2014-07-11

Sanggul


Semalam dapat jemputan ke soft launch Sanggul de Peterana di PICC.
Owner ni reader blog, penah sekali datang rumah masa open house raya. Tu la pun first time aku jumpa dia. Butik Sanggul ni dah lama kat market, dah banyak handle majlis kawen celebriti, keluar mags toksah cakap la memang selalu, and now Sanggul dah jadi wedding panel kat PICC. Sesiapa yang plan nak buat reception kat PICC, boleh consider Sanggul.

Package yang dia offer ada macam-macam, antaranya ada yang start serendah RM128/pax (untuk minimum 1000 pax). Memang kalau nak ikutkan RM128/pax tu mahal tapi kena tengok dulu apa yang dia offer. Siap dengan one nite stay for bride and groom, ada VIP room for family untuk nak rest-rest tukar-tukar baju, door gift semua included. Kalau ko taknak ambik full pakej pun takpe. Dia tetap terima kalau kau nak ambik cuma pelamin, cuma sewa baju, cuma catering, etc. Semua boleh bincang.




Sebenarnya majlis dia start pukul 4pm, tapi aku tak dapat nak attend awal.
Lagipun majlis ni siap sekali dengan majlis berbuka puasa, jadi kalau dah kata balik malam tu, wajib aku bawak escort. Tukang escort pulak takleh keluar opis awal. Dah la sampai rumah nak kat pukul 6pm. Kesian tokeynya asik tanya aku 'Ko kat mana Di?' 'Ko dah sampai ke Di?'
Sampai dia cakap 'Ko datang makan pun takpe Di, janji datang'.
Tapi melampau sangat la nak datang semata-mata nak makan kan. Kang nampak nau aku ni kejenya mentekedarah. Cover lah sikit.

Tu nampak tu, pameran ni sampai 25 July.
Kalau rasa-rasa nak datang tengok pelamin dia or discuss apa-apa yang patut silakan lah ke PICC. Boleh survey-survey.


Ni ambik ni semua details dia ada kat sini.
Nama tokeynya Zawiah Aziz.


Masa aku sampai dah nak pukul 630pm, orang tengah sibuk ambik gamba 'pengantin'. 
Perasmian semua dah settle. 
Betul-betul VVIP kau kan Diana??


Aku pun join sekaki dengan brader-brader protographer snap gamba pengantin.
Baju yang pengantin ni pakai adelah dari Sanggul. Nak tempah boleh, nak sewa boleh.



Sampai orang pun dah takde, aku baru sampai. Cas special guest sangattt.
Dah la aku datang lambat, pastu si Za ni boleh la pulak heret aku jumpa Dato Sri and also manager PICC "Ni saya kenalkan blogger famous kat Malaysia".

Memang ye sangat lah famous kat Malaysia.
Hampasssss.
Jiran depan rumah pun tak kenal aku okeh. 

Lagi satu kalau terima jemputan macam ni, satu benda yang aku cuak bila kena register.
Everytime orang tanya "Dari mana ya?"
Aku tak tau nak cakap apa. Selalunya aku akan cakap "Nama saya Diana"

"Ohhh, blogger kan?"

Tak reti pulak nak perkenalkan diri as blogger.
Aku macam bayangkan kalau tittle 'blogger' tu untuk full time blogger yang selalunya entry dorang berkisarkan isu-isu dalam masyarakat. Kalau setakat personal blog macam aku ni hmmm....penulis syok sendiri maybe? Heh.


This is the owner of Sanggul de Peterana.






Ni antara pelamin-pelamin dari Sanggul.
Tapi jangan ingat dia buat majlis kat dewan je. Kalau kau nak buat majlis kat khemah depan rumah pun takde masalah. Kalau kau nak ambik dia catering untuk open house pun boleh. 
Sanggul de Peterana ni lebih kepada event planning & service.
Kalau nak buat majlis birthday and berendoi pun boleh.
Kira kat sini one stop solution untuk event.
Dari buat kad, mekap, doorgift, hiasan, masaakan, semua ada.

Kalau yang nak buat majlis kawen tradisional, dia boleh sediakan hulubalang, dayang-dayang bagai.
Kalau nak pakai rider pun dia boleh siapkan dalam 10 rider.
Kalau korang nak buat photshoot anniversary sesaje untuk kenangan pun boleh. Ramai dah yang gi kat butik dia sebab nak buat photoshoot. Mekap artis dah standby kat sana - Nuex Rosli. Boleh gugel kat Insta atau FB.


Kini tibalah waktu berbuka puasa bagi Putrajaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Semalam weekdays padahal, tapi ramai jugak yang berbuka kat PICC. Aku tak survey lagi tempat nak bawak family berbuka kat luar. Dah bertahun-tahun belasah Kota Kemuning Golf Club, tahun ni nak try tempat lain la kot. PICC pun not bad, makanan banyak. Selesa pun selesa. Best jugak food-food kat sini. Harga RM80/pax.





Boleh la pulak ada jeruk kelubi ngan jeruk salak kat PICC ni.
Kemain sorga lagi En Wan dapat makan jeruk kelubi.



En Wan cakap "Tadi ada budak laki tegur Abang. Dia cakap "Abg Wan, nanti nak ambik gamba ya?"

Muka cuak gila masa bagitau aku.
Hahahaha.
Apa kau ingat kau jambu sangat sampai ada lelaki syok kat kau banggggg???? Tobat lah.

Rupanya the guy adelah reader blog.
Orang Tganu jugok.
Kagum aku dengan dorang ni boleh makan bertenang-tenang dengan anak.
Kalaulah aku bawak Rayyan memang akan ada aksi polis sentri kat dalam tu.



2014-07-10

Biskut time kecik


Kejap je bulan puasa, tau-tau dah nak 2 minggu.
Sebab tu la aku kerah En Wan beli baju raya budak-budak ni before puasa, sebab selalunya kalau dah start puasa maksudnya dah tak sempat nak beli barang raya. Sebab weekdays dah tentu-tentu takkan kemana-mana. Penat. Pastu weekend lagi la aku tak kuasa nak keluar puasa-puasa ni.

Tahun ni turn aku beraya kat Bangi. Excited gila. Padahal Bangi je pun.
Tapi walaupun hanya kat Bangi, aku tetap akan balik 'kampung' malam raya.
Ada satu tahun tu buat keje gila, pukul 3am gerak balik Bangi sebab nak merasa sahur dengan Mak Aji Pak Aji. Padahal boleh je kalau nak balik siang tu, tapi nak la jugak feel sama-sama menggelupur macam orang lain balik raya. Cuma best sikit sebab kalau balik raya kampung aku tak penah jem. Hahahahah. Bangsat sangat lawak aku ni.

Tapi tahun ni memandangkan mak mertua aku and anak-anak sedara En Wan beraya kat Putra Heights, jadi insyallah tahun ni pertama kali solat raya di area rumah sendiri. Macamana la agaknya nanti rasa pagi raya kan. Mesti syahdu. Hahaha.

Raya kedua nanti kitorang sefamili gerak ke JB sebab anak sedara En Wan bertunang. Sebab tu la mak mertua aku tak balik beraya kat Tganu tahun ni. Kiranya tahun ni rumah aku la jadi 'kampung'. Sibuk la memasak-masak malam raya kat rumah aku nampaknya. Yang pastinya takkan ada menu rendang, lodeh dan ketupat nasik. Sebab tahun ni nama je beraya kat Putra Heights, tapi konsep dia ala Terengganu. Sah-sah yang berkumpul kat sini semua Terengganu, aku sorang je sesat. Jadi kena ikut selera majoriti.

Dan now aku dah menggelabah nak carik kuih raya. Tapi En Wan prefer aku buat. Dia berbulu aku beli mixer KMix sampai nak kat RM2K tapi tak guna sekali pun lagi. Aku cakap kalau nak suruh aku buat kuih raya no hal. Tapi tunggu aku period dulu. Letih la okeh nak buat waktu puasa. Dah la tutup bukak tutup bukak oven. Haus. Nak buat malam memang tak la. Malam beribadat saje. Cewahhhh. PANGGGGG sedas.

Everytime masuk bulan puasa, mesti teringat zaman kecik-kecik.
Asal masuk bulan puasa je, Mak Aji dah tanya aku "Tahun ni kita nak buat kuih apa? Mesti 6".
Memang Mak Aji serahkan tugas aku buat kuih raya sejak umur aku 13 tahun. Aku tak tau apa la yang buat dia konfiden bagi budak umur 13 tahun buat kuih raya, pakai mixer, main ngan oven segala. Agaknya dari kecik lagi dia tengok aku asik main masak-masak. Kau nak masak sangat?? Hambik ni. Buat kuih raya!

Dan kuih raya mesti ada 6. Paling tak 4. Sebab balang kuih ada 6 bijik je. Kalau rajin aku penuhkan semua 6 balang dengan air tangan aku. Kalau tak, 4 je. Lagi dua sumbatkan maruku ngan kacang kuda. Settle. Dan tiap-tiap tahun kuih raya rumah Mak Aji dah macam trademark. Balik-balik itu je la. Takde ganti resepi lain.

Choc chip cookies
Biskut marble
Biskut badam
Biskut cornflakes
Almond London

...and satu lagi biskut yang aku tak penah tau apa nama dia. Tapi everytime orang tanya, aku bagitau "Ni biskut Aunty Latifah".
Aunty Latifah (arwah) ni ex-bos Mak Aji. Dia pandai gila memasak. And this biskut paling banyak karenah sekali nak menyiapkan. Sebab tu Mak Aji tak suka buat biskut ni. Tapi aku suka. Sebab biskut ni lah yang paling sedap sekali. Disebabkan aku suka, maka aku buat. Tak kisah la renyah macamana pun.


 Kalau aku buat choc chip kukis, bentuk dia camni. Kalau Mak Aji, lain.


Choc chip cookies tu, adelah resepi yang sama yang Mak Aji buat jual now.
Tak penah aku terimagine one day resepi tu boleh dibuat jual. Tapi aku buat sedap lagi. Ngahahahah.
Memang cookies tu selalu jadi tumpuan everytime raya. Siap ada yang tapau bawak balik anak-anak nak makan dalam kereta katanya. Dan Mak Aji being a pemurah gila, selamba je depan mata aku dia angkut satu balang besar yang ada dalam 200 bijik, hulur kat anak member dia "Nah...nah. Ambiklah. Buat kunyah-kunyah"

200 bijik buat kunyah???
Hoihhhh. Itu bukan nak buat kunyah. Itu nak bagi cirit terus.
Selalunya Ima la yang berbulu. Sebab dia tolong tepek chips. Penat-penat menepek, tau-tau mak aku gi sedekah sampai 200 bijik kat orang. Pastu dengan selamba "Esok kau buat lagi 4 adunan ya". Ewahhhh.
Seb baik la barang-barang semua duit dia kan. Pasrah berserah aje la.

Biskut badam aku trademark dia pakai cutter bentuk buah gajus.
Dah la cutter tu comel cinonet, kalau yang tak pro, mesti time nak keluarkan doh tu dari cutter, bahagian 'biji gajus' terputus. Tu pasal Mak Aji tak suka buat kuih yang pakai cutter. Sebab dia tak sabar. Aku pun tak galakkan Mak Aji buat biskut guna cutter sebab everytime dia pakai cutter, catastrophe melanda satu rumah. Padahal dia sakit hati dengan hasil doh yang dia cut tu, tapi satu rumah kena haruk. Sebab tu aku lagi rela berpeluh buat kuih sorang-sorang. Mak Aji tak tolong pun takpe. Nanti kalau dia tolong kuih aku semua jadik bantat. Stress kuih tu.

Biskut marble selalunya memerlukan kerjasama dari Pak Aji.
Sebab Pak Aji yang tukang lukis coklat atas biskut ni. Lagipun Pak Aji ni tangan dia berseni sikit.
Selalunya Pak Aji akan lukis lepas sahur.

Biskut cornflakes yang aku buat ni pakai tepung, bukan jenis yang buta-buta cornflakes curah madu tu. Aku pakai buah-buah kering kaler hijau and merah and kismis hitam. And aku bubuh badam hancur sekali. Biskut ni aku paling suka. Sebab bila kunyah dia bising. Berlaga-laga badan ngan cornaflakes. Aku memang suka makan benda yang bila kunyah dia keluarkan bunyik. Sama macam sayur, aku suka togeh, kobis, buncis. Tu semua sayur yang bising. Sayur senyap macam sawi, bayam, terung ni semua aku tak berapa nak layan. Kalau ada pun aku asing letak kat tepi.

Almond London ni antara biskut moden yang masih bertahan sampai skarang.
Dulu Almond London ni aku tak buat banyak-banyak macam biskut-biksut lain sebab aku pakai cokat Van Houten. Mahal cekelat ni. Tapi nak sedap punya pasal, beli gak. Zaman kecik mana ada duit, memang terasa sangat mahalnya.

Biskut yang aku buat paling last - biskut aunty Latifah.
Dari dulu, sampai sekarang, aku tak penah lagi terserempak dengan biskut ni kat mana-mana rumah yang aku pegi. Aku rasa semua pun malas nak buat kuih renyah macam ni. Buat kemain lagi renyah. Makan tak sampai seminit. Kuih ni ada rasa cekelat.
Kuih ni kena canaikan dia dulu.
Bila dah canai, taburkan badam hancur atas doh tu.
Lepas tu doh tu digulung macam buat bahulu gulung.
Then, balut dengan plastik and masukkan dalam peti ais semalaman.
Esoknya, keluarkan dari esbok, and potong gulungan tu nipis-nipis.
Then bakor.
Lepas 3/4 masak, keluarkan dari oven, taburkan sprinkles and sapu putih telur.
Pastu masukkan balik. Masukkan tu sabit nak bagi atas kuih tu berkilat. Kalau kau tabur sprinkles awal-awal, nanti bila biskut tu masak, sprinkles kau semua cair dah bersememeh je biskut kau.
Kalau bagi kat aku sememeh-sememeh pun aku telan.
Kalau bagi kat Azwan Ali, siap la kau kena maki. Gitu.

Itu lah dia ya puan-puan, biskut-biskut raya rumah Mak Aji, hasil air tangan aku.
Aku hanya buat biskut time period je.
Aku tak suka buat biskut waktu malam. Letih nak mengemas. Waktu malam singkat tak macam siang. Kalau lepas berbuka buat choc chip 4 adunan, pukul 1am baru abis. Memang takde la aku nak buat.

So now, aku tengah menunggu 'cue'.
Nampak je 'cue', okeh boleh start beli barang buat kuih.



2014-07-09

Fleur by Mrs Him : Shawl Jewel New


Ni shawl JEWEL yang terbaru.
Dulu dah pernah keluarkan JEWEL tapi pakai chiffon glitter. Kali ni masih design yang sama but guna chiffon biasa. Tak glitter punya. Kali ni kita gunakan color-color yang soft tapi ada 3 warna yang bright sikit. Memandangkan color dia jenis pastel, bila dalam gamba color dia tak berapa clear. Jadi, sila letakkan kepercayaan pada nama color yang aku label kat every gambar.





Material : Chiffon
Length : 130cm X 65cm (special cutting)
Pattern : With pearls and beads


Name:
Email Address:
I would like to buy Jewel Baby Pink : RM42.00
Jewel Spring Green : RM42.00
Jewel Beige : RM42.00
Jewel Red : RM42.00
Jewel Inventive Orange : RM42.00
Jewel Lilac : RM42.00
Jewel Light Gold : RM42.00
Jewel Green Teal : RM42.00
Address
Contact Number
Remarks




Ephyra : Testimoni : Wound



Aku pernah naikkan gamba belah kiri tu on 20th April 2014.
Tu bekas parut kena cakau dek Rayyan kat Osaka hari tu.
Kira boleh tahan lagi la parut tu. Kalau masa awal-awal dulu lagiiii geli. 
Belah kanan adelah gambar terkini, kelmarin. Slowly dah nak hilang.

Actually, normal wound will take roughly 3-5 weeks untuk pulih. Tapi, ada sesetengah wound yang ambik masa lebih lama bergantung pada banyak faktor like pemakanan, infection, edema, dan salah satunya umur. Biasa la kan, orang makin tua, badan pun jadi tua sama. Sel-sel pun cam malas je nak bergerak.

Ada customer Ephyra yang tanya kenapa healing process tu berbeza walaupun umur dia and adik dia cuma jarak setahun (kes jerawat yang teruk sampai berdarah). Ok, walaupun faktor umur mainkan peranan, macam yang aku cakap tadi, ada banyak lagi faktor lain, antaranya infection. Infection ni sebenarnya faktor paling utama sekali yang selalu menyebabkan wound tu lambat heal. Sebab bila wound tu kena jangkitan, sistem imuninasi dalam badan kita gunakan banyak tenaga untuk lawan jangkitan tadi. Bila sistem imunisasi habiskan banyak tenaga untuk lawan kuman, tenaga yang left for healing process dah tinggal sikit.

Sebab tu Ephyra ni bukan sekadar collagen drink.
Dia adelah energy booster. Dia bagi tambahan tenaga untuk healing process. Tapi dah kalau kau menggaruk luka tu macam nak rak sampai berdarah, konfem akan ada jangkitan. Kau minum Ephyra 10 sachet sehari pun process tu akan jadi lembab. Sebab sistem dalam badan tu jadi bercelaru. Mana nak lawan kuman, mana nak baikkan kulit lagi. Pulih memang pulih, tapi lambat sikit. Kalau kau jenis sabar takpe. 

Jangkitan bakteria (kuman) ni pulak akan hasilkan toxin. Toxin ni tadi akan interfere kita punya healing process. Dan toxin ni tadi jugak akan menyebabkan sel-sel yang kita nak pulihkan tu terus mati. Kan dah satu hal.
Cadangnya nak pulihkan sel. Tapi sel tu pulak mati disebabkan jangkitan. Acaner nak pulih?

That's why selalu kita dengar orang kata kalau ada jerawat kat muka jangan garu! Jangan sentuh! Pakai tisu atau kapas muka kalau nak bersihkan muka. Sebab kita tak tau apa yang ada kat tangan kita. Kita nak elakkan dari terkena jangkitan ni tadi. Bila luka (jerawat) kena jangkitan, tang tu la yang menyebabkan kenapa process nak baik tu jadi lembab. Jangan ingat parut yang besar-besar tu bahaya ya. Wound dari kesan menggaru (jerawat, gigitan nyamuk) jauh lagi bahaya. Very likely to be highly contaminated.





