2021-06-04

Kalau tak perlu, tak payah guna.


Sikit masa hari tu pernah viral kan sorang lelaki yang katanya Dr, dia suggest buang periuk Teflon and start pakai periuk cast iron ala-ala Le Creuset.
Periuk teflon macam Tefal katanya pencetus kanser.
Maka laku la kejap sale periuk cast iron dek kerana video tu.
Rupanya dokter pelsu. Siap tipu pakai title Prof lagi 🤦‍♀‍.
Agaknya kalau dia tak pakai title orang tak yakin dengan dia. 

Ni benda biasa, penyakit zaman moden.
Ramai je gunakan title untuk personal interest.
Belambak founder and motivator ada title Dr sekarang.
Ntah ye ntah tak.
Kalau tengok dari cara dan gaya pun takde rupa orang yang tinggi ilmu sampai tahap PhD.
Kadang terpikir apelah perlunya beli fake cert? Nak buktikan apa?
Tapi tu lah, manusia memang mudah percaya pada orang yang banyak gelaran, banyak harta, banyak pengaruh - kerana ini lambang sukses.
Bak kata ustaz aku dulu, kalaulah kita hidup zaman Nabi Musa agak-agaknya kita ni pengikut Musa atau Firaun?

Satu kelas jawab “Musa!”

Ustaz kata "Yakin ke dengan Musa? Musa tu tak sekaya Firaun. Pengikutnya tak seramai Firaun. Sedangkan Firaun kaya, pengaruh besar, followers ramai dan kerajaannya kuat".

Terdiam semua, termasuklah aku.
Betul juga.
Kita kan senang terpengaruh dengan lambang-lambang sukses macam tu.
Mujurlah kita tak lahir di zaman Nabi Musa, kalau tak tak tau la kita jadi pengikut siapa.

Aku syak walau 100 tahun lagi, orang tetap menilai sukses atau tidak seseorang berdasarkan nilai-nilai material tadi.
Jawatan, pangkat and gelaran memang dikejar orang.
Dianggap sebagai kayu ukur success seseorang.
Maka tak heranlah ramai sanggup beli title Dr and Dato’.
Nak buat macamana, orang memang memandang pada title.
Beli fake PhD berapa sen baru.
Dah dapat title Dr esok, macam-macam kau dapat.
Dapat gain trust in business.
Dapat pengaruh.
Kau mengencing pun orang sanjung.
Bak kata kawan aku yang also a PhD holder (real PhD), dia kata bila ada title Dr, cakap benda merepek pun orang kagum.
Dulu sebelum ada title Dr, cakap dengan fakta pun masih orang argue.

Kadang tak boleh nak salahkan jugak orang-orang yang beli fake PhD and title ni.
Dah kalau ramai yang memuja orang bertitle, sape yang tak tercenderung nak apply satu, kan.
Aku bukan against pangkat dan gelaran.
Pangkat and gelaran ni habuan dunia.
Kalau dapat, ambil.
Gunakan dengan baik kerana itu adalah amanah sekaligus ujian.
Tapi bila salah guna, jadi gitulah.
Yang aku pelik, dah pakai title Dr, masih tak cukup. Nak bubuh Prof pulekkk.
Penyakit apekah ini?

Ada juga doktor perubatan tapi menyalahgunakan title untuk personal interest.
Contohnya, menyebarkan dakyah-dakyah merepek pasal sesuatu yang bukan bidangnya.
Mentang-mentang ada title Dr, otomatik merasa diri serba tahu.
Tak pernah eksktrak DNA, tak pernah buat cloning, tau-tau nak sembang pasal vaksin production.
Kau masuk lab pun tidak.
Hanya kerana ada title Dr, maka rasa diri ada kelayakan nak bercakap pasal benda yang kau sebenarnya tak pakar pun.
Tak malu ke dengan saintist-saintist yang lebih layak bercakap pasal ni?

To me, orang yang beli fake title ni payah nak dipercayai.
Especially yang beli fake title untuk tujuan gain trust in business.
Kalau nak mula berniaga pun start dengan cara yang salah, apa jaminannya segala urusan selepas tu dijalankan dengan betul?

Memiliki title memang mampu mengubah pandangan seseorang pada diri.
Jangankan gelaran profesor yang memang dianggap sangat terhormat, yang ada ijazah pertama je pun sangat terasa berbeza especially bila dibandingkan dengan orang kampung yang belajar sampai menengah je.
Sekarang ni first degree dah melambak.
Having a first degree dah tak istimewa mana.
Maybe itulah salah satu punca ramai berlumba-lumba menambahkan title dengan macam-macam cara.
Dari yang guna saluran betul dan formal sampailah ke fake certificafe.

Orang yang terlalu menyandarkan nilai diri pada gelaran, kesombongan sebenarnya tak pernah lepas dari dirinya. 
Nak-nak lagi yang pakai title fake. 
Nampak macam tak sombong, tapi bila dia tau dia takde benda tu but still nak pertahankan juga, itukan sombong namanya?
 
