2018-11-12

Kasih


Weekend lepas gi shopping terserempak dengan blog reader.
Segan aku dengan dia, pakai niqab.
Istiqomah betul dia.
Bukan senang ya nak istiqomah berniqab dalam Malaysia ni.
Sebab ini bukan negara Arab.
Berniqab bukan dominan dalam negara ni jadi bila seseorang tu berniqab, sokonglah dia.
Banyak dugaan dia berpakaian macam tu bila kiri kanan berpakaian "ala kadar".
Kalau kita tak mampu jadi macam dia, setidak-tidaknya bagi sokongan, mudah-mudahan Allah kesian kat kita dan Dia menilaikan sokongan kita tu sebagai ibadah.

Ok, actually dia ada tanya soalan.
Memandangkan dia tau tak mungkin aku akan reply on the spot sebab aku tengah membeli barang, jadi dia minta kalau ada masa aku explain kat blog.

Soalan dia macam ni.
Dia ni buat bisnes pakaian muslimah.
Lama dah dalam 5 tahun juga tapi keadaan bisnes dia masih lagi suam-suam.
Tapi masih bertahan, cuma tak kaya-kaya lah senang cerita.

Bagus dia ni, sangat humble.
Dia kata walaupun dia nampak macam beriman dengan penampilan macam tu tapi hakikatnya dia bukanlah alim sangat, iman masih turun naik, adakalanya menyalahkan takdir juga.
Dia kata semua tips orang-orang berjaya dah dia ikut.
Amalan ibadah dia istiqomah buat, sampaikan dia always question kenapa orang yang tak berapa soleh senang je jadi kaya, tapi kebanyakkan yang religious ni payah sikit nak berjaya.

Bukan dia sorang je question macam tu.
Aku sendiri pun pernah.
Bezanya, aku question kenapa keadaan aku dulu (zaman free hair) lebih lancar rezeki berbanding zaman-zaman awal kau berhijrah.

Macam aku cakap dalam entry yang lepas, kita kena faham sifat Allah dulu.
Kalau kita faham sifat Allah, insyallah kita akan faham kenapa flow rezeki dan ibadah tu tak berkaitan lansung.

Allah tu Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengasih.
Bila Dia Maha Pemberi Rezeki maknanya Dia boleh beri pada sesiapa je regardless tahap keimanan seseorang.
Kalaulah Allah hanya beri kaya pada orang yang beriman, jangankan kata orang yang jarang solat, yang bukan Islam konfem lansung tak ada yang kaya dan berjaya.

Tapi Allah tak bagi rezeki ikut tahap kesolehan kita.
Dia bagi pada semua tak kira beriman atau tak.
Dia bagi sebab Dia ada hak untuk bagi.
Jadi yang itu kita takleh persoalkan.

Tetapi, di samping sifat Maha Pemberi, Allah juga Maha Pengasih.
Sifat Pengasih ini Allah tak bagi pada semua orang.

Dia punya analogi macam ni.
Katakanlah kat nursery ada 2 orang budak berebut mainan.
Then cikgu ambik the barang and pass pada salah sorang.
Yang tak dapat mainan tu cikgu pujuk "Takpe, nanti cikgu bagi yang lain, ok?"

So, adakah yang dapat mainan tadi lebih disayangi?

Belum tentu.

Cikgu bagi budak tu mainan sebab cikgu tau budak tu payah nak dibentuk, payah nak dipujuk, payah nak diajak bertolak-ansur.
Jadi cikgu malas nak dengar dia bising-bising "Nah! Ambik kau mainan ni nak sangat. Pi main sana".

Tapi yang tak dapat mainan tu, bukan cikgu tak sayang.
Tapi cikgu tau budak ni cepat reda tangisannya, lebih mendengar kata dan senang dipujuk.

Ustaz aku pernah cakap kadang-kadang Allah bagi apa saja yang orang tak soleh mahukan.
Sometimes dia tak mintak pun Allah bagi je.
Sebab Allah tau, orang jenis tu, bagi ke tak bagi ke, takkan mengubah tahap keimanan pun.
Boleh jadi kalau tak dibagi tahap keimanan dia makin teruk.
Jadi Allah bagi je.

Tetapi bila Allah kasihkan seseorang, dia akan bagi rezeki dalam cara yang lain.

Bagi kita, rezeki (kaya) tu penting.
Tapi bagi Allah, "setakat nak kaya Aku boleh bagi anytime, tapi rezeki 'berdating' dengan Aku bukan semua orang dapat", gitu.

Allah kenal mana satu hambaNya yang semakin susah, semakin mencariNya.
Orang-orang ini Allah sengaja tak bagi dia mewah kerana Allah suka dia merayu-rayu dalam setiap sujudnya.
Allah tau walaupun tak dibagi kaya, dia tetap istiqomah di jalanNya.
Orang-orang macam ni Allah lebih sayang.

