2022-12-20

Dari awal Allah dah tahu apa yang aku perlu.


Terlalu ramai yang mendoakan Rayyan, terima kasih.
Tak sempat aku balas satu per satu.
Yang DM, yang PM, yang whatsapp, yang di ruangan komen, yang whatsapp.
Allah, beruntungnya Rayyan ramai yang mendoakan.
Moga semua doa baik-baik ni Allah angkat, makbulkan dan dikembalikan kepada yang mendoakan.

Sekejap je Allah nak tarik nikmat sihat tu, tak perlu demam atau selsema.
Tersadung kaki light-light pun boleh patah tulang.

Ada macam-macam treatment yang terkini, tapi bila tulang adalah tulang yang masih membesar, tetap tak dapat dibuat surgery.

Ada kemampuan kewangan, tapi kalau takde bilik yang available, kau tetap tak dapat upgrade je bilik yang special.

Kau sihat, tapi dek kerana mengenangkan anak yang tak sihat, dengan kau-kau jatuh sakit tak semena-mena.

Kau kuat, tapi bila anak sakit, dengan kau-kau sekali lembik macam nak rebah.

Aku berdoa agar tidak ada ibu yang melalui apa yang aku lalui, atau seumpamanya.
Tidak ada ibu yang patut merasa situasi tu.
Lelah, cemas, risau, sedih, takut - semua bercampur jadi satu.
Aku ni, dengar siren ambulance terus berdebar dah now. Masih lagi troma.

Sihat adalah nikmat percuma yang Allah bagi yang kita selalu ambil mudah.
Tangan, Allah bagi percuma.
Tapi kalau dah terkehel, nak makan pun kena harap ihsan orang suapkan.

Kaki, Allah bagi percuma.
Tapi kalau dah patah, nak melangkah setapak pun berpapah.

Dulu aku suka mengenang masa silam.
Tapi sekarang kejadian 10 hari tu kalau boleh aku taknak ingat dah. Serta-merta naik berdebar. 
Padahal semua dah berlalu, hanya menunggu patah tu baik saja.
Dah takde yang kritikal lagi, tapi entahlah.
Maybe keadaan masih baru, jadi masih terasa-rasa debar dan cemasnya.

Rayyan ok je, aku rasa aku je yang macam tak ok.
Rayyan dah start kelas tusyen dengan apak beliau. En Wan tak kasi chan.
Yang sakit tu kaki katanya. Tempat lain semua tak sakit.
Sambil baring pun boleh buat latihan. Gitu apaknya punya konsep.

Aku letak gambar ni kat IG, orang tanya berapa harga bilik Rayyan ni.
Entah, aku tak tahu. Bilik ni baru tukar semalam.
Kisahnya, bilik kitorang dapat hari tu paling hujung.
The wifi lansung tak dapat.
Jadi aku request tukar bilik lain sebab Dr kata kami di sini lama.
Maknanya aku and En Wan akan silih berganti kena buat kerja dari hospital, maka strong internet is a must.
Boleh je nak buat kerja kat ruang tengah (depan kaunter ada ruang untuk lepak-lepak). Situ wifi kuat.
Tapi, dah tak jadi kerja pulak aku duduk hospital tapi tak dapat tengok Rayyan sebab duduk kat luar menyiapkan kerja.
Baik aku masuk ofis terus kalau gitu.

Semalam, En Wan kata the management upgrade terus bilik ke executive suite, tingkat atas sekali.
Aku dengar macam...?? Upgrade?
Eh, kita tak minta upgrade. Hanya minta tukar ke bilik depan sikit biar boleh tangkap wifi.
Tapi the nurse kata the management yang suruh upgrade terus ke suite.
Entah siapalah "the management" tu.
Alhamdulillah, rezeki kaulah, dik.
Berkat sabar dengan bilik RTK agaknya 😁, terus kat sini dapat layanan wad executive.
En Wan mesej aku "Bolehlah buat video demo makeup remover kat sini, toilet dia macam kat hotel" πŸ˜†.

Now rutin aku dan En Wan berubah sikit.
Agak padat dan penat sikit tapi masih terlalu banyak yang perlu aku syukurkan.

Yang pertama, syukur it is not cancer.
Yang kedua, syukur dapat wad yang selesa.
Yang ketiga, syukur kami boleh stay with Rayyan kalau mahu. Takde kekangan seperti di PPUM hanya sorang je yang boleh menjaga.
Yang keempat, hospital pun dekat tak jauh mana, masih mampu berulang-alik.
Yang kelima, dalam keadaan kecoh macam ni, hal kerja staff yang uruskan.
Yang keenam, kerjaya kami yang flexible memudahkan untuk urus itu dan ini.
Yang ketujuh, aku and En Wan diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan untuk menguruskan apa yang patut.

Banyak lagi kalau nak dicari.
Bukti Allah itu Maha Baik.
Aku je yang selalu lupa betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi selama ni.
Bila Allah bagi anak aku patah kaki je, terasa betul banyak nikmat hilang.

Nikmat apa?

Nikmat satu keluarga berkumpul di rumah, dalam keadaan sihat dan tenang.
Nikmat memiliki suami yang always ada dengan aku, walaupun dia kaki kondem.
Nikmat setiap malam suami tidur di sisi.
Nikmat dapat bekerja dengan hati yang tenang.
Nikmat selera makan dan tido nyenyak.

Dek kerana kaki patah sikit je, semua tadi puffff hilang sekejapan.
Padahal sebelum ni, aku tak nampak itu sebagai satu nikmat.
Aku jamin ramai yang tak anggap itu adalah nikmat sebab semua orang pun dapat, betul tak?

Semua orang ada keluarga yang duduk berkumpul di rumah setiap hari.
Semua orang (most of us), malam tido bersama pasangan.
Semua isteri tido sebelah suami (normally).
Semua orang rutin harian pergi kerja.
Setakat tido nyenyak and makan, semua orang pun tido and makan.

Kita anggap semua tu benda biasa yang takde specialnya.
Kita aim benda-benda yang lebih lagi contohnya, ada Ferrari, ada banglo 4 tingkat, travel overseas dengan 1st class seat, celebrate anniversaty di hotel 5 stars, unlimited cash, etc.
Sedangkan dalam keadaan takde semua yang extra vaganza ni, kita masih lagi mampu hidup seadanya.
Tapi bila nikmat sihat ditarik, masa tu barulah sedar sesungguhnya nikmat sihat adalah sebesar-besar nikmat yang Allah bagi PERCUMA!
At least, itulah yang aku sedar sekarang.
Dulu sedar dah, tapi sedar sekali lalu je lah.
Bila terjadi kejadian pada Rayyan, aku benar-benar sedar dan faham.

Aku kalau tido akan berpegangan tangan (menggenggam) dengan En Wan.
From day 1 memang itulah cara kami tido.
Sejak Rayyan masuk hospital, kitorang "terpisah" tempat tido.
Aku jadi susah nak tido sebab En Wan takde kat sebelah.
Semalam aku hampir-hampir nak ketuk bilik mok nak tido sekali. Kahkahkah.
Karang mok ingat aku buang tebiat pulak.
Ajak Redza "Ja, tido bilik mama malam ni, nak?".
Redza pandang aku "Hah?". Muka konfius.
Aku rasa dia risau maknya pelik semacam sejak beberapa hari ni.
Balik kolej awal pulak anak aku ni karang, seram dengan mak sendiri πŸ˜†.'

Itu baru cerita tido. Belum cerita masak, makan.
Memasak pun menangis.
Sebab lepas makan aku akan makan sorang.
Selalunya aku makan, dia teman. Dia makan, aku teman.
Now, aku masak untuk mok and Redza.
End up aku tak makan sebab nanti makan sambil nangis.
Benda simple je semua ni.
Tapi tunggulah bila nikmat tu Allah tarik, kau akan rasa pedih yang sangat mendalam.

Allah sedang mengajar aku bahawa bahagia tu tak perlu bersusah-payah. Ada je depan mata.
Selama ni aku rasa bahagia tu bila duit sentiasa ada, dapat makan sedap-sedap, dapat shopping, dapat holiday, etc.
Kaki Rayyan patah je, terus aku nampak dah bahagia yang sememangnya aku perlukan Allah dah bagi bertahun-tahun, dalam rumah yang sama!

Some people maybe bahagia yang dia perlukan ada di tempat lain.
Tapi untuk aku, bahagia tu memang ada dalam rumah dah.
Bahagia untuk aku rupanya simple je, tak susah mana - laki ada kat rumah, makan sama, terbaring berdua layan Tamil depan TV, anak-anak sihat kejap-kejap minta belikan McD.
Rupanya ini bahagia aku. Allah Maha Tahu.

Dari awal lagi DIA dah atur apa yang aku perlu untuk bahagia.
Patutlah dari kecil aku dibiasakan dengan hidup sederhana, duduk rumah, tak bercuti ke mana-mana, makan apa yang ada, dapat belajar kat TKC pun aku quit sebab nak duduk rumah, takut naik flight.
Hint tu dah ada. Dari awal lagi hint tu Allah dah bagi.
Kau punya bahagia tu simple dan murah je, Diana.
Bahagia kau adalah duduk rumah, santai dengan anak and suami, makan berger takde sos, layan Tamil, pakai henbeg Hush Puppies je, lenjan kasut Bata.
Allah...Allah. Dari awal Allah dah tahu apa yang aku perlu.
Allah dah tahu itulah kebahagian kau, Diana.

Ok, aku dah menangis balik.
Later sambung.


2022-12-19

Rayyan patah kaki


Aku laluinya sekali lagi.
Trauma masa kat TKC. After berpuluh tahun, aku merasa the same feeling sekali lagi.

Sejak 7 Dis hingga 17 Dis, selama 10 hari aku berperang dengan ketakutan, cemas, stress — sejak Rayyan patah kaki.
Mula-mula ok lagi. Sebab ingatkan ini patah yang biasa.
Boleh simen, and balik.
Sebab dulu aku pernah retak kaki.
Jumpa Dr, x-ray, simen, balik. Setiap 2 minggu datang untuk x-ray.
Tak sampai 2 bulan, aku mintak tanggalkan simen walaupun crack tak fully bercantum.
elum boleh berjalan sempurna. Terhencot-hencot. Tapi biarlah.
Aku cuma taknak balik Kuching dengan kaki bersimen.

Tapi kes Rayyan berbeza.
Awal-awal dah buat aku ketakutan.
Kat emergency Avisena, doktor jumpa aku. Doktor india.
Dia kata “Anak you patah. Tapi anak you ada bone tumor”.
Gitu je dia hembus. Serious tak calming lansung.
Aku dah lah belum habis gelabah mengangkut Rayyan patah kaki.
Dr ni terus bagi news macam tu. Terus lembik aku.
Dah la aku sorang.
En Wan masa tu ada seminar kat Pullman. I am lost seketika.

Dapat call En Wan. Bagitau dia pasal apa yang Dr kata.
Menangis-nangis aku kat situ.
Tapi En Wan tenang.
Dia kata tunggu dia balik, dia nak jumpa sendiri Dr.

Tak lama lepas tu, another Dr sampai. Malay, lelaki.
Dr tu check kaki Rayyan, tanya soalan lebih kurang, lepas tu dia ajak aku jumpa.
Dia kata tulang Rayyan yang area patah tu berongga.
Maknanya ada ruang-ruang kosong.
Disebabkan tulang tu tak solid, jadi mudah patah.
Kebetulan Rayyan terjatuh, terus patah.
Tapi dia kata from his observation and experience this is not tumor.

Lega? Tak.
Sebab bila ada 2 pendapat berlainan dari doktor, aku tak tahu nak percaya siapa.
Lagipun doktor yang pertama tu terus tembak aku dengan statement “bone tumor”, dalam kepala aku terus dah terpasal bayangan tu.
This Malay doktor adalah pakar tulang paed.
Dia explain, tulang berongga ni unknow cause.
Selalunya tulang berongga ni develop masa umur 3-15 tahun dan takde sebarang simptom.
Dan selalunya seseorang takkan sedar dia ada tulang berongga kecuali ada kes-kes patah.
Sebab, takde siapa nak pi saja-saja buat x-ray tulang melainkan dah patah, betul tak?

