2014-07-03

Siti Hajar


Kalaulah aku boleh buat lebih dari sekadar bagi pandangan, memang aku buat. Tapi aku ni pun takde lebihnya dengan orang lain. Sama je. Cuma mungkin cara tangani masalah tu je berbeza sikit. Alhamdulillah kalau itu yang Allah ilhamkan.

Everyday bukak email, aku cukup takut kalau-kalau ada email pasal rumahtangga especially luahan dari isteri-isteri yang ada masalah dengan suami. Ya Allah, cukup takut. Sebab luahannya bukan sikit-sikit. Takut jugak diri terpengaruh bila baca.

Alangkan dengan orang yang kita kenal kat alam cyber, tak penah berjumpa, takat baca tulisan pun kita boleh rasa sakit hati macamkan kita kenal benar dengan orang tu. Inikan pulak orang yang hari-hari jumpa, tido sebantal, makan sepiring, mandi jemaah. Dan tentu-tentu kita kenal kat mana kelemahan dia. Hari-hari nampak salah dia. Memang lojik sangat kalau nak ada rasa tak puas hati.

Daripada gaya tulisan, cara luahan, aku dapat rasakan yang isteri-isteri ni sebenarnya kuat. Disebabkan kuatlah maka Allah bagi ujian. Kalau kita lihat dengan mata hati, sure kita bersyukur sangat. Dia bagi kita ujian sebab Dia nak beri kita hadiah yang lebih baik sebenarnya. Nak bagi hadiah, mana boleh bagi sesaje. Mesti kena ada sebab. Dan kerana tu lah Dia datang kan ujian. Bila kita terima ujian, selalunya kita akan lebih dekat padaNya. Waktu nilah selalunya kita berdoa bersungguh-sungguh dengan hati, bukan sekadar di mulut. Waktu susah ni la selalunya solat dan doa menjadi lebih khusyuk. Kan ke nikmat namanya kalau dapat bersolat dengan khusyuk?

Bila kita dalam kesusahan, kita sabar dan bersungguh-sungguh doa, merintih kat Dia, itulah yang membuatkan doa kita diangkat cepat. Sebab tu orang kata, doa orang yang dalam kesusahan, orang yang teraniaya, orang miskin, lebih didengari kerana ketika tu orang-orang ni dalam kesusahan. Doa dari golongan ni memang bersungguh.

Everyday dalam solat, kita baca Al-Fatihah.
Dalam surah tu kita sebut hanya Allah yang disembah dan Dia lah tempat kita memohon pertolongan. Hari-hari!
Lima waktu sehari, setiap rakaat, itulah yang kita sebut. Jadi kenapa tak mintak petunjuk Dia?
Orang lain takkan dapat selesaikan masalah kita.
Apalah yang aku boleh buat?
Tak boleh buat banyak pun. Jodoh aku ni pun Dia yang pegang. Takat bagi pandangan sikit-sikit boleh la. Tapi lagi bagus kalau simpan je cerita tu, persembahkan kat Dia time solat nanti. Hanya dia je yang boleh tolong.

Doa kita dikatakan secara lansung pergi pada Allah, apatah lagi kalau doa tu datang dari orang yang dalam kesusahan. Tiada hijab.
Aku tak pandai hal-hal macam ni. Sungguh, memang tak pandai.
Tapi apa yang aku boleh cakap, cubalah bangun malam. Doa. Menangis. Merintih.
Bagitau Dia apa yang terbuku dalam hati. Dia memang dah tau kalau kita tak bagitau pun, tapi Dia nak tengok kita usaha cari Dia. Dia nak dengar kita merintih pada Dia.

Aku penah terbaca somewhere yang mengatakan Allah pun malu kalau Dia tak tunaikan permintaan kita. Dia mesti akan tunaikan. Tapi kita kena mintak sungguh-sungguh. Jalannya, sabar.

Kalau rasa berat jugak nak buat, cuba selak buku, cari sejarah Siti Hajar dan Nabi Ibrahim. Bukan calang-alang ujian Siti Hajar. Aku buat sai' dulu pun boleh tahan mengah nak menghabiskan 7 round tu. Tu cara-cara dah dipasang aircond berbumbung segala. Baru satu je ujian Siti Hajar yang Tuhan suruh buat. Belum Dia bagi kita sebijik-sebijik macam Siti Hajar dapat. Ujian emosi, ujian tauhid, ujian fizikal. Allahuakbar. Tak tau lah kalau aku. Rebah jugak agaknya.

Mesti ada yang cakap 'Tapi kita bukan Siti Hajar!'

Betul.
Kita memang bukan Siti Hajar.

Sebab kita bukan Siti Hajar lah maka Tuhan tak bagi kita dugaan macam Siti Hajar dapat. Dia bagi yang lite-lite je.
Dan sebab kita bukan Siti Hajar lah maka kita juga tak dapat suami semulia Nabi Ibrahim. Jadi, jangan hanya pandang kekurangan suami.
Tuhan uji kita dengan sesuatu yang kita boleh tanggung.

Contoh paling dekat, makbapak kita.
Cuba tanya dorang apa yang menyebabkan dorang kekal bersama sampai sekarang.
Adekah dorang tak pernah bergaduh?
Adekah bapak kita tu suami yang perfect untuk mak kita?
No one perfect.
Dorang kekal bersama bukan kerana masing-masing takde kekurangan.
Tapi kekal kerana masing-masing fokus pada kelebihan pasangan.

Kalau rasa memang dah tak boleh pegi dah, nak bercerai pun bukannya salah.
Cuma jangan canang buruk pasangan kita kat orang.
Bukan apa, mungkin suami kita jadi macam tu kerana dia tak tahu.
Kalau dia tahu tanggungjawab, dia tahu hukum, tak mungkin dia jadi macam tu.
Hidayah tu kan milik Allah. Kalau suami tak cari, kita as isteri tolong mintakkan hidayah tu dari Dia.
Sungguh, Allah Maha Mendengar.