2018-11-07

Mimpi




Semalam aku ceritakan tentang mimpi aku kat IG Story.
Sampai ke hari ni berjujuk-jujuk respond yang aku dapat, sempat baca tapi blom sempat respond.
Ada di antaranya hantar soalan yang requires explanation yang panjang, jadi aku rasa terpaksa buat satu entry.
Mudah-mudahan ada sikit pencerahan lepas baca explanation aku ni.

Sepatutnya cerita tu sampai PAGE 3 je, tapi melalui pengalaman aku, orang lebih berminat nak tau siapa orang yang aku mimpikan tu daripada cari hikmah dari cerita tu sendiri, jadi sebelum DM aku penuh dengan soalan bertanyakan siapa orang yang aku mimpikan tu, lebih baik aku bagitau siap-siap.
Dan sebagaimana yang dijangka, kebanyakkannya memang respond pada orang yang aku mimpikan tu.

Kebanyakkannya tulis "Semoga dia dapat hidayah".

Aku baca pun macam....dia belum dapat hidayah ke?
Setahu aku dia ni dah masuk Islam, bermakna dia dah terima hidayah.
Maknanya dia sama level macam kita, sama-sama Islam.

Seperti dia, kita juga sebenarnya 'belum dapat hidayah'.

Kita pakai tudung, tapi singkat.
Kita masih tak tutup aurat dengan sempurna.
Solat wajib masih ke mana-mana.
Solat sunat apetah lagi.
Puasa sunat jarang sekali.
Mengaji kalau teringat.
Kita masih sukakan hiburan.
Kita masih seronok bergossip.

Dia tu mualaf, banyak benda yang belum tahu.
Tapi kita dilahirkan sebagai Islam, banyak yang kita dah tahu tapi kita tak buat.
Tak pasti samada dia atau kita yang patut didoakan supaya terima hidayah.

Macam ustaz aku cerita baru-baru ni, tentang tragedi Lion Air.
Ustaz kata "Tak pasti samada kita yang terselamat atau mereka yang dah Allah selamatkan".

Allahu.

Itulah kita sebenarnya.
Kita selalu memandang orang lain lebih buruk dari kita dan lebih bernasib malang dari kita.
Sebab tu kita susah memperbaiki diri sebab kita selalu membandingkan diri dengan someone yang kita sangkakan amalannya jauh lebih sikit.

Aku tak minat Marion Caunter.
I mean aku bukan peminat dia, let alone nak follow kisah hidup dia.
Aku bangun dari mimpi tu pun gugel sape nama dia sebab aku ingat muka laki dia je.
Jadi, aku bukan nak pertahankan dia.
Cuma, aku teringat aku pernah berada di tempat tu.
Yang tak pernah melalui zaman-zaman 'gelap' seperti aku, takkan pernah rasa apa rasanya bila orang hukum kita masuk neraka hanya kerana penampilan kita macam tu.


1. Apa caranya menguatkan iman

Ini adalah soalan yang sama aku tanyakan pada ustaz aku 3 tahun lepas.
Ustaz jawab "Fahamkan sifat Allah".

Memahami sifat Allah itu wajib sebab salah satu sumber kegelisahan kita dalam hidup adalah ketika kita tak kenal sifat Allah.
Contoh, kalau kita orang perempuan dipinang oleh seorang lelaki yang kita tahu sempurna sangat kejadiannya di mata kita, tentu kita rasa tenang and seronok, betul tak?
Konsep yang samalah juga kalau kita kenal Allah.

Jadi, kalau kita selalu rasa gelisah, tak pernah puas dengan apa yang dia ada, selalu rasa tak puas hati dengan apa yang orang lain ada - itu adalah kerana dia belum faham bahawa yang menguruskan hidup kita adalah Allah.
Ketika kita tak mengenali sifat dan nama Allah, besar harapan kegelisahan akan datang bertubi-tubi.

Contoh, kalau kita percaya Allah itu Ar-Razzak, kita takkan kusut dengan urusan dunia.

Contoh lagi.
Ada orang, di depan manusia dia jadi sangat alim, tapi di belakang orang dah macam wali setan.
Sebab apa?
Kerana dia tak faham Allah itu Ar-Raqib.

Jadi berbalik pada soalan follower IG aku tu, macamana nak tambah keimanan, maka kita kena cari sumber keimanan tu dulu.

Analoginya macam kita suka makan, tapi kita malas nak cari makan.
Suka duit, tapi malas cari duit.
Nak sembuh dari sakit tapi taknak berubat.
Macam tu lah juga dengan iman.
Iman takkan datang kalau kita tak usaha cari.
Dapat tak dapat lain cerita, tapi kalau tak mencari dah tentu tak dapat.

Jadi salah satu cara nak tambah iman, mula-mula kenali sifat Allah dulu.
Kalau kita masih rasa takut, risau, gelisah, cuba periksa macaman urusan muamalah kita dengan Allah.
Boleh jadi hubungan kita kepada Allah semakin menjauh.


2. Macamana nak cari hikmah dari setiap kejadian

Tak ada perkara yang bersifat kebetulan yang Allah jadikan.
Apa je yang berlaku, biidznillaah [dengan izin Allah], dan setiap satunya ada hikmah.
Kita kena selalu mintak Allah bagi kita kemudahan untuk melihat hikmah.
Kerana di sebalik setiap perkara yang berlaku selalu ada hikmah yang hebat, dan hanya dapat ditangkap oleh hati yang sensitif.
Jadi point yang pertama, bersihkan hati.
Jangan selalu ada perasaan lebih baik dari orang lain, apetah lagi nak buruk sangka.
Ada satu hadis [aku lupa hadis dari mana], tapi ada disebut "Ketika kita merasa diri kita lebih baik, itulah waktunya kita menjadi seburuk-buruk manusia".

Kebanyakkan kita suka judge orang dari apa yang dia nampak.
Kadang-kadang tak kenal pun, nampak kat gambar je, tapi dah hukum orang tu masuk neraka paling bawah terus.

Sebab apa?

Sebab dia merasa diri dia lebih baik.
Padahal dia hanya membandingkan penampilan dia dengan penampilan orang yang dihinanya.
Tak berani dia nak bandingkan amalan dia dengan amalan orang soleh.
Padahal kekurangan kita masih banyak.
Maksiat kecil-kecilan masih belum kita tinggalkan [mengumpat, menipu, riak].
Ilmu yang telah kita tahu pun sikit sangat yang kita amalkan.
Kita bukan tak tau amalan kita banyak mana je.
Kita tahu.
Disebabkan kita tahu amalan kita tak banyak mana, maka kita bandingkan diri kita dengan orang yang kita anggap jauh lebih buruk supaya kita nampak baik sikit.

Salah satu bentuk hidayah adalah keupayaan untuk kita membaca hikmah di sebalik setiap perkara.
Dan hidayah ini perlu dijaga supaya 'kebolehan' ini dapat kita terus miliki.
Caranya, dengan menjaga hati.
Kerana benda yang baik dan buruk takkan boleh bersatu.
Jadi, kalau nak kebolehan membaca hikmah, perbaikilah hati.
Insyallah benda yang baik akan masuk.

Di samping tu, hafalkan doa bawah ni, baca setiap kali lepas solat.
Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki hati yang bersih kerana busuk hati adalah sumber segala masalah.






3. Macamana nak paksa diri bangun solat malam?

Soalan ni ada 3-4 orang tanya, dan semuanya aku reply "Kunci jam".

Sorry, actually itu jawapan ringkas berdasarkan hukum lojik akal je.
Aku tahu sebenarnya semua pun memang dah kunci jam, cuma tak terbangun.

Pengalaman sendiri : set alarm paling kuat and letak di tempat yang jauh dari tangan boleh capai. Maknanya nak stopkan alarm tu kena bangun jugak. Aku letak kat atas meja TV. Meja TV aku sebelah bilik air. Jadi bila stopkan alarm, terus masuk bilik air :)

Nak buat satu yang bukan kebiasaan, caranya adalah biasa-biasakan.
Contoh kita berpuasa.
Hari pertama tu agak lapar jugak.
Tak kurang jugak yang terlupa, dan terbabas minum air.
Tapi masuk hari ketiga, keempat, dah jadi biasa, terlajak sahur pun masih boleh tahan lagi.

Macam tu lah jugak dengan solat malam.
Hakikatnya, ibadah mesti dipaksa.
Kalau tak paksa, macamana nak datang kebiasaan, betul tak?

Tips seterusnya, kena ada motivasi.
Motivasi ni mesti kerana kita nak Allah sayangkan kita.
Kalau motivasi kita untuk bangun solat malam adalah kerana nak karier kita bagus, nak naik pangkat, nak kaya, minta maaf cakap, kita takkan dapat.
Sebab Allah tahu kalau niat kita solat malam untuk urusan dunia, once Dia dah tunaikan permintaan kita, kebarangkalian besar kita takkan solat malam dah sebab kita dah dapat apa yang kita nak.
Jadi, forget about kerjaya and bisnes.
Biasakan solat malam kerana nak membangun cinta pada Allah.
Kalau ini kita jadikan motivasi utama, insyallah urusan dunia akan selesai.


4. Ibadah saya sekejap ok sekejap tak ok. Saya ni munafik ke?

Tak.
Iman itu bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
Maksiat tak bermaksud "ringan-ringan".
Banyak layan gossip pun namanya maksiat.
Banyak layan hiburan pun namanya maksiat.
Banyak sembang benda-benda yang sia-sia pun namanya maksiat.

Turun naik iman itu wajar berlaku.
Tetapi walau dalam keadaan iman drop kita masih mempertahankan kesolehan (ibadah), inilah orang yang beruntung.

Kalau kita sedar ibadah kita masuk ke level yang "tak ok", maknanya kita dah sense something wrong pada diri kita.
So, cepat-cepat kita tambahkan amalan, jauhi perkara-perkara yang akan buatkan semangat ibadah kita drop.

Ini yang kadang-kadang orang kena cop "extreme".
Bila tiba-tiba seseorang menjauhi kawan-kawan kebiasaanya, terus kena cop extreme.

"Baru blaja mengaji, dah extreme pilih kawan. Aku yang khatam 14 kali tak apa-apa"

Pernah terkena macam ni?

Aku pernah.

The thing is level iman kita tak sama.
Ada yang perlu tujahan yang extreme untuk dia kembali pada fitrah.
Untuk itu, dia terpaksa memaksa diri dia untuk berada di kelompok yang membangunkan iman.
Kerana dia sedar iman dia masih goyang.
Malangnya, ada orang yang perlekehkan usaha ini dengan mengecop "extreme".
Bayangkan kalau orang itu luntur semangatnya kerana kata-kata kita, tak rasa berdosa ke?
Tak pernah terfikir ke untuk tumpang pahala orang tu bila nanti dia berubah jadi lebih baik asbab dorongan kita?

Cerita tentang mimpi aku tu takde lansung kaitannya dengan that public figure.
Intinya hanyalah untuk kita (aku) faham bahawa tawakkal pada Allah itu penting.
Dalam masa yang sama, untuk aku berfikir, kalau dengan manusia yang kita buat sikit kebaikan pun dia lansung nak bagi kita macam-macam, apetah lagi kalau kita 'bersahabat' dengan Allah yang dah tentu Maka Berkuasa akan segala-galanya, pasti hidup kita akan lebih teratur.

Hidayah itu milik Allah.
Sama-sama kita doakan diri kita sendiri supaya kita diberi pentunjuk untuk sentiasa memperbaiki diri dan melihat kekurangan diri sendiri sebelum melihat kekurangan orang lain.




Ok dah launch.
KLIK SINI untuk tengok semua corak.