Dia kata pernah je ada orang buat medical checkup untuk apa ntah, bila x ray, tulang kat tangan nampak berongga. Tapi belum patah.
Jadi, bolehlah treat dulu.
In Rayyan’s case, dah patah. Patah pulak kat pangkal paha.
Bukan joint tau. Dia punya tulang femur — the ball and cup — is fine.
Dia kat bawah sikit (bahagian leher femur kanan) berongga sikit.
Kat area leher femur tu je. The rest of the tulang is fine too.
Femur kiri pun ok je.

Disebabkan tulang Rayyan ni adalah tulang yang masih growing, Dr tak suggest buat surgery sebab takut kaki pendek sebelah bila besar.
Dr kata kalau kat lengan, memang dia proceed je buat surgery.
Apa adehal tangan pendek sikit sebelah orang tak perasan katanya.
Tapi kalau kaki, nampak tak cantik bila berjalan.
So apa next pilihan? Just baring je atas katil bagi dia heal sendiri.
Aku macam…lama tu!

Ini Isnin lepas, proses memindahkan Rayyan dari Avisena ke PPUM.

Dr yang treat Rayyan di Avisena adalah Dr dari PPUM suatu masa dulu.
Dia share image CT scan Rayyan ke geng-geng PPUM.
PPUM is so interested to take this case.
Kes-kes rare memang PPUM suka handle, sebab tu dorang powerful.
Disebabkan they berminat with this case, kami pun ditransfer ke PPUM.
Dorang dah siap sediakan slot untuk surgery pada hari Rabu (14 Dis).

Monday morning (12 Dis) kitorang ditransfer ke PPUM dengan ambulance Avisena.
First time aku naik ambulance. En Wan follow belakang.
Si Rayyan sengih-sengih dalam ambulance.
Nak lagi bila ambulance bunyakan siren, kemain sengih-sengih dia.
Kau ingat seronok?

Sampai kat PPUM, ada miscommunication pulekkkk.
Kat Avisena age 12 masih dikira children, tapi kat PPUM age 12 dikira dewasa sebab dah ada IC.
Udah lama pulak menunggu green lite Ortho Unit (dewasa) boleh accept ke tak.
Terpaksa call Prof Azura (yang ambil kes Rayyan) untuk kepastian mana nak tolak anak aku ni.
Tak lama lepas tu, ok settle. Rayyan pun ditolak ke emergency.

Ruang emergency PPUM memang betul-betul macam emergency.
Dengan orang bersimpang-siur. Berlari bawak laptop, pegang kertas, calling.
Doktor and nurses ambil darah silih berganti.
Pesakit di mana-mana.
Memang emergency unit betullah ni.
Jauh beza dengan emergency Avisena yang calm 😁.

Rayyan masuk emergency PPUM dah takut.
Cuak muka dia tengok keadaan yang busy dan facilities yang tak seperti Avisena.
Dah aku kena pulak bukak sessi kaunseling nak explain and calm-kan dia kat situ.
Tapi tak dinafikan environment pun mempengaruhi emosi kita.
Dahlah kita sakit, dengan tak tahu apa treatment seterusnya, so benda paling kita taknak adalah suasana yang tak membantu.

Macam-macamlah dia tanya aku.

“Ma, katil adik kat wad nanti katil yang ini ke?” (katil kat emergency).
Katil tu idokle buruk mana, tapi jenis manual.
Memang jauh bezalah dengan paramount bed Avisena tu, kan.
And then biasalah kat research hospital doktor datang kat kau segerombolan. Bertalu-talu soalan.
Rayyan jadi takut. Dia terasa macam aku ni sakit yang serious ke, kenapa ramai sangat? Haaa gitu.

Hat ni la yang menyumbang kepada apa yang aku rasa now.
Tadi awal-awal aku kata aku merasa perasaan yang sama masa aku quit TKC, kan?
Rasanya takde orang tahu aku develop trauma lepas quit dari TKC.
TKC is fine, cuma it is not for me.
Walaupun orang kata aku sangat beruntung dipilih masuk TKC, kalau aku tak suka, aku tak suka.
Tapi bila tak suka, dan aku terpaksa stay juga, ia akan develop trauma dalam diri aku.
Trauma tu sampai tido malam termimpi-mimpi aku masih berada di sana.
Entah hapelah yang aku tak berkenan sangat.
6 bulan pulak tu aku bertahan. Nasib tak develop anxiety and depression.

Di PPUM bila tengok anak aku kena sidai sejam macam ni, dengan facilities yang tak berapa selesa, dengan tak tau what's next -- runtun hati.
Aku jadi stress dengan semua ni.
Yes, aku pernah stay kat Hospital Serdang 28 hari.
Takpe. Sebab itu AKU yang menanggung.
Tapi bila anak kena merasa, terus aku jadi stress.
Stress yang tak tahu nak cerita — sedih, kecewa, takut, cemas — semua jadi satu.
Belum lagi tengok dia angkat anak aku macam tu je.
Padahal dah tahu anak aku patah kaki, tapi entahlah. Maybe itu prosedur biasa for them.
tapi bila kita baru keluar dari private hospital, memang terasa benar perbezaan caranya.

Dalam gambar tu, En Wan melayan Rayyan minum air, lagilah aku sedih.
Terasa macam aku takleh tolong meringankan sakit anak aku.
Masa ni aku dah sakit kepala campur nak muntah.
Tengok En Wan penat lagilahhh aku stress.
En Wan takut aku rebah, dia suruh aku duduk.
Lama gila kena sidai sampai En Wan terpaksa masuk ke emergency mencari nurse yang park kitorang kat luar untuk tanya bila nak hantar masuk wad.
Then barulah nurse tu hantar masuk wad ortho.
Bilik pulak takde. Kena tumpang dulu bilik RTK.
RTK pun RTK lah.

Rayyan tanya “Ma, ini bilik adik ke?”

Seram agaknya dia tengok kenapa bilik dia macam ni?
Pastu dia tanya “Ma, cuba check toilet dia ok tak?”

Aku cakap “Tak ok pun takpe sebab adik kencing dalam tong, bukan dalam toilet”.

Dia jawab “Mama checklah dulu. Nanti mama tak selesa pulak nak jaga adik”

Allah..nak meraung rasa bila anak concern keselesaan maknya.
Takut maknya taknak jaga dia kalau toilet tak selesa.
Tapi keadaan memang tak selesa mana.
Boleh lah nak stay. Tapi bila untuk anak, tak sampai hati rasanya.
En Wan tak kasi aku jaga Rayyan sepanjang di PPUM. Dia suruh aku balik. Biar dia jaga sorang.
Lagilah aku merembes bila mengenang suami tido baring dalam keadaan tak selesa.

Percubaan mengadu pada ibunya dengan menggunakan bahasa melayu.
Hmmm…boleh tahanlah dik bahasa malaysia kau sekarang.
Walau macam mat saleh baru belajar cakap melayu, at least dah pandai menyusun ayat. Alhamdulillah.

Agen takaful dan hibah korang yang buat kerja sambil tido duduk macam ni dalam bilik RTK.

Sedih aku tengok bila Rayyan hantar gamba papa dia tengah buat kerja.
Tido pun duduk. Sikit dia tak kabo ke aku susah dia kat sana.
Bila aku tanya dia jawab “Abang ok. Di tu kena masuk ofis. Jangan sampai tak masuk ofis”.

Allah..aku mengenangkan tempat tinggal anak and suami gini jangankan nak masuk opis, nak bangun dari katil pun takde semangat.
Masuk ofis numb semacam. Staff aku pun agaknya ingat aku sakit.
Suara aku antara keluar tak keluar je bercakap dengan dorang.
Memang takde semangat dah. Lembik rasa. Nak melawan rasa lembik tu yang hazab.

Sedih bila Rayyan tanya macam ni.
Aku cuba act as semuanya normal.
Kalau tak tunjuk kuat depan anak, dorang lagilah tak kuat.
Jadi terpaksa buat kuat walau aku rasa nak rebah.

Esoknya aku angkut comforter, bantal favourite Rayyan, selimut dia, bantal En Wan, dan macam-macam barang lagi ke bilik RTK Rayyan.
Lantaklah orang nak tengok aku berangkut barang macam nak pindah rumah.
Janji anak and laki aku selesa.

Dapat je barang-barang ni terus “It feels like home”.
Amma sekali lagi merembes dapat cari sedikit bahagia untuk anak, untuk bagi dia rasa macam tido atas katil sendiri.

Rabu pagi dorang tolak Rayyan ke surgery.
The day before, the team datang bagitau esok nak buat minor surgery.
Aku macam…minor surgery? Ada major pulak ke lepas ni?

Aku ingatkan dorang nak buat surgery betulkan kaki rupanya tak.
Dorang nak buat biopsi tulang Rayyan to see if it is cancer.
ALLAH! Lembik dah aku masa ni.
Nak marah pun ada. Apesal nak kena buat biopsi?
Masa kat Avisena the plan was to buat surgery, sebab itu kita setuju bila kes nak ditransfer ke PPUM.
Tapi now nak buat biopsi pulak. Why Dr, whyyyy?
Dr kata dorang nak check juga sample tulang.

Mulalah aku masa ni tarik nafas turun nafas menahan bengang pun ada, tension pun ada.
Aku dah agak dah.
Bila masuk research hospital mesti akan ada plan yang bertukar.
Macam aku kat Serdang dulu.
Dalam plan and recommendation from Dr UMRA aku diminta dibuat operation dengan segera sebab condition aku not so good due to pre-eclampsia.
Tapi bila dah masuk Serdang, kena tahan sampai 28 days.
Sampai protein urine aku dah 4+ baru dorang treat as emergency.
Lepas bersalin aku follow up dengan UMRA, Dr tu terperanjat aku baru bersalin.
Geleng-geleng kepala dia tengok history medical report aku.

Memang itulah culture di research hospital.
Dorang akan treat you as kajian kes.
That’s why everytime Dr buat round, berbondong-bondong ikut sekali dengan masing-masing bawa laptop.
Sekali harung dia treat and dia mengajor.
Sebenarnya bagus untuk pendedahan so that the doctors jadi lebih expert untuk treat kes-kes akan datang.
Especially bila ada kes yang rare, this is a good time dorang learn and treat kes.
Tapi as a patient, benda paling last kau nak adalah bila kau terpaksa melalui proses yang boleh di-eliminate.
Contohnya masa kat Avisena, masa kita discuss dengan Dr, biopsi never come into the picture.
Sebab CT scan dah buat, Dr suggest surgery terus to treat yang patah ATAU lepak je atas katil sampai heal.
Tapi bila kita pilih untuk surgery, Avisena refer kitorang ke PPUM sebab team di sana lebih besar.

Jadi we (aku) were not prepared to lalui proses selain dari apa yang kita dah decide.
Aku imagine bila segalanya dah dibuat di Avisena, masuk PPUM kita terus ke surgery saja.
So when PPUM kata nak buat biopsy dulu and the next surgery to treat patah will come later, aku stress lah.
Kita ni kalau boleh nak percepatkan treatment.
Anak aku seminggu dah menahan sakit ni.
Tapi En Wan lah yang banyak tenangkan aku.
Masa ni aku memang tak cerita kat sesiapa sangat. Even family aku pun tak.
Aku betul-betul down and taknak bercakap apetah lagi bercerita.
Benda yang tak pernah terfikir tetiba kena buat, terus macam-macam benda muncul dalam kepala.
What if this? What if that?
Allah Allah Allah. Tuhan je tahu apa aku rasa masa ni.

Pagi Rabu En Wan hantar gambar ni, luluh jiwa aku.
Lembik rasanya kat ofis.
En Wan memang tak kasi aku datang semasa Rayyan surgery (biopsy).
Dia takut aku create scene kat situ.

Dr kata ada 2 point penting:

▫️kalau tulang keluar darah, this is ok. Dorang akan cucuk ubat untuk stopkan darah and kuatkan tulang.
▫️kalau tulang kosong atau ada cecair, ini takut kanser.

Right after surgery, Dr bagitau they extracted darah.
Aku ingatkan lega dah, sekali Dr kata they still want to send sample to lab to confirmkan dulu.
Dan result test hanya dapat dalam tempoh 2 minggu.
Terduduk kejap aku dengar.
Bukan apa, yang pertama menunggu result biopsi 2 minggu, I cannot stand the pain of waiting.
Cemas, tertekan, takut, sedih semua ada.
Ditambah lagi dengan keadaan tempat tinggal yang kurang selesa menambahkan lagi sedih aku.
Sedih membayangkan En Wan berkorban tido duduk, makan tak sempurna, rehat tak sempurna, kena juggle time dengan kerja, nak menguruskan Rayyan lagi — semua ni buat aku menggigil dalam tido.

Sampai kena solat duduk di rumah sebab darah aku naik, pening dan always rasa nak rebah.
Rasanya aku hampir-hampir nak develop anxiety sebab sesak nafas and menggigil.
En Wan pujuk aku kata kenapa nak risau. Tenang-tenang je. Kena yakin.
Aku cakap kat dia, tenang seorang ayah and ibu ni lain tau.
Ibu ada special bond dengan anak.
Perasaan risau seorang ibu tu lebih.

The next day, Khamis and Jumaat kitorang minta juga kat Dr kalau boleh push result sample.
Aku dah macam nak hilang nyawa menunggu.
Sepanjang Rayyan kat PPUM memang tekanan hebat betul untuk aku.
Sampai mati selera nak makan.
Kemuncaknya Khamis aku tak makan seharian sebab lansung takde selera.
Tapi gagahkan juga memasak sebab kesian Redza and mok kat rumah.
Redza pun anak juga. Kenalah juga aku kisahkan dia.

Hari Jumaat En Wan minta transfer wad ke UMSC (UM Specialist Center).
Situ private wing, insyallah lebih selesa.
Tapi Dr tak advise ke sana.
Pertamanya, ia tidaklah seselesa mana sebab katanya tempat tu kecil je.
Yang kedua, orang yang duduk wad UMSC tu semuanya menunggu queue nak surgery sedangkan Rayyan dah settle surgery.
Aku konfius? Eh Rayyan dah tak buat surgery lagi ke? Yang patah tu camana?

Dr kata memandangkan Rayyan ni muda lagi, tulang dia masih growing.
Kalau surgery, takut nanti tak even kaki kiri dan kanan.
Jadi dia kata lepas dapat result biopsi if the result come out clear, treatment adalah lepak ke atas katil at least 3 weeks kemudian x ray lagi sekali see apa progress.
Kalau biopsi keluar sebaliknya, perlu rawatan lain.
Masa ni aku dah speechless. Tak mampu berkata apa-apa dah.
Tumpuan sekarang dah beralih dari patah kaki ke biopsi.

Sabtu, aku di ofis. En Wan buat group call.
Aku tengok mata En Wan merah. Aku dah diam.

“Dr baru masuk. Dr cakap result biopsi clear. Adik boleh discaj kalau nak”

Merembes terus aku kat ofis. Rupanya mata En Wan merah sebab menangis kesyukuran.
Ya Allah, syukur. Allahuakbar.
10 hari yang sangat mendebarkan.
Hampir-hampir develop anxiety disorder!

PPUM tak kasi balik rumah sebab treatment Rayyan mesti diteruskan dengan cara menggantungkan beban 3kg pada kaki supaya kaki stretch.
Insyallah tulang will grow and heal dengan sendiri.

Ini cara treatment dia.
Kaki Rayyan yang patah tu ditampal skin traction dan digantung pemberat supaya muscle tak mencengkam tulang yang patah.
Jadi, tulang lebih relaks untuk grow.
4 doktor dari 4 hospital berbeza pun kata memang inilah treatment yang the best untuk treat tulang budak yang patah.
Supaya kaki tak pendek sebelah, maka tak boleh disurgery.
Kena biar gini, tulang akan heal sendiri.

So now kisahnya menunggu la sekarang hingga 2 minggu.
Tapi aku tak tunggu all the time. Tido malam gilir-gilir.
Waktu siang tinggalkan je. Mak bapak nak kerja.
Insyallah di sini lebih selesa dan makan minum disediakan dengan lebih sempurna.
Dia pun pandai dah intercom nurse kalau nak apa-apa.
Bila tempat tinggal selesa, at least kurang sikit risau nak tinggalkan anak.
Dia pun lebih tenang mudah-mudahan.

Tak sangka dengan izin Allah, lab test yang dijangka keluar dalam masa 2 minggu dapat keluar dalam masa 3 hari.
One thing bagusnya bila ada procedure biopsi, kita lebih lega bila tahu anak kita tak apa-apa.
Dan doktor lebih senang pilih apa treatment yang sesuai.
Walaupun Dr Avisena dah bagi gambaran awal this is not tumour, bila ada confirmation dari well established center like PPUM, lebih bagus.
Untungnya Dr yang handle kes Rayyan di PPUM ada strong connection dengan Dr pakar tulang di Avisena.
Batch mate agaknya dulu. Jadi kitorang dapat transfer semula ke Avisena. Alhamdulillah.

Di sini, tiada surgery, tiada simen dibuat untuk Rayyan. Memang melepak atas katil.
Dr kata kena lepak 2 weeks sebelum buat x ray. Harap-harap ada progress yang baik.
Dr kata kalau dibenarkan balik pun with condition.
Maybe kitorang nak try ambil home care service.
Apa-apa pun harap at least Rayyan boleh bangun untuk duduk. See how lah kan.
Kalau boleh taknaklah duduk lama-lama sangat.
Walaupun selesa, dah tentulah selesa lagi kat rumah sendiri. Doakan, ya.

Bill hospital di Avisena masa awal-awal masuk hari tu dari 7-12 Dec pagi adalah RM12k.
Bilik single, termasuk CT scan dan rawatan.
Pakej insurans yang Rayyan ambil ni penjaga dapat makanan sekali.
Jadi, tak risau sangat kalau letakkan sesiapa untuk jagakan Rayyan sebab makanan semua dah siap.

Bill di PPUM pula kena pay and claim.
Total RM1700 untuk 5 hari from 12-16 Dec.
Bayar dulu nanti claim insurans kendian. Settle.

Yang check in kali ni tak tahu berapa.
Lama sikit kali ni agaknya. Janji covered.

Aku nampak En Wan share details ni kat whatsapp group.
Group ni aku and En Wan je dalamnya.
Ini untuk kitorang park kejap apa-apa pasal kerja sebelum transfer ke laptop.
Terperasankan details client dia ni.
Cover medical RM200k setahun.
On top of that dia ambil additional cover hingga 1 juta.
Dan macam-macam lagi benefit dia top up.
Tapi premium tak sampai RM200 sebulan. Maybe ini client yang sihat.

Sebab tu aku cakap, kalau sihat, lebih murah premium walau add macam-macam benefit.
Tapi kalau sakit pun, asalkan dia tak reject proposal kau, kau ambik je. Pejam mata bayar.
Sebab sakit ni kita memang tak nak. Tapi kalau kena, at least kos rawatan tak perlu serabut pikir.
Hanya pikir nak rawat sampai sembuh je.
Tapi aku tak pandai bab ni. Yang ni tanya En Wan 012-4407757.

Aku minta doakan Rayyan cepat sembuh and boleh berjalan semula, boleh balik rumah.
Thank you aunty and uncle.
Aku doakan semua doa yang baik-baik dari korang akan kembali kepada korang berserta rahmat Allah. Amin.


2022-12-17

Jangan seronok sangat membagitau apa kau beli.


Regarding post semalam pasal yuran tadika tu kan, DM aku penuhhhhh dengan respond.
Alhamdulillah, semua ada pandangan yang sama.
Bagus reader-reader aku, semuanya matang-matang berlaka. Gituuuu.

Ada beberapa orang cakap zaman sekarang ni takut nak reveal anak masuk tadika apa.
Benda macam tu pun boleh jadi orang sakit hati.
Eh betul! Betul sangat!
Zaman sekarang ni kau jangan seronok sangat membagitau apa kau beli, apetah lagi menayang life style yang gegar vaganza dari average.
Bukan tak boleh.
Kalau crowd kau adalah aku, takpe. Aku takde hal.
Aku ni, orang post trip overseas sampai lebam pun aku klik like.
Sebab aku tak kisah. Aku kan takut naik flight, jadi kau nak share kau pusing satu dunia pun aku ok je. Aku tumpang tengok.
Tapi, orang yang tak seperti aku jauh lebih ramai, ya.
Yang jenis pantang tengok orang lain lebih sikit dari dia.
Kau tengoklah nanti, sekecik-kecik salah kat kau dia perbesarkan demi nak menunjukkan kau jahat supaya life kau yang happy tu orang tak nampak.

Apetah lagi kalau bab melibatkan duit, contohnya yuran sekolah anak.
Oii jangan buat main. Benda-benda macam ni mengundang khianat manusia.
Kau kalau nak sembang hal duit, kau sembang dengan orang yang sekufu.
Contohnya, sembang dengan jiran setempat yang kemungkinan hantar anaknya ke sekolah yang sama.
Tak pun sembang dengan kawan-kawan yang sepandangan dengan kau bab memilih sekolah tadika anak.
Bukan suruh memilih kawan, tapi ada kawan yang kita boleh sembang benda biasa-biasa, ada kawan kita boleh sembang benda luar biasa.
Kita ni dah tua-tua, kalau boleh jangan buat musuh.
Jadi, selagi boleh kita simpan nikmat dan kemewahan yang kita dapat, simpanlah.
Kalau dorang sendiri korek, itu dorang punya pasal.

Mengingatkan aku tentang beg aku.
Tau-tau je orang perasan aku pakai beg baru (gambar kat IG), padahal aku takde niat lansung nak tunjuk pun beg tu.
Dalam gambar denga En Wan, orang perasan aku kepit beg baru.
Itupun ada yang noticed, lantas "Beg LV Baru!!!"
Tapi tak ramai yang perasan, atau ramai yang tak heran. Hahahah.
Cuma aku nak cakap kat sini, orang akan selalu memerhatikan.
Itupun sudah cukup menyeramkan.
Now, aku pakai beg kepit yang kawan aku hadiahkan sempena birthday.
Beg baru, simpan. Aku seram.
Tak, takde siapa pun yang sakit hati kat aku. Cuma, aku agak tak selesa.

Hidup bermasyarakat ni ginilah.
Ada hati yang kita perlu jaga.
Kadang bukan kerana mahu menjaga hati dia, tapi menjaga hati sendiri supaya kita tak terdedah dengan cakap-cakap tak puas hati manusia.
Nak lagi zaman media sosial.
Kita ni share gambar untuk berkongsi, untuk tatapan kawan and keluarga, untuk kenang-kenangan, untuk bercerita, untuk seronok-seronok.
Tapi ada orang yang sakit hati, tak puas hati, dah susah hati dengan life kita.
Dah tu camana?
Sebab itu kita selalu nampak some rich people berlonggok dengan yang rich-rich saja. Why?
Because dorang share the same thoughts, the same ideas, spend pun kat benda yang lebih kurang sama kerana masing-masing dari golongan mampu.
Kalau aku yang masuk dalam group tu, agaknya aku pun stress nak catch up dengan lifestyle dorang.
Bila dah stress tak dapat catch up tu karang mulalah "Berlagak je dorang tu, nak barang have have je".
Haaaa, mulalah start, kan? Kan??

