walk on wings, tread in air: Biskut time kecik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Biskut time kecik
2014-07-10

Kejap je bulan puasa, tau-tau dah nak 2 minggu.
Sebab tu la aku kerah En Wan beli baju raya budak-budak ni before puasa, sebab selalunya kalau dah start puasa maksudnya dah tak sempat nak beli barang raya. Sebab weekdays dah tentu-tentu takkan kemana-mana. Penat. Pastu weekend lagi la aku tak kuasa nak keluar puasa-puasa ni.

Tahun ni turn aku beraya kat Bangi. Excited gila. Padahal Bangi je pun.
Tapi walaupun hanya kat Bangi, aku tetap akan balik 'kampung' malam raya.
Ada satu tahun tu buat keje gila, pukul 3am gerak balik Bangi sebab nak merasa sahur dengan Mak Aji Pak Aji. Padahal boleh je kalau nak balik siang tu, tapi nak la jugak feel sama-sama menggelupur macam orang lain balik raya. Cuma best sikit sebab kalau balik raya kampung aku tak penah jem. Hahahahah. Bangsat sangat lawak aku ni.

Tapi tahun ni memandangkan mak mertua aku and anak-anak sedara En Wan beraya kat Putra Heights, jadi insyallah tahun ni pertama kali solat raya di area rumah sendiri. Macamana la agaknya nanti rasa pagi raya kan. Mesti syahdu. Hahaha.

Raya kedua nanti kitorang sefamili gerak ke JB sebab anak sedara En Wan bertunang. Sebab tu la mak mertua aku tak balik beraya kat Tganu tahun ni. Kiranya tahun ni rumah aku la jadi 'kampung'. Sibuk la memasak-masak malam raya kat rumah aku nampaknya. Yang pastinya takkan ada menu rendang, lodeh dan ketupat nasik. Sebab tahun ni nama je beraya kat Putra Heights, tapi konsep dia ala Terengganu. Sah-sah yang berkumpul kat sini semua Terengganu, aku sorang je sesat. Jadi kena ikut selera majoriti.

Dan now aku dah menggelabah nak carik kuih raya. Tapi En Wan prefer aku buat. Dia berbulu aku beli mixer KMix sampai nak kat RM2K tapi tak guna sekali pun lagi. Aku cakap kalau nak suruh aku buat kuih raya no hal. Tapi tunggu aku period dulu. Letih la okeh nak buat waktu puasa. Dah la tutup bukak tutup bukak oven. Haus. Nak buat malam memang tak la. Malam beribadat saje. Cewahhhh. PANGGGGG sedas.

Everytime masuk bulan puasa, mesti teringat zaman kecik-kecik.
Asal masuk bulan puasa je, Mak Aji dah tanya aku "Tahun ni kita nak buat kuih apa? Mesti 6".
Memang Mak Aji serahkan tugas aku buat kuih raya sejak umur aku 13 tahun. Aku tak tau apa la yang buat dia konfiden bagi budak umur 13 tahun buat kuih raya, pakai mixer, main ngan oven segala. Agaknya dari kecik lagi dia tengok aku asik main masak-masak. Kau nak masak sangat?? Hambik ni. Buat kuih raya!

Dan kuih raya mesti ada 6. Paling tak 4. Sebab balang kuih ada 6 bijik je. Kalau rajin aku penuhkan semua 6 balang dengan air tangan aku. Kalau tak, 4 je. Lagi dua sumbatkan maruku ngan kacang kuda. Settle. Dan tiap-tiap tahun kuih raya rumah Mak Aji dah macam trademark. Balik-balik itu je la. Takde ganti resepi lain.

Choc chip cookies
Biskut marble
Biskut badam
Biskut cornflakes
Almond London

...and satu lagi biskut yang aku tak penah tau apa nama dia. Tapi everytime orang tanya, aku bagitau "Ni biskut Aunty Latifah".
Aunty Latifah (arwah) ni ex-bos Mak Aji. Dia pandai gila memasak. And this biskut paling banyak karenah sekali nak menyiapkan. Sebab tu Mak Aji tak suka buat biskut ni. Tapi aku suka. Sebab biskut ni lah yang paling sedap sekali. Disebabkan aku suka, maka aku buat. Tak kisah la renyah macamana pun.


 Kalau aku buat choc chip kukis, bentuk dia camni. Kalau Mak Aji, lain.


Choc chip cookies tu, adelah resepi yang sama yang Mak Aji buat jual now.
Tak penah aku terimagine one day resepi tu boleh dibuat jual. Tapi aku buat sedap lagi. Ngahahahah.
Memang cookies tu selalu jadi tumpuan everytime raya. Siap ada yang tapau bawak balik anak-anak nak makan dalam kereta katanya. Dan Mak Aji being a pemurah gila, selamba je depan mata aku dia angkut satu balang besar yang ada dalam 200 bijik, hulur kat anak member dia "Nah...nah. Ambiklah. Buat kunyah-kunyah"

200 bijik buat kunyah???
Hoihhhh. Itu bukan nak buat kunyah. Itu nak bagi cirit terus.
Selalunya Ima la yang berbulu. Sebab dia tolong tepek chips. Penat-penat menepek, tau-tau mak aku gi sedekah sampai 200 bijik kat orang. Pastu dengan selamba "Esok kau buat lagi 4 adunan ya". Ewahhhh.
Seb baik la barang-barang semua duit dia kan. Pasrah berserah aje la.

Biskut badam aku trademark dia pakai cutter bentuk buah gajus.
Dah la cutter tu comel cinonet, kalau yang tak pro, mesti time nak keluarkan doh tu dari cutter, bahagian 'biji gajus' terputus. Tu pasal Mak Aji tak suka buat kuih yang pakai cutter. Sebab dia tak sabar. Aku pun tak galakkan Mak Aji buat biskut guna cutter sebab everytime dia pakai cutter, catastrophe melanda satu rumah. Padahal dia sakit hati dengan hasil doh yang dia cut tu, tapi satu rumah kena haruk. Sebab tu aku lagi rela berpeluh buat kuih sorang-sorang. Mak Aji tak tolong pun takpe. Nanti kalau dia tolong kuih aku semua jadik bantat. Stress kuih tu.

Biskut marble selalunya memerlukan kerjasama dari Pak Aji.
Sebab Pak Aji yang tukang lukis coklat atas biskut ni. Lagipun Pak Aji ni tangan dia berseni sikit.
Selalunya Pak Aji akan lukis lepas sahur.

Biskut cornflakes yang aku buat ni pakai tepung, bukan jenis yang buta-buta cornflakes curah madu tu. Aku pakai buah-buah kering kaler hijau and merah and kismis hitam. And aku bubuh badam hancur sekali. Biskut ni aku paling suka. Sebab bila kunyah dia bising. Berlaga-laga badan ngan cornaflakes. Aku memang suka makan benda yang bila kunyah dia keluarkan bunyik. Sama macam sayur, aku suka togeh, kobis, buncis. Tu semua sayur yang bising. Sayur senyap macam sawi, bayam, terung ni semua aku tak berapa nak layan. Kalau ada pun aku asing letak kat tepi.

Almond London ni antara biskut moden yang masih bertahan sampai skarang.
Dulu Almond London ni aku tak buat banyak-banyak macam biskut-biksut lain sebab aku pakai cokat Van Houten. Mahal cekelat ni. Tapi nak sedap punya pasal, beli gak. Zaman kecik mana ada duit, memang terasa sangat mahalnya.

Biskut yang aku buat paling last - biskut aunty Latifah.
Dari dulu, sampai sekarang, aku tak penah lagi terserempak dengan biskut ni kat mana-mana rumah yang aku pegi. Aku rasa semua pun malas nak buat kuih renyah macam ni. Buat kemain lagi renyah. Makan tak sampai seminit. Kuih ni ada rasa cekelat.
Kuih ni kena canaikan dia dulu.
Bila dah canai, taburkan badam hancur atas doh tu.
Lepas tu doh tu digulung macam buat bahulu gulung.
Then, balut dengan plastik and masukkan dalam peti ais semalaman.
Esoknya, keluarkan dari esbok, and potong gulungan tu nipis-nipis.
Then bakor.
Lepas 3/4 masak, keluarkan dari oven, taburkan sprinkles and sapu putih telur.
Pastu masukkan balik. Masukkan tu sabit nak bagi atas kuih tu berkilat. Kalau kau tabur sprinkles awal-awal, nanti bila biskut tu masak, sprinkles kau semua cair dah bersememeh je biskut kau.
Kalau bagi kat aku sememeh-sememeh pun aku telan.
Kalau bagi kat Azwan Ali, siap la kau kena maki. Gitu.

Itu lah dia ya puan-puan, biskut-biskut raya rumah Mak Aji, hasil air tangan aku.
Aku hanya buat biskut time period je.
Aku tak suka buat biskut waktu malam. Letih nak mengemas. Waktu malam singkat tak macam siang. Kalau lepas berbuka buat choc chip 4 adunan, pukul 1am baru abis. Memang takde la aku nak buat.

So now, aku tengah menunggu 'cue'.
Nampak je 'cue', okeh boleh start beli barang buat kuih.



posted by aveo757 @ 4:48 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER