2014-07-01

Jangan paksa aku lah


Aku memang ada masalah dengan orang yang menjual barang dengan cara paksaan.
Memaksa satu hal. Satu hal lagi guna kekdah kondem produk orang lain untuk meng-up-kan produk sendiri.

2 hari lepas aku ada jumpa someone kat ofis. Dia ni bukan sedara, bukan member, cuma visitor.
Objektif meeting tu sebenarnya lain, alih-alih 3/4 daripada sesi meeting tu dia conquer untuk promote product MLM dia. Aku ni bukanlah anti sangat ngan MLM asalkan ko jangan memaksa. Tapi bila kau dah guna kekdah memaksa dan mengkondem, memang aku takkan layan kau forever lah.

Dia kondem aircond opis aku.

Tak bagus katanya kalau pasang aircond tanpa air purifier.
Kalau tak, nanti aku senang mengantuk sebab kurang aliran oksigen.
Lagipun udara panas susah nak keluar kalau tak pakai air purifier katanya.
Eh, aku yang duduk kau yang panas??

Aku yang duduk dalam opis ni 4 tahun takde apa-apa, kau yang datang tak sampai 4 jam dah sibuk nak cakap aku senang mengantuk kalau tak pasang air purifier??
Sometimes dek kerana too excited nak promote, dalam kepala tu hanya terbayang duit, menjadikan kita kurang peka. Kot nak kondem pun tengok la dulu aircond tu jenis apa.
Ada ionizer and purifier sekali kot.
Jangan la main tembak je. Kang tak pasal kena tembak balik, malu der.

Aku cakap kat dia, so far aku takde masalah dengan aircond opis ni.
Lagipun bukan 9 to 5 aku kat ofis, aku merayap (read = mengulor).
Sometimes tak masuk opis lansung.
Pastu dia tanya kat rumah ada pakai air purifier tak. Aku cakap pakai brand *****.
Brand biasa-biasa je pun.
"You buy that brand? I tell you that purifier is not good. You have to change filter many times...if you use mine, the air will be so purified you hardly wake up the next morning"

Ni lagi satu perangai yang aku menyampah.
Meng-up-kan product sendiri sampai bunyiknya jadi tak lojik.
Kalau dah sampai pagi pun susah nak bangun, ni bukan nak bagi aku makin produktif.
Ni namanya nak bagi bisnes aku melingkup.

Promote produk sendiri tak agak-agak. Kot ye pun nak mengencing takyah la laju sangat kencing tu. Kemut-kemut la sikit. Aku dah guna setahun kot air purifier tu, takde maknanya kejap-kejap tukar filter.

Tak boleh ke promote produk tanpa sentuh produk orang lain.
Kan ke kerja tu lebih mudah bila kita bercerita apa yang produk kita mampu bantu, instead of mengkondem mengcompare produk lain.
Bukan tak boleh compare, tapi cerita la dulu apa produk kau boleh bagi.
Kalau customer tanya comparison baru la kau bagitau.
Kalau customer tak tanya diam dah la. Sebab selalunya customer akan lebih ingat product yang kita kondem dari produk kita sendiri sebab kita dah habiskan 70% of the talk dengan mengkondem produk orang lain. By the way, susah nak jual ya kalau tak mengutuk produk orang lain?

Inilah sebabnya kenapa aku mengelakkan diri dengan orang MLM.
Sebab aku belum jumpa lagi orang MLM yang tak memaksa. Mungkin aku belum jumpa lagi dengan orang MLM yang betul.
Aku tau MLM-ers sangat bersemangat because money motivates them.
Sape yang tak suka duit. Semua suka. Masa aku kena interview dulu, bos tanya aku "What motivates you?"
Aku jawab "Money".
Tapi tolonglah jangan sampai jadi kebencian orang.
Aku pun sales jugak. Aku buat apa yang ko buat.
Appointment, talk, promote, demo....semua aku buat.
Yang aku belum buat - paksa orang beli.

Ada sorang tu sampai sekarang aku tak angkat kalau dia call.
Sebab everytime dia call, bertanya khabarnya cuma 2 minit, tapi sembang MLM 2 jam.
And bila dia start promote produk dia, suddenly produk brand lain semua teruk.
Sebelum aku sembang ngan dia aku dah pakai produk A selama 10 tahun tanpa masalah.
Baru sembang ngan dia 5 minit, rupanya produk yang berbakti kat aku selama 10 tahun tu adalah sampah. You get it?

Masa aku kat spital time bersalin Rayyan dulu, ada la dengar orang kat sebelah katil sembang.
Agaknya ada sedara mara dia yang join MLM melawat dia.
Sedara dia tu promote dia beli macam-macam pil. Takyah makan ubat spital pun takpe. Bantal hospital pun tak elok pakai, kena beli bantal yang dia jual tu. Aku kat sebelah dengar pun macam....errrr. Tak cukup ngan pil hospital kena kondem, sampai bantal pun kau nak tapau. Seriesly?

Honestly, aku takde masalah dengan produk MLM.
It is just another product. And semua produk ada kelebihan. Sebab tu produk MLM bukan masalah kat aku. Dia start jadi masalah bila kau paksa aku beli walaupun aku dah cakap aku tak berminat.

Being persistent memang syarat untuk berjaya tapi harus ada skill and bertempat.
Kalau orang tu dah kata taknak, kau push jugak sampai 34 kali, tu namanya bukan persistent.
Tu buta perut!
Kalau nak persistent pun biar jangan sampai orang menyampah tengok muka kita.
Orang ni taknak, ok try orang lain pulak. Orang lain maybe nak.
Orang kat sini taknak, ok try orang sana pulak, orang sana mungkin berminat. That is persistent.
Ni balik-balik kau cucuk orang yang sama. Macamana la takde yang putus sedara.

MLM-ers, as long as kau tak memaksa aku beli, and tak kondem produk orang lain, maknanya we can still go ngeteh together-gether.

Ok, jeans kat bawah ni En Wan tak bawak banyak sebab yang kali ni limited edition, dia bawak design kali ni khas untuk raya. Dia cakap size-size yang dia bawak ni semua based on size yang regular customer dia pesan. Jadi setiap size yang dipesan tu dia bawak extra. So sila isi form kat bawah gamba ni untuk order :






Name:
Email Address:
Size
Quantity
Delivery address
Contact number
Remarks