2022-12-01

LUCK memainkan peranan in business.



Semalam aku share video ni di FB dan IGS. Hari ni aku nak elaborate.
Video tu sebenarnya respond to Kim's statement.
Dia kata dia berjaya sebab she work her ass off.
Dulu dia hanya biasa-biasa saja [yeah, rite!]. Katanyaaaa.

Oklah, ada kebenarannya kat situ.
Dulu Kim memang entah siapa-siapa je.
Dia hanya kawan baik (pencacai) Paris Hilton.
However, kau ingat sebarang-sebarang orang boleh rapat dengan Paris?
Kalau kau tak berharta dan ada connection dengan nama besar, kem salam nak jadi kawan Paris.
Jadi tukang basuh berak anjing dia pun belum tentu.

Disebabkan dia berkawan dengan Paris (asbab keluarganya memang dah sedia kaya dan terkenal), kebetulan Paris pula ada realiti show sendiri ketika itu, maka dunia mula kenal Kim. Slow-slow dia dikenali.
Lepas tu dia start produce reality show sendiri sampai semua orang pelik dia ni siapa yang tiba-tiba ada show sendiri?
Penyanyi pun tak, pelakon pun tak. Entah sape-sape.
Oh ye la, parents dia famous.
Tetapi masa tu masih lagi tak terkenal mana, until dia leaked her own sex video.
Masa tu barulah boom. Boom for nothing, until now.
Bila dah terkenal, barulah Kardashian sekeluarga gunakan peluang tu untuk start business. Business jadi boom.

So now, bolehkah kita anggap dia berjaya kerana usaha empat keratnya?
Ya, boleh.
Tak dinafikan dia berusaha.
Tetapi, kalau tidak kerana LUCK dia lahir dalam keluarga kaya dan famous, mungkin jalannya tak semudah mana.

Dalam business, menjadi seorang entrepreneur memang menarik.
If you play your cards right, seronoklah.
Selalunya apa yang kau dapat jauh melebihi apa yang boleh dicapai dalam kedudukan bekerja makan gaji.
Tetapiiiii, ada tetapinya.
Achieving business success is not a guarantee.
Statistik kata banyak business lingkup dalam usia 5 tahun.
Maka, business yang sustain lebih lama dari tempoh ni, adakah kerana hard work atau luck?

Many successful entrepreneurs akui LUCK memainkan peranan in business.
Some might say 10% luck and 90% hard work. Others will say the opposite.
Walaupun usaha juga memainkan peranan, it’s hard to deny that luck is a part of the success.
Skill dan bakat memang perlu dalam kebanyakan keadaan, tetapi jarang sekali individu yang paling berbakat, menjadi paling berjaya. Perasan tak?

Berbakat jadi pembaca berita, tapi rupa takde. Dapat?
Tak dapat.
Cantik adalah luck. Bakat boleh diasah.

Tak berbakat dalam nyanyian, tapi cantik. Dapat?
Dapat.
Suara hauk boleh pakai autotune, yang penting cun dan followers ramai.

Kaya tapi belajar tak pandai. Boleh berjaya dalam bisnes?
Boleh.
Dengan duit yang banyak chances untuk hire good staff adalah tinggi.

Bijak tapi takde duit untuk start business. Boleh berjaya.
Boleh, tapi mungkin ambil masa kerana segalanya kena start from scratch.

Muka cantik, jadi duta skincare. Laku?
Laku.

Muka tak cantik, ada orang nak ambik kau jadi duta?
Belum tentu.

Hari tu aku tengok seorang model buat pelancaran shawl.
Gempak betul pelancaran dia, pakai beberapa orang model.
Dah macam buat runway show.
Mana dia dapat duit buat launching yang gempak?
Sebab dia berduit dan golongan bangsawan.
Network dia power, modal pun ada, maka dia boleh dapat coverage yang besar untuk marketkan her produk.

Itulah dia kelebihan LUCK.
LUCK sebegini kalau dapat pada orang yang tahu menggunakan kelebihan itu dengan baik, makin cepatlah dia berjaya.

Ingat tak aku cerita hari tu kawan aku yang dapat investor (angel investor), padahal dia buat sales pun selalu tak hit target?
Itu pun LUCK juga tu.
Dia banyak bergaul dengan orang kaya-kaya, senang je dapat orang invest. Terus jadi gah company dia.
Connection yang power akhirnya dia dapat grant yang besar. Double victory.
Grant and angel investor ni semacam duit hangus.
Kau perform ke tak perform, kau dah dikira menang sebab duit kau sapu.

Lucky people like this are more likely to notice, create and act on opportunities, sebab dorang ada duit.
Duit kalau banyak memang banyak benda kau boleh buat. Banyak yang kau can manage.
Dapat bagi free gift, dapat bagi free sample, dapat produce macam-macam merchandize company, dapat organize free seminar, dapat arrange business trip ke sana ke mari, dapat join macam-macam paid program untuk create network dan reach yang lebih besar.
Dan yang paling best dapat offer gaji yang tinggi pada pekerja.
Semuanya kerana ada LUCK, iaitu MODAL/DUIT.

Orang-orang yang yang takde this kind of luck, macamana?

Bak kata Abraham Lincoln, “The harder I work, the luckier I get".
Maka yang tak born lucky, kita pulunlah usaha sampai jadi.
Don’t sit around waiting for the ideal opportunity to come your way; it just may not.
Kalau perlu ambik class, keluarkanlah duit untuk class.
Kalau perlu upgrade skill, carilah peluang untuk join online course atau sign up for special trainings.
Takde duit nak join? Juallah apa-apa - donut ke, jual sabun ke, jual vacuum ke.
Nampak macam tak fair, kan?
Tapi anggaplah itu bahagian kita.
Takde satu pun yang Allah aturkan tak best.
Kita kena terima dan jadikan ianya best. No choice.