Tapi direzekikan anak-anak yang nak menjaga dia.
Hari-hari anak cucu call tanya khabar.
Baju raya, berebut anak belikan.
Aku yang berkerja ni pun takde baju raya tahun ni, pakai tahun lepas punya.
Sampai mok mintak “Toksoh la beli mok baju tudung. Banyok takde tempat nak simpang!”
Ahgitewww.
Dan mok aku mesti tak sangka dia akan habiskan bertahun duduk dengan menantu hantu dia ni.
Rezeki juga tu kan bila menantu and mertua boleh duduk sebumbung.

Besar rezeki orang tua kita.
Tak mewah, tapi cukup.
Ini sebenarnya yang kita kena fikirkan - kelancaran rezeki tanpa bermati-matian untuk urusan dunia.
Imagine mak bapak kita dah tua, dah tak berkerja, tapi masih cukup makan pakai, tempat tinggal ada, siap pulak boleh pergi bercuti.
Mana taknya, ada anak tu masukkan duit, anak ni masukkan duit, anak tu balik bawak buah tangan, anak ni balik belikan itu ini, anak-anak sentiasa bertanya khabar, etc.
Bila dah tua, apa lagi yang kita harapkan selain menumpang kasih anak-anak, kan?

Mak bapak aku zaman muda tak pernah celebrate wedding anniversary.
Mesti dorang tak sangka semakin tua semakin kerap pula celebrate macam-macam.
Anak-anak buatkan celebration untuk dorang.

Rezeki kita ni pelik kalau difikirkan.
Yang kita kejar belum tentu dapat, yang kita tak jangka itulah yang muncul.
Yang bermatian-matian usaha, dapatnya ciput.
Yang santai-santai pulak yang datang berlipat-ganda.

Dalam keadaan Covid-19, banyak benda tergendala.
Contohnya program training aku.
Dah susun cantik dah date nak buat retort training, nak buat food safety training, etc.
Tup-tup PKP tak berkesudahan. Segalanya on hold.
Sales projection yang sepatutnya boleh achieve, punah.
Stress? Tak.
Kecewa? Yes.
Itulah jadinya bila memandang rezeki hanya pada duit yang masuk, sales, figure, numbers - memang mudah berasa kecewa dan tak cukup.
Rasa takde achievement.
Rasa gagal. Rasa sia-sia.

Patutnya bulan Okt lepas run satu training Sertu, then Nov nak ke Sg Petani untuk run retort untuk orang-orang utara, pastu aku plan nak buat GreenAard gathering kat Kedah.
Hancusssss.
Tapi bila fikir-fikir balik (ambil masa juga nak terima hakikat), banyak sebenarnya hikmah yang tersimpan.
Kena cari sekecil-kecil nikmat untuk disyukuri.

Yang pertama staff aku.
Masing-masing taknak WFH.
Dorang yang minta nak datang ofis.
Bila staff enjoy masuk ofis untuk buat kerja, itu juga namanya rezeki.
Kerja tak pending, semua boleh buat on time.

Yang kedua, WFH.
Aku yang terpaksa WFH.
Sejak PKP 1.0, tak sampai 10 kali aku masuk opis.
Kena duduk rumah untuk monitor class and homework Rayyan.
Mula-mula terkejar-kejar, mana nak siapkan kerja, mana nak tengokkan Rayyan, mana nak memasak lagi (abis tu dah duduk rumah kenalah masak).
Lama-lama dah boleh manage.
Tapi kena bangun 4am lah, itu pengorbanannya.
Bangkit awal untuk siapkan kerja opis sikit supaya tak kalut waktu siang.
Penat, tapi tak stress sebab semuanya in control.

Covid secara tak lansung mendisiplinkan diri.
Jadual aku berubah sekelip mata.
Tak memasal jadi WAHM (work at home mother), sesuatu yang aku tak rasa aku boleh buat dulu.
Ye lah, kalau dah duduk rumah macamana nak fokus dengan kerja kalau kejap-kejap kena stop anak panggil, anak mintak ajar buat homework, anak mintak tolong sama-sama buat pendidikan seni, kena rekodkan video anak buat speech nak submit kat cikgu, etc.
Baru nak sambung mengadap laptop, dah kena masak pulak.
Tapi rupanya ini rezeki.
Aku dapat rombak jadual and susun priority.
Rupanya bila kita push limit, kita boleh.
Bila dah takde banyak pilihan, maka apa yang ada nak tak nak, terpaksa maximizekan potential.
Dah tu nak buat apa lagi kan.
Setahun dengan Covid, banyak benda yang dah jadi rutin.
Benda yang tak pernah terlintas boleh buat, akhirnya jadi habit.
Ni namanya rezeki.

Rupanya rezeki kita ni besar.
Kita je yang kecilkan scope rezeki pada duit dan benda.
Bila scope hanya pada dua benda ni saja, lantas kita berpenat-lelah mencarinya hingga terlepas rezeki-rezeki yang lain.

Ada pekerja yang mahu berkerja di ofis, rezeki.
Ada pekerja yang willing stay back siapkan task, rezeki.
Ada suami yang sanggup ke sana sini penuhi keperluan anak isteri, rezeki.
Ada mak mertua yang tolong-tolong house chores, rezeki.
Ada team yang sentiasa beri semangat and motivasi, rezeki.
Internet tak buat hal, aircond tak buat hal, letrik and air ada, rezeki.
Ada adik-beradik yang tak berkira dan sama-sama boleh tengok-tengokkan mak bapak, rezeki.
Adik-beradik sihat and happy dengan life masing-masing tak menyusahkan sesiapa, rezeki.

Lingkungan sosial yang baik - tempat tinggal dan tempat kerja juga rezeki.
Ada orang kata WFH best, kurang risiko dapat penyakit.
But to some people, WFH mengundang stress.
Bagi yang terpaksa ke ofis, risaunya pada risiko terdedah pada penyakit.
Yang terpaksa WFH, muncul beban masalah lain yang tak dapat ditanggung.

Sebut pasal lingkungan, ini pun sejenis rezeki.
Tak dapat dibayangkan bila berada dalam lingkungan sosial yang ego, yang sentiasa mempamer-pamer, yang merendah-rendahkan, yang penuh dengan sakit hati dan iri, yang takde tolak-ansur - tenang ke jiwa ada lingkungan sosial macam ni?
Maka ini juga satu bentuk rezeki yang selalu terlepas pandang, iaitu kawan yang baik.
Kawan yang baik, yang ada dengan kita thru thick and thin, yang memotivasikan - sangat penting.
Walau tak kaya harta, tapi kalau kaya dengan lingkungan yang bagi support, yang happy-happy, yang boleh mendengar bila diperlukan, yang memotivasikan - sangat menenangkan jiwa.
Bila jiwa tenang, segala urusan jadi mudah.
Maka kalau dapat kawan yang baik, jagalah mereka ni.
Tak semua orang dapat rezeki kawan yang baik.

Orang kata wujudnya rezeki selain material sangat tergantung pada sikap, akhlak, tindakan dan kata-kata kita.
Menceritakan sesuatu dan mendengarkan kisah orang lain, itu juga rezeki.
Kerana tak ramai yang nak dengar cerita kita, apetah lagi bercerita pada kita.
Jadi kalau kita dapat ini, ini namanya rezeki.
Rezeki yang macamana tu?
Rezeki dapat melegakan si pencerita bila dia meluahkan.
Dan rezeki menambahkan pengalaman hidup apabila diri menjadi tempat orang meluahkan rasa.

Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan hanya mengejar benda.
Kaya itu boleh, malah kaya lebih baik dari meminta-minta, tetapi bermati-matian untuk kaya itu salah.
Apetah lagi kalau sampai dunia diletak dalam hati.


2021-05-25

#throwback saja yang boleh.

Ada sesiapa terbaca anywhere tentang pelancongan time-time PKP ni?
Adakah hotel-hotel kembali tutup buat sementara, like PKP1.0 atau ada pengecualian?
Bukan apa, tiba-tiba rasa lega sempat celebrate 20th anniversary hari tu, walaupun hanya kat KL.
Last year celebrate kat rumah je sebab tengah PKP1.0.
Tahun ni kebetulan masa tu boleh keluar rumah cuma tak boleh rentas negeri (tapi boleh masuk KL).
Puasa pun puasalah, janji keluar kejap celebrate.
Masa tu terasa best jugak staycation KL.
Bukannya nak merayap kat mana pun kat KL ni, cuma nak keluar kejap dari 'gua'.
Lapang je rasa fikiran bila esoknya balik rumah. Macam baru lepas kena charge.

Actually buat kerja lepak hotel kat KL bukan something new untuk aku.
Lepak hotel dalam kawasan Subang Jaya, 10 minit dari rumah pun pernah.
Awal tahun kahwin tahun 2001, our first staycation adalah di Puteri Pacific Hotel (depan The Mall).
Masa tu aku berkerja, bukan bercuti.
MOSTI bagi satu bilik.
Aku kan pentakut tido sorang, ajaklah En Wan teman. Tido 2 malam.
En Wan masa tu kerja kat Shin Etsu Shah Alam, jadi 2 hari tu dia berulang KL-Shah Alam dari hotel.

Rasanya yang follow blog ni tahu kisah-kisah staycation aku di KL yang 'rare', kan?
Pernah sekali dia buat surprise bawak aku ke Maison Hotel (boutique hotel).
Hotel ni kena redah masuk lorong-lorong kedai segala.

Hotel Maison ni sempena celebration anniversary yang ke 15.
Hotel ceruk-ceruk je, tapi kelebihannya setiap bilik ada tema tersendiri.
Bilik aku tema Marilyn Monroe (gambar atas).
Nama pun Monroe, haruslah adalah elemen seksi di situ, ya.
Bilik air and katil sebelah-menyebelah je u olls, takde dinding.
Konsepnya - tidak ada rahsia antara kita.
Kau mandi aku nampak, aku mandi kau nampak. Ahgitewww.

Walaupun hotel boutique saja, tapi complete dengan buffet and small celebration like this.
Kelopak rose dia susun dari pintu lift sampai ke meja makan, boleh?
Kalau sesat jugak tak jumpa meja tak taulah aku.
Terasa diri ini benar-benar Monroe ketika tu, walaupun berat masa ni 59kg. Monroe tembun.

Then tahun lepas ingat lagi tak En Wan bawa aku staycation kat hotel Hilton area Chowkit?
Yang ni berangin gila aku.
Maunya tak, fedap aku dengan surprise dia tu.
Dah tua pun masih lagi seronok membahan aku ke hotel-hotel ceruk.
Ada a few more, tapi tobat lahum dah dia takkan ulang lagi.
Tu pasal anniversary tahun ni dia bawa stay kat Grand Hyatt.
Berani dia nak ulang perangai sama? Aku terbalikkan kereta dia karang.

Another hotel di KL yang aku pernah stay – Majestic Hotel (gambar atas).
Ini pun sempena anniversary.
Yang ke berapa, aku dah lost count.
Tapi semua staycation area KL satu malam je.
Memang pergi untuk tido.
Dan setiap kali pergi mesti bawak laptop untuk sambung buat kerja.
Aku berharap orang yang run own business semuanya macam ni so that aku tak rasa diri ini weird.

Aku jarang pi hotel yang sama berkali-kali, melainkan urusan kerja.
Tapi hotel yang pernah aku stay 2 kali tanpa urusan kerja adalah Thistle Hotel, JB.
Kalau ada peluang nak stay kali ketiga pun takde hal sebab kat belakang dia ada Sedap Corner and tepi dia seberang jalan ada mamak yang best.
First time pegi memang nak bercuti.
Rayyan baru belajar berjalan time ni.
Kali kedua pergi sebab cousin aku kawen.

Johor Bahru hotel memang banyak dan best-best.
Selain Thistle, aku pernah duduk kat Pan Pac JB.
Kalau tak salah, 3 malam, masa tu join Mood Republik.
Pernah juga duduk Grand Paragon JB.
Grand Paragon ni aku suka dengan pilihan makanan dia - banyak dan sedap-sedap.
Tapi umat punyalah ramai.
Adik ipar aku cakap Grand Paragon memang terkenal dengan buffet dia.
Ramai local datang sana untuk makan.
Ada a few more hotel di JB aku pernah duduk, tapi tak larat pula nak kelebet gambar satu-satu cari balik.

Mujurlah December lepas sempat ke JB kejap 3 hari, takde lah rasa terperuk sangat dalam gua tak bergerak.
Lama juga kan waktu tu kita 'bebas' seketika?
Sempat ke JB, sempat balik Tganu kejap. Aman-aman je waktu tu.
Lepas tu start terkurung balik.
Ni tak taulah sampai bila nak memerap.

Aku perasan masa kita boleh rentas negeri last year, ramai pi Grand Lexis and Lexis Hibiscus Port Dickson.
Aku pegi dah dua-dua ni, that was tahun 2011-2013.
Grand Lexis dua kali. Lexis Hibiscus, sekali.
Dua-dua memang sesuai sangat nak bawak family.
The design of the hotel (villa) memang dibuat untuk family (group yang ramai), dan kawasan tu dilengkapi dengan macam-macam aktiviti.
Kalau kau nak honeymoon, please check in hotel lain because sini memang riuh.
Duduk Sky Pool Villa pun masih boleh dengar hiruk-pikuk kat bawah.
Bukan maksudnya tak best, tapi kalau kau expect nak bercengkerama berdua dangan partner, this might not the place for you.
Sini tempat beriang-ria, untuk family gathering.

Ini first time ke sana, tahun 2011.
Rayyan belum setahun pun lagi. Masa ni dengan bibik Jamilah.

Ini kali kedua pergi, tahun 2013.
Masa ni dengan bibik Lenny.
Masa ni mok berisi lagi badannya, now dah kurus dah, dah 81 tahun.

Ni antara aktiviti di sana.
Tak banyak aktiviti aku join sebab panas, padahal aktivitinya banyak.
Ada pool untuk budak-budak, various outdoor games, ada horseback riding, memancing pun ada.
Kalau tak silap, rock climbing pun ada, jadi kalau buat team building memang fun, provided yang join tu orangnya fun juga. Kalau jenis macam aku yang suka memerap dalam bilik, no pointlah.

Tahun 2015 pegi Lexis Hibiscus pula.
Yang ni dia punya pool masih dalam setiap villa tapi open.
Kau boleh nampak jiran tetangga sekali.
Makanya, tak sesuailah aku nak berendam kat luar sebab aku sejenis kalau mandi pool tak suka bertutup litup. So masa ni aku tukang hulur towel je.
Kat Hibiscus kitorang banyak spend time dalam bilik je, sebab motif ke sana nak bawa budak-budak mandi kolam, jadi silakan berendam dalam kolam 24 jam.

Lexis Penang pun dah sampai, tahun 2016.
Lexis Penang ni agak berbeza sikit sebab design dia lebih moden.
Tapi konsep sama je - ada indoor pool.
Hotel ni jauh dari town, macam terasing sikit.
So kalau korang nak honeymoon, ok sini boleh. Sepi je.
Pulak tu mengadap laut, boleh layan sunset.
Depan hotel ada kedai nasi kandaq yang famous, pagi-pagi beratur panjang.

Itulah dia kan, apa nak buat, zaman pandemik ni kita throwback je lah gambar-gambar percutian lama-lama.
Semoga virus ni cepat-cepat lenyap dan kita semua boleh bercuti semula macam dulu-dulu.
Penat dah aku balik-balik upload gambar makanan je kat IG.