2021-06-05

Pengalaman accident

40 jahitan melintang depan muka!
OMG, kesiannya. 40 jahitan tu.
Dahlah troma accident, nak kena carry pula beban kecacatan wajah akibat the accident.
Perempuan pula.
Kalau dia mintak pampasan pun memang patut dah ni.

Siapa pernah accident sampai berjahit?
Me was masa umur 11 tahun.
Kereta Pak Aji accident kat Nilai.
Kitorang dari Tampin nak baik ke Bangi, hari Ahad.
Aku tido sepanjang jalan.
Tau-tau dengar bunyi bising (maybe suara Mak Aji menjerit).
Aku tersedar sayup-sayup suara Mak Aji “Ya Allah! Anak akuuu”.
Buka mata, gelap. Gosok mata, gelap lagi.
Rupanya muka aku dah basah dengan darah.
Aku sedar dalam keadaan terduduk atas lantai kereta, kepala landing kat ruang tengah antara seat pemandu and kelindan.
Tengah-tengah tu tempat letak kaset.
Maknanya kepala aku terhentak kat bucu kaset!
Kau boleh bayangkan tak bucu kaset tu terbenam kat kulit kepala aku?
Tu yang terus bijaksana jadinya 😆.

Aku tak tau apa yang jadi selepas tu, tau-tau aku ada kat klinik Dr Sockalingam kat Kajang.
Ni satu-satunya klinik kat Kajang waktu tu.
Bandar Baru Bangi memang takde apa lagi waktu ni, jangan tanyalah apesal tak bawak ke klinik Bangi.
Dr kata kepala mesti dijahit.
Nak meraung dengar perkataan jahit tapi terpandangkan Mak Aji ada sama kat dalam tu, terus tersangkut suara kat tekak.
Tak berani nak meraung, mampuih kena toreh.
Takde bius u olsss. Dia jahit kepala aku selamba je.

“Jangan takut. Sikitttt saja”

“Sikittttt saja”

“Sikitttt lagi”


Berapa banyak sikitlah? Tau-tau 6 jahitan.
Besar gak belah kalau sampai 6 jahitan.
Dah la kat bahagian depan kepala.
4 jahitan di bahagian rambut, lagi 2 jahitan turun ke kawasan dahi.
Rambut kena tokak sikit.
Sampai sekarang jelas parut kat dahi tu.
Walau macamanapun aku kekal konfiden free hair menayangkan kepala yang berparut tu 😆.
Sikatlah side kanan ke, side kiri ke, memang nampak sebab dia betul-betul bahagian depan kepala.
Kalau ikat rambut ke belakang lagiiiiii jelas.

Masa free hair dulu, setiap new customer yang aku jumpa mesti tegur “Kenapa dengan kepala you?”
Kalau orang lain dah pakai concealer dah agaknya.
Aku tak. Konpidennnn. Kisah apa aku. Gasak kau situ.

Dalam accident tu, aku sorang yang parah.
Ima and Ibal ok je.
Maybe aku dalam keadaan tak bersedia (tidur), jadi impaknya lebih besar.
Agaknya budak yang kena 40 jahitan tu pun macam tu juga, sebab dia kata tak sedar lansung waktu collision berlaku.
That’s why aku takut nak tido dalam kereta sekarang, tak kira siapa yang bawak.
Kalau En Wan yang bawak lagiiiilah aku tak berani nak tido.
Cara-cara celik mata pun melambung-lambung pantat aku dalam kereta, kalau tido terus beralih dari seat depan ke belakang agaknya.

Accident kali kedua masa Form 2.
Yang ni kereta Pak Aji total lost.
Terjadi masa kat Tampin.
Kitorang sefamili balik dari rumah orang kawen.
Baru je keluar dari rumah kenduri, kereta baru masuk gear 3, BAMMMMM!
Kena langgar dari tepi driver seat.
Berlaku kat simpang empat. 3 kereta terlibat.
Yang menarik, tiga-tiga kereta baru balik dari wedding - wedding India, Chinese and Melayu (kitorang).

