2009-11-16

Travel lagi


Baru sampai from KB malam tadi.
Kalau tak, pagi ni aku dah merayap jumpa customer kat mana-mana ntah.
Tapi sebab semalam sampai lewat sebab KL hujan. Pelik gila. Kat berita yo yo an je Kelantan nak hujan siap bajir segala, aku ni punya la pecut sebab takut kat Kuala Krai naik air. Sekali rilekkkk je panas terik. Sampai migrain aku tahan panas. Elok je cecah Gombak, hujan selebat-lebat ada, siap jam bagai. Ni cara-cara Ahad pun dah sesak, kalau weekdays mau aku stuck kat jam sampai pagi ni.

Seb baik En Wan agree nak ikut sama ke KB, kalau tak konfem aku benti tujuhblas kali tanya orang mana jalan nak pi KB walaupun dah terang-terang ada signboard.

Aku adelah jenis manusia yang 'konfem sesat' tak kisah la berapa kali orang drive aku ke tempat yang sama, or baca map, or tanya orang. Kalau dah nama aku yang drive, benda yang wajib adelah sesat. Kalau tak sesat tak sah. Dia macam saje nak suruh aku mencarut-carut jugak sepanjang jalan gitu.

Hari tu gi Melaka yang dah selalu sampai tu pun berbuih-berbuih mulut aku memaki all the cilaka bodoh kat tengah jalan yang macam bagus sangat bawak keta cam sial. Dah tau bawak 60km/h tapi nak duk kat lane kanan. Dah la lembab, buta lak tu. Aku bagi high beam suruh ke tepi tak paham-paham. Kang aku honk kuat-kuat kang terbabas ko langgar divider mampos kat situ, satu hal lak aku nak pi buat report. Bila aku overtake ikut kiri tetiba hangin nak bakar-bakar aku ajak race. Ekzos macam nak tumbang ada hati nak ajak aku race. Pegi bikin dulu la.

Balik dari Melaka, aku singgah ofis sebab nak settlekan paper nak bawak ke KB.
Sampai kat traffic lite, merah. So aku benti. Mamat bangsat belakang aku ni dok honk honk suruh aku jalan. Aku turunkan tingkap tunjuk kat t lite.

Merah. Paham tak??

Dia turunkan tingkap jerit kat aku 'Sini U-Turn la'.

Tengkorak kau U-Turn. Mana ada sign U-Turn kat sini.

'Mana boleh U-Turn? Sini pergi straight aje la'

'Selalu sini orang buat U-Turn la'.

'Ye????? (dengan sarkastiknya) Tapi saya tak selalu U-Turn sini. Saya selalu U-Turn depan'. And aku terus naikkan tingkap.

Mamat tu berbulu je dengan aku.
Bila hijau, takde pulak dia U-Turn. Dia ikut bontot keta aku.

Bodoh.
Ni namanya bodoh terlajak.
Dah la bodoh yang pertama buat U-Turn kat traffic lite yang tak allow kau untuk buat U-Turn. Pastu bodoh yang kedua, aku dah jalan tu, ko buat la U-Turn. Tadi sibuk sangat nak U-Turn, ni takkk, pi ikut lak bontot aku konon nak takut-takutkan la. Apa ko ingat aku takut ngan kau? Aku rasa aku lagi takut enjin keta kau yang macam motobot tu tercicir tengah jalan.

Meluat!!!

Kan dah terpesong jauh jalan cerita aku ni. Ok, sambung.

Actually aku gi KB sebab ada keje kat sana, so memandangkan keje tu hari Ahad, aku angkutla sekali En Wan ngan Redza. Check-check kat internet, eh KB ada Marriott??? Kelas gilaaaaaaaa.

Terus book.


'Next time kalau pegi Marriott mana-mana, cik boleh collect point'


Ye sangatttt. Berapa banyak Marriott aku nak rasa lam Malaysia ni? Kalau pi oversea pun nak suruh masuk Marriott jawabnya siang malam aku anak beranak kunyah sabun mandi Marriott tu. 






Lepas check-in, En Wan ajak kuar ronda-ronda town.
22 tahun aku tak jejak KB okkk.
Kalau ikut hati memang malas sebab badan series penat.
Penat travel ke Penang hari tu pun tak hilang lagi.
Tapi laki aku ni memanggggg. Apa ko ingat aku pegi bercuti ke ni? Aku ni nak siapkan keje okkkk. Tapi takpela, kesian member. Dah dia jadik tukang drive takkan aku nak ngadap laptop aku ni 24/7 kot. So, layan je la.

Memula kitorang redah Pantai Cahaya Bulan.




Gila kauuuu.
Lain gila pantai ni banding ngan last aku jejak masa darjah 4 dulu, year 1987.
Disebabkan Pantai Cinta Berahi ni la aku bersumpah tak nak masuk laut dah.
Sebab kat pantai ni aku kena gigit ngan obor-obor. Gila sakitttttttt. Tiga orang cuba tarik obor-obor tu dari betis aku. Bila obor-obor tu tertanggal, aku tengok kulit kaki aku menggerutu! Memang binatang betul bendalah ni. Banyak-banyak benda kaki aku jugak yang ko nak mentekedarah.



Keriangan terpancar di muka makanan dah sampai.



Kepok lekor tetap di hati.
22 tahun dulu aku datang sini pun aku makan kepok lekor ngan seafood goreng-goreng ni. Sos dia sedap gila. Sampai menjejeh-jejeh kat baju. Gelojoh.



Erectile dysfunction? Kini tidak lagi. Cubalah sup tulang keluaran tempatan. Pemangkin nafsu anda. Rasalah!
Katakan TIDAK kepada Viagra.


 
Boleh meningkatkan kadar kemasukkan pelancong asing tak kalau aku rentangkan iklan ni kat jalan masuk PCB?

Lepas makan and jalan-jalan kat tepi pantai tengah-tengah hari buta men-sunbathing-kan kulit aku yang dah sedia gelap ni, En Wan ajak masuk Muzium Negeri.

Huh??

Aku masuk muzium?

Lama dah tak buat keje masuk muzium ni.
Dulu masa kecik, asal Pak Aji kata 'Jom, siap. Gi KL.'

Cam hebat sangat bunyiknya masuk KL kan?
Padahalllll. Kalau tak Muzium, konfem Tugu Negara.
Tempat lain takde.
Jangan harap.
Makan mesti singgah kat warung Campbell tu.
Mimpi aku nak masuk KFC. Kalau depan KFC tu ada parking space pun Pak Aji takkan park kat situ.
Sanggup ni parking kat ulu banat mana ntah pastu menapak anak beranak gi warung punya la taknak anak-anak dia ajak masuk KFC.

Kesian bapak aku kan.
Takde duit dulu.

Takpe Pa.
Kita jangan masuk KFC.
Kita masuk The Ship skarang.
Eh berlagaknya.
Pangggg sedas.
Insaf.


Aku ye ye je posing puteri raja termenung sayu memandang tempat beradu sebab kena kawen paksa. Sekali tengok gamba....Laksamana Ketot kat tepi. Ntah bila masa la dia ada kat sebelah aku.



Nak kawen ngan anak raja tu memang takde harapan. Dapat bertenggek depan pelamin di-raja jadik lah. Tapi mana tau kot-kot Tengku Muhammad Fakhry baca blog aku terus dia realisasikan impian aku. Eh.



Memang macam pelancong luar negara la gayanya, gi KB pun nak beli-beli magnet KELANTAN bawak balik.


Tapi takpela. Sebab aku pun jarang masuk Kelantan. Kalau aku kata 'Bang, jom beli magnet TRENGGANU?'.
Aku yakin dia pakukan terus magnet tu kat dahi aku.



Muka orang yang beria-ia makan sup tulang tadi.
Makin layu ada la aku tengok.
Kesian En Wan, penat drive.
Tapi sibuk nak mandi jugak. 



Terlebih mnakan sup tulang. Buah dada membesar secara tiba-tiba. Haruslah ditutup.



Series macam pergi holiday gayanya. Padahal keje kau tak siap lagi ni okkkk.





Tak tau la siapa sebenarnya yang excited mandi kolam. Mandi kat kolam budak-budak lak tu.



En Wan main sorok-sorok ngan Redza. Dua tiga kali anak aku terpusing-pusing carik bapak dia. Melampau tau orang tua ni.



Tak puas, dia gi tarik Redza masuk lam pool besar pastu saje rendam-remdam dia lam air. Satu pool dengar suara anak aku terpekik.


Malam tu dua-dua tumbang dengan awalnya, maka saya dengan jayanya dapat tengok cerekerama dengan sangat tenteram tanpa gangguan dari anak mahupun gangguan seksual dari suami.

Saper tengok Cerekerama Sabtu lepas yang Norman Hakim tu?

Aku nangis sampai bengkak mata.
Padahal cerita dia takde la sedih mana pun tapi aku macam rasa sedih gila ok.
Sebab yang mati tu lelaki yang hensem di mata aku. So sedih dia berganda.
Cuba kalau yang jadik laki tu Roslan Shah.



Sunday morning. Before gi keje.
Banyak kan aku makan? Ni baru 1st round okkk.
Hahah..pegi la mampos. Aku pedulik apa.    

2009-11-12

Shooting



Today memang aku ambik cuti sebab Dapur Impiana nak datang buat shooting.
Aku bajet takat 6-7 snap je.
Sekali 2 jam setengah.
Gamaknya macam ni la kalau artis-artis buat photoshoot.
Walaupun aku bukanlah artis dalam ini cerita, tapi aku adelah pengurus kepada 'artis' yang diphotoshootkan hari ni.

Part interview paling best la sebab aku kan suka bercakap so orang tak tanya pun aku dengan rela hati bagitau. Ye ye aku paksa En Wan cuti hari ni sebab aku tak tau nak jawab apa kalau wartawan tu tanya. Kononnnnnnn. Sekaliiiiii En Wan adelah prop sahaja.

Pagi tu orang-orang dari kitchen cabinet aku datang buat touch-up. Aku ni tukang tunjuk dapur aje, dorang tu lagi la. Tukang buat dapur. Of course reader nak tengok hasil keje diakan, takkan nak tengok aku kottt.

Semalam, wartawan tu call bagi confirmation kul berapa nak datang pastu suruh aku get ready 5 benda yang aku suka dari dapur aku untuk aku share ngan readers.

Benda pertama yang saya suka dari dapur saya adelah bibik saya. Kerana kalau dia takde, saya memang menderita. Kerana saya tak tau mana dia simpan lesung batu ngan cutting board saya. Periuk pun saya lupa saya susun kat mana. Memang dia lah harapan terakhir saya atau kita hanya berpuas hati makan roti tisu di Seri Melur.

Benda kedua adelah .. ah beli la majalah tu nanti.



Kereta Dapur Impiana orang bawak pi outstation, so dorang datang ngan kereta Pengantin.

Kereta ni macam poket Doraemon.
Macam-macam diorang bawak keluar dari keta ni. Aku dok bayangkan bawak kamera biasa je. Sekali ngan payung dia, flash 3-4 bijik, entah apa lagi aku pun tak tau nak sebut menatang tu.





Aku pun tak tau kenapa aku boleh terselit kat hujung tu nak jugak berdiri tepi abang kameraman. Mungkin gila glemer agaknya.




Esok aku kena gi Melaka.
Day trip.

Malam, gerak ke Kota Bharu, Kelantan sampai Ahad.
Perlu angkut motobot sekali tak?

2009-11-11

Swing operator, anyone? Seblom aku campak lam lombong depan rumah aku ni.





Ada sesaper yang nak beli swing operator?
Yang ni aku tak pernah guna lagi.

Actually swing operator ni dah memang ada dengan rumah yang aku beli. Bila aku tukar gate baru which system dia slide, otomatically, operator aku ni takleh guna. So aku kena beli operator lain.

