2022-12-11

Aku pelik apesal orang yang kata dia berbisnes, kononnya senang nau cari duit?


Ni la dia arguments orang yang kerja sendiri dengan orang yang makan gaji.
Samalah esok bila result SPM keluar. Argumentsnya gitu jugak — “Abang dulu SPM failed, tapi sekarang jadi jutawan” 🙄.
Serious aku menyampah dengan perbandingan yang dibuat dengan tahap kekayaan. Ntah hape-hape.

Samalah macam akak jual nasi lemak ni.
Mengata kakak sendiri berlagak, tak sedar dia pun sedang berlagak.
Lagi satu yang aku cukup tak berkenan bila perbandingan dibuat hanya berdasarkan apa yang boleh nampak dek mata.
Contoh, “Aku belajar tak tinggi tapi aku mampu jadi kaya”.
Atau, “Saya kerja jual nasi lemak sehari dapat RM200, kerja senang, setengah hari”.

Sembang kari dengan budak-budak bolehlah gini.
Nak sembang dengan aku, memang tak makan.
Bukan tak boleh bersembang, tapi jangan cerita yang surface saja.
Nanti orang ingat berniaga ni mudah nau nak jadi senang.
Gitulah juga dengan yang tak pass SPM.
Memang sekarang kau jadi kaya, tapi cerita sekali susah-payah sebelum jadi kaya tu.
Jangan bagi pemahaman yang salah.
Jangan sembang “Blaja tu tak penting, yang penting kena rajin". NO! Statement tu salah.

Statement yang betul adalah "Belajar kena sama penting dengan usaha".

Cuba ingat balik zaman-zaman kita habis blaja menggagau cari kerja.
Apa yang membuatkan kita layak dipanggil untuk interview?
Bukan ke dari keputusan akademik?
Kau rasa kalau keputusan akademik tak bagus, majikan tau ke kau seorang yang rajin? Tak.
Tapi disebabkan result exam bagus, mencapai syarat untuk panggilan interview, barulah dipanggil untuk ditemuduga.
Dalam proses temuduga itulah baru bakal majikan nampak point-point lain yang ada pada kau.
Kemudian kau diterima bekerja.
Bila diambil bekerja barulah nampak ohh selain pandai kau juga seorang yang rajin.
Barulah kemudian naik pangkat. Dan seterusnya.
So, permulaaannya adalah akademik juga.
Disebabkan result akademik bagus maka kau dipanggil interview.

Jangan nak gebang blaja tak pandai tapi akhirnya berjaya jadi manager.
Betul, kau blaja tak pandai sangat tapi akhirnya berjaya jadi manager.
Tapi kau kena lalui tempoh perjalanan yang panjang, kan?
Kalau kau blaja pandai sikit, tempoh nak jadi manager tu mungkin lebih pendek.
Yang itu kena cerita.

Samalah macam bisnesman di luar sana yang setiap kali keputusan exam keluar, dia buat statement "Saya dulu pun tak pandai, tapi akhirnya berjaya jadi jutawan".
Yang jadi jutawan tu kau highlite.
Yang susah payah ikat perut bergolok bergadai kau taknak cerita?
Cerita lah sama. Biar budak-budak tau nak jadi jutawan tu perjalanannya panjang.
Tak semudah hari ni berhenti belajar, esok buat bisnes, minggu depan dah kaya.
Tak, ya. Flownya tak mudah macam tu. Kalau senang, semua orang nak berniaga.

Meniaga nasi lemak memang nampak mudah.
Jual 4 jam, balik rumah rehat. Itu yang orang nampak.
Yang orang tak nampak (dan kau pun tak cerita) adalah, bangun pukul 3-4 pagi, prepare memasak.
By Subuh baru siap. Sambung pulak mengemasnya lagi.
Lepas tu berangkut ke tapak meniaga.
Berdiri 4 jam melayan tetamu dengan bahang panas (pagi pun panas terik sekarang ya).
Tu kalau panas. Kalau hujan? Dah lain ceritanya pulak.
Kalau orang ramai, dapatlah untung. Kalau tak, modal pun tak balik.

Ramai je kawan-kawan kat FB aku tu buat bisnes food.
Sampai ke malam prepare blend itu ini. Siang itu ini. Perap itu ini.
Pukul 3-4 pagi dah bangun memasak.
Ada yang kata rumah dah tak serupa rumah.
Yang benaunya, cari duit ni sama je penatnya. Pulunnya sama je.
Yang beza method saja. You win some, you lose some.
Ada yang kau kena absorb, ada yang kau kena let go.
Ada yang kau kena telan, ada yang kena redha.
Takde yang kita betul-betul menang dari orang lain.
Cuma kita mengelak untuk cerita susah kita kat mana.
Kita suka cerita yang best-best je.

Makan gaji, atau berniaga sama-sama ada lebih dan kurang.
Aku dah rasa dua-dua.
Makan gaji ni bestnya adalah gaji memang dah konfem ada.
Kau perform ke tak perform, gaji tetap dapat.
In my case, sebagai sales person, tak perform pun dapat gaji. Tapi gaji basic lah.
Kalau nak lebih, kenalah perform.

Bila berbusiness pula, kau takde pilihan memang kena perform sebab gaji staff kena jalan.
Nampak macam bestnya bisnes, boleh balik awal, anak sakit boleh tak masuk ofis, boleh cuti bila-bila masa.
Itu yang orang nampaklah.
Yang orang tak nampak, anak sakit kita masih buat kerja walaupun kat spital.
Pi bercuti masih angkut laptop.
Balik opis awal tapi lepas tu stay up sampai pukul 2 pagi buat kerja.

Bendanya sama je.
Toksahlah kata kita berniaga nasi lemak kerja senang. Konon senang takyah hempas pulas kerja 9-5 demi nak dapat RM200 sehari.
Sebenarnya tak senang, cuma FLEXIBLE saja.

Hari tu kawan aku yang sama-sama run company sembang dengan aku “Akaun company I tinggal RM10k je lepas habis bayar semua”.
Senyum je aku dengar. Sebab aku faham situasi tu.
Buat apa nak kepuk duit banyak sangat dalam akaun?
Itu bukan akaun savings kita nak kepuk menambun-nambun. Itu duit syarikat.
Duit syarikat kenalah spend.
To me, duit syarikat tinggal RM10k selepas habis bayar rent, habis bayar stok, habis bayar gaji, habis bayar bills, habis beli merchandize and gifts untuk customer — petanda THAT IS A GOOD BUSINESS.

Duit yang tinggal RM10K tu akan bertambah lagi nanti.
Dan akan keluar lagi. Tambah lagi. Keluar lagi.
Itulah petanda good business.
Bukannnya berkepuk juta-juta baru dikata good.
Tanyalah bisnes yang juta-juta tu dalam akaun dia ada tak juta-juta? Takde!
Juta-juta yang dorang dok declare tu hanya nilai sales and aset saja.
Tapi duit dalam akaun tak banyak gitu sebab duit sentiasa keluar masuk.
Maka, rileksla kalau duit company tinggal RM10k 😁.
Itulah life orang bisnes. Buat lek buat pis je.

Duit syarikat jangan dikepuk-kepuk.
Duit savings kau kepukkan takpe.
Duit syarikat ni selagi ada dalam tu, rolling je.
Ada orang, duit syarikat tu dia sayang nau nak spend.
Nak beli merchandize and free gift untuk customer pun tak.
Hujung tahun nak buat calendar atau planner pun tak.
Nak absorb duit postage sesekali pun taknak.
Nak buat apa kepuk pun tak taulah.
Maybe dia anggap duit syarikat adalah duit dia senang nak ambil spend untuk diri sendiri.

Dulu pernah follower tanya "Best la Kak Di business masyuk duit banyak".
Hahaha, duit siapa yang banyak, dik?
Duit syarikat le, bukan duit aku.
Ingat aku main ambik je ke duit dalam company tu buat berpoya-poya?
Untunglahhhhh kalau dapat buat gitu. Mesti aku dah pakai Ferrari sekarang. Kahkahkah.
Aku ada gaji. Tiap-tiap bulan gaji aku sama je macam korang.
Cuma bezanya macam aku cakap tadi - FLEXIBLE.
Tak sempat kerja siang, aku kerja malam.
Tak sempat kerja Jumaat, aku kerja Sabtu. Gitulah.
Sebab tu aku pelik apesal orang yang kata dia berbisnes, kononnya senang nau cari duit?
To me, bukan senang, tetapi flexible sahaja.

By the way, esok 12-12.
GreenAard hanya ambil kos postage RM1.20 saja untuk setiap penghantaran sekitar Semenanjung.
Kos pos selebihnya kita belanja 😁.
Belilah banyak-banyak GC and Middlellyf dah alang-alang postage RM1.20 je ni.
Tapi tulah, kebetulan pulak today and esok cuti.
Budak-budak ni terlupa bawa balik henfon admin.
Makanya, alulah kena accept order. DM aku je lah ya.
Untuk offer 12-12 ni kita bagi postage RM1.20 pada GC and Middellyf saja.
Kalau beli GC dan Nutrijuice, yang Nutrijuice tu kita kira standard rate postage.

Silakan, ya.