2018-11-28

Umrah 2018 - Part 1

Aku type ni pukul 6pm di Madinah, 27 Nov 2018.
Tatkala semua gi masjid, aku lepak dalam bilik.
Sebab.....sebab apa lagi lah kan kalau orang perempuan tak ke masjid ni 😭.

Rezeki aku dibagi cuti.
Maka kita gunakan waktu ni untuk update blog.

Ada yang tanya "Ada masa ke Kak Di update blog kat Mekah?"

Sebenarnya, entry dari 19 Nov (hari aku berangkat ke Jeddah tu) sampailah ke tarikh 27 Nov, semuanya auto-publish.
Aku dah siapkan 7 blogposts lebih awal before aku datang sini.
Takde keje aku nak update blog kat Mekah weh.

Helok pulak cun-cun blogpost yang aku siapkan sampai 27 Nov, hari ini jugak aku uzur.
Maknanya boleh lah tulis apa-apa yang patut demi kelansungan sebuah blog.

Sebenarnya aku takde plan nak tulis blog malam ni tapi memandangkan aku period jadi aku nak share something tentang period ni.

Sebenarnya tarikh ke umrah ikut plan asal adalah 3 Jan tahun depan.
Tapi pikir punya pikir macam kalut sangat jadinya sebab budak-budak baru masuk skolah.
Lagipun kesian pulak kat mak nak kena uruskan Rayyan sorang-sorang.
Kalau pergi musim cuti skolah at least Redza ada kat rumah.
Rayyan ni kalau dengan nenek dia kemain banyak cengkadak.
Karang mau 10 hari tak gi skolah.
Kalau abang dia ada, dia takut sikit.

Kitorang plan untuk tukar tarikh, anjak awal sikit ke 19 Nov.
Masa ni Redza dah cuti.
Rayyan pun dah habis exam, kalau rasa-rasa taknak gi skolah pun takde hal sangat (tapi akhirnya dia pegi juga sebab abang dia paksa).
Cuma, aku punya period dijangka datang 15 Nov.
Selalunya samada 2 hari awal atau 2 hari akhir.
Kalau 2 hari awal, at least aku masih sempat buat umrah.
Tapi kalau dia datang lewat 2 hari maknanya harapan nak buat umrah memang melebur sebab aku punya cycle selalunya 9-10 hari.
Tak pernah less than that.

Tapi itu saja tarikh yang kitorang rasa fit dengan jadual kitorang.
Kalau nak stick pada plan asal 3 Jan, kesian kat mak.
Kalau nak pospone ke bulan seterusnya, memang payah sebab Feb selalunya kitorang dah start dengan production raya.
Lepas bincang dengan En Wan aku kata takpelah, ambik je trip 19 Nov, aku try ambik ubat delaykan period.

2 bulan sebelum berangkat aku dah jumpa doktor.
Doktor calculate cycle aku, dia cakap just nice aku start ambik ubat ni sekarang.
Beli 2 kotak terus harga beratus juga.
Tapi balik dari klinik aku tanya anak sedara En Wan pulak (also a doctor).
Dia kata tak perlu pun takpe, just banyakkan aktiviti seminggu sebelum period datang.
Sebenarnya aku yang berat hati nak ambik sebab pil perancang ni akan slowkan metabolisme badan menjadikan badan akan senang naik, tu yang aku taknak.

Ubat tu aku letak kat tepi katil tak bersentuh.
2 minggu sebelum tarikh period aku buat macam-macam exercise, angkat barang sana-sini, setiap hari minum air nenas - punyalah nak cepatkan period datang.
Tapi tak datang-datang pun, siap delay lagi!

Sabtu, 17 Nov aku datang period.
CUAK!
Sebab kalau ikut cakculation aku, aku takkan sempat berumrah.
Jadi terus ke farmasi.
Bukan satu, tapi 2 farmasi aku pegi, the pharmacists cakap kalau period dah keluar dia takkan boleh stop.
But kalau nak try, boleh. Takde masalah.
Lagipun pil tu RM11 je untuk 7 hari makan.
Cuma dorang kata chances are low sebab period dah datang.
Kalau aku makan 3 hari sebelum due date maybe boleh 'diselamatkan' lagi.

Oklah takpe, aku beli je.
RM11 je pun.
Nama pil NOCULUT.

Petang tu aku makan the pil.
Period masih keluar.

Selalunya kalau aku period aku akan off alarm untuk bangun solat malam.
Aku set 3am.
Tapi malam tu aku terjaga dengan sendirinya pukul 1.40am.
Pejam mata balik, tak boleh tido.
Aku syak aku gelabah nak naik flight sebab tu takleh tido.
Aku bangun, salin pad, mandi and duduk atas sejadah.

Lama aku duduk, tak buat apa-apa pun.
Setengah jam kot aku bersimpuh, macam-macam aku pikir tapi tak sure nak luahkan ke tak.

Pada ketika ni lah aku teringat ustaz aku pernah cakap "Kita ni jangankan nak yakin pada kebesaran Allah, nak mintak pun tak berani sebab tak sure boleh dapat ke tak. Sedangkan dapat atau tak dapat bukan urusan kita. Yang jadi urusan kita adalah ikhtiar. Sempurnakan ikhtiar dulu."

Then aku realized yang aku dah usaha habis-habisan.
Aku dah jumpa dokter.
Aku dah mintak nasihat dokter.
Aku dah usaha nak cepatkan period dengan buat macam-macam aktiviti.
And aku dah start makan pill (walaupun dah terlambat sangat).
Semua ikhtiar aku dah buat and now aku dikejutkan dari tidur mesti ada sebab.
So aku mintak sungguh-sungguh dengan cara bertawassul.

Kan malam tu aku salin pad kan.
Esok pagi bangun nak mandi tengok hanya ada stain sikit je.
Hati tu dah rasa macam nak happy juga tapi at the same time aku cakap maybe sebab aku tido.
Dalam keadaan baring dan tak bergerak banyak maybe period tak keluar sangat.
So aku tunggu 3 jam.
Dalam masa 3 jam tu aku buat macam-macam kerja nak bagi aktif sikit.

After 3 jam, check, memang clean!
Aku tak tunggu dah.
Terus mandi wajib, buat Dhuha.
Lepas Dhuha, check lagi, still clean.

Esoknya aku berangkat ke Mekah.
Kat airport tu aku dah start baca Juz 1.
Aku doa aku nak khatam Quran di sana, jadi izinkan aku habiskan bacaan ini.
Dalam erti kata lain, tahan period aku sepanjang ada kat sana.
Walaupun period dah stop tapi disebabkan ini tak pernah terjadi, hati ni masih tak yakin.
Kejap-kejap aku ke toilet check.
Buruk kan perangai manusia.
Dah dibagi pun masih lagi tak yakin.

Atas flight punya cerita.
Ok yang lagi best.

Ceritanya, aku ke sini ambil business class.
Aku cakap kat En Wan meh la kita ambik business class kali ni sebab aku nak baca Quran kat atas tu, selesa sikit boleh belunjur kaki.
Lagipun 9 jam flight, biarlah tempat duduk selesa sikit.

Lojik akal manusia takkan boleh mengatasi kehendak Allah.

Aku nak bisnes class ni aku doa siang malam.
Aku cakap aku nak ke sana dengan pakej penerbangan yang selesa sebab aku nak baca Quran.
Boleh jadi masa aku berdoa tu aku memang ikhlas cakap nak baca Quran, jadi Allah perkenankan aku ambil business class.

Business class dia makbulkan.
Tapi keselesaan Dia tak perkenankan aku merasa.

9 jam kat atas tu, dengan tempat duduk yang selesa, dengan segala macam equipment yang boleh menselesakan, orang lain boleh bantai membuta dengan amannya, aku sorang yang tak boleh nak selesa.
Asal aku lunjurkan kaki, mesti bontot aku sakit.
Asal aku bak cuba baring mesti tulang belakang aku sakit.
Akhirnya, aku duduk business class dengan keadaan tak selesa walaupun secara lojiknya business class mestilah selesa, ye tak?
Rupanya, Allah nak aku mengaji sepanjang 9 jam kat atas tu.
Kau mintak nak business class sebab kau kata nak mengaji kan, so now Aku nak tengok kau mengaji ke tak. Dah apehal lak kau nak tido?
Agaknya inilah yang Allah kata.

Alhamdulillah, asbab ketidakselesaan itu, 5 juz tamat kat atas.
Dan sepanjang 9 jam itulah kejap-kejap aku ulang alik ke tandas untuk check pad aku.
Masih clean walaupun perut sakit macam senggugut.

Dah niat ihram semua, alhamdulillah imegresen pun clear.
3 kali pengalaman pergi umrah, inilah proses paling cepat sekali.
Turun-turun je bas, aku and En Wan pulak yang dapt barisan depan.
5 minit settle check imegresen.
Terus pi toilet check lagiiiiiii.
Masih clean.
Dah boleh jadi maskot toilet aku hari tu.

Sampai kat hotel, Safwah Orchid, check in then ambik wuduk (sambil check pad lagi), then terus buat umrah.
Settle umrah around 4.15am.
Perut memang sakit macam senggugut tapi dah dalam masjid kan, aku malas nak ke toilet bawah tu.
Tawakkal je la tunggu Subuh.
Settle Subuh, naik bilik terus check pad.
Alhamdulillah clean!
Syukur, umrah dapat buat.
Menangis-nangis aku dalam toilet sebab tak sangka nampak kebesaran Allah depan mata.