Oleh yang demikian, kalau ada yang berminat nak beli system ni sebelum ia kekal dalam stor aku sampai berkarat, sila kontek aku kat aveo757@yahoo.com

Pada yang pernah berminat ngan esbok and microwave aku, minta maaf, aku dah bagi kat anak sedara. Segan nak bagi orang yang tak dikenali pakai barang-barang aku, dibuatnya elok sampai kat tangan ko benda tu terus jem, aku jugakkkk yang glemer di blog-blog anonymous.

And so so sorryyyyyy, sebab aku memang tak jemput mana-mana reader (except one reader yang dah jadi jiran aku) datang housewarming hari tu. Majlis pun terkejut-kejut je, so aku fokuskan kat sedara-mara and jiran baru and lama serta 2-3 orang member yang memang dok kat area Putra Heights.

Itupun aku tak sempat nak melayan semua. Kesian yang datang, lepas makan salam-salam terus balik. Tak sempat nak dok sembang-sembang lama-lama.

Insyallah, ada rezeki lebih sok, aku buat untuk kawan-kawan ok? (ntah bila laaa)

To those yang tanya berapa harga cabinet dapur, aku rasa let the designer do the talking. Sebab kalau aku yang cakap nanti banyak lak issue, so biar tukang buat yang bagitau. Sebab designer dapur aku suggest kat magazine DAPUR IMPIANA untuk shoot dapur aku, so esok dorang datang. Designer yang akan bagi details berapa kos, material apa guna, and bla bla bla. Aku tukang sengih depan kamera je.

Semalam gila letih.
Trip yang sepatutnya 2 hari, aku cut it short to a day trip.
Gila kauuu, gi Penang balik hari.
Macam nak tertanggal kepala lutut aku.
Dah la hujan segala. Mata rabun.
Tapi still nak menye-peed.
Kat Juru, aku kena tahan ngan abang polis.

Aku kena tahan polis sebab bawak laju okkkkkkkkkkkkkkkk.
Series aku nak tergelak, tak pernah hayat aku dapat saman. Sebab aku la manusia yang paling fobia dengan kelajuan. Kepala aku ada cop mohor 6 jahitan ni pun sebab eksiden keta. And aku la manusia paling lambattttttttt dalam klorga dapat lesen, umur dah 26 baru berani bawak keta. Fobia punya pasal.

Sekali kena tahan, tau gabra kauuuu.

Tapi aku memang dah agak konfem kena tarik ke tepi ni, sebab aku speed 150.
Tapi masa dia tahan tu, dia kata aku speed 121. Kira ok la sikit kan, boleh la guna alasan 'Sorry bang, saya tak perasan'.



Polis : Awak bawak laju ni.

Aku : Ye bang, saya ngaku saya bawak laju. Sebab saya nak cepat ni. Saya ada presentation thesis kat USM, saya takut tak sempat, tak grad saya bang.

Polis : Bak lesen. Dari mana?

Aku : (bagi lesen). Dari KL bang. Bang, kalau nak saman tulis la cepat-cepat sikit. Saya takleh lama ni bang. Saya nak bentang thesis ni. Cepat bang.

Polis : Ye la. Ye la. Pergi, pergi. Jangan bawak laju-laju.


Hehehhehe.

Ni kalau abang polis tu baca, konfem aku kena sumpah ngan dia patplohpat kali.

Apa nak buat bang, nak hidupppp.

Semalam aku gerak dari Subang kol 6.30am, singgah Tanjung Malim. Pastu masuk Ipoh. Then rush pi Penang.

Settle kat Penang kul 2 lebih. Aku decided balik je la. Walaupun kepala aku dah weng dah ni sebab malam before aku tido kul 2am siapkan keje. Tapi memikirkan aku dok lam family room yang gedabak sorang-sorang berserta ingatan terhadap suami terchenta yang asik-asik call 'Balik hari ni kan?' 'Balik hari ni ye?' 'Balik kul berapa?'. Padahal dia nampak dah ni aku pack baju semalam. So aku gagahkan diri balik.

Lepas je bridge aku perasan minyak usdah sikit.
Ok takpe. Singgah kat R&R Juru ada Shell.
Sebab kepala dah bengong kepenatan, aku leh terlepas simpang masuk R&R.

Ah sudahhh.