Alhamdulillah, dalam crowd aku, especially antara kawan-kawan, kitorang tak banyak sembang pasal benda-benda melibatkan duit.
Kitorang kalau sembang - pasal kisah cinta lama, pasal nak pegi tengok konsert (tapi tak pegi-pegi pun aku tengok), gossip artis (yang ni aku selalu melengung dengar, karang salah petik nama artis kena maki pulak), dan sesekali sembang hal anak dan suami.
Kalau gathering pun kita tetapkan semua kena bagi hadiah budget RM30.
Padahal kawan-kawan aku lebih dari mampu.
Umur 45 tahun dah masing-masing.
Orang kata umur-umur macam ni pangkat and gaji dah tinggi.
Tapi sekadar nak suka-suka saja, RM30 memadailah.

Post ni bukan mengajak korang sorok lifestyle. Tak.
Buatlah apa yang korang nak buat.
Cuma itulah, sekadar nak bagitahu bahawa orang sekeliling kita ada yang tak suka.
Dan itu kita kena faham. Bahawa tak semua orang suka bila kita ada apa yang dorang takde.
Sometimes, kita ada apa yang dorang ada pun, dia tak suka juga. Entahlah...


2022-12-16

Harga tadika-tadika kat Malaysia


Kecoh betul 3-4 hari ni orang dok share harga tadika-tadika kat Malaysia.
Dan keluarkan ayat-ayat seperti "Membazir je habis beratus, tadika je pun!"


Halah halahhhh. Siapa yang taknak tadika murah, kak. Semua pun nak.
Tapi dah kalau takde dan tak layak, nak buat macamana.
Kadang kena tengok tempat juga.
Zaman Redza dulu, yang ada kat Putra Heights ni cuba Smart Reader and Real Kids.
Setakat play school tu ada la.
Dah kalau bendanya takde, nak tak nak, sauk jugalah mana yang ada.
Takkan nak hantar jauh-jauh semata-mata nak murah. Tak praktikal.

Orang ingat tadika mahal ni lambang kemewahan. Takde maknanya.
Mak bapak bila pilih sekolah anak-anak, yang pertama - syllabus.
Ini dulu yang kita pikir.
Kedua, facilities. Ketiga, dekat. Keempat baru harga.
Bukan kata harga tak penting. Penting juga.
Cuma, bila kita bekerja, benda yang kita taknak risaukan adalah keadaan anak-anak di sekolah.
Kalau facilities bagus, securiti bagus, kawalan anak-anak bagus - lega aku nak buat kerja kat opis.
Kalau ada sekolah yang takde dalam senarai, tetapi syllabus bagus, facilities bagus - apa salahnya.

Macam sekolah anak sedara aku namanya Alim Kids.
Takde pun dalam senarai ni ha. Tapi bagus sekolahnya.
Setiap aktiviti cikgu update pada ibubapa, dan dalam FB apa anak-anak buat today.
Senonoh je anak sedara aku kat sekolah tu.
Baru-baru ni dorang punya majlis akhir tahun bukan main meriah, macam kenduri kawen, siap ada makanan.
Sekolah anak-anak aku takde pun upacara akhir tahun ada makanan. Nasi bungkus ada lah.
Ini Alim Kids sebijik macam wedding dia buat. Round table. Makan buffet. Persembahan pun ok, kemas.

Ini bukan medan untuk tunjuk kaya.
Ini adalah satu perubahan sejajar dengan peredaran zaman.
Tadika sekarang bukan macam tadika dulu-dulu - main sumbat asal boleh.
Asal boleh mengajar, asal belajar, asal ada tempat nak letak anak untuk belajar.
Tak. Now tadika pun cikgu-cikgunya terpelajar, ya.
Yang business ownernya pun bukan calang-calang, ada certificate berkaitan kids education.
Maka, dah tentu banyak pembaharuan dan perubahan dalam syllabus yang ditambah.
Banyak alat bantu mengajar yang disediakan.
Semua tu guna kepakaran dan duit.
Patut padanlah dengan harganya.

Lagipun, sekolah-sekolah yang yurannya berdengung ni, dia tak buat kat sebarang pertempatan.
Tengok area juga.
Kalau kawasan tu orang have-have, dia bukak situ.
Orang have-have ni bukan memilih.
Dia masukkan anak dia di sekolah mahal bukan kerana status, tapi kerana dia mampu.
Kita yang kureng mampu ni memang rasa membazir.
Tapi untuk yang mampu, money is not a question.
Macam Starbucks, takde kat Manir. Tapi ada kat town KT.
Sebab kat situ power of purchase lebih tinggi.
Kalau buat kat Manir, umpama sembelih dirilah. Siapa yang nak beli?

Yang sebenarnya kan, apa saja perkara yang melibatkan anak-anak, memang mahal.
One of the reason adalah, kerana ibubapa always mahukan yang the best untuk anak-anak.
Kat situ adalah kuncinya.
Mak bapak tak kisah berhabis untuk anak-anak.
Jangan kata sekolah, baju, kasut, mainan, buku, mesin perah susu pun mahal.
Parents sanggup berhabis beli walau idok la mampu mana.
Tapi sebab anak, gagahkan juga.
Mungkin ini juga jadi penyumbang kenapa sekolah tadika makin lama makin mahal.
Sebab pengusaha tahu, mak bapak kalau dengan anak-anak, lemah sikit.
Sehabis boleh nak bagi yang terbaik.
Maka, tak hairanlah kalau tadika naik harga tahun demi tahun.

Walau bagaimanapun, kita semua masih ada pilihan.
Boleh je nak pilih tadika yang biasa-biasa.
Jangan anggap tadika sebagai lambang status.
Sampai bila semua benda kita nak kaitkan dengan status? Tak letih ke weiiii.


2022-12-14

Your partner boleh menjadi kedua-duanya.


I'm not a fan of musical drama, tapi La La Land adalah berbeza.
Banyak kali juga tengok cerita ni, walaupun pedih, kulayan juga.
Aku suka La La Land sebab ini adalah satu contoh kisah cinta yang real.
Bukan true story, tetapi jalan cerita cinta yang real.
Takde anak orang kaya, takde kereta sport, takde pergi ke fancy places. Takde.
Ini kisah cinta Mia yang kerja kat cafe, bumped into Sebastian seorang pemuzik di restoran.
Duduk pun kat apartment biasa.
Mia bercita-cita nak jadi actress. Selalu join audition, tapi always rejected.
Sebastian pula bercita-cita nak bukak jazz club tapi setiap kali dia mainkan lagu jazz kat restaurant, takde sambutan.

Pendekkan cerita, they met, they fell in love.
Yang buatkan aku suka kisah cinta La La Land ni sebab their love story bukan berkisarkan tentang bagi bunga, dating, shopping, dating, merajuk (letih aku!).
Their love story penuh dengan struggle untuk capai cita-cita masing-masing.
Apa yang dorang buat serba tak menjadi, sampai masing-masing give up.
Tapi setiap kali salah seorang give up, yang sorang lagi akan support gila-gila.
Padahal diri sendiri pun tak terurus tapi sangat supportive to each other.
Masing-masing inspire each other untuk kejar impian masing-masing, walaupun diri sendiri pun tak stabil.
But they support each other, lift up each other dan berusaha agar pasangan capai apa yang diinginkan.

Cerita tu fast forward 5 tahun ke depan, akhirnya masing-masing capai impian.
Mia jadi actress yang berjaya. Sebastian dapat buka own jazz club.
However, they are no longer together.
Boleh pulak aku menangis bila after 5 years, Mia terjumpa balik Sebastian dalam club Sebastian sendiri.
Masa tu Mia dah kawen, sedangkan Sebastian masih singgle.
Masa their eyes met tu, Allah, sedih gila! Merembes bagai nak rak aku.
Because boleh nampak they still have love towards each other, tapi inilah yang dikatakan the price that you have to pay bila mengejar cita-cita.
Their relationship lost, tapi dorang berjaya capai impian masing-masing.
Aku tak pastilah samada they still love each other, tapi dari pandangan mereka tu seolah-olah mereka kagum dengan achievment dan life masing-masing.
Seolah-olah they say "You've made it, I am happy for you".

Sedih gila kisah cinta macam ni.
Aku suka tapi at the same time tak suka.
Suka sebab kisah cinta dorang ni penuh dengan membagi semangat to each other.
Kau support dia, dia support kau.
Nak kata kawan tapi mesra, bukan.
Memang bercinta tapi sebahagian besar kisah cinta tu penuh dengan kesungguhan nak tolong each other and nak tengok masing-masing berjaya.
Bila dah berjaya capai impian, takde hujung pangkal tau-tau masing-masing bawak haluan sendiri.
Tak gaduh, tak apa, tetiba habis gitu je.
Kisah cinta ni tak berakhir dengan perkahwinan but they created a relationship built on support and trust.
Seolah-olah dorang dipertemukan because they need each other's support, and to learn good things from each other, atau maybe sebagai asbab mereka berada di tempat sekarang.
Memang ada ya, cinta yang macam ni.
Kisah cinta yang bukan berkisarkan tentang cinta lovey dovey tetapi semacam satu team.
Mereka menjadi team yang saling support supaya masing-masing achieve cita-cita dan sentiasa grow.

Orang kata life partner dengan soul mate tu sama.
Sebenarnya, lain.
Soul mate tu someone yang serasi dengan jiwa kita, but he/she doesn't have to be romantic partners.

Soul mate selalunya ada banyak persamaan.
Kau boleh sembang apa je dengan dia, dari sesantai-santai topik hingga ke se-deep-deep topik.
Because kau bukan sembang semata-mata sembang tetapi because you understand each other.
Your soul mate akan always support cita-cita dan respect pandangan kau.
Dia yakinkan kau impian kau betul and always ambil tau tentang progress.
Ussually once lesson has been learnt, dua orang ni akan terpisah macam tu je sebab soul mate tak letakkan cinta di tempat pertama.
Selalunya kerjaya dan cita-cita tempat pertama.
Maybe bukan terpisah teruslah, tapi renggang sedikit bila masing-masing dah berkahwin, atau sibuk dengan life yang baru.

Life partner pula - dialah kawan, dialah cinta, dialah tempat kau bergantung dan berharap.
And of cos he/she is someone that you are attracted to.
Boleh jadi juga dia adalah someone yang banyak persamaan dengan kau atau boleh jadi juga takde banyak persamaan.
Yang pasti, life partner letakkan cinta di tempat pertama.

Your partner now boleh jadi adalah kedua-duanya.
Tapi kalau bukan, tak apa.
Jangan rasa terkilan bila pasangan tak memahami kita (not a soul mate).
Kita boleh didik diri sendiri jadi kedua-duanya untuk dia, kan?
Apa yang terjadi kat dunia ni semua ada alasan tersendiri.
Ada orang ditemukan dengan kita hanya untuk menginspirasikan saja, bukan untuk hidup bersama.

Aku tak tahu En Wan ni soul mate atau life partner, atau kedua-duanya.
Tak kisahlah, dah 22 tahun pun hidup bersama.
Janji aku jadi partner yang terbaik untuk dia.
En Wan ni dalam kebanyakan masa memang suka kondem plan aku, tapi dia paling tak suka aku give up.
Maybe cara dia tunjukkan support tu dengan cara mengkondem.
Bila dia kondem kondem kondem, aku jadi keras hati dah tidak mahu give up. Maybelah.
Aku kalau bab kerja memang keras tapi kalau bab family, aku lembik sikit.
Rayyan patah kaki tinggal hospital lama pun aku dah lembik.
Tapi En Wan strong and positive sangat-sangat.
Sampai aku kesian tengok dia juggle time menjaga Rayyan kat PPUM (sebab carer sorang je boleh dan itu wad lelaki), at the same time menguruskan client.
Oh yes, terima kasih yang bagitau aku dia signup medical card dengan En Wan baru-baru ni.
En Wan tak cerita kat aku, tak sempat agaknya sibuk uruskan Rayyan.
Tapi kalau dia masih ada masa melayan client tu, alhamdulillah.

Orang kata "happily ever after" tu sweet ending.
Tapi ramai tak tahu ada banyak benda berlaku lepas "happily ever after".
Yang specialnya bukan pada "happily ever after" tetapi apabila 2 orang tak pernah putus-putus mendoakan each other.
Jadi, kalau ada orang yang special dalam hidup kita, jangan simpan dalam hati.
Simpanlah dalam doa sebab doa akan selalu ada dengan dia.
Doakan yang baik-baik untuk masa depan dia walaupun nanti kita bukanlah sebahagian dari masa depannya.


2022-12-11

Aku pelik apesal orang yang kata dia berbisnes, kononnya senang nau cari duit?


Ni la dia arguments orang yang kerja sendiri dengan orang yang makan gaji.
Samalah esok bila result SPM keluar. Argumentsnya gitu jugak — “Abang dulu SPM failed, tapi sekarang jadi jutawan” πŸ™„.
Serious aku menyampah dengan perbandingan yang dibuat dengan tahap kekayaan. Ntah hape-hape.

Samalah macam akak jual nasi lemak ni.
Mengata kakak sendiri berlagak, tak sedar dia pun sedang berlagak.
Lagi satu yang aku cukup tak berkenan bila perbandingan dibuat hanya berdasarkan apa yang boleh nampak dek mata.
Contoh, “Aku belajar tak tinggi tapi aku mampu jadi kaya”.
Atau, “Saya kerja jual nasi lemak sehari dapat RM200, kerja senang, setengah hari”.

Sembang kari dengan budak-budak bolehlah gini.
Nak sembang dengan aku, memang tak makan.
Bukan tak boleh bersembang, tapi jangan cerita yang surface saja.
Nanti orang ingat berniaga ni mudah nau nak jadi senang.
Gitulah juga dengan yang tak pass SPM.
Memang sekarang kau jadi kaya, tapi cerita sekali susah-payah sebelum jadi kaya tu.
Jangan bagi pemahaman yang salah.
Jangan sembang “Blaja tu tak penting, yang penting kena rajin". NO! Statement tu salah.

Statement yang betul adalah "Belajar kena sama penting dengan usaha".

Cuba ingat balik zaman-zaman kita habis blaja menggagau cari kerja.
Apa yang membuatkan kita layak dipanggil untuk interview?
Bukan ke dari keputusan akademik?
Kau rasa kalau keputusan akademik tak bagus, majikan tau ke kau seorang yang rajin? Tak.
Tapi disebabkan result exam bagus, mencapai syarat untuk panggilan interview, barulah dipanggil untuk ditemuduga.
Dalam proses temuduga itulah baru bakal majikan nampak point-point lain yang ada pada kau.
Kemudian kau diterima bekerja.
Bila diambil bekerja barulah nampak ohh selain pandai kau juga seorang yang rajin.
Barulah kemudian naik pangkat. Dan seterusnya.
So, permulaaannya adalah akademik juga.
Disebabkan result akademik bagus maka kau dipanggil interview.

Jangan nak gebang blaja tak pandai tapi akhirnya berjaya jadi manager.
Betul, kau blaja tak pandai sangat tapi akhirnya berjaya jadi manager.
Tapi kau kena lalui tempoh perjalanan yang panjang, kan?
Kalau kau blaja pandai sikit, tempoh nak jadi manager tu mungkin lebih pendek.
Yang itu kena cerita.

Samalah macam bisnesman di luar sana yang setiap kali keputusan exam keluar, dia buat statement "Saya dulu pun tak pandai, tapi akhirnya berjaya jadi jutawan".
Yang jadi jutawan tu kau highlite.
Yang susah payah ikat perut bergolok bergadai kau taknak cerita?
Cerita lah sama. Biar budak-budak tau nak jadi jutawan tu perjalanannya panjang.
Tak semudah hari ni berhenti belajar, esok buat bisnes, minggu depan dah kaya.
Tak, ya. Flownya tak mudah macam tu. Kalau senang, semua orang nak berniaga.

Meniaga nasi lemak memang nampak mudah.
Jual 4 jam, balik rumah rehat. Itu yang orang nampak.
Yang orang tak nampak (dan kau pun tak cerita) adalah, bangun pukul 3-4 pagi, prepare memasak.
By Subuh baru siap. Sambung pulak mengemasnya lagi.
Lepas tu berangkut ke tapak meniaga.
Berdiri 4 jam melayan tetamu dengan bahang panas (pagi pun panas terik sekarang ya).
Tu kalau panas. Kalau hujan? Dah lain ceritanya pulak.
Kalau orang ramai, dapatlah untung. Kalau tak, modal pun tak balik.

Ramai je kawan-kawan kat FB aku tu buat bisnes food.
Sampai ke malam prepare blend itu ini. Siang itu ini. Perap itu ini.
Pukul 3-4 pagi dah bangun memasak.
Ada yang kata rumah dah tak serupa rumah.
Yang benaunya, cari duit ni sama je penatnya. Pulunnya sama je.
Yang beza method saja. You win some, you lose some.
Ada yang kau kena absorb, ada yang kau kena let go.
Ada yang kau kena telan, ada yang kena redha.
Takde yang kita betul-betul menang dari orang lain.
Cuma kita mengelak untuk cerita susah kita kat mana.
Kita suka cerita yang best-best je.

Makan gaji, atau berniaga sama-sama ada lebih dan kurang.
Aku dah rasa dua-dua.
Makan gaji ni bestnya adalah gaji memang dah konfem ada.
Kau perform ke tak perform, gaji tetap dapat.
In my case, sebagai sales person, tak perform pun dapat gaji. Tapi gaji basic lah.
Kalau nak lebih, kenalah perform.

Bila berbusiness pula, kau takde pilihan memang kena perform sebab gaji staff kena jalan.
Nampak macam bestnya bisnes, boleh balik awal, anak sakit boleh tak masuk ofis, boleh cuti bila-bila masa.
Itu yang orang nampaklah.
Yang orang tak nampak, anak sakit kita masih buat kerja walaupun kat spital.
Pi bercuti masih angkut laptop.
Balik opis awal tapi lepas tu stay up sampai pukul 2 pagi buat kerja.

Bendanya sama je.
Toksahlah kata kita berniaga nasi lemak kerja senang. Konon senang takyah hempas pulas kerja 9-5 demi nak dapat RM200 sehari.
Sebenarnya tak senang, cuma FLEXIBLE saja.

Hari tu kawan aku yang sama-sama run company sembang dengan aku “Akaun company I tinggal RM10k je lepas habis bayar semua”.
Senyum je aku dengar. Sebab aku faham situasi tu.
Buat apa nak kepuk duit banyak sangat dalam akaun?
Itu bukan akaun savings kita nak kepuk menambun-nambun. Itu duit syarikat.
Duit syarikat kenalah spend.
To me, duit syarikat tinggal RM10k selepas habis bayar rent, habis bayar stok, habis bayar gaji, habis bayar bills, habis beli merchandize and gifts untuk customer — petanda THAT IS A GOOD BUSINESS.

Duit yang tinggal RM10K tu akan bertambah lagi nanti.
Dan akan keluar lagi. Tambah lagi. Keluar lagi.
Itulah petanda good business.
Bukannnya berkepuk juta-juta baru dikata good.
Tanyalah bisnes yang juta-juta tu dalam akaun dia ada tak juta-juta? Takde!
Juta-juta yang dorang dok declare tu hanya nilai sales and aset saja.
Tapi duit dalam akaun tak banyak gitu sebab duit sentiasa keluar masuk.
Maka, rileksla kalau duit company tinggal RM10k 😁.
Itulah life orang bisnes. Buat lek buat pis je.

Duit syarikat jangan dikepuk-kepuk.
Duit savings kau kepukkan takpe.
Duit syarikat ni selagi ada dalam tu, rolling je.
Ada orang, duit syarikat tu dia sayang nau nak spend.
Nak beli merchandize and free gift untuk customer pun tak.
Hujung tahun nak buat calendar atau planner pun tak.
Nak absorb duit postage sesekali pun taknak.
Nak buat apa kepuk pun tak taulah.
Maybe dia anggap duit syarikat adalah duit dia senang nak ambil spend untuk diri sendiri.

Dulu pernah follower tanya "Best la Kak Di business masyuk duit banyak".
Hahaha, duit siapa yang banyak, dik?
Duit syarikat le, bukan duit aku.
Ingat aku main ambik je ke duit dalam company tu buat berpoya-poya?
Untunglahhhhh kalau dapat buat gitu. Mesti aku dah pakai Ferrari sekarang. Kahkahkah.
Aku ada gaji. Tiap-tiap bulan gaji aku sama je macam korang.
Cuma bezanya macam aku cakap tadi - FLEXIBLE.
Tak sempat kerja siang, aku kerja malam.
Tak sempat kerja Jumaat, aku kerja Sabtu. Gitulah.
Sebab tu aku pelik apesal orang yang kata dia berbisnes, kononnya senang nau cari duit?
To me, bukan senang, tetapi flexible sahaja.

By the way, esok 12-12.
GreenAard hanya ambil kos postage RM1.20 saja untuk setiap penghantaran sekitar Semenanjung.
Kos pos selebihnya kita belanja 😁.
Belilah banyak-banyak GC and Middlellyf dah alang-alang postage RM1.20 je ni.
Tapi tulah, kebetulan pulak today and esok cuti.
Budak-budak ni terlupa bawa balik henfon admin.
Makanya, alulah kena accept order. DM aku je lah ya.
Untuk offer 12-12 ni kita bagi postage RM1.20 pada GC and Middellyf saja.
Kalau beli GC dan Nutrijuice, yang Nutrijuice tu kita kira standard rate postage.

Silakan, ya.


2022-12-07

Macamana akak and En Wan survive dengan gaji RM2500?


"Kak, macamana akak and En Wan survive dengan gaji RM2500 menyewa kondo dan pakai sport car?"

Akak syak yang bertanya ni mesti bari follow akak, kan?
Ok takpe. Terima kasih sebab sudi follow makcik berumur 45 tahun ni.

Yang pertama, itu bukan kondo. Yang tu apartment saja.
Paling tinggi sewanya RM820.
Unit yang aku sewa tu adalah unit paling luas.
Tak salah aku, unit bucu saja yang berbeza keluasannya. Yang unit tengah kecik sikit.
Kalau kondo, harganya jauh lebih mahal, apetah lagi kawasan Subang. Aku duduk apartment je.

Sebelum decided untuk duduk Fairville, kitorang dah tengok a few apartment, tapi En Wan tak berkenan.
Too small, too crowded, environment bising, too secluded.
Last kita jumpa Fairville, kebetulan pula unit kitorang nak tu belum pernah diduduki, luas pulak tu (luaslah untuk 2 orang duduk), jadi kita pilih situ.
Tapi, faktor utama adalah dekat dengan kilang En Wan.
En Wan memang nak cari tempat tinggal yang dekat dengan kilang sebab dia jaga production.
Kalau mesin sangkut tengah-tengah malam, tak jauh untuk dia datang kilang.
Faktor yang lain adalah, safety.
Masa tu dia bawa sport car.
Tau je la kereta-kereta macam ni tak boleh letak sembarangan. Memang jadi target.

By the way, sport car tu bukan beli dengan duit gaji yang RM2500 tu.
Itu kereta masa dia belajar kat Jepun dulu. Dia beli dari sana.
Sport car tu tak dibawa hari-hari pun. Bawa masa weekend je.
Hari-hari dia pergi kerja dengan kereta Kancil aku.
Kereta Kancil ni pun tak bayar apa-apa sebab itu hadiah dari Mak Aji sempena aku habis belajar.
Kami tak ada hutang kereta ketika tu.
Kami juga tak ada hutang pelajaran sebab masing-masing scholar.
Jadi, duit gaji RM2500 tu buat bayar sewa rumah and belanja hari-hari.
Tu yang boleh cukup tu. Tapi cukup-cukup je lah. Hahahaha.

