2009-11-09

Housewarming


Sabtu lepas aku buat majlis makan-makan mengejut.
Tengah layan-layan borak before tido, En Wan ajak buat makan-makan.
Terus on.

Jumaat baru la nak pi pasar malam beli ayam daging segala.
Tempah kuih pun from akak kat pasar malam je.
Tempah sate pun kat pasar malam jugak.
Best betul, takyah aku susah-susah nak call catering.

Cuma khemah je tempah yang akhirnya khemah tu tempat melepak sedara-mara, tetamu lain selesa kat porch je. Bagus. Len kali aku leh bajet takyah tempah khemah pulak. Tempah kerusi je. Sok kalau buat makan-makan lagi, aku nak tempah kerusi lapanblas bijik je. Test tengok if tetamu boleh makan sambil berdiri pulak. Boleh kalu, next year konfem majlis kat rumah aku ada meja buffet aje.

Inilah yang dinamakan penjimatan berganda.
Berbaloi-baloi.




Pagi Jumaat call khemah, malam tu dorang terus datang pasang. Esok lepas majlis aku suruh diorang bukak time tu jugak. Jangan nak menyemak bendalah ni tengah-tengah dunia sampai seminggu.

Warna tema adelah sama macam kaler rumah - hijo.

Opss lupa.
Mak Aji dah ok, dia kena warded sehari sebab high blood pressure, naik sampai 200.
Ntah apa yang dia tensi sangat ntah. Dah apencen pun nak stress. Lain la cam aku ni.
Dokter kata cholestrol tinggi. Darah dia pekat sangat.
Sejak dah jadi pemencen ni, dah takde apa nak buat kat rumah gamaknya, nak berkebun tanah pun takde, so ngadap makanan je 24 jam. Memang sejak pencen ni mak aji rajin masak. Kejap nasi ayam, nasik beriyani, mi bandung, laksa, suka-suka dia je nak masak macam ada kenduri tetiap hari.

Tapi tu la kan, pak aji pun makan jugak, tapi alhamdulillah dia sihat sejahtera.

Maybe sebab pak aji ni suka nau exercise menyapu sampah-sampah depan rumah, abis sampai rumah jiran langkau 3 bijik rumah pun dia sapukan. Aku sampai terjerit-jerit panggil dia balik, toksah nak buat charity menyapu halaman orang tapi dia kata takpelah, takde keje nak buat lagipun.



Jumaat malam.
Dua orang emak bersama bibik gigih menyiapkan hidangan.
Di manakah aku?



Apa korang ingat aku dok snap gamba aje kah??
No..no..no!
Nampak muka yang penuh fokus ngadap timun itu?

Potong 6 bijik timun pun setengah jam.



The other side of the dapur. Series berkecahhhhhh.


Periuk nasik gedabak atas table top tu angkut dari rumah mak aji. Pastu ko tau je la kan apa ayat standard dia.

'Buat dapur rubu-ribu boleh, beli periuk nasik besar camni pun berkira'

Rasa cam nak masuk lam periuk nasik taknak kuar-kuar sampai besok rasanya.
Dan sumpah okkk.
Pelik gila aku tengok mak aji pakai kain batik. Dah la rembat T Shirt aku.
Ni mesti kain batik ihsan mak mertua ni.
Nak harap jumpa almari aku ada simpan kain batik?
Harammmmmm.
Kain cadar ada la kalau nak pakai sangat.



Chef jemputan dari Bangi, tukang buat dadih jagung and mi bandung.
Sedap okkkk mi bandung.
Meleleh-leleh air hidung aku tahan pedas.



Tukang menambahkan riuh kat dapur.

Padahal takde sesaper pun bercakap ngan dia, semua sibuk nak siapkan makanan.
Tapi dapur aku tetap bising ngan suara dia.
Mak aji kata ikut perangai aku, kuat bercakap. Eh, ye ke.


 Masa ni mak aji dah mengah. Tu yang duduk je.
Aku dah kata takyah datang tolong. Datang makan esok pagi je.
Oh taknakkkk. Nak jugak tunjuk skill dia memasak. Dia takut mi bandung tak jadi kalau sampai kat tangan aku. Memang punnnnnnnn.






Ni senario biasa kalau rumah aku nak buat any majlis.
Masa ni la dia nak menghias rumah. Kalau tak tu, bantai membuta.
Time aku nak masak la (konon), time tu la dia suruh aku tengok frame ni senget ke tak, pegangkan kerusi, pegangkan tangga segala.

Rumah aku belum siap sepenuhnya.
Contohnya, TV cabinet tak fix lagi.
Tu yang lapang gila je nampak.

Esoknya kenyang kena puji je laki aku ni dek mak sedara.
'Tak sangka Wan ni very family man, pandai kemas-kemas rumah'

Mangkuk tandasssssss, mangkuk tandasss plisssssssssssssssss!
Nak muntahhhh.




Banquet jemputan dari Bangi. Pak Aji.
Bab-bab mengetuk ni kita serahkan kepada yang arif.
Menggagau-gagau pagi tu gi kedai cari thumbtack nak pasang skirting.
Pastu dah satu hal pulak nak mencabutkan balik. Kalau boleh rentap je takpe gak.





Nampak tak wire terjuntai kat dinding?? Aircond lom pasang.

Selamba tak aku, buat housewarming dgn keadaan rumah lom siap?
Masa ni pagi lagi, jemputan lom sampai.
Yang tengah tengok gamba tu nenek Muar aku.
Aku cuak je dia pandang-pandang frame atas meja tu.
Penuh ngan gamba aku pakai suar pendek okkk.

Astaghfirullahalazimmmm cucu aku ke niiiii.
Apa nak jadik? Apa nak jadikkkk?

Tapi nenek aku ni memang sporting.
Walaupun dia memang jauh lebih islamik dari ahli-ahli klorga yang lain tapi dia tak pernah judge orang dari segi luaran. Memang aku respek. Orang macam ni la yang buat aku segan kalau nak jumpa. Tu pasal hari majlis tu aku pakai suar panjang sepanjang hari sampai ke malam. Hahahah. Apa kaitan ntah.

Yang baju biru tu Ibal.
Kena dera main game dek Redza.
Sampai kembang nasik member tak sempat nak makan kena ngadap game.




Dapur sudah kemas sikit banding ngan malam tadi.
Para mak-mak sudah get ready nak tukar job descrition dari chef kepada usherette.
Muka bibik adelah ekslusif.
Kang ada yang sibuk nak kenenkan ngan tukang kebun masing-masing lak.





Orang tengah tak ramai boleh la nak snap-snap gambar.
Pastu aku ke mana, kamera ke mana.
Nak makan pun tak sompek.

Dinding rumah banyak yang kosong lagi, let alone the lantai. Lagi la kosong. Banggg, beli kapet jom??






Dan wild party pun dimulakan!!!!





Thank you for the gifts, cake and chocs.
Aku jemput korang datang makan, yang pegi bawak present segala ni kenapa la.
Tak pasal malam tu aku kena explainkan kat Redza yang hadiah dia datang esok.
Malam ni hadiah mama ngan papa je.

Seb baik pagi esok dia dah lupa pasal hadiah ni.
Sibuk pulak dia tanya saper punya kek kat dapur.

Of course la semua kek yang ada lam rumah ni jadi kek dia kannnnnnn.
Dan kami pun beramai-ramai menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Redza buat kali kelimanya tahun ni.