2014-07-07

Label



Statement ustazah ni umpama mercun meletup betul-betul depan muka aku. Terbakor dan hangit terus ai. Terasa nau.
Aku ni dulu bukan takat pakai baju nipis nampak bra, baju nampak half breast pun aku lenjan.
Terasa statement tu macam perli aku je.
Memang takde lapik punya dia bagi. Setepek.

Walaupun hakikatnya semua tau yang tak semua orang Arab tu menutup aurat dengan sempurna, tapi aku tau ustazah ni maksudkan wanita Arab di Mekah and Madinah, berdasarkan soalan aku. Dia pun tau some wanita Arab kalau Mesir camana gayanya.

Tapi tang "selembut-lembut wanita melayu takde segan silu keluar rumah berbaju ketat" tu, agaknya macam tu la persepsi orang-orang alim kat aku zaman-zaman aku pakai baju tak cukup kain dulu.
Dulu, ada orang penah direct sound aku "Diana pakai macam ni adekah membantu dari segi sales?"
Soalan dia tu seolah-olah keje aku ni bukan promote barang tapi promote peha.
Kecik hati jugak, tapi masa tu aku just diam je sebab dia tu kategori customer.
Tapi bukan customer yang rapat pun.

Tak semua yang tak bertudung tu hatinya jahat.
Tak semua jugak yang bertudung tu hatinya baik.
Dalam kes aku dulu, aku tak rasa pun aku baik.
Sebab aku selalu rasa diri jahat lah maka aku elakkan diri dari bergaul dengan set-set bertudung litup. Sebab segan. Dorang tu baik. Aku ni alahaiii, kalau skirt tu tak atas dari lutut aku takkan beli.

Dari pengalaman aku, set-set alim ni kebanyakkannya ada persepsi yang buruk dengan kita yang jahil ni. Pengalaman kita tak sama, tapi apa yang aku alami, macam tu lah. Menegur tu tak berhikmah lansung. Dia nak menasihat, nak berpesan-pesan, ok tu bagus. Tapi cara menasihat tu seolah-olah nak menampakkan kedudukan dia di sisi Allah lebih mulia dari kita hanya kerana kita tak menutup aurat. Seolah-olah macam kita ni layak terima teguran secara penghinaan sebab pakaian kita pun ala-ala hina gitu.

Betul, pusing kot mana pun, tak tutup aurat tu tetap salah. Benda ni aku tak nafikan.
Tapi itu bukan lesen untuk kau hina orang lain macamkan kau maksum.

Yes, aku jahil sebab tak tutup aurat.
But kau pun sama jahil sebab tak tau adab menegur.

Aku tak pernah ada persepsi buruk dengan orang yang bertudung litup kecuali kau cucuk aku.
Always terasa yang set-set bertudung labuh ni di kalangan yang baik-baik sebab dorang tutup aurat dengan sempurna. Bukan mudah dorang nak istiqomah apetah lagi duduk kat Malaysia yang jubah dan tudung labuh tu bukan pakaian kebiasaan. Tu belum lagi dengan double standard, some majikan tak allow pakai macam tu kat pejabat. Tambah lagi kalau kau buat sales and marketing dengan berjubah bertudung labuh. Memang tak ramai customer yang nak berurusan dengan kau. Atas sebab-sebab ni lah yang buat aku respect dengan orang yang bertudung labuh. Bagi aku dorang ni kuat semangat. Banyak godaan kiri kanan. Ingat dorang tak rasa jeles ke tengok perempuan lain pakai skinny jeans, pakai kebaya, pakai mermaid skirt? Jeles okeh. Tapi sebab dorang istiqomah, tu yang buat aku respek.

Tapi tulah, belum tentu attitudenya sempurna.
Belum tentu ikhlasnya sempurna.
Belum tentu hatinya sebaik penampilannya.

Aku bersyukur sangat aku pernah lalui zaman 'pakai baju tak cukup kain'.
Bukan bersyukur bangga sebab aku dapat merasa pakai sexy, tapi syukur sebab aku diberi peluang merasa '2 zaman', supaya aku tak mudah melabel orang lain.

Aku pernah naik bas, duduk row belakang. Sebelah kiri lelaki, pastu ada space muat untuk 2 bontot, then ada sorang perempuan duduk. Jadi aku duduk sebelah perempuan tu. 
Kat satu stop, sorang perempuan bertudung labuh (rasanya student UKM), naik.
Dia terus ke belakang sebab memang seat lain penuh.
Dia nampak ada space sebelah aku tapi dia taknak duduk sebab sebelah tu lelaki.
Tapi dia bagi signal kat aku supaya aku ketepi and duduk sebelah lelaki tu, jadi dia can ambik seat aku sebab sebelah aku perempuan.
Masa tu aku rasa akak ni memang biadap dan takde otak.
Hanya kerana aku tak pakai tudung, kau ingat  aku tak kisah badan aku bersentuh dengan brader tu? Kalau aku nak, awal-awal lagi aku takkan pilih seat sebelah pompuan.
Tapi sebab aku kesian dia berdiri, aku beralih tempat.
Dan dia dengan muka selamba, takde cakap tima kasih, terus duduk.
Eh, hinanya aku ni. Tima kasih pun takde ke?

Hidup ni saling memerlukan ya.
Kita rasa kita tak perlu manusia jahil jadi kawan kita.
Tapi yang jahil ni jugak la yang kita harapkan untuk beralih tempat duduk.

Bila aku dah berada di 'zaman' sekarang, banyak sedarkan aku yang set bertudung dengan set tak bertudung ni sama je. Dorang pun adakalanya mengutuk, mengumpat, bermasam muka sesama sendiri. Tinggal lagi orang tak nampak. Bukan sebab dorang pandai cover tapi sebab takde sape nak ambik port dengan set-set ni. Kebanyakkannya beranggapan set-set baik ni adelah kelompok yang tak perlu dikisah dan diumpatkan. Bukan sebab dorang tak outstanding, tapi sebab sorang nampak baik dowh. Takde point pun nak diumpatkan.

'Walaupun dorang pakai jeans ketat, at least hair covered'
'Seburuk-buruk perangai dia, tapi buruk lagi kau, terang-terang tak pakai tudung!'

Seriesly aku benci dengan statement-statement ni.
Ni semua statement dari orang yang bagi green lite kat diri sendiri untuk buat benda jahat but at the same time nak diri tu nampak baik sikittttttt je dari orang yang tak bertudung.

Sudah-sudahla buat statement nak backing diri sendiri like this. Muak.
Yang membezakan manusia tu bukan penampilan, tapi ilmu.
Tapi jangan pulak ingat kita berilmu, maka kita always right.
Ada dosa yang dibuat kerana takde ilmu.
Tapi ada juga dosa yang dibuat kerana dah merasa diri hebat di sisi Allah.

Aku harap sangat aku takkan jadi sebahagian dari kelompok yang pandang serong dengan orang yang tak bertudung. Aku tetap percaya semua manusia ada peluang untuk berubah.
Samada berubah ke arah lebih baik, atau sebaliknya.
Kalau yang non-Muslim pun boleh diberi hidayah, mustahil yang dah sedia Islam ni tak dapat hidayah yang sama. Kalau Dia nak kita, Dia tunjuk. Jadi, jangan nak pandai-pandai melabel orang, menentukan syurga neraka orang.
Sebab sorang ustaz pernah kata "Kita masuk syurga bukan kerana amalan. Kalau kerana amalan, kita takkan layak. Tapi kita masuk syurga kerana rahmat dan redha Allah. Amalan orang tu sikit tapi mungkin yang sikit tu lah yang Allah suka".