walk on wings, tread in air: Malas nak tulis tajuk <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Malas nak tulis tajuk
2009-11-06



Series serabut kepala aku skang ni.
Rasa nak hempok-hempok je batu giling atas kepala sampai koma.

Tapi..biarkan serabut itu terus berserabut.
Hidup diteruskan seperti biasa.
Malas aku nak layan serabut ni.
Pandai-pandai ko la nanti.

Last week, aku ngan En Wan buat gila atetiba je pi shopping kul 9.30 malam.
Tinggalkan Redza ngan bibik and mak mertua kat rumah, maka pergilah suami isteri ini bersenggang di Sunway Piramid.

Rupanya JJ Sunway buat sale.
haram aku tak tau.
Kalau manusia ni la penuh ya amat macam dah takde hari lain ko nak beli barang.
So tanya-tanya promoter kat situ, rupanya siapa beli hari tu je dapat voucher berganda and point + harga murah gila.

Apa lagiiiiiiiiii.


Laki siapa nih????
Main gantung je towel kat leher macamkan JJ tu bilik air dia. Dah la pakai T Shirt ngan seluar tido pi shopping.


Ni bukan apa, aku tengok sales tu terpacak je tak buat apa-apa. Meh kita test product knowledge dia..hehe.




Sekali terbekenan la pulak.
Ni la namanya nak menge-test sales, tapi kita yang di-test. Berat sungguh ujian ketahanan mental kalau time-time sale cenggini.

Agak ada la lam 45 minit amoi tu bagi explanation bung bang bung bang, last-last aku tarik En Wan ke tepi dan terus hilangggggg dari pandangan.

Series okk, laki aku ni kalau aku sama naik kat tepi fridge tu, konfem malam tu jugak fridge ni dah ada kat rumah. Baik la belikan aku beg baru, dah nak terburai tali beg aku ni.




Tapi kejap je. Pastu dia boleh datang balik kat sini!
Kali ni sales lain pulak bagi explanation.
Masa ni aku dah malas nak layan.

Seb baik time tu dah nak pukul 11 malam.
Pintu JJ pun dah turun sekerat.
So, tak jadi beli.
Selamatttttt.
Dan aku pun dah membayangkan bakal dapat handbag baru.




Esonya pi MidValley, kedai pertama yang kitorang lintas, Harvey Norman.
Sekali lagi dugaan beratttt.
En Wan sudah nampak fridge yang sama.
Yang ni sales people dia pulak beria-ia bagi explanation.
Masa ni aku hanya mampu pasrah.
Takleh nak sound lelebih sebab mak mertua aku ada sekali.

Jadi, perlukah aku tuliskan lagi apekah penutup kisah ini?

Tak perlu.

Mari kita tido. Sebab esok aku nak carik rezeki tambah serabut kat kepala.

posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER