2011-01-14

Promote




Someone bagi aku link ni.

Oi, gila cuak aku tengok orang dok tepek link blog aku merata-rata.
Ni kalau pihak berwajib baca ni konfemmmmmmmmmmm sodoqallahualazim blog gue.

Oh btw, aku baru balik dari outstation, sebab tu blog aku tak menjana sebarang aktiviti minggu ni, dicampur pulak dengan kebizian yang sedikit dan kemalasan yang berganda.

Oh, aku sedang mengambil mood untuk 'basuh' orang ni.
Kejap lagi ok?
Kasik aku habiskan baca paper dulu.
Tinggal 2 perkataan je lagi ni.

Adios.

2011-01-10

Pekak



Tadi aku lepak salon.
Aku pegi salon setahun sekali je.
So, kalau sekali datang tu memang macam-macam cerita la aku dapat sebab aku konfem akan lepak salon tu paling cepat pun 4 jam.
Amoi yang buat rambut aku ni pulak jenis mulut banyak. Aku pulak asal jumpa orang je aku layan borak, apetah lagi yang memang banyak cakap, memang dah kena sangat la.

Entah macamana tersampai la ke topik petua-petua.

Aku pun cakap la kalau orang melayu punya petua masuk rumah baru kena bawak masuk dulu beras, asam, garam, gula, entah apa lagi la, konon nak bagi rezeki masuk. Tapi aku tak buat pun. Aku bawak masuk Mekdi.


Amoi : Bawak beras meh?

Aku : Bawak beras so that rezeki you tak putus. Kita orang melayu memang mesti nak makan nasi punya, so beras tu like petanda untuk murah rezeki, jangan putus beras.

Amoi : I see.....Asam, garam, gula buat apa?

Aku : Itu macam marriage life, mesti ada naik turun, masam manis, something like that.

Amoi : Ohhhh, I see. Kita chinese pun ada buat macam ni. Kita monk bawak limau potong dalam bekas air, kasi buang berak.

Aku : Oh you pun kena ke? Rumah I pun dulu before masuk memang macam tu. I jumpa kat belakang rumah I. I rasa Indon-Indon yang buat keje kontrak situ yang punya keje.

Amoi : You jumpa apa?

Aku : Taik la. Dia berak belakang rumah I.

Amoi : Hallo??? I bukan cakap pasal cuci taik maaaaaa. I cakap cuci berak. Berak you tau ka? Itu orang tak suka you, dia pigi hanta satu benda kasi you susah.


Lama aku pikir menatang haram apa amoi ni cakap.







BAD LUCK la Diana. Bukan BERAK! Pekak!!!




2011-01-05

Nak aku cakap yang benar kan?



"SELAMAT DATANG KE TERATAK BURUK SAYA".

Alahaiiiii.
Merendah diri secara ekstrem lagaknya.
Lagak je la macam merendah diri tapiiiiiiiiiiiiiiii.

Ingat lagi kes budak yang kondem rumah aku kaw-kaw dulu?

Ok, baru-baru ni aku dijemput ke rumah dia.
Punya la lama dia pindah, ada la dalam 3 tahun tapi tak kasik kitorang datang.
Terang-terang bagitau 'Jangan datang dulu, rumah kitorang belum siap sepenuhnya'.

Tapi takpela.
Aku pun tak hadap nak pi rumah kau pun sebenarnya.
But since kau dah jemput, aku pulak memang malas nak masak, so aku pun pergi.

Jujur aku cakap rumah dia cantik.
Macam rumah aku gak.
Wakakakkakakakak.
Nak muntah darah baca? Silakan.

Ok ok series.
Rumah dia cantik.
Takde apa yang aku nak kutuk.
Cuma bukan taste aku je.

Tapi yang aku meluat tu (meluat ye, bukan dengki) bila setiap kali orang datang, dia akan cakap 'Selamat datang ke teratak buruk saya', 'Jemput masuk ke pondok buruk saya ni'.

Gila ekstreme tak level merendah diri tu?

Tapi aku wat dek je lagi.
Walaupun hati aku dah berkata-kata dah ni.
Seb baik takde geng yang aku kenal dalam rumah tu, kalau tak, mau aku open table kat situ gak.

Tak lama pastu aku tengok dia bawak tetamu dia tour dalam rumah.

'I memang suka gaya rich and ekslusif sebab tu mahal macamana pun I akan beli jugak'.

Yeah riteeeeeeeeeee.
Selamat datang ke teratak buruk saya lah sangattttttttttttt.
Padahal dalam hati nak mintak orang cakap 'Eh, mana ada buruk. Rumah you kelasssssssssss!'.

Siap bukak-bukak almari tunjukkan set pinggan mangkuk dia segala.
Aku rasa kawan-kawan dia pun ada yang meluat sebab most of them main angguk-angguk je kepala bila dia explain setiap inci teratak buruk dia tu and how much dia berhabis untuk renovate rumah baru dia menjadi teratak buruk. Wakakaka.

Aku memang takde la nak join the tour. Baik aku hadap makanan-makanan yang ada ni.
Lagipun aku tau sangat perangai dia.
Ko join the tour ke, ko tak join ke, ko tak tanya dia satu benda pun dia tetap akan menceritakan dengan panjang lebar sejarah setiap benda yang dia beli.

Betul pun sangkaan aku.
Lepas habis tour tu, dia panggil aku.
Rupanya dia nak tunjuk kat aku dia punya chandelier.

'Ha, macam ni la cara letak chandelier. You letak satu je. Jangan letak banyak-banyak. Tak cantik'.

Ok la. Aku diam lagi.

Pastu dia sambung cakap tapi kali ni cakap kat member dia 'Dia ni ha, I pegi rumah dia. Ada ke dia letak dua chandelier kat hall. Nampak serabut sangat rumah dia'.

Wadefakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Masa tu aku memang bengang gila.
Cuma aku diamkan diri je sebab kalau aku balas kang dia tak halalkan pulak makanan yang aku makan tu.

Bila time nak balik, tengah salam, dia tanya 'So, how's my house? Ok tak?'

Aku jawab 'Just nice la untuk dipanggil teratak buruk'.










Redza skolah



Orang lain berasak-asak laki bini gi hantar anak orientasi and mula skolah, aku rilek je lepak kat rumah. En Wan je yang hantar Redza. Nama aku nak sama-sama memenuhkan skolah berhimpit-himpit ni memang takde laaaaa. Bukan tak prihatin, tapi tak kuasa. Sebab aku dulu time skolah Darjah Satu pun pegi sendiri okkkk. Jalan kaki lagi. Pak Aji dulu cikgu, so skolah bukak, takkan dia nak cuti kot. Dia pun kena sama bertugas kat skolah. Mak Aji lagi la, dia memang tak suka ambik cuti. Lagipun dulu aku skolah tadika kat Kajang, naik bas lagi. So bila start Darjah Satu yang jaraknya cuma 500-600 meter dari rumah, lagi la makpak aku buat tak reti je. Ko boleh pergi sendiri dia kata.

Itupun mujur yuran skolah Redza, En Wan datang bayarkan. Aku dulu, Pak Aji main masukkan dalam envelope and pinkan envelope tu kat baju skolah aku je. Pandai-pandaila aku nak bagi kat cikgu. Sendirian berhad aku carik kelas. Seb baik dah pandai mengeja waktu tu, menggagau aku baca nama kat tiap-tiap pintu nak carik kelas 1 PUTIH.

Aku ingat lagi time Ima masuk Darjah Satu pun, aku jugak yang dipertonggengjawabkan untuk bayarkan yuran skolah. Dalam ramai-ramai mak bapak yang beratur nak bayar yuran, tetiba aku terselit kat tengah-tengah sama beratur. Kesian hokey??

Lagipun aku punya excited nak menengok anak masuk sekolah tu dah berlalu sejak Redza masuk tadika lagi. Masa aku hantar dia pi tadika, umur dia 3 tahun. Aku ngan En Wan serahkan dia kat cikgu kat depan gate, pastu kitorang blah pi breakfast kat mamak. Bukan taknak tunggu sampai dia masuk kelas, tapi kang dia tak apa-apa, aku lak yang melalak kat situ. Ye la, anak baru age 3 aku dah tinggalkan kat orang. Sedih la jugak. Tapi dalam pada sedih tu, makan roti canai tetap 2 keping. Siap pi Sunway Piramid lagi. Eh, kata sedih kan anak masuk skolah, haruslah retail therapy.


Ni Redza pagi Isnin hari tu.
Yang si bapaknya, time aku nak salinkan pampers Rayyan ni la dia sibuk nak snap gamba jugak. Tangan aku tak la sehitam dalam gamba ni okkk, ni sebab aku membelakangkan cahaya. (gigih explain nak meyakinkan pembaca)

Now Redza sangat-sangat sayangkan adik dia. Kejap-kejap dia kiss, nak pi skolah dah pakai kasut, terlupa nak kiss adik. Sanggup dia bukak kasut and berkejar naik atas nak kiss adik dia.

Diam.

Diam ada maknaaaaa. (read : tengah panaskan enjin)


Mengantuk pulak.


Dah ada kawan :)


Cuba ko tengok anak dara dua orang kat blakang Ija tu, sure kes boring.
Sorang tido, sorang dah standby nak lelap.

Tapi aku tak berkenan betul dengan tempat duduk kawan Redza tu.
Kalau la kepala budak tu terhantuk kat besi tepi dinding tu tak ke satu hal?
Dorang ni kalau nak menghias kelas tu tak agak-agak.

Tapi tang duit belanja skolah memang nak tercirit jugak la.
Aku dulu Darjah Satu doploh sen je okkkk.
Dapat apa dengan doploh sen?
Dapatlah air sirap segelas.
Bekal bawak dari rumah, tu pun roti je.
By the time sampai waktu rehat, roti aku pun dah kejung.

Naik darjah dua, aku dapat 40sen.
Boleh la nak beli nasik lemak sejuk sepinggan.
Air bawak dari rumah.

Darjah tiga sampai darjah lima, aku dapat 50sen.
Aku pun tak ingat apa aku beli dengan hanya 50sen tu.
Takkan beli nasik lemak 40sen, air 10sen (???).
Or adekah aku beli nasi lemak, air bawak sendiri dari rumah, and the balance 10sen tu aku masuk tabung??
Sori lah, aku mana main menabung-nabung ni.
Korek tabung lagi ada.
Tak cukup tabung aku, aku korek tabung adik aku pulak. Tu la bodoh, pi tayang tabung atas kepala katil buat apa. Tengok cam aku, siap sorok lagi tabung, sampai ke sudah aku tak tau mana aku letak tabung aku. Gila sorok punya pasal.

Darjah enam sampai TINGKATAN LIMA adelah RM1.
Tingkatan 5 pun singgit lagi okk.
And sila ambik maklum bahawa singgit tu merangkumi skolah pagi dan tuition petang. Kejam tak makpak aku?
Bila aku ungkit balik kat Mak Aji kan, dia cakap 'Alah, dalam pada aku bagi singgit tu pun kau boleh makan eskrim beli cekedis bagai. Mana kau dapat duit?'

Oh, kantoi.

Tapi mana aku dapat duit eh?

Nak kata korek tabung, aku takde la sekeji tu hari-hari nak korek tabung.
Nak kata aku paw, dulu mana ada konsep paw-mengepaw?
Nak kata aku dapat diskaun disebabkan aku jelita, lagi harammmm.

Eh, mamposlah. Malas pikir.

Tapi budak-budak skang punya kantin omigodddddddddddd, tak main la sirap-sirap ni.

Teh O Ais
Vitagen.
Laici cincau.

Dasattttttttttttt.

Menggigil aku kuarkan duit belanja Redza.
Sehari RM5.
Tapi setakat ni dia belanja RM3 je, lebih tu dia masuk tabung.
Aku yang ajar dia menabung, walaupun aku tak penah menabung.
Risau pulak tetiba penyakit korek tabung aku muncul balik bila terpandangkan tabung anak aku. Boleh?

Keji gila.



Redza dah start study dalam bilik sendiri.
Study je la.
Tido tetap dalam bilik aku.

Botol Ribena tetap kat tepi :)

Oh, ada tambahan pulak satu botol kecik kat sebelah.
Sebab time ni, aku tengah monitor dia buat latihan sambil dokong Rayyan.

Bila tengok Redza study malam tu, rasa sebak pulak.
Dia ni kalau membaca bukan reti baca dalam hati, sekuat-kuat ada dia baca. Macam nak baca berita.

So bila dengar dia baca tu teringat dulu masa dia age 1-2, tiap-tiap malam aku dok mengajar dia dengan flash card. Masa tu pelat-pelat lagi. Sampai baran-baran aku kalau dah diajar seploh kali dia tetap tak ingat-ingat jugak.
Now bila dia dah boleh study sendiri, rasa nak ulang balik zaman-zaman masa dia baru blaja kenal ABC. Seb baik ada anak lagi, boleh aku merasa balik moment-moment tu.

Oh yes, adik aku dulu, Ima pun jenis tak reti baca dalam hati.
Kalau dia dah start membaca tu memang satu row rumah boleh dengar.
Rasa nak tepuk je mulut dia kasik bisu terus.

Aku pulak dari dulu sampai sekarang memang tak reti nak baca kuat-kuat. Bercakap kuat aku tau. Kalau kat skolah dulu, suara aku la paling kuat kalau bercakap. Bila cikgu suruh baca teks, tetiba je suara aku jadi macam ayu gitu. Nak kena cubit sekali baru naik sikit volume. Pastu slow balik. Cikgu cubit lagi, naikkkk lagi volume.
Istimewa kan aku?
Boleh adjust-adjust volume lagi.

Kalau Ibal lagi laaaaaa, aku tak pernah tengok dia baca buku.



Rayyan dapat hadiah lagi semalam.
This is from Zue Hantu Kucing akak Catwoman :)
Thanks ye?
Err...bukan ke towel ni ada untuk orang dewasa jugak? Eh.

Ahad lepas baru aku ada masa nak bukak semua hadiah-hadiah Rayyan yang dapat masa majlis cukur jambul hari tu. Seminggu jugak aku perap, baru bukak.
TERIMA KASIH TO ALL.

Alhamdulillah, murah rezeki Rayyan.
At least dalam masa 6 bulan ni aku takyah beli baju dia. Hehe (Beli baju anak pun nak berkira!).

Yang selitkan hadiah untuk Redza sama, pun tima kasih aku ucapkan.




Ok, ni hadiah untuk aku :)
Baju untuk breastfeeding.
Walaupun aku dah stop BF, tapi mungkin aku leh guna untk BF bapaknya. Eh, perlukan baju ke?

Thanks to Danita Maternity.
Tapi aku belum sempat nak menggayakannya.
Nanti aku snap letak kat sini ok?




Last Saturday adelah Rayyan's first day out.
Ke JJ Bukit Tinggi. Sebab aku nak belikan rocker dia.
Seb baik la dia ni jenis tak meragam. Dari masuk keta, sampai la aku dah nak balik rumah, dia tido.
Bila aku berenti beli comforter je baru dia terjaga.

Errr...anyone perasan baju dia?
Thanks ya!
Muat-muat badan dia je.




Ni time pilih comforter.
Aku ni kalau nak pilih comforter kena acukan kat kulit.
Bukan nak rasa the material.
Tapi nak tengok do I look good atas kaler comforter tu.
So memandangkan anak-anak ku dapat tempias kulit aku, jadi aku jadikan dorang je la bahan ujikaji.













Kecik je Rayyan atas katil aku ni kan?


Samada dia yang kecik, or katil ni yang besar.
Tapi aku rasa, forever kot aku anak-beranak tido sebilik sebab katil ni memang muat untuk empat-empat sekaligus tido. Still ada space untuk berpusing-pusing. Kalau En Wan tido atas aku lagiiiiiiiiii banyak space nak pusing.



2011-01-03

Pisangku kau bawa pergi...

Aku rasa aku ni ada masalah ketidak-konsistenan-tebiat.
Semalam jin aprit masuk badan habis aku langgar bontot pakcik takde sivik tu. Hari lain pulak tebiat aku.

Petang tadi aku kuar ngan En Wan gi beli goreng pisang. Gerai goreng pisang kat Putra Heights ni sebijik je. Memang kaya la brader tu. Konfem orang akan beli punya walaupun semua pisang dia takde yang senonoh aku tengok. Semua stok-stok benyek berlepet-lepet minyak. Kalau ko perah pisang tu, the minyak yang kuar dengan pisang tu sama berat. Tapi apa nak buat, dah teringin. Benyek pun benyek la. Kalau nak pisang yang keras, malam-malam sikit baru la dapat. Eh.

Memula benti, En Wan turun gi beli. Aku suruh beli RM5 (RM5 ni tak banyak ok, sebab pisang dia besar-besar punai anak aku je) tapi dia beli RM3 je sebab itu je yang tinggal, kalau nak lagi, kena tunggu. Aku cakap takpela, kita carik kuih lain buat tambah-tambah.

Lepas tu terus hanta En Wan gi workshop ntah apa dia bega keta dia ntah. Aku balik sendiri. On the way balik, aku singgah balik gerai tu kot la pisang baru dah siap.

Sekali ada.
Okeh!
Benti keta.

Nasib aku baik sebab pisang yangh tinggal cukup-cukup untuk aku je. Aku mintak RM2.

Masa brader tu bungkuskan, sorang customer pompuan sampai, nak RM2 gak. Brader tu kata kena tunggu tapi lambat sikit sebab baru nak kopek pisang.

Pompuan : Lama ke kena tunggu?

Brader : Lama jugak la, sebab baru nak kupas (pisang).

Pompuan : (merengus) Ala, saya nak cepat ni, nak kena gi ambik anak.

Brader : Akak gi ambik anak dulu pastu mari sini semula ambik.

Pompuan : Saya tinggal jauh.

Ok.
Tang ni aku muskil.
TINGGAL JAUH???
Putra Heights ni sekangkang kera je ok? Besar lagi kangkang aku. So jangan nak buat cerita rumah kau jauh. Kalau betul kau tinggal jauh, apa kejadah ko menapak ke Putra Heights carik pisang? Pisang benyek lak tu.

Brader : Akak tunggu la kejap. Saya goreng.

Pompuan : Saya nak cepat ni, nak kejar waktu berbuka. Saya puasa.

Ok.
Memula dia kata nak cepat sebab nak ambik anak.
Pastu rumah jauh.
Now, puasa pulak.

Aku pun kesian dengan tiba-tiba.
Orang puasa katakan, kesian pulak teringin makan pisang.
Aku pun dah lama puasa. Teringin pulak nak makan pisang malam ni. Eh.

So aku offer ambik RM1 bahagian aku. Walaupun aku rasa macam tak cukup untuk mengenyangkan dia, tapi ok la kan daripada tak merasa lansung.

Eh, demand pulakkkkk.
Dia pulak counter offer aku.

Pompuan : Saya nak dua ringgit jugak. Kat rumah ramai orang.

RM2 tu cukup kau makan dua orang je ok?
Tapi aku tak cakap la..

Bila aku senyum, dia cakap lagi.

Pompuan : You nak cepat ke? You bagi I boleh? You tunggu la dia goreng kejap.

Oh pandai kau kata 'dia goreng kejap'. Kalau kejap, apesal kau taknak tunggu???

Tapi aku bagi jugak.
Tetiba rasa belas kasihan aku menebal pulak (read : baik tak kena tempat)

Lepas ambik pisang aku, pompuan tu blah.

Elok je dia masuk keta, dia start enjin, sebelah tangan lagi ambik pisang masuk mulut and selambaaaaaaa je drive.

Aku terpisat-pisat tengok kebinawean pompuan tu kunyah pisang.

Bukan ko kata ko puasa ke??

Memang tak terkata dowhh.
Sampai skang aku kagum dengan kebolehan pompuan tu buat drama. Punya la malas nak tunggu, sampai menipu diri tengah puasa, tapi sebab pandai sangat menipu orang terlupa pulak nak cover kebangangan diri. Termakan pulakkkk.
Eh, bukan makan.
Bukak puasa okkkk.
Ikut zon mana aku tak tau, masa tu kul 6.15pm. Zon Sabah kot.

Bila aku cerita kat En Wan, dia cakap 'Maybe dia termakan, lupa dia tengah puasa kot'.

Ok la, aku terima la alasan tu.
Walaupun kalau tengok muka dia mengunyah pisang tu gila feel penuh kebangsatan.

Tu la kan.
Semalam selamba tapir kau langgar bontot pakcik tu, hari ni kau pulak kena.

Kalau betul pompuan tu termakan, takpe. Tapi kalau dia kelentong aku hidup-hidup, mari kita sama-sama pikirkan apekah balasan yang dia bakal terima esok. Jom kita gelakkan dia in advance. (Gila busuk ati tak aku?)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2010-12-30

Mee kaler



Memekak betul sorang-sorang mintak tengok gamba Rayyan close up.
Hambik nih!



Ni gamba Rayyan pagi tadi tengah breakfast.
Malam tadi dia ajak aku main sampai pukul 3.30 pagi.
Bila pagi je, dia tido.
Asal aku nak tido je, dia bangun.
Bila aku bangun kejap kang dia tido balik.
Bila aku nak tido balik, bapak dia pulak kejutkan aku bangun. Eh.

Now aku kat opis, tinggalkan Rayyan and Redza kat rumah dengan Mak Aji and Pak Aji.
Entah macamana punya bunga silat la orang tua tu bukak kat rumah kang kena menjaga dua cucu.
Aku nak bekerja dengan penuh ketenangan kat opis.


Hari tu aku pi breakfast kat mamak kat USJ, ngan En Wan.
Mamak ni bengong sikit.
Dulu, masa aku duduk USJ, memang ini la port aku ngan En Wan sampaikan masa mengandungkan Redza aku mengidam teh tarik and roti telur mamak ni hari-hari.
Tapi tiap kali aku order mee goreng, mesti payah nak dapat mee goreng yang memenuhi spesifikasi aku. Puas aku explain, still bangang jugak.

So, setelah hampir 2 tahun tak pi sana, tiba-tiba teringin.
Aku and En Wan order la mee goreng.

Macam biasa, aku akan cakap 'Mee goreng saya kurang pedas'.



Hasilnya ini.

Yang kiri tu aku punya. The color kusam pucat sebab lansung tak letak cili. Yang belah kanan tu En Wan punya. Ko bayangkan mee kuning tu digoeng dengan bawang je without cili? Macam pantek tak rasa dia?

Aku pun panggil dia.

'Dey, saya mintak kurang pedas. Bukan takde cili lansung. Kasik goreng balik. Letak cili sikit. Apa ni kaler mee pucat saje'.














Dia datang bawak mee tu balik tapi dia tabur cili padi, dengan selambanya cakap 'Bolehkah ini macam? Mee sudah ada kaler-kaler'.


KEPALA HOTAKKKKKKKK!!!

2010-12-29

Majlis Aqiqah Rayyan Akmal


Minggu lepas (Ahad) aku buat majlis aqiqah and cukur jambul untuk Rayyan. Memang dah plan sejak Rayyan lahir lagi. Padahal budak tu kena masuk NICU yang tak tau entah bila boleh keluar tapi makpaknya dah plan macam-macam. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau nak ikutkan aku bersalin 24 Disember (setelah Dr kata aku konfem kena bedah so 1 Jan tu hanya tinggal kenangan), tapi rupanya Rayyan nak keluar lebih awal. Bagus jugak, dapat aku attend orientasi Redza Jumaat ni. Semua yang terjadi tu ada hikmah kan? :)
Pencarian kambing telah dimulakan sejak minggu lepas lagi. Somewhere kat Klang. Disebabkan nak pi tengok kambing je, tak payahla nak mekap-mekap segala ok?


Nak pegi jumpa kambing muka mesti mau ceria. Barulah kambing pun merasa gembira untuk disembelih.



Brader jual kambing ni mintak kitorang datang awal untuk book sebab kambing yang tinggal kurus-kurus je. Tapi disebabkan busy (ntah apa yang busy sangat pun aku tak tau la, padahal anak kecik sorang je) kitorang terlupa nak book.
Tapiiiiiiiiiiiii brader ini telah menge-cop-kan kambing yang gemuk-gemuk 40kg sekor untuk kitorang. Kambing ni dari baka Ferel tak salah aku.
Seb baik aku tak pakai perfume okkk, sepanjang dalam keta dah bau kambing aje!



Masa ni gi tengok kambing untuk dibuat BBQ. Kambing buku putih tapi aku tak snap dekat sebab aku pun takut nak pi dekat.


Ini pulak kambing untuk buat lauk kuzi. Brader ni guna kekdah men-spray je untuk book-kan kambing aku.




Sesape nak book kambing, boleh la mintak no tepon brader ni kat aku. Tapi kan, aku macam kenal brader ni, kat mana eh nampak dia sebelum ni? (asal nama laki je mesti macam penah nampak). Tapi yang aku tau (sebab dia bagitau), dia adelah engineer kat Proton.

Masa En Wan tanya 'Memang buat full time ke berniaga kambing ni?'

Brader : Takla, ni part time je.

En Wan : Oh, ye ke? Keje mana?

Brader : Saya jurutera kat Proton.

Masa ni aku dah berdebar-debar dah.
Dalam hati aku kata, janganlaaaaaaaaaaaaaaa laki aku ni reply.

En Wan : Oh, Protonggggggg.

Dem!
Aku dah cakap jangan reply!!!!



Mak mertua aku a.k.a Tokey Nasi Dagang.


Mak mertua no. 2 bersama Kak Ngan En Wan berpadu tenaga hiris timun ngan carrot buat acar timun. Aku?? Aku adelah fotographer. Jadi, tak payah tolong. Sekian.





Rumah memang jangan cakap lah, hari Sabtu tu dah tunggang terbalik dah. Aku hanya mampu berserah je. Sebab kat dalam tu semua klorga En Wan, takde sorang kaum kerabat aku, so aku kena diam aje. Dah macam aku pulak tetamu kat dalam tu. Terasa diri bagai terdampar di sebuah kepulauan yang dinamakan Pulau Babi.
*Pulau Babi adelah nama kampung En Wan berpuluh tahun dulu sebelum ia akhirnya ditukar kepada nama Pulau Bahagia*

Suka-suka je orang zaman dulu letak nama tempat.
Asal nampak babi sekor melintas je, ohhh kita namakan tempat ini Pulau Babi.
Nampak kambing, terus jadi Pulau Kambing (memang ada jugak nama ni kat Tganu).
Yang aku heran tu tang mana nya PULAU??
Kampung En Wan tu toksah katakan laut, sungai pun takde. So aku tak paham celah mana datang pulau. Disebabkan nama kampunga dia ni la everytime aku ajak bercuti, En Wan akan cakap 'Okkkk, bulan depan kita bercuti kat pulau'.
Yeah, rite! Pulau Bahagia.
Sialpalis.


Ibal, fotographer pada malam kejadian dan juga esoknya.



Nata de Coco untuk kids.
Kalau ada di antara anak korang tak dapat bendalah ni jangan salahkan aku ok. Sebab bukan aku yang jaga bakul ni.




Fancy cookies yang disponsor oleh Ima. Sebab dia tak dapat datang, perut dah memboyot sangat, maka dia kirimkan cookies ni. Oleh kerana tema aku purple and kuning, maka sebab tu kaler biskut ni macam ni. Sesape yang tak jumpa cookies ni dalam goody bag, mintak maaf ye. Sebab bukan aku yang pack. Pagi ni aku jumpa ada lebih kurang 30 bungkus lagi dalam kabinet dapur. Entah makhluk mana la pi sorok kat situ. Maybe dorang nak bawak balik sekali terlupa. Dah satu keje pulak aku kena habiskan biskut ni esok.

Dalam goody bag sepatutnya ada bunga telur, pulut kuning with rendang Mak Aji dalam tupperware and fancy cookies. Kalau takde tu maknanya ada orang telah membuat onar pada majlis aku. Hehe.
Takde la, sebenarnya memang takkan dapat cukup pun sebab bunga telur aku tempah 60 je, khas untuk berzanji and surau group. Mana yang dapat tu, dapat la, ok?





Sesi kerahan tenaga.
Nak buat kenduri kawen kat rumah sendiri macam lama lagi, jadi kita feeling-feeling je la menerima menantu time sususn bunga telur ni. Bak kata mak mertua aku 'Entah sempat ke tak tengok Rayyan kawen, jadi feeling-feeling je la macam majlis kawen'. (of cos dialog ini telah dialih bahasa, sebab aku tak reti nak tulis dalam loghat Tganu).

Tapi tu la kan, yang tukang lilit bunga telur tu pun kaum-kaum veteran, so agak mengambil masa jugak la nak menggentel satu bunga telur. Masing-masing pegang bunga telur kejap-kejap bawak ke depan mata, pastu tolak balik ke depan, kang tarik balik ke depan mata. Sudahnya aku ngan Mek (adik En Wan) yang settlekan.



Redza bersama hadiah Krimasnya. Bapak dia pun sibuk nak masuk jugak.


Masa ni En Wan dah start busy untuk.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Memacak tanda arah.
Hehe...
Over kan? Macam nak kawenkan anak siap ada tanda arah je. Padahal takde sape pun perasan tanda ni sebab siang-siang aku dah hantar map.
Tapi aku kagum jugak la dengan kreativiti dia siap laminate ngan bubuh gamba baby lagi.



Malam tu jugak orang pelamin datang setup. So, bertambah-tambah semak la rumah aku. Aku ni bukan b0oleh semak-semak, tetiba kang migrain aku sampai. Bila dah migrain tu, jawabnya tido la. (alasan paling lojik untuk mengelakkan diri dari buat keje)
Tapi disebabkan aku mak pengantin, takkan la nak tido awal kan. So, aku pun sama-sama bersengkang mata kemas rumah. Gila penat!


Yang tengah menonggeng tu adelah aku.




Team pelamin tengah gubah fresh flowers. Memang aku request pelamin dihias dengan fresh flower. Saje nak bagi bau fresh kat rumah. (bau rumah macam bangkaikah sampai nak kena order fresh flower bagai???)

Team ni habis pukul 1 pagi. Tapi aku sangat puas hati dengan hasilnya. This is the same team yang handle kawen Aqasha pelakon tu (wahhhh, nak gak samakan diri dengan artis!). Sape berminat, pi terjah http://tepaksirehbridalbutique.blogspot.com

Ni pun En Wan yang googlekan. Bila aku cakap aku nak buat majlis berendoi je, dia terus google. Aku mana reti google-google benda macan ni. Porn tau la.


Dari pandangan atas.

Aku pun tak tau apa motif aku nak snap dari atas.

"Motif nak tunjuk kat orang rumah dia dua tingkat" kata Anonymous.


Testing...testing...

Ni belum siap sepenuhnya. Baru test lampu je.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini yang dah siap.
Masa nak decide kaler, ada la lebih kurang 4-5 kali aku tukar. Mula-mula nak pilih kaler yang biasa nampak like blue and white, maklom la baby boy. Pastu taknak. Tukar ke kaler green apple and silver. Tapi macam biasa buat jugak. Last-last aku gamble letak kaler purple and yellow. Si Emma (tukang hias) ni pun kata dia belum pernah buat kaler puple and yellow, so kira aku jadi guinea pig la ni. Last-last dia pun kata cantik sebab dia tak penah nampak orang guna combination ni.
Mak Aji kata kaler orang Jawa.
Dia memang suka carik gaduh ngan aku.



Suasana pagi majlis (Ahad).
Aku jemput orang datang pukul 12 tghri walaupun majlis berzanji start pukul 10am. Memang cukur jambul ni aku hadkan untuk relatives and jiran (mana yang nak datang).
But dissapointed a bit pasal khemah. Seban purple tu macam soft sangat, dari jauh aku nampak macam putih.


Jangan main-main...the tikar tu dipinjam dari surau Al-Sobah kat Bangi okkkk. Sebab surau Putra Heights takde tikar, boleh?
Dorang kata dorang main karpet je. Tak main tikar.
Time ni rumah aku lengang lagi sebab grup berzanji belum sampai.


Sementara muka belum berlengas lagi, marilah kita bergamba dulu.


