walk on wings, tread in air: Pisangku kau bawa pergi... <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Pisangku kau bawa pergi...
2011-01-03
Aku rasa aku ni ada masalah ketidak-konsistenan-tebiat.
Semalam jin aprit masuk badan habis aku langgar bontot pakcik takde sivik tu. Hari lain pulak tebiat aku.

Petang tadi aku kuar ngan En Wan gi beli goreng pisang. Gerai goreng pisang kat Putra Heights ni sebijik je. Memang kaya la brader tu. Konfem orang akan beli punya walaupun semua pisang dia takde yang senonoh aku tengok. Semua stok-stok benyek berlepet-lepet minyak. Kalau ko perah pisang tu, the minyak yang kuar dengan pisang tu sama berat. Tapi apa nak buat, dah teringin. Benyek pun benyek la. Kalau nak pisang yang keras, malam-malam sikit baru la dapat. Eh.

Memula benti, En Wan turun gi beli. Aku suruh beli RM5 (RM5 ni tak banyak ok, sebab pisang dia besar-besar punai anak aku je) tapi dia beli RM3 je sebab itu je yang tinggal, kalau nak lagi, kena tunggu. Aku cakap takpela, kita carik kuih lain buat tambah-tambah.

Lepas tu terus hanta En Wan gi workshop ntah apa dia bega keta dia ntah. Aku balik sendiri. On the way balik, aku singgah balik gerai tu kot la pisang baru dah siap.

Sekali ada.
Okeh!
Benti keta.

Nasib aku baik sebab pisang yangh tinggal cukup-cukup untuk aku je. Aku mintak RM2.

Masa brader tu bungkuskan, sorang customer pompuan sampai, nak RM2 gak. Brader tu kata kena tunggu tapi lambat sikit sebab baru nak kopek pisang.

Pompuan : Lama ke kena tunggu?

Brader : Lama jugak la, sebab baru nak kupas (pisang).

Pompuan : (merengus) Ala, saya nak cepat ni, nak kena gi ambik anak.

Brader : Akak gi ambik anak dulu pastu mari sini semula ambik.

Pompuan : Saya tinggal jauh.

Ok.
Tang ni aku muskil.
TINGGAL JAUH???
Putra Heights ni sekangkang kera je ok? Besar lagi kangkang aku. So jangan nak buat cerita rumah kau jauh. Kalau betul kau tinggal jauh, apa kejadah ko menapak ke Putra Heights carik pisang? Pisang benyek lak tu.

Brader : Akak tunggu la kejap. Saya goreng.

Pompuan : Saya nak cepat ni, nak kejar waktu berbuka. Saya puasa.

Ok.
Memula dia kata nak cepat sebab nak ambik anak.
Pastu rumah jauh.
Now, puasa pulak.

Aku pun kesian dengan tiba-tiba.
Orang puasa katakan, kesian pulak teringin makan pisang.
Aku pun dah lama puasa. Teringin pulak nak makan pisang malam ni. Eh.

So aku offer ambik RM1 bahagian aku. Walaupun aku rasa macam tak cukup untuk mengenyangkan dia, tapi ok la kan daripada tak merasa lansung.

Eh, demand pulakkkkk.
Dia pulak counter offer aku.

Pompuan : Saya nak dua ringgit jugak. Kat rumah ramai orang.

RM2 tu cukup kau makan dua orang je ok?
Tapi aku tak cakap la..

Bila aku senyum, dia cakap lagi.

Pompuan : You nak cepat ke? You bagi I boleh? You tunggu la dia goreng kejap.

Oh pandai kau kata 'dia goreng kejap'. Kalau kejap, apesal kau taknak tunggu???

Tapi aku bagi jugak.
Tetiba rasa belas kasihan aku menebal pulak (read : baik tak kena tempat)

Lepas ambik pisang aku, pompuan tu blah.

Elok je dia masuk keta, dia start enjin, sebelah tangan lagi ambik pisang masuk mulut and selambaaaaaaa je drive.

Aku terpisat-pisat tengok kebinawean pompuan tu kunyah pisang.

Bukan ko kata ko puasa ke??

Memang tak terkata dowhh.
Sampai skang aku kagum dengan kebolehan pompuan tu buat drama. Punya la malas nak tunggu, sampai menipu diri tengah puasa, tapi sebab pandai sangat menipu orang terlupa pulak nak cover kebangangan diri. Termakan pulakkkk.
Eh, bukan makan.
Bukak puasa okkkk.
Ikut zon mana aku tak tau, masa tu kul 6.15pm. Zon Sabah kot.

Bila aku cerita kat En Wan, dia cakap 'Maybe dia termakan, lupa dia tengah puasa kot'.

Ok la, aku terima la alasan tu.
Walaupun kalau tengok muka dia mengunyah pisang tu gila feel penuh kebangsatan.

Tu la kan.
Semalam selamba tapir kau langgar bontot pakcik tu, hari ni kau pulak kena.

Kalau betul pompuan tu termakan, takpe. Tapi kalau dia kelentong aku hidup-hidup, mari kita sama-sama pikirkan apekah balasan yang dia bakal terima esok. Jom kita gelakkan dia in advance. (Gila busuk ati tak aku?)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 9:28 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER