2022-12-16

Harga tadika-tadika kat Malaysia


Kecoh betul 3-4 hari ni orang dok share harga tadika-tadika kat Malaysia.
Dan keluarkan ayat-ayat seperti "Membazir je habis beratus, tadika je pun!"


Halah halahhhh. Siapa yang taknak tadika murah, kak. Semua pun nak.
Tapi dah kalau takde dan tak layak, nak buat macamana.
Kadang kena tengok tempat juga.
Zaman Redza dulu, yang ada kat Putra Heights ni cuba Smart Reader and Real Kids.
Setakat play school tu ada la.
Dah kalau bendanya takde, nak tak nak, sauk jugalah mana yang ada.
Takkan nak hantar jauh-jauh semata-mata nak murah. Tak praktikal.

Orang ingat tadika mahal ni lambang kemewahan. Takde maknanya.
Mak bapak bila pilih sekolah anak-anak, yang pertama - syllabus.
Ini dulu yang kita pikir.
Kedua, facilities. Ketiga, dekat. Keempat baru harga.
Bukan kata harga tak penting. Penting juga.
Cuma, bila kita bekerja, benda yang kita taknak risaukan adalah keadaan anak-anak di sekolah.
Kalau facilities bagus, securiti bagus, kawalan anak-anak bagus - lega aku nak buat kerja kat opis.
Kalau ada sekolah yang takde dalam senarai, tetapi syllabus bagus, facilities bagus - apa salahnya.

Macam sekolah anak sedara aku namanya Alim Kids.
Takde pun dalam senarai ni ha. Tapi bagus sekolahnya.
Setiap aktiviti cikgu update pada ibubapa, dan dalam FB apa anak-anak buat today.
Senonoh je anak sedara aku kat sekolah tu.
Baru-baru ni dorang punya majlis akhir tahun bukan main meriah, macam kenduri kawen, siap ada makanan.
Sekolah anak-anak aku takde pun upacara akhir tahun ada makanan. Nasi bungkus ada lah.
Ini Alim Kids sebijik macam wedding dia buat. Round table. Makan buffet. Persembahan pun ok, kemas.

Ini bukan medan untuk tunjuk kaya.
Ini adalah satu perubahan sejajar dengan peredaran zaman.
Tadika sekarang bukan macam tadika dulu-dulu - main sumbat asal boleh.
Asal boleh mengajar, asal belajar, asal ada tempat nak letak anak untuk belajar.
Tak. Now tadika pun cikgu-cikgunya terpelajar, ya.
Yang business ownernya pun bukan calang-calang, ada certificate berkaitan kids education.
Maka, dah tentu banyak pembaharuan dan perubahan dalam syllabus yang ditambah.
Banyak alat bantu mengajar yang disediakan.
Semua tu guna kepakaran dan duit.
Patut padanlah dengan harganya.

Lagipun, sekolah-sekolah yang yurannya berdengung ni, dia tak buat kat sebarang pertempatan.
Tengok area juga.
Kalau kawasan tu orang have-have, dia bukak situ.
Orang have-have ni bukan memilih.
Dia masukkan anak dia di sekolah mahal bukan kerana status, tapi kerana dia mampu.
Kita yang kureng mampu ni memang rasa membazir.
Tapi untuk yang mampu, money is not a question.
Macam Starbucks, takde kat Manir. Tapi ada kat town KT.
Sebab kat situ power of purchase lebih tinggi.
Kalau buat kat Manir, umpama sembelih dirilah. Siapa yang nak beli?

Yang sebenarnya kan, apa saja perkara yang melibatkan anak-anak, memang mahal.
One of the reason adalah, kerana ibubapa always mahukan yang the best untuk anak-anak.
Kat situ adalah kuncinya.
Mak bapak tak kisah berhabis untuk anak-anak.
Jangan kata sekolah, baju, kasut, mainan, buku, mesin perah susu pun mahal.
Parents sanggup berhabis beli walau idok la mampu mana.
Tapi sebab anak, gagahkan juga.
Mungkin ini juga jadi penyumbang kenapa sekolah tadika makin lama makin mahal.
Sebab pengusaha tahu, mak bapak kalau dengan anak-anak, lemah sikit.
Sehabis boleh nak bagi yang terbaik.
Maka, tak hairanlah kalau tadika naik harga tahun demi tahun.

Walau bagaimanapun, kita semua masih ada pilihan.
Boleh je nak pilih tadika yang biasa-biasa.
Jangan anggap tadika sebagai lambang status.
Sampai bila semua benda kita nak kaitkan dengan status? Tak letih ke weiiii.