walk on wings, tread in air: Pecah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Pecah
2014-07-06


Semalam (Sabtu) rumah aku kena pecah masuk.
Kitorang satu famili gi Bangi berbuka kat rumah Mak Aji.
Lepas Asar gerak ke sana, around 5.15pm.
Lepas terawikh baru balik.
Sampai rumah kul 11.15pm. Macam biasa En Wan yang akan bukak pintu rumah dulu. Elok je kuak pintu, aku nampak dia macam melompat masuk. Apehal la mamat ni sampai meloncat. Pastu dengar dia jerit "Rumah kena pecah!"

Terus kitorang meluru naik bilik.
Dalam kepala aku memang terbayang laptop and desktop. Masak weh kalau dia angkut. Semua keje-keje aku ada dalam tu. Jangan buat pasal.
En Wan terus meluru masuk bilik Redza sebab petang tu dia buat keje kat bilik Redza, laptop semua kat bilik tu.




Cantik kan bilik aku dia buat?

The moment aku nampak desktop ada atas meja, ok lega. Pastu aku check laptop dalam lemari, ok ada 2 bijik tak berusik. Alhamdulillah. En Wan pun lega laptop dia still ada atas meja.

Bila barang-barang tu semua ada, then check passport pulak. Ok great, ada. Passport bibik pun ada. Cuma jam 6 bijik hilang. Jam En Wan, Redza, mak and jam anak sedara dia nak buat hantaran bertunang. Aku mana pakai jam. Pastu duit mak RM250 dia dapat rembat. Kebetulan petang sebelum gerak ke Bangi Kak Ngah datang rumah. Dia baru je bagi mak duit tu, dah kena rembat pulak. Aku rasa pencuri ni sakit ati gak la sebab dia tak jumpa apa yang dia nak. Aku memang tak pakai barang kemas. Tak pernah beli pun. Dan kitorang memang tak simpan cash at home termasuklah tabung. Takde tabung pun kat rumah.

Agaknya dia tak puas hati tak jumpa emas lansung kat bilik aku, habis semua dia punggah sampaikan bilik air aku pun dia 'kemas'. Bodo punya pencuri. Kau nak cari apa dalam bilik air. Berus gigi emas?

Tetiba En Wan tanya "Beg merah awak mana Di?"

Check check...mak aiiiii style pencuri ni.
Dia rembat Chanel ngan Dior Panarea aku rupanya.
Henbeg-henbeg lain kau taknak pulak rembat, yang mahal kau sapu kan? Tapi bodoh jugak la sebab kau tak rembat Lady Dior aku sekali. Agaknya dia kata kecik je Lady Dior ni mesti murah. Hahaha.

Kalau ikut cakap polis, dorang suspek America Latin punya keje ni sebab kalau Indo, tak mungkin dia pilih-pilih beg. Tapi tak kisah la, tak ralat pun henbeg tu hilang. Ada rezeki beli lagi. Cuma rasa takut sebab orang kata kalau pencuri ni tak puas hati, mungkin dia akan cuba masuk lagi. Maklumlah carik emas ngan duit tak dapek.

Pencuri ni bukan calang-calang. Jenis dah dah biasa buat keje mencuri sebab kitorang perasan power box terbukak. Mesti dia nak off kan alarm. Cuma pelik amacam dia boleh tau kitorang takde rumah. Mesti dia dah aim lama dah rumah ni. Selalunya rumah memang sentiasa ada orang tunggu kan. Agaknya semalam dia nampak kot kitorang keluar. Jiran sebelah kata dia nampak ada kereta kancil park depan gate sampai pukul 9pm. Gila lama dia geledah rumah aku. Tak puas hati la tu tak jumpa apa yang dia nak.




Tapi yang paling-paling aku berbulu sekali adelah rumah aku berselerak! Hoih, penat gila aku nak kemas la bangangggggg. Baru last week aku kemas lemari kain baju buang apa-apa yang patut, tak pepasal pagi ni mengemas bilik. But one thing bagusnya pencuri ni dia tak jahanamkan rumah aku. Dia memang aim nak ambik duit, emas and barang-barang kecik je ni. Malangnya tak dapat. Kau ingat aku kaya? Salah rumah kau masuk.

Barang-barang macam TV, laptop, desktop memang intact. Jewellery box aku berselerak. Mesti dia ingat banyak emas dalam tu, bukak-bukak alahai brooch je?? Mesti dia maki aku kaw-kaw semalam. Hahaha. Lantak kau la labuuuu. Apa-apa pun alhamdulillah sebab PC and laptop still ada. Boleh melopong aku kalau keje-keje aku hilang. Tu pun abis baik dah dia tak potong grill aku. Dia cabut grill kemas je. Takyah aku buat grill baru. Baik jugak pencuri ni. Ngahahah.

Yang lawaknya tu, Ephyra aku dia rembat sekotak. Lahabau. Sempat lak ko punggah stock aku ya. Oh ye la, nak raya kan. Haruslah nak nampak cantik jugak di pagi Syawal. Tapi dapur aku kemas. Takde kesan punggah lansung. Sape nak simpan duit ngan emas, silakan simpan kat dapur ya.

Alhamdulillah la, takde sangat yang hilang.
Yang penting kitorang anak-beranak selamat. Masa nampak bilik kena punggah pun takde rasa kesal sangat sebab tau kat rumah memang takde barang berharga cuma rasa risau. Risau dia datang lagi. Semalam tido pun kejap-kejap terjaga. Pantang dengar bunyik sikit je dua-dua celik mata. Takut jugak kalau-kalau pencuri tu masih ada dalam rumah. Mana la tau dia menyorok atas siling ke. Tak sempat nak lari punya pasal.

Kesian semua, terus tak selera nak sahur pagi tadi.
Aku je yang sahur sorang-sorang.
Nak buat camnekan, dah benda nak jadi. Takkan sampai taknak makan kot. Ni pun dah kira Tuhan lindung banyak dah ni. Just imagine, laptop 3 bijik dia tak terasa nak ambik. Kan ke dah patut syukur dah tu?

Oh yes, ada satu lagi kepelikkan.
Pencuri tu punggah kotak passport kitorang. Dalam kotak tu ada satu-satunya gelang emas aku hadiah dari arwah nenek. Tapi tak pakai. Pelik juga apesal dia tak kaut sekali. Jam yang ntah boleh laku ke tak tu kau sebat tapi gelang emas tak berusik. Mak mertua aku cakap agaknya mata pencuri tu ditutup sampai tak nampak gelang tu. Agaknya lah kan? Allah nak tinggalkan gelang tu untuk aku simpan buat kenang arwah nenek agaknya.

Apa apa pun, everything dah back to normal.
Oh yes, sorry to 2 orang reader yang datang ambik Ephyra malam semalam. Aku tak jemput masuk rumah sebab rumah huru-hara. Raya sok datang ya?



posted by aveo757 @ 11:26 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER