2022-12-06

Jangan ingat kau je berkorban, pasangan juga berkorban.



Itulah luahan seorang isteri.
Sepanjang aku jadi blogger, ramaiiiii, tersangat ramaiiii pembaca blog di kalangan wanita/isteri luahkan cerita kat aku tentang masalah yang dorang hadapi bila suami selalu terlupa yang isteri juga ada impian dan kehendak.
Lebih-lebih lagi isteri yang tak berkerja, kesian sangat aku dengar cerita sorang-sorang.

Ada yang suami bagi nafkah RM300 dan segalanya itulah dalam RM300.
Nak ganti bra pun situ, nak ganti seluar dalam pun situ, nak beli deodoran, krim muka - semua situ.
Ya, aku faham, nafkah ikut kemampuan suami. Itu aku tak sangkal.
Tapi some suami lupa, tanggungjawab membeli pakaian isteri juga terletak dibahunya.

UAI pernah cakap, minimum isteri MESTI berbaju baru sepersalinan lengkap 2 pasang setahun.
Maknanya dalam setahun, suami MESTI belikan isteri 2 kali sepersalinan - baju, tudung, anak tudung, bra, panties, stokin, handsock, kasut - sepersalinan.
Bukan satu, tapi 2.
Ustaz Kazim kata now rawatan perubatan dah satu keperluan, bukan kehendak lagi.
Bermakna, menyediakan medical card untuk isteri pun dah boleh diconsider.
Kalau suami follow apa yang UAI cakap, bagi nafkah RM150 pun rasanya isteri tak bising.
At least RM150 tu isteri boleh top up beli 2 pasang lagi bra and panties.
Ini kita cerita paling minimum la ya. Sebab kalau aku 3 pasang bra seminggu pun tak cukup.
Takpe, kita cerita paling minimum punya.

Aku pernah hidup dalam situasi minimum.
Masa tu aku sambung belajar.
Sambung belajar ni tak ada dalam plan kitorang sebelum berkahwin.
Plannya adalah lepas grad (Bachelor), masing-masing kerja.
Sambung belajar tak pernah ada dalam plan aku and En Wan.

3 bulan selepas kawen, aku decided untuk berhenti kerja, dan sambung belajar sebab aku realized bidang aku ambil ni tak ada demand di Malaysia, melainkan jadi sales atau lecturer.
Aku tak minat sales.
Aku ada kelebihan good result ketika tu, jadi sambung belajar menjadi pilihan.
En Wan tak suka sangat aku sambung belajar sebab benda ni tak pernah ada dalam plan.
Dalam our plan, masing-masing kerja and berkongsi pendapatan untuk mulakan hidup berkeluarga. That was the plan.

Tapi aku perlu keraskan hati untuk sambung belajar sebab aku mahu masa depan yang lebih baik.
Dalam tempoh sambung belajar tu, aku takde pilihan lain selain catu apa yang boleh dicatu.
Masa tu dah berpindah ke USJ. Menyewa apartment RM820/sebulan.
Sedangkan aku tak bekerja, dan gaji En Wan baru RM2500.
Almost 33% duit gaji hanya pada sewa rumah.
Kat Subang Jaya tak banyak rumah yang murah sewanya.
Kalau nak, maybe kena duduk jauh sikit - somewhere in Puchong atau Shah Alam. Rumah flat.
En Wan taknak. Dia nak paling tak pun apartment yang guarded, with good maintenance.
Masa tu dia pakai sport car, jadi tak mahulah duduk kat tempat sembarangan katanya.
Maka hadaplah RM820/sebulan untuk apartment seketul.
Tapi puas hatilah sebab persekitaran aman, bersih, good maintenance dan jauh dari kesesakan.

Inilah rumah pertama kitorang yang disewa pada bulan Disember 2001.
Yang aku bulatkan tu tempat tinggal kitorang.
En Wan sengaja pilih atas sekali, feeling penthouse.
Duduklah kitorang kat sini until pertengahan 2005.

Ceritanya rumah ni banyak menyaksikan pengorbanan seorang isteri.
Disebabkan aku tak bekerja, banyak kehendak dan kemahuan aku pendamkan.
Nak, tapi tak terluah sebab kesian En Wan kerja sorang.
Apa yang boleh kurang, kurangkan.
Apa yang boleh pakai seadanya, pakai seadanya.
Kabinet dapur aku adalah rak kasut.

Lebih kurang gini kabinet dapur aku. Dia sebenarnya rak kasut.
Tapi aku tanggalkan sikit rak kat dalam tu, adjust untuk letak periuk and pinggan mangkuk.
Atas kabinet tu letak stove yang berharga RM49 (ya, aku ingat lagi harganya).
Tepi tu ada ruangan sikit untuk tempat potong-potong sayur ikan segala.

Sebelum aku merasa dapur ini (rumah pertama)....

Dan sebelum aku dapat dapur ini (rumah sekarang)....

...inilah ruang dapur aku masa kat apartment.
 
Nampak tak stove legend RM49 tu?
So, jangan ingat aku tak pernah lalui zaman ni.
Punyalah keciknya kabinet dapur tu, sampaikan kuali pun tak muat letak dalam tu.
Maka kuali kekal berada dalam rak pengering atas sink.

