walk on wings, tread in air: Swing operator, anyone? Seblom aku campak lam lombong depan rumah aku ni. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Swing operator, anyone? Seblom aku campak lam lombong depan rumah aku ni.
2009-11-11





Ada sesaper yang nak beli swing operator?
Yang ni aku tak pernah guna lagi.

Actually swing operator ni dah memang ada dengan rumah yang aku beli. Bila aku tukar gate baru which system dia slide, otomatically, operator aku ni takleh guna. So aku kena beli operator lain.

Oleh yang demikian, kalau ada yang berminat nak beli system ni sebelum ia kekal dalam stor aku sampai berkarat, sila kontek aku kat aveo757@yahoo.com

Pada yang pernah berminat ngan esbok and microwave aku, minta maaf, aku dah bagi kat anak sedara. Segan nak bagi orang yang tak dikenali pakai barang-barang aku, dibuatnya elok sampai kat tangan ko benda tu terus jem, aku jugakkkk yang glemer di blog-blog anonymous.

And so so sorryyyyyy, sebab aku memang tak jemput mana-mana reader (except one reader yang dah jadi jiran aku) datang housewarming hari tu. Majlis pun terkejut-kejut je, so aku fokuskan kat sedara-mara and jiran baru and lama serta 2-3 orang member yang memang dok kat area Putra Heights.

Itupun aku tak sempat nak melayan semua. Kesian yang datang, lepas makan salam-salam terus balik. Tak sempat nak dok sembang-sembang lama-lama.

Insyallah, ada rezeki lebih sok, aku buat untuk kawan-kawan ok? (ntah bila laaa)

To those yang tanya berapa harga cabinet dapur, aku rasa let the designer do the talking. Sebab kalau aku yang cakap nanti banyak lak issue, so biar tukang buat yang bagitau. Sebab designer dapur aku suggest kat magazine DAPUR IMPIANA untuk shoot dapur aku, so esok dorang datang. Designer yang akan bagi details berapa kos, material apa guna, and bla bla bla. Aku tukang sengih depan kamera je.

Semalam gila letih.
Trip yang sepatutnya 2 hari, aku cut it short to a day trip.
Gila kauuu, gi Penang balik hari.
Macam nak tertanggal kepala lutut aku.
Dah la hujan segala. Mata rabun.
Tapi still nak menye-peed.
Kat Juru, aku kena tahan ngan abang polis.

Aku kena tahan polis sebab bawak laju okkkkkkkkkkkkkkkk.
Series aku nak tergelak, tak pernah hayat aku dapat saman. Sebab aku la manusia yang paling fobia dengan kelajuan. Kepala aku ada cop mohor 6 jahitan ni pun sebab eksiden keta. And aku la manusia paling lambattttttttt dalam klorga dapat lesen, umur dah 26 baru berani bawak keta. Fobia punya pasal.

Sekali kena tahan, tau gabra kauuuu.

Tapi aku memang dah agak konfem kena tarik ke tepi ni, sebab aku speed 150.
Tapi masa dia tahan tu, dia kata aku speed 121. Kira ok la sikit kan, boleh la guna alasan 'Sorry bang, saya tak perasan'.



Polis : Awak bawak laju ni.

Aku : Ye bang, saya ngaku saya bawak laju. Sebab saya nak cepat ni. Saya ada presentation thesis kat USM, saya takut tak sempat, tak grad saya bang.

Polis : Bak lesen. Dari mana?

Aku : (bagi lesen). Dari KL bang. Bang, kalau nak saman tulis la cepat-cepat sikit. Saya takleh lama ni bang. Saya nak bentang thesis ni. Cepat bang.

Polis : Ye la. Ye la. Pergi, pergi. Jangan bawak laju-laju.


Hehehhehe.

Ni kalau abang polis tu baca, konfem aku kena sumpah ngan dia patplohpat kali.

Apa nak buat bang, nak hidupppp.

Semalam aku gerak dari Subang kol 6.30am, singgah Tanjung Malim. Pastu masuk Ipoh. Then rush pi Penang.

Settle kat Penang kul 2 lebih. Aku decided balik je la. Walaupun kepala aku dah weng dah ni sebab malam before aku tido kul 2am siapkan keje. Tapi memikirkan aku dok lam family room yang gedabak sorang-sorang berserta ingatan terhadap suami terchenta yang asik-asik call 'Balik hari ni kan?' 'Balik hari ni ye?' 'Balik kul berapa?'. Padahal dia nampak dah ni aku pack baju semalam. So aku gagahkan diri balik.

Lepas je bridge aku perasan minyak usdah sikit.
Ok takpe. Singgah kat R&R Juru ada Shell.
Sebab kepala dah bengong kepenatan, aku leh terlepas simpang masuk R&R.

Ah sudahhh.

So aku masuk exit Batu Kawan dengan harapan jumpa stesen minyak.

Dah jalan 5km, takde sign stesen minyak pun.
Gila berpeluh aku tahan gabra.

Tak boleh jadikkkk.

Aku kuar balik menghala ke Georgetown sebab kalau nak ke depan lagi aku tak rasa ada stesen minyak tepi hiway. Tapi menghala ke Georgetown ada Shell tepi tol.

So, patahhhhhhh balik.

Dah isi minyak ingat nak buat U-Turn.
Aku dah nampak ada sign 'Georgetown U-TURN'.
Tapi aku tak nampak mana U-TURN nya.
Yang aku nampak, tol bridge kat depan.
So??????

Aku lalu balik bridge!
Memang sial la.
Dah la aku penat. Kang aku langgar jambatan ni kanggggg.

I need to vent!!!
Mangsa yang biasa, memang ****.
Kalau nak lepaskan marah kat laki aku, memang tak terkeluar la. Tersangkut je suara aku kat anak tekak. Lagipun aku taknak bagitau dia aku otw nak balik konon nak surprise la.

Ntah apa yang aku maki-maki ****, member pun senyapkan siri sebab dah tau sangat perangai aku kalau tengah hot suka pekik-pekik. Lepas tu aku letak.

So semalam, empat kali aku lalu-lalang kat bridge cam jakun tak penah lalu jambatan.

Nak kat sampai Ipoh, takleh jadik ni.
Aku kena rest sebab memang aku dah ngantuk gila and penat.
Stress toksah cakapla.
Mikirkan Jumaat ni aku nak pi Melaka and Ahad ni aku kat Kelantan pulak.

Aku kena lepak pekena teh tarik dulu.
Lagipun Redza dah call tanya 'Mama, belikan apa untuk Ija?'
Kesian la pulak si kecik ni dok harap mak dia balik beli something.
Kalau ikut penat memang malas.
Tapi membayangkan everytime aku balik outstation, the moment aku call suruh bukak pintu, aku nampak dari jauh dia dah berdiri depan gate. Pastu dia akan duduk tepi beg tunggu aku bukak kot-kot ada hadiah untuk dia. (tetiba aku sebak pulak. Emo betul aku pagi ni)

So, stop kat JJ Ipoh, melepak pekena nasik ngan teh with **** sampai kul 6pm.

First ayat dia 'You look bad!'

Aku dah agak muka aku memang nampak teruk lately.
Tapi boleh tak jangan membebel? Aku nak lepak.

Gi lepak, carik dinasour untuk Redza and zassssssss balik.

And now aku ada kat rumah sebab En Wan sound 'JANGAN PEGI KEJE. REST KAT RUMAH TIDO'.

Sila wish dapat boss cam En Wan. Hehe.







posted by aveo757 @ 9:55 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER