2018-11-15

Halal in Home by XZIZ Biotech



Semalam aku upkan gambar ini di both FB and IG.
Alhamdulillah, banyak respond yang aku terima, siap ada yang nak jadi sole-distributor kat Australia (kerja kat sana katanya).

Sejak dulu lagi bila aku share DNA analysis untuk projek Halal kat blog ni, aku dah nampak keperluan kit ni, especially untuk yang duduk di luar negara dan yang kerap travel, it comes in handy.
Tapi macam yang aku cakap, nak release this kit kepada orang awam memerlukan waktu bertenang untuk fikir habis-habisan.
Kerana tak semua orang awam tau keperluan kit ni.
Nak lagi di zaman media sosial ni, ramai yang suka create attention dengan isu-isu yang tak pasti kesahihannya.

Sejarah nak menghasilkan kit ni panjanggggggg.
Yang follow blog ni dari zaman aku keluar masuk lab dulu memang tau dah this is kerja hakiki aku.
GreenAard tu 'anak terbaru'.
Amma-nya adalah XZIZ Biotech.

Oh, by the way ada yang tanya camana nak sebut nama XZIZ Biotech ni.
Ada yang sebut X.Z.I.Z.
Tak payah bersusah-payah sampai macam tu sekali ya. Hahaha.
Sebutannya adalah EXIST = XZIZ.
This company will always exist konsepnya. Aminnn.

Tahun 2011 dulu pernah kecoh sekejapan katanya sosej abang Ramly ada babi.
Waktu tu, ada some readers tanya aku "Betul ke? Betul ke?"

Nak tau betul ke tak, memang kena test dulu.

Tahun 2009-2010 aku pernah buat satu Halal Workshop.
Kat situ aku ada buat silap sikit.
Aku pi keluarkan sosej dari pek yang ada nama brand.
Patutnya aku asingkan sosej tu masuk dalam clear plastik, jangan tunjuk brand.
Waktu tu aku sangat konfiden yang sosej tu halal sebab kat pek ada tanda halal.
Sekali bila dan run DNA, result menunjukkan positif ada babi.
Cuak gila muka semua orang, dengan aku aku sekali terkesima.
Sebab dorang nampak sosej tu dari brand apa.

Isu halal ni sensitif.

Dah beberapa kali ada outbreak dalam negara berkenaan dengan isu halal.
Sikit masa dulu coklat Cadbury.
Gempar kejap tiba-tiba ada trace of babi dalam coklat tu.
Rupanya lepas dibuat testing yang lebih menyeluruh, itu adalah cross contamination.
Maksudnya, bukan sumber babi sengaja ditambah ke dalam produk tetapi produk itu dicemari oleh sumber babi.

Cross contamination boleh datang dari handling (tukang bancuh tepung lupa bersihkan tangan).
Boleh juga datang dari tools yang digunakan untuk mengadun produk.
Counters atau surface yang tak bersih.
Macam-macam boleh terjadi.

Sebab itulah bila sesuatu produk dikatakan ada sumber babi, testing yang lebih mendalam mesti dibuat untuk cari puncanya.
Jangan serkap jarang tudung manufacturer sengaja masukkan sumber babi dalam tu.
SENGAJA dan TAK DISENGAJAKAN adalah dua benda yang berbeza.
Walau macamanapun, kedua-keduanya mesti dielakkan selagi boleh.



Ini adalah proposal XZIZ Biotech 10 tahun lepas semasa membentangkan report untuk kes kolam ikan yang contaminate dengan makanan babi, somewhere in Perak. 
Company aku dulu adalah panel Halal untuk semua Jabatan Perikanan seluruh Malaysia.
Kitorang handle raw meat halal screening.
Processed food aku tak buat, sebab leceh.
Aku nak buat keje senang-senang je. Hahaha.



Aku pernah letak gambar ni kat blog beberapa tahun lepas, waktu tu aku sangat berahsia dengan nama company sebab taknak paparazzi datang opis minta signature [gitewwww].
XZIZ Biotech adalah panel lab yang dilantik oleh Jabatan Perikanan untuk bantu buat screening  sample ikan dari kolam ikan kat Perak tu.



Bila ditanya "Kita hanya jual ikan di luar Perak".

Ewahhh kemain lagi jawapan.
Orang Perak taknak makan ikan ada sumber babi, jadi biarlah orang negeri lain makan.
Gitu kot konsep farmers ni.

Aku rasa ini antara kes terawal tentang isu halal yang menggemparkan Malaysia.
Masa tu sample ikan and udang banyak masuk ke company.
Kejap-kejap Fisheries hantar sample ikan. Kejap-kejap hantar.
Kebanyakkan sample yang masuk memang positif ada DNA babi.
Tu yang sampai kena sit down semeja dengan orang-orang gomen and Jakim membincangkan apa benda yang kita boleh buat, sebab rasanya lagi banyak tak halal dari halal.

Waktu tu ramai researcher mula hasilkan makanan ikan dari sumber halal.
Tapi, tak berjaya pun.
Sebab sumber makanan halal ni mahal.
Yang murah memang hat tu la, masuk dari Thailand melambak-lambak.
Yang tu jugak la yang farmers guna sebab murah.
Bila murah, ikan pun dapat jual murah.
Kalau guna makanan mahal (halal), nanti ikan kena jual mahal, sape nak beli.
Kita ni mana nak beli ikan mahal, semua benda nak murah.
Mahal sikit komplen. Mahal sikit viral.
Hah penyudahnya, hadap la ikan and udang yang dibagi makan sumber babi.



Tahun 2011 kalau tak salah, aku dapat 10 sample makanan ikan dari Terengganu.
Ini adalah makanan-makanan ikan yang digunakan oleh some penternak ikan di Terengganu.
Daripada 11 sample, 1 je yang takde sumber babi, selebihnya semua positif ada sumber babi.

Bila kerja kau memang hari-hari mengadap result yang macam ni, sampai satu tahap, bila terjadi kes viral makanan ada babi, kau takde rasa apa dah.
Macam rasa biasa.

Itulah yang aku rasa masa kes Cadbury dulu.
Di saat satu Malaysia kecoh pasal ni, aku dan mungkin those yang biasa buat halal screening merasa biasa je.
Sebab sebenarnya kebanyakkan sample yang kitorang terima memang lebih banyak positif babi dari negatif.
Cuma, kami tak mahu viralkan kerana itu adalah etika.
Yang kami buat cuma tulis report and hantar pada pihak berwajib nanti dorang akan selesaikan dengan pengusaha sendiri.
Semuanya dilakukan dengan senyap dan fokus pada matlamat.
Tiada matlamat untuk create attention.

Yang boleh men-confirm-kan samada makanan tu halal atau non-halal, hanya Jakim.
Malangnya ramai di kalangan kita yang suka jatuhkan hukum pada sesuatu yang belum pasti.
Itu jugaklah punca kenapa aku sangat contemplating untuk release-kan this kit kepada market orang awam.



Kit ni menggunakan konsep rapid-test kit.
Bermakna, ini hanya untuk pengesanan awal.

Konsepnya sama macam pregnancy test kit.
Sekiranya positif mengandung, masih perlu ke klinik untuk pemeriksaan doktor sebagai pengesahan.

So our Halal Kit pun macam tu.
Sekiranya terbukti positif, apa yang perlu dibuat adalah jangan makan that makanan. Stop.
Kalau rasa nak confirmation, boleh hantar ke lab untuk further detection.
Di lab nanti dorang akan identify punca sumber babi tu, samada memang sengaja di letak sebagai salah satu ingredients atau ianya cuma cross-contamination.

Cross contamination ni macam kau balik kenduri kawen, cirit-birit.
Mustahil tuan rumah tu sengaja letak julap dalam lauk kenduri, betul tak?
Boleh jadi tercemar dengan air yang kotor, daging yang dah tercemar dengan bakteria, atau tukang potong daging tu tak cuci tangan lepas korek hidung, atau pisau potong daging tu tak dibasuh bersih.
Macam-macam.

Semalam, kebetulan aku nak gorengkan Rayyan sosej, maka aku buatkan kejap test ni.
Saja nak tunjuk kat korang how it works.

Takde yang susah, masukkan sample makanan yang dicincang kecil (0.1-0.2g).
Then, masuk dalam tube yang ada solution khas.
Goncang dengan kuat selama 30 saat -1 minit
Then dip the stick.

Kit ni sensitif.
Bila dia kata cincang kecil, means kecil.
Bila dia kata 0.1g, means 0.1g.
Bila dia kata goncang kuat selama 30 saat -1 minit, jangan memandai nak goncang sampai 2 minit.
Sebab tu kerja-kerja lab ada specific method.
Kau kena follow.
Kerana kalau tak follow, result pasti berbeza.

Ramai yang tanya bila nak jual kit ni.
Actually kit ni dah diguna dah pun oleh customer-customer biotech aku.
Those yang buat halal projek memang dah start guna.
It helps them untuk check sample in-situ (sampel yang belum dipindahkan dari tempat asal).
Yang aku belum jual lagi adalah pada orang awam.

Kit ni masih new, jadi kita belum ada plan untuk buat mass-production lagi.
Nak kena tengok permintaan dulu.
Lagipun setakat ni penggunaan terhad pada kerja-kerja research saja.
Tak sure la lepas aku release ni camne kan.

Solution dalam tube tu kita prepare fresh.
Jadi buat masa ni stock hanya untuk existing biotech customers.
Kalau sesiapa nak order, silakan isi form di bawah.
We have to prepare this roughly 10-14 hari.
Aku akan prepare the solution untuk yang order saja.

How much?

Dari hari tu lagi orang dok tanya harga.

Harga memang tak murah sangat lah.
Sebab nak mencipta solutionnya pun bukan kerja 1-2 tahun.
Projek ni peram lama dah ya.

Kebetulan pulak tahun ni genap 10 tahun XZIZ Biotech.
Mungkin inilah celebrationnya - our halal kit.

Siapa patut ada kit ni?

Those yang kerap travel dan buat food bisnes.
Yang buat food bisnes especially makanan yang tak berapa 'kemelayuan' tu, maybe ini boleh digunakan sebagai marketing tools untuk promote your product sebagai halal.
Kot yang buat kek and kuih tu nak test tepung korang guna ke :)
Yang duduk overseas and kalau nak distribute this kit sangat dialu-alukan.
Yang kat Malaysia, beli direct dengan XZIZ Biotech.

Boleh isi form di bawah untuk pre-order.
Pre-order ni untuk tujuan menyiapkan solution dan dibuka sehingga 30 Nov.


1. Nama
2. Email
3. Saya mahu: Halal in Home Kit (Processed Food), single use, RM40
4. Kuantiti
4. Alamat penuh beserta poskod
5. No Tel
6. Maklumat tambahan atau soalan (jika ada)

2018-11-14

Bersekongkol untuk menyelamatkan diri



Aku jawab topic 1 dulu.

Topik share duit gaji selalunya isteri-isteri tak berapa suka.
Ini topik sensitif sebab money is a very sensitive thing.
Kebanyakkan punca penceraian adalah disebabkan duit.
Sebab kita selalu dengar orang kata duit suami adalah duit isteri tetapi duit isteri adalah duit isteri sorang.

Adil ke ni?

Dalam Islam, ini tak salah.
Tapi tak bermakna tak boleh consider untuk berkongsi.
Orang perempuan ni bab ibadah insyallah lebih rajin dari lelaki.
Kalau terawikh, perempuan yang lebih bersemangat nak buat.
Kalau majlis ilmu (kelas agama), lagi ramai perempuan dari lelaki.
Even kalau ada ceramah-ceramah, orang perempuan yang ramai datang.
Puasa sunat jangan cakap lah, orang perempuan lagi rajin buat puasa sunat.

Makna kata, orang perempuan kalau bab ibadah, insyallah takde hal nak buat.
Tapi, kebanyakkan perempuan bila bab share duit dengan laki dia payah nak terima.
Sedangkan itulah semudah-mudah ibadah, iaitu sedekah.
Dah sedekah yang paling baik adalah pada keluarga sendiri.

Kalau dah nampak perbelanjaan rumah banyak, suami pulak tara-tara itu je gaji dia, apalah salahnya kau hulur RM100-200 buat-buat bayarkan bil api air.
Ini tak, dah tau Hamba Allah tu macam nak bengkok membayar semua bil, kau buat dek je dengan alasan itu tanggungjawab suami.
Pastu banyak kehendak pulak tu, mintak laki belikan itu ini.
Patut padanlah sikit.
Bukannya laki tu tak bertanggungjawab.
Dah sampai nak tertonggengjawab dah dia men-settle-kan segala keperluan, tergamak ke kita nak punyakan terus duit kita taknak share?

Alhamdullillah, this reader dah mula praktikkan sharing duit untuk settlekan keperluan rumahtangga.
Biasa lah tu kalau dah terbiasa pegang duit sendiri tetiba kena 'ikat perut' dari bershopping, agak azab juga nak membiasakan diri.
Tapi insyallah, alah bisa tegal biasa orang kata.
Mungkin dari situ kita jadi bijaksana dalam mengawal perbelanjaan dan mula faham apa itu keperluan ada apa itu kehendak.

Macam kes aku, memang En Wan pegang semua kad aku.
Dalam purse aku pagi ni ada RM15 je, dia baru masukkan pagi tadi dengan ucapan "Abang tak sempat cucuk duit, pegang ni dulu".

Walaupun kad aku dia pegang, duit pun dia tak bagi banyak aku pegang, tetapi aku aku boleh monitor keluar masuk duit aku via online.
Setakat ni takde apa yang mencurigakan.
Lagipun setiap kali En Wan nak withdraw duit aku, dia akan bagitau untuk keperluan apa.

So, macamana aku shopping?

Selalunya memang dengan dia jugak.
Sejak kerja sama-sama ni, aku takde alasan nak bergerak secara solo.
Tapi bila aku dah full swing balik aku punya biotech kit, besar harapan panjang langkah aku lepas ni. Hahaha.

Apa-apa aku nak beli, aku akan bagitau dia.
Dan dia akan approve-kan.
Selalunya kalau barang-barang kosmetik aku, dia akan allow sebab dia tau aku pakai apa and dia boleh nampak kalau barang-barang tu dah nak habis.
Itu dah jadi satu barang keperluan yang dia takkan kacau.

Tapi kalau nak Stabak ke, nak makan kek, nak beli baju - ini memang dia akan tapis.
Sakit jugak la jiwa aku kengkadang, tapi selalunya aku ikut je cakap dia.
Malas bertekak.
Tapi memang tak penting pun sebenarnya benda-benda tu, saje nak membasahkan tekak.

Ada jugak waktunya, aku nak sangat beli sesuatu tapi aku tau dia akan membebel kalau aku mintak.
Untuk kes-kes begini, aku kena kumpul duit.
Duit harian tu aku put aside.
Create new akaun senyap-senyap la apa lagi. Hahaha.



Antara contoh projek rahsia bersama anak tersayang.

Dah macam mencuri duit laki gayanya, padahal pakai duit sendiri.
Masa nak transfer online ni pun terpaksa silentkan phone okeh, sebab nanti notification masuk, laki aku boleh detect aku buat online transfer pulak.
Nasib baik anak dah boleh diajak bersekongkol.

Tapi untuk projek di atas, aku kantoi.
Biasala kan, kalau dah buat salah tu cepat nau terkantoi.
Sebab bila Redza sampai rumah, En Wan kemas-kemaskan beg dia sekali terjumpa resit.
Pastu En Wan tanya aku "Eh Redza beli perfume apa ni mahal sangat?"

Sebelum anak aku kena panggil dek apak dia, lebih baik aku serah diri.
Terpisat-pisat aku nak mengaku salah.
Tapi sebenarnya laki aku okeh je.
Ye lah kan, dah beli dah pun, nak buat camana.
Tapi hasilnya, duit harian aku kena potong lah.
Eleh, takde hal, bukan aku kena bayar pun duit makan.
Everytime makan breakfast and lunch memang dia bayar, so settle dah masalah duit aku kat situ.

Walau macamanapun itulah projek terakhir aku dengan Redza.
Dua-dua dah kena sound 😂😂.



Jangankan dengan anak sendiri, dengan anak sedara and kakak dia pun aku bersekongkol 😂😂.

Mesti anak sedara dia kata "Sedihnya hidup makcik ni. Nak beli Ikea meatball pun kena sorok-sorok".

Actually En Wan tak marah mana pun kalau aku nak beli tapi aku malas nak bersoal-jawab dengan dia.
Nak beli meatball 10 biji pun nak keluarkan 10 dalil, baik tak payah.
Baik aku bergerak secara rahsia, itu lebih memudahkan dan menenangkan jiwa.

Tapi kejadian-kejadian persekongkolan ni jarang berlaku sebab selalunya aku akan beli barang yang dah biasa aku beli like toner, mosturizer, eyeliner, etc.
Benda-benda macam ni En Wan takkan question sebab dia tau ini benda must haves.
Tapi kalau perfume tu dia memang berangin sikit sebab dia tau bini dia jarang pakai perfume tetapi suka beli perfume je.
Tu yang kadang-kadang bila tak dapat beli perfume, aku beli EO 😂😂.
Janji dapat beli wangi-wangian konsepnya!



Belum habis lagiiiii.
Ada lagi ni 😂😂.

Yang ni bersekongkol dengan adik ipar pulak.
Ini masa nak celebrate birthday Redza kat Bangi.
Aku nak tambah-tambah pizza tapi kalau aku mintak En Wan beli konfem dia soal aku balik "Nak buat apa beli banyak-banyak makanan, kan mama kata dah masak nasik Arab?"

Tu yang aku malas nak mintak sebenarnya.
Like aku pernah cakap dulu, En Wan ni sangat praktikal orangnya.
Benda yang tak perlu, dia akan tolak.
Aku tak pasti adekah ini penyakit dia sorang atau penyakit semua engineer?
Semua benda dia nak pastikan apa fungsinya.
Kalau dah ada nasik arab, apa fungsi nak beli pizza?
Pizza kottttt, fungsinya untuk mentekedarah la apa lagi. Huh!

Aku ni pulak bangsa suka celebration, especially bab makan-makan.
Kalau bab kena bawak potluck ke apa ke, aku la paling excited.
Tak buat pun, order je.
Tapi aku memang excited, always looking forward untuk prepare makanan yang best.
Kadang tu aku tak merasa makanan tu pun takpe, aku just enjoy tengok orang makan makanan yang aku bawak.
Lagipun kan seronok ramai-ramai kumpul makan.
That's why anak-anak sedara En Wan suka datang makan kat rumah aku sebab rumah aku always ada makanan.
Bernasib baiklah kau wahai anak-anak sedara dapat makcik yang enjoy food.
Kalau harap Pok korang, dapat kunyah angin je la 😂😂.

Selalunya, kalau aku masak banyak kat rumah, aku bagi kredit kat mak aku walaupun mak hanya tukang kacaukan lauk (mak memang tak masak).
Kalau aku cakap aku masak, nanti dia bising kalau aku masak banyak-banyak.
Jadi, aku selalu cakap mak yang masak.
Kalau mak yang masak, dia takkan komplen lauk tu banyak atau sikit.

Oh baru aku teringat.
Sejak aku buat kerja-kerja membagi kredit ni kat orang lain atas usaha aku, lama-kelamaan mematikan keinginan untuk rasa bangga.
Sometimes bila kita buat sesuatu, orang mesti akan tanya "Siapa yang belikan ni? Sedapnya, siapa masak ni? Siapa yang belanja ni?"

Bila dah terbiasa bagi kredit kat orang lain, lama-lama jadi tak kisah pada penilaian orang terhadap diri kita.
Orang tau kita contribute ke, orang tak tau ke, orang tak puji ke, puji ke, dah tak penting lagi.
Sometimes orang mengutuk pun kita dah tak heran 😂😂.

So, untuk menjawab soalan macamana aku nak beli barang-barang yang aku suka, jawabnya simpan la duit yang dia bagi hari-hari tu.

En Wan takkan kasik berapa-berapa duit yang aku mintak.
Bukan sebab dia catu tapi aku yang malas nak mintak.
Penat la nak mintak dia duit, banyak benda aku kena bersoal-jawab. Fedap aku.

Maybe some perempuan akan cakap aku bodoh sebab tak enjoy duit dari hasil titik peluh sendiri.
Atau maybe ada yang anggap aku ni spesis baik tak kena tempat, bagi laki pegang semua.

Sebenarnya sku tak bagi pegang semua.
Password online banking aku dia tak tau.
Jadi, ada benda yang aku masih control.

So, tak payah la caras laki aku, dia tak best.
Nanti korang susah nak shopping.
Jadi janganlah mengorat dia, mengoratlah orang lain. Mbhahahaha.






2018-11-13

Bunuh diri


Baru teringat a few months back aku ada dapat email dari sorang kakak yang salah seorang ahli keluarganya bunuh diri sebab depression.
Dia tanya aku, adakah membunuh diri akibat sakit (depression) masih dikategorikan sebagai ahli neraka.

First of all, nak bagitau, ni soalan bukan level aku untuk jawab.
Aku ni orang awam saja, kalau dah melibatkan hukum masuk syurga/neraka ni, eloklah bertanya pada yang lebih ahli.
Kita doakan mudah-mudahan Allah berikan belas kasihan pada si arwah. Amin.

Aku pernah juga dapat email lebih kurang macam tu - tentang kes bunuh diri.
Memang bila benda ni terjadi pada kita (ahli keluarga), kita jadi konfius.
Kerana kita tahu segala apa yang berlaku adalah atas kehendakNya.
Tapi at the same time mustahil Allah mentakdirkan seseorang bunuh diri sedangkan Allah Maha Pengasih, mana mungkin Dia nak hambaNya jadi ahli neraka, betul tak?

Tak ada yang berlaku di dunia ni, baik yang hidup mahupun yang mati, yang bergerak atau duduk setempat, yang kecil atau yang besar, yang ghaib atau yang nyata, kecuali semuanya telah ditetapkan dan ditulis oleh Allah di Loh Mahfuz.
Semuanya di bawah pengetahuan dan kekuasaan Allah.
Maknanya segala apa yang berlaku pada kita (manusia), baik tindakan dan kata-kata, senang dan susah, sihat dan sakit, nikmat dan bencana, dosa dan pahala, semuanya berlaku sesuai dengan kehendakNya.

Tapi jangan pulak anggap bila seseorang jadi penagih dadah, jadi pemabuk, jadi pelacur, atau bunuh diri, semuanya tu kerana takdir Allah yang berkehendakkan dia jadi macam tu.
Itu tak betul.

"Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah tambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya." (Muhammad, 17).

Yang aku bold-kan tu.
Ayat tu menunjukkan petunjuk dah hidayah memang dah dibagi cuma ada yang tak mahu terima petunjuk.
Mereka yang menolak.
Wallahualam dengan acara apa mereka tolak hidayah tu kita pun tak tau, hanya mereka saja yang tahu.
Cuma ayat ni adalah bukti bahawa Allah tidak pernah mentakdirkan kita berkesudahan jadi jahat.

Kita ni antara dipilihkan atau memilih sendiri.

Maksudnya, kita lahir sebagai Islam.
Adakah kita memilih jadi orang Islam atau dipilih jadi orang Islam?

Kita dilahirkan sebagai orang Jawa.
Adakah kita memilih untuk jadi orang Jawa atau dipilih menjadi orang Jawa?

Itu semua DIPILIH.
Jadi jangan ejek-ejek orang tu Jawa, orang tu hitam berlegam, sebab dia tak pernah memilih untuk jadi begitu.

Tetapi ada waktu-waktunya, kita yang memilih.

Kita datang dengar ceramah di masjid.
Ini dipilih atau memilih?

Kita blaja kelas agama.
Ini dipilih atau memilih?

Of cos MEMILIH.
Kita tak dipilih pun pi dengar ceramah, tapi kita yang memilih untuk pi dengar.

Begitu juga dengan bunuh diri.

Adakah mati bunuh diri itu juga takdir Allah?
Of cos takdir Allah.
Kalau Allah kata ajal belum sampai, takkan mati.
Jadi mati akibat bunuh diri itu takdir.

Tetapi, bunuh diri adalah pilihan.

Kat tepi ada pisau.
Dia boleh memilih nak toreh nadi dengan pisau tu atau tak.

Bukti dari keadilan Allah kepadanya adalah dia diberikan akal untuk mempertimbangkan segala efek dari bunuh diri.
Dia diberikan kebebasan menentukan pilihannya samada dia nak teruskan niatnya dengan menoreh pisau ke nadinya sendiri atau tak.
Apabila dia memilih untuk menorehkan pisau tu pada tangannya lalu mati, maka dia bertanggungjawab atas perbuatannya.

Berbalik pada soalan samada mati bunuh diri masuk neraka ke tak, yang tu masih kena tanya yang lebih pakar.
Walaumacamanapun, hadis ni cakap "Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula." (Bukhari, 6047).

Kat sini dia tak mention apa-apa pasal neraka.
Tapi word yang aku bold-kan tu - DISEKSA.
Lojiknya di akhirat esok kalau seksaan takkan berlaku dalam syurga ye tak?
Mestilah dalam neraka.

Lagi satu, hadis ni :

"Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya." (Muslim, 109).

Perkataan SELAMA-LAMANYA tu pun dah membawa maksud yang ia takkan berhenti sampai bila-bila.
Maksudnya seksaan tu kekal.
Bila kekal, maknanya tak ada chance masuk syurga lah kan?
Itu ikut lojik pemahaman aku lah.
Tak tau lah kot-kot ada maksud lain.
Walaumacamanapun, silakan rujuk ahli agama.

Tak apalah, apa-apa yang dah berlaku telah pun berlaku.
Tal dapat nak ubah balik.
Kita sama-sama doa supaya Allah tetapkan hati kita semua agar sentiasa berada di jalan agamaNya.
Semoga kita semua diberikan kemudahan untuk memilih kekal beriman sehingga ke akhir hayat.






2018-11-12

Kasih


Weekend lepas gi shopping terserempak dengan blog reader.
Segan aku dengan dia, pakai niqab.
Istiqomah betul dia.
Bukan senang ya nak istiqomah berniqab dalam Malaysia ni.
Sebab ini bukan negara Arab.
Berniqab bukan dominan dalam negara ni jadi bila seseorang tu berniqab, sokonglah dia.
Banyak dugaan dia berpakaian macam tu bila kiri kanan berpakaian "ala kadar".
Kalau kita tak mampu jadi macam dia, setidak-tidaknya bagi sokongan, mudah-mudahan Allah kesian kat kita dan Dia menilaikan sokongan kita tu sebagai ibadah.

Ok, actually dia ada tanya soalan.
Memandangkan dia tau tak mungkin aku akan reply on the spot sebab aku tengah membeli barang, jadi dia minta kalau ada masa aku explain kat blog.

Soalan dia macam ni.
Dia ni buat bisnes pakaian muslimah.
Lama dah dalam 5 tahun juga tapi keadaan bisnes dia masih lagi suam-suam.
Tapi masih bertahan, cuma tak kaya-kaya lah senang cerita.

Bagus dia ni, sangat humble.
Dia kata walaupun dia nampak macam beriman dengan penampilan macam tu tapi hakikatnya dia bukanlah alim sangat, iman masih turun naik, adakalanya menyalahkan takdir juga.
Dia kata semua tips orang-orang berjaya dah dia ikut.
Amalan ibadah dia istiqomah buat, sampaikan dia always question kenapa orang yang tak berapa soleh senang je jadi kaya, tapi kebanyakkan yang religious ni payah sikit nak berjaya.

Bukan dia sorang je question macam tu.
Aku sendiri pun pernah.
Bezanya, aku question kenapa keadaan aku dulu (zaman free hair) lebih lancar rezeki berbanding zaman-zaman awal kau berhijrah.

Macam aku cakap dalam entry yang lepas, kita kena faham sifat Allah dulu.
Kalau kita faham sifat Allah, insyallah kita akan faham kenapa flow rezeki dan ibadah tu tak berkaitan lansung.

Allah tu Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengasih.
Bila Dia Maha Pemberi Rezeki maknanya Dia boleh beri pada sesiapa je regardless tahap keimanan seseorang.
Kalaulah Allah hanya beri kaya pada orang yang beriman, jangankan kata orang yang jarang solat, yang bukan Islam konfem lansung tak ada yang kaya dan berjaya.

Tapi Allah tak bagi rezeki ikut tahap kesolehan kita.
Dia bagi pada semua tak kira beriman atau tak.
Dia bagi sebab Dia ada hak untuk bagi.
Jadi yang itu kita takleh persoalkan.

Tetapi, di samping sifat Maha Pemberi, Allah juga Maha Pengasih.
Sifat Pengasih ini Allah tak bagi pada semua orang.

Dia punya analogi macam ni.
Katakanlah kat nursery ada 2 orang budak berebut mainan.
Then cikgu ambik the barang and pass pada salah sorang.
Yang tak dapat mainan tu cikgu pujuk "Takpe, nanti cikgu bagi yang lain, ok?"

So, adakah yang dapat mainan tadi lebih disayangi?

Belum tentu.

Cikgu bagi budak tu mainan sebab cikgu tau budak tu payah nak dibentuk, payah nak dipujuk, payah nak diajak bertolak-ansur.
Jadi cikgu malas nak dengar dia bising-bising "Nah! Ambik kau mainan ni nak sangat. Pi main sana".

Tapi yang tak dapat mainan tu, bukan cikgu tak sayang.
Tapi cikgu tau budak ni cepat reda tangisannya, lebih mendengar kata dan senang dipujuk.