Bayangkan period dah keluar tapi boleh berhenti.
Perut sakit macam senggugut tapi tak keluar apa-apa.

Bukan 1 hari Dia bagi aku peluang sempirnakan ibadat tapi sepanjang 8 hari aku di Mekah, Allah izinkan aku benar-benar bersujud dalam rumahNya.
8 hari di sana, aku tamat 21 juzuk.
Mungkin juga ini asbab amanah yang aku pikul - doa-doa yang korang kirimkan.
Aku memang berhajat nak bacakan doa kiriman dengan solat hajat.
Alhamdulillah Allah bagi kemudahan untuk aku baca kiriman doa korang.
Terima kasih setiap kiriman doa ada doa untuk aku sekali.
Aku selalu mintak kat Allah "Dekatkan aku dengan perkara-perkara dan orang-orang yang membuatkan aku semakin dekat padaMu dab jauhkan aku dari perkara-perkara dan orang-orang yang akan buatkan aku semakin jauh dariMu".

Itulah dia agaknya, doa-doa korang kirimkan tu yang bantu aku jadi lebih 'dekat' pada Dia.
Kali ni kiriman doa sangat banyak.
Aku terpaksa compilekan setiap 20-25 doa dengan 1 solat hajat.
Aku tak dapat buat satu-satu.
Insyallah, korang jangan berhenti doa.
Takde yang mustahil kalau Allah berkehendak.
Dia dah tunjukkan bukti kat aku.
Dia delaykan period aku walaupun aku melantak nenas hari-hari.
Dan dia stopkan period aku macam tu je walau dah keluar satu hari.
Itu bukti yang kalau Dia berkehendak, mudah bagiNya.
Kita ikhtiar dan doa.
Doa adalah senjata yang paling ampuh.

Pagi tadi aku dah jumpa Rasulullah.
Aku dah sampaikan salam semua.
Habis dah semua amanah ni, just nice period aku datang balik.
Aku cepat-cepat makan ubat yang beli kat farmasi tu dengan harapan stop kejap sebab aku nak masuk Raudhah malam ni.
Nampaknya bukan rezeki aku nak masuk Raudhah.
Period tak stop pun walau makan ubat yang sama.
Beli karpet Raudhah je la nampaknya 😂.

Itu sebenarnya bukti jelas, rezeki kita bukan bergantung pada ikhtiar kita.
Ikhtiar kita menentukan pahala kita.
Tapi hasil dari ikhtiar adalah urusanNya.

En Wan tanya aku frust ke tak dapat masuk Raudhah trip kali ni?

Layak ke aku frust setelah Dia perkenankan hajat aku untuk berumrah?

Layak ke aku kecewa setelah Dia bagi kemudahan aku tamatkan 21 juzuk dalam masa 8 hari, yang mustahil aku berjaya buat kalau aku di Malaysia?

Layak ke aku nak menangis tak dapat ke Raudhah sedangkan aku dapat jadi tetamuNya lagi sekali ketika ramai yang belum berkesempatan datang walaupun sekali?

Takkan semua yang kita nak, kita dapat.
Boleh jadi itu caranya Allah mendidik aku untuk redha.

Pada yang kata "Saya nak sangat ke sana Kak Di tapi macam tak cukup je duit. Ni pun jenuh nak settlekan hutang".

Kita ke Baitullah bukan sebab kita ada duit.
Kita ke sini kerana dijemput oleh Dia.
Redza dan Rayyan adalah bukti dapat ke ke Mekah dengan tak perlu keluarkan duit.
Berangan pun tak pernah.
Tau-tau je sampai.

Ada sorang jemaah dalam group kitorang ni, pakcik dari Sarawak.
Datang sini dia kata anak-anak yang hantar.
Barang-barang anak-anak yang siapkan.
Siap bekalkan duit SAR1000.
Dia cakap nak beli apa pun tak tau.
Menangis pakcik tu cerita.
Itu pun contoh datang ke sini tak perlu pakai duit sendiri.
Rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka.

Sedangkan ada orang duit memang banyak, ke mana-mana dah pergi tapi ke Mekah belum jugak sampai.
Jadi, jangan ingat kita ke sini perlukan duit semata-mata.
Ada yang jauh lagi besar kita perlukan - jemputanNya.
Dan semoga Dia menjemput kita dan jadikan kita tetamuNya yang istimewa.
Kalau sekembalinya dari haji/umrah menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, itulah haji/umrah mabrur dan itulah sebenarnya yang kita nak, bukan sekadar "dah sampai".

Inilah antara hikmah yang aku nampak umrah kali ni.
Aku bersyukur sangat Dia ajar aku untuk yakin dan percaya kebesaranNya.

"Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia". (Yasin, 82).

~Concorde Taibah, Madinah~

Sent from my iPhone