So aku masuk exit Batu Kawan dengan harapan jumpa stesen minyak.

Dah jalan 5km, takde sign stesen minyak pun.
Gila berpeluh aku tahan gabra.

Tak boleh jadikkkk.

Aku kuar balik menghala ke Georgetown sebab kalau nak ke depan lagi aku tak rasa ada stesen minyak tepi hiway. Tapi menghala ke Georgetown ada Shell tepi tol.

So, patahhhhhhh balik.

Dah isi minyak ingat nak buat U-Turn.
Aku dah nampak ada sign 'Georgetown U-TURN'.
Tapi aku tak nampak mana U-TURN nya.
Yang aku nampak, tol bridge kat depan.
So??????

Aku lalu balik bridge!
Memang sial la.
Dah la aku penat. Kang aku langgar jambatan ni kanggggg.

I need to vent!!!
Mangsa yang biasa, memang ****.
Kalau nak lepaskan marah kat laki aku, memang tak terkeluar la. Tersangkut je suara aku kat anak tekak. Lagipun aku taknak bagitau dia aku otw nak balik konon nak surprise la.

Ntah apa yang aku maki-maki ****, member pun senyapkan siri sebab dah tau sangat perangai aku kalau tengah hot suka pekik-pekik. Lepas tu aku letak.

So semalam, empat kali aku lalu-lalang kat bridge cam jakun tak penah lalu jambatan.

Nak kat sampai Ipoh, takleh jadik ni.
Aku kena rest sebab memang aku dah ngantuk gila and penat.
Stress toksah cakapla.
Mikirkan Jumaat ni aku nak pi Melaka and Ahad ni aku kat Kelantan pulak.

Aku kena lepak pekena teh tarik dulu.
Lagipun Redza dah call tanya 'Mama, belikan apa untuk Ija?'
Kesian la pulak si kecik ni dok harap mak dia balik beli something.
Kalau ikut penat memang malas.
Tapi membayangkan everytime aku balik outstation, the moment aku call suruh bukak pintu, aku nampak dari jauh dia dah berdiri depan gate. Pastu dia akan duduk tepi beg tunggu aku bukak kot-kot ada hadiah untuk dia. (tetiba aku sebak pulak. Emo betul aku pagi ni)

So, stop kat JJ Ipoh, melepak pekena nasik ngan teh with **** sampai kul 6pm.

First ayat dia 'You look bad!'

Aku dah agak muka aku memang nampak teruk lately.
Tapi boleh tak jangan membebel? Aku nak lepak.

Gi lepak, carik dinasour untuk Redza and zassssssss balik.

And now aku ada kat rumah sebab En Wan sound 'JANGAN PEGI KEJE. REST KAT RUMAH TIDO'.

Sila wish dapat boss cam En Wan. Hehe.







2009-11-09

Housewarming


Sabtu lepas aku buat majlis makan-makan mengejut.
Tengah layan-layan borak before tido, En Wan ajak buat makan-makan.
Terus on.

Jumaat baru la nak pi pasar malam beli ayam daging segala.
Tempah kuih pun from akak kat pasar malam je.
Tempah sate pun kat pasar malam jugak.
Best betul, takyah aku susah-susah nak call catering.

Cuma khemah je tempah yang akhirnya khemah tu tempat melepak sedara-mara, tetamu lain selesa kat porch je. Bagus. Len kali aku leh bajet takyah tempah khemah pulak. Tempah kerusi je. Sok kalau buat makan-makan lagi, aku nak tempah kerusi lapanblas bijik je. Test tengok if tetamu boleh makan sambil berdiri pulak. Boleh kalu, next year konfem majlis kat rumah aku ada meja buffet aje.

Inilah yang dinamakan penjimatan berganda.
Berbaloi-baloi.




Pagi Jumaat call khemah, malam tu dorang terus datang pasang. Esok lepas majlis aku suruh diorang bukak time tu jugak. Jangan nak menyemak bendalah ni tengah-tengah dunia sampai seminggu.

Warna tema adelah sama macam kaler rumah - hijo.

Opss lupa.
Mak Aji dah ok, dia kena warded sehari sebab high blood pressure, naik sampai 200.
Ntah apa yang dia tensi sangat ntah. Dah apencen pun nak stress. Lain la cam aku ni.
Dokter kata cholestrol tinggi. Darah dia pekat sangat.
Sejak dah jadi pemencen ni, dah takde apa nak buat kat rumah gamaknya, nak berkebun tanah pun takde, so ngadap makanan je 24 jam. Memang sejak pencen ni mak aji rajin masak. Kejap nasi ayam, nasik beriyani, mi bandung, laksa, suka-suka dia je nak masak macam ada kenduri tetiap hari.

Tapi tu la kan, pak aji pun makan jugak, tapi alhamdulillah dia sihat sejahtera.

Maybe sebab pak aji ni suka nau exercise menyapu sampah-sampah depan rumah, abis sampai rumah jiran langkau 3 bijik rumah pun dia sapukan. Aku sampai terjerit-jerit panggil dia balik, toksah nak buat charity menyapu halaman orang tapi dia kata takpelah, takde keje nak buat lagipun.



Jumaat malam.
Dua orang emak bersama bibik gigih menyiapkan hidangan.
Di manakah aku?



Apa korang ingat aku dok snap gamba aje kah??
No..no..no!
Nampak muka yang penuh fokus ngadap timun itu?

Potong 6 bijik timun pun setengah jam.



The other side of the dapur. Series berkecahhhhhh.


Periuk nasik gedabak atas table top tu angkut dari rumah mak aji. Pastu ko tau je la kan apa ayat standard dia.

'Buat dapur rubu-ribu boleh, beli periuk nasik besar camni pun berkira'

Rasa cam nak masuk lam periuk nasik taknak kuar-kuar sampai besok rasanya.
Dan sumpah okkk.
Pelik gila aku tengok mak aji pakai kain batik. Dah la rembat T Shirt aku.
Ni mesti kain batik ihsan mak mertua ni.
Nak harap jumpa almari aku ada simpan kain batik?
Harammmmmm.
Kain cadar ada la kalau nak pakai sangat.



Chef jemputan dari Bangi, tukang buat dadih jagung and mi bandung.
Sedap okkkk mi bandung.
Meleleh-leleh air hidung aku tahan pedas.



Tukang menambahkan riuh kat dapur.

Padahal takde sesaper pun bercakap ngan dia, semua sibuk nak siapkan makanan.
Tapi dapur aku tetap bising ngan suara dia.
Mak aji kata ikut perangai aku, kuat bercakap. Eh, ye ke.


 Masa ni mak aji dah mengah. Tu yang duduk je.
Aku dah kata takyah datang tolong. Datang makan esok pagi je.
Oh taknakkkk. Nak jugak tunjuk skill dia memasak. Dia takut mi bandung tak jadi kalau sampai kat tangan aku. Memang punnnnnnnn.






Ni senario biasa kalau rumah aku nak buat any majlis.
Masa ni la dia nak menghias rumah. Kalau tak tu, bantai membuta.
Time aku nak masak la (konon), time tu la dia suruh aku tengok frame ni senget ke tak, pegangkan kerusi, pegangkan tangga segala.

Rumah aku belum siap sepenuhnya.
Contohnya, TV cabinet tak fix lagi.
Tu yang lapang gila je nampak.

Esoknya kenyang kena puji je laki aku ni dek mak sedara.
'Tak sangka Wan ni very family man, pandai kemas-kemas rumah'

Mangkuk tandasssssss, mangkuk tandasss plisssssssssssssssss!
Nak muntahhhh.




Banquet jemputan dari Bangi. Pak Aji.
Bab-bab mengetuk ni kita serahkan kepada yang arif.
Menggagau-gagau pagi tu gi kedai cari thumbtack nak pasang skirting.
Pastu dah satu hal pulak nak mencabutkan balik. Kalau boleh rentap je takpe gak.





Nampak tak wire terjuntai kat dinding?? Aircond lom pasang.

Selamba tak aku, buat housewarming dgn keadaan rumah lom siap?
Masa ni pagi lagi, jemputan lom sampai.
Yang tengah tengok gamba tu nenek Muar aku.
Aku cuak je dia pandang-pandang frame atas meja tu.
Penuh ngan gamba aku pakai suar pendek okkk.