Macam blog reader aku tadi.
Dia boleh je tukar bisnes plan kalau dia nak.
Instead of jual pakaian muslimah, dia jual seluar jeans atau blouse.
Masih menutup aurat jugak, kan?
Tapi tak, dia kekal dengan konsep pakaian syari'i.
Dan yang aku kagum, dia sendiri masih kekal berpakaian syari'i.

Berapa ramai orang yang terkehel sikit je dah tanggal tudung?

Berapa ramai orang yang jual tudung akhirnya tudung sendiri makin singkat sebab nak ikut trend tudung?

Berapa ramai orang yang jual produk kurus akhirnya pakai sendat-mendat nak membuktikan produk dia menjadi?

Berapa ramai yang jual produk kencang payudara balik-balik tayang bontot tonggek and tetek terjojol nak membuktikan produk dia power?

Dari sejak jumpa blog reader tu aku teringatkan dia.
Dia mintak pandangan aku tentang hikmah rezeki.
Sedangkan dia tak sedar dia sebenarnya 'rezeki' yang Allah berikan pada aku untuk aku renung kekurangan diri aku.

Well, maybe orang akan kata "Penampilan tak memberi apa-apa makna".

Ya, betul.
Penampilan memang tak mencerminkan akhlak apetah lagi iman.
Tapi, sekurang-kurangnya dia belajar untuk jadi taat.
Kita??
Jangankan penampilan, amalan wajib pun belum tentu pass lagi.

Aku kagum macamana di tengah-tengah majoriti rakyat Malaysia yang membalut aurat, dia istiqomah dengan menutup aurat.
Rendah diri pulak tu mintak advice aku.
Patut aku yang mintak advice dia macamana dia istiqomah dalam penampilan dia.
Aku ni pulak blur, asal ada reader tegur je terus aku lupa nak mintak contact number ke apa ke, kalau tak boleh gak sembang-sembang ambik ilmu istiqomah dia pulak.
Harap-harap kalau dia baca ni, please PM aku ya.

Aku seronok bila ada peluang berjumpa dengan orang-orang macam ni sebab mengingatkan aku yang aku ni belum apa-apa pun lagi.
Kita jangan cerita pasal amalan lah, kita cerita pasal penampilan dulu.

Ramai antara kita suka compare penampilan diri sendiri dengan those yang jauh lebih jahil, sebab itulah kita susah nak berubah.
Sedangkan kalau kita compare diri kita dengan those yang lebih dasyat menjaga aurat, gerenti terasa kita ni belum sampai mana-mana pun lagi.

Ustaz aku cakap, menutup aurat tu adalah level pertama keimanan.
Kalau berjaya menjaga aurat dengan baik, that's biasa.
Maknanya level iman masih di tahap biasa-biasa.
Kalau menjaga aurat masih lagi level pertama, dan aku masih lagi belum pass that level, tak tau la berapa punya panjang queue nak kena hisab esok.

Ni karang ada yang cakap "Allah nilaikan kita dari hati dan amalan".

That's very true.
Allah nilaikan dari hati dan amalan.
Tapi kita yakin ke semua amalan kita cukup?
Yakin ke amalan kita ikhlas?
Yakin ke amalan kita sempurna?

Sebab itulah selagi apa yang kita boleh follow, kita buatlah.
Mudah-mudahan boleh top up mana yang kurang kat akhirat esok.

Ustaz aku pernah cakap juga, orang kafir kalau buat baik, perbuatan baiknya akan terus dibalas oleh Allah di dunia.
Makin dia sedekah, makin dia jadi kaya.
Allah bayar cash terus kat dunia supaya nanti di akhirat terus masuk neraka.
Jadi, kalau kita orang Islam nak ikut formula tu, silakan.
Biarlah tak solat, biarlah tak menjaga syariat, asal hati baik, asal suka tolong orang, ramai orang sayang, rezeki pun lancar.
Baguslah.
Biar Allah balas semua di dunia nanti kat akhirat terus masuk neraka je, nak gitu ke?

Allah kalau sayang, Dia tak tunjuk pada kaya atau miskin.

Nak tau cara Allah sayang macamana?

"Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya." (Bukhari dan Muslim).

Cara Allah sayang dan kasihkan hambaNya adalah ketika Dia memberi kita faham tentang agama.
Keywordnya adalah FAHAM.
Kalau setakat TAHU, belum tentu dibuat.
Tapi kalau kita FAHAM, pasti dibuat.

Jadi, terpulanglah pada kita mahu yang mana.
Nak dapat rezeki tanpa kasih sayang Allah, atau nak dapat rezeki dengan kasih sayang Allah.
Sebab dalam hadis dah jelas cakap bila kita FAHAM agama, bermakna kita dapat cinta Allah.

