2021-05-28

Taik terapung.


Jumpa gamba ni.
Awal-awal run own company back in year 2008, ke hulu-hilir aku bawak sample DNA Extraction kit.
Ketuk dari satu pintu makmal ke satu pintu makmal untuk pass this sample and ajar cara nak guna.
Dah macam direct selling 😆.
Dalam tube tu ada solution untuk extract DNA.
Tak kisahlah sample haiwan, darah, mucus (kahak) - semua boleh ekstrak tapi ada teknik tertentu.

Dulu aku pernah cerita kat blog how kat mall beratur panjang dalam toilet.
Pelik apesal semua tumpu pada 1-2 toilet sedangkan ada a few lagi.
Rupanya, ada yang rosak and ada yang taik terapung.
Aku masuk dalam toilet taik terapung tu, flush dan guna.
Bila keluar, terkebil-lebil umat dalam tu tengok aku boleh lalu nak kencing dalam toilet tu.
Masalahnya, taik terapung je kot, bukan dia menjejes atas lantai.
Flush je la sudeyyy.
Sanggup korang berkepit menahan kencing beratur panjang dari masuk bilik air tu? Alahaii...

Inilah impaknya, bila dalam lab kau kena ekstrak sample kahak, hingus, feces (taik) - setakat nak flush taik terapung dalam toilet awam tu aku dah boleh pejam-pejam mata je 😆😆.
Tapi kalau aku jumpa ada taik terapung dalam toilet rumah aku, memang aku cari pemiliknya sampai dapat, pastu aku bagi dia jinjit taik dia dengan tangan, lari keliling taman 2 round.
Kau beranilah berak tak flush.
Aku siat-siat kulit pantat sorang-sorang.

Aku sebenarnya seorang penggeli tapi Mak Aji train aku jadi ‘hati kering’.
Rumah kitorang dulu kecik je tapi bersih.
Memang wajib bersih, kalau tak bersedialah kena libasan Mak Aji.
Kitorang adik-beradik dah terbiasa dengan lantai yang bersih, lantai dapur yang tak berminyak and lantai toilet yang tak berlendir.
Tapi biasalah rumah orang tak selalunya macam rumah kita.
Nak pulak bila balik beraya kat Muar, umat punyalah ramai, bangsa yang makan non-stop.
Lepas group orang tua makan, group perempuan pulak makan, lepas tu group budak-budak makan.
By the time group budak habis makan, dah start nak masak untuk next meal pulak.
Biasalah, ramai.

Tu belum lagi bilik air and toilet.
Silih berganti orang keluar masuk dah macam bau apa dah dalam bilik air tu.
Dapat pulak bangsa yang merendam baju-baju sampai sehari semalam, dengan pampers anak berlonggok....Allah, mintak nyawa!
Jamban jangan cakaplah, berkuap!
Mana tak, jambannya 2 je.
Yang nak pakai bukan main ramai.
Kalau pagi-pagi, bersusun lepas kau aku, lepas aku dia, etc.
Macamana tak berkepam?
Dah tak larat nak geli.
Kadang sebelum turn aku masuk jamban, ambik air sebaldi curah sabun.
Sebelum aku memerut, simbah dulu lantai sampai ke dinding.
Then baru masuk toilet. Saja nak bagi wangi.

Dulu aku terjenjet jugak kaki pinjak lantai dapur rumah nenek kat Muar tu. Melekit.
Mak Aji jegilkan bijik mata kat aku, terus rapat tumit aku ke lantai.
Mak aku cakap, jangan buat gitu kat rumah orang. Takde adab.
Abis tu, kalau dah melekit. Takkan nak expect aku catwalk atas lantai melekit kot.
Bertabah je la pijak lantai melekit.
Masa tu baru aku paham kenapa lantai dapur nenek aku ada selipar.
Asal masuk dapur mesti sarung selipar.
Aku macam kejadahnya kat dapur pakai selipar sebab kat kampung Tampin tak pakai pun.
Rupanya sebab lantai melekit.

Itulah satu kekurangannya bila masuk bilik air pakai selipar, masuk jamban pakai selipar, masuk dapur pakai selipar.
Kita jadi ambil mudah kebersihan lantai sebab tak rasa berlendir atau melekit.
Hat ni sama macam dapur and toilet rumah mok kat Tganu.
Aku macam..kenapa pakai selipar masuk dapur?
Rupanya lantai melekit.
Kadang aku cakap kat mok lantai ni kalau dimop tak jalan ke? Memang melekit jugak?
Mok cakap malas nak mop rakyat tengah ramai.
Kejap-kejap tumpah sana, kejap tumpah sini.
Jalan paling senang, pakai selipar.
Bila rakyat semua dah balik baru mop.

"Saya bangkang Yang Arif!"

Bukan apa, ini masalah disiplin.
Benda macam ni tak boleh biar nanti jadi kebiasaan.
Biasa lantai berminyak.
Biasa lantai berlendir.
Biasa lantai berdekir.
Biasa lantai berkerak.
Oh kenot. I kenot this.

Cara orang guna bilik air atau toilet dah boleh membayangkan orang tu jenis macamana.
Pengalaman buat open house berkali-kali dah boleh nampak perangai some people.
Jenis yang keluar-keluar je lantai aku basah berkecah.
Ada yang hose main sangkut juntai gitu je tak sangkut betul-betul kat hook.
Yang buang tisu dalam toilet bowl.
Yang paling siapalis sekali, flush sumbat seluar dalam anak.
Agaknya anak dia berak dalam seluar, dia taknak bawak seluar dalam bertaik tu balik, dia pi flush dalam jamban aku.
Selang beberapa hari tersumbat.
Panggil plumber check, hah kau. Spender budak kecik bunga-bunga ada kat dalam.
Aku takde anak pompuan, ya.
Ni aku syak ada umat yang datang open house buat perangai hutan masuk bandar.

Kalau dalam family aku, manusia yang tak boleh bertolak-ansur dengan sebarang objek yang meloyakan adalah Ima.
Dia can go to an extend tak makan 2 hari sebab tak nak berak.
Punyalah geli nak masuk jamban sampai sanggup kebulur. Kau mampu?
Nenek aku tertanya-tanya kenapa Ima tak makan-makan.
Mak Aji sampai tak larat nak jegil bijik mata kat Ima nak paksa dia makan. Tak dilayannya.
Dia sanggup kena marah dari masuk jamban. Sejenis hati kering ni 😆.
Tapi aku lebih rela tengok dia tak makan dari tengok dia muntah.
Ima kalau muntah sebab geli memang takde ampun.
Sehendak hati dia muntah. Boleh kecik atilah tuan rumah. Kahkahkah.
That’s why antara aku and Ima, Ima lebih pandai mengemas dan lebih detail kalau membersih.
Cara-cara aku mengemas pun mok mertua aku dah seram, kalau Ima mengemas mau migrain mok aku nanti.

Begitulah ceritanya asal-usul kenapa aku boleh selamba tolong flush taik terapung kat mall.
Panjang kan history-nya? Padahal kisah taik terapung je.
Aku ni pasal taik pun boleh exceed 1000 patah perkataan.