Astaghfirullahalazimmmm cucu aku ke niiiii.
Apa nak jadik? Apa nak jadikkkk?

Tapi nenek aku ni memang sporting.
Walaupun dia memang jauh lebih islamik dari ahli-ahli klorga yang lain tapi dia tak pernah judge orang dari segi luaran. Memang aku respek. Orang macam ni la yang buat aku segan kalau nak jumpa. Tu pasal hari majlis tu aku pakai suar panjang sepanjang hari sampai ke malam. Hahahah. Apa kaitan ntah.

Yang baju biru tu Ibal.
Kena dera main game dek Redza.
Sampai kembang nasik member tak sempat nak makan kena ngadap game.




Dapur sudah kemas sikit banding ngan malam tadi.
Para mak-mak sudah get ready nak tukar job descrition dari chef kepada usherette.
Muka bibik adelah ekslusif.
Kang ada yang sibuk nak kenenkan ngan tukang kebun masing-masing lak.





Orang tengah tak ramai boleh la nak snap-snap gambar.
Pastu aku ke mana, kamera ke mana.
Nak makan pun tak sompek.

Dinding rumah banyak yang kosong lagi, let alone the lantai. Lagi la kosong. Banggg, beli kapet jom??






Dan wild party pun dimulakan!!!!





Thank you for the gifts, cake and chocs.
Aku jemput korang datang makan, yang pegi bawak present segala ni kenapa la.
Tak pasal malam tu aku kena explainkan kat Redza yang hadiah dia datang esok.
Malam ni hadiah mama ngan papa je.

Seb baik pagi esok dia dah lupa pasal hadiah ni.
Sibuk pulak dia tanya saper punya kek kat dapur.

Of course la semua kek yang ada lam rumah ni jadi kek dia kannnnnnn.
Dan kami pun beramai-ramai menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Redza buat kali kelimanya tahun ni.

Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari. Sesiapa yang sengaja sms aku 'Jom lunch?' memang laknatullah. Tak kelakar okkk



Aku puasa esok.
Tiada sebarang update (maybe) sebab nak mengelakkan dari aku mengumpat pasal seseorang.
Sebab asal aku pegang laptop je, setan-setan yang tengah bersenggayut kat tepi-tepi badan aku ni suruh sangat aku buat entry pasal orang tu.
Untuk mengelakkan apa-apa yang memudaratkan diri maka aku nak puasa esok supaya setan-setan ni semua mati tertimbus dek pahala-pahala puasa aku.

Esok adelah busy nak buat final touch before aku mengadap beberapa customer kat Perak and Penang Tuesday until Wednesday.

......
........
....................

Oh, series tak boleh ngadap laptop lama-lama.
Bahan umpatan berlumba-lumba nak keluar.

2009-11-06

Malas nak tulis tajuk



Series serabut kepala aku skang ni.
Rasa nak hempok-hempok je batu giling atas kepala sampai koma.

Tapi..biarkan serabut itu terus berserabut.
Hidup diteruskan seperti biasa.
Malas aku nak layan serabut ni.
Pandai-pandai ko la nanti.

Last week, aku ngan En Wan buat gila atetiba je pi shopping kul 9.30 malam.
Tinggalkan Redza ngan bibik and mak mertua kat rumah, maka pergilah suami isteri ini bersenggang di Sunway Piramid.

Rupanya JJ Sunway buat sale.
haram aku tak tau.
Kalau manusia ni la penuh ya amat macam dah takde hari lain ko nak beli barang.
So tanya-tanya promoter kat situ, rupanya siapa beli hari tu je dapat voucher berganda and point + harga murah gila.

Apa lagiiiiiiiiii.


Laki siapa nih????
Main gantung je towel kat leher macamkan JJ tu bilik air dia. Dah la pakai T Shirt ngan seluar tido pi shopping.


Ni bukan apa, aku tengok sales tu terpacak je tak buat apa-apa. Meh kita test product knowledge dia..hehe.




Sekali terbekenan la pulak.
Ni la namanya nak menge-test sales, tapi kita yang di-test. Berat sungguh ujian ketahanan mental kalau time-time sale cenggini.

Agak ada la lam 45 minit amoi tu bagi explanation bung bang bung bang, last-last aku tarik En Wan ke tepi dan terus hilangggggg dari pandangan.

Series okk, laki aku ni kalau aku sama naik kat tepi fridge tu, konfem malam tu jugak fridge ni dah ada kat rumah. Baik la belikan aku beg baru, dah nak terburai tali beg aku ni.




Tapi kejap je. Pastu dia boleh datang balik kat sini!
Kali ni sales lain pulak bagi explanation.
Masa ni aku dah malas nak layan.

Seb baik time tu dah nak pukul 11 malam.
Pintu JJ pun dah turun sekerat.
So, tak jadi beli.
Selamatttttt.
Dan aku pun dah membayangkan bakal dapat handbag baru.




Esonya pi MidValley, kedai pertama yang kitorang lintas, Harvey Norman.
Sekali lagi dugaan beratttt.
En Wan sudah nampak fridge yang sama.
Yang ni sales people dia pulak beria-ia bagi explanation.
Masa ni aku hanya mampu pasrah.
Takleh nak sound lelebih sebab mak mertua aku ada sekali.

Jadi, perlukah aku tuliskan lagi apekah penutup kisah ini?

Tak perlu.

Mari kita tido. Sebab esok aku nak carik rezeki tambah serabut kat kepala.

2009-11-03

Stress



Lately ni aku macam tak terurus je.
Kalau drive tu cam khayal pun ada gak.
Bnayak gila benda yang aku pikir.
Sampai satu tahap tu aku lupa apa aku nak buat. Cam tteiba aku ingat satu benda, lepas tu tetiba aku teringat benda lain, pastu eh, ada benda lain lagi yang sepatutnya aku kena buat jugak, pastu bla bla bla bla...alih-alih aku lupa semua.

Nak kata tak jot down things-to-do, semua aku dah buat. Desktop calendar aku ni sampai dah takde tempat nak tulis. Giala babas punya penuh benda yang aku nak kena buat. Kalau nak ikutkan petua-petua ahli bijakpandai, kita kena listkan apa benda kita nak buat untuk mengelakkan stress. Tapi aku rasa, lagi banyak aku listkan, lagi tekanan perasaan.

Macam a few days ago, tetiba je aku cam blank.
Padahal aku dah bukak laptop, dah bukak planner, and dah bukak folder.
Tapi aku tak tau apesal benda-benda ni semua terkangkang atas meja.
Last-last aku lepak meng-YM 10 minit baru idea aku muncul.



Contohnya 29 Oct ni kan (last week), aku nak sms customer USM yang ada kat Putrajaya nak tanya bila dia nak balik USM, aku gi sms si Hazwan 'Esok balik kul berapa?'.




En Wan kata aku perlu rehat.
Whichhhhhhhhhhhh kalau aku rehat bermakna rehat forever.
Aku mana reti rehat kejap-kejap. Paling-paling seminggu.

Tapi semalam benar-benar membuktikan yang aku memang STRESS.

Dah la semayang Zuhur aku gi baca doa qunut time tahiyat awal.

Pastu En Wan mintak towel (dia ni mandi main masuk je bilik air, tak check pun ada ke tak towel lam tu), aku gi bagi baju kaftan. Sikit lagi nak kena tepuk ngan En Wan.

Paling kesiyal, aku leh layan berita Tamil sorang-sorang kat bilik. Tapi kepala sebenarnya ke lain. Cuma cara aku pandang TV tu cam layan habis la. Sampai kena sergah ngan En Wan baru la cam 'Eh, siapa tukar channel ni. Ni mesti Redza'.

And malam tadi tetiba aku rasa sakit pinggang lain macam sampai menangis. Letak dua ketul salonpas, pagi ni lega sket. Tapi now belakang bahu rasa sengal pulak.

Aku rasa sah aku stress.


Any dokter kat sini boleh bagi nasihat free?