2022-12-07

Macamana akak and En Wan survive dengan gaji RM2500?


"Kak, macamana akak and En Wan survive dengan gaji RM2500 menyewa kondo dan pakai sport car?"

Akak syak yang bertanya ni mesti bari follow akak, kan?
Ok takpe. Terima kasih sebab sudi follow makcik berumur 45 tahun ni.

Yang pertama, itu bukan kondo. Yang tu apartment saja.
Paling tinggi sewanya RM820.
Unit yang aku sewa tu adalah unit paling luas.
Tak salah aku, unit bucu saja yang berbeza keluasannya. Yang unit tengah kecik sikit.
Kalau kondo, harganya jauh lebih mahal, apetah lagi kawasan Subang. Aku duduk apartment je.

Sebelum decided untuk duduk Fairville, kitorang dah tengok a few apartment, tapi En Wan tak berkenan.
Too small, too crowded, environment bising, too secluded.
Last kita jumpa Fairville, kebetulan pula unit kitorang nak tu belum pernah diduduki, luas pulak tu (luaslah untuk 2 orang duduk), jadi kita pilih situ.
Tapi, faktor utama adalah dekat dengan kilang En Wan.
En Wan memang nak cari tempat tinggal yang dekat dengan kilang sebab dia jaga production.
Kalau mesin sangkut tengah-tengah malam, tak jauh untuk dia datang kilang.
Faktor yang lain adalah, safety.
Masa tu dia bawa sport car.
Tau je la kereta-kereta macam ni tak boleh letak sembarangan. Memang jadi target.

By the way, sport car tu bukan beli dengan duit gaji yang RM2500 tu.
Itu kereta masa dia belajar kat Jepun dulu. Dia beli dari sana.
Sport car tu tak dibawa hari-hari pun. Bawa masa weekend je.
Hari-hari dia pergi kerja dengan kereta Kancil aku.
Kereta Kancil ni pun tak bayar apa-apa sebab itu hadiah dari Mak Aji sempena aku habis belajar.
Kami tak ada hutang kereta ketika tu.
Kami juga tak ada hutang pelajaran sebab masing-masing scholar.
Jadi, duit gaji RM2500 tu buat bayar sewa rumah and belanja hari-hari.
Tu yang boleh cukup tu. Tapi cukup-cukup je lah. Hahahaha.

Cuma tahun pertama memang ikat perut kaw-kaw sebab En Wan berhutang dengan Mak Aji RM14K untuk bawa keluar kereta tu dari port.
Dia ada duit sebenarnya, tapi En Wan ni jenis kalau dia ada saving, dia takkan keluarkan duit tu kalau tak betul-betul terdesak.
Dia cakap, kalau dia bawak keluar RM14K selepuk bayar kereta, terasa liat nak topup the savings semula.
Tapi kalau berhutang dengan Mak Aji, dia pasti disiplin bayar balik.
Masa tu dia calculate-calculate mampu bayar baik RM900+ setiap bulan.
Padahal mak aku cakap takyah nak laju-laju sangat bayar balik, bayar sikit-sikit pun takpe.
Taknakkkkk. Nak bayar kasi cepat settle katanya.
Maka ikatlah perut laki bini nak bayar RM820 + RM900 konsisten.
Kat situ je dah lebih dari separuh gaji.
Tu yang En Wan pulun buat OT.
Masa tu dia masih junior engineer, layak buat OT.
Kaw-kaw dia pulun. Cecah gak RM3K. Tapi tak selalulah dapat RM3K ni.

Tahun pertama memang sakit sikit.
Dengan aku yang tak bekerja, dengan bayar hutang Mak Aji lagi.
Dari segi duit memang tak bertambah.
Tu pasal aku cuba kurangkan pengeluaran duit.
Hari yang aku takde kelas, duduk rumah seharian tak pasang kipas.
Nak jimat letrik punya pasal.
Nasib baik rumah tingkat atas sekali. Berangin.
Tak pernah aku ajak En Wan keluar berjalan, melainkan dia ajak.
Masa tu beli barang dapur kat kedai runcit depan kawasan rumah je.
Takut nak masuk Giant. Bukan apa, Giant tu banyak sangat pilihan. Karang rambang mata.
Nak beli takde duit, buat menambah stress je.
Baik aku shopping kat kedai runcit, pilihan terhad, kurang sikit rasa nak membeli.

Tahun pertama hidup berdua, dengan tak bekerja, moment paling sedih adalah bila nak sambut raya.
Aku takde duit, nak beli baju raya pun takde duit.
Aku tak mintak En Wan.
Dah nak hujung-hujung raya, masih aku takde baju raya.
Tapi takpe, baju kurung aku masa belajar banyak. Boleh pakai.
Bukan orang kampung dia tahu pun aku pakai baju lama.

Masih simpan lagi baju kurung raya yang En Wan belikan masa aku takde kerja dulu.
Simpan untuk kenangan. Biar diri ni beringat sikit pernah lalui zaman nak beli baju pun takde duit.
Aku muat lagi tau baju ni. Nanti aku pakai.

Tahun pertama kawen memang dah plan tak mahu ada anak.
Walaupun orang-orang tua bising "Apesal tak mengandung lagi?" (kau ingat aku tak pernah dapat soalan ni?), aku direct je jawab "Tak ready lagi".
Biarlah nak kata apa pun, esok yang nak membela aku juga. Bukan orang yang bertanya tu.
Memang anak tu rezeki, dan datang dengan rezeki.
Tapi, kita juga diberikan akal untuk merancang.
Aku tak ready nak membesarkan anak dengan keadaan bercatu perbelanjaan.
Takde keseronokan menyambut orang baru bila dalam kesempitan. Jadi, biarlah dulu.

Habis belajar, cari kerja.
Inilah perkara yang aku rasa rugi, bila sambung belajar tapi taknak jadi pensyarah.
Selalunya orang yang sambung belajar ni, aimnya nak jadi pensyarah.
Tapi minat jadi academician tu takde.
Aku cari kerja lain.
Banyak tempat aku pergi interview.
Semua tempat aku pergi, aku dapat.
Apply jadi event planner exec, dapat.
Apply jadi management exec, dapat.
Apply jadi procurement exec, dapat.
Apply jadi patent exec pun dapat.
Tapi dah dapat, aku reject. Sebab? Masalah transport.
Aku ni nama je ada kereta Kancil, tapi takde lesen.
Kereta aku tu En Wan yang lenjan.
Rezeki betul dia kawen dengan aku, sekali dapat dengan kereta pakejnya! 😆

Dulu, mana ada LRT ni semua kat Subang.
Semua kerja yang aku dapat area KL and Ampang.
Jenuh wehhh nak menapak dari Subang.
Dah tentu-tentu naik komuter.
Dari komuter naik LRT. Dari LRT naik bus pulak.
Adehhh, penat atas jalan.
Cuma satu je kerja kat KL yang aku accept - Medical Underwriter Prudential.

Aku accept sebab inilah interview paling challenging.
3rd stage interview. 3 kali datang Prudential untuk interview.
Challenging sebab banyak gunakan ilmu bio-medicine and problem solving skill semasa interview. Berpeluh.
Gaji pun oklah, tahun 2002 RM1800. Not bad.
MU takde OT tetapi selalu ada reward Parkson voucher.
Kalau close case lebih dari sepatutnya, dapatlah voucher.
Tapi nak close case pun takleh suka-suka.
Dibuatnya case yang kita close tu critical case, nayaaaaa.
That's why bukan senang MU nak luluskan kes. Banyak yang dorang kena teliti.
Sebab itulah, kalau MU luluskan policy, jangan banyak bunyi premium mahal ke apa ke. Grab je.
Bior premium tinggi asalkan dorang cover.
Itu lebih baik daripada kena reject lansung.
Jenuh la nak keluar duit sendiri kalau sakit nanti.

Bila dah kerja, ringanlah sikit beban perbelanjaan.
Semua gaji aku, aku serahkan kat En Wan.
Patutnya gaji dia yang aku pegang, kan? Hahaha.
Tapi takpelah, sebab dia lagi pandai manage duit.
Tapi tak lama kerja sini, Masuk Nov 2002, keluar Ogos 2003.
Reason terbesar quit adalah, jauh.
Jenuh la pagi-pagi Subuh dah ada dalam komuter. Sampai rumah dah malam. Tak jumpa siang.
Aku cari kerja yang dekat-dekat je dengan rumah.
Oh dalam tempoh masa berhenti kerja tu, aku belajar kereta.
Malam-malam prektis dengan En Wan. Punyalah nak cepat pandai.
Sebab En Wan yang belanja duit belajar kereta.
Dia bagi syarat "Sekali je abang bayar. Kalau fail, repeat pakai duit sendiri".
Bersungguh aku belajar. Sekali je, lulus.
Lagi terer aku dari dia. Dia repeat 2 kali baru lulus. Kahkahkah.

Bila dah pandai bawa kereta, aku try la cari kerja sales.
Sales gaji murah, RM1600 je.
Tapi takpe, sebab dekat dengan rumah dan ada komisyen. Aku grab je. Takde hal.
Rupanya kat sinilah rezeki aku.
Kalau ikut gaji RM1600 tu memang tak mampu la nak beli rumah cepat.
Sewa apartment pun dah RM820.
Nak belanja hari-hari lagi, nak menyimpan lagi.
Tapi sebab kerja ada ada komisyen, maka aku pulun buat sales.
Dapatlah menyimpan untuk beli rumah pertama, preparation nak ada baby, dan ambil bibik.
3 tahun setengah menyewa, selepas tu dapat beli rumah pertama.
Umur 27. Lambatlah dari orang lain.
Orang lain lagi awal dapat beli rumah.
Kawan En Wan umur 27 dah beli second house.

Begitulah ceritanya macamana kitorang survive dengan RM2500.
Setahun je survive dengan gaji tu sementara nak tunggu aku habis belaja.
Tahun seterusnya agak lega sikit.
Tak banyak pun leganya, cuma kalau dulu hari-hari memasak, bila dah kerja tu dapatlah makan luar.
Kitorang dulu, petanda dah dapat gaji adalah - makan kat Khalifa dan Carlos.
Khalifa tu sebuah kedai mamak kat USJ7. Kedai mamak je pun.
Carlos tu pulak restoran jual kueyteow.
Itulah makan mewah kitorang bila dah dapat gaji.
Kedai lain tak berani nak masuk.
Bawak kereta sport kemahen, kan? Kahkahkah.