Kereta kitorang di laluan jalan utama.
Kereta yang menghentam kitorang dari arah kanan.
Dia hentam kitorang then hentam pulak kereta yang ada di simpang belah kiri kitorang.
Polis kata simpang empat tu selalu sangat kejdian accident.
Orang yang menghentam selalunya dari arah kanan tu.
Bila ditanya semua cakap nampak jalan lurus takde simpang.
Sesuatu sangat agaknya simpang tu.

Nasib kitorang agak baik, maybe kitorang lambat 1 saat je.
Kalau 1 saat ke depan memang kereta kitorang terbelah dua bak kata pomen.
Arwah dah agaknya sekarang, sebab bahagian depan hancur.
Enjin pun berkecai, kau bayangkan kuat tak kuat dia hentam?
Alhamdulillah kitorang tak apa-apa. Bruises je. Takde darah-darah.

Masa tu aku duduk bahagian tengah memangku Ibal.
Kanan aku, Ima. Kiri aku, arwah nenek.
Aku kan duduk tengah, jadi mata aku memang pandang cermin depan.
Tiba-tiba je pemandangan depan tu bergerak lawan jam. Berpusing.
Aku macam konfius kejap.
Dengar pulak Mak Aji jerit “Eh kenapa kereta ni bang?”.
Semua tak perasan rupanya kereta kena hentam.
Kereta kitorang berpusing balik ke arah kitorang datang tadi (arah ke rumah kenduri).

Bila kereta stop, kitorang masih terpinga-pinga dalam kereta.
Until orang kampung ketuk tingkap suruh keluar takut kereta meletup.
Keluar, duduk tepi.
Aku ingat lagi Pak Aji mencangkung kat tepi muka clueless.
Dia pun bingung mikir apabenda yang jadi ni?

Mak Aji memang ada darah tinggi.
Dia agak teruk, darah naik mencanak. Dah nak pengsan.
Waktu tu dalam keadaan kelam-kabut, kereta yang lalu situ semua dah start slow sebab nak tengok accident, Pak Aji main bukak je pintu kereta ntah sape-sape “Encik tolong hantar keluarga saya ke hospital. Tolong”.
Yang kitorang terus je masuk kereta orang tu.
Orang tu pun terpinga-pinga.
Tapi dia hantar juga kitorang ke hospital.
Aku ingat lagi nama dorang Halim and Wati.
Terima kasih banyak-banyak sebab tolong kami.

Selepas accident tu, keadaan jadi tambah susah.
Kereta total lost. Macamana nak pegi kerja and bergerak kalau emergency.
Aku witnessed kesusahan parents aku waktu ni.
Dah la memang kitorang bukan orang senang, now nak kena spend duit untuk dapatkan new car pulak.
Tahun tu for the first time kitorang adik-beradik takde baju raya.
Aku tak tahulah kenapa everyime mak bapak aku berbincang masalah susah, mesti aku terdengar.
Samalah waktu ni, aku terdengar mak aku cakap “Nak raya lagi berapa hari, budak-budak selai baju raya pun takde”.
Kitorang kan hanya berbaju baru everytime raya.
Kalau tahun tu takde baju raya maknanya tahun tu takde lansung baju baru.

Masa tu aku and Ima bersembang-sembang berdua “Bila papa nak bawak kita beli baju raya eh? Dah nak raya”.

Bila terdengar mak bapak aku takde bajet tahun tu, terus bagitau Ima and Ibal tahun tu kita pakat-pakat pakai baju lama je.
Tak payah beli beli baju raya.
Aku cakap kalau beli baju maknanya kena jual balik kereta.
Oh by the way Pak Aji beli 'new car' kereta Proton Saga edisi 1987.
Second hand dengan harga RM5k.
Tapi RM5k tu besar nilainya dulu.
Bukan senang mak bapak aku nak kumpul 5k.

Malam tu nak balik kampung, siangnya Pak Aji ajak kitorang adik-beradik pi Bata beli kasut raya.
Pak Aji cakap “Tahun ni takde baju raya, ya. Tahun ni kita beli kasut je”.
Aku memang ingat ayat ni.
Rasa tak sampai hati nak beli tapi sebab Pak Aji dah bawa kitorang keluar, pilihlah jugak.
Sepakat pulak tu masing-masing pilih yang murah walaupun tak cantik.
Aku pilih kasut warna kelabu taik anjing (betapa tak lawanya kasut tu sampai warna pun macam taik).
Tapi sebab murah, aku pilih.