Ada juga yang dah lah takde title, takde kepakaran dan knowledge pulak dalam sesuatu, tapi taknak kalah.
Last year, masa mula-mula kita berdepan dengan Covid.
Ada yang dan-dan tukar nama company - tambah perkataan ‘Biotech’, ‘Diagnostic’ and ‘Scientific’.
Kau tau sebab apa? Sebab nak jual hand sanitizer. Boleh?
 
Kan waktu tu hand sanitizer susah nak cari.
Benda tengah demand katakan.
Maka beruk-beruk ambil kesempatan.
Nak apply fake PhD suntuk sangat agaknya.
Paling senang tukar je nama company dari Hasnah Beauty ke Hasnah Biotech.
Kan terus nampak macam orang sains tu?
Barulah netizen percaya nak beli hand sanitizer kau.
Pastu claim hand sanitizer dia ada 99% alkohol. Tepuk dahi 🤦‍♀‍.
Aku yang guna sanitizer berpuluh tahun tak penah lagi nampak orang guna sampai 99% alkohol as sanitizer.
Lepas tu buat iklan recruit agen.
Orang lain sibuk educate people tentang which hand sanitizer to choose, how to use, when to use, yang dia sepanjang masa sibuk cari agen untuk jual sanitizer.
Boleh nampak la perangai orang opportunist ni macamana.

Bab sombong ni memang sifat manusia.
Baru dapat harta yang berlebih sikit dah berlagak jadi orang paling kaya di dunia.
Sama lah ketika memiliki title akademik paling tinggi.
Sembang pun dah lain. Cara pandang orang pun lain.
Tak semua, tapi ada. Aku jumpa dah orang jenis ni.
Nak lagi kalau dia berurusan dengan orang yang takde title akademik.
Dia punya air muka dan gesture tak boleh blah. Rasa dah habis hebat.

Look. Bak kata kawan aku yang also an academician.
Dia cakap “PhD bukan untuk orang pandai tapi untuk orang yang nak buat”.
Ada keperluan untuk orang-orang ini ada PhD for career enhancement.

Aku agree dengan dia.
Ramai je yang tak sambung belajar bukan kerana tak pandai atau tak layak tapi TAK MAHU kerana TIADA KEPERLUAN.
Mostly yang ambik PhD ni pensyarah.
Mereka ada keperluan untuk memiliki that certificate.
Orang macam aku ni, yang run own company, kami ada misi berbeza.
Tak nampak apa keperluannya untuk dapatkan akademik title.
Tapi kalau ambik shirt course 6 bulan atau 1 tahun, memang aku ada ambil.
Tujuannya sebab nak belajar dan memahami sesuatu for the benefit of my business. 

Dari sudut pandang seorang majikan, aku tak perlukan someone yang ada Masters atau PhD untuk bekerja dengan aku. Takde keperluan.
Kalau kau ada itu, that's good for you.
Tapi gaji anda tidak dibayar berdasarkan berapa banyak certificate anda ada.
Anda akan dibayar berdasarkan skill dan what can you do for my company.

Aku interview food technologist, cukup dia memenuhi syarat yang aku nak, you are in the payroll.
Tak perlu ada Masters pun.
Tapi kalau satu hari nanti aku nak hantar dia sambung belajar, that's another story.
Kerana memang ada plan one day aku akan pass-kan this business pada mana-mana staff yang perform, yang tahu buat bisness at the same time ada background biotech atau food science.
Biarlah orang-orang begini yang run the company, dia layak.
Aku jadi managing director duduk rumah sebulan sekali masuk meeting, cukuplah.

Oh aku ada satu cerita.
Ceritanya dulu masa makan gaji, aku pi outstation ke selatan, singgah satu institusi kerajaan.
Jumpa Ketua Unit.
Dia punya kerek Tuhan je tahu.

“We all nak cari collaborators dari orang industri. Tapi orang industri tak talk the same language (yang faham biotech). Nak explain our project pun susah. You all semua ada tak pergi training pegang pipet ke, apa ke sebelum promote kat customer?”

Aku terkesima.
Dia tanya aku reti pegang pipet ke tak??
Rendahnya pandangan dia kat aku.
Aku tak banyak cerita.
Aku invite the whole team datang office. Bawak pi lab tour.
Kenalkan dengan semua lab people dalam tu.
Lepas tu barulah nak bertatasusila dengan aku “Kenapa tak bagitau you all ada lab?”
Dah tu kau kerek sangat, celah mana aku nak bagitau.

Puas hati aku dapat kerek balik kat dia.
Walaupun tu bukan ofis aku tapi aku nak dia tahu, ofis tu dimiliki oleh someone yang takde PhD macam dia.
Tapi pemilik ofis tu adalah orang yang sama background macam dia cuma pemiliknya TAK MAHU sambung belajar sebab misinya berbeza, bukan kerana tak pandai. 
Inilah yang aku cakap tadi tentang TIADA KEPERLUAN.  
Jangan pandang rendah kemampuan seseorang hanya kerana dia takde apa yang kau ada.
Boleh jadi kau yang takde apa yang dia ada.