Time ni grup HELWA dari Bukit Lanchong dah sampai. Lagi 20 minit nak pukul 10am, dapat call dari Ustazah Kasminah kot nama dia, cakap postpone ke pukul 1pm sebab dia lupa ada majlis apa ntah kat rumah anak yatim.
En Wan dah nak nangis. Dia ni memang cepat panik. Aku ambik telefon, terus call Ustazah tu. Aku cuma berharap Ustazah tu bagi alasan yang lebih lojik selain dari "terlupa" sebab dikhuatiri mulut aku akan mengeluarkan kata-kata nista di pagi hari.
Eh, tetiba dia cakap boleh pulak. Siap cakap dah on the way lagi.
Terselamat kau Ustazah...syukur alhamdulillah.




Masa team ni masuk, the ketua salam aku. Pastu dia salam Mak Aji and cakap 'Ni tuan rumah ye?'.
Apa muka aku tak macam tuan rumah ke?
Macam tuan khemah kot.



Nasib baik Rayyan tak buat hal. Dia ni memang siang je tido, so takde masalah sangat. Dia cuma bunyik bila nak susu je, itupun takat 'ngok ngek ngok ngek'.



Masa kitorang kat dalam kan, baru perasan Redza takada. Gelabah aku sms En Wan suruh carik Redza sebab sedara-mara dia semua dalam rumah, alih-alih dia takde. Abis, dia main ngan saper?
Bila tengok gamba ni baru tau rupanya dia lepak kat luar dengan Acu dia. (Acu yang ambik gamba)



Memang puas hati dengan grup berzanji ni. Siap nyanyi nasyid lagi. The nasyid sangatlah sedih, meleleh airmata dengar.



Mula-mula pusing 3 kali. Aku pun tak tau kenapa nak kena pusing 3 kali dulu. Buat aje laaaa...



Potong rambut je, buat syarat. Cukur-cukur taknak.

Lepas majlis berzanji habis pukul 11am, barulah group budak-budak tahfiz and ahli surau datang. Memang aku mintak nak bawak budak tahfiz datang, biar sedap sikit telinga aku dengar. Aku ni perlu dibaca-bacakan sikit. Lepas baca Yassin and doa selamat barulah imam buatkan tahnik. Aku tak tau apa yang imam tu baca kat telinga anak aku. Tapi lama.
Orang cakap tahnik tu elok imam yang buat, mudah-mudahan mulut anak kita jadi macam mulut imam tu, sedap baca Quran, azan semua.
Kalau aku yang tahnikkan, jawabnya fail la mulut anak aku sok.
Eh, aku dulu sape yang tahnikkan?




Kagum aku tengok budak-budak tahfiz ni. Kecik-kecik dah hafal Quran. Aku time kecik toksah kata nak hafal Quran, hafal Al-Fatihah pun nak kena dibagi penampar tujuh lapan kali baru tak gagap.


Menu utama - kambing BBQ.

Memang inilah yang habis dulu. Aku dapat rasa 5 keping je (keping yang kontot-kontot saje ok?)
Orang kata BBQ sos and coleslaw dia sedap, tapi aku tak dapat rasa.
Yang aku tau daging dia liat.



Ayah dan abang pengantin.

Redza punya berlengas la.....astaga!!!! Dah macam bau kambing!


Nenek sedara and family. Yang tengah riba Rayyan tu adik Mak Aji yang bongsu. Tepi-tepi tu anak dia. Single and available :)

Kaum klorga aku tak kira belah Mak Aji atau Pak Aji, memang baru Ahad lepas la dapat tengok Rayyan. Sebab aku memang tak kasi datang tengok dulu. Bukan nak feeling-feeling anak artis ye nak eksklusif-eksklusif tayang, cuma Rayyan tu premature baby, so taknak dedahkan sangat kat persekitaran. Itupun malam tu dia mengigau sekuat-kuat ada menjerit. Ye la, dah orang ni pegang, orang tu pegang. Tapi takpe, kejap je. Biar dia tak takut orang.


Yang belah kiri tu je yang taken, yang lain boleh lagi kot.


Anak sedara En Wan.
Semangat Piala Suzuki malam tu :)


Terima kasih kepada blogger / reader yang sudi datang ke majlis aqiqah Rayyan. Minta maaf banyak-banyak aku tak dapat jemput semua. Jemputan aku pun terhad pada 350 orang aje. Kalau aku kawenkan anak sok insyallah aku jemput. (entah tahun bila la...).

Kepada yang datang, sorry tak teringat pun nak ambik gamba sama-sama. Sebab aku busy gila jadi tuan rumah. Lagipun muka aku berlendir okk, sangat tak gojes gamba korang tu nanti.

Ini saje gamba yang kebetulan Ibal snap. Dia main snap je.

Sape punya gamba-gamba ni, sila mengaku.