Malam tu kitorang tetap balik kampung.
Imagine, dalam keadaan susah mak bapak aku tetap balik beraya sebab taknak susahkan hati mak bapak.
Maybe juga taknak anak-anak rasa akward berhari raya di rumah.
Dah lah takde baju raya, tak balik kampung jumpa cousin pulak.
Maybe juga menjaga hati keluarga di kampung.
Mak bapak tak perlu tak boleh tahu anak-anak tengah susah.
Hari Raya mak bapak kena happy-happy anak berkumpul.
Kita takde duit biar simpan sendiri kita-kita je tahu.
Nak beraya bukan sikit-sikit duit nak kena spend.
Betapa gigihnya mak bapak aku menjaga semua perkara biar semuanya masih berjalan macam biasa walau yang dalam rumah ni je tahu keadaan sebenar.

By the way Pak Aji pakai kereta Saga second hand tu sampai tahun 2001.
Sampai aku kawen dia masih kekal dengan kereta yang sama.
Biar pakai kereta buruk, asalkan kenduri kawen anak tetap dia tanggung.
Hantaran anak pun tak mintak.

Masa awal-awal bertunang, En Wan tanya “Apesal papa awak pakai kereta lama? Apesal TV rumah awak kecik?”

Kalau orang lain agaknya dah kecik ati dengan soalan ni, kan.
Tapi aku faham, orang yang lahir-lahir atas duit ni dia tak dapat nak menyelami keadaan orang susah.
Bukan kerana kurang empati tapi dia tak pernah terdedah dengan keadaan susah jadi dia tak faham why kita nak pakai kereta buruk?
Why kita nak pakai TV kecik?
Adekah kita susah atau kedekut?
Jadi, aku explain kat En Wan why.
Barulah dia tahu history kereta tu.
Barulah dia tahu dalam sebuah keluarga susah, ada seorang anak perempuan yang gojes dan bijak. Ahgitewwwww.

Kali ketiga aku accident, dengan En Wan. Tahun 2001/2002.
Masa tu belum ada Redza.

Accident masa dengan kereta ni.
Kalau ikut pada bentuk kereta macam takkan jadi teruk sebab muncung depan tu panjang, Honda pulak tu.
Hakikatnya, depan tu remuk siap berlipat.
Padahal menghentam Kancil je kau!
Nak tau kenapa?
Sebab kereta sport ni rendah.
Bila rendah, muncung tu menghentam bawah kereta depan.

Area yang aku bulatkan tu keras gila rupanya.
Kereta Prelude tu muncungnya macam tin Milo je jadinya bila langgar bahagian bawah ni.
Padahal tak hentam kuat.
Masa tu hujan. En Wan dah tekan break dah pun.
Maknanya dah tak laju.
Tapi jalan licin, kereta dia masih bergerak lalu BAMMMM kissed car in the front ðŸĪŠ.
En Wan sempat cover aku dengan sebelah tangan dia, punyalah slow motionnya pergerakan kereta kitorang.
Tapi hasilnya Kancil tak apa-apa, Prelude remuk depan.

Kejadian berlaku kat Maran, Pahang.
Kata orang-orang area tu, kawasan tu memang selalu accident.
Samada jalan licin atau orang khianat, wallahualam.
Sebab tak sampai 2 minit berlanggar, dah sampai tow truck.
Tu pasal sampai sekarang aku terjerit-pekik dalam kereta bila En Wan bawak.
Sebab ada pengalaman eksiden dengan dia.
Tiap kali naik kereta dia suruh aku tido.
Maunya? Cara-cara celik mata pun boleh berlanggar, kalau aku tido dah terbang masuk kereta depan agaknya aku.
Alhamdulillah takde apa-apa. Cuma bengkek sampai sekarang jewwww.

Rasanya tu lah 3 kali pengalaman accident.
Ngeri rasanya nak lalui lagi pengalaman ni.
Cukuplah takut naik flight.
Jangan sampai kereta pulak aku takut naik lepas ni.
Memang stay at home forever jawabnya.