2018-12-05

Umrah 2018 - Part 4



Siapa kenal dua-dua lelaki yang belah kanan?

Aku tak kenal ðŸ˜‚.
Walaubagaimanapun mereka berdua sangat hensem.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku tak dapat nak locate mana En Wan sebab internet quota aku dah habis.
Selalunya lepas solat kitorang akan berwasap untuk tunggu kat mana.
Hari tu tak dapat locate dia, jadi aku jalan balik hotel sorang-sorang.
Sampai depan entrance hotel nampak ada orang kerumun, takde la ramai mana pun tapi ada la yang kerumun.

Aku jenguk kepala terus nampak Ustaz Oemar Mita (yang sebelah aku tu).
Tahun 2013 aku ke Mekah jumpa Aa Gym di bukit Marwah.
Ni terserempak pulak dengan Ustaz Oemar.
Aku rajin gak dengar kuliah Subuh dia pagi-pagi.

Memandangkan yang berkerumun tu nak ambik gamba dengan dua lelaki yang belah kanan tu, jadi aku approach ustaz kat tepi, "Assalamualaikum Ustaz, saya Diana dari Malaysia. Saya always dengan kuliah ustaz pagi-pagi. Boleh tak saya bergambar dengan ustaz?"

Tanjat ustaz tu aku nak bergamba dengan dia.

Ye lah kan, yang reramai tu nak bergambar dengan mamat dua orang ni, tetiba aku nak bergamba dengan dia.
Rupanya lelaki dua orang tu artis Indo.
Sorry, aku tak tengok sinetron.
Bukan dorang tak glemer tapi aku yang tak kenal.

Ustaz ni pulak gi kenalkan aku dengan dua artis ni "Ini dari Malaysia mahu foto sama-sama".

Agaknya dua orang artis tu hormat ustaz, terus dorang membagi perhatian kat aku.
Blur je orang yang berkerumun tu tengok aku bersembang dengan dua orang artis tu.
Aku cuak gak ni, sambil berdoa janganlah dia tetiba tanya "Mana satu filem saya yang kamu suka?"
Mampus aku nak jawab.

Senyum lebar aku masuk bilik tunjuk kat En Wan aku bergamba dengan ustaz ni.
En Wan tau aku memang suka layan kuliah Subuh dia.
Alhamdulillah, dah 2 kali jumpa ustaz feveret di Mekah.



Ini makan malam di Muzdalifah.
Cantik gila sunset kat sini.

Ni salah satu itinerary Simply Umrah yang aku teruja nak pegi.
Dua umrah sebelum ni memang setakat lalu je kat Muzdalifah, tak pernah stop pun.
Tapi Simply Umrah wujudkan pakej ni.

Muzdalifah merupakan tempat terbuka di antara Mekah dan Mina yang menjadi tempat jemaah haji singgah dan bermalam setelah bertolak dari Arafah.
Maksudnya kalau pegi haji je baru lepak sini.
Kalau pi umrah memang tak lepak sini.

Malam tu di sini kitorang bersolat Maghrib and Isyak, in between ada sikit tazkirah oleh mutawwif and disudahi dengan makan nasi Arab.



Ini mutawwif Bas 2 - Ustaz Luqman.
Baru umur 27 tahun, ex-student di Universiti Madinah.
Kelakar ustaz ni dan ilmunya tinggi.
Bagus ustaz ni, disebabkan dia biasa di sana jadi penerangannya jelas.
Sirah tentang setiap satu tempat tu pun jelas sangat dia explain.



Mutawwif Bas 1 is ustaz Syed Kadir yang pakai jubah putih tu.
Malam tu dia yang bagi tazkirah tapi yang mengimamkan solat adalah Ustaz Luqman.



Ustaz ni macam biasa aku nampak tapi aku tak sure aku nampak di mana.
Tapi baik ustaz ni, suara lembuttt je.
Ilmu pun tinggi.
Dia datang dengan wife dia.



Bab kongsi makan satu loyang ni yang buatkan aku hmmmm......tapi takleh nak elak.
Bedal ajelah jangan banyak bunyik.
Malam tu makan nasi Arab with kambing.
Ya ampun sedap gila oi!!!
Arab kan kalau hidang makanan bangsa membuak-buak kan.
Memang tak habis seloyang tu tapi kambing habis aku ratah.

Malam tu balik ke hotel sambung cari eksrim pulak.

Ada satu hari tu nampak kitorang nak ke masjid.
Keluar je bilik nampak sorang pakcik ni terpinga-pinga cari nombor bilik.
Dia berkain ihram.

En Wan tanya "Pakcik cari bilik ke?"

"Ya, tapi macam lain je hotel ni"

Mujur la pakcik tu tak tanggalkan kad umrah dia, sentiasa bersangkut kat leher.
Rupanya dia hotel belakang lagi.
Jadi aku berpecah dengan En Wan.
Aku masuk masjid, En Wan carikan hotel pakcik tu.

