2011-01-05

Redza skolah



Orang lain berasak-asak laki bini gi hantar anak orientasi and mula skolah, aku rilek je lepak kat rumah. En Wan je yang hantar Redza. Nama aku nak sama-sama memenuhkan skolah berhimpit-himpit ni memang takde laaaaa. Bukan tak prihatin, tapi tak kuasa. Sebab aku dulu time skolah Darjah Satu pun pegi sendiri okkkk. Jalan kaki lagi. Pak Aji dulu cikgu, so skolah bukak, takkan dia nak cuti kot. Dia pun kena sama bertugas kat skolah. Mak Aji lagi la, dia memang tak suka ambik cuti. Lagipun dulu aku skolah tadika kat Kajang, naik bas lagi. So bila start Darjah Satu yang jaraknya cuma 500-600 meter dari rumah, lagi la makpak aku buat tak reti je. Ko boleh pergi sendiri dia kata.

Itupun mujur yuran skolah Redza, En Wan datang bayarkan. Aku dulu, Pak Aji main masukkan dalam envelope and pinkan envelope tu kat baju skolah aku je. Pandai-pandaila aku nak bagi kat cikgu. Sendirian berhad aku carik kelas. Seb baik dah pandai mengeja waktu tu, menggagau aku baca nama kat tiap-tiap pintu nak carik kelas 1 PUTIH.

Aku ingat lagi time Ima masuk Darjah Satu pun, aku jugak yang dipertonggengjawabkan untuk bayarkan yuran skolah. Dalam ramai-ramai mak bapak yang beratur nak bayar yuran, tetiba aku terselit kat tengah-tengah sama beratur. Kesian hokey??

Lagipun aku punya excited nak menengok anak masuk sekolah tu dah berlalu sejak Redza masuk tadika lagi. Masa aku hantar dia pi tadika, umur dia 3 tahun. Aku ngan En Wan serahkan dia kat cikgu kat depan gate, pastu kitorang blah pi breakfast kat mamak. Bukan taknak tunggu sampai dia masuk kelas, tapi kang dia tak apa-apa, aku lak yang melalak kat situ. Ye la, anak baru age 3 aku dah tinggalkan kat orang. Sedih la jugak. Tapi dalam pada sedih tu, makan roti canai tetap 2 keping. Siap pi Sunway Piramid lagi. Eh, kata sedih kan anak masuk skolah, haruslah retail therapy.


Ni Redza pagi Isnin hari tu.
Yang si bapaknya, time aku nak salinkan pampers Rayyan ni la dia sibuk nak snap gamba jugak. Tangan aku tak la sehitam dalam gamba ni okkk, ni sebab aku membelakangkan cahaya. (gigih explain nak meyakinkan pembaca)

Now Redza sangat-sangat sayangkan adik dia. Kejap-kejap dia kiss, nak pi skolah dah pakai kasut, terlupa nak kiss adik. Sanggup dia bukak kasut and berkejar naik atas nak kiss adik dia.

Diam.

Diam ada maknaaaaa. (read : tengah panaskan enjin)


Mengantuk pulak.


Dah ada kawan :)


Cuba ko tengok anak dara dua orang kat blakang Ija tu, sure kes boring.
Sorang tido, sorang dah standby nak lelap.

Tapi aku tak berkenan betul dengan tempat duduk kawan Redza tu.
Kalau la kepala budak tu terhantuk kat besi tepi dinding tu tak ke satu hal?
Dorang ni kalau nak menghias kelas tu tak agak-agak.

Tapi tang duit belanja skolah memang nak tercirit jugak la.
Aku dulu Darjah Satu doploh sen je okkkk.
Dapat apa dengan doploh sen?
Dapatlah air sirap segelas.
Bekal bawak dari rumah, tu pun roti je.
By the time sampai waktu rehat, roti aku pun dah kejung.

Naik darjah dua, aku dapat 40sen.
Boleh la nak beli nasik lemak sejuk sepinggan.
Air bawak dari rumah.

Darjah tiga sampai darjah lima, aku dapat 50sen.
Aku pun tak ingat apa aku beli dengan hanya 50sen tu.
Takkan beli nasik lemak 40sen, air 10sen (???).
Or adekah aku beli nasi lemak, air bawak sendiri dari rumah, and the balance 10sen tu aku masuk tabung??
Sori lah, aku mana main menabung-nabung ni.
Korek tabung lagi ada.
Tak cukup tabung aku, aku korek tabung adik aku pulak. Tu la bodoh, pi tayang tabung atas kepala katil buat apa. Tengok cam aku, siap sorok lagi tabung, sampai ke sudah aku tak tau mana aku letak tabung aku. Gila sorok punya pasal.

Darjah enam sampai TINGKATAN LIMA adelah RM1.
Tingkatan 5 pun singgit lagi okk.
And sila ambik maklum bahawa singgit tu merangkumi skolah pagi dan tuition petang. Kejam tak makpak aku?
Bila aku ungkit balik kat Mak Aji kan, dia cakap 'Alah, dalam pada aku bagi singgit tu pun kau boleh makan eskrim beli cekedis bagai. Mana kau dapat duit?'

Oh, kantoi.

Tapi mana aku dapat duit eh?

Nak kata korek tabung, aku takde la sekeji tu hari-hari nak korek tabung.
Nak kata aku paw, dulu mana ada konsep paw-mengepaw?
Nak kata aku dapat diskaun disebabkan aku jelita, lagi harammmm.

Eh, mamposlah. Malas pikir.

Tapi budak-budak skang punya kantin omigodddddddddddd, tak main la sirap-sirap ni.

Teh O Ais
Vitagen.
Laici cincau.

Dasattttttttttttt.

Menggigil aku kuarkan duit belanja Redza.
Sehari RM5.
Tapi setakat ni dia belanja RM3 je, lebih tu dia masuk tabung.
Aku yang ajar dia menabung, walaupun aku tak penah menabung.
Risau pulak tetiba penyakit korek tabung aku muncul balik bila terpandangkan tabung anak aku. Boleh?

Keji gila.



Redza dah start study dalam bilik sendiri.
Study je la.
Tido tetap dalam bilik aku.

Botol Ribena tetap kat tepi :)

Oh, ada tambahan pulak satu botol kecik kat sebelah.
Sebab time ni, aku tengah monitor dia buat latihan sambil dokong Rayyan.

Bila tengok Redza study malam tu, rasa sebak pulak.
Dia ni kalau membaca bukan reti baca dalam hati, sekuat-kuat ada dia baca. Macam nak baca berita.

So bila dengar dia baca tu teringat dulu masa dia age 1-2, tiap-tiap malam aku dok mengajar dia dengan flash card. Masa tu pelat-pelat lagi. Sampai baran-baran aku kalau dah diajar seploh kali dia tetap tak ingat-ingat jugak.
Now bila dia dah boleh study sendiri, rasa nak ulang balik zaman-zaman masa dia baru blaja kenal ABC. Seb baik ada anak lagi, boleh aku merasa balik moment-moment tu.

Oh yes, adik aku dulu, Ima pun jenis tak reti baca dalam hati.
Kalau dia dah start membaca tu memang satu row rumah boleh dengar.
Rasa nak tepuk je mulut dia kasik bisu terus.

Aku pulak dari dulu sampai sekarang memang tak reti nak baca kuat-kuat. Bercakap kuat aku tau. Kalau kat skolah dulu, suara aku la paling kuat kalau bercakap. Bila cikgu suruh baca teks, tetiba je suara aku jadi macam ayu gitu. Nak kena cubit sekali baru naik sikit volume. Pastu slow balik. Cikgu cubit lagi, naikkkk lagi volume.
Istimewa kan aku?
Boleh adjust-adjust volume lagi.

Kalau Ibal lagi laaaaaa, aku tak pernah tengok dia baca buku.



Rayyan dapat hadiah lagi semalam.
This is from Zue Hantu Kucing akak Catwoman :)
Thanks ye?
Err...bukan ke towel ni ada untuk orang dewasa jugak? Eh.

Ahad lepas baru aku ada masa nak bukak semua hadiah-hadiah Rayyan yang dapat masa majlis cukur jambul hari tu. Seminggu jugak aku perap, baru bukak.
TERIMA KASIH TO ALL.

Alhamdulillah, murah rezeki Rayyan.
At least dalam masa 6 bulan ni aku takyah beli baju dia. Hehe (Beli baju anak pun nak berkira!).

Yang selitkan hadiah untuk Redza sama, pun tima kasih aku ucapkan.




Ok, ni hadiah untuk aku :)
Baju untuk breastfeeding.
Walaupun aku dah stop BF, tapi mungkin aku leh guna untk BF bapaknya. Eh, perlukan baju ke?

Thanks to Danita Maternity.
Tapi aku belum sempat nak menggayakannya.
Nanti aku snap letak kat sini ok?




Last Saturday adelah Rayyan's first day out.
Ke JJ Bukit Tinggi. Sebab aku nak belikan rocker dia.
Seb baik la dia ni jenis tak meragam. Dari masuk keta, sampai la aku dah nak balik rumah, dia tido.
Bila aku berenti beli comforter je baru dia terjaga.

Errr...anyone perasan baju dia?
Thanks ya!
Muat-muat badan dia je.




Ni time pilih comforter.
Aku ni kalau nak pilih comforter kena acukan kat kulit.
Bukan nak rasa the material.
Tapi nak tengok do I look good atas kaler comforter tu.
So memandangkan anak-anak ku dapat tempias kulit aku, jadi aku jadikan dorang je la bahan ujikaji.













Kecik je Rayyan atas katil aku ni kan?


Samada dia yang kecik, or katil ni yang besar.
Tapi aku rasa, forever kot aku anak-beranak tido sebilik sebab katil ni memang muat untuk empat-empat sekaligus tido. Still ada space untuk berpusing-pusing. Kalau En Wan tido atas aku lagiiiiiiiiii banyak space nak pusing.