Cuma tahun pertama memang ikat perut kaw-kaw sebab En Wan berhutang dengan Mak Aji RM14K untuk bawa keluar kereta tu dari port.
Dia ada duit sebenarnya, tapi En Wan ni jenis kalau dia ada saving, dia takkan keluarkan duit tu kalau tak betul-betul terdesak.
Dia cakap, kalau dia bawak keluar RM14K selepuk bayar kereta, terasa liat nak topup the savings semula.
Tapi kalau berhutang dengan Mak Aji, dia pasti disiplin bayar balik.
Masa tu dia calculate-calculate mampu bayar baik RM900+ setiap bulan.
Padahal mak aku cakap takyah nak laju-laju sangat bayar balik, bayar sikit-sikit pun takpe.
Taknakkkkk. Nak bayar kasi cepat settle katanya.
Maka ikatlah perut laki bini nak bayar RM820 + RM900 konsisten.
Kat situ je dah lebih dari separuh gaji.
Tu yang En Wan pulun buat OT.
Masa tu dia masih junior engineer, layak buat OT.
Kaw-kaw dia pulun. Cecah gak RM3K. Tapi tak selalulah dapat RM3K ni.

Tahun pertama memang sakit sikit.
Dengan aku yang tak bekerja, dengan bayar hutang Mak Aji lagi.
Dari segi duit memang tak bertambah.
Tu pasal aku cuba kurangkan pengeluaran duit.
Hari yang aku takde kelas, duduk rumah seharian tak pasang kipas.
Nak jimat letrik punya pasal.
Nasib baik rumah tingkat atas sekali. Berangin.
Tak pernah aku ajak En Wan keluar berjalan, melainkan dia ajak.
Masa tu beli barang dapur kat kedai runcit depan kawasan rumah je.
Takut nak masuk Giant. Bukan apa, Giant tu banyak sangat pilihan. Karang rambang mata.
Nak beli takde duit, buat menambah stress je.
Baik aku shopping kat kedai runcit, pilihan terhad, kurang sikit rasa nak membeli.

Tahun pertama hidup berdua, dengan tak bekerja, moment paling sedih adalah bila nak sambut raya.
Aku takde duit, nak beli baju raya pun takde duit.
Aku tak mintak En Wan.
Dah nak hujung-hujung raya, masih aku takde baju raya.
Tapi takpe, baju kurung aku masa belajar banyak. Boleh pakai.
Bukan orang kampung dia tahu pun aku pakai baju lama.

Masih simpan lagi baju kurung raya yang En Wan belikan masa aku takde kerja dulu.
Simpan untuk kenangan. Biar diri ni beringat sikit pernah lalui zaman nak beli baju pun takde duit.
Aku muat lagi tau baju ni. Nanti aku pakai.

Tahun pertama kawen memang dah plan tak mahu ada anak.
Walaupun orang-orang tua bising "Apesal tak mengandung lagi?" (kau ingat aku tak pernah dapat soalan ni?), aku direct je jawab "Tak ready lagi".
Biarlah nak kata apa pun, esok yang nak membela aku juga. Bukan orang yang bertanya tu.
Memang anak tu rezeki, dan datang dengan rezeki.
Tapi, kita juga diberikan akal untuk merancang.
Aku tak ready nak membesarkan anak dengan keadaan bercatu perbelanjaan.
Takde keseronokan menyambut orang baru bila dalam kesempitan. Jadi, biarlah dulu.

Habis belajar, cari kerja.
Inilah perkara yang aku rasa rugi, bila sambung belajar tapi taknak jadi pensyarah.
Selalunya orang yang sambung belajar ni, aimnya nak jadi pensyarah.
Tapi minat jadi academician tu takde.
Aku cari kerja lain.
Banyak tempat aku pergi interview.
Semua tempat aku pergi, aku dapat.
Apply jadi event planner exec, dapat.
Apply jadi management exec, dapat.
Apply jadi procurement exec, dapat.
Apply jadi patent exec pun dapat.
Tapi dah dapat, aku reject. Sebab? Masalah transport.
Aku ni nama je ada kereta Kancil, tapi takde lesen.
Kereta aku tu En Wan yang lenjan.
Rezeki betul dia kawen dengan aku, sekali dapat dengan kereta pakejnya! πŸ˜†

Dulu, mana ada LRT ni semua kat Subang.
Semua kerja yang aku dapat area KL and Ampang.
Jenuh wehhh nak menapak dari Subang.
Dah tentu-tentu naik komuter.
Dari komuter naik LRT. Dari LRT naik bus pulak.
Adehhh, penat atas jalan.
Cuma satu je kerja kat KL yang aku accept - Medical Underwriter Prudential.

Aku accept sebab inilah interview paling challenging.
3rd stage interview. 3 kali datang Prudential untuk interview.
Challenging sebab banyak gunakan ilmu bio-medicine and problem solving skill semasa interview. Berpeluh.
Gaji pun oklah, tahun 2002 RM1800. Not bad.
MU takde OT tetapi selalu ada reward Parkson voucher.
Kalau close case lebih dari sepatutnya, dapatlah voucher.
Tapi nak close case pun takleh suka-suka.
Dibuatnya case yang kita close tu critical case, nayaaaaa.
That's why bukan senang MU nak luluskan kes. Banyak yang dorang kena teliti.
Sebab itulah, kalau MU luluskan policy, jangan banyak bunyi premium mahal ke apa ke. Grab je.
Bior premium tinggi asalkan dorang cover.
Itu lebih baik daripada kena reject lansung.
Jenuh la nak keluar duit sendiri kalau sakit nanti.

Bila dah kerja, ringanlah sikit beban perbelanjaan.
Semua gaji aku, aku serahkan kat En Wan.
Patutnya gaji dia yang aku pegang, kan? Hahaha.
Tapi takpelah, sebab dia lagi pandai manage duit.
Tapi tak lama kerja sini, Masuk Nov 2002, keluar Ogos 2003.
Reason terbesar quit adalah, jauh.
Jenuh la pagi-pagi Subuh dah ada dalam komuter. Sampai rumah dah malam. Tak jumpa siang.
Aku cari kerja yang dekat-dekat je dengan rumah.
Oh dalam tempoh masa berhenti kerja tu, aku belajar kereta.
Malam-malam prektis dengan En Wan. Punyalah nak cepat pandai.
Sebab En Wan yang belanja duit belajar kereta.
Dia bagi syarat "Sekali je abang bayar. Kalau fail, repeat pakai duit sendiri".
Bersungguh aku belajar. Sekali je, lulus.
Lagi terer aku dari dia. Dia repeat 2 kali baru lulus. Kahkahkah.

Bila dah pandai bawa kereta, aku try la cari kerja sales.
Sales gaji murah, RM1600 je.
Tapi takpe, sebab dekat dengan rumah dan ada komisyen. Aku grab je. Takde hal.
Rupanya kat sinilah rezeki aku.
Kalau ikut gaji RM1600 tu memang tak mampu la nak beli rumah cepat.
Sewa apartment pun dah RM820.
Nak belanja hari-hari lagi, nak menyimpan lagi.
Tapi sebab kerja ada ada komisyen, maka aku pulun buat sales.
Dapatlah menyimpan untuk beli rumah pertama, preparation nak ada baby, dan ambil bibik.
3 tahun setengah menyewa, selepas tu dapat beli rumah pertama.
Umur 27. Lambatlah dari orang lain.
Orang lain lagi awal dapat beli rumah.
Kawan En Wan umur 27 dah beli second house.

Begitulah ceritanya macamana kitorang survive dengan RM2500.
Setahun je survive dengan gaji tu sementara nak tunggu aku habis belaja.
Tahun seterusnya agak lega sikit.
Tak banyak pun leganya, cuma kalau dulu hari-hari memasak, bila dah kerja tu dapatlah makan luar.
Kitorang dulu, petanda dah dapat gaji adalah - makan kat Khalifa dan Carlos.
Khalifa tu sebuah kedai mamak kat USJ7. Kedai mamak je pun.
Carlos tu pulak restoran jual kueyteow.
Itulah makan mewah kitorang bila dah dapat gaji.
Kedai lain tak berani nak masuk.
Bawak kereta sport kemahen, kan? Kahkahkah.


2022-12-06

Jangan ingat kau je berkorban, pasangan juga berkorban.



Itulah luahan seorang isteri.
Sepanjang aku jadi blogger, ramaiiiii, tersangat ramaiiii pembaca blog di kalangan wanita/isteri luahkan cerita kat aku tentang masalah yang dorang hadapi bila suami selalu terlupa yang isteri juga ada impian dan kehendak.
Lebih-lebih lagi isteri yang tak berkerja, kesian sangat aku dengar cerita sorang-sorang.

Ada yang suami bagi nafkah RM300 dan segalanya itulah dalam RM300.
Nak ganti bra pun situ, nak ganti seluar dalam pun situ, nak beli deodoran, krim muka - semua situ.
Ya, aku faham, nafkah ikut kemampuan suami. Itu aku tak sangkal.
Tapi some suami lupa, tanggungjawab membeli pakaian isteri juga terletak dibahunya.

UAI pernah cakap, minimum isteri MESTI berbaju baru sepersalinan lengkap 2 pasang setahun.
Maknanya dalam setahun, suami MESTI belikan isteri 2 kali sepersalinan - baju, tudung, anak tudung, bra, panties, stokin, handsock, kasut - sepersalinan.
Bukan satu, tapi 2.
Ustaz Kazim kata now rawatan perubatan dah satu keperluan, bukan kehendak lagi.
Bermakna, menyediakan medical card untuk isteri pun dah boleh diconsider.
Kalau suami follow apa yang UAI cakap, bagi nafkah RM150 pun rasanya isteri tak bising.
At least RM150 tu isteri boleh top up beli 2 pasang lagi bra and panties.
Ini kita cerita paling minimum la ya. Sebab kalau aku 3 pasang bra seminggu pun tak cukup.
Takpe, kita cerita paling minimum punya.

Aku pernah hidup dalam situasi minimum.
Masa tu aku sambung belajar.
Sambung belajar ni tak ada dalam plan kitorang sebelum berkahwin.
Plannya adalah lepas grad (Bachelor), masing-masing kerja.
Sambung belajar tak pernah ada dalam plan aku and En Wan.

3 bulan selepas kawen, aku decided untuk berhenti kerja, dan sambung belajar sebab aku realized bidang aku ambil ni tak ada demand di Malaysia, melainkan jadi sales atau lecturer.
Aku tak minat sales.
Aku ada kelebihan good result ketika tu, jadi sambung belajar menjadi pilihan.
En Wan tak suka sangat aku sambung belajar sebab benda ni tak pernah ada dalam plan.
Dalam our plan, masing-masing kerja and berkongsi pendapatan untuk mulakan hidup berkeluarga. That was the plan.

Tapi aku perlu keraskan hati untuk sambung belajar sebab aku mahu masa depan yang lebih baik.
Dalam tempoh sambung belajar tu, aku takde pilihan lain selain catu apa yang boleh dicatu.
Masa tu dah berpindah ke USJ. Menyewa apartment RM820/sebulan.
Sedangkan aku tak bekerja, dan gaji En Wan baru RM2500.
Almost 33% duit gaji hanya pada sewa rumah.
Kat Subang Jaya tak banyak rumah yang murah sewanya.
Kalau nak, maybe kena duduk jauh sikit - somewhere in Puchong atau Shah Alam. Rumah flat.
En Wan taknak. Dia nak paling tak pun apartment yang guarded, with good maintenance.
Masa tu dia pakai sport car, jadi tak mahulah duduk kat tempat sembarangan katanya.
Maka hadaplah RM820/sebulan untuk apartment seketul.
Tapi puas hatilah sebab persekitaran aman, bersih, good maintenance dan jauh dari kesesakan.

Inilah rumah pertama kitorang yang disewa pada bulan Disember 2001.
Yang aku bulatkan tu tempat tinggal kitorang.
En Wan sengaja pilih atas sekali, feeling penthouse.
Duduklah kitorang kat sini until pertengahan 2005.

Ceritanya rumah ni banyak menyaksikan pengorbanan seorang isteri.
Disebabkan aku tak bekerja, banyak kehendak dan kemahuan aku pendamkan.
Nak, tapi tak terluah sebab kesian En Wan kerja sorang.
Apa yang boleh kurang, kurangkan.
Apa yang boleh pakai seadanya, pakai seadanya.
Kabinet dapur aku adalah rak kasut.

Lebih kurang gini kabinet dapur aku. Dia sebenarnya rak kasut.
Tapi aku tanggalkan sikit rak kat dalam tu, adjust untuk letak periuk and pinggan mangkuk.
Atas kabinet tu letak stove yang berharga RM49 (ya, aku ingat lagi harganya).
Tepi tu ada ruangan sikit untuk tempat potong-potong sayur ikan segala.

Sebelum aku merasa dapur ini (rumah pertama)....

Dan sebelum aku dapat dapur ini (rumah sekarang)....

...inilah ruang dapur aku masa kat apartment.
 
Nampak tak stove legend RM49 tu?
So, jangan ingat aku tak pernah lalui zaman ni.
Punyalah keciknya kabinet dapur tu, sampaikan kuali pun tak muat letak dalam tu.
Maka kuali kekal berada dalam rak pengering atas sink.

Sebab itu aku boleh faham bila isteri-isteri ni luahkan cerita kepayahan hidup.
Aku pernah berada di tempat tu. Aku pernah rasa pendamkan keinginan sebab tak mampu.
Nak beli krim muka pun berkira-kira sebab duit kena simpan untuk kos belajar.
Dah la tak dapat membantu contribute pada kewangan keluarga, biarlah jangan menyusahkan suami pulak. Itu pikiran aku dulu.
Padahal isteri tanggungjawab suami, kan?
Tapi, aku tak mahu menyusahkan. Jadi, apa yang aku boleh pendam, aku pendam.

Rumah sewa tu menyaksikan aku rajin berpuasa, sebab nak jimat.
Sehari makan sekali je, waktu berbuka. Nak jimat duit pasar.
Kesian En Wan keluar duit sorang beli barang dapur.
Padahal tanggungjawab dia, kan. Tapi aku kesian.
Bila kesian, maka kenalah berkorban.
Daripada aku lapar sesaja, baik puasa.
Makan pun kadang-kadang bercatu.
Kadang aku goreng ayam 2 ketul je. Dua-dua untuk En Wan.
Aku makan lauk sayur and telur dadar.
En Wan macamana pun mesti ada 3 lauk atas meja.
Jadi lauk utama mesti yang sedap, seperti ayam goreng.
Lagi 2 adalah sayur dan telur goreng. Atau ikan bilis goreng. Atau sardin.
Nasib baik aku dah biasa susah dari kecil.
Dah biasa mengalah adik makan sotong, aku makan ikan.
Jadi tak susah nak bagi En Wan makan lauk sedap, aku belasah telor. Janji kenyang sudeyyyy.

Tapi tu lah, keinginan banyak yang aku pendamkan.
Boleh je nak minta En Wan beli, tapi aku rasa bersalah sebab aku yang betray our janji untuk bekerja selepas berkahwin, last-last dia kena tanggung segalanya.
Kalau ikut Islam memang patut dia tanggung pun, tapi disebabkan sama-sama nak hidup selesa, patutnya aku contribute sama.
Masa tu, insuran pun aku takde.
En Wan ambil sorang sebab dia perlu insurans kerana bekerja, terdedah dengan risiko kemalangan tempat kerja (handle mesin).
Time tu aku nak balik Bangi pun berkira-kira sebab duit tol, duit minyak.
Padahal Bangi tu dekat je kan, tapi balik pun 3 minggu sekali.
Balik mestilah nak bawa buah tangan. Takkan nak balik kosong je.
Jadi kena tunggulah pak incik aku gaji.
Yang best tu tiap kali Mak Aji call "Masak apa hari ni?", terpaksa la aku goreng nama-nama masakan yang sedap biar dia tak susah hati.
Padahal aku tak makan pun sebab puasa.

Apa yang aku nak cakap, isteri yang tak bekerja ni sekali imbas nampak macam tak contribute apa-apa tetapi ramai tak nampak pengorbanan yang dia buat.
Apa yang dikorbankan orang tak nampak sebagai satu contribution.
Puasa sebab nak jimat barang dapur.
Tak on kipas sepanjang hari sebab nak jimatkan bil letrik.
Tak meminta-minta sebab taknak bebankan kewangan suami.
Macam video tadi bila Denzel kata dia banyak berkorban kerana kononnya bekerja untuk menyara keluarga.
Dia tak sedar isterinya juga berkorban banyak perkara.

Sesungguhnya perkahwinan itu mudah.
Yang susah ialah menjaga keharmonian dan ketenteraman dalam keluarga.
Dan antara perkara yang menyumbang kepada keharmonian adalah ketika suami dan isteri berada dalam satu team yang sama, iaitu memahami antara satu sama lain.
Memahami keperluan pasangan, memahami kehendak pasangan, memahami masalah pasangan, memahami impian pasangan.
Jangan ingat kita je berkorban, pasangan juga berkorban.
Jangan ingat bila kita sorang cari duit, yang tak cari duit tu tak menyumbang apa-apa.
Walaupun dia tak mencari duit, pasti ada yang dia korbankan demi taknak menambahkan beban si pencari duit.
Sesekali tanyalah isteri - nak baju? Nak skincare? Nak beli bra baru? Tanya. Tanya. Tanya.

Isteri ni, kalau suami tanya pun dia dah happy tau.
Belum dapat beli lagi. Aku tahu sangat perasaan tu.
Dulu window-window shopping, lalu sebelah area bra, sekali En Wan offer "Taknak beli bra baru? Pegilah beli. Ambik 2".
Tak tentu arah aku pilih oii. Macam pilih emas.
Padahal Scarlett bra je pun. RM10/sehelai.
Tapi dia punya happy dan syukur macam dapat beli kedai bra!

Sama macam nafkah.
Aku percaya isteri tak kisah nilai nafkah, yang penting bagi.
Cuba kau, kerja penat-penat, sekali bos belanja makan je. Tak bagi gaji. Apa kau rasa?
Samalah macam isteri, bagi makan tu is bagi makan.
Tapi bila hujung bulan dapat duit nafkah walaupun sikit, seronoknya lain macam tau.
Walaupun gaji aku masuk setiap 27 haribulan, aku suka setiap kali 1 haribulan, sebab itu adalah "hari gaji" aku dari En Wan.


2022-12-04

Anak sulung dah terbiasa dengan hidup seadanya.



Menangis aku tengok video ni. Terus teringat Redza. 
Walaupun apa yang Redza dapat, Rayyan pun dapat, tetapi dorang lalui pengalaman tu dengan cara yang berbeza. 
Sehabis baik aku and En Wan cuba untuk balancekan semuanya.
Apa yang Redza ada, Rayyan ada.
Di usia Redza dapat ini, Rayyan pun akan dapat benda yang sama.
Tapi tu lah, aku as ibu tetap tahu ada beza.

Orang kata, anak sulung adalah anak yang kuat kerana dia lahir ketika mak bapak sedang membina hidup berkeluarga.
Anak sulung dah terbiasa dengan hidup seadanya.
Of cos "seadanya" tu pun berbeza antara satu keluarga dengan yang lain.
Ada keluarga yang level "seadanya" masih mampu makan sedap dan berjalan overseas.
Ada keluarga "seadanya" memang betul-betul sekadar apa yang ada. Basic.

Redza membesar semasa aku and En Wan struggle membina kerjaya.
Dia banyak habiskan masa dengan bibik.
Umur baru 4 tahun (baru masuk sekolah tadika), aku dah start run own company.
Busy yakmat. Takde pilihan.
Masa ni aku banyak lepaskan kerja-kerja di rumah termasuk menjaga Redza pada bibik.
Redza tido pun dengan bibik.
Kadang aku balik malam, dia dah tido.
Esok aku keluar pagi dia belum bangun.
Dapat cium je, lepas tu aku terus hilang sampai ke malam semula.

Setiap kali aku takde appointment pagi, aku akan bawa Redza round dalam kereta, dan cukainya di kedai runcit beli air kotak, aiskrim and mainan.
Lepas tu baru pergi kerja.
Sesekali, aku ambil peluang hantar dia ke tadika.
Bagitau makcik van tak perlu fetch pagi tu sebab aku nak hantar sendiri.
Ambil peluang siapkan dia, breakfast sama dan hantar ke sekolah.
Redza bernasib baik ada bibik. Takdelah "selekeh" ke sekolah sebab bibik uruskan.

Pernah aku attend sekolah untuk program drawing with parents, and that was Saturday.
Mak bapak lain datang berbaju santai sebab hari cuti.
Aku datang dengan baju nak pi kerja sebab ada appointment hari tu. En Wan pun kerja.
Mak bapak lain duduk drawing dengan sampai habis.
Aku sempat 20 minit je, lepas tu kena gerak.
Kesian Redza, dia habiskan sorang-sorang drawing takde siapa teman. Tapi menang.
Tapi maybe dia dah terbiasa mak bapak tak dapat nak spend time sangat kat dia, jadi dia ok. Maybe dia pujuk diri untuk ok.

Redza ni banyak menurun dari aku.
Dari rupa, warna kulit, kehenseman (ahgitewww), perangai "tak kesah", dan boleh menguruskan diri.
Yang dia tak ikut cuma perangai maknya yang lari dari boarding school.

Masa aku kecil dulu pun kebanyakan benda aku buat sendiri.
Terpaksa uruskan diri sebab mak bapak aku tak berkelapangan nak uruskan sebab masing-masing kerja.
Bapak aku cikgu waktu tu. Dah tentulah hari pertama sekolah dia takleh ambik cuti sebab dia sendiri mesti ke sekolah.
Orang lain masuk sekolah mak bapak teman. Paling tidak pun tolong bayarkan yuran.
Tapi aku tak. Pak Aji temankan aku sampai perhimpunan je.
Elok je dah tengok aku masuk barisan kelas yang betul, Pak Aji bagitau dia nak pi kerja.
Dia cuma ingatkan aku nanti duit bagi kat cikgu (yuran).
Masa bayar yuran dengan cikgu kelas, sepanjang-panjang barisan ibu bapa, terselit aku kat tengah sama-sama beratur dengan bawak envelope yang di-pinkan kat baju.
Dalam envelope ada duit yuran.
Aku tak berpeluang nak rasa sedih mak bapak aku tak tunggu aku kat sekolah sebab aku ada tanggungjawab nak buat, iaitu make sure duit kena bagi kat cikgu.
Kalau tak, mampuih aku kena sebat balik rumah nanti πŸ˜†.

Hari pertama balik dari sekolah pun balik sendiri.
Bebarapa hari sebelum masuk sekolah, Pak Aji dah ajar laluan yang aku kena ikut bila nak pergi and balik dari sekolah.
Tak susah, cuma sebab belum biasa jadi ada lah seram-seram sikit.
Berjaya sampai rumah dengan selamatnya on day 1.
Jiran Mak Aji terperasankan aku balik sekolah sorang-sorang.
Bahaya. Perempuan, umur 7 tahun kot. Mestilah bahaya, kan.
Tapi tawakkal betul mak bapak aku masa tu. Mungkin sebab dorang takde pilihan.
Hari esok dan seterusnya jiran aku minta anak sulung dia (lelaki) pergi sekolah and balik sekolah pun dengan aku.
Apa-apa pun kena tunggu aku katanya.
Padahal anak dia pun darjah 1 sama aku juga, tapi kelas lain.
Setahun pergi balik sekolah sama-sama tak pernah bercakap πŸ˜†.
Dah hujung tahun baru tahu nama dia Khairul Ikram. Rasanya dia kerja kat USA now.

Redza pergi sekolah En Wan hantar sebab Redza sekolah kat Shah Alam, dekat dengan kilang En Wan.
Tapi balik dengan van.
Kadang-kadang van sampai rumah lambat, pukul 2.15 pm.
2.45pm van KAFA dah sampai.
Kesian, kelam kabut Redza bersiap and makan.
Kalau aku takde kerja petang, baru aku ambil peluang hantar Redza ke KAFA.
Dapatlah dia santai-santai sikit.
Nampak keseronokan Redza kalau maknya yang fetch balik dari KAFA, sebab aku je yang merelakan diri aku dicukai.
Kadang-kadang aku sengaja singgah 7-11, biar dia dapat join beli apa dia nak.
En Wan kadang bising jugak, asyik offer anak 7-11 je.
Alah, 7-11 je pun. Apa je yang ada sangat dalam tu, bukan ada barang mahal pun. 

Aku jarang ambil tahu Redza ada homework ke tidak.
Seriously I was so busy masa tu.
Tapi Redza sangat tahu membawa diri and pandai take responsibility dengan kerja sekolah.
Dia jarang bawak balik homework.
Dia siapkan semua homework kat sekolah sebelum balik sebab nak main iPAD kat rumah tanpa gangguan katanya.
Apa-apa projek yang cikgu minta buat, dia handle sendiri. Tau-tau siap je.
Sampaikan hari kecemerlangan pun dia ambil hadiah sendiri, mak bapak tak datang sebab kerja.
Tau-tau je balik baru dia cakap "Ma, Redza dapat hadiah".
Sebab tu aku suka celebrate walau sekecil-kecil achievement anak-anak.
Maybe untuk mengurangkan rasa terkilan. 

Tapi walaupun macam tu, Redza rapat dengan aku.
Orang luar maybe nampak aku tak banyak involvement dengan hal anak-anak. 
Just like dalam video tadi, sebenarnya anak yang begitu masih ada mak yang masih pantau di rumah.
Cuma kami-kami ni tak dapat nak attend hari sukan, pertandingan mewarna, hari kecemerlangan, etc.
Apa yang aku boleh buat, if ada masa, aku akan spend time.
Main Lego sama, masak, bersembang, main game kat iPad dia, ajak pi 7-11 - benda yang simple-simple yang tak mengambil masa aku terlalu lama.
Because honestly waktu tu aku sangat sibuk membina kerjaya, I have no choice.
Boleh je nak tinggalkan kerja and bagi tumpuan kat anak, tapi kalau aku tak pulun, makin lama aku kena berada dalam tempoh tak stabil.  
Nak menunggu bisnes stabil dan boleh bergerak tanpa aku sepenuhnya, aku kena hustle gila-gila sebelum boleh bertenang-tenang.
Jadi, aku hanya dapat take part pada perkara yang simple-simple saja, asalkan bermakna.
Ajak Redza pi 7-11 nampak macam simple je, tapi bermakna untuk dia.
Walaupun hanya ke 7-11, waktu tu lah dia dapat sembang dengan mak dia dalam kereta, makan Slurpee sama-sama, dan cukai beli coloring book.

Sebab itulah role bibik sangat penting sewaktu tu.
Bukan melepaskan tanggungjawab kepada bibik, tapi aku perlu bibik bantu uruskan apa yang aku tak boleh nak urus.
Boleh je nak letakkan Redza kat nursery, tapi aku nak anak berehat di rumah.
Kau nak terlentang terlungkup ke biar dalam rumah sendiri.

Masa Redza kat Langkawi, aku ingatkan aku akan semakin jauh dengan Redza. Rupanya tak. 
Redza masih selesa bersembang and cari aku untuk cerita apa-apa hal.
Maknanya dia tahu, walaupun aku sangat sibuk tetapi dia ada moment-moment special dengan aku yang buatkan dia faham "My mother is a busy woman but she will be there when I need her".

Aku rasa itulah juga yang buatkan aku and Mak Aji rapat, walaupun beliau suka bertukar jadi singa secara tiba-tiba.
Now aku dah ada jawapan bagi setiap pertanyaan "Kak Di tak pernah rasa dendam ke dengan Mak Aji?".
No. Aku tak pernah berdendam sebab walaupun Mak Aji garang dan banyak lepaskan tanggungjawab mengurus rumah pada aku, tapi she did her part.
Masih memasak, masih mencukupkan keperluan anak-anak, masih memastikan anak-anak tidak berlapar, sesekali bawa anak balik kampung bercuti, sesekali berjalan, setiap kali kami dapat good result dapat hadiah KFC atau satey.
Jadi, takde reason untuk anak-anak berdendam.

Tapi sesekali datang juga rasa terkilan.
Terkilan sebab tak berpeluang spend time banyak dengan Redza.
Entahlah, maybe aku bandingkan dengan Rayyan.
Rayyan beruntung. Dia lahir sewaktu keadaan kitorang dah agak selesa.
Lahir-lahir pun terus di rumah sendiri, bukan rumah sewa macam Redza.
Dijaga oleh 2 bibik dan nenek pulak tu.
Pergi balik sekolah aku hantar and jemput.
Segala macam jenis teknologi dan ada di rumah dah.
Tu yang extra manja tu.
Sampai sekarang tido dengan nenek lagi.
Bilik dia hanya pakai waktu siang je.
Mandi pun kadang-kadang mandi bilik nenek atau bilik aku.
Kalau nenek balik Tganu, dia tido bilik aku. Nama nak tido bilik sendiri tak.

Walaupun masa tu tak boleh diputar kembali, maybe itulah yang terbaik untuk Redza.
Maybe Allah dah atur dia harus belajar untuk matang awal sebab perjalanan hidupnya Allah dah atur dia perlu hidup jauh dan "sendiri" seawal umur 13 tahun.
Apa-apa pun syukur, walaupun banyak yang aku tak berpeluang buat dengan Redza masa kecil, dia masih rapat dengan aku.
Apa yang Allah atur tu dah betul dah, kan?


2022-12-01

LUCK memainkan peranan in business.



Semalam aku share video ni di FB dan IGS. Hari ni aku nak elaborate.
Video tu sebenarnya respond to Kim's statement.
Dia kata dia berjaya sebab she work her ass off.
Dulu dia hanya biasa-biasa saja [yeah, rite!]. Katanyaaaa.

Oklah, ada kebenarannya kat situ.
Dulu Kim memang entah siapa-siapa je.
Dia hanya kawan baik (pencacai) Paris Hilton.
However, kau ingat sebarang-sebarang orang boleh rapat dengan Paris?
Kalau kau tak berharta dan ada connection dengan nama besar, kem salam nak jadi kawan Paris.
Jadi tukang basuh berak anjing dia pun belum tentu.

Disebabkan dia berkawan dengan Paris (asbab keluarganya memang dah sedia kaya dan terkenal), kebetulan Paris pula ada realiti show sendiri ketika itu, maka dunia mula kenal Kim. Slow-slow dia dikenali.
Lepas tu dia start produce reality show sendiri sampai semua orang pelik dia ni siapa yang tiba-tiba ada show sendiri?
Penyanyi pun tak, pelakon pun tak. Entah sape-sape.
Oh ye la, parents dia famous.
Tetapi masa tu masih lagi tak terkenal mana, until dia leaked her own sex video.
Masa tu barulah boom. Boom for nothing, until now.
Bila dah terkenal, barulah Kardashian sekeluarga gunakan peluang tu untuk start business. Business jadi boom.

So now, bolehkah kita anggap dia berjaya kerana usaha empat keratnya?
Ya, boleh.
Tak dinafikan dia berusaha.
Tetapi, kalau tidak kerana LUCK dia lahir dalam keluarga kaya dan famous, mungkin jalannya tak semudah mana.

Dalam business, menjadi seorang entrepreneur memang menarik.
If you play your cards right, seronoklah.
Selalunya apa yang kau dapat jauh melebihi apa yang boleh dicapai dalam kedudukan bekerja makan gaji.
Tetapiiiii, ada tetapinya.
Achieving business success is not a guarantee.
Statistik kata banyak business lingkup dalam usia 5 tahun.
Maka, business yang sustain lebih lama dari tempoh ni, adakah kerana hard work atau luck?

Many successful entrepreneurs akui LUCK memainkan peranan in business.
Some might say 10% luck and 90% hard work. Others will say the opposite.
Walaupun usaha juga memainkan peranan, it’s hard to deny that luck is a part of the success.
Skill dan bakat memang perlu dalam kebanyakan keadaan, tetapi jarang sekali individu yang paling berbakat, menjadi paling berjaya. Perasan tak?

Berbakat jadi pembaca berita, tapi rupa takde. Dapat?
Tak dapat.
Cantik adalah luck. Bakat boleh diasah.

Tak berbakat dalam nyanyian, tapi cantik. Dapat?
Dapat.
Suara hauk boleh pakai autotune, yang penting cun dan followers ramai.

Kaya tapi belajar tak pandai. Boleh berjaya dalam bisnes?
Boleh.
Dengan duit yang banyak chances untuk hire good staff adalah tinggi.

Bijak tapi takde duit untuk start business. Boleh berjaya.
Boleh, tapi mungkin ambil masa kerana segalanya kena start from scratch.

Muka cantik, jadi duta skincare. Laku?
Laku.

Muka tak cantik, ada orang nak ambik kau jadi duta?
Belum tentu.

Hari tu aku tengok seorang model buat pelancaran shawl.
Gempak betul pelancaran dia, pakai beberapa orang model.
Dah macam buat runway show.
Mana dia dapat duit buat launching yang gempak?
Sebab dia berduit dan golongan bangsawan.
Network dia power, modal pun ada, maka dia boleh dapat coverage yang besar untuk marketkan her produk.

Itulah dia kelebihan LUCK.
LUCK sebegini kalau dapat pada orang yang tahu menggunakan kelebihan itu dengan baik, makin cepatlah dia berjaya.

Ingat tak aku cerita hari tu kawan aku yang dapat investor (angel investor), padahal dia buat sales pun selalu tak hit target?
Itu pun LUCK juga tu.
Dia banyak bergaul dengan orang kaya-kaya, senang je dapat orang invest. Terus jadi gah company dia.
Connection yang power akhirnya dia dapat grant yang besar. Double victory.
Grant and angel investor ni semacam duit hangus.
Kau perform ke tak perform, kau dah dikira menang sebab duit kau sapu.

Lucky people like this are more likely to notice, create and act on opportunities, sebab dorang ada duit.
Duit kalau banyak memang banyak benda kau boleh buat. Banyak yang kau can manage.
Dapat bagi free gift, dapat bagi free sample, dapat produce macam-macam merchandize company, dapat organize free seminar, dapat arrange business trip ke sana ke mari, dapat join macam-macam paid program untuk create network dan reach yang lebih besar.
Dan yang paling best dapat offer gaji yang tinggi pada pekerja.
Semuanya kerana ada LUCK, iaitu MODAL/DUIT.

Orang-orang yang yang takde this kind of luck, macamana?

Bak kata Abraham Lincoln, “The harder I work, the luckier I get".
Maka yang tak born lucky, kita pulunlah usaha sampai jadi.
Don’t sit around waiting for the ideal opportunity to come your way; it just may not.
Kalau perlu ambik class, keluarkanlah duit untuk class.
Kalau perlu upgrade skill, carilah peluang untuk join online course atau sign up for special trainings.
Takde duit nak join? Juallah apa-apa - donut ke, jual sabun ke, jual vacuum ke.
Nampak macam tak fair, kan?
Tapi anggaplah itu bahagian kita.
Takde satu pun yang Allah aturkan tak best.
Kita kena terima dan jadikan ianya best. No choice.