Ustaz aku pernah cakap kadang-kadang Allah bagi apa saja yang orang tak soleh mahukan.
Sometimes dia tak mintak pun Allah bagi je.
Sebab Allah tau, orang jenis tu, bagi ke tak bagi ke, takkan mengubah tahap keimanan pun.
Boleh jadi kalau tak dibagi tahap keimanan dia makin teruk.
Jadi Allah bagi je.

Tetapi bila Allah kasihkan seseorang, dia akan bagi rezeki dalam cara yang lain.

Bagi kita, rezeki (kaya) tu penting.
Tapi bagi Allah, "setakat nak kaya Aku boleh bagi anytime, tapi rezeki 'berdating' dengan Aku bukan semua orang dapat", gitu.

Allah kenal mana satu hambaNya yang semakin susah, semakin mencariNya.
Orang-orang ini Allah sengaja tak bagi dia mewah kerana Allah suka dia merayu-rayu dalam setiap sujudnya.
Allah tau walaupun tak dibagi kaya, dia tetap istiqomah di jalanNya.
Orang-orang macam ni Allah lebih sayang.

Macam blog reader aku tadi.
Dia boleh je tukar bisnes plan kalau dia nak.
Instead of jual pakaian muslimah, dia jual seluar jeans atau blouse.
Masih menutup aurat jugak, kan?
Tapi tak, dia kekal dengan konsep pakaian syari'i.
Dan yang aku kagum, dia sendiri masih kekal berpakaian syari'i.

Berapa ramai orang yang terkehel sikit je dah tanggal tudung?

Berapa ramai orang yang jual tudung akhirnya tudung sendiri makin singkat sebab nak ikut trend tudung?

Berapa ramai orang yang jual produk kurus akhirnya pakai sendat-mendat nak membuktikan produk dia menjadi?

Berapa ramai yang jual produk kencang payudara balik-balik tayang bontot tonggek and tetek terjojol nak membuktikan produk dia power?

Dari sejak jumpa blog reader tu aku teringatkan dia.
Dia mintak pandangan aku tentang hikmah rezeki.
Sedangkan dia tak sedar dia sebenarnya 'rezeki' yang Allah berikan pada aku untuk aku renung kekurangan diri aku.

Well, maybe orang akan kata "Penampilan tak memberi apa-apa makna".

Ya, betul.
Penampilan memang tak mencerminkan akhlak apetah lagi iman.
Tapi, sekurang-kurangnya dia belajar untuk jadi taat.
Kita??
Jangankan penampilan, amalan wajib pun belum tentu pass lagi.

Aku kagum macamana di tengah-tengah majoriti rakyat Malaysia yang membalut aurat, dia istiqomah dengan menutup aurat.
Rendah diri pulak tu mintak advice aku.
Patut aku yang mintak advice dia macamana dia istiqomah dalam penampilan dia.
Aku ni pulak blur, asal ada reader tegur je terus aku lupa nak mintak contact number ke apa ke, kalau tak boleh gak sembang-sembang ambik ilmu istiqomah dia pulak.
Harap-harap kalau dia baca ni, please PM aku ya.

Aku seronok bila ada peluang berjumpa dengan orang-orang macam ni sebab mengingatkan aku yang aku ni belum apa-apa pun lagi.
Kita jangan cerita pasal amalan lah, kita cerita pasal penampilan dulu.

Ramai antara kita suka compare penampilan diri sendiri dengan those yang jauh lebih jahil, sebab itulah kita susah nak berubah.
Sedangkan kalau kita compare diri kita dengan those yang lebih dasyat menjaga aurat, gerenti terasa kita ni belum sampai mana-mana pun lagi.

Ustaz aku cakap, menutup aurat tu adalah level pertama keimanan.
Kalau berjaya menjaga aurat dengan baik, that's biasa.
Maknanya level iman masih di tahap biasa-biasa.
Kalau menjaga aurat masih lagi level pertama, dan aku masih lagi belum pass that level, tak tau la berapa punya panjang queue nak kena hisab esok.

Ni karang ada yang cakap "Allah nilaikan kita dari hati dan amalan".

That's very true.
Allah nilaikan dari hati dan amalan.
Tapi kita yakin ke semua amalan kita cukup?
Yakin ke amalan kita ikhlas?
Yakin ke amalan kita sempurna?

Sebab itulah selagi apa yang kita boleh follow, kita buatlah.
Mudah-mudahan boleh top up mana yang kurang kat akhirat esok.

Ustaz aku pernah cakap juga, orang kafir kalau buat baik, perbuatan baiknya akan terus dibalas oleh Allah di dunia.
Makin dia sedekah, makin dia jadi kaya.
Allah bayar cash terus kat dunia supaya nanti di akhirat terus masuk neraka.
Jadi, kalau kita orang Islam nak ikut formula tu, silakan.
Biarlah tak solat, biarlah tak menjaga syariat, asal hati baik, asal suka tolong orang, ramai orang sayang, rezeki pun lancar.
Baguslah.
Biar Allah balas semua di dunia nanti kat akhirat terus masuk neraka je, nak gitu ke?

Allah kalau sayang, Dia tak tunjuk pada kaya atau miskin.

Nak tau cara Allah sayang macamana?

"Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya." (Bukhari dan Muslim).

Cara Allah sayang dan kasihkan hambaNya adalah ketika Dia memberi kita faham tentang agama.
Keywordnya adalah FAHAM.
Kalau setakat TAHU, belum tentu dibuat.
Tapi kalau kita FAHAM, pasti dibuat.

Jadi, terpulanglah pada kita mahu yang mana.
Nak dapat rezeki tanpa kasih sayang Allah, atau nak dapat rezeki dengan kasih sayang Allah.
Sebab dalam hadis dah jelas cakap bila kita FAHAM agama, bermakna kita dapat cinta Allah.

Secara lojiknya, bila seseorang cintakan kita, tak tergamak dia nak menyusahkan kita, betul tak?
Itu baru 'orang', yang kita cerita sekarang ni Allah.
Kalau cara-cara orang sayangkan orang pun sanggup redah lautan api (katanya laaa..), so boleh imaginekan tara mana rezeki yang kita bakal dapat kalau Allah yang sayang?

"Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka". (Tirmidzi)

Ni lagi satu hadis.
Allah dah cakap dah, kalau Dia sayangkan someone, Dia akan uji.
Salah satunya diuji dengan susah menjadi kaya.

Well, orang akan kata "Nak kaya kena usahalah, bukan setakat berdoa je".

Ya, betul.
Tapi ada juga yang dah berusaha bermati-matian masih tak dapat apa-apa.
Jadi, usaha belum tentu penyebab kaya.
Cuma Allah janji "kalau kau usaha, kau dapat", tapi Dia tak janji dapat dengan cara yang Dia redha atau tak.
So, jangan ada bongkak di situ, ok?

Again, secara lojiknya, kalau kita berusaha menjadi taat, ikut segala apa yang agama suruh, tak mungkin Allah aniaya kita.
Mungkin kita tak kaya, tapi rezeki datang dalam bentuk lain.
Contohnya dalam kes blog reader tadi, walaupun dia kata dia tak sekaya orang lain (not sure dia comparekan dengan siapa), tetapi bisnes dia bertahan 5 tahun.
Ingat senang nak survive dengan bisnes 5 tahun?
Kalau dia laki bini boleh survive dengan bisnes 5 tahun, itu maknanya dah bagus dah tu.
Ada orang bisnes gah kemain awal-awal tahun, tak sampai tahun ketiga, padam.

Sometimes kita lupa cara Allah menilai manusia tak sama macam manusia menilai manusia lain.
Manusia menilai dari segi hasil tapi Allah menilai dari segi usaha.

Pernah dengar kisah seorang penzina di zaman Rasulullah yang berzina dengan 100 orang?
Dia nak bertaubat tapi diminta keluar dari kampungnya ke kampung satu lagi.
Disebabkan niatnya memang nak bertaubat, dia akur.
Belum sampai ke kampung satu lagi, dia mati.
Tapi dosanya Allah ampunkan kerana Allah menilai usahanya untuk bertaubat.

Tapi jangan pulak kita gunakan cerita ni untuk motivasi diri sendiri "Takpelah, esok-esok aku taubatlah".

Memang dah tau tarikh mati ke camne ceritanya ni?

"Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau Dia mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (seksanya) dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat." (Tirmidzi, 2396).

Ha yang ni yang paling seram sekali.
Yang ni yang ustaz aku cakap tu.
Yang mana apa yang kita nak Allah bagi je, walaupun kita tak ikut perintahnya.
Dia bagi Dia bagi Dia bagi sebab Dia nak kita leka, nanti di akhirat esok tinggal tunggu diseksa saja sebab semua kebaikan Allah dah balas kat dunia.
Yang ini yang kita taknak.

Aku agree dengan blog reader tadi yang katanya iman dia tak kuat mana sebab tu dia kadang-kadang persoalkan kenapa dia masih di tahap yang sama, tak macam orang lain senang buat duit.
Bukan dia sorang yang 'lemah iman', aku pun sama.
Tapi bak kata ustaz aku, belajarlah kenal sifat Allah.
Bila kita kenal sifat Allah, insyallah kita akan tenang dah faham flow hidup ni.

Dulu aku tak faham ayat "dunia ini penjara bagi orang yang beriman. Hanya kematian yang boleh membebaskannya".

Tapi now dah faham.
Bukan bermaksud aku dah beriman, tapi aku dah mula faham pepatah tu.

Memang dunia ni penjara sebenarnya.
Banyak benda yang kita tak boleh buat.
Tudung singkat tak boleh.
Baju ketat tak boleh.
Seluar yang menampakkan belahan tengah (celah kaki) tak boleh.
Nampak jari kaki tak boleh.
Berhias berlebihan tak boleh.
Berburuk-sangka tak boleh.
Hiburan tak boleh.
Buat marketing merepek-repek pun tak boleh.

Allahu, banyak!

Kat mana seronoknya dunia kalau banyak benda kita tak boleh buat?
Tapi sebab kita belum nampak alam lain, jadi sebab tu kita kejarkan alam dunia ni beria-ia.
Esok kalau dah berpindah alam, agaknya masa tu la kita semua sedar.