Tak sampai 30 hari licin dah tumit budak ni.
Tumit licin macam ni la baru gojes pakai kasut tinggi. 
Takde la kejap-kejap labuhkan kain nak tutup tumit kan.




Gambar kiri sebelum minum Ephyra, masa tu around Mac.
Gamba belah kanan bulan Jun. Roughly 3 months. Boleh tahan dah ni. Ada yang after penggunaan satu kotak dah hilang jerawat. Sebab tu aku cakap, healing process ni bergantung pada badan kita bukan kat produk semata-mata. Yang penting kena disiplin.

Kebanyakkan yang ambik Ephyra ni concern kulit kat muka.
Tapi macam yang aku cakap tadi, tak semua orang dapat kesan yang sama, cepat dan lambat berbeza from one individu to individu yang lain. Contohnya faktor umur.
Orang yang dah berumur nak licinkan kulit muka tu memang ambik masa. Takkan sama dengan orang muda ataupun kanak-kanak. Sebab semakin kita berumur, kulit kita jadi lebih fragile and potensi nak dapat jangkitan tu higher sebab badan dah semakin kurang hasilkan antibodi.
Bak kata orang, segalanya slow.
Penghasilan antibodi slow, respond terhadap inflammatory pun slow, fungsi sistem endokrin (kelenjar hormon) pun slow. Sebab tu la orang-orang yang lebih berusia ni terdedah dengan macam-macam penyakit, sebab segalanya dah slow. Sebab tu bila ada yang tanya aku boleh ke mak dia sakit lutut, darah tinggi, sakit urat ambik Ephyra - aku cakap boleh, tapi kesannya bergantung kepada sistem badan.

Orang yang ada darah tinggi, sakit urat and all, bukan takleh ambik Ephyra. Ephyra ni bukan ubat, dia makanan tambahan untuk kulit. Boleh je ambik (atas nasihat dokter). Cuma kesan berbeza.
Bila kita ada penyakit macam heart disease atau kencing manis, penyakit tu akan interfere blood circulation sedangkan kita tahu nutrient dalam badan kita ni digerakkan oleh blood. Dah kalau blood circulation ada gangguan, maka lojikla kesan Ephyra ni agak lambat dirasa sebab pergerakkan nutrien tu slow kerana disease dah interefere pergerakan darah.

Clear?
Rasa-rasa boleh paham tak apa aku cerita ni?
Kalau tak paham aku boleh je explain lagi tapi kena email aku ya.

Aku bukan dokter, aku just bagi pandangan berdasarkan ilmu yang ada, yang tak banyak mana pun ni. Feel free to dapatkan nasihat dokter.

Kalau ada sesape nak try Ephyra, boleh klik link kat bawah entry ni (bawah sekali).
Ada new gift.



Iklan 1




Iklan 2




Iklan 3




Iklan 5



Iklan 6




Iklan 7




Iklan 8




Iklan 9




Iklan 10




Iklan 11






2014-07-07

Label



Statement ustazah ni umpama mercun meletup betul-betul depan muka aku. Terbakor dan hangit terus ai. Terasa nau.
Aku ni dulu bukan takat pakai baju nipis nampak bra, baju nampak half breast pun aku lenjan.
Terasa statement tu macam perli aku je.
Memang takde lapik punya dia bagi. Setepek.

Walaupun hakikatnya semua tau yang tak semua orang Arab tu menutup aurat dengan sempurna, tapi aku tau ustazah ni maksudkan wanita Arab di Mekah and Madinah, berdasarkan soalan aku. Dia pun tau some wanita Arab kalau Mesir camana gayanya.

Tapi tang "selembut-lembut wanita melayu takde segan silu keluar rumah berbaju ketat" tu, agaknya macam tu la persepsi orang-orang alim kat aku zaman-zaman aku pakai baju tak cukup kain dulu.
Dulu, ada orang penah direct sound aku "Diana pakai macam ni adekah membantu dari segi sales?"
Soalan dia tu seolah-olah keje aku ni bukan promote barang tapi promote peha.
Kecik hati jugak, tapi masa tu aku just diam je sebab dia tu kategori customer.
Tapi bukan customer yang rapat pun.

Tak semua yang tak bertudung tu hatinya jahat.
Tak semua jugak yang bertudung tu hatinya baik.
Dalam kes aku dulu, aku tak rasa pun aku baik.
Sebab aku selalu rasa diri jahat lah maka aku elakkan diri dari bergaul dengan set-set bertudung litup. Sebab segan. Dorang tu baik. Aku ni alahaiii, kalau skirt tu tak atas dari lutut aku takkan beli.

Dari pengalaman aku, set-set alim ni kebanyakkannya ada persepsi yang buruk dengan kita yang jahil ni. Pengalaman kita tak sama, tapi apa yang aku alami, macam tu lah. Menegur tu tak berhikmah lansung. Dia nak menasihat, nak berpesan-pesan, ok tu bagus. Tapi cara menasihat tu seolah-olah nak menampakkan kedudukan dia di sisi Allah lebih mulia dari kita hanya kerana kita tak menutup aurat. Seolah-olah macam kita ni layak terima teguran secara penghinaan sebab pakaian kita pun ala-ala hina gitu.

Betul, pusing kot mana pun, tak tutup aurat tu tetap salah. Benda ni aku tak nafikan.
Tapi itu bukan lesen untuk kau hina orang lain macamkan kau maksum.

Yes, aku jahil sebab tak tutup aurat.
But kau pun sama jahil sebab tak tau adab menegur.

Aku tak pernah ada persepsi buruk dengan orang yang bertudung litup kecuali kau cucuk aku.
Always terasa yang set-set bertudung labuh ni di kalangan yang baik-baik sebab dorang tutup aurat dengan sempurna. Bukan mudah dorang nak istiqomah apetah lagi duduk kat Malaysia yang jubah dan tudung labuh tu bukan pakaian kebiasaan. Tu belum lagi dengan double standard, some majikan tak allow pakai macam tu kat pejabat. Tambah lagi kalau kau buat sales and marketing dengan berjubah bertudung labuh. Memang tak ramai customer yang nak berurusan dengan kau. Atas sebab-sebab ni lah yang buat aku respect dengan orang yang bertudung labuh. Bagi aku dorang ni kuat semangat. Banyak godaan kiri kanan. Ingat dorang tak rasa jeles ke tengok perempuan lain pakai skinny jeans, pakai kebaya, pakai mermaid skirt? Jeles okeh. Tapi sebab dorang istiqomah, tu yang buat aku respek.

Tapi tulah, belum tentu attitudenya sempurna.
Belum tentu ikhlasnya sempurna.
Belum tentu hatinya sebaik penampilannya.

Aku bersyukur sangat aku pernah lalui zaman 'pakai baju tak cukup kain'.
Bukan bersyukur bangga sebab aku dapat merasa pakai sexy, tapi syukur sebab aku diberi peluang merasa '2 zaman', supaya aku tak mudah melabel orang lain.

Aku pernah naik bas, duduk row belakang. Sebelah kiri lelaki, pastu ada space muat untuk 2 bontot, then ada sorang perempuan duduk. Jadi aku duduk sebelah perempuan tu. 
Kat satu stop, sorang perempuan bertudung labuh (rasanya student UKM), naik.
Dia terus ke belakang sebab memang seat lain penuh.
Dia nampak ada space sebelah aku tapi dia taknak duduk sebab sebelah tu lelaki.
Tapi dia bagi signal kat aku supaya aku ketepi and duduk sebelah lelaki tu, jadi dia can ambik seat aku sebab sebelah aku perempuan.
Masa tu aku rasa akak ni memang biadap dan takde otak.
Hanya kerana aku tak pakai tudung, kau ingat  aku tak kisah badan aku bersentuh dengan brader tu? Kalau aku nak, awal-awal lagi aku takkan pilih seat sebelah pompuan.
Tapi sebab aku kesian dia berdiri, aku beralih tempat.
Dan dia dengan muka selamba, takde cakap tima kasih, terus duduk.
Eh, hinanya aku ni. Tima kasih pun takde ke?

Hidup ni saling memerlukan ya.
Kita rasa kita tak perlu manusia jahil jadi kawan kita.
Tapi yang jahil ni jugak la yang kita harapkan untuk beralih tempat duduk.

Bila aku dah berada di 'zaman' sekarang, banyak sedarkan aku yang set bertudung dengan set tak bertudung ni sama je. Dorang pun adakalanya mengutuk, mengumpat, bermasam muka sesama sendiri. Tinggal lagi orang tak nampak. Bukan sebab dorang pandai cover tapi sebab takde sape nak ambik port dengan set-set ni. Kebanyakkannya beranggapan set-set baik ni adelah kelompok yang tak perlu dikisah dan diumpatkan. Bukan sebab dorang tak outstanding, tapi sebab sorang nampak baik dowh. Takde point pun nak diumpatkan.

'Walaupun dorang pakai jeans ketat, at least hair covered'
'Seburuk-buruk perangai dia, tapi buruk lagi kau, terang-terang tak pakai tudung!'

Seriesly aku benci dengan statement-statement ni.
Ni semua statement dari orang yang bagi green lite kat diri sendiri untuk buat benda jahat but at the same time nak diri tu nampak baik sikittttttt je dari orang yang tak bertudung.

Sudah-sudahla buat statement nak backing diri sendiri like this. Muak.
Yang membezakan manusia tu bukan penampilan, tapi ilmu.
Tapi jangan pulak ingat kita berilmu, maka kita always right.
Ada dosa yang dibuat kerana takde ilmu.
Tapi ada juga dosa yang dibuat kerana dah merasa diri hebat di sisi Allah.

Aku harap sangat aku takkan jadi sebahagian dari kelompok yang pandang serong dengan orang yang tak bertudung. Aku tetap percaya semua manusia ada peluang untuk berubah.
Samada berubah ke arah lebih baik, atau sebaliknya.
Kalau yang non-Muslim pun boleh diberi hidayah, mustahil yang dah sedia Islam ni tak dapat hidayah yang sama. Kalau Dia nak kita, Dia tunjuk. Jadi, jangan nak pandai-pandai melabel orang, menentukan syurga neraka orang.
Sebab sorang ustaz pernah kata "Kita masuk syurga bukan kerana amalan. Kalau kerana amalan, kita takkan layak. Tapi kita masuk syurga kerana rahmat dan redha Allah. Amalan orang tu sikit tapi mungkin yang sikit tu lah yang Allah suka".




2014-07-06

Pecah



Semalam (Sabtu) rumah aku kena pecah masuk.
Kitorang satu famili gi Bangi berbuka kat rumah Mak Aji.
Lepas Asar gerak ke sana, around 5.15pm.
Lepas terawikh baru balik.
Sampai rumah kul 11.15pm. Macam biasa En Wan yang akan bukak pintu rumah dulu. Elok je kuak pintu, aku nampak dia macam melompat masuk. Apehal la mamat ni sampai meloncat. Pastu dengar dia jerit "Rumah kena pecah!"

Terus kitorang meluru naik bilik.
Dalam kepala aku memang terbayang laptop and desktop. Masak weh kalau dia angkut. Semua keje-keje aku ada dalam tu. Jangan buat pasal.
En Wan terus meluru masuk bilik Redza sebab petang tu dia buat keje kat bilik Redza, laptop semua kat bilik tu.




Cantik kan bilik aku dia buat?

The moment aku nampak desktop ada atas meja, ok lega. Pastu aku check laptop dalam lemari, ok ada 2 bijik tak berusik. Alhamdulillah. En Wan pun lega laptop dia still ada atas meja.

Bila barang-barang tu semua ada, then check passport pulak. Ok great, ada. Passport bibik pun ada. Cuma jam 6 bijik hilang. Jam En Wan, Redza, mak and jam anak sedara dia nak buat hantaran bertunang. Aku mana pakai jam. Pastu duit mak RM250 dia dapat rembat. Kebetulan petang sebelum gerak ke Bangi Kak Ngah datang rumah. Dia baru je bagi mak duit tu, dah kena rembat pulak. Aku rasa pencuri ni sakit ati gak la sebab dia tak jumpa apa yang dia nak. Aku memang tak pakai barang kemas. Tak pernah beli pun. Dan kitorang memang tak simpan cash at home termasuklah tabung. Takde tabung pun kat rumah.

Agaknya dia tak puas hati tak jumpa emas lansung kat bilik aku, habis semua dia punggah sampaikan bilik air aku pun dia 'kemas'. Bodo punya pencuri. Kau nak cari apa dalam bilik air. Berus gigi emas?

Tetiba En Wan tanya "Beg merah awak mana Di?"

Check check...mak aiiiii style pencuri ni.
Dia rembat Chanel ngan Dior Panarea aku rupanya.
Henbeg-henbeg lain kau taknak pulak rembat, yang mahal kau sapu kan? Tapi bodoh jugak la sebab kau tak rembat Lady Dior aku sekali. Agaknya dia kata kecik je Lady Dior ni mesti murah. Hahaha.

Kalau ikut cakap polis, dorang suspek America Latin punya keje ni sebab kalau Indo, tak mungkin dia pilih-pilih beg. Tapi tak kisah la, tak ralat pun henbeg tu hilang. Ada rezeki beli lagi. Cuma rasa takut sebab orang kata kalau pencuri ni tak puas hati, mungkin dia akan cuba masuk lagi. Maklumlah carik emas ngan duit tak dapek.

Pencuri ni bukan calang-calang. Jenis dah dah biasa buat keje mencuri sebab kitorang perasan power box terbukak. Mesti dia nak off kan alarm. Cuma pelik amacam dia boleh tau kitorang takde rumah. Mesti dia dah aim lama dah rumah ni. Selalunya rumah memang sentiasa ada orang tunggu kan. Agaknya semalam dia nampak kot kitorang keluar. Jiran sebelah kata dia nampak ada kereta kancil park depan gate sampai pukul 9pm. Gila lama dia geledah rumah aku. Tak puas hati la tu tak jumpa apa yang dia nak.




Tapi yang paling-paling aku berbulu sekali adelah rumah aku berselerak! Hoih, penat gila aku nak kemas la bangangggggg. Baru last week aku kemas lemari kain baju buang apa-apa yang patut, tak pepasal pagi ni mengemas bilik. But one thing bagusnya pencuri ni dia tak jahanamkan rumah aku. Dia memang aim nak ambik duit, emas and barang-barang kecik je ni. Malangnya tak dapat. Kau ingat aku kaya? Salah rumah kau masuk.

Barang-barang macam TV, laptop, desktop memang intact. Jewellery box aku berselerak. Mesti dia ingat banyak emas dalam tu, bukak-bukak alahai brooch je?? Mesti dia maki aku kaw-kaw semalam. Hahaha. Lantak kau la labuuuu. Apa-apa pun alhamdulillah sebab PC and laptop still ada. Boleh melopong aku kalau keje-keje aku hilang. Tu pun abis baik dah dia tak potong grill aku. Dia cabut grill kemas je. Takyah aku buat grill baru. Baik jugak pencuri ni. Ngahahah.

Yang lawaknya tu, Ephyra aku dia rembat sekotak. Lahabau. Sempat lak ko punggah stock aku ya. Oh ye la, nak raya kan. Haruslah nak nampak cantik jugak di pagi Syawal. Tapi dapur aku kemas. Takde kesan punggah lansung. Sape nak simpan duit ngan emas, silakan simpan kat dapur ya.

Alhamdulillah la, takde sangat yang hilang.
Yang penting kitorang anak-beranak selamat. Masa nampak bilik kena punggah pun takde rasa kesal sangat sebab tau kat rumah memang takde barang berharga cuma rasa risau. Risau dia datang lagi. Semalam tido pun kejap-kejap terjaga. Pantang dengar bunyik sikit je dua-dua celik mata. Takut jugak kalau-kalau pencuri tu masih ada dalam rumah. Mana la tau dia menyorok atas siling ke. Tak sempat nak lari punya pasal.

Kesian semua, terus tak selera nak sahur pagi tadi.
Aku je yang sahur sorang-sorang.
Nak buat camnekan, dah benda nak jadi. Takkan sampai taknak makan kot. Ni pun dah kira Tuhan lindung banyak dah ni. Just imagine, laptop 3 bijik dia tak terasa nak ambik. Kan ke dah patut syukur dah tu?

Oh yes, ada satu lagi kepelikkan.
Pencuri tu punggah kotak passport kitorang. Dalam kotak tu ada satu-satunya gelang emas aku hadiah dari arwah nenek. Tapi tak pakai. Pelik juga apesal dia tak kaut sekali. Jam yang ntah boleh laku ke tak tu kau sebat tapi gelang emas tak berusik. Mak mertua aku cakap agaknya mata pencuri tu ditutup sampai tak nampak gelang tu. Agaknya lah kan? Allah nak tinggalkan gelang tu untuk aku simpan buat kenang arwah nenek agaknya.

Apa apa pun, everything dah back to normal.
Oh yes, sorry to 2 orang reader yang datang ambik Ephyra malam semalam. Aku tak jemput masuk rumah sebab rumah huru-hara. Raya sok datang ya?



2014-07-04

Ephyra : Promo : Mug



Ni namanya hadiah.
Hadiah baru untuk customer Ephyra.
Mug limited edition sempena Ramdhan + Syawal (kalau ada lebih, sambung sampai Deepavali).
Kalau abis awal, maknanya tak buat dah.
Ini bukan mug dari Ephyra, tapi ini mug dari aku. Sebab tu kat bawah mug tu ada tulis url blog aku.

Apesal letak url blog?
Eh, tu pun dah kira baik aku just letak url blog. Kalau aku tepek muka aku?
Konfem takde sape selera nak bancuh kopi.

Memandangkan mug ni berat, postage lak dah free, jadi siapa yang beli Pakage RM180 saja dapat mug. Yang beli Package RM500 tak dapat sebab RM500 tu dah kira hadiah kasih sayang dah tu. Melainkan ko nak beli the mug, sila tinggalkan pesan kat bahagian remarks di bawah ya. Sampul raya tu datang dari pihak Ephyra sendiri, bukan dari aku.

Sesape yang sejak 2 hari lepas dah masukkan payment tapi aku hold delivery sebab hadiah dah habis, aku akan ganti dengan mug ni. Nanti petang mungkin korang akan dapat tracking number.



Name:
Email Address:
I would like to purchase Ephyra for Malaysia 1 box (30 sachets) + mug + green envelope, RM180
Ohsem Deal for Peninsular 3 box (90 sachets) +shaker + green envelope, RM500
Ohsem Deal for Sabah/Sarawak 3 box (90 sachets) + shaker + green envelope, RM530
Quantity
My address
Contact Number
Remarks

2014-07-03

Siti Hajar


Kalaulah aku boleh buat lebih dari sekadar bagi pandangan, memang aku buat. Tapi aku ni pun takde lebihnya dengan orang lain. Sama je. Cuma mungkin cara tangani masalah tu je berbeza sikit. Alhamdulillah kalau itu yang Allah ilhamkan.

Everyday bukak email, aku cukup takut kalau-kalau ada email pasal rumahtangga especially luahan dari isteri-isteri yang ada masalah dengan suami. Ya Allah, cukup takut. Sebab luahannya bukan sikit-sikit. Takut jugak diri terpengaruh bila baca.

Alangkan dengan orang yang kita kenal kat alam cyber, tak penah berjumpa, takat baca tulisan pun kita boleh rasa sakit hati macamkan kita kenal benar dengan orang tu. Inikan pulak orang yang hari-hari jumpa, tido sebantal, makan sepiring, mandi jemaah. Dan tentu-tentu kita kenal kat mana kelemahan dia. Hari-hari nampak salah dia. Memang lojik sangat kalau nak ada rasa tak puas hati.

Daripada gaya tulisan, cara luahan, aku dapat rasakan yang isteri-isteri ni sebenarnya kuat. Disebabkan kuatlah maka Allah bagi ujian. Kalau kita lihat dengan mata hati, sure kita bersyukur sangat. Dia bagi kita ujian sebab Dia nak beri kita hadiah yang lebih baik sebenarnya. Nak bagi hadiah, mana boleh bagi sesaje. Mesti kena ada sebab. Dan kerana tu lah Dia datang kan ujian. Bila kita terima ujian, selalunya kita akan lebih dekat padaNya. Waktu nilah selalunya kita berdoa bersungguh-sungguh dengan hati, bukan sekadar di mulut. Waktu susah ni la selalunya solat dan doa menjadi lebih khusyuk. Kan ke nikmat namanya kalau dapat bersolat dengan khusyuk?

Bila kita dalam kesusahan, kita sabar dan bersungguh-sungguh doa, merintih kat Dia, itulah yang membuatkan doa kita diangkat cepat. Sebab tu orang kata, doa orang yang dalam kesusahan, orang yang teraniaya, orang miskin, lebih didengari kerana ketika tu orang-orang ni dalam kesusahan. Doa dari golongan ni memang bersungguh.

Everyday dalam solat, kita baca Al-Fatihah.
Dalam surah tu kita sebut hanya Allah yang disembah dan Dia lah tempat kita memohon pertolongan. Hari-hari!
Lima waktu sehari, setiap rakaat, itulah yang kita sebut. Jadi kenapa tak mintak petunjuk Dia?
Orang lain takkan dapat selesaikan masalah kita.
Apalah yang aku boleh buat?
Tak boleh buat banyak pun. Jodoh aku ni pun Dia yang pegang. Takat bagi pandangan sikit-sikit boleh la. Tapi lagi bagus kalau simpan je cerita tu, persembahkan kat Dia time solat nanti. Hanya dia je yang boleh tolong.

Doa kita dikatakan secara lansung pergi pada Allah, apatah lagi kalau doa tu datang dari orang yang dalam kesusahan. Tiada hijab.
Aku tak pandai hal-hal macam ni. Sungguh, memang tak pandai.
Tapi apa yang aku boleh cakap, cubalah bangun malam. Doa. Menangis. Merintih.
Bagitau Dia apa yang terbuku dalam hati. Dia memang dah tau kalau kita tak bagitau pun, tapi Dia nak tengok kita usaha cari Dia. Dia nak dengar kita merintih pada Dia.

Aku penah terbaca somewhere yang mengatakan Allah pun malu kalau Dia tak tunaikan permintaan kita. Dia mesti akan tunaikan. Tapi kita kena mintak sungguh-sungguh. Jalannya, sabar.

Kalau rasa berat jugak nak buat, cuba selak buku, cari sejarah Siti Hajar dan Nabi Ibrahim. Bukan calang-alang ujian Siti Hajar. Aku buat sai' dulu pun boleh tahan mengah nak menghabiskan 7 round tu. Tu cara-cara dah dipasang aircond berbumbung segala. Baru satu je ujian Siti Hajar yang Tuhan suruh buat. Belum Dia bagi kita sebijik-sebijik macam Siti Hajar dapat. Ujian emosi, ujian tauhid, ujian fizikal. Allahuakbar. Tak tau lah kalau aku. Rebah jugak agaknya.

Mesti ada yang cakap 'Tapi kita bukan Siti Hajar!'

Betul.
Kita memang bukan Siti Hajar.

Sebab kita bukan Siti Hajar lah maka Tuhan tak bagi kita dugaan macam Siti Hajar dapat. Dia bagi yang lite-lite je.
Dan sebab kita bukan Siti Hajar lah maka kita juga tak dapat suami semulia Nabi Ibrahim. Jadi, jangan hanya pandang kekurangan suami.
Tuhan uji kita dengan sesuatu yang kita boleh tanggung.

Contoh paling dekat, makbapak kita.
Cuba tanya dorang apa yang menyebabkan dorang kekal bersama sampai sekarang.
Adekah dorang tak pernah bergaduh?
Adekah bapak kita tu suami yang perfect untuk mak kita?
No one perfect.
Dorang kekal bersama bukan kerana masing-masing takde kekurangan.
Tapi kekal kerana masing-masing fokus pada kelebihan pasangan.

Kalau rasa memang dah tak boleh pegi dah, nak bercerai pun bukannya salah.
Cuma jangan canang buruk pasangan kita kat orang.
Bukan apa, mungkin suami kita jadi macam tu kerana dia tak tahu.
Kalau dia tahu tanggungjawab, dia tahu hukum, tak mungkin dia jadi macam tu.
Hidayah tu kan milik Allah. Kalau suami tak cari, kita as isteri tolong mintakkan hidayah tu dari Dia.
Sungguh, Allah Maha Mendengar.


2014-07-01

Jangan paksa aku lah


Aku memang ada masalah dengan orang yang menjual barang dengan cara paksaan.
Memaksa satu hal. Satu hal lagi guna kekdah kondem produk orang lain untuk meng-up-kan produk sendiri.

2 hari lepas aku ada jumpa someone kat ofis. Dia ni bukan sedara, bukan member, cuma visitor.
Objektif meeting tu sebenarnya lain, alih-alih 3/4 daripada sesi meeting tu dia conquer untuk promote product MLM dia. Aku ni bukanlah anti sangat ngan MLM asalkan ko jangan memaksa. Tapi bila kau dah guna kekdah memaksa dan mengkondem, memang aku takkan layan kau forever lah.

Dia kondem aircond opis aku.

Tak bagus katanya kalau pasang aircond tanpa air purifier.
Kalau tak, nanti aku senang mengantuk sebab kurang aliran oksigen.
Lagipun udara panas susah nak keluar kalau tak pakai air purifier katanya.
Eh, aku yang duduk kau yang panas??

Aku yang duduk dalam opis ni 4 tahun takde apa-apa, kau yang datang tak sampai 4 jam dah sibuk nak cakap aku senang mengantuk kalau tak pasang air purifier??
Sometimes dek kerana too excited nak promote, dalam kepala tu hanya terbayang duit, menjadikan kita kurang peka. Kot nak kondem pun tengok la dulu aircond tu jenis apa.
Ada ionizer and purifier sekali kot.
Jangan la main tembak je. Kang tak pasal kena tembak balik, malu der.

Aku cakap kat dia, so far aku takde masalah dengan aircond opis ni.
Lagipun bukan 9 to 5 aku kat ofis, aku merayap (read = mengulor).
Sometimes tak masuk opis lansung.
Pastu dia tanya kat rumah ada pakai air purifier tak. Aku cakap pakai brand *****.
Brand biasa-biasa je pun.
"You buy that brand? I tell you that purifier is not good. You have to change filter many times...if you use mine, the air will be so purified you hardly wake up the next morning"

Ni lagi satu perangai yang aku menyampah.
Meng-up-kan product sendiri sampai bunyiknya jadi tak lojik.
Kalau dah sampai pagi pun susah nak bangun, ni bukan nak bagi aku makin produktif.
Ni namanya nak bagi bisnes aku melingkup.

Promote produk sendiri tak agak-agak. Kot ye pun nak mengencing takyah la laju sangat kencing tu. Kemut-kemut la sikit. Aku dah guna setahun kot air purifier tu, takde maknanya kejap-kejap tukar filter.

Tak boleh ke promote produk tanpa sentuh produk orang lain.
Kan ke kerja tu lebih mudah bila kita bercerita apa yang produk kita mampu bantu, instead of mengkondem mengcompare produk lain.
Bukan tak boleh compare, tapi cerita la dulu apa produk kau boleh bagi.
Kalau customer tanya comparison baru la kau bagitau.
Kalau customer tak tanya diam dah la. Sebab selalunya customer akan lebih ingat product yang kita kondem dari produk kita sendiri sebab kita dah habiskan 70% of the talk dengan mengkondem produk orang lain. By the way, susah nak jual ya kalau tak mengutuk produk orang lain?

Inilah sebabnya kenapa aku mengelakkan diri dengan orang MLM.
Sebab aku belum jumpa lagi orang MLM yang tak memaksa. Mungkin aku belum jumpa lagi dengan orang MLM yang betul.
Aku tau MLM-ers sangat bersemangat because money motivates them.
Sape yang tak suka duit. Semua suka. Masa aku kena interview dulu, bos tanya aku "What motivates you?"
Aku jawab "Money".
Tapi tolonglah jangan sampai jadi kebencian orang.
Aku pun sales jugak. Aku buat apa yang ko buat.
Appointment, talk, promote, demo....semua aku buat.
Yang aku belum buat - paksa orang beli.

Ada sorang tu sampai sekarang aku tak angkat kalau dia call.
Sebab everytime dia call, bertanya khabarnya cuma 2 minit, tapi sembang MLM 2 jam.
And bila dia start promote produk dia, suddenly produk brand lain semua teruk.
Sebelum aku sembang ngan dia aku dah pakai produk A selama 10 tahun tanpa masalah.
Baru sembang ngan dia 5 minit, rupanya produk yang berbakti kat aku selama 10 tahun tu adalah sampah. You get it?

Masa aku kat spital time bersalin Rayyan dulu, ada la dengar orang kat sebelah katil sembang.
Agaknya ada sedara mara dia yang join MLM melawat dia.
Sedara dia tu promote dia beli macam-macam pil. Takyah makan ubat spital pun takpe. Bantal hospital pun tak elok pakai, kena beli bantal yang dia jual tu. Aku kat sebelah dengar pun macam....errrr. Tak cukup ngan pil hospital kena kondem, sampai bantal pun kau nak tapau. Seriesly?

Honestly, aku takde masalah dengan produk MLM.
It is just another product. And semua produk ada kelebihan. Sebab tu produk MLM bukan masalah kat aku. Dia start jadi masalah bila kau paksa aku beli walaupun aku dah cakap aku tak berminat.

Being persistent memang syarat untuk berjaya tapi harus ada skill and bertempat.
Kalau orang tu dah kata taknak, kau push jugak sampai 34 kali, tu namanya bukan persistent.
Tu buta perut!
Kalau nak persistent pun biar jangan sampai orang menyampah tengok muka kita.
Orang ni taknak, ok try orang lain pulak. Orang lain maybe nak.
Orang kat sini taknak, ok try orang sana pulak, orang sana mungkin berminat. That is persistent.
Ni balik-balik kau cucuk orang yang sama. Macamana la takde yang putus sedara.

MLM-ers, as long as kau tak memaksa aku beli, and tak kondem produk orang lain, maknanya we can still go ngeteh together-gether.

Ok, jeans kat bawah ni En Wan tak bawak banyak sebab yang kali ni limited edition, dia bawak design kali ni khas untuk raya. Dia cakap size-size yang dia bawak ni semua based on size yang regular customer dia pesan. Jadi setiap size yang dipesan tu dia bawak extra. So sila isi form kat bawah gamba ni untuk order :






Name:
Email Address:
Size
Quantity
Delivery address
Contact number
Remarks