Semalam dapat jemputan ke soft launch Sanggul de Peterana di PICC.
Owner ni reader blog, penah sekali datang rumah masa open house raya. Tu la pun first time aku jumpa dia. Butik Sanggul ni dah lama kat market, dah banyak handle majlis kawen celebriti, keluar mags toksah cakap la memang selalu, and now Sanggul dah jadi wedding panel kat PICC. Sesiapa yang plan nak buat reception kat PICC, boleh consider Sanggul.
Package yang dia offer ada macam-macam, antaranya ada yang start serendah RM128/pax (untuk minimum 1000 pax). Memang kalau nak ikutkan RM128/pax tu mahal tapi kena tengok dulu apa yang dia offer. Siap dengan one nite stay for bride and groom, ada VIP room for family untuk nak rest-rest tukar-tukar baju, door gift semua included. Kalau ko taknak ambik full pakej pun takpe. Dia tetap terima kalau kau nak ambik cuma pelamin, cuma sewa baju, cuma catering, etc. Semua boleh bincang.
Sebenarnya majlis dia start pukul 4pm, tapi aku tak dapat nak attend awal.
Lagipun majlis ni siap sekali dengan majlis berbuka puasa, jadi kalau dah kata balik malam tu, wajib aku bawak escort. Tukang escort pulak takleh keluar opis awal. Dah la sampai rumah nak kat pukul 6pm. Kesian tokeynya asik tanya aku 'Ko kat mana Di?' 'Ko dah sampai ke Di?'
Sampai dia cakap 'Ko datang makan pun takpe Di, janji datang'.
Tapi melampau sangat la nak datang semata-mata nak makan kan. Kang nampak nau aku ni kejenya mentekedarah. Cover lah sikit.
Tu nampak tu, pameran ni sampai 25 July.
Kalau rasa-rasa nak datang tengok pelamin dia or discuss apa-apa yang patut silakan lah ke PICC. Boleh survey-survey.
Ni ambik ni semua details dia ada kat sini.
Nama tokeynya Zawiah Aziz.
Masa aku sampai dah nak pukul 630pm, orang tengah sibuk ambik gamba 'pengantin'.
Perasmian semua dah settle.
Betul-betul VVIP kau kan Diana??
Aku pun join sekaki dengan brader-brader protographer snap gamba pengantin.
Baju yang pengantin ni pakai adelah dari Sanggul. Nak tempah boleh, nak sewa boleh.
Sampai orang pun dah takde, aku baru sampai. Cas special guest sangattt.
Dah la aku datang lambat, pastu si Za ni boleh la pulak heret aku jumpa Dato Sri and also manager PICC "Ni saya kenalkan blogger famous kat Malaysia".
Memang ye sangat lah famous kat Malaysia.
Hampasssss.
Jiran depan rumah pun tak kenal aku okeh.
Lagi satu kalau terima jemputan macam ni, satu benda yang aku cuak bila kena register.
Everytime orang tanya "Dari mana ya?"
Aku tak tau nak cakap apa. Selalunya aku akan cakap "Nama saya Diana"
"Ohhh, blogger kan?"
Tak reti pulak nak perkenalkan diri as blogger.
Aku macam bayangkan kalau tittle 'blogger' tu untuk full time blogger yang selalunya entry dorang berkisarkan isu-isu dalam masyarakat. Kalau setakat personal blog macam aku ni hmmm....penulis syok sendiri maybe? Heh.
This is the owner of Sanggul de Peterana.
Ni antara pelamin-pelamin dari Sanggul.
Tapi jangan ingat dia buat majlis kat dewan je. Kalau kau nak buat majlis kat khemah depan rumah pun takde masalah. Kalau kau nak ambik dia catering untuk open house pun boleh.
Sanggul de Peterana ni lebih kepada event planning & service.
Kalau nak buat majlis birthday and berendoi pun boleh.
Kira kat sini one stop solution untuk event.
Dari buat kad, mekap, doorgift, hiasan, masaakan, semua ada.
Kalau yang nak buat majlis kawen tradisional, dia boleh sediakan hulubalang, dayang-dayang bagai.
Kalau nak pakai rider pun dia boleh siapkan dalam 10 rider.
Kalau korang nak buat photshoot anniversary sesaje untuk kenangan pun boleh. Ramai dah yang gi kat butik dia sebab nak buat photoshoot. Mekap artis dah standby kat sana - Nuex Rosli. Boleh gugel kat Insta atau FB.
Kini tibalah waktu berbuka puasa bagi Putrajaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Semalam weekdays padahal, tapi ramai jugak yang berbuka kat PICC. Aku tak survey lagi tempat nak bawak family berbuka kat luar. Dah bertahun-tahun belasah Kota Kemuning Golf Club, tahun ni nak try tempat lain la kot. PICC pun not bad, makanan banyak. Selesa pun selesa. Best jugak food-food kat sini. Harga RM80/pax.
Boleh la pulak ada jeruk kelubi ngan jeruk salak kat PICC ni.
Kemain sorga lagi En Wan dapat makan jeruk kelubi.
En Wan cakap "Tadi ada budak laki tegur Abang. Dia cakap "Abg Wan, nanti nak ambik gamba ya?"
Muka cuak gila masa bagitau aku.
Hahahaha.
Apa kau ingat kau jambu sangat sampai ada lelaki syok kat kau banggggg???? Tobat lah.
Rupanya the guy adelah reader blog.
Orang Tganu jugok.
Kagum aku dengan dorang ni boleh makan bertenang-tenang dengan anak.
Kalaulah aku bawak Rayyan memang akan ada aksi polis sentri kat dalam tu.