Semoga kita sama-sama husnuzon pada Allah dan sentiasa mencari hikmah di sebalik takdir dan rezeki yang Allah bagi.







2018-11-10

Trick


Bila berdepan dengan pilihan yang membuatkan kita terpaksa memilih antara ibu bapa atau pasangan (suami/isteri), siapa yang akan kita pilih?

Ada yang kata isteri mesti utamakan suami lebih daripada ibu bapanya sendiri, sementara suami mesti bagi priority kat ibu bapanya especially ibu, dan bukan isterinya.

The question is, betul ke mesti macam tu?

Not all women can survive in such conditions.
Bila isteri dimestikan bagi priority pada suami dan allow suami mendahulukan keluarganya berbanding isteri, then disputes can be very easy to occur dalam rumahtangga ni.
Tak mustahil hubungan suami dan isteri tu akan jadi semakin menjauh.

Suami yang melebihkan mak bapak dan keluarganya cakap "mak bapak takde ganti. Takde istilah bekas mak bapak. Isteri boleh dicari ganti".

Betul lah tu.
Memang kau sorang je ada mak bapak, isteri-isteri ni semua anak yatim. *sigh*

Truth is, memang mak bapak memang takde ganti.
Tapi suami kena sama pikir, isteri pun ada mak bapak jugak.
Dan tentu isteri pun ada keinginan untuk mengutamakan mak bapak dia sama seperti suami mengutamakan mak bapaknya.

"Seandainya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya." (Tirmidzi, 1159).

Kebanyakkan lelaki guna pakai hadis ni secara buta tuli tanpa memahami tafsiran di sebaliknya.
Samalah macam kawen sampai 4.
Ikut sunah katanya, padahal ada syarat-syarat yang membolehkan kawen lebih dari satu tapi tak disebut pulak.
Samada sengaja taknak highlite atau masing-masing baca sunah sekerat-sekerat.

Bila suami membuta tuli suruh isteri taat pada semua perintahnya sampaikan isteri tak boleh lansung nak question-kan haknya, itu yang menjadikannya isteri memberontak.
Sebab isteri merasa ada ketidakadilan di situ.

Aku seorang isteri.
Yang follow IG aku mesti perasan aku always upload gambar food with caption "set-set Tganu datang".

Ramai sebenarnya yang tanya aku, apa perasaan aku bila rumah aku kerap keluarga En Wan datang.
Tak rimas ke?
Tak penat ke kena masak?
Tak bersepah ke rumah?

Pernah tak kita dengar perkataan "beli jiwa?"

Walaupun bunyinya macam rasuah, tapi aku rasa ini 'rasuah' yang dialu-alukan.

Suami kena faham, isteri juga manusia.
Isteri juga ada hati dan perasaan yang mesti dijaga.
Mak bapak dan adik-beradik, bukannya orang yang hadap muka korang 24 jam.
Yang jaga makan minum, yang jaga sihat sakit, semuanya isteri.
Jadi, secara lojiknya, kalaulah suami bagi priority pada isteri, dah tentu isteri dengan senang hatinya melayan keluarga suami macam keluarga sendiri.
Kalau suami pandai beli jiwa isteri, isteri takkan anggap keluarga suami sebagai rivals.
Inilah kunci keharmonian yang some suami terlepas pandang.

Ini tak.
Ada suami yang terlampau pentingkan keluarga dia, mak bapak dia.
Sikit-sikit family dia.
Bila isteri persoalkan, balik-balik dia keluarkan hadis "mak bapak adalah tanggungjawab suami sampai mati, keluarga suami adalah keluarga isteri. Isteri jatuh nombor 2!"

Bang, len kali pi blaja agama bagi habis dulu, boleh?

Benda-benda macam ni omputih kata - common sense.
Kalau kita pandai tolak-ansur dengan orang, orang pun akan tolak-ansur dengan kita.
Tapi kalau kita berkeras dengan orang, kau rasa orang pun tak reti nak berkeras balik?
Ingat ya, yang kau kahwin tu manusia, bukan malaikat.
Iman dan kesabaran manusia ni ada turun naiknya, jadi tak payah la nak berkeras sangat.

Bukan aku tak pernah dapat luahan-luahan email dari isteri-isteri yang katanya suami bukan saja bagi duit bulanan pada isteri, tapi bagi jugak duit bulanan pada kakak yang dah pun berkahwin.

Ok, bagi aku, suami dia ni bagus.
Sebab suami dia masih menjaga kebajikan mak bapak and kakak walaupun kakak tu dah jadi tanggungjawab suaminya sendiri.
Takde yang salah pun kat situ.
Tapi boleh jadi suami ni terlampau lebihkan keluarganya sampai keperluan isteri dan anak-anak tak dapat dipenuhi.
Kalau tak, tak mungkin isteri ni mengungkit, betul tak?

Tanggungjawab suami kepada ibu bapanya tak akan berhenti walaupun dah berkahwin.
Cuma, bila dah berkahwin, tanggungjawab antara menjaga kebajikan ibubapa dan isteri mesti ada balance.
Kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kerana terlalu sibuk menjaga kebajikan ibu bapa sendiri - juga adalah sesuatu yang dilarang agama.

Suami, please "beli jiwa" isteri sekali-sekala.
Dah tau malam karang segerombolan adik-beradik kau datang dari kampung, sebelum nak minta isteri masak-masak untuk terima tetamu, apa salahnya belikan isteri Stabak segelas, baru RM18.
Tak pun belikan kek Secret Recipe premium sepotong, baru RM15.
Tak pun, belikan eskrim Banana Caramel Baskin n Robbin, baru RM19.

Ni bukan soal ikhlas tak ikhlas.

Oh, masa nak mengorat dulu rajin pulak kau beli hadiah, kejap-kejap surprise, kejap-kejap surprise.
Tak suruh pun, tapi kau kemain rajin lagi bagi hadiah.
Sekarang nak suruh bagi surprise, kata tak isteri tak ikhlas pulak.

Allahu.....beli jiwa isteri pun nak berkira ke?
Memanglah isteri tak mintak, tapi kalau suami bagi kan sejuk sikit hati isteri.
The thing is, kita memang tak boleh tolak hukum.
Memang suami keutamaan isteri.
Itu dah tercatit, tak boleh pertikaikan.
Dan memang keluarga suami adalah keutamaan yang suami perlu dahulukan berbanding isteri.
Tetapi, di sinilah sebenarnya agama menguji kebijaksanaan seorang suami.
Ada 'trick' kat situ yang kadang-kadang suami tak faham.

Benda ni tak susah mana kalau kita semua faham caranya.


p/s : entry ni untuk menjawab soalan-soalan kat DM. Harap ada pencerahan.




Last day today, 11.59 malam.


2018-11-08

Rayyan 8th


Peram lama dah nak buat entry ni.
Malas pulak rasanya sebab tahun ni tak berapa nak celebrate sangat birthday Rayyan.

Pertama sekali, tak cukup korum - Redza belum balik.

Kedua, hari birthday Rayyan tu, rumah aku ramai orang sebab set-set Tganu datang rumah.
On that day dorang semua nak ke Jakarta jadi agak kelam-kelibut sikit kat rumah.
Terkejar-kejar nak pi beli kek Rayyan.
Ingatkan nak ajak celebrate sekali dah alang-alang semua berkumpul kat rumah aku kan.
Tetiba Kak Ngah nak ke airport awal, excited semuanya nak pi Jakarta.
En Wan balik bawak kek semua dah takde, dah pi airport.
Jadi kitorang terus balik Bangi, celebrate kat Bangi.

Memang tak plan nak celebrate kat Bangi pun sebab minggu tu aku baru dapat anak sedara baru, jadi keadaan masih lagi belum stabil.
Mak dan anak serta apaknya sedang kalut menyesuaikan diri, so aku taknak menambahkan kecoh kat Bangi tu.
Tapi dah rezeki Rayyan nak celebrate kat Bangi.
Cuma takde sape la kat sana.
Celebrate gitu-gitu je.
Takpe, abang dia balik hari ni, boleh celebrate lagi sekali.
Rayyan memang dah biasa celebrate birthday 7 kali setahun 😂.



Dia yang pilih sendiri kek ni.
Jadi hari tu aku tak makan lansung this kek sebab tak kena dengan tekak aku.
Kali ni flavour Very Berry.
Rayyan memang always pilih flavour ni kalau pi Baskin.
Kesian jugak dia hari tu sebab kebetulan Acu pi JPN daftar anak dia.
Mak Su dia pulak demam.
Jadi celebrate dengan atuk and nenek je la.
Nasib baik anak aku ni jenis tak berapa kisah asalkan ada kek, jadi terselamat di situ.



Hanya bapak dia yang bersungguh siapkan semua benda.
Aku masa ni tengah seronok mengerjakan anak Ibal.



Lambat sangat bapak dia nak cabut lilin lah apa lah, anak dah menggelupur nak makan eskrim.
Takyah tunggu sudu lah kan, jilat je pisau tu 😂.



Nasib baik mak dia belum tanggal tudung lagi time ni, dapat ambik gamba sama.



Everytime birthday Rayyan, aku emotional over sikit.
Miracle sangat Rayyan ni membesar sampai ke umur 8 tahun.
Padahal waktu tu aku dah bersedia untuk hilang dia bila dokter kata "I'm not happy with your reading (blood and urine). Tomorrow kita akan operate you dulu, apa-apa kita akan selamatkan ibu dulu".

Walaupun dokter tak bagi apa-apa jaminan secara direct, tapi bila dia cakap macam tu aku dah pujuk hati sendiri.
Tapi at the same time aku memang nak dia survive sebab dia takde masalah kesihatan, dia kekal aktif sampai ke malam sebelum lahir.
Yang bermasalahnya aku.

Bila En Wan ada peluang jumpa aku lepas aku sedar dari operation, dia kata "Abang dah tengok baby, Kecik sangat".

Allahu, sedihnya aku.

Sehari semalam aku jadi vegetable.
Nak angkat tangan sendiri pun tak terdaya sebab terlampau sakit.
2 kali nurse inject morfin.
Merasa la aku jadi mat pit kejap 😂.
Memang best gila rupanya morfin. Terawang-awang rasanya. Hahaha [matilanak mempromosi morfin kat sini].

Esoknya bila dah boleh angkat badan, sebak je tengok orang depan and kiri dah bersalin, anak semua kat tepi.
Aku? Tepi katil kosong.
Masa tu aku terbayang gini lah agaknya rasa mak-mak yang bersalin tapi anak meninggal.
Sedih jangan cakap.

Bila dah terdaya sikit, En Wan bawak aku ke NICU tengok baby.
Masa tu baru aku nampak real definisi of "sebesar tapak tangan".

Macam tu lah Rayyan dulu.
Betul-betul besar tapak tangan aku, 1.34kg je.
Rayyan duduk dalam bekas macam tupperware yang diletakkan kain.
Terlampau kecik sampai aku kesian.
Rasa kesian sebab nampak struggle-nya Rayyan nak hidup.
Dengan wayar berlilit satu badan, badan yang masih nampak tulang, dada turun naik bernafas.
Dokter cakap "Semangat budak ni kuat. Walaupun dia macam ni, keadaan dia lebih stabil dari awak".

Orang lain lepas bersalin elok je berpantang.
Aku 29 hari berulang-alik ke NICU hantarkan susu.
Raya Haji aku yang pertama di hospital adalah tahun tu, 2010.
Laki bini pakai baju raya tapi lepak NICU jaga Rayyan.



Mana-mana mak pun akan luruh jantung tengok keadaan anak macam ni.
Tapi ini anugerah Allah yang datang bersekali dengan hidayah.
Kerana Rayyan, aku mula slow-slow belajar cari Dia.

Terlampau banyak sangat Allah tunjukkan keajaibannya sepanjang proses aku lahirkan Rayyan.

Bermula dengan dokter kata keadaan aku kritikal, dia tak berani ambik kes ni lalu dia tolak aku ke Serdang.

Bila sampai kat kecemasan, dokter terus bagi aku injection untuk kuatkan paru-paru, katanya dalam tempoh 2 hari dorang akan keluarkan baby sebab keadaan aku kritikal, baby tak dapat food supply lansung sejak kandungan 5 bulan. Waktu tu aku dah 7 bulan.

Tapi dari seminggu ke seminggu dorang hold aku untuk tak bersalin.
Paed nak tunggu kalau boleh at least sampai baby naik ke berat 1.2kg baru operate.
Tapi risikonya, kidney and liver aku mungkin damage.
Jadi everyday darah and urine aku diambil untuk monitor tahap kesihatan aku.
Sampai satu tahap dokter kata dah tak tau nak cucuk kat mana sebab dua-dua tangan aku dah lebam-lebam sebab hari-hari ambil darah.
Mat pit tengok tangan aku pun sujud okeh.
Dokter kata perlu bagi aku priority sebab blood pressure aku tinggi, urine aku sentiasa ada protein, anytime boleh dapat sawan.
Hari-hari nurse datang check ibu jari aku nak pastikan bengkak ke tak, sebab kalau bengkak maknanya risiko nak dapat sawan anytime.
Kalau kena sawan, baby boleh lemas.

Aku ingat lagi dokter yang check tu cakap "Keadaan awak ni sebenarnya dah teruk, tapi kaki awak tak bengkak lansung".

Aku anggap this is another keajaiban Allah.

Petang sebelum operate, Ketua Jabatan naik jumpa aku.
Dia cakap urine aku dah teruk, protein 4+.
Dia takut kidney aku rosak.
Jadi esok terus operate.
Tapi dia ada hint-hint yang apa-apa pun dorang akan utamakan aku dulu (ibu).
Masa tu dah takde rasa sebak dah dalam hati.
Nak kata pasrah pun tak, tapi macam rasa kosong.
Aku just looking forward untuk survive and aku nak life aku balik.
I mean aku nak balik rumah, aku nak uruskan anak aku (Redza) and hidup normal macam dulu (tak duduk hospital).

Aku give up ke ni?

Tak, aku tak give up.
Tapi dalam keadaan aku macam tu, tak banyak yang aku boleh buat.
28 hari aku tersadai dalam ward, hari-hari aku doa bagi aku and baby ni selamat.
On that last day, aku tukar doa aku supaya bagi aku redha apa pun outcomenya.



Alhamdulillah, selepas 29 hari dia kat NICU, pagi tu masa timbang berat, dokter allow dia discharge dengan berat 1.74kg.

Aku call En Wan, masa tu dia kat kilang.
Menangis-nangis aku bagitau yang Rayyan dah boleh balik.
Macam miracle sangat, dari sehari ke sehari health report aku tak menunjukkan result yang positif, tapi kuasa Allah, walaupun Rayyan lahir tak cukup bulan dan dia antara paling kecil sekali di kalangan baby yang sebaya dalam NICU tu, tapi dia keluar lebih awal.

Hari ke 30, barulah aku mula berpantang.
Barulah nampak rupa orang baru lepas bersalin.
Syukur sangat sepanjang berpantangkan Rayyan, mak mertua aku ambik Rayyan waktu siang.
Dia suruh aku tido and rehat cukup-cukup, tak payah jaga anak.
Aku perah je susu kasi taruk dalam botol, nanti time menyusu mak akan susukan.
Malam baru mak hantar Rayyan naik bilik, tido dengan aku.
Jadi, siang mak jaga, aku rehat.
Malam, aku jaga, mak rehat.
Kerjasama ni penting bagi mengelakkan kewujudan zombie dalam rumah ni.
Alhamdulillah, berpantangkan Rayyan tak stress sebab mak willing nak jagakan waktu siang.

Masa aku berpantang kat rumah, Mak Aji tak jaga aku dah, dia bagi peluang mak mertua aku jaga pulak.
Sebab masa aku mengandung, 5 minggu En Wan outstation kat Jepun.
Sepanjang 5 minggu tu puas dah Mak Aji and Pak Aji lepak rumah jaga makan minum aku.
Pak Aji yang jadi 'driver' hantar aku appointment ke sana sini jumpa customer.

Alhamdulillah sangat-sangat.
Banyak yang Allah permudahkan.



Pagi ni Rayyan celebrate birthday kat skolah Kafa [kan aku dah kata dia celebrate besday 7 kali 😂].

Macam biasa, bila kita ada kawan yang pandai masak, dan tak kisah letak order last minit, boleh pulak deliver semua pukul 7.30 pagi, kita memang kena support bisnes yang macam ni! Hahaha.
Nak pulak dapat member yang ambik order reti, tapi tak reti bagi total payment.
Sampai aku kena wasap dia tanya bila kau nak bagi aku total payment ni, makanan dah 3 hari habis padahal.

Yang paling aku risau adalah kek tu.
Sebab Rayyan dah siap bagi aku artwork kek yang dia nak.



Kalau Redza, takde hal.
Dia sentiasa "Tak pasti".
Kau tanya la nak kek apa, nak hadiah apa, nak celebrate kat mana, jawapannya sentiasa "Tak pasti".
Tapi dengan Rayyan jangan main-main.
Dia sentiasa ada clear cut apa yang dia nak.
Ni sejenis 'penyakit' bapak menurun ke anak.
Kalau dia nak tu, yang tu gak, tak boleh lain!

Agaknya masa apak dia nak ngorat aku dulu macam ni gak perangai dia kan, "Aku tak kira! Aku taknak yang lain, aku nak Diana jugak!" [kahkahkah matilanak perasan].

Pagi tadi masa aku bukak kotak kek and tunjuk kat Rayyan, dia membelek atas, bawah, tepi dan berkata "Ok Ma, sama!".

Phewww! Lega.
Kau just imagine kalau tak lepas QC?
Mau merempan taknak pi skolah.

Siapa nak tempah kek dan segala tok nenek makanan, boleh call/whatsapp kawan aku ni, Aisyah : 019-2812880.
Sampai ke Nilai pun dia boleh deliver.



Terima kasih pada semua yang pernah mendoakan keselamatan Rayyan 8 tahun lepas.
Aku tau ramai di kalangan blog readers yang mendoakan, ada yang buat solat hajat di surau kawasan tempat tinggal.
Terima kasih banyak-banyak.
Doakan Rayyan jadi anak cemerlang dunia dan akhirat.






Untuk ini, KLIK SINI


2018-11-07

Mimpi




Semalam aku ceritakan tentang mimpi aku kat IG Story.
Sampai ke hari ni berjujuk-jujuk respond yang aku dapat, sempat baca tapi blom sempat respond.
Ada di antaranya hantar soalan yang requires explanation yang panjang, jadi aku rasa terpaksa buat satu entry.
Mudah-mudahan ada sikit pencerahan lepas baca explanation aku ni.

Sepatutnya cerita tu sampai PAGE 3 je, tapi melalui pengalaman aku, orang lebih berminat nak tau siapa orang yang aku mimpikan tu daripada cari hikmah dari cerita tu sendiri, jadi sebelum DM aku penuh dengan soalan bertanyakan siapa orang yang aku mimpikan tu, lebih baik aku bagitau siap-siap.
Dan sebagaimana yang dijangka, kebanyakkannya memang respond pada orang yang aku mimpikan tu.

Kebanyakkannya tulis "Semoga dia dapat hidayah".

Aku baca pun macam....dia belum dapat hidayah ke?
Setahu aku dia ni dah masuk Islam, bermakna dia dah terima hidayah.
Maknanya dia sama level macam kita, sama-sama Islam.

Seperti dia, kita juga sebenarnya 'belum dapat hidayah'.

Kita pakai tudung, tapi singkat.
Kita masih tak tutup aurat dengan sempurna.
Solat wajib masih ke mana-mana.
Solat sunat apetah lagi.
Puasa sunat jarang sekali.
Mengaji kalau teringat.
Kita masih sukakan hiburan.
Kita masih seronok bergossip.

Dia tu mualaf, banyak benda yang belum tahu.
Tapi kita dilahirkan sebagai Islam, banyak yang kita dah tahu tapi kita tak buat.
Tak pasti samada dia atau kita yang patut didoakan supaya terima hidayah.

Macam ustaz aku cerita baru-baru ni, tentang tragedi Lion Air.
Ustaz kata "Tak pasti samada kita yang terselamat atau mereka yang dah Allah selamatkan".

Allahu.

Itulah kita sebenarnya.
Kita selalu memandang orang lain lebih buruk dari kita dan lebih bernasib malang dari kita.
Sebab tu kita susah memperbaiki diri sebab kita selalu membandingkan diri dengan someone yang kita sangkakan amalannya jauh lebih sikit.

Aku tak minat Marion Caunter.
I mean aku bukan peminat dia, let alone nak follow kisah hidup dia.
Aku bangun dari mimpi tu pun gugel sape nama dia sebab aku ingat muka laki dia je.
Jadi, aku bukan nak pertahankan dia.
Cuma, aku teringat aku pernah berada di tempat tu.
Yang tak pernah melalui zaman-zaman 'gelap' seperti aku, takkan pernah rasa apa rasanya bila orang hukum kita masuk neraka hanya kerana penampilan kita macam tu.


1. Apa caranya menguatkan iman

Ini adalah soalan yang sama aku tanyakan pada ustaz aku 3 tahun lepas.
Ustaz jawab "Fahamkan sifat Allah".

Memahami sifat Allah itu wajib sebab salah satu sumber kegelisahan kita dalam hidup adalah ketika kita tak kenal sifat Allah.
Contoh, kalau kita orang perempuan dipinang oleh seorang lelaki yang kita tahu sempurna sangat kejadiannya di mata kita, tentu kita rasa tenang and seronok, betul tak?
Konsep yang samalah juga kalau kita kenal Allah.

Jadi, kalau kita selalu rasa gelisah, tak pernah puas dengan apa yang dia ada, selalu rasa tak puas hati dengan apa yang orang lain ada - itu adalah kerana dia belum faham bahawa yang menguruskan hidup kita adalah Allah.
Ketika kita tak mengenali sifat dan nama Allah, besar harapan kegelisahan akan datang bertubi-tubi.

Contoh, kalau kita percaya Allah itu Ar-Razzak, kita takkan kusut dengan urusan dunia.

Contoh lagi.
Ada orang, di depan manusia dia jadi sangat alim, tapi di belakang orang dah macam wali setan.
Sebab apa?
Kerana dia tak faham Allah itu Ar-Raqib.

Jadi berbalik pada soalan follower IG aku tu, macamana nak tambah keimanan, maka kita kena cari sumber keimanan tu dulu.

Analoginya macam kita suka makan, tapi kita malas nak cari makan.
Suka duit, tapi malas cari duit.
Nak sembuh dari sakit tapi taknak berubat.
Macam tu lah juga dengan iman.
Iman takkan datang kalau kita tak usaha cari.
Dapat tak dapat lain cerita, tapi kalau tak mencari dah tentu tak dapat.

Jadi salah satu cara nak tambah iman, mula-mula kenali sifat Allah dulu.
Kalau kita masih rasa takut, risau, gelisah, cuba periksa macaman urusan muamalah kita dengan Allah.
Boleh jadi hubungan kita kepada Allah semakin menjauh.


2. Macamana nak cari hikmah dari setiap kejadian

Tak ada perkara yang bersifat kebetulan yang Allah jadikan.
Apa je yang berlaku, biidznillaah [dengan izin Allah], dan setiap satunya ada hikmah.
Kita kena selalu mintak Allah bagi kita kemudahan untuk melihat hikmah.
Kerana di sebalik setiap perkara yang berlaku selalu ada hikmah yang hebat, dan hanya dapat ditangkap oleh hati yang sensitif.
Jadi point yang pertama, bersihkan hati.
Jangan selalu ada perasaan lebih baik dari orang lain, apetah lagi nak buruk sangka.
Ada satu hadis [aku lupa hadis dari mana], tapi ada disebut "Ketika kita merasa diri kita lebih baik, itulah waktunya kita menjadi seburuk-buruk manusia".

Kebanyakkan kita suka judge orang dari apa yang dia nampak.
Kadang-kadang tak kenal pun, nampak kat gambar je, tapi dah hukum orang tu masuk neraka paling bawah terus.

Sebab apa?

Sebab dia merasa diri dia lebih baik.
Padahal dia hanya membandingkan penampilan dia dengan penampilan orang yang dihinanya.
Tak berani dia nak bandingkan amalan dia dengan amalan orang soleh.
Padahal kekurangan kita masih banyak.
Maksiat kecil-kecilan masih belum kita tinggalkan [mengumpat, menipu, riak].
Ilmu yang telah kita tahu pun sikit sangat yang kita amalkan.
Kita bukan tak tau amalan kita banyak mana je.
Kita tahu.
Disebabkan kita tahu amalan kita tak banyak mana, maka kita bandingkan diri kita dengan orang yang kita anggap jauh lebih buruk supaya kita nampak baik sikit.

Salah satu bentuk hidayah adalah keupayaan untuk kita membaca hikmah di sebalik setiap perkara.
Dan hidayah ini perlu dijaga supaya 'kebolehan' ini dapat kita terus miliki.
Caranya, dengan menjaga hati.
Kerana benda yang baik dan buruk takkan boleh bersatu.
Jadi, kalau nak kebolehan membaca hikmah, perbaikilah hati.
Insyallah benda yang baik akan masuk.

Di samping tu, hafalkan doa bawah ni, baca setiap kali lepas solat.
Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki hati yang bersih kerana busuk hati adalah sumber segala masalah.






3. Macamana nak paksa diri bangun solat malam?

Soalan ni ada 3-4 orang tanya, dan semuanya aku reply "Kunci jam".

Sorry, actually itu jawapan ringkas berdasarkan hukum lojik akal je.
Aku tahu sebenarnya semua pun memang dah kunci jam, cuma tak terbangun.

Pengalaman sendiri : set alarm paling kuat and letak di tempat yang jauh dari tangan boleh capai. Maknanya nak stopkan alarm tu kena bangun jugak. Aku letak kat atas meja TV. Meja TV aku sebelah bilik air. Jadi bila stopkan alarm, terus masuk bilik air :)

Nak buat satu yang bukan kebiasaan, caranya adalah biasa-biasakan.
Contoh kita berpuasa.
Hari pertama tu agak lapar jugak.
Tak kurang jugak yang terlupa, dan terbabas minum air.
Tapi masuk hari ketiga, keempat, dah jadi biasa, terlajak sahur pun masih boleh tahan lagi.

Macam tu lah jugak dengan solat malam.
Hakikatnya, ibadah mesti dipaksa.
Kalau tak paksa, macamana nak datang kebiasaan, betul tak?

Tips seterusnya, kena ada motivasi.
Motivasi ni mesti kerana kita nak Allah sayangkan kita.
Kalau motivasi kita untuk bangun solat malam adalah kerana nak karier kita bagus, nak naik pangkat, nak kaya, minta maaf cakap, kita takkan dapat.
Sebab Allah tahu kalau niat kita solat malam untuk urusan dunia, once Dia dah tunaikan permintaan kita, kebarangkalian besar kita takkan solat malam dah sebab kita dah dapat apa yang kita nak.
Jadi, forget about kerjaya and bisnes.
Biasakan solat malam kerana nak membangun cinta pada Allah.
Kalau ini kita jadikan motivasi utama, insyallah urusan dunia akan selesai.


4. Ibadah saya sekejap ok sekejap tak ok. Saya ni munafik ke?

Tak.
Iman itu bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
Maksiat tak bermaksud "ringan-ringan".
Banyak layan gossip pun namanya maksiat.
Banyak layan hiburan pun namanya maksiat.
Banyak sembang benda-benda yang sia-sia pun namanya maksiat.

Turun naik iman itu wajar berlaku.
Tetapi walau dalam keadaan iman drop kita masih mempertahankan kesolehan (ibadah), inilah orang yang beruntung.

Kalau kita sedar ibadah kita masuk ke level yang "tak ok", maknanya kita dah sense something wrong pada diri kita.
So, cepat-cepat kita tambahkan amalan, jauhi perkara-perkara yang akan buatkan semangat ibadah kita drop.

Ini yang kadang-kadang orang kena cop "extreme".
Bila tiba-tiba seseorang menjauhi kawan-kawan kebiasaanya, terus kena cop extreme.

"Baru blaja mengaji, dah extreme pilih kawan. Aku yang khatam 14 kali tak apa-apa"

Pernah terkena macam ni?

Aku pernah.

The thing is level iman kita tak sama.
Ada yang perlu tujahan yang extreme untuk dia kembali pada fitrah.
Untuk itu, dia terpaksa memaksa diri dia untuk berada di kelompok yang membangunkan iman.
Kerana dia sedar iman dia masih goyang.
Malangnya, ada orang yang perlekehkan usaha ini dengan mengecop "extreme".
Bayangkan kalau orang itu luntur semangatnya kerana kata-kata kita, tak rasa berdosa ke?
Tak pernah terfikir ke untuk tumpang pahala orang tu bila nanti dia berubah jadi lebih baik asbab dorongan kita?

Cerita tentang mimpi aku tu takde lansung kaitannya dengan that public figure.
Intinya hanyalah untuk kita (aku) faham bahawa tawakkal pada Allah itu penting.
Dalam masa yang sama, untuk aku berfikir, kalau dengan manusia yang kita buat sikit kebaikan pun dia lansung nak bagi kita macam-macam, apetah lagi kalau kita 'bersahabat' dengan Allah yang dah tentu Maka Berkuasa akan segala-galanya, pasti hidup kita akan lebih teratur.

Hidayah itu milik Allah.
Sama-sama kita doakan diri kita sendiri supaya kita diberi pentunjuk untuk sentiasa memperbaiki diri dan melihat kekurangan diri sendiri sebelum melihat kekurangan orang lain.




Ok dah launch.
KLIK SINI untuk tengok semua corak.


2018-11-05

Siapa punya masalah lagi berat


Kelmarin nampak ramai orang menganjing satu status IG (or Twitter?) tentang keluhan seorang student yang katanya "takde stress yang lebih stress dari menjadi seorang student".
Stress orang lain tak sehebat stress student katanya.

Ye lah, betul la tu.
Sebab setakat ni tarafnya di situ, masih bergelar student.
Patut la pun dia kata stress jadi student sangat hebat.

Takpe, jangan menganjing dia.
Sebab kita pun pernah lalui zaman-zaman stress tu.
Sekarang ni ye la, rasa macam sap sap soi je zaman blaja dulu.
Tapi dulu kita meraung meratap jugak la nak habiskan 5 tahun tu.
Nak pulak baba assignment datang bertimpa-timpa, dengan PC pulak time ni nak buat hal, pastu printer tetiba takleh print.
Memang ni lah masalah paling besar waktu tu.
Jangankan kata nak habiskan 5 tahun, aku nak habiskan final project tu pun hazabedah rasanya.
Dek terlampau stress, pernah aku call mak aku mintak belikan tiket flight, aku tak kira, esok aku nak balik!

Punyalah stress sampai tak nak fikir lansung mak aku ada duit ke tak, janji tiket flight aku ready.
Tapi agaknya mak aku jauh lebih stress bila aku call malam-malam buta nangis-nangis mengadu 15 jam duduk dalam lab, sekali hujung-hujung lab black out.
Habis rosak DNA aku!!!!!

Ko boleh imagine tak macamana stressnya aku waktu tu?
Yang pernah buat keje extract DNA maybe boleh faham keadaan ni.
Terus rasa nak give up and quit belajar.
Rasa macam terbeban sangat. Taknak teruskan dah.
Sijil SPM pun SPM je lah, tak degree pun takpe.
Tak larat! Stress!
Ha, gitulah aku dulu.

Tapi itu cerita final year.
Waktu tu itulah ujian paling hebat pernah aku lalui.

Masa aku 2nd year, lain ceritanya.
Waktu ni ujian paling hebat adalah kes aku dengan exbf.

Maksudnya setiap ujian tu menujukkan tahap kita di mana pada waktu itu.
Masa aku 2nd year, aku diuji dengan makhluk saiko, dan itulah ujian paling dasyat aku rasa.
Rupanya bila beranjak ke final year, ujian final projek jauh lebih dasyat.

Actually kalau nak ukur kedasyatan, rasanya macam kes dengan exbf jauh lebih perit sebab melibatkan gangguan fizikal, mental and emosi sekaligus.
Tapi memandangkan aku belajar 5 tahun kat Sarawak, jadi aku taknak put another year dah kat sana.
Bukan tak suka duduk sana, tapi masa tu aku dah bertunang, gedik nau rasanya nak balik kawen.
Jadi, nak tak nak aku mesti siapkan lab work aku supaya balik Semenanjung on time, lepas tu boleh terus jadi saintis! [kahkahkah].

Bila dah habis blaja, nak cari kerja, baru tau rupanya nak cari kerja yang kita betul-betul minat, jauh lebih susah dan ujiannya lebih hebat!
Ujung-ujung kita pilih apa-apa kerja je lah janji tak menganggur.
Tu pasal ramai yang sambung blaja lagi.
Kebanyakkannya bukan kerana memang nak blaja tapi sebab payah nau dapat kerja, jadi penyudahnya sambung je lah blaja lagi.

Those budak-budak yang katanya zaman blaja adalah zaman yang sangat stress berbanding zaman lain, tunggulah sampai kau grad ya.
Masa tu nanti kita tengok zaman mana yang sebenarnya jauh lebih stress.

No, ini bukan nak berlawan-lawan siapa lebih hebat lalui zaman-zaman stress.
Tapi nak tunjuk betapa kita selalu anggap ujian kita lebih hebat berbanding orang lain.
Itu sebenarnya justifikasi untuk membenarkan diri sendiri kalah dengan ujian.

"Alah, final projek dia senang gila sebab tu boleh dapat A, aku punya susah kot!"

Tu sebenarnya nak justify markah dia dapat C+ masih bagus sebab susah katanya.
Padahal belum tentu senang bagi kita, senang juga bagi orang lain.
Boleh jadi projek yang kita kata 'senang' tu sebenarnya susah untuk dia siapkan.
Hanya kerana dia nampak relax-relax, tak pernah mengeluh, tak pernah mengadu, maka kita anggap projek dia senang.
Padahal kalau campak kat kita, belum tentu boleh dapat A macam dia.

Kalau kita belum buat, jangan memandai cakap benda tu susah/senang nak dibuat.
Nak bagi pendapat, bagi pendapat tentang apa yang kita dah lalui.
Jangan main assume apa yang orang buat semua senang, kita punya paling susah.
Bukan apa, jenis macam ni ujung-ujungnya jadi pendengki.
Bila nanti kita boleh buat apa yang dia buat dengan jauh lebih baik, mulalah dia sakit hati.

The things is, tak ada sudahnya kalau kita sibuk nak discuss masalah siapa lagi berat dan ujian siapa lebih hebat kerana hebat tak hebatnya kita bukan dinilai dari berat atau tak berat sesuatu ujian tetapi sejauh mana kita bersabar dengan ujian tu.
Even kalau kita tak boleh selesaikan masalah tu pun masih tak menjadikan kita less hebat di sisi Allah sebab Allah menilai ikhtiar kita, bukan samada kita berjaya atau tak selesaikan masalah tersebut.

Each of us has different experiences in dealing with each issue.
Setiap yang hidup akan dibekalkan dengan pakej ujian yang sesuai dengan kemampuan kita menanggungnya.
Apa pun ujiannya, be it personal problem, family problem atau menegakkan agama Allah, all of which require patience.

Sebenarnya dalam setiap kepayahan yang kita terima, ujiannya cuma satu je iaitu SABAR.
Itulah ujian yang sebenar, bukannya masalah yang kita hadapi tu.
Allah hanya nak uji kesabaran saja, maka Dia datangkan ujian dalam pelbagai bentuk.
Kerana tak kira apa pun masalahnya, kalau kita hadapi dengan sabar, insyallah Dia akan tunjukkan jalan keluar dengan baik.
Kalau kita tak hadapinya dengan sabar, nak pikir solution pun tak reti.
Benda paling simple pun kita takleh nak pikir sebab serabut perut.
Cuba dalam keadaan tenang, insyallah lepas satu, satu masalah dapat diselesaikan.

Ok now, ujian belajar dah.
Ujian kerja pun dah.
Sekarang ujian rumahtangga pulak.

Rasanya yang dah berumahtangga mesti agree ujian berumahtangga jauh lebih hebat dari 2 ujian yang awal tadi.
Sebab kali ni ujiannya melibatkan 'roommate'.
Bukan sebarang-sebarang roommate ya.
Roommate zaman blaja dulu kalau tak berkenan boleh mintak tukar suka sama suka.
Tapi ber-roommate-kan pasangan hidup takleh main tukar-tukar gitu.
Apetah lagi bila dah ada anak-anak, lebih besar cabarannya.
Mana dengan perangai pasangan, mana dengan karenah anak-anak, tu belum cerita ipar duai lagi.
So yang masih belum habis blaja tu, you wait.
Kalau ujian belajar pun dah mengeluh, apa jaminannya kita takkan mengeluh dengan macam-macam lagi yang bakal kita tempuh?

Try to talk to any successful people, kita akan jumpa satu trait yang sama iaitu dorang always lihat ujian sebagai satu peluang.
Bukan peluang untuk buat duit ke apa ke, tapi peluang untuk improve, to grow and to adjust kehidupan.
Kerana hanya dengan masalah saja kita boleh belajar.
Tak caya, cuba tanya those yang ada pernah ada masalah duit.
Bila masalah duit semakin meruncing, barulah kita pandai berjimat, barulah kita pandai buang rasa malu untuk buat part time, barulah kita dapat tahan nafsu bershopping.
Masa tu lah kita kenal mana satu keperluan dan mana satu kehendak.
Cuba time ada duit, semua benda kita nampak wajib beli now padahal beli tahun depan pun takpe.

Tanyalah mana-mana orang yang berbisnes dengan modal RM500 dan akhirnya boleh buat jutaan annually.
Laluannya bukan macam korang baca cerita-cerita inspirasi modal RM20, besok jadi jutawan.
Dia punya "besok" tu makan tahun okeh.
Tuhan je yang tau apa ujian yang mereka dah lalui.
Kadang tu masalah dorang tak 100% selesai pun tapi dorang adjust supaya beban tu kurang sikit.

Kebanyakan kita bertindak balas secara negatif bila ada masalah.
Ya, aku pun kadang-kadang macam tu juga.

Contohnya, morning nak pi keje, kita noticed tayar flat.
Mula la nak bengang, mendidih-didih je rasa dalam hati.
Nampak pulak ada taik kucing atas boot kereta, lagilah hangin!

Tapi kalau kita fikir-fikirkan balik, sebenarnya setiap hari pi opis kita akan alami ujian-ujian juga.
Tinggal lagi ujian tu kita dah biasa.
Kita dah pandai adjust supaya ujian tu tak rasa terbeban sangat.

Sebagai contoh, traffic jem.
Untuk yang tak biasa, konfem bising dah dalam kereta merungut merempan marahkan traffic.
Tapi untuk yang dah biasa lalu jalan tu, rileks je bila jem.
Terus bukak mp3, pasang lagu buat konsert mini dalam kereta.

The thing is, masalah memang sentiasa ada.
Yang berbeza adalah intensiti dan respond.
Kalau kita boleh terima masalah sebagai sebahagian dari kehidupan yang normal yang tak dapat dielakkan, we will handle them with more grace and understanding.




Insyallah Rabu ni kita launch Shawl 4 Seasons.
Yang model pakai ni WINTER.