Secara lojiknya, bila seseorang cintakan kita, tak tergamak dia nak menyusahkan kita, betul tak?
Itu baru 'orang', yang kita cerita sekarang ni Allah.
Kalau cara-cara orang sayangkan orang pun sanggup redah lautan api (katanya laaa..), so boleh imaginekan tara mana rezeki yang kita bakal dapat kalau Allah yang sayang?

"Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka". (Tirmidzi)

Ni lagi satu hadis.
Allah dah cakap dah, kalau Dia sayangkan someone, Dia akan uji.
Salah satunya diuji dengan susah menjadi kaya.

Well, orang akan kata "Nak kaya kena usahalah, bukan setakat berdoa je".

Ya, betul.
Tapi ada juga yang dah berusaha bermati-matian masih tak dapat apa-apa.
Jadi, usaha belum tentu penyebab kaya.
Cuma Allah janji "kalau kau usaha, kau dapat", tapi Dia tak janji dapat dengan cara yang Dia redha atau tak.
So, jangan ada bongkak di situ, ok?

Again, secara lojiknya, kalau kita berusaha menjadi taat, ikut segala apa yang agama suruh, tak mungkin Allah aniaya kita.
Mungkin kita tak kaya, tapi rezeki datang dalam bentuk lain.
Contohnya dalam kes blog reader tadi, walaupun dia kata dia tak sekaya orang lain (not sure dia comparekan dengan siapa), tetapi bisnes dia bertahan 5 tahun.
Ingat senang nak survive dengan bisnes 5 tahun?
Kalau dia laki bini boleh survive dengan bisnes 5 tahun, itu maknanya dah bagus dah tu.
Ada orang bisnes gah kemain awal-awal tahun, tak sampai tahun ketiga, padam.

Sometimes kita lupa cara Allah menilai manusia tak sama macam manusia menilai manusia lain.
Manusia menilai dari segi hasil tapi Allah menilai dari segi usaha.

Pernah dengar kisah seorang penzina di zaman Rasulullah yang berzina dengan 100 orang?
Dia nak bertaubat tapi diminta keluar dari kampungnya ke kampung satu lagi.
Disebabkan niatnya memang nak bertaubat, dia akur.
Belum sampai ke kampung satu lagi, dia mati.
Tapi dosanya Allah ampunkan kerana Allah menilai usahanya untuk bertaubat.

Tapi jangan pulak kita gunakan cerita ni untuk motivasi diri sendiri "Takpelah, esok-esok aku taubatlah".

Memang dah tau tarikh mati ke camne ceritanya ni?

"Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau Dia mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (seksanya) dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat." (Tirmidzi, 2396).

Ha yang ni yang paling seram sekali.
Yang ni yang ustaz aku cakap tu.
Yang mana apa yang kita nak Allah bagi je, walaupun kita tak ikut perintahnya.
Dia bagi Dia bagi Dia bagi sebab Dia nak kita leka, nanti di akhirat esok tinggal tunggu diseksa saja sebab semua kebaikan Allah dah balas kat dunia.
Yang ini yang kita taknak.

Aku agree dengan blog reader tadi yang katanya iman dia tak kuat mana sebab tu dia kadang-kadang persoalkan kenapa dia masih di tahap yang sama, tak macam orang lain senang buat duit.
Bukan dia sorang yang 'lemah iman', aku pun sama.
Tapi bak kata ustaz aku, belajarlah kenal sifat Allah.
Bila kita kenal sifat Allah, insyallah kita akan tenang dah faham flow hidup ni.

Dulu aku tak faham ayat "dunia ini penjara bagi orang yang beriman. Hanya kematian yang boleh membebaskannya".

Tapi now dah faham.
Bukan bermaksud aku dah beriman, tapi aku dah mula faham pepatah tu.

Memang dunia ni penjara sebenarnya.
Banyak benda yang kita tak boleh buat.
Tudung singkat tak boleh.
Baju ketat tak boleh.
Seluar yang menampakkan belahan tengah (celah kaki) tak boleh.
Nampak jari kaki tak boleh.
Berhias berlebihan tak boleh.
Berburuk-sangka tak boleh.
Hiburan tak boleh.
Buat marketing merepek-repek pun tak boleh.

Allahu, banyak!

Kat mana seronoknya dunia kalau banyak benda kita tak boleh buat?
Tapi sebab kita belum nampak alam lain, jadi sebab tu kita kejarkan alam dunia ni beria-ia.
Esok kalau dah berpindah alam, agaknya masa tu la kita semua sedar.

Semoga kita sama-sama husnuzon pada Allah dan sentiasa mencari hikmah di sebalik takdir dan rezeki yang Allah bagi.