Situasi ni ada terjadi kat sana beberapa kali.
Dan seperti biasa some people akan anggap itu kifarah dosa.

Tak jumpa pintu hotel = banyak buat dosa.
Tak jumpa pintu keluar masjid = banyak buat dosa.
Tak jumpa jalan balik = banyak buat dosa.

Alahaiiiii...kau ni banyak sangat baca Mastika ni.

Cubalah latih sikit cara berfikir tu ke arah mencari solusi, bukan menjatuhkan hukum.
Simple je kot, dia tak jumpa jalan balik, kita tolong carikan jalan.
Dia tak jumpa pintu hotel, kita tolong carikan hotel dia.
Ini tak, asal orang tu sesat terus "Banyak dosa dia ni!"

Ingat yang pi Mekah ni semua suci dari dosa ke?
Disebabkan banyak dosa lah maka Allah jemput kita ke sana untuk mensucikan diri.
Tempat orang yang banyak dosa memang kat masjid.
Kerana kat masjidlah kita banyak buat solat taubat dan mendekatkan diri dengan Allah.
Jadi tak perlulah bajet diri sangat baik.

Pernah tak kita terbaca tentang kisah orang yang pergi ke Mekah berjumpa dengan malaikat?

Katanya dia dibantu oleh seseorang sehingga dia nampak jalan keluar dari pintu masjid.
Katanya, dia dibantu oleh seseorang sehingga dia dapat masuk ke dalam Hijir Ismail.
Katanya, dia saat dia lapar sangat tetiba ada orang hulur air and kurma.

Dan orang yang dibantu tu pun menganggap mungkin yang membantu tadi adalah malaikat, sedangkan boleh jadi yang membantu tu memang manusia biasa.

Yes, ada possibility di sana ada malaikat.

Tetapi, kita juga boleh jadi "malaikat".

Kenapa kita nak jadi penghukum kalau kita boleh jadi "malaikat"?

Nampak ada orang lain block tempat sujud seseorang, cepat-cepatlah tegur orang tu supaya beralih tempat.

Nampak ada orang susah nak bergerak, pimpinlah tangan dia.

Nampak ada orang blur-blur tak jumpa arah, tanya kalau-kalau kita boleh tolong.

Simple je.
Dalam ramai-ramai orang di sana kenapa Allah pilih kita untuk terserempak dengan orang yang sesat?
Mesti ada sebab kenapa kita yang dipilih.
Kalau di tempat suci begitu pun belum mampu membuatkan kita berfikir yang baik-baik, itu petanda masalah besar.
Boleh jadi kita sebenarnya yang Allah sedang uji, bukan dia.



Tak banyak gamba yang aku ambik kali ni.
Aku macam terasa takde lansung gambar aku ber-background-kan Kaabah.
Ni pun teringat nak ambik sebelum gi tawaf wida.

Alhamdulillah, 8 hari di Mekah Allah izinkan aku beribadat, bebas dari haid.
Untuk yang period regular macam aku, inilah yang merisaukan kalau nak ke umrah.
Nak pulak jenis macam aku ni kalau sekali datang 9-10 hari terus.
Tapi kali ni period delay sampai 10 hari, memang kuasa Allah.

Allah always ada perancangan di sebalik apa yang diberikan kepada kita.
Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kita perlukan, walaupun kadang-kadang tu tak sesuai dengan keinginan dan harapan kita.
Ketika Allah bagi sakit pasti ada hikmah di balik sakit kita.
Mungkin Allah mahukan kita jadi hamba yang lebih sabar, atau Allah mengetahui apa yang diinginkan tubuh kita iaitu berehat sehingga sel-sel dalam badan jadi lebih segar dan bila sembuh nanti membuatkan kita dapat melakukan ibadah dengan lebih baik lagi.

Ada beberapa DM yang respond pada blogpost sebelum ni yang bagitau dorang pernah ke sana tapi tak berpeluang buat umrah lansung sebab haid.

"Kami akan menguji kamu dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan" (Ibnu Abbas).

Dari ayat ni, kita tahu bahawa penyakit merupakan sebahagian daripada ujian Allah.
Begitu juga dengan haid sewaktu melaksanakan umrah.
Tetapi di sebalik ujian ini, terdapat pelbagai rahsia dan kebijaksanaan Allah yang gagal ditafsir dengan baik oleh kita.

Haid ketika umrah akan menjadi kebaikan buat kita kalau kita bersabar.

Nampak macam "Alahhh...aku tak dapat buat umrah. Aku tak dapat pahala umrah".

WAIT.

Perhatikan ayat bawah ni :

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya." (Az Zumar, 10).

Pahala bersabar TIADA BATAS.

Jadi, kalau kita terhalang dari melakukan ibadah umrah ketika di sana disebabkan haid, bersabarlah.
Allah nak bagi kita pahala sabar yang jauh lebih besar dan tiada batas.
Jangan terlampau tumpukan pada satu jenis ibadah saja sedangkan ada banyak lagi ibadah lain kita boleh buat ketika dalam keadaan haid.