2022-12-04

Anak sulung dah terbiasa dengan hidup seadanya.



Menangis aku tengok video ni. Terus teringat Redza. 
Walaupun apa yang Redza dapat, Rayyan pun dapat, tetapi dorang lalui pengalaman tu dengan cara yang berbeza. 
Sehabis baik aku and En Wan cuba untuk balancekan semuanya.
Apa yang Redza ada, Rayyan ada.
Di usia Redza dapat ini, Rayyan pun akan dapat benda yang sama.
Tapi tu lah, aku as ibu tetap tahu ada beza.

Orang kata, anak sulung adalah anak yang kuat kerana dia lahir ketika mak bapak sedang membina hidup berkeluarga.
Anak sulung dah terbiasa dengan hidup seadanya.
Of cos "seadanya" tu pun berbeza antara satu keluarga dengan yang lain.
Ada keluarga yang level "seadanya" masih mampu makan sedap dan berjalan overseas.
Ada keluarga "seadanya" memang betul-betul sekadar apa yang ada. Basic.

Redza membesar semasa aku and En Wan struggle membina kerjaya.
Dia banyak habiskan masa dengan bibik.
Umur baru 4 tahun (baru masuk sekolah tadika), aku dah start run own company.
Busy yakmat. Takde pilihan.
Masa ni aku banyak lepaskan kerja-kerja di rumah termasuk menjaga Redza pada bibik.
Redza tido pun dengan bibik.
Kadang aku balik malam, dia dah tido.
Esok aku keluar pagi dia belum bangun.
Dapat cium je, lepas tu aku terus hilang sampai ke malam semula.

Setiap kali aku takde appointment pagi, aku akan bawa Redza round dalam kereta, dan cukainya di kedai runcit beli air kotak, aiskrim and mainan.
Lepas tu baru pergi kerja.
Sesekali, aku ambil peluang hantar dia ke tadika.
Bagitau makcik van tak perlu fetch pagi tu sebab aku nak hantar sendiri.
Ambil peluang siapkan dia, breakfast sama dan hantar ke sekolah.
Redza bernasib baik ada bibik. Takdelah "selekeh" ke sekolah sebab bibik uruskan.

Pernah aku attend sekolah untuk program drawing with parents, and that was Saturday.
Mak bapak lain datang berbaju santai sebab hari cuti.
Aku datang dengan baju nak pi kerja sebab ada appointment hari tu. En Wan pun kerja.
Mak bapak lain duduk drawing dengan sampai habis.
Aku sempat 20 minit je, lepas tu kena gerak.
Kesian Redza, dia habiskan sorang-sorang drawing takde siapa teman. Tapi menang.
Tapi maybe dia dah terbiasa mak bapak tak dapat nak spend time sangat kat dia, jadi dia ok. Maybe dia pujuk diri untuk ok.

Redza ni banyak menurun dari aku.
Dari rupa, warna kulit, kehenseman (ahgitewww), perangai "tak kesah", dan boleh menguruskan diri.
Yang dia tak ikut cuma perangai maknya yang lari dari boarding school.

Masa aku kecil dulu pun kebanyakan benda aku buat sendiri.
Terpaksa uruskan diri sebab mak bapak aku tak berkelapangan nak uruskan sebab masing-masing kerja.
Bapak aku cikgu waktu tu. Dah tentulah hari pertama sekolah dia takleh ambik cuti sebab dia sendiri mesti ke sekolah.
Orang lain masuk sekolah mak bapak teman. Paling tidak pun tolong bayarkan yuran.
Tapi aku tak. Pak Aji temankan aku sampai perhimpunan je.
Elok je dah tengok aku masuk barisan kelas yang betul, Pak Aji bagitau dia nak pi kerja.
Dia cuma ingatkan aku nanti duit bagi kat cikgu (yuran).
Masa bayar yuran dengan cikgu kelas, sepanjang-panjang barisan ibu bapa, terselit aku kat tengah sama-sama beratur dengan bawak envelope yang di-pinkan kat baju.
Dalam envelope ada duit yuran.
Aku tak berpeluang nak rasa sedih mak bapak aku tak tunggu aku kat sekolah sebab aku ada tanggungjawab nak buat, iaitu make sure duit kena bagi kat cikgu.
Kalau tak, mampuih aku kena sebat balik rumah nanti 😆.

Hari pertama balik dari sekolah pun balik sendiri.
Bebarapa hari sebelum masuk sekolah, Pak Aji dah ajar laluan yang aku kena ikut bila nak pergi and balik dari sekolah.
Tak susah, cuma sebab belum biasa jadi ada lah seram-seram sikit.
Berjaya sampai rumah dengan selamatnya on day 1.
Jiran Mak Aji terperasankan aku balik sekolah sorang-sorang.
Bahaya. Perempuan, umur 7 tahun kot. Mestilah bahaya, kan.
Tapi tawakkal betul mak bapak aku masa tu. Mungkin sebab dorang takde pilihan.
Hari esok dan seterusnya jiran aku minta anak sulung dia (lelaki) pergi sekolah and balik sekolah pun dengan aku.
Apa-apa pun kena tunggu aku katanya.
Padahal anak dia pun darjah 1 sama aku juga, tapi kelas lain.
Setahun pergi balik sekolah sama-sama tak pernah bercakap 😆.
Dah hujung tahun baru tahu nama dia Khairul Ikram. Rasanya dia kerja kat USA now.

Redza pergi sekolah En Wan hantar sebab Redza sekolah kat Shah Alam, dekat dengan kilang En Wan.
Tapi balik dengan van.
Kadang-kadang van sampai rumah lambat, pukul 2.15 pm.
2.45pm van KAFA dah sampai.
Kesian, kelam kabut Redza bersiap and makan.
Kalau aku takde kerja petang, baru aku ambil peluang hantar Redza ke KAFA.
Dapatlah dia santai-santai sikit.
Nampak keseronokan Redza kalau maknya yang fetch balik dari KAFA, sebab aku je yang merelakan diri aku dicukai.
Kadang-kadang aku sengaja singgah 7-11, biar dia dapat join beli apa dia nak.
En Wan kadang bising jugak, asyik offer anak 7-11 je.
Alah, 7-11 je pun. Apa je yang ada sangat dalam tu, bukan ada barang mahal pun. 

Aku jarang ambil tahu Redza ada homework ke tidak.
Seriously I was so busy masa tu.
Tapi Redza sangat tahu membawa diri and pandai take responsibility dengan kerja sekolah.
Dia jarang bawak balik homework.
Dia siapkan semua homework kat sekolah sebelum balik sebab nak main iPAD kat rumah tanpa gangguan katanya.
Apa-apa projek yang cikgu minta buat, dia handle sendiri. Tau-tau siap je.
Sampaikan hari kecemerlangan pun dia ambil hadiah sendiri, mak bapak tak datang sebab kerja.
Tau-tau je balik baru dia cakap "Ma, Redza dapat hadiah".
Sebab tu aku suka celebrate walau sekecil-kecil achievement anak-anak.
Maybe untuk mengurangkan rasa terkilan. 

Tapi walaupun macam tu, Redza rapat dengan aku.
Orang luar maybe nampak aku tak banyak involvement dengan hal anak-anak. 
Just like dalam video tadi, sebenarnya anak yang begitu masih ada mak yang masih pantau di rumah.
Cuma kami-kami ni tak dapat nak attend hari sukan, pertandingan mewarna, hari kecemerlangan, etc.
Apa yang aku boleh buat, if ada masa, aku akan spend time.
Main Lego sama, masak, bersembang, main game kat iPad dia, ajak pi 7-11 - benda yang simple-simple yang tak mengambil masa aku terlalu lama.
Because honestly waktu tu aku sangat sibuk membina kerjaya, I have no choice.
Boleh je nak tinggalkan kerja and bagi tumpuan kat anak, tapi kalau aku tak pulun, makin lama aku kena berada dalam tempoh tak stabil.  
Nak menunggu bisnes stabil dan boleh bergerak tanpa aku sepenuhnya, aku kena hustle gila-gila sebelum boleh bertenang-tenang.
Jadi, aku hanya dapat take part pada perkara yang simple-simple saja, asalkan bermakna.
Ajak Redza pi 7-11 nampak macam simple je, tapi bermakna untuk dia.
Walaupun hanya ke 7-11, waktu tu lah dia dapat sembang dengan mak dia dalam kereta, makan Slurpee sama-sama, dan cukai beli coloring book.

Sebab itulah role bibik sangat penting sewaktu tu.
Bukan melepaskan tanggungjawab kepada bibik, tapi aku perlu bibik bantu uruskan apa yang aku tak boleh nak urus.
Boleh je nak letakkan Redza kat nursery, tapi aku nak anak berehat di rumah.
Kau nak terlentang terlungkup ke biar dalam rumah sendiri.

Masa Redza kat Langkawi, aku ingatkan aku akan semakin jauh dengan Redza. Rupanya tak. 
Redza masih selesa bersembang and cari aku untuk cerita apa-apa hal.
Maknanya dia tahu, walaupun aku sangat sibuk tetapi dia ada moment-moment special dengan aku yang buatkan dia faham "My mother is a busy woman but she will be there when I need her".

Aku rasa itulah juga yang buatkan aku and Mak Aji rapat, walaupun beliau suka bertukar jadi singa secara tiba-tiba.
Now aku dah ada jawapan bagi setiap pertanyaan "Kak Di tak pernah rasa dendam ke dengan Mak Aji?".
No. Aku tak pernah berdendam sebab walaupun Mak Aji garang dan banyak lepaskan tanggungjawab mengurus rumah pada aku, tapi she did her part.
Masih memasak, masih mencukupkan keperluan anak-anak, masih memastikan anak-anak tidak berlapar, sesekali bawa anak balik kampung bercuti, sesekali berjalan, setiap kali kami dapat good result dapat hadiah KFC atau satey.
Jadi, takde reason untuk anak-anak berdendam.

Tapi sesekali datang juga rasa terkilan.
Terkilan sebab tak berpeluang spend time banyak dengan Redza.
Entahlah, maybe aku bandingkan dengan Rayyan.
Rayyan beruntung. Dia lahir sewaktu keadaan kitorang dah agak selesa.
Lahir-lahir pun terus di rumah sendiri, bukan rumah sewa macam Redza.
Dijaga oleh 2 bibik dan nenek pulak tu.
Pergi balik sekolah aku hantar and jemput.
Segala macam jenis teknologi dan ada di rumah dah.
Tu yang extra manja tu.
Sampai sekarang tido dengan nenek lagi.
Bilik dia hanya pakai waktu siang je.
Mandi pun kadang-kadang mandi bilik nenek atau bilik aku.
Kalau nenek balik Tganu, dia tido bilik aku. Nama nak tido bilik sendiri tak.

Walaupun masa tu tak boleh diputar kembali, maybe itulah yang terbaik untuk Redza.
Maybe Allah dah atur dia harus belajar untuk matang awal sebab perjalanan hidupnya Allah dah atur dia perlu hidup jauh dan "sendiri" seawal umur 13 tahun.
Apa-apa pun syukur, walaupun banyak yang aku tak berpeluang buat dengan Redza masa kecil, dia masih rapat dengan aku.
Apa yang Allah atur tu dah betul dah, kan?