Sebab itu aku boleh faham bila isteri-isteri ni luahkan cerita kepayahan hidup.
Aku pernah berada di tempat tu. Aku pernah rasa pendamkan keinginan sebab tak mampu.
Nak beli krim muka pun berkira-kira sebab duit kena simpan untuk kos belajar.
Dah la tak dapat membantu contribute pada kewangan keluarga, biarlah jangan menyusahkan suami pulak. Itu pikiran aku dulu.
Padahal isteri tanggungjawab suami, kan?
Tapi, aku tak mahu menyusahkan. Jadi, apa yang aku boleh pendam, aku pendam.

Rumah sewa tu menyaksikan aku rajin berpuasa, sebab nak jimat.
Sehari makan sekali je, waktu berbuka. Nak jimat duit pasar.
Kesian En Wan keluar duit sorang beli barang dapur.
Padahal tanggungjawab dia, kan. Tapi aku kesian.
Bila kesian, maka kenalah berkorban.
Daripada aku lapar sesaja, baik puasa.
Makan pun kadang-kadang bercatu.
Kadang aku goreng ayam 2 ketul je. Dua-dua untuk En Wan.
Aku makan lauk sayur and telur dadar.
En Wan macamana pun mesti ada 3 lauk atas meja.
Jadi lauk utama mesti yang sedap, seperti ayam goreng.
Lagi 2 adalah sayur dan telur goreng. Atau ikan bilis goreng. Atau sardin.
Nasib baik aku dah biasa susah dari kecil.
Dah biasa mengalah adik makan sotong, aku makan ikan.
Jadi tak susah nak bagi En Wan makan lauk sedap, aku belasah telor. Janji kenyang sudeyyyy.

Tapi tu lah, keinginan banyak yang aku pendamkan.
Boleh je nak minta En Wan beli, tapi aku rasa bersalah sebab aku yang betray our janji untuk bekerja selepas berkahwin, last-last dia kena tanggung segalanya.
Kalau ikut Islam memang patut dia tanggung pun, tapi disebabkan sama-sama nak hidup selesa, patutnya aku contribute sama.
Masa tu, insuran pun aku takde.
En Wan ambil sorang sebab dia perlu insurans kerana bekerja, terdedah dengan risiko kemalangan tempat kerja (handle mesin).
Time tu aku nak balik Bangi pun berkira-kira sebab duit tol, duit minyak.
Padahal Bangi tu dekat je kan, tapi balik pun 3 minggu sekali.
Balik mestilah nak bawa buah tangan. Takkan nak balik kosong je.
Jadi kena tunggulah pak incik aku gaji.
Yang best tu tiap kali Mak Aji call "Masak apa hari ni?", terpaksa la aku goreng nama-nama masakan yang sedap biar dia tak susah hati.
Padahal aku tak makan pun sebab puasa.

Apa yang aku nak cakap, isteri yang tak bekerja ni sekali imbas nampak macam tak contribute apa-apa tetapi ramai tak nampak pengorbanan yang dia buat.
Apa yang dikorbankan orang tak nampak sebagai satu contribution.
Puasa sebab nak jimat barang dapur.
Tak on kipas sepanjang hari sebab nak jimatkan bil letrik.
Tak meminta-minta sebab taknak bebankan kewangan suami.
Macam video tadi bila Denzel kata dia banyak berkorban kerana kononnya bekerja untuk menyara keluarga.
Dia tak sedar isterinya juga berkorban banyak perkara.

Sesungguhnya perkahwinan itu mudah.
Yang susah ialah menjaga keharmonian dan ketenteraman dalam keluarga.
Dan antara perkara yang menyumbang kepada keharmonian adalah ketika suami dan isteri berada dalam satu team yang sama, iaitu memahami antara satu sama lain.
Memahami keperluan pasangan, memahami kehendak pasangan, memahami masalah pasangan, memahami impian pasangan.
Jangan ingat kita je berkorban, pasangan juga berkorban.
Jangan ingat bila kita sorang cari duit, yang tak cari duit tu tak menyumbang apa-apa.
Walaupun dia tak mencari duit, pasti ada yang dia korbankan demi taknak menambahkan beban si pencari duit.
Sesekali tanyalah isteri - nak baju? Nak skincare? Nak beli bra baru? Tanya. Tanya. Tanya.

Isteri ni, kalau suami tanya pun dia dah happy tau.
Belum dapat beli lagi. Aku tahu sangat perasaan tu.
Dulu window-window shopping, lalu sebelah area bra, sekali En Wan offer "Taknak beli bra baru? Pegilah beli. Ambik 2".
Tak tentu arah aku pilih oii. Macam pilih emas.
Padahal Scarlett bra je pun. RM10/sehelai.
Tapi dia punya happy dan syukur macam dapat beli kedai bra!

Sama macam nafkah.
Aku percaya isteri tak kisah nilai nafkah, yang penting bagi.
Cuba kau, kerja penat-penat, sekali bos belanja makan je. Tak bagi gaji. Apa kau rasa?
Samalah macam isteri, bagi makan tu is bagi makan.
Tapi bila hujung bulan dapat duit nafkah walaupun sikit, seronoknya lain macam tau.
Walaupun gaji aku masuk setiap 27 haribulan, aku suka setiap kali 1 haribulan, sebab itu adalah "hari gaji" aku dari En Wan.