2021-06-06

Apakah nilai sebuah hantaran perkahwinan.

Semalam nampak satu post IG gambar seorang lelaki cium emaknya with caption “Diminta hantaran RM30k, lelaki ini nekad tinggalkan kekasih”.
Lebih kurang macam tu captionnya.
Dan macam biasalah, dah tentu kebanyakkan komen bersetuju lelaki tu tinggalkan awek dia.

Ok, cukup sampai situ.

Aku tak tahu samada perlu bersetuju atau tak.
Bila aku meletakkan diri aku dalam situasi parents yang ada anak perempuan, aku tak sure if RM30k tu patut dianggap sebagai ‘menjual anak’ atau sebaliknya.
I mean kalau aku ada anak, yang aku besarkan, yang aku jaga, yang aku provide dengan kehidupan yang baik sehingga dia membesar menjadi sangat sempurna di mata kamu, apakah tak boleh aku letak harga RM30k sebagai syarat bukti kamu serius untuk jadikannya sebagai isteri?

Ok, itu satu.

Yang kedua, RM30k dikatakan umpama menjual anak.

Ok look. Nama pun ‘menjual’.
Orang yang menjual dah tentu nak untung, betul?
Katakanlah untung menjual anak hanya RM3k, bermakna modal membesarkan anak tu hanya RM27k.
Cuba fikir, dengan modal RM27k, apa je yang kita boleh provide pada anak?
Dengan pakaiannya, dengan makan minumnya, dengan sekolahnya, dengan kelengkapannya, dengan pendidikan tingginya, dari lahir sampai ke besar, agak-agak cukup RM27k?
Dah tentu tak.
Jadi, kalau betullah nilai RM30k tu umpama menjual anak, bermakna parents tersebut telah rugi dalam urusan jual beli ni.
Tak untung apa-apa di pihaknya.
Modal membesarkan anak jauh lebih besar.
Dia 'jual' kat kau dengan harga kesian saja.

Anak perempuan dia membesar dengan sangat sempurna di mata kau sampai kau terpikat pada dia, alih-alih nak mintak murah?
Cuba tengok esok dapat anak pompuan nak tak kau bagi murah-murah kat orang.

Yang ketiga, parents sekarang katanya minta tinggi-tinggi sebab nak buat majlis besar-besaran tapi nak suruh pengantin lelaki tanggung.
Ok jom kita buat calculation kejap.

Tahun 2011 aku buat majlis akikah Rayyan.
3 biji khemah, 2 ekor kambing, mini pelamin, catering, goodie bags - habis around RM12k.

Gini je pelaminnya Rayyan. Mini pelamin.
Kita anggaplah gini juga pelamin pengantin.
Pengantin duduk bersila je atas tu sebab tak muat letak kerusi 😆.

Dengan jemputan 300 orang (tak termasuk 80 orang anak tahfiz), RM12k dah sekecil-kecil bajet aku siapkan untuk majlis ni.
Ini jemputan akikah tak sampai 400 orang tau.
Harga 11 tahun lepas.
Kalau nikah lagi lah besar majlisnya.
Dah tentu budget jauh lebih besar.
Jadi, kalau esok bakal pak mertua mintak RM15K, jangan konfiden cakap "Dia letak tinggi sebab nak pihak laki tanggung kenduri belah dia".
Kalau aku malulah nak cakap gitu.
RM15K tu tak banyak mana untuk majlis kawen.
Janganlah yakin sangat RM15K kau tu besar.
Entah-entah pihak perempuan top up 2 kali ganda dari nilai hantaran tu.
Hantaran RM15K tu nilai kesungguhan kau je, dik!

But I can see your point.
“Kalau takde budget buat kenduri, buatlah kecik-kecik. Yang penting nikah”.

Good point. Benda yang wajib kita didahulukan.
Resepsi ni tak penting mana.  
Tetapi, ada point lain yang kita terlepas pandang, iaitu ANAK ORANG.
Yang kita nak ambil tu anak orang.
Nak hak orang, ikutlah syarat orang. Jangan ikut kepala sendiri.
 
However, dalam masa yang sama kalau aku ada anak perempuan, aku juga akan berfikir balik, tergamak ke aku nak menyusahkan menantu sediakan duit hantaran yang tinggi sedangkan dia akan jadi sebahagian dari anak aku juga nanti?
So kat sini ada 2 point:

1. Aku membesarkan anak perempuan aku dengan cukup baik sehingga kau nampak dia cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Adakah RM30k terlalu mahal untuk membayar balik 'modal' aku membesarkannya?

2. Patut ke aku bebankan bakal menantu dengan nilai RM30k sedangkan dia bakal jadi anak aku juga nanti?

Aku selalu terfikir 2 point ni.
Takde jawapan yang menang.
Bagi aku, kedua-duanya betul jika dipandang dari perspektif yang berbeza.
Bila aku bincang-bincang dengan En Wan, En Wan kata “Kita nak bagi anak kita free kat orang, kita buat. Tapi tak boleh expect orang lepaskan anak dia free-free kat kita. Kalau nak, usahalah cari duit”.

Aku sependapat dengan En Wan.
Bukan apa, lumrah manusia nak untung pada dia je.
Selagi boleh memudahkan dia, dia nak buat mudah.
Anak orang pun dia nak minta murah.
Kalau dapat free lagi bagus.
Nescaya akan dipuji-pujinya orang yang letak hantaran murah-murah.
Yang dia esok belum tahu lagi gamak ke bagi anak perempuan dia murah-murah.

Jadi dalam isu hantaran mahal-mahal ni, pihak perempuan ada reasonnya, dan mereka betul.
Pihak lelaki ada reasonnya, dan mereka juga betul.
Yang tak betulnya korang-korang yang menghasut “Tinggalkan je lahhh. Cari lain!”.
Kau nak cari sorang pun payah, sesuka hati suruh orang tu cari lain.

Benda melibatkan hati dan perasaan tak semudah buang hari ni, esok dapat baru.
Apetah lagi melibatkan pasangan hidup.
Benda ni kalau boleh nak dipakai hingga akhir hayat, tak semudah itu nak cari.
Jadi jangan seronok bersorak bila seorang lelaki tu sanggup tinggalkan kekasih kerana hantaran yang tinggi.
Belum tentu lagi dia seronok dengan keputusan yang dia buat, entah-entah makan tahun nak pujuk diri sendiri.  
Yang kau pulak bersorak suka dah kenapa? Jenis busuk hati.

Kalaulah itu terjadi, anggap saja memang bukan jodoh.
Masing-masing sebenarnya akan jumpa yang lebih baik, yang sekufu, yang sepadan dan yang sehaluan.
 
Dulu aku punya dream husband, yang pertama, taraf ekonomi keluarganya mesti setaraf dengan keluarga aku.
Kalau keluarganya lebih susah dari aku, takpe.
Jangan lebih kaya sebab aku taknak mak bapak aku segan dengan besan.

Yang kedua, taraf pendidikannya mestilah lebih kurang aku.
Aku study local, dia juga mesti study local.
Tak payah overseas, sebab aku taknak one day dia jadikan perbezaan itu sebagai modal memperlekehkan aku.

Yang ketiga, dia mesti kulit sawo matang.
Asal jangan putih.
Aku ada satu perasaan kalau lelaki tu putih, dia macam lembik dan metrosexual serta cerewet.

Ex aku menepati tiga-tiga ciri tu.
Aku happy berjaya jumpa apa yang aku imagine.
Tapi takde jodoh. 
Rupanya jodoh aku lansung tak memenuhi ciri yang aku nak.

En Wan obviously orang senang. Aku tak.
Tapi rupanya di sinilah aku belajar menambahkan keyakinan diri aku. 
Maka kami sepadan.

Dia bijak akademik. Tapi dia tak sebijak aku (kahkahkah).
Oklah, aku tak sebijak dia. Ada balance di situ. 
Maka kami sepadan.

Aku dapat jodoh yang berkulit putih, teliti dan cerewet.
Tapi rupanya aku yang tak kisah dan boleh bertolak-ansur dengan his cerewet-ness. 
Walaupun sometimes aku bengkek, tapi most of the time aku buat dek je.
Maka kami sepadan.

Dia suka kondem apa yang aku buat.
Dan aku jenis tahan dikondem. 
Maka kami sepadan.

Maksudnya, SEPADAN ni tak semestinya kau ada apa dia ada.
Kadangkala kita ukur keserasian dan kesepadanan ikut selera mata.
Sama-sama cantik, sama-sama bijak, sama-sama kaya - maka sepadan.
Sedangkan sepadan itu umpama puzzle.
Setiap sisi ada bentuk yang berbeza tapi bila dicantumkan, melekat elok.

Nak mencari keserasian tu yang susah.
Jadi, kalau dah jumpa keserasian dan sanggup pula bayar hantaran tinggi, teruskan sajalah.
Berusahalah memenuhi apa yang disyaratkan.  
Jangan pula dek kerana tak puas hati dengan hantaran tinggi maka kita sengaja mencari-mencari silap dan kekurangan pasangan semata-mata nak justify keputusan kita.
Kalau betul-betul tak sanggup dan boleh move on, silakan.
Cuma kena ingat, kalau kita jumpa next girl, boleh jadi maknya pun akan letak hantaran tinggi.
Takkan selamanya kita nak mereject?
Kadangkala kita kena belajar untuk bersedia dan menerima.

Redza, kumpul duit dari